Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday

Bahana Lidah

"Tergelincirnya manusia ke neraka bukan kerana perihal kakinya, tetapi bahana lidahnya".


YA!. Mudahkan mendapat DOSA PERCUMA! (dan azab neraka yg perit!.. owh tidaaakkk!!...). Lidah dan lisan yang berkata-kata!.

Sungguh aku akui.. INI KELEMAHANKU YG NYATA!. Umpama gula-gula, adakalanya mengutuk, mengeluarkan kata-kata marah, mengumpat, mengata.. menjadi bekalan sembang sumbang lidahku.. (sungguh aku malu tapi aku mengakui melakukannya!!).

Pasal kereta orang buleh jadi bahan mengata, pasal baju kahwin orang pun jadi bahan mengata, pasal majlis orang jadi bahan mengata, pasal pisang goreng, cucur badak, kuih loyang pon adakalanya buleh nak jadi bahan umpatan!!... HAISH!!... (apatah lagi pasal sikap dan tingkah laku orang lain... cepat je nak ’meninggalkan komentar’!! huhuhu...)... teruk sungguh kan!.. ada saja lidah ni nak berbicara BAB MENGATA, MENGUTUK dan MENGUMPAT!!.. (dan ada pulak tu pairing partner yg dok sudi jadi peneman.. huhuhuhu.. "cheq sedih la.. tapi cheq dok buat menda mengata mengumpat nih... adoooiiii laaarrrrrr"... huhuhuhuhu....).

(hambaoiii haaaiiii... best sungguh nooo kalau dh start enjin.. tak teringat setan dok mengipas membisik bertepuk tangan kiri kanan hoiiii.. adooiiiiiiii... huhuhuhu)



Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda , yang bermaksud:
"Sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu kalimat yang termasuk keridhaan Allah, dia tidak menganggapnya penting; dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkannya beberapa derajat. Dan sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu kalimat yang termasuk kemurkaan Allah, dia tidak menganggapnya penting; dengan sebab satu kalimat itu dia terjungkal di dalam neraka Jahannam". [Hadis Riwayat Bukhari].


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." [Hadis Riwayat Bukhari].


Firman Allah:
"Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam pada itu, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, (kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka, dan bahawa merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka)". (Al-Quran Surah An-Nahl 16 : Ayat 62)

Firman Allah:
"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Al-Quran Surah An-Nahl 16 : Ayat 116-117)

PERINGATAN DAN AMARAN KERAS:

MENGUMPAT, MENGATA, MENGUTUK ITU JUGA MAKSIAT!
ZINA MATA, ZINA TELINGA, ZINA HATI, ZINA FIKIRAN (menonton aurat yg terbuka, mendengar bualan yang berunsur lucah, menghampiri kepercayaan syirik, lagha, kuat berangan, memikirkan dan menginginkan perkara yang terlarang dan haram) – JUGA TERGOLONG DALAM PERKARA MAKSIAT!..

Aduh!.. mudahnya diri terjerumus ke lembah maksiat!!..

"Kerana Pulut, Santan Binasa,
Kerana Lidah, Masuk Neraka".

Nauzubillahi mindzaalik!..

(kalau lidah lembu, buleh jugak buat sup!.. sedap ooo sup lidah lembu!!.. rapuh.. ekehkehkeh).


Ya Allah.. Ya Rabb.. tolong hamba-Mu ini...


Ya Allah.. aku mohon:
  1. Jadikanlah aku teman bicara yang solehah dan jujur.
  2. Mantapkan keyakinanku akan amaran dan bahaya siksaan-Mu di dunia dan azab akhirat akibat silap laku dan lisan yang berkata salah.
  3. Kuatkan imanku untuk sentiasa melatih lidahku berkata jujur atau jika tiada yang perlu diperkatakan, maka jadikan aku berupaya untuk diam!.
  4. Tanamkan kekentalan dalam jiwaku untuk sentiasa mengaji, mengkaji dan mengamalkan Al-Quran kalam mulia-Mu Ya Allah dan anugerahkanlah kejujuran dalam setiap ucapan dan tingkahlaku perbuatanku.
  5. Ingatkan diriku agar aku tidak jemu dan tidak lupa untuk membasuh dan membasahkan lidahku dengan ZIKRULLAH..


Ku mohon redha-Mu Allah.... Redhai aku.. Ameen.


Wednesday

Dugaan itu derita??..


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya!".

Pasti ayat ini biasa di dengar atau dituturkan tatkala diri dirundung masalah dan diberati dengan ujian hidup.. BENARKAN?..

YA.. aku akui.. aku turut menuturkan bait yang sama jika ingin menenangkan sesiapa yg dilanda masalah.. Hatta AKU JUGA MENASIHATI DIRIKU SENDIRI DENGAN AYAT SUCI ALLAH ITU.....dan aku berpegang benar dengan ayat-ayat Allah itu.. kerana itu janji-Nya kepada kita, makhluk ciptaan-Nya. AKU YAKIN DENGAN ITU..

Cuba buka lembaran Al-Quran Kalamullah yang suci itu.. (serta terjemahannya).. lihat surah demi surah, ayat demi ayat..

BUKAN SEKALI PESANAN ALLAH KEPADA KITA TENTANG "PERNYATAAN" SERTA JANJI-NYA ITU!!..



Firman Allah:
".................. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya…………….." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 233).

Firman Allah:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya............................". (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 286).

Firman Allah:
"................................ Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya..........................." (Al-Quran Surah Al-An’am 6 : Ayat 152).

Firman Allah:
"....................................Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga......................" (Al-Quran Surah Al-’Araf 7 : Ayat 42).

Firman Allah:
"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." (Al-Quran Surah Al-Mu’minun 23 : Ayat 62).

Firman Allah:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." (Al-Quran Surah Ath-Thalaq 65 : Ayat 7).

NAH!!... LIHAT ITU.. berkali-kali Allah berfirman tentang UJIAN-NYA DAN KEMAMPUAN KITA..

ULANG AYAT 7 PERENGGAN AKHIR DI SURAH ATH-THALAQ (65) ITU:-
"Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"!!..

ITU JANJI ALLAH..

Maka:-
"Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban???????"
(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

[Kalimat ini Allah ulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman (55). Daripada 78 ayat, 31 daripadanya adalah ayat di atas ini..]

JUSTERU ITU.. TANYALAH DIRI WAHAI DIRI!!!... (ingatan KHUSUS utk DIRIKU!!..)

...........................................................................................

Jika kau minta nasihat, aku bukan pakar motivasi untuk menimbal balik emosi dan mindamu, aku juga masih perlukan bimbingan dan panduan...
Jika kau minta pendapat, aku bukan insan yang berpengalaman luas dalam selok belok makna kehidupan, aku juga masih belajar dan terus belajar...
Tiada nasihat mahupun pendapat yang mampu aku sampaikan padamu teman...

ANDAI KAU RASA TERBEBAN.. JIKA KAU RASA TERPUKUL... SEKIRANYA KAU RASA TERPURUK dengan nasib yang kau anggap malang yang bertimpa.. ITU NORMAL!!.. "RASA" itu berlaku kepada sesiapa sahaja...

TAPI!..andai kau menyangka HEBATNYA DUGAAN DERITAMU itu sehingga kau tidak mahu mempercayai keagungan-Nya lagi.. ITU SALAH!!!.. SANGAT-SANGAT SALAH!!!.. (dan aku membantah keras- sekeras-kerasnya!!!)

..........................................................................................

Wahai teman.. ingin aku bersuara di sini:-
Tidak lebih tarafku walau setangga tingginya daripadamu.. dan tidak pula kurang tarafmu setangga rendah daripadaku.. KITA SERUPA.. dianugerahkan akal, nafsu, iman dan takwa... bukan kita yang menentukan darjat sesiapa.. HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI... aku hanya inginkan keredhaan Allah.... "TITIK".

BERITAHU AKU.... SIAPA YANG SELAMA HIDUPNYA TIDAK PERNAH DI UJI??? SIAPA.. SIAPA???.. SIAPA MANUSIA YG BERASA DIRI MEREKA HEBAT TANPA PERLU DIHADAPKAN UJIAN ALLAH??.. SIAPA??.. SIAPA??

Sedangkan Rasullullah S.A.W, junjungan umat, kekasih Allah itu, lagikan diuji dengan segala bagai ujian.. SIAPA KITA YANG IBADAH HANYA SEKAKI LALANG INI untuk tidak menerima cubaan dan dugaan?? Sudah lengkapkah ibadah wajib sehari semalam kita tunaikan?. Semak kembali rukun ihsan, rukun iman dan rukun islam, sudah cukupkah kita penuhi? Fardu Ain dan Fardu Kifayah, adakah kita patuhi?. Berapa banyak ibadah sunat yang kita peruntukkan sehari untuk mengabdikan diri kepada Allah?. Betulkah terjaga aurat kita sepanjang hari selama berhadapan dengan yang bukan mahram? Muliakah perbuatan harian kita setanding ketertiban perilaku para Nabi serta sahabat Baginda? Terjagakah lisan kita tatkala menutur kata, mengumpat, memaki, memarahi manusia waima di kala bersendirian?

Maka itu.. APAKAH KITA BERASA DIRI INI TERLALU ISTIMEWA SEHINGGA TIDAK LAYAK MENERIMA KIFARAH ATAU UJIAN ATAU DUGAAN DARIPADA ALLAH YANG MAHA BERKUASA?.

Orang yang mewah berharta itu, kekayaan itulah ujian mereka..
Orang yang miskin harta benda, kemiskinan itulah ujian mereka..
Orang yang alim agama, ilmu itulah ujian mereka..
Orang yang tiada pegangan hidup, kekufuran itulah ujian mereka..

Aku juga manusia ciptaan Allah.. TIDAK TERKECUALI DARIPADA UJIAN ALLAH!... PERLUKAH AKU CANANGKAN KEPADA KALIAN SETIAP DUGAAN HIDUPKU?

TIDAK MENGAPA.. aku simpan bahagian ceritaku.. bukan untuk tatapan sesiapa.. cukup untuk aku sedar bahawa Allah masih sayang dan memerhatikan aku.. justeru itu aku redha dengan ujian-Nya dan... YA.. pada setiap dugaan, setelah ianya berlalu, aku temui segala sinar dan rahmat.. Syukur Alhamdulillah.... Aku yakini kalimah "LILLAHI TA'ALA"!!..


INI PERINGATAN UNTUK DIRIKU dan dirimu (jika itu perlu!!)..
"TENANGKAN HATI DENGAN BACAAN AL-QURAN (SERTA MAKNANYA) DAN BANGUNLAH UNTUK SOLAT MALAM (TAHAJJUD)".. segalanya terjawab di dalamnya...

Serahkan segala resah dan gelisah kembali kepada ALLAH YA HAFIDZ.... semoga beroleh perlindungan, rahmat dan redha-Nya.. Ameen.


!!.


Firman Allah:
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): 'Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku'. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)." (Al-Quran Surah Az-Zumar 39 : Ayat 49).






.

Friday

Peringatan Diri : TAK MAU KAYA jika...


Masih sedikit berkaitan dgn protes di entri semalam!. Pasal sumbangan yang mana aku bermati-matian membangkang tujuan SUMBANGAN BERBENTUK “AMAL” itu!.. (Ya, aku sgt2 PROTES dan TIDAK MENYOKONG!!.)

Bagi org yg kaya raya dengan duit ringgit, pasti memandang komen aku sebagai hingusan dan picisan.. tidak apa-apa... (setidak-tidaknya, aku ada bukti di hadapan Allah bahawa aku MENENTANG kejahilan dan kemungkaran yg “DATANG” depan mata!!).

Bagi org org yg kaya duit ringgit.. melimpah ruah kekayaan anda... silakan... silakan... lakukan apa shj dengan wang anda.. itu hak anda..

...dan SESUNGGUHNYA AKU BERSYUKUR KERANA TIDAK DILIMPAHI WANG RINGGIT BERJUTA-JUTA DI DALAM SIMPANAN seandainya dengannya aku menjadi laqa.... sungguh aku bersyukur..

Allah berfirman:
"Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Al-Quran Surah Thaha 50 : Ayat 131).

Semalam, aku khabarkan pada abang.. "Andai dengan menjadi kaya wang ringgit, mewah berharta benda, akan menggelapkan hati abang dan leen, akan menjadikan kita ego bongkak dan bangga diri.. akan menghumbankan kita ke dalam neraka Jahannam.. Leen mohon di malam jumaat ini, di saat kebanyakan umat islam mengalunkan bacaan yaasin memohon hajat, agar JANGANLAH ALLAH KURNIAKAN KEMEWAHAN HARTA BENDA ITU KEPADA KITA.. seandainya kesudahan yang buruk dan azab Allah di akhirat kelak yang akan kita terima berpunca daripada kemewahan harta benda dan wang ringgit itu.."


Dan doaku di hari jumaat yang mulia ini.

"Ya Allah, aku mohon Kau lepaskan aku daripada bebanan hutang dan fitnah orang.. serta Kau cukupkan duniaku dan mudahkan perjalanan hidupku dan ibadahku.. terimalah aku, perhatikan aku, redhai aku Ya Allah.. Jika kemewahan dunia menyebabkan aku jauh lalai daripada mengingati-Mu dan memberikan kesudahan yang buruk di alam akhiratku, jauhkan ia dariku Ya Allah.. namun, andai dengannya aku bisa lebih dekat dan ibadahku lebih hampir pada-Mu, maka permudahkanlah ia untukku Ya Allah.. sesungguhnya Kau lebih mengetahui dan maha mengasihani.. kasihanilah aku Ya Allah.. AMPUNI DOSA-DOSAKU wahai Rabb yang Maha Agung.."

Sungguh aku teringin menikmati yang dimiliki oleh golongan kanan serta yg puak ketiga dalam Al-Quran Surah Al-Waqiah 56 : Ayat 10-26 dan Ayat 27-37.

Serta nikmat seperti yg dinyatakan di Ayat berikut:

Firman Allah:
"Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari". (Surah Al-Quran At-Thaha 20 : Ayat 118-119).


(wahai teman, sahabat, rakau taulan dan saudara seagamaku... jika, sekiranya hari ini, esok, lusa, akan datang nanti atau bila-bila kalian lihat dan dapati aku telah, akan atau bakal tersasar arah daripada apa yang aku perkatakan, TOLONG!.. TOLONG INGATKAN AKU... aku manusia yang mudah lupa, alpa dan leka... MAKA, PERINGATAN SEBEGINILAH yang kalian boleh forward, hantar, email, ingatkan aku bahawasanya perbuatanku salah dan perlu kembali semula ke paksi islam yang sebenar!).


Aku mengingatkan diri aku sendiri.... YA!. aku penat dan lelah melihat sekeliling.. Aku ingin bersuara!!.. tapi imanku terlalu nipis utk mengeluarkan kata.. terlalu TAKUT KEPADA MANUSIA BERBANDING TAKUT KEPADA ALLAH.. tidak tega untuk menegur dengan LIDAH dan menghalang dengan perbuatan.. YA ALLAH.. AMPUNI AKU.. AMPUNI KEKHILAFAN DAN KELEMAHAN HAMBA-MU INI!!..







.

Thursday

WITHOUT SORRY.. REGRET!.

Gila gempaks tak tajuk?..


Apa bijik butirnya?.. okeh.. akan diketahui selepas ini!...

(banyak spekulasi buleh dirungkai nih.. kahkahkah!!!!)

Aku buat sequal je la.. kali ni nk buat mudah, ringkas dan MENUSUK MAKNA!. (mcm la aku reti nk karang pendek2.. hihihihi)

1) Asalnya diterima surat yg ada tajuk begini!!




2) Meminta begini!!..



3) Yang nantinya menayangkan begini!! (wallahu 'alam)




4) Yang agak jauh daripada begini!!.



5) Maka diputuskan.... BEGINI shj JAWAPANNYA!!..




.. Without SORRY.. JUST REGRET!!...



Ini adalah sekecil-kecil PROTES yg dapat aku "sumbangkan" utk "AMAL MA'ARUF, NAHI MUNGKAR".. dan aku tidak mahu terheret sama bila tiba hari pembalasan kelak!!..


Ya Allah... apa nak jadi dengan "DUNIA FESYEN ISLAMIC" sekarang?..
MENGEERRRRIIIKKKAAAANNN (bak kata Tok dalang dalam Upin Ipin).

*****************************************************************************

Aku nak tulis jugak peringatan ini!!.. PERINGATAN KEPADA DIRIKU DAN KAMU SEMUA WAHAI MUSLIMAH DAN PARA WANITA ISLAM (tak kirala islam pada nama atau pada ibadah!!)..


"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (Surah Al-A’raaf 7 : Ayat 26)


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka atau
•bapa mereka atau
•bapa mertua mereka atau
•anak-anak mereka, atau
•anak-anak tiri mereka atau
•saudara-saudara mereka atau
•anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
•anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
•perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
•orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
•kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah An Nur 24 : Ayat 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab 33 : Ayat 59)


dan aku mohon Allah jauhkan aku dari terkena siksaan ini:

"Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya." (Surah Al-Furgan 25: ayat 34)
- NAUZUBILLAHI MINDZAALIK!!..


AKU MEMOHON REDHANYA ALLAH - YA ALLAH, REDHAI AKU.

Friday

NAFSU!!..


Petang Jumaat minggu lepas (venue: dlm kereta, perjalanan balik kerja ke rumah– mcm biasa laa kan kan kan… hehehee)… abang bercerita tentang Khutbah Jumaat yang disampaikan pada hari itu..

Kisahnya mengenai NAFSU.. (Kak Pah, BCP.. ni, ceq dh tunai janji nk ceghita nih.. hehehe)..


Menurut Iman Al-Ghazali, katanya, nafsu manusia ni terdiri daripada 3 peringkat.

PERINGKAT 1: NAFSU ‘AMARAH’ – ini adalah peringkat NAFSU PALING BAWAH (DAN PALING HINA)!!..

Nafsu amarah ni adalah nafsu yang berjaya mengawal seluruh pemikiran dan jiwa individu untuk melakukan MAKSIAT dan SEGALA KEJAHATAN DUNIA (tamak, riak, bongkak, dengki kianat, tak ada pegangan rukun iman dan islam dan ihsan)!!... Syaitan berjaya merasuk di seluruh urat nadi dan darah individu ini utk melakukan dosa demi dosa.. (pasai tu ada org sanggup je buat perkara haram mcm bunuh orang, buang bayi, rogol, TAK SOLAT LANGSUNG tanpa rasa bersalah, insaf atau serik.. !! haish!!)..

Firman Allah:
"Aku bersumpah dengan hari kiamat. Dan Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela". (Surah Al-Quran Al-Qiyamat 75: Ayat 1-2).

(bacalah keseluruhan surah ini.. KECELAKAAN BESAR bagi mereka yang tidak gentar akan kiamat serta janji Allah akan pembalasan akhirat!!).


PERINGKAT 2 : NAFSU 'LAWAMAH' – Nafsu ni dia DI TENGAH-TENGAH.. (mcm 50-50 laa..).

Ini Nafsu Pertengahan!. Individu yang mempunyai peringkat Nafsu Lawamah ni, dia masih berbuat baik, tapi pada masa yang sama, ada juga perkara yang membawanya hanyut dengan kemaksiatan.. (individu macam ni.. dia SOLAT.. BACA QURAN… HORMAT ORANG, BAIK PEKERTI, SOPAN… tapi pada masa yang sama.. MAKSIAT PUN DIA HAYUN!!.. berzina pun dia buat… minum arak pon dia buat… rasuah pun dia terima.... tak bersyukur dengan nikmat Allah.. asyik merungut merintih, bergundah gulana bersedih, berangan kosong.... MENGUMPAT MENGATA PUN LAJUUUU!! (toing toing toingg.... tetiba terasa ada seketui batu terhempap di kepalaku bila perkataan mengumpat mengata itu ku taip!!.. adoiiii...!!!)...

Firman Allah:
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Quran Al-Yusuf 12: Ayat 53).


PERINGKAT 3 : NAFSU ’MUTMAINAH’- Nafsu ni adalah nafsu yang TERTINGGI IMANNYA... Nafsu yang IMAN telah berjaya menakhluki hidupnya, meresap ke tubuh badan, jasad dan seluruh jiwanya.

Orang yang memiliki nafsu ini bukan sahaja TIDAK BERANI MELAKUKAN PERKARA DAN DOSA BESAR.. MALAH DOSA KECIL PON TIDAK BERANI DIHAMPIRINYA. Individu sebegini, apabila terlihat olehnya orang lain melakukan dosa besar, akan segera ditegah dan dihalang.. (AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR!!).... jangan kata nak melakukan dosa, menghampiri kepada perkara yang membawa kepada perkara yang boleh terpercik kepada dosa juga dia akan elakkan (Maha Suci Allah!!).. segera mungkin dia menjauhi larangan Allah dan nawaitu tujuan solatnya, ibadahnya, hidupnya, dan matinya hanyalah untuk ALLAH RABBUL ’ALAMIN.. (Subhanallah).

Firman Allah:
"Hai jiwa (nafsu) yang tenteram!. Kembalilah kepada Tuhanmu, merasa senang dan disenangi". (Surah Al-Quran Al-Fajr 89: Ayat 27-28).


Inilah peringkat-peringkat nafsu yang ada dalam diri setiap Individu..

Nafsu ini sememangnya diberikan Allah kepada setiap individu.. SEMUA ORANG!!..
KITA TIDAK BOLEH MEMBUANG NAFSU.. TIDAK BOLEH SAMA SEKALI!!..
KITA HANYA MAMPU MENGAWALNYA DAN MELETAKKANNYA MENGIKUT PERINGKAT YANG KITA MAHU!!...

MAKA!.. PILIHLAH PERINGKAT MANA YANG ANDA INGINKAN!!..



Penutup kata untuk Jumaat ini:-

Firman Allah:
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.

Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;

Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;

(Dengan dikatakan kepadanya): “Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya”.

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata."

(Surah Al-Quran Al-Hajj 22: Ayat 5-11).



*peringatan ini khususnya utk diriku dan kita semua..



”Ku mohon redhaMu Allah.. Redhai aku!!!...” Ameen.
.

Thursday

Salah Suami


Perjalanan pulang dari tempat kerja di jalan yg sunguh jammed sebenarnya merupakan satu perkara yang amat bahagia untuk aku (sekali-sekala laaa...) (KECUALI KALAU ADA TETAMU MENUNGGU DI RUMAH ATAU ADA ACARA YG PERLU DISERTAI PADA MALAM HARI ITU!!)… ini kerana perjalanan itu sentiasa di isi dengan cerita-ceriti, borak-borak, sembang-gebang tentang pelbagai isu dan saling bertukar pandangan dan fahaman… (tapi, ada jugak masanya masuk bab umpatan, kejian dan pergaduhan serta perbalahan ….. yang ni semua part yg tak best laaaa….huhuhuhu)… hahaha…

Kali ni, bukak topik pasal kes seorang artis yang diminta menambah nafkah saraan bulanan anak2 dengan bekas isterinya dulu…

Aku tanya, “abang setuju tak bekas bini dia minta tambah nafkah anak?” (ni aku yang tanya)..

Memula abang kata ‘tak setuju’.. kata abang, “kan dia dah bagi, apahal nak minta di tambah-tambah pulak?”.. (ni abang yg cakap)..

Aku kata, "mmg patut la kena tambah... sebab laki tu 'claim' dia dh kaya dan ada business stabil.. siap tayang kereta-kereta-kereta yg dikatankan miliknya yg gila babas punya mahal… takkan anak-anak dia dgn bekas isteri tu tak de hak nak dapat?.." (ini aku cakap)

Aku lagi: “Cuba abang fikir, ini general, bukan pada artis ni la.. tapi pada sesiapa yang mengalami kes ini!!... katalah, lelaki ni sekarang hidup mewah dengan bini baru.. dan ada anak dengan bini baru... mereka laki bini anak beranak sekeluarga ni hidup dlm kemewahan.. si lelaki ni hantar anak2 dia dgn bini sekarang yang BERBIN BINTIkan nama dia (dah anak dia kan..) pergi sekolah swasta.. yuran sebulan mahal nak mampos.. tapi, dia mampu, makanya, dia hantar mereka ke sekolah itu… tapi.. anak dia yg duduk dengan bekas isterinya yang BERBIN BINTIkan nama dia sekadar belajar di sekolah biasa yg yuran tak sampai suku yuran anak2 dia dgn bini sekarang… pastu pulak.. anak2 dia dengan bekas bini pergi sekolah naik bas sedangkan anak2 dia dgn bini skrg naik limosin segala bagai.. ADIL KA ITU??.. sedangkan anak2 itu BERBIN BINTIKAN LELAKI YANG SAMA!!... (dari darah hasil perkahwinan yang halal!!)..

Hanya kerana ibu anak2 bekas isteri adalah isteri yang telah diceraikan, adakah HAK ANAK-ANAK dengan bekas isteri itu GUGUR SEMUA???... begitukah??

Kalau macam tu.. senangla orang jantan nih... kawen... buat anak banyak2... ceraikan bini.. kawen dgn org lain... pastu biar anak2 dgn bekas bini dan abaikan tanggungjawab.. camtu kah??..

Dah la anak2 dgn bekas bini tu tak dpt merasa kasih sayang seorang ayah kandung.. jugak tak dapat menumpang senang kekayaan ayah yang mereka di bin dan binti.. isy isy isy... kesian mereka...

Boleh tak anak-anak yang ditinggalkan bapa2 macam ni (yg tak peduli kt kebajikan anak2 dgn bekas isteri pertama), mereka (anak2 ini) mengangkat tangan berdoa kepada Allah..

Ya Allah, Ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan
ibu bapa kami SAHAJA, serta kesihanilah ibu bapa kami SAHAJA.. sebagaimana mereka berdua IBU mengasihani kami semasa masih kecil.

Boleh camtu??... Pastinya TIDAKKAN... mesti ramai yang kata... TAK BOLEH BUAT CAMTU.. APA-APA PON, DIA TETAP AYAH KAMU.. KAMU KENA TAAT... KAMU KENA PATUH...

Dan bila di hari tua nanti, bapa2 ini (atau ada setengahnya si ibu yg bersikap seperti bapa2 ini) di tinggalkan tanpa dijenguk dek anak2... JANGAN PULAK DISUMPAH MEREKA.. KERANA ANDA YG MENINGGALKAN LEGASI SEBEGITU!!!...

Firman Allah :
"Dan janganlah engkau tujukan permandangan engkau kepada kesenangan yang telah kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka, janganlah engkau bersedih hati terhadap mereka dan hendaklah engkau bersikap sopan santun terhadap orang-orang yang beriman". (Surah Al-Quran Al-Hijr 15: Ayat 88).


Note : semua yang berwarna hijau itu cik abang aku cakap.. dan semua yang berwarna biru itu, AKU YG CAKAP..

See.. see.... betul tak aku cakap... sepuluh patah aku tanya, hanya sebaris ayat je yang abang tuturkan.... abang aku mmg tak banyak cakap...

Lihat jugak sebaliknya.... 25 patah perkataan abang aku jawab.. SERIBU RATUS perkataan aku hamburkan.. sampai habis perjalanan aku sorang ja nk bahas!!!.. sian cik abang.. hahahahahaha...


................................................###################..................................................................


Tapi, penutup sembang dari abang, sebelum sampai simpang rumah, adalah ayat yang paling aku suka dengar.. hehehe..

Menurut abang, pada pandangan peribadinya, KEGAGALAN SEBUAH PERKAHWINAN ADALAH BERPUNCA DARIPADA KEGAGALAN SUAMI... DAN SUAMI YANG PATUT DISALAHKAN!!!... (wow!!... ini cik abang aku punya pandangan peribadi okeh!!.. no right or wrong answer, sapa nk berdebat, pi buat entri sendiri!!..kahkahkah).

Aku : Rasionalnya? (waaaaooowww.. tetiba aku plak yg bertanya sepatah!!... amazziiinnngg... hahahahahaaa...)

Abang : Suami adalah Khalifah.... kuasa cerai talak di tangannya.. takkan jatuh talak kalau suami tak lafaz!. Jadinya, memang suami la yang patut mengakui kegagalannya mempertahankan rumahtangga jika sampai berlaku kes perceraian!..
(kata cik abang..)

Jika isterinya degil, adalah tanggungjawab si suami utk melentur, jika isterinya main kayu tiga, adalah kerana diri si suami yang tak pandai mengambil hati isteri, jika isterinya nusyuz adalah kerana suami salah didik, jika isterinya kurang ajar, adalah kerana suami tak tahu nak mengajar... isteri perlu dibimbing, dibentuk, diasuh... kalau isteri tidak puas hati dengan suami.. adalah kerana suami tidak pernah pedulikan isterinya..
(waaaahhhh... panjang pulak kali ni... aku plak yg terdiam terpana!!... kehkehkeh)..


Kesimpulannya, kalau ada kes cerai-berai.. AKU AKAN SALAHKAN PARA SUAMI....!!!!!... (aku sokong/ taat/ patut pada cakap suami aku apaaaa..... korang nak sokong pandangan lain, peduli hape aku kan kan kan.. kehkehkehkeh)..


Tambahan:-
Aku ada terbaca satu entri ni... menarik jugak:

SEORANG lelaki bertanya bapa mentuanya:

'Ramai orang puji bapak kerana mampu mempertahankan perkahwinan bapak. Boleh tak bapak berkongsi dengan saya apakah rahsianya?'

Dengan tersenyum, bapa mentuanya pun menjawab:

'Jangan sekali-kali mengkritik isteri kamu kerana kekurangannya. Sentiasalah ingat bahawa kerana kekurangannya itulah, isteri kamu gagal mendapat suami yang lebih baik daripada kamu.'

(arghkahkahkahkahkah.... hihihihihihihi...)...


.

Tuesday

Kisah Kawan Sekolahku Tetamuku..


Kawan sekolah tepon katanya nak dtg umah.. aku excited (biasalah aku ni kan.. sapa2 dtg umah pon aku excited.. mak ayah datang umah pon aku excited.. kehkehkeh)....

Alhamdulillah ada tetamu nak berkunjung.. telefon confirm.. pastu berbalas mesej di FB plaks.. ajak sorang lagi member sekolah yg tinggal kat KL (nama je duduk Kl, tapi xpenah pon berjumpa.. huhuhu)..

Roger and roger and out.. confirm mereka datang..

Sorang tetamu aku ni sejak dari sekolah rendah dia digelar “KETAM”.. kenapa KETAM??.. sebab mmg FEVERET DIA ADALAH KETAM!!.. sejak dari umur 4 tawon org kampung panggei dia ketam sebab dia PEMINAT TEGAR KETAM.. hihihihi.. (so, menu aku nk jamu nanti, MESTI ADA KETAM!!.. hahahaha).

Stop fasal nama gelaran. Masuk cerita persiapan.

Hari Ahad lagi Syahrul a.k.a. Ketam bgtau nk mai rumah. Semalam pulak confirm dgn si Ros yg dia pon leh join. Alhamdulillah. Rumahku akan menerima tetamu setelah syawal berlalu. Syukur.

Jadinya.. pepagi Isnin, dah siapkan list panjang lebar utk abang.. pesanan demi pesanan agar tak lupa beli itu, beli ini.. bla bla bla.. bla bla bla @ bebel.. hahaha..

Dlm kepala hotak dah berkira-kira dah, apa nk masak dulu.. apa nak tumis dulu.. apa nk hidang apa nak tambah..

Petangnya, aku sms maid bgtau bila 'bapak' bwk balik barang, jgn lupa siang mcm tu, siang mcm ni, potong itu potong ini.. tapi maid aku jawab "bapak ngak pulang bawa barangnya buk"..
HAIYAARRRKKKK!!!...

Sms abang.. dia jawab sms "Abg ada kt Subang, jumpa client"..

HAAAHH!!!... aiyoooo.... dengan mengurut dada aku sms balas.. “Ye ke?.. Hmm.. takpelah, nanti balik kita terus pegi kedai beli barang. AMIK LEEN 5.30 ON D DOT tau!!.. Luv U”.

HUISH.... ni yg aku mula gabra tahap cipan kena geles ekor nih.. barang tak beli lagi??... balik baru nk ke kedai??... ada ke ketamnya.. sempat ke nk buat menu yg dlm list kepala aku nih??.. aduiii....

Takpe.. tenang.. tenang.. owh hati!!.. hahahaaa...

5.30pm on d dot.. tepon abang.. “KAT NE?”.. selamat dapat jawapan "DH KT BAWAH".. hihihihihi...

Sampai kedai.. terjah apa yg patut mengikut susunan list (termasuk jugak yg takde dlm list.. pasai tu aku malas pegi kedai.. mesti dari sebakul jadik 2 bakul punya!!!!)..

Dan.. sampai rumah je... dah pukul 6.30pm.. SERBU DAPUR!!... sempat tumis and masak 3 menu di bawah ini dengan baju kerja yg tak salin lagik.. kehkehkeh.

Tengah sibuk menumis bahan itu ini.. dengar azan maghrib... Tapi.. masa ni lega skit sbb Main Dishes dh settle!.. hihihi..

Sup ikan dory, Ketam goreng cili bersalut telur dan Udang tumis sos manis.

(walaupun lega sbb dh siap 3 menu, tapi... dlm hati risau bebenor nih.. sbb tetamu janji nk datang lepas maghrib... azan dh berkumandang.. naik atas, mandi, solat.. bersiap.. then masuk dapur semula)..

Kali ni dh steady skit. Sbb menu lain tu sekadar nk tumis sayur dan goreng-gorengan jer.. sambil menggoreng sambil buat buah melaka.. mujur kuih ni senang.. main uli2, bulat2... campak2 dlm air dan tunggu timbul jer.. kehkehkeh...

Hasilnya adalah seperti berikut...

Full Menu:-

Menu: Ketam Goreng Cili Bersalut Telur, Sup Ikan Dory, Udang Tumis Sos Manis, Sotong Goreng Tepung, Bayam Goreng Belacan, Ulam Kacang Botol, Sambal Belacan, Ayam Goreng Manis and Ikan Senangin Goreng. Nasi Putih dan Kuih Buah Melaka.


Masa tetamu tgh makan, ditemani cik abang sayang.. aku berbunga silat kecil di dapur utk siapkan dessert…



Habis je tetamu makan malam... sambil lepak tengok citer hindustan, jamu dessert yg paling cepat dan mudah ini... kuah puding coctail.. ekehkehkeh... dgn Teh O Panas... hihihihi...


Layanzzz...

Ros balik dalam pukul 10.30malam... (itupon sbb hubby dia kena standby pegi ofis.. kalau tak, mmg aku tak bagi balik lagi.. sbb anak dia tgh khusyuk layan citer hindustan B4U..) hihihihi....

Si Syahrul dah tak leh bukak mata. Ngantuk sangat dah.. tapi anak2 dia still cargaaasssss... heheheheee...


Pepagi ni.. sambung bukak bunga silat kecil-kecilan di dapur, masak spageti carbonara.. goreng chicken ball untuk bebudak ngan sosej..

Breakfast campuran timur dan barat.. spageti carbonara + teh tarik.. hihihihi...


Namun, terpaksa tinggalkan tetamu layan diri utk breakfast.. sbb ceq nk pi kerja nooo... heheheeee...

Malam ni nak jamu apa plaks eh??.. hmmmm... hihihihihi...

Friday

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH...





ALHAMDULILLAH..

Ya Allah.. segala pujian kupanjatkan HANYA PADA-MU..
Sesungguhnya SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU dan MATIKU.. LILLAHI TA'ALA..


Ya Allah.. segala janji-Mu itu benar Ya Allah..

Aku adalah hamba-Mu..
Terima kasih kerana perhatikan aku.. terima kasih kerana memandang aku.. terima kasih kerana sedarkan aku.. terima kasih kerana tidak membuangku jauh dari tuntunan-Mu Ya Allah...

Ya Rabb.. di kala Kau berikan ujian sukar.. aku sedih, pedih, perit..
tangisku hiba, kecewa, gundah, resah, gelisah dan meronta..

Namun, aku berpegang pada janji-Mu Ya Allah.. di setiap ujian adalah kifarah penghapus dosa.. di sebalik dugaan ada rahsia rahmat yang tersembunyi, yangmana nikmatnya akan terserlah hanya ketika berlalunya duka.. dan.. ianya untuk aku sendiri BERFIKIR DAN MENGINSAFI DIRI!!!...

Ya Allah... Aku manusia biasa.. insan yang lemah dengan godaan nafsu yang penuh keserakahan jiwa.. aku akur itu Ya Allah...

Aku insaf.... sedangkan NABI MUHAMMAD S.A.W yang maksum yakni kekasih-Mu yg tidak pernah sesekali mengingkari-Mu itu lagikan berhadapan dengan ujian yang MAHA BERAT.. siapalah aku manusia bongkak ini untuk tidak merasa diuji?.. siapalah aku insan hina ini untuk tidak merasa diduga, siapalah aku hamba yang lalai ini untuk hanya menerima nikmat bahagia tanpa ujian dan dugaan??..

Aku malu dengan Rasulku.. diuji ujian kecil, aku mengeluh; diduga ujian mudah, aku merintih.. sedangkan aku sendiri yang menganiaya diri dengan terlupa dan leka untuk tunduk patut pada yang termaktub dalam Al-Quran-Mu.. berpaling daripada apa yang disebarkan dlm sunnah Rasul-ku.. lagi aku EGO inginkan BAHAGIA TANPA UJIAN!.. MANA MUNGKIN ITU!!...

Dengan yakin dan pasti, aku lalui ujian-Mu yang sebenarnya hanya sebesar zarah jika dibandingkan penderitaan kaum terdahulu itu Ya Allah.. hanya keserakahan jiwaku yang memandang ujian-Mu itu sebagai segunung batu yang menghempas di dada jiwa..

Tidak sia-sia Kau ciptakan susah, senang dan segala bentuk ujian dan dugaan, melainkan Kau tahu ianya untuk mengukuhkan iman hamba-hamba-Mu untuk lebih yakin dan percaya kepada-Mu... ALLAHU AKHBAR...

Rahmat-Mu tidak pernah kering Ya Allah... nikmat-Mu tidak pernah hilang Ya Allah.. bahkan sentiasa berlimpah ruah.. sentiasa penuh dan melata di serata pelusuk alam segenap petala langit... SUJUD SYUKURKU HANYA PADA-MU YA ALLAH... ASH-SYUKRULILLAH..

Di kala kau uji aku dengan kesenangan, janganlah aku takbur, sombong dan bongkak.. janganlah aku lupa diri, alpa, lalai dan leka.. INGATKAN AKU YA ALLAH.. Tetapkan imanku.. janganlah Kau bolak-balikkan hatiku setelah kau luruskannya...

Aku redha dengan ujian-Mu dan aku teramat bersyukur dengan anugerah-Mu Ya Allah..

Segala pujian hanya pada-Mu Allah... selawat dan salam untuk Muhammad S.A.W, Rasul junjunganku... aku bangga menjadi hamba-Mu Ya Allah... aku terima dengan redha ketentuan-Mu dan aku berterima kasih sangat-sangat dengan nikmat yang Kau anugerahkan kepadaku Ya Allah.. sangat-sangat aku mensyukurinya.. ALHAMDULILLAH..


HANYA REDHAMU YANG KU POHON YA RABB.... REDHAI AKU!!... Ameen.
Firman Allah:
"Hai anakku (kata Luqman)! Dirikanlah sembahyang, suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk, dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh. Janganlah engkau memalingkan muka dari manusia kerana kesombongan, dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!. Sesungguhnya Allah tiada mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri!!. (Al-Quran Surah Luqman 31: Ayat 17 dan 18).

.... diri... ingati ini.. sentiasa!!!.....



KU MOHON REDHANYA ILLAHI...





.

Wednesday

OH WANITA: Kau Perhiasan Dunia..


(kredit to en.google : thanks to ILUVISLAM)

Semalam, cik abang ajak makan kat luar.. I ON JE!!.. hahaha... Alhamdulillah, ada rezeki untuk merasai air tangan orang lain pulak.. hihihi...

Sambil tunggu yg di order sampai, biasalah, aku ni kan ada 1001 ilham nak bertanya bersoal cepu emas gangsa perak dengan cik abang.. kehkehkeh..

Aku : Abang, dikatakan bahawa sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah... maksudnya, sebaik-baik perhiasan bagi suami adalah isteri yang solehah.. setuju tak??..

Abang: Setuju..

Aku : Kalau wanita diibaratkan sebagai perhiasan, maknanya, wanita itu adalah ciptaan Allah yang amat cantik la kan.. sebab barang yang cantik je yang kita jadikan hiasan.. betul tak?

Abang : Betul.

Aku: Hmm.. kalau macam tu, barang yang cantik, untuk dijadikan hiasan, kenalah selalu dijaga dengan sempurna agar kekal cantik. Contohnya, kalau kita beli akuarium ikan, kita bela ikan, mestilah kita selalu tukar air akuarium tu, agar ikan sentiasa hidup dalam air yang bersih. Akuarium tu pun kita kena bersihkan supaya tak berlumpur, berhabuk, berkulat dan segala bagai kan. Mesti kena selalu dijaga rapi.. barula kekal kecantikannya dan kita pon proud to jadikan ianya hiasan... kan kan kan..

Abang : Ya betul. Setuju... (diam sejenak)... Haaa... mesti ada kaitan dengan apa2 ni kan..

Aku : Ekehkehkehkeh...

Abang : Hah!. Kan betul. Tu gelak tu mesti ada nak selit apa-apa cerita nih. Kan kan kan???..

(berkenalan selama 13 tahun dan menjadi suami isteri selama 6 tahun ini sudah cukup utk abang ’masak’ dgn perangai serta tingkah aku.. hahahahhaaa)..

Aku : Takdelah.. saja nak tanya pendapat.... Camni.. oleh kerana si isteri yg solehah itu adalah sebaik perhiasan suami.. makna kata, kena lah si suami itu sentiasa pastikan isterinya itu sentiasa solehah kan. Tapi, kenapa ada lelaki yang taknak hiasannya CANTIK dan MENARIK?. Yang sanggup lihat perhiasannya BURUK dan TERUK??.. Ada suami yang tak kisah samada isterinya solat atau tidak.. ada suami yang tak kisah isterinya menutup aurat atau tidak.. ada suami yang tak kisah mulut isterinya ’celabas’ semacam jer (alamak bang, ni leen pun buat laa... huhuhu... AMPUN BANG... leen cuba kawal mulut leen eh!!.. huhuhu)... ada suami yang tak kisah isterinya berkepit, bergambar, berpeluk, bercumbu dgn jantan lain... ada suami yang tak kisah isterinya melakukan maksiat serta melakukan pelbagai perkara mungkar... ramai suami yang TAK KISAH PERHIASAN MEREKA TERCEMAR!!.. kenapa eh?.

Abang : Kalau dah si suami tu pun buruk, apa dia kisah perhiasan yang cantik......?

(dan ini juga perangai abang yang aku ketahui... aku cakap 188 patah, dia jawab 8 perkataan je.. hahaha... iyalah, kalau sama2 petah, bertekak pulak kerjanya kan.. dan kalau sama2 pendiam, sunyi sepi plak nanti.. hihihi... tepatnya aturan Allah.. Subhanallah.. Terima kasih Allah... )

Hmm... perbualan terhenti di situ.. sebab makanan dah sampai.. kita makan dulu!!.. hihihi...

Dan... Perbualan itu tidak disambung.. mati di situ..

Dalam perjalanan balik..

Aku : Abang.. leen mohon, abang redhai leen selama leen keluar bekerja, belajar, berkawan.. maafkan tutur kata leen yang menyakit hati abang, tegur leen jika leen buat perkara yang tak sepatutnya.. jgn berdendam dgn leen... tolong ye.. Redhai leen..

Abang : Ya leen. Abang redha setiap perilaku leen dunia akhirat..

(tetiba aku rasa cam kalau mati malam semalam pon ok jugaks!... hihihi... tapi, dosa lain banyak lagik!!.. huhuhuhu... ).

.................................................................................................................................................
Hari ini, berjalan melompat menerobos menerjah blog itu ini di situ di sini.. tertarik dengan petikan daripada blog Dr. Muslimah, katanya:


Aku mengingatkan diri sendiri.. agar lebih memahami pengertian WANITA SOLEHAH!!..

kredit utk en. google jugak..

Ya, aku sentiasa berharap dan berdoa.. agar dapat menjadi ANAK, ISTERI juga WANITA SOLEHAH, menjadi IBU MITHALI, menjadi UMAT MUHAMMAD yang BERTAKWA serta menjadi HAMBA ALLAH yang KEKAL BERIMAN... Ameen.

Sedar dan akur dengan segala kelemahan dan kekurangan diri, namun aku tak putus berdoa semoga Allah sentiasa perhatikan aku dan sedarkan aku jika aku tersasar dari orbit Islam, ingatkan aku sekiranya aku terlari daripada landasan Iman, juga semoga segera sedar dan insaf jika Ihsanku sebagai hamba Allah mula tercemar... Aku ingin hidup di dunia dan kembali ke akhirat dengan rasa cinta yang tinggi kepada Allah serta Rasul. Aku mohon agar menjadi golongan yang diredhai dan dirahmati Allah dunia dan akhirat... Ameen.


Ya Allah.. ku panjatkan pada-Mu doaku ini.. Ya Rabb..



(andai ada yang senyum dengan tulisanku.... silakan.. jika senyum kalian untuk mendoakan agar Imanku sentiasa teguh, Alhamdulillah, terima kasih... Syukran Jazilan.. Jazakallah.. Andai, senyum kalian kerana mengejek serta mentertawakan coretanku, juga terima kasih.. Tolong, sedarkan aku bahawa aku pernah menuturkan kata-kata ini jika kalian melihat aku semakin jauh menyimpang daripada apa yang aku tuliskan dan tuturkan... KU MOHON!!).







.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.