Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday

FASA TERAKHIR…


Ya… kini kita telah memasuki FASA TERAKHIR BULAN RAMADHAN…
10 malam terakhir yang dinanti para sufi serta umat yang bertakwa.. mencari LAILATUL QADAR di sepuluh malam ganjil yang dijanjikan GANJARAN UMPAMA 1000 bulan yang terlalu istimewa..

Lailatul Qadar... bagaimana rupamu?... apa rasanya ‘berhadapan’ denganmu?... mampukah aku merasai kehadiranmu??... Wallahu ‘alam.. hanya pada Allah jawapan segala perkara ghaib ini...

Aku tidak boleh memastikannya... akan Lailatul Qadar itu... Namun, sesuatu yang pasti... aku boleh terus melakukan ibadah secara beristiqamah tanpa henti.... ITU PASTI!!...

Ya Allah... aku pasti merindui Ramadhan-Mu... ITU PASTI!!..

"Ya Allah.. Aku masih mengharap dan memohon... KEAMPUNAN-MU.. KEBERKATANMU... RAHMAT DAN REDHA-MU...

Ampuni dosa-dosaku.. dosa kedua ibu-bapaku.. dosa suamiku.. dosa anak2ku.. dosa guru-guruku... dosa kaum-keluargaku, dosa saudara-maraku... dosa sahabat handaiku... dosa jiran tetanggaku, dosa sekalian umat Muhammad samaada yang masih hidup juga yang telah pergi mendahului kami... Ya Allah... Janganlah Kau bolak-balikkan hati kami setelah Kau luruskannya... terimalah taubat kami.. dan tempatkanlah kami bersama-sama hamba-hamba-Mu yang soleh-solehah.. Ameen....
"

Aku teringat ceramah kuliah subuh qiyamullail jumaat lepas..
Ustaz Jemputan (Ustaz Masjid Saidina Abu Bakar – Bangsar).. bagi ceramah pasal sikap manusia pada akhir-akhir Ramadhan..

Katanya.. manusia dengan Ramadhan ni macam perlumbaan ARNAB dengan KURA-KURA... dalam cerita Arnab vs. Kura2, (seperti yg kita semua tahu)... Arnab YAKIN HEBAT dia akan menang... sehingga pada waktu perlumbaan dia PECUT dulu.. dan tinggalkan kura-kura di belakang... kerana PERASAN HEBAT dan merasakan kura-kura LEMBAP... arnab TIDO dan pengakhirannya menyaksikan kura-kura memenangi perlawanan dan arnab TEWAS di atas kesombongan, riak dan berlagaknya...

Sama juga macam manusia nih... MASA AWAL2 RAMADHAN... BEREBUT-REBUT penuhkan masjid dan surau utk berjemaah tarawikh... tapi bila dah hujung2... daripada 50 saf... tinggal 5 saf... daripada saff pompuan tingkat 2, turun duduk dibelakang saf lelaki – pon ada la sebaris dua.. yang lain2 sibuk dgn tiket balik kampung... (amik la tiket siang, buleh sampai kampung dan buat terawikh)... masa ni la kalut dengan lagsir, kuih raya, tudung meja raya, kusyen raya, lampu kelip-kelip raya
(siang tu tak mau dok pulun, dok kalut nk buat time malam gaks.. huhuhu)..

Akhirnya... bila ramadhan TERLEPAS begitu sahaja... KEKALAHAN DAN KERUGIAN YANG DIPEROLEHI... MESKIPUN DH PECUT awal2 tapi yg hujung-hujung tu BERLALU BEGITU SAHAJA... isy isy is,... rugikan...

Oleh itu... aku dan abang berazam utk MENGHABISKAN TARAWIKH sehingga ke detik terakhir ramadhan... Samada dapat atau tidak Lailatul Qadar itu.. bukan hak aku... ianya HAK MUTLAK ALLAH.. yang aku kejar adalah keredhaan-Nya melebihi ganjaran-Nya...

Dan, adik-adik abang-abang... jgn putus mengerjakan tarawikh... setidak-tidaknya pon, ajak berjemaah di rumah...
Dan, kakak-kakak makcik-makcik... nanti2 sambung kuih muih, ketupat lemang, baju dan langsir raya tu... 10 malam terakhir ini adalah hari-hari pembebasan azab neraka.... mari kita rebutnya...




Allahumma innaka 'afuwun qareem. Tuhibbul afwa.
(Ya Allah, Engkaulah Pengampun, suka mengampuni. Ampunilah hamba).




.

Monday

Merdekakah?..


31 Ogos 2010.
53 tahun sudah tanah kelahiranku ini dikatakan MERDEKA!.

Pengertian MERDEKA di kaca mata seorang aku??

Ya, seperti jawapan ’klise’ atau jawapan ’buku’... MERDEKA DARIPADA DIJAJAH – SECARA FIZIKAL (penjajahan dalam mengawal sistem pemerintahan dan tanahair!!)

Ya!. Malaysia sudah merdeka!. Merdeka kerana boleh ’mentadbir’ Negara Malaysia tercinta ini ’tanpa jajahan orang luar’. MERDEKA kerana para pejuang lampau telah menggugurkan darah dan nyawa demi melepaskan tanah air tercinta ini dari dihuni dan diperintah oleh ’bangsa asing’. Ya.. itulah makna MERDEKA melalui pemahaman ’buku dan pembacaan’.

NAMUN!!!.. Maaf bangsaku... aku secara peribadi menyatakan... kita hanya bersorak riang gembira dengan melaungkan MERDEKA.. mengibarkan bendera... menggantung jalur gemilang dengan bangga dan megah!. YA.. TAHNIAH..

Tapi... lihat dirimu.. (aku melihat jauh ke dalam diriku sendiri)...
MERDEKAKAH SEORANG AKU YANG LAHIR SELEPAS 1957 INI?..
(ini hanya luahan rasa seorang aku yang tidak pernah merasai ketakutan melihat senapang penjajah di hujung kepala, tidak pernah merasa perlu melarikan diri bersembunyi di dalam hutan belukar kerana takut ditangkap penjajah, tidak pernah mendengar bunyi bom dan tembakan ketika sedang nyenyak tidur dan tidak pula pernah tidur beralaskan daun kering kerana rumah di geledah dek musuh negara yang ingin menghapuskan semua penduduk tanahairku DAHULU!!)

Merdekakah pemikiran, perbuatan, tingkah laku, cara hidup, gaya pendidikan, status pandangan aku sebagai INSAN YANG MERDEKA?.

Tidak.. aku sendiri tahu... walaupun aku tidak pernah merasa perit jerih PENJAJAHAN itu.. tetapi aku ahu pemikiranku dijajah oleh anasir2 asing itu!!..

Aku lebih mengagumi tulisan Stephen R.Covey daripada mendalami hadis2 oleh periwayat2 hadis yang mendalami sunnah Rasulullah Sallalahualaiyhi wassalam. Aku lebih mengetahui cerita dan gaya hidup Warren Buffet daripada mengamalkan dan mengenali cara dan gaya hidup Rasulullahi sallallahu ’alaihi wassalam!.
Tidak pernah tahu selengkapnya gaya hidup dan kata-kata Nabi Agung, Muhammad Sallallahu alayhi wasssalam. Sedangkan Baginda Rasulullah adalah MODEL MANUSIA DAN PEMIMPIN AGUNG SEPANJANG ZAMAN!!...

Aku lebih menghafal mutiara kata zig ziglar daripada bait-bait ayat Al-Quran. Sesungguhnya di dalam 6,666 ayat Al-Quran itu sudah terkandung nasihat, panduan, pemikiran, ilmu yang TERLALU HEBAT DAN LENGKAP.. yang tiada seorang manusia pon yang mampu menandingi KEUNGGULAN DAN KESEMPURANAAN QALAM ILLAHI YANG MAHA SEMPURNA ITU!!..

Lidahku lebih menjurus ber ”I” ”YOU”.. ”Good Morning” ”Hello” Good Bye” berbanding ucapan salam selamat ”Assalamualaikum” yang Rasulullah sering ucapkan..
Juga lebih cenderung ber’bicara’ bahasa penjajah daripada mengagumi BAHASA KEBANGSAAN sendiri... (padahal bercakap pun merangkak macam kura-kura.. perasan nk berbahasa omputih!!!)..

Cenderung membeli buku motivasi karya Robert T.Kiyosaki berbanding mengagumi para ilmuan islam dan para ulama di tanahair sendiri!!.. (silap2 tak kenal pon sapa mufti2 negeri...!!). Malah tidak pernah lagi aku membaca tulisan Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi! Ulama' Islam terbesar masa kini..

Lebih peka dengan fesyen semasa dari butik Belle, Zegna, Ferrogamo, guess, LV, Gucci, Zara dan segala bagai daripada Abaya dan Jubah busana muslimah yang lebih anggun dan bercirikan muslimah sejati.. seperti yang digariskan menurut syarat Islam.

Lebih terarah kepada mengagumi Albert Einstein sedangkan Einstein menurut kajian yang dibuat oleh Michael Hart - The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, adalah orang yang ditangga ke-10 dalam senarai kajiannya.. sedangkan yang menduduki tangga pertama adalah NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kagum dengan bakat American Top segala bagai top top mereka itulah.. daripada kagum dengan bakat para tahfiz, para ulama dan ilmuan islam itu sendiri...

Turut bersedih apabila Lady Diana dan Michael Jackson meninggal dunia.. sedangkan tak rasa apapun bila Ramadhan berlalu pergi meninggalkan diri pada tahun itu dan seterusnya!..

Masih bersikap prejudis, dengki, hasad, iri hati, cemburu, dendam, angkuh, bongkak, berlagak, sombong, takbur, riak....
Masih ada pertelagahan, persengketaan, pergaduhan, perpecahan, pergelutan dan segala macam kemusnahan budaya dan sikap!.

.... dan banyak lagi CARA DAN GAYA HIDUP YANG TIDAK SEIRING DENGAN ”KEMERDEKAAN” itu sendiri...

Jadi.. APAKAH KITA INI MERDEKA WAHAI GENERASI MALAYSIA???...

Aku rasa... penjajah berjaya MENINGGALKAN LEGASI PENINGGALAN PENJAJAHANNYA.. SECARA TETAP DAN KONSISTEN!!!... mereka tidak menjajah bumi.. tetapi menjajah minda dan budaya!... dan MEREKA BERJAYA!!!... dan masih berjaya meneruskan MISI VISI DAN OBJEKTIF PENJAJAHAN YANG TIDAK PERNAH BERAKHIR MESKIPUN 1957 TELAH 53 TAHUN MENINGGALKAN KITA...

Penjajah itu masih bersama kita... bukan dengan kekerasan, tetapi secara halus dan sinis..
Sedang mentertawakan kita yang asyik masyuk melaungkan MERDEKA!!

MAAF MALAYSIA TANAHAIRKU... Bukan kamu yang salah... tetapi AKU DAN GENERASIKU... Kasihan kepada pejuang kemerdekaan!.. Kerana aku dan generasiku TIDAK TAHU BAGAIMANA MENDAULATKAN KEMERDEKAAN ITU!!..

Wallahu ’alam bisawwab!!...






- mempukah kita melepaskan diri daripada PENJAJAH PALING KEJAM DAN RAKUS yang saban waktu tidak jemu menjelajah ke seluruh urat nadi dan darah kita agar HANYUT dan JAUH daripada landasan dan orbit sebenar kita??.. "SYAITAN"!!!... yang ingin menyesatkan kita daripada ISLAM... Merdekakan diri kita daripada belenggu dan hasutan syaitan!!..



.

Friday

Nuzul Al-Quran

HARI NUZUL Al-QURAN.

Ya!. Hari ini dah 17 Ramadhan. Sambutan Nuzul Quran rancak dijalankan sana sini.. termasuk di Masjid kawasan kejirananku ini... (marilah datang beramai-ramai malam ini untuk berbuka puasa, bertarawikh serta mendengar ceramah sambutan Nuzul Quran ini).

Tengahari nanti, sekitar jam 12.oo tengahari hingga 1.00 petang, perasmian Masjid Al-Mukhlisin akan di adakan... DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong akan datang merasmikannya.. (semalam sebahagian kawasan parking dh kena block utk kenderaan RTM.., pentas dan kerusi kuning pun dah tersedia..).. hihihi..

Alamak.. tersasar daripada tajuk cerita sebenar!!.. Oppsss... Astaqfirullahal'adzhiim..

Dikisahkan bahawa Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah (baca lanjut di sini).
(dan.. semalam adalah hari khamis malam jumaat.. malam 17 ramadhan... oh!..)..

Sedetik lagi, kita bakal melangkah ke 10 malam terakhir... MALAM KEMUNCAK!. Malam-malam yang amat dinantikan oleh yang menghayati Ramadhan... mencari satu malam yang TERLALU ISTIMEWA yang bernama "MALAM LAILATUL QADAR".

Bagaimana 'rupa' Lalilatul Qadar itu?. Sungguh aku terlalu ingin "MERASAINYA, MENIKMATINYA DAN MENGHAYATI KEHADIRANNYA".. DAN, ianya KEKAL SEBAGAI MILIK ALLAH YANG MAHA AGUNG...

Ya Allah... apakah aku mampu merasai kehadiran Lailatul Qadar-Mu itu Ya Allah?..

Samada aku mampu atau tidak untuk 'memperolehi nikmat Malam Lailatul Qadar' itu, ianya adalah rahsia Allah... dapat atau tidak, urusan Allah yang Maha Menetapkan segala sesuatu...

"YANG AKU MOHON, POHON DAN DOA TANPA PUTUS ADALAH KEAMPUNAN DARI ALLAH... KEREDHAAN-NYA kepada kehidupanku dunia dan akhirat... hidup dalam landasan Iman Islam yang bahagia.. mati dengan husnul khatimah... dijauhkan dari fitnah dajjal dan fitnah kubur... dilindungi dari azab api neraka.. DAN AKU MOHON DITERIMA ALLAH UNTUK MENJADI PENGHUNI SYURGA ALLAH serta dapat bersama kekasih Allah, junjungan umat, Nabi Muhammad Sallalahu alayhi wassalam bersama memberi dan menyambut salam Allah di akhirat kelak... AMEEN.. "

"YA ALLAH HU RABBI... MAKBULKAN DOAKU, KABULKAN HAJATKU DAN PERKENANKANLAH PERMINTAANKU INI YA ALLAH... AMEEN... AMEEN... AMEEN... YA RABBUL 'ALAMIN.."



Wednesday

15 Ramadhan!. [Andai ini ramadhanku yang terakhir]..


Ya Allah… cepatnya masa berlalu.. sudah ramadhan yang ke-15. Setengah bulan ramadhan sudah berganjak pergi.. tinggal lagi setengah bulan kedua utk menutup Ramadhan 1431.

Aduhai. Tersentuh! Takut! Gerun! Gentar! Bimbang!.. apabila membaca hadis ini:-
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'alayhi wassalam:
"Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin!" (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Di mana tingkat iman dan takwaku ketika ini?. Berlebih mengalahi nafsu atau tidak berganjak tidak bertambah atau nafsu mengatasi dalam amalan ramadhanku?.. Ya Allah.. Mampukah aku mengutip nikmat2 ramadhan ini?.. dan…adakah mampu aku memperolehi REDHA-MU YA ALLAH… Andai ini ramadhanku yang terakhir, adakah AKU TELAH SIAP UNTUK MENEMUI-MU YA ALLAH??!!!..

OH DIRI!.. Andainya ini ramadhanmu yang terakhir!

Oh diri!.
Andai ini ramadhanmu yang terakhir.. kenapa tidak kau penuhi masa siangmu dengan dzikir memuji Tuhan sekalian alam?.
Andai ini ramadhanmu yang terakhir.. kenapa kau masih alpa untuk melafaz bait mukjizat tinggalan Nabi Junjunganmu, Muhammad Salallahu alayhi wassalam yakni Al-Quran?.
Andai ini ramadhanmu yang terakhir.. kenapa masih belum khusyuk ibadah solatmu tatkala kau menghalakan tubuhmu ke Baitullah? Kenapa belum terbit airmata keinsafan dari ruang hatimu yang paling dalam, menangisi dosa-dosamu yang pernah dan telah kau lakukan, yang menyelubungi dirimu?
Andai ini ramadhanmu yang terakhir.. sudahkah kau penuhi janjimu kepada Ya Rabb seperti yang kau ucapkan pada setiap lafaz doa iftitah di dalam solat 5 waktumu? "Innasolati wanusyuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ’alamin Laa syarikalah.." [Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya]
Sungguh benarkah lafaz JANJImu pada Ya Rabb itu? Atau hanya bacaan ‘melepasi’ wajibnya solat sahaja?.

Oh diri!.
Andai ini ramadhanmu yang terakhir..
Sudahkah kau persiapkan dirimu dengan sempurna untuk menemui Allah Rabbul ‘alamin?.
Andai ini ramadhanmu yang terakhir..
Sudahkah kau periksa tahap iman dan takwamu serta bekalan yang akan kau bawa mengadap-Nya di sana kelak?. Sebelum memikirkan di sana, sudahkan kau yakin mampu melepasi fitnah kubur yang pelbagai cerita dan kisah telah kau dengar dan ketahui?.
Andai ini ramadhanmu yang terakhir..
Berapa juzuk-juzuk Al-Quran yang mampu kau tebar sebagai penghalang daripada panas teriknya mentari di padang masyar?
Andai ini ramadhanmu yang terakhir..
Berapa banyak dzikir munajat yang kau alunkan untuk melancarkan lintasanmu seperti kilat menyambar di titian siratulmustaqim atau adakah kau mengambil perjalanan sehari semalam untuk menitinya?.
Andai ini ramadhanmu yang terakhir..
Berapa banyak amalan kebaikanmu kepada orang tuamu, kepada suamimu, kepada anak-anakmu, kepada saudara maramu, kepada jiran tetanggamu, kepada masyarakatmu dan kepada agamamu untuk kau yakin kau mampu bersenang-lenang merasai indahnya nikmat syurga?.
ADAKAH KAU BERASA TERLALU BANYAK SUDAH?? CUKUPKAH??

Oh diri!
Andai kau tahu ini ramadhanmu yang terakhir..
Pasti kau tinggalkan urusan duniawi ketepi..
Andai kau tahu ini ramadhanmu yang terakhir..
Pasti setiap desah nafasmu mengalun dzikir memuji Illahi..
Andai kau tahu ini ramadhanmu yang terakhir..
Pasti khusyuk solatmu membuatkan kau tidak mahu bangun dari sujudmu..
Andai kau tahu ini ramadhanmu yang terakhir..
Pasti kau menangis, merintih, berwirid, bertahmid memuji Penguasa Alam yakni Allah Rabbul ’alamin tanpa henti..
Andai kau tahu ini ramadhanmu yang terakhir..
Pasti lidahmu akan terus membasahi dengan doa taubat "Ilaahi lastu lilfirdausi ahla walaa aqwaa 'alannaaril jahimi, fahabli taubatan waghfir dzunuubi, fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi" [Wahai tuhan, Aku tak layak masuk syurgamu, Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.Ampunkan dosa dan terimalah taubatku, Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar].

Ya Allah..
Andai ini ramadhanku yang terakhir..

AKU MOHON PENGAMPUNAN-MU YA RABB.
AKU MOHON KEREDHAANMU YA RAHMAN, YA RAHIIM, YA DZALJALALILWALIKRAM..



Ya Allah, aku hamba-Mu yang banyak berdosa.. hanya Kau tempatku meminta pengampunan.. wahai Dzat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Janganlah aku tergolong dalam golongan orang yang rugi, yang keluar dari Ramadhan ini tanpa mendapat pengampunan dari-Mu Ya Allah. Naudzubillahimin dzaalik.. Tolong Ya Allah… Hasbiyallah. PENGAMPUNAN-MU DAN REDHA-MU JUA YANG KU POHON DENGAN SESUNGGUHNYA YA ALLAH…. Subhanallah..
Ya Allah.. terimalah taubatku, berikan pengampunan kepadaku, jauhkan aku daripada fitnah kubur dan azab siksa neraka-Mu.. Ameen.


[Masihkan aku berpeluang menemui ramadhan 1432 dan seterusnya serta mampukah aku mendalami makna ramadhan sebagaimana Nabi Junjunganku Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam dan sahabat-sahabat baginda menghayatinya?!. Allahu Akhbar..]






.

Monday

Peringatan Untuk Diri : KEAMPUNAN @ RAMADHAN!


Sudah masuk 10 hari ke dua di bulan Ramadhan... Bulan penuh keampunan dari Allah... hari-hari yang telah Allah janjikan rahmat yang tiada taranya bagi yang tahu dan yang mahu!.

Kata abang, khutbah jumaat lepas yang dihadirinya menyatakan, dikisahkan bahawa Iman As-Syafie pada ketika hayatnya, apabila masuk bulan Ramadhan, ditinggalkan segala urusan dunia yang tidak penting baginya, dan beliau khatam Al-Quran sebanyak 2 KALI SEHARI!!.. (Allahu Akhbar!.. wallahu 'alam).

2 kali sehari??.. AKU??.. dua helai mukasurat sehari pon tersangkut2!! (astaqfirullahal 'adzhim).

Sudah-sudahlah cerita pasal makanan (berkata kepada diri!!)... terlupa pulak nanti memohon keampunan Allah di bulan barakah ini...

Untuk meminta keampunan Allah, aku mesti terlebih dahulu memohon keampunan daripada sekalian makhluk Allah terutamanya yang bernama manusia... untuk memohon keampunan manusia2 ciptaan Ya Rabb, aku wajib terlebih dahulu memberi maaf kepada setiap manusia yang pernah dan masih bersamaku..

Untuk itu, dengan hati yang paling dalam, aku menadah tangan berdoa kepada Ya Rabb memohon pengampunan dan mengharapkan redhanya Illahi.


"Allahu Akhbar!. Wahai Dzat Pentadbir Alam. Aku mohon sebenar-benar mohon di bulan Ramadhan-Mu ini, bulan yang penuh keberkatan ini, bulan yang mana Kau buka pintu keampunan-Mu seluas-luasnya bagi umat kekasih-Mu Nabi Muhammad S.A.W, AMPUNI DOSA-DOSAKU YA ALLAH. LEPASKAN AKU DARIPADA FITNAH KUBUR DAN AZAB NERAKA. JAUHI AKU DARIPADA TERGELINCIR KE LEMBAH MAKSIAT YANG HINA. JAUHKAN AKU DARIPADA FITNAH DAJJAL DAN TERIMALAH TAUBATKU YA ALLAH. AKU MOHON PENGAMPUNAN DARI-MU YA RAAB.

Ya Allah.. sesungguhnya dengan berlapang dada, aku ikhlas mengampunkan dosa dan kesalahan kedua ibu bapaku sekiranya ada perbuatan dan perkataan mereka yang menyinggung hatiku (mana mungkin aku menjatuh hukum kepada mereka Ya Allah, sedangkan hitungan kebaikan mereka mengatasi zarah kelemahan mereka kepadaku!..), aku juga dengan tulus mengampunkan segala salah laku dan kesilapan suamiku sama ada yang aku ketahui dulu dan kini atau yang disembunyikan di belakang pengetahuanku yang pastinya bertujuan untuk menjaga kemaslahatan keluarga kami dan pastinya ia lebih baik bagi aku untuk tidak mengetahuinya daripada mengetahuinya yang mungkin mengundang dosa aku kepadanya. Begitu juga kepada anak-anakku dan saudara-maraku Ya Allah.

Aku juga dengan merendahkan jiwaku yang kerdil ini mengampunkan segala kesalahan dan kesilapan mereka-mereka yang pernah menyakiti hatiku, yang berbuat salah kepadaku samaada secara sengaja atau tidak, secara mereka sedar atau tidak, sama ada dengan kemahuan atau tanpa kerelaan. Sungguh aku rela melepaskan segala dendam dan marah, sakit hati juga sikap mengungkit!.


Aku sedar Ya Allah, syaitan sentiasa hidup dalam setiap setiap nadi dan urat darah untuk menanam dan menghasut nafsu amarah ini. NAMUN!, Sedangkan Kau wahai Dzat yang Maha Pencipta lagikan MAHA PENGAMPUN DAN PENERIMA TAUBAT.. SIAPALAH AKU HAMBA-MU YANG HINA INI UNTUK MEMBAWA DENDAM DAN MARAH INI?.

Maka itu Ya Allah, aku mohon, agar ibu ayahku, suamiku, anak-anakku, saudara-maraku dan semua sahabat, kenalan dan mereka-mereka yang telah dan pernah aku sakiti, zalimi, aniayai, lukai, kasari, atau berbuat tidak baik akan sudi dengan ikhlas memaafkan aku dan tidak membawa dendam kesalahanku dihadapan-Mu nanti Ya Allah.

Hitungan dosa diriku pada-Mu lagikan aku tidak tertanggung, apatah lagi mahu menanggung beban dosa yang aku lakukan kepada makhluk-Mu. Sungguh aku tidak mampu Ya Allah.

YA ALLAH.. AMPUNI AKU.. AMPUNI AKU.. AMPUNI AKU.. JANGANLAH AKU KELUAR DARIPADA RAMADHAN-MU INI DENGAN TIDAK MENDAPAT PENGAMPUNAN DARI-MU!!.. AMPUNI AKU HAMBA-MU YANG KERDIL DAN HINA, YANG PENUH NODA DAN DOSA INI YA ALLAH. AKU MOHON SESUNGGUHNYA!.

Selawat serta salam buat manusia Ummi yang mulia lagi maksum, Nabi Junjunganku Nabi Muhammad Sallallahu alayhi wassalam. Sejahterakan Baginda dan keluarga Baginda Ya Allah. Ameen.. Ya Rabb... Ameen Ya Rahman... Ameen Ya Rahiim.

Ameen Ya Rabbul ’alamiin."



Semoga sahaja 'kalian' semua memaafkan aku dan semoga pintu rahmat Allah terbuka untuk kita semua... Ameen.





"Ya Allah. Ampuni dosaku.. Terimalah doaku, terimalah taubatku, aku mohon keampunan dari-Mu Ya Allah.. berkati kehidupanku dunia dan akhirat.. redhoi aku sbg hamba-Mu Ya Rabb... Allahu Akhbar!."







.

Friday

Menu 45 minit


Semalam terbayang nk buat tomyam... tapi, cik abang jemput aku pon dh lambat sbb dia ada urusan kerja... huhuhu.. sepanjang perjalanan kepala dok putar pitar pikir menu 'terdesak' sbb menurut jangkawaktu, mmg sampai umah lambat nih!!...

Kena pegi kedai dulu!!.. (ini la padahnya kalau beli hari ni utk masak hari ni.. tak de nk simpan2 stok!!.. huhuhu)... sampai kedai dh pukul 6.15pm.. beli yg patut2 je sbb nk rush balik.

Sampai umah dh kul 6.30pm.. huhuhu... memang tgh berperang perasaan jugakla nk masak apa... angan2 utk masak tomyam campur, daging masak kicap, udang masak sambal kering kemungkinan berkubur begitu sahaja..

Berkira2 apa menu yg sempoi.. makanya... keletung keletang kelekung..
INILAH HASILNYA!..

Menu "45 minit"... (ngam2 hidang time azan.. oklah tuh...)

Menu: Nasi Putih dengan Udang Sambal Kering, Daging Dendeng (yg order online haritu... mujur ada lagi.. hehe), sup pedas petola. Mee adalah Char Kue Tiaw dan Kuih tiada okeh (tak sempat!!!).. ganti dgn buah jer.. Buah Tembikai!.


Bagus jugak masak lambat2.. sbb Char Kue Tiaw ni kalau biar lama nanti kembang plaks.. so, just nice time ler.. hihihihi. (alasan nk sedapkan hati!!).


dan Airnya... hehehe... air tembikai, teh o panas, dan air suam.

(kali ni dpt jamah kurma dari Mekah. Boss bagi sbb dia baru balik dari Umrah. Alhamdulillah. Sedap2 kurmanya.. besar dan manis. Tak macam yg beli kt dlm kotak tuh.. teringin nk pergi Mekah.. Allahu Akbar).

Oh ya.. petang ni ada harapan BALIK LAMBAT lagik.. sbb Boss ada Press Conference pukul 5.00pm. Aramak.. apa nk masak pulak eh??..

Note: sorry la kalau aku ter'upload' entry pasal menu berbuka jer.. sbb nak ingatkan diri sendiri apa yg aku masak dan jugak nk bagitau adik2 sedara serta anak2 aku bahawasanya TIADA YANG MUSTAHIL DLM BAB MEMASAK ini.. sbbnya, aku dulu pada zaman anak dara pinggiran duluuuu... adalah seorang yg PEMALAS TAHAP CIPAN TENAT untuk masuk dapur dan memasak... dan selalu mengkagumi mak dan orang2 yang terror masak pelbagai menu... jadinya, bila HARI INI AKU BOLEH MENYEDIAKAN SEBEGITU, makanya ia adalah menunjukkan bahawasanya pepatah "alah bisa tegal biasa", "hendak seribu daya", "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan", "Jika Kau Fikirkan Kau Boleh", dll ADALAH PEPATAH YG RELEVANT UTK DIGUNAPAKAI!!!... hahaha (masih mencipta alasan utk kepuasan sendiri!!..)..

Sila upload menu2 anda juga - sebagai IDEA untuk DITIRU DICUBA!.

kehkehkeh..

Selamat Berhujung Minggu...



.

Thursday

Berbuka dengan Nasi Goreng


Minggu lepas balik Muar.. berbuka dgn mertua ipar duai biras mmg menyeronokkan.. balik KL hari Isnin, berbuka pulak ngan mak dan ayah. Request kat mak buat gulai ikan kering.. walllahweih.. yummy...

Hari selasa kelmarin, start rutin memasak.. tapi minggu ni cik abang kata mcm taknak makan nasi putih... tp nak makan yg simple simple jer katanya... hehehe.... any suggestion?? - nasi goreng jer.. hahaha.

So, dh dua hari berturut-turut aku menghidangkan menu Nasi Goreng.

Hari Selasa : Seperti di bawah ini..


Menu: Nasi Goreng Butter. Ayam Masak Merah. Kerang Rebus dan Air Asam (yg ni tak laku sbb semua dok pulun Nasi Goreng Butter dgn ayam shj!). Mee adalah Mee Hoon Siam (bihun goreng laa...). Kuih adalah donut (tiada dlm gambar) dan Airnya adalah Sirap Bandung, Teh O panas dan air suam.


Semalam, Rabu, menunya seperti berikut.


Menu: Nasi Goreng Cili Padi. Daging Dendeng (order online..). Mee Hoon Sup Merah (resipi special mak!). Kuih adalah tauhu sumbat dan air sirap limau, Teh O panas, dan air suam.

Ni saja nk close up skit.. hehehe...


Ringkaskan... Hari ni Nasi Goreng apa pulak eh??.. hahahaha...

Friday

Menu Berbuka Hari Pertama dan Kedua..


Salam Ramadhan...

Tajuk adalah ilham dari blog member nuun... (tijah.. aku tak TIRU tajuk ko kan.. aku EXPAND kan je.. hahaha)..

Alhamdulillah... utk menu berbuka hari pertama dan kedua, aku memasak sepenuhnya...

Ramadhan kali ni, abang kata kena berazam utk "LESS COMMITMENT TO BAZAAR RAMADHAN" (dan jugak "NO TO HOTEL".. byk yg tak dapat sijil halal maaaa..). Maknanya hidang jer mcm nk makan malam.. cumanya lebihkan satu menu tambahan which is ada mee-mee dan/ atau kuih-muih serta buah-buahan.. (kurma adalah WAJIB).

Di bawah adalah menu berbuka hari pertama...


Lauknya ialah : GULAI KEPALA IKAN MERAH (ni sbb terpengaruh dgn idea kawan2 kt FB ler nih.. hehehe)... Ayam masak gajus dan Kailan ikan masin... Meenya adalah... Mee Goreng Basah.. oh.. gambar air tak ada eh.. airnya adalah air longan ais dan teh o dan air masak.. hihihi.

(masak lebih ingatkan adik ipar nak datang... rupanya dia dtg masa kami pegi terawikh... tak jamah pon mee tu.. sudahnya, maid aku yg habiskan.. hihihi).

Gambar di bawah adalah menu hari kedua, (sila abaikan model kecik yg cuba menyibuk nk suruh amik gambar dia jugak!!.. huh!..)


Menunya adalah: Ikan senangin masak asam, Sambal Udang goreng garing, Masak lemak taugeh. Meenya adalah: Mee Suah Sup.. (yang ni sampai tak cukup plak... lepas terawikh si abah ngan anak berulang makan berebut-rebut... sian laaaa... huhuhu). Kuih donat 'terlebih garing'.. kehkehkeh... dan Airnya adalah Bandung Ais, Teh O dan Air suam. Kurma tidak dilupakan.. Oh ya, dgn buah betik jugak..

YEEE HAAAA.... dh dua hari puasa berjaya utk tidak menjejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan.. hihihi.. (awal2 buleh la kan... tak tau ler sampai hari ke-berapa yg buleh bertahan.. kehkehkeh).

Esok balik kampung abang.. (MUAR..), sure mak mertua akan buat asam pedas... ahad ni nk pegi carik ikan parang kt pasar parit jawa... pergh.. best ooo...


... hahaha... (tijah, idea ko mmg bernas.. best gak buat entry menu2 berbuka... esok2 buleh aku tunjuk kat anak2 aku yg.. "IBU MASAK TAU UTK BERBUKA, SO, KORANG TAKYAH BG ALASAN TAKDE MASA LA, BUSY LA, KERJA LA and soo on...".. wah.. buleh buat modal ugut anak2 aku nih.. hehehe...)



Wednesday

Malam Pertama.. Terawikh..


Salam Ramadhan..

Alhamdulillah.. terawikh pertama di malam pertama Ramadhan sudah selesai... sahur pertama juga sudah selesai.. menanti berbuka puasa pertama di malam kedua bulan ramadhan tahun ini..

Cerita malam pertama ramadhan.. Syukur Alhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan kami anak-beranak (beserta maid dan juga jiran tersayang -tokma-) untuk bersama-sama menunaikan solat terawikh di Masjid..

(gambar kenangan... walaupun kelabu.. ttp terpahat indah di minda dan jiwa... hehehe).


Suka sungguh kerana si kecik -zaqwan- begitu tertib (sehingga rakaat ke-8), tidak mengganggu jemaah terawikh yg lain.. TERIMA KASIH YA ALLAH.. terima kasih anak ibu zaqwan dan nureen..


Hanya ketika doa selepas rakaat ke-8, aku menoleh ke belakang dan mendengar suaranya memanggil "IBUUUUU".. (begitu nyaring).. dan "KAK YAAAA" (juga nyaring).. di susuli gelak ketawanya... oo ooo....

HAH!.. aku dh tau dah.. SETAKAT INI SAHAJA!!... aku mundur ke belakang saf dan ajak si kakak (nureen) maju ke belakang ruang tangga.. menanti abahnya (cik abang dh siap bgtau nk buat 8 je, pasal nk tgk Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ) TV9 tajuk IBU-BAPA).

Ok. Kami 4 beranak pulang awal!. Menikmati santapan rohani - HSQ - dengan linangan air mata keinsafan.. Usai menonton Halaqah, cik abang menjemput tokma dan maid (yg meneruskan solat terawikh dgn 23 rakaat beserta witir).

Paginya, seawal jam 4am dh turun - menu sahur sedia dihidangkan... sambil menanti cik abang turun - sempat aku snap gambar sahur pertama kami.. hiihi... MUDAHKAN!..


Alhamdulillah...

Rahmat dan redha-Mu Ya Allah, jua yang ku mohon... amiin..

Tuesday

OH RAMADHAN!.

Allahu Rabbi.... terima kasih kerana memberi rahmat dan nikmat-Mu kepada umurku, tenagaku, kesihatan tubuh badanku, kecerdasan minda dan jiwaku, keselesaan persekitaranku, untuk menyambut, melalui dan mendapatkan ramadhan-Mu. Untuk mengejar nikmat ganjaran yang telah Kau janjikan di dalamnya Ya Allah. Keredhaan-Mu jua yang aku pohon Ya Allah.


(sumber : dari FB seorang teman..)

Wahai teman semua... Dengan rendah diri "AKU MOHON KEAMPUNAN DARIPADA KALIAN JIKA MASIH ADA RASA BENCI, MARAH, SAKIT HATI, DENDAM ATAU RASA YANG TIDAK SELESA KALIAN TERHADAP DIRIKU!. BENAR DAN BERSUNGGUH AKU MEMOHON MAAF".

Dan, aku ikhlas memaafkan segala salah silap kalian yang pernah buat aku terasa, terluka, kecewa, sedih, pedih dan segala rasa yang tidak selesa itu.

Telah lama aku buangkan rasa-rasa yang tidak selesa itu, aku hanya inginkan rasa BAHAGIA, TENANG dan TENTERAM.

Sebagaimana aku mahukan rasa-rasa itu, aku juga mohon agar Allah anugerahkan juga rasa-rasa itu kepada kalian. Dalam gundah ada bahagia, dalam resah ada tenang, dalam gelisah ada tenteram... KERANA YAKIN BAHAWA ALLAH ADA BERSAMA KITA... SENTIASA...

Semoga sahaja Ibadah Ramadhan ini dapat kita jalani dengan sempurna, selesa, bahagia dan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Yang Maha Esa. Amiin..

"Ya Allah Ya Rahman.. Ya Rahiim.. Berkatilah ibadat kami. Berikan petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami, sekalian hamba-hamba-Mu ini.. dan jangan Kau bolak-balikkan hati kami lalu menyimpang dari jalan agama suci Islam ini. Tetapkanlah iman kami dan tujuan ibadah kami hanya untuk mencari dan memperoleh redha dan keberkatan-Mu Ya Allah.. "



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H.








.

Monday

Seketika : Aku CELARU, KELIRU dan BUNTU!!...

Aku minat bercakap.... minat membaca... minat menaksir bahan bacaan.... minat bahagian training… minat motivasi…. minat memberi nasihat (walaupun diri sendiri sebenarnya perlu sentiasa dinasihati!!!)... juga minat berdiskusi (tapi asyik nak menang je dgn topik sendiri!!.. haish isy isy!!...)... minat nak sambung study... minat nak tulis buku dan buat training / ceramah dgn tajuk buku sendiri... (aku tulis, aku olah, aku kupas, aku bentang, aku bersoal jawab, aku terangkan.... TAMAKNYA AKU!!!)...

Atas dasar-dasar minat itu.. aku benar-benar teringin BANYAK PERKARA...

Ya benar... aku teringin nak menjalankan AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR..
Ya benar... aku teringin nak sahut seruan Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis yang berbunyi ”Sampaikan dariku olehmu walau sepotong ayat”.
Ya benar... aku ingin menjadi isteri mithali yang dapat menjadi pendamping, teman setia serta penyemarak semangat bagi si suami...
Ya benar.... teringin menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan dan membahagiakan kedua-dua orang tua di dunia dan akhirat..
Ya benar... aku teringin mempunyai sifat dan semangat ”Ummul Mukminin” – menjadi ibu yang mampu mendidik anak dgn sebaiknya... (aduhaaiiii.... kagumnya dgn ibu-ibu contoh yang hebat memperjuangkan agama dengan mendidik anak-anak menjadi insan khamil yang cemerlang dunia dan akhirat!!.. Allahu Akhbar..)
Ya benar... aku teringin menjadi pekerja yang menjalankan amanah dengan jujur, tanggungjawab, penuh berhemah dan berdedikasi.
Ya benar... aku teringin menjadi saudara, jiran tetangga serta masyarakat yang prihatin, penyayang dan saling bekerjasama untuk mengukuhkan persaudaraan Islam..

YA BENAR... AKU TERINGIN MENJADI UMAT MUHAMMAD YANG PATUH PADA PERINTAH ALLAH SERTA MENJADI HAMBA ALLAH YANG BERIMAN, BERAMAL DAN BERTAKWA!.


Dan atas dasar-dasar teringin itu.. aku terfikir....

Seketika… aku rasa nak sambung PhD dan pada masa yang sama nak tulis buku..
Seketika… aku terasa macam nak apply jadik lecturer dan pada masa yg sama sambung PhD..
Seketika… aku rasa macam nak apply jadi trainer… pada masa yang sama tulis buku, dan lepas tu buat training dengan buku aku…
Seketika… aku rasa macam belum masanya aku buat apa-apa..
Seketika… aku rasa dah tiba masanya aku merencanakan sesuatu…
Seketika.... aku rasa nak duduk rumah dan menjadi suri rumahtangga dengan menghasilkan e-book dan menyampaikan motivasi menerusi ruangan blog dan laman web sendiri...
Seketika... aku rasa macam nak join NGO pulak...
.
Seketika…. AKU JADI KELIRU, CELARU DAN BUNTU dengan diri sendiri dan keinginan yang pelbagai itu... (apabila merujuk keadaan diri yang hakiki sekarang ini!!)... isy isy isy…

Time “otak tgh free-free” ni (takde kerja la tuuuh!!!), mulalah macam-macam yang aku fikir, kenang dan mengenangkan, bayang dan membayangkan... memikir, menaksir, merencana.... MELAKAR IMPIAN SAMPAI KE BINTANG!
.
YA ALLAH… YA RAHMAN RAHIIM...Semoga aku dapat menghadapi segala kemungkinan dengan LAILLAHALILLAH (tiada Tuhan melainkan Allah).Dan setiap kesedihan dan kedukaan dengan MASYAALLAH (sesuatu yang telah dikehendaki oleh Allah).Dan setiap nikmat dengan ALHAMDULILLAH (segala puji bagi Allah).Dan setiap kelapangan dan cubaan dengan ASY-SYUKRULILLAH (bersyukur kepada Allah).
Dan setiap yang menghairankan dengan SUBHANALLAH (Maha Suci Allah).
Dan setiap dosa dengan ASTAQFIRULLAH (aku memohon pengampunan dari Allah).
Dan setiap musibah dengan INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI’UUN
(kita adalah dari Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali).Dan ketika setiap kesempitan dengan HASBIYALLAH (cukuplah Allah sebagai tempatku bergantung).Dan setiap qada’ dan qadar dengan TAWAKALTU’ALALLAH (aku berserah kepada Allah).
Dan setiap berbuat taat dan musibah dengan menyebut WALAHAULAWALA QUWATAILLA BILLAHIL ‘ALIUL’AZHIIM
(tiada daya upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar).
.
.
“LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKAINNI KUNTU MINADZAALIMIIN”.Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." [Al-Quran - Surah Al-Anbiyak (21):87]


semoga kedatangan ramadhan ini lebih menyucikan hati yang penuh noda dan dosa... membersihkan jiwa yang kotor dengan nafsu dan godaan dunia... semoga lebih jujur dan ikhlas mencari redha, rahmat dan keberkatan dari-Nya.. amiiin..




.

Friday

PENJELASAN.. (entri ini panjang.. sila abaikan emosi aku hari ini!)

Kelmarin dan semalam kecoh dalam paper pasal kes “kemalangan dan kematian” Bekas Adun dan bekas Setiausaha Adun ‘tuh’.. banyak pihak buat spekulasi.. banyak pihak minta PENJELASAN…

Hari ni kes rumahtangga Kak Engku (raja Azura) pulak yang hendak diberikan PENJELASAN...

Aduh... membaca dan bersembang dengan cik abang buat aku buat kesimpulan bahawa ”ADAKALANYA SESUATU PERKARA ITU TIDAK PERLUKAN PENJELASAN”... kerana dengan penjelasan itu hanya akan mengundang lebih banyak masalah dan musibah!!... dan juga... adakalanya sesuatu perkara itu TIDAK PERLU DI WAR-WARKAN kerana lebih banyak UMPATAN, FITNAH, DAN MALAPETAKA YANG AKAN TIMBUL!!..

Untuk kes Bekas Adun itu buat aku jadi kasihan pada yang masih hidup... yang dah mati dah tentulah MATINYA... yang hidup tu yang kasihan.. menanggung beban pandangan dan pertanyaan orang sekeliling...

Aku terbayang apa perasaan anak2 bekas adun (ada di antaranya yang merupakan pensyarah) apabila berhadapan dengan anak didiknya di dalam dewan kuliah.. dan apabila mereka berjalan di koridor2 Universiti.. sungguh kasihan!. (ini ujian Allah kepada mereka... semoga mereka tabah dan lebih mendapat rahmat dari-Nya)

Aku terbayang apa perasaan anak-anak bekas setiausaha adun tersebut apabila mereka berada di dalam kelas dan di kantin sekolah.. pasti ada mulut kawan2 dan guru2 yang ’memperkatakan’ sesuatu!. Sungguh kasihan!.(ini ujian Allah kepada mereka... semoga mereka tabah dan lebih mendapat rahmat dari-Nya)

Semalam dan hari ini pulak, kecoh pasal rumahtangga Kak Engku (Raja Azura)..
Aduhaaaiiii.... setiap rumahtangga ada pasang surutnya.. ada ujian ombak badai dan onak durinya... kenapa perlu dikorek dan diselidik?. KENAPA PERLU PENJELASAN?.. biarlah mereka selesaikan sendiri.. bukan apa.. takutnya apabila terlebih penjelasan akan lebih mengeruhkan keadaan...

Adalah normal apabila kita di dalam masalah tidak dapat berfikir dengan tenang (EVEN A MOTIVATOR ALSO CANNOT MOTIVATE THEMSELVES WHEN THEY ARE FACING A HUGE PROBLEM / DILEMMA IN THEIR LIFE)!.. jadinya, jika mereka-mereka itu dilanda masalah.. biarlah mereka mencari jalan fikir dengan tenang dan jalan damai.. jangan diasak dengan persoalan demi persoalan yg akan lebih memburuk dan mengeruhkan keadaan...

YA , mereka 'selebriti'.. SO??.. adakah semua hal ehwal dlm kain mereka perlu digembar-gemburkan?. Bagi ruang utk cerita peribadi terutamanya yg berkaitan dengan rumahtangga juga anak2 itu hanya kepada pihak mereka sahaja yg menguruskannya... (wallahu’alam)..

Bagi kes Kak Engku.. sungguh aku kasihan!.. (ini ujian Allah kepada dia... semoga dia tabah dan lebih mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya)

Jika PENJELASAN dapat merapatkan silaturahim dan lebih mengutuhkan lagi hubungan persaudaraan.. ALHAMDULILLAH... tapi... andai PENJELASAN itu bisa membawa kepada kehancuran.. APAKAH PENTING PENJELASAN ITU????!!!... ADUHAAAIIIII........

Adakah kita bersedia memberi PENJELASAN setiap tindak tanduk kita di dunia ini kepada ALLAH??... Pada ketika mulut dan lidah kita terkunci dan hanya tangan kaki serta anggota tubuh badan yang lain yang memberikan PENJELASAN di atas setiap tindak-tanduk kita... ADAKAH KITA BERSEDIA MENDENGAR PENJELASAN itu??..

Adakalanya biarlah sesuatu perkara itu TERGANTUNG tanpa PENJELASAN daripada PENJELASAN itu akan MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN dan PERMUSUHAN!. DI MAHKAMAH ALLAH NANTI... segalanya akan terjawab...

TAK PUAS HATI??? TIDAK ADIL?? KENA JUGAK TAHU CERITA!! BARU ORANG SEMUA TAHU!!.. (itukah suara hati anda yang berkata-kata???)..
MAKNANYA, BUKAN KES ITU yang perlu diberi PENJELASAN... tapi DIRI DAN HATI YANG TIDAK PUAS ITU (NAFSU) yang perlu diberikan PERHATIAN!!!.

Pandangan peribadi aku... kes Kak Engku dan kes bekas adun itu... aku rasa... PENJELASAN hanya akan lebih mengundang musibah daripada manfaat!.

SIAPA AKU UTK DIBERIKAN DAN MENDENGAR PENJELASAN TENTANG CERITA MEREKA??.. aku tiada hak utk mencampuri urusan mereka... itu di antara mereka sesama mereka dan ALLAH sebagai saksinya...

Biar mereka yang terlibat sahaja yang tahu... biar mereka yang berhak sahaja yang menyelesaikannya... Bagi orang luar seperti aku.... "Ada mata - pandang, ada telinga - dengar, ada mulut (utk kes ini) – DIAM, dan, ada hati – doakan kesejahteraan semua, termasuk diri sendiri – dunia dan akhirat".

Aku doakan agar kita semua beroleh redha, rahmat, nikmat dan hidayah Allah - jauh dari dosa mengumpat juga dosa menfitnah!.. (aku sedang mengingatkan diri sendiri... adakalanya lidah yg tidak bertulang ini terlalu laju menutur kata tanpa sempat di cakna dek minda dan sering terlepas dari tapisan iman dan takwa... bait ayat keluar lancar dengan dipandu arah oleh nafsu yang beraja, oleh tiupan syaitan yang menggoda... ASTAQFIRULLAHAL'AZHIIM)...

”Ya Allah... di pagi Jumaat penghulu segala hari ini.. aku dengan penuh tawaduk memohon kepada-Mu Ya Allah... kuatkan iman kami, tabahkan hati kami berhadapan dengan setiap ujian dan dugaan-Mu Ya Allah... terimalah taubat kami dan berikan pengampunan kepada kami... Jangan kami Kau aibkan dan jangan kami kau sisihkan... perhatikan kami.. pimpin kami dan tunjukkan kami jalan yang Kau redhai.. Bersihkan hati kami agar kami berasa lebih dekat dengan-Mu Ya Allah...” amin.



.... sedikit sambungan - aku petik dari entri Puan Norazlina:-
Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabat baginda..
“Mahukah kalian aku tunjukkan satu amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan berpuasa?” Baginda bertanya. ”Tentu saja, wahai utusan ALLAH” jawab para sahabat. Lantas baginda menjelaskan :

“Engkau damaikan orang yang bertengkar, menyambung persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, dan ‘membina jambatan’ (berhubung) dengan berbagai kelompok dalam Islam serta mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah dia menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahmi).” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )




.

Thursday

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH...


SELAMAT JALAN BOSS..

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH BESERTA IBADAH PUASA DI KOTA SUCI IDAMAN SELURUH UMAT MUHAMMAD ITU..




DI DOAKAN SEMOGA BOSS SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI SERTA SELAMAT MENJALANI IBADAH DENGAN TENANG, BAHAGIA DAN TENTERAM.

YA ALLAH YA RABBUL 'ALAMIN.. BERKATI SETIAP LANGKAH BOSS.. PELIHARALAH DIRINYA... KAU PERMUDAHKAN SEGALANYA UNTUKNYA... TETAPKAN IMANNYA DAN KUATKAN TAKWANYA... SEMOGA KAU TERIMA IBADAHNYA.. AMIINN... AMIIN... YA RABBUL 'ALAMIN..


... (semoga sahaja aku turut berpeluang mendapat jemputan Allah untuk ke sana... amiin..)...

Tuesday

KAWAN OH KAWAN!.

Sebenarnya aku dh tulis cerita pasal Forum Khas ESQ tempohari. Tapi bila baca balik.. isy.. banyak pulak yang aku ngumpatkan dalam entri (draft) tuh… mengerikan plak kalau di upload nanti semua org dapat rasa sorang sikit dosa mengumpat aku tuh!.. huhuhu.. TIDAAAKK!!!..

Jadinya, hari ni tulis entri baru.

Perjumpaan dengan Kak Zu (member kelas Master @ UPM), sangat-sangatla menggembirakan hati... sekian lama dok berjanji manismu nak jumpa, tak terjumpa-jumpa.. akhirnya, ahad lepas, dapat jugak jumpa.. (setelah hampir 8 bulan tidak bertentang wajah)!.. hihihi...

Di antara intipati cerita kami.. PASAL KAWAN!!.. hahaha... lately aku rasa timbul semula 'isu kawan' ni di ’persekitaran’ aku. Sapa nak kawan sapa, sapa yang kawan baik depan mengata belakang, sapa yang berkawan untuk kepentingan, sapa yang nak ikhlas berkawan.

Rupanya topik kawan ni amat-amat menjadi isu sensitif.

Mendengar cerita kak zu bagai melihat diri di dalam cermin.. SAMA DAN SEIRAS!. Rupanya kak zu juga melalui pengalaman seperti yang aku lalui... (boleh amik tips drpd kak zu nih..)

Persoalan yang Kak Zu lontarkan kepada aku :-"Tiny tengok kak zu, tiny rasa kak zu sombong ker?. Sebelum kot-kot kita ’bergaduh’, kak zu nak sangat tahu pandangan orang pada kak zu!!"

HAHAHAHA... tergelak besar aku dengar kak zu tanya macam tuh.. bukan sebab soalannya lucu.. TAPI. SEBAB SOALAN ITU PERNAH AKU LONTARKAN KEPADA SESEORANG (mungkin lebih) TENTANG DIRI AKU!!.. (Aku pon sama.. asal berkawan dgn orang, mesti sampai satu 'tahap' org taknak kawan dengan aku!!... kahkahkah).

Nak berkawan tak susah.. TAPI NAK MEMPERTAHANKAN HUBUNGAN DAN PERTALIAN PERSAHABATAN ITU YANG SUSAH!!..

YA.. memang susah. Kenapa susah? KERANA NIAT!!..

BETUL!!.. Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, waima dalam BERKAWAN, NIAT ITU PENTING!.. barulah diikuti dgn yang seterusnya.

Untuk Bersahabat, ada 3 PERATURAN UTAMA yang perlu DIKEKALKAN!!.. (pandangan aku shj dan nasihat untuk diri sendiri!).
Pertama: NIAT
Kedua: Keikhlasan.
Ketiga: Tiada Kepentingan Peribadi /Agenda.



Aku bagi contoh (note: kak zu, pinjam nama kak zu jap eh.. hihihi):

CONTOHNYA:- Aku berkawan dengan Kak Zu kerana aku tahu kak zu seorang yang kaya dan pemurah. Aku juga tahu yang Kak Zu kenal baik dengan Prof Raduan yang merupakan penyelia projek paper aku. Kak Zu pulak memang cemerlang dalam statistik yang merupakan matapelajaran yang aku paling lemah dan suami Kak Zu merupakan pensyarah matapelajaran statistik aku itu!.

Ketiga-tiga PERATURAN UTAMA itu telah MUSNAH. Niat aku lari. Aku sebenarnya tidak ikhlas hendak berkawan dengan Kak Zu, melainkan semata-mata hendak menggunakan Kak Zu untuk kepentingan diri!!..

JIKA TERJADI DI MANA:-

1) Aku nak pinjam duit kak zu untuk bayar yuran, tetapi kak zu tidak bagi. AKU KECEWA!.
2) Aku nak minta kak zu bagitau prof raduan supaya luluskan viva voce aku, tetapi kak zui gagal melakukannya. AKU KECEWA!.
3) Aku minta kak zu pujuk suami dia untuk bagi markah lulus paper statistik aku, tetapi kak zu tidak boleh berbuat demikian. AKU KECEWA!.

Dan apabila KECEWA ITU MELANDA, aku mula JAUHKAN DIRI dari kak zu dan juga MEMBURUK-BURUKKAN kak zu pada orang lain dengan harapan menagih simpati orang lain supaya kasihankan aku dan sokong aku untuk turut sama membenci kak zu!!..

NAH.. LIHAT!.. KAWAN BEGINI TIDAK HARUS DIJADIKAN KAWAN!!... BOLEH BLAH!!...
(aku tidak marah jika kalian putuskan hubungan persahabatan dengan aku sekirannya aku ada ciri-ciri berikut).

MAKA ITU, dalam berkawan (seperti yang aku katakan pada kak zu), ianya umpama kita bekerja.

1) YANG ASAS : Kita ikhlas bekerja sebab kita sukakan pekerjaan kita!. TITIK.
- Kita berkawan sebab kita dipertemukan sebagai kawan.

2) Gaji @ Perhubungan :- Kita bekerja dan diberi gaji, itu adalah ’yang kekal’.
- Sebagai kawan, kita ada satu hubungan yang ”kekal”.

3) Kenaikan @ Bantuan: Kita inginkan dan kita minta kenaikan gaji dan diluluskan!. SYUKUR. Namun, andai tidak dapat pun tak apa sbb masih ada gaji bulanan.
- Kita minta bantuan kawan tetapi tidak dipenuhi. TAK APA!. Tiada masalah. Sebab mungkin dia juga mempunyai masalah yang kita tidak tahu!.

4) Bonus @ durian runtuh: Kita diberi sesuatu yang tidak disangka oleh kawan kita. Contoh hadiah hari jadi. TERIMA KASIH!. Itu rezeki kita kerana kawan menyayangi dan mengingati kita. Jika tak dapat pun tak apa kerana YANG ASAS MASIH ADA!!.


Jadinya, aku berkawan tanpa syarat dan tanpa muslihat!. Itu yang aku didik dan latih diri aku!. Jadinya jika aku bertemu rakan/ kawan/ sahabat yang menerima aku sebagaimana aku.. ALHAMDULILLAH.. dengan lapang dada aku menyambut salam persahabatan!.

Tetapi jika berkawan dengan aku, dengan ada niat tersembunyi, tidak ikhlas dan mencari untuk kepentingan peribadi. MAAF. Aku tidak layak bergelar kawan!.

Adakah aku sombong??.. Adakah aku ego??.. Adakah aku bongkak??? TERPULANG PADA YANG MENILAI!!!...

Kenapa aku menjadi begini?? KERANA KAWAN2 YANG MENGAJAR AKU UNTUK SEBEGINI!!!.. Aku belajar dari "kawan-kawan" yang pernah hadir dan singgah dalam hidup aku!.

Aku bersyukur kepada Allah kerana aku masih mempunyai kawan... terima kasih Allah kerana memberi kawan-kawan yang amat menyayangi aku dan aku amat menyayangi mereka...

Bagi aku.. kita tidak akan tahu benar atau tidak seseorang itu merupakan KAWAN kita selagi "BELUM DIUJI ALLAH" dengan ujian dan dugaan.. untuk itu.. - kredit yang paling mahal utk sahabatku Maiza @ kaklong... kita melaluinya... dan aku menghargainya.. LUV U 4ever!!-.. hihihi... juga sahabat di glasgow... sahabat2 di UiTM, di UPM.... sahabat di sandakan (juga rakan2 sekolah)... sahabat2 maya yg buat aku riang dan gembira sentiasa.. sahabat2 saudara mara rakan taulan... terima kasih semua... kalian menyinari hari-hari seorang aku...

Ya Allah.. Kau berkatilah umur, rezeki, kehidupan dunia dan akhirat semua kawan-kawan yang menyayangi aku dan yang aku sayangi Ya Allah... amiin.

(dan.. sahabat dulu kini dan selamanya yang terbaik utk aku adalah mak, ayah, kakak, suami dan adik-adik...)

.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.