Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday

Anjakan Paradigma.


(entri berjadual : auto-published).

Esok, secara teorinya, ada dua angka yg sama tercatat pada umur kelahiranku..

Apa yang telah aku lakukan sepanjang hayat yg telah Allah anugerahkan kepadaku?.

Aku sering memasang angan-angan untuk menjadi hamba Allah yang beriman..
Namun… apa amalan yang aku lakukan yang membolehkan Allah menempatkan aku di kalangan hambaNya yang beriman??..

Aku sentiasa impikan untuk menjadi muslimah yang solehah.
Namun... apa pencapaianku yang melayakkan Allah meletakkan aku sebaris Ummul Mukminin?.

Aku ingin berjaya sebagai umat islam yang mensyukuri nikmat Allah.
Tetapi... kenapa masih ada keluh kesah, gusar, bimbang, ragu-ragu, khuatir, sedih, berduka dengan laluan yang telah Allah tetapkan kepadaku?..

Aku teringin menjadi isteri yang solehah...
Namun... adakah aku telah memenuhi kriteria yang Rasulullahi Sallallahu 'alaihiwassalam sabdakan : "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Cukupkah aku memainkan perananku sebagai isteri? seperti yang disabda Nabi : "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."


Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dengan janji Rasul Allah itu, maka, aku bercita-cita untuk dipilih masuk daripada mana-mana pintu syurga Allah seperti yang Rasullullahi Sallahu Alahi Wassalam sabdakan kepada wanita mukmin.
Tetapi.. apakah aku telah dengan sepenuhnya menjaga solatku, mencukupkan puasa ramadhanku, menjaga kehormatanku (aurat) serta taat sepenuhnya kepada suamiku?.
Lantas, layakkah untuk aku menuntut nikmat Syurga yang akan Allah berikan kepada Ibu-ibu / Isteri-isteri terpilih itu??..

Maka, bagaimana untuk aku berhadapan dengan Allah untuk menyatakan bahawa aku telah redha menjadi hambaNya serta aku jujur menjadi umat Muhammad yang layak memohon syafaaat Rasulku; agar Allah juga redha kepadaku sebagai hambaNya serta Rasul Junjunganku Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam akan memberikan syafaat Baginda itu?.

.......................................................................................................................


Ya Allah... aku akur aku masih lemah dan jahil.. imanku masih nipis... nafsuku masih membuak.. akalku masih belum matang... anganku lebih panjang daripada merealisasikannya!.

Namun Allah... aku ingin sentiasa memperbaiki diri.. untuk menjadi yang lebih taat sebagai hambaMu serta lebih patuh sebagai umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.. mengatur hidup dengan lebih yakin terhadap agama sebaran Rasulku... menjadi wanita mukminin yang lebih baik dari hari ke hari..

Aku mohon Ya Allah... tingkatkan takwaku... permudahkan jalan hidupku... lapangkan dunia dan akhiratku.. bantu aku, perhatikan aku untuk mengatur hidup dengan lebih tenang.. lebih berkeyakinan terhadap-Mu Allah... dan kukuhkan imanku pabila berhadapan dengan ujian-Mu serta hasutan musuhku yakni Syaitan!.. Ameen.

"Sesiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita, sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidak dianiaya walau sedikit pun." (Al-Quran Surah An-Nisa’ 4: Ayat 124).


Hanya redhamu jua yang ku pohon Allah Ya Rabbul 'Alamin!... Redhai aku...




Apa anjakan paradigmaku di usia yang semakin bertambah ini?.. (tanyaku berulangkali..... kepada diriku sendiri!!!)



.

Monday

Sisa-sisa cuti hujung tahun.

Setiap penghujung tahun, yang amat ketara adalah "LENGANG" nya ofis serta jalan raya.

Hari ni aku keluar pagar rumah pukul 7.15am dan sampai depan pintu ofis seawal jam 7.32am (perjalanan yang biasanya akan memakan masa satu jam lebih..! Kalau keluar pukul 7.15am sampai pukul 8.10am.. kalau terlambat keluar pukul 7.30am, surely sampai PUKUL 9.00am.. dan siap sediala untuk jawab "Surat Chenta"!!).

Cuti 2 hari di habiskan dengan trip to Lumut Perak dengan family mertua.
Dengan abang serta anak-anak, ayah dan ibu mertua, adik-adik ipar serta biras - yang baru (pengantin baru) dan yang tak berapa baru.. kehkehkeh.

Pergi berjalan ke rumah adik mak mertua di Lumut.

Antara aktiviti di Lumut adalah..


- hari sabtu, pegi ronda di teluk batik.. (zaqwan memula geli dan nangis tengok ular.. lama2 dia plak nak main pegang-pegang..)

- ahadnya pegi mandi pantai kat Teluk Senangin (Manjung, Perak) - naik je muka masing-masing berblang-belang!!)


- on the way balik semalam, ingatkan buleh sampai KL sebelum jam 8.00 malam.. tapi, dek jalan yang jammed.. ipar duai dan biras2 ajak singgah kedai tepi jalan.. LAYAN BOLA!!.. kuikuikui...


Majlis pernikahan dan persandingan adik ipar dah pon selesai pada 18 December 2010.. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah...
Aku dapat lagi sorang biras.. hihihi.... makin bertambah family in-laws..

Selamat menempuh Fasa baru kehidupan.. wahai adik iparku.. Siti Marlia Abd Rahim..

-------------------------------------------


Dalam pada seronok dapat biras baru.. ada pulak sorang lagi yg baru 'putus kasih'.. (kuikuikui..)

Makan tak kenyang, mandi tak basah ler gamaknya..

.... tapi, mandi laut, lencun gaks.. siap makan atas pokok lagi.. JANGAN TERJUN POKOK DIK NOL ye!!! ;)

(one day, surely you will laugh when you see this picture and refresh this moment my little brother-in-law!!.. no worries.. be happy.. This is not the end of the journey.. it is just a BEGINNING!!... Go, and strive for the best and the success!!!.. We are with you.. always!!.)

.............................................................................

Owh ye.. masih ada satu lagi percutian penutup tahun yang ON THE WAY..
Semoga Allah izinkannya menjadi nyata dan dipermudahkan perjalanan dan segala urusan.. Ameen.

HOT SPRING SG. KLAH... am counting days!!!..


*mini re-union trip with ex-classmate Master Human Resource UPM..

.

Friday

Tag from Iina Glasgow

Iina tag aku.. hahahaaa.. lama sungguh aku tak main tag tag ni.. ada yang bagi tag, aku biarkan di angin lalu jer.. (mohon maaf kepada yang tag tapi aku tak jawab..)

Tetiba hari ni tergerak pulak nak jawab tag si iina nih.. hihihihi.

Soalan pertama: Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?

Hahaha… aku memaaaaannnggg jaraaaaang masak masa zaman bebudak hingusan dulu.. sebab ayah aku cerewet bab makanan nih dan jugak ayah aku tak pernah percaya bebudak buleh buat kerja.. dia takut nanti luka lah, pinggan pecahla, terlecur tangan la, tertumpah cililah (yang benarnya, dia nak hasil tangan mak aku jeeerrr.. hihihihi).

Jadinya aku memang tak penah masak.. tapi, di takdirkan satu hari masa aku sekolah menengah, mak aku masuk spital, operate buang rahim.. so, kena tahan kat wad ler.. kakak aku plak duduk asrama.. mau tak mau, aku le yang kena masak..

Dek kerana aku hanya minat SUP @ KUAH beserta aku ni TAK MAKAN PEDAS, makanya menu yang aku masak tengahari itu adalah:

1) Sup sayur sawi
2) Sup ikan belanak
3) Telur dadar
4) Ikan belanak goreng kunyit
5) Nasi putih (mujur periuk ’karen’)

(gambar adalah ehsan en.google, aku cilok je.. mana nk cekau gambar 15 tawon sudah kan..)

Itulah menu tengahari yang aku jamu ayah aku.. hahahha.. (aku suka je makan, sebab semuanya SUP dan TAK PEDAS...)

Tapi, ayah aku dah macam kucen tercekik tulang sebab menunya 'TAKDE YANG PEDAS' dan very the very FAIL COMBINATION!.. hahaha.. (ayah aku kata, dia macam nak petik je cili padi rumah jiran aku untuk di buat sambal.. kehkehkeh).

Pengalaman kegagalan pertama memasak itu membuat mood aku untuk memasak, jatuh merundum (yg dah sememangnya tak de minat nak masak langsung!!!).. hahahaaa...

Kegagalan masakan yang kedua adalah sejurus selepas mak aku keluar daripada hospital.. doktor arahkan untuk tidak buat kerja berat terutamanya memasak dan membasuh. Kena tidur dan rehat (iyala kan, belah perut tuh!!).

Orang sekeliling semua pesan supaya mak kena banyak makan sup ikan haruan. (hihihi)..
Jadinya, aku sebagai anak yang sangat prihatin dan amat sayang kepada si ibu, tanpa melengah masa, terus beli ikan haruan dan dengan suci hati memasak penuh ikhlas untuk mak.. (ala, sup je kan kan kan.. apa yg susah sangat.. kehkehkeh).

Selepas supnya siap, mak pon makan.

Sesuap, mak terhenti.. dikunyah nasi perlahan-lahan.. dan kemudian, pinggannya di letak sebelah.... (hati aku dengan penuh yakin menyatakan bahawa mak masih sakit sebab tu dia tak lalu makan..)

Lepas tu adik aku sibuk nak nasi.. mak pun suapkan.. sorang sorang (termasuk adik2 sedara aku), sampai nasi dan lauk habis.. (hati aku masih kuat menyatakan bahawa mak tak lalu nak makan nasi sebab baru lepas operate).

Tak lama lepas tu, aku tengok, arwah tok bawak makanan untuk mak, dan mak makan sampai liccciiiiinnnn.... (????).

Lama daripada tu, baru aku tahu yang mak kata MAK TAK LALU SUP IKAN HARUAN AKU SEBAB "MANIS!!!". (owh ye, lupa nk bagitau, aku masukkan garam serta GULA sebagai perisa dalam sup itu okeh.. warghkahkahkahkah).

MANA AKU TAU RESEPINYA MACAM MANA!!!! (???.... sebab ikan haruan tawar, maka aku masukkanla gula dengan harapan, isi ikan itu akan manis sikt.. erkkkkk!!!... kehkehkeh).

(gambar ehsan en. google jugaks)


Dan selepas itu, semakin terserlahlah KEMALASAN aku nak masak, sebab aku tau, AKU MASAK TAK SEDAP!!. Dan ayah aku akan cepat je perasan kalau rasa lauk bukan mak aku yang masak.. (dasatkan deria rasa dan kasihnya ayah aku kat mak aku.. hihihihi).


Soalan kedua: Siapa yang menggalakkan anda memasak?

Selepas daripada peristiwa itu, aku tanam azam dalam diri..
"Aku hanya akan masak sepenuhnya untuk anak-anak aku dan bila anak-anak aku dah pandai makan".. (ini azam sebelum kawen nih.. entah iya entah tidak dapat kawen dan dapat anak.. kuikuikui).

Kenapa?.. Sebab aku yakin satu perkara, hanya anak-anak sahaja yang akan menyatakan bahawa "MASAKAN TERSEDAP DALAM DUNIA ADALAH : MASAKAN IBU" (ingat tak dalam buku biodata kita selalu tulis camni??. Hehehe). So, aku nak masak utk anak2 aku supaya mereka sentiasa ingatkan masakan ibu mereka ini yang ibu mereka sediakan dengan penuh kasih sayang.. hihihi.

Ya, maka itu, masa memula aku kawen, mmg aku jarang masak.. waima plak laki aku peminat tegar asam pedas ‘mak dia’ (laaggiiii la susah nak samakan masakan ngan mak mertua.. asam pedas johor plak tuh.. yang tak penah hayat aku makan selama aku bujang dulu!! Sebab AKU TAK SUKA PEDAS!!.)

Tapi, lama-kelamaan, bila dah kawen, dan dah ada anak.. cik abang plak ‘anti’ kalau ajak ‘makan kat luar’.. ayat ‘dramatik’ yang dia selalu guna adalah “dari masa sekolah, duduk asrama, abang makan bungkus.. zaman kat ITM pun makan bungkus.. zaman kerja duduk umah bujang pon, makan bungkus... takkan dah kawen pon kena beli kat luar lagi???”...

Iya!!! ayat sadis cik abang itu berjaya buat aku menggagahkan diri masuk dapur memikir menu dan berkuntau karate do kat dapur untuk masak.. tapi, sepuluh kali masak menda yang serupa nak di masak, (terutamanya gulai ikan..) maka sepuluh kali itu jugaklah aku akan menelepon mak untuk tanya resepi dan cara memasaknya.. hihihi.

Tapi, lama-kelamaan jadi minat pulak nak memasak.. tapi yang aku lemas dan rimas adalah kuantiti masakan.. takkan nak buat gulai ayam beli ayam 3 ketul, santan suku biji dan tomato sebelah je.. iya tak??.

Sebab tu, skrg bila masak, aku suka panggil orang datang makan jugak.. baru syok.. di samping boleh beli barang yang banyak dan bahan yang banyak,.. boleh jugak jamu tetamu yang bertandang.. kan kan kan..


Soalan ketiga: Masakan yang paling anda suka dan digemari orang-orang kesayangan anda...

- asam pedas
- sambal terutup
- nasi ayam berlada
- puding kastard coktail
- kari ikan
- ketam

(gambar2 menu penuh bersepah dalam facebook.. hihihi).

Itu antara menu feveret cik abang sayang... dan setelah 6 tawon cubaan memasak asam pedas, baru tawon ni abang bagi aku kredit 4.3/5.00.. kuikuikui...

.. dan.. feveret masakan aku adalah : Hokkien Mee Udang serta Spageti Carbonara.. sebab itu adalah masakan yang mak aku suka dan mak aku TAK TAHU RESEPINYA... (bangga weih.. bila mak request dan datang rumah aku semata-mata nak makan menu2 tersebut.. hihihihi).

Spageti carbonara ni mmg feveret aku jugak.. (aku kureng suka sikit yang bolognese tuh..)


Dan Hokkien Mee Udang ni.. dah jadi cam menu wajib plak yang aku suka nak hidang kat orang.. hihihi..

Kalau sesapa yang buleh access FB aku, akan perasan bahawa aku banyak upload gambar masakan aku..

Bukan sebab aku rajin masak sangat pon.. TAAAK.. (dan masakan aku tak de lah marbeles manapon... gempak hiasan je lebiiih...)... tapi sebenarnya, aku upload itu adalah untuk memberitahu kepada diri bahawa, "ALAH BISA TEGAL BIASA".. dan "YAKIN BOLEH"..

Setiap menu masakan aku, itu adalah satu pencapaian luar biasa bagi aku berbanding diri aku yang 15-20 tahun yang lalu.

Dulu, aku tidak pernah akan percaya bahawa aku mampu menyediakan sebaris panjang lauk pauk sebegini.. TIDAK PERNAH MEMBAYANGKANNYA SEKALIPON.. bahawasanya aku mampu untuk menyediakan ini dengan hasil tangan aku sendiri!!...

Tapi, benarlah kata pepatah..

"PRACTICE MAKE PERFECT"..
"DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN"...
"HENDAH SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH"..
"USAHA TANGGA KEJAYAAN"..
"KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA"..

Oleh itu.. wahai adik-adik sedaraku sekalian.. (khas ditujukan kepada shima, fazira, azlina, azyani, dan lain-lain).. kalau kaktiny BULEH, makanya : "NO EXCUSE OKEH!!!".... hahahaha...



.


Wahai Wanita Syurga… aku mengkagumi kalian!.


Wahai wanita-wanita syurga.. alangkah bertuahnya kalian.. peranan kalian dalam lipatan sejarah islam terpahat kemas menjadi pedoman. Nama kalian unggul meniti bibir para malaikat yang bercerita akan kehebatan kalian di syurga abadi Allah serta menjadi teladan kepada kami wanita islam di dunia sementara ini...

Wahai Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid.
Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam tenang bersamamu sepanjang hayatmu bersamanya. Di dalam pelukan kasihmu Rasulku bertapak kemas memperjuangkan islam.
Ya Allah, pinjamkan aku tulus kasih setianya dan semangat juangnya itu..

Wahai Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW.
Kau anak yang taat kepada bapamu. Najis dan luka dibadan ayahandamu, kaulah yang membasuh sehingga bersih suci.
Ya Allah, pinjamkan aku ketaatannya terhadap bapanya itu.

Wahai Siti Hajar.
Aku mengkagumi setia kasihmu terhadap suamimu Nabi Ibrahim. Setahun sekali bertemu kau tidak pernah mengeluh. Tiada merungut ditinggal suami walau dalam keadaan payah.
Ya Allah, pinjamkan aku tinggi keyakinannya terhadap si suami.

Wahai Aisyah RA.
Kau bijak sedari kecil. Kecerdikanmu memikat hati Rasulullah. Bantuanmu kepadanya bukan sedikit. Ketika ujian melanda, sedikit pun kau tidak gentar.
Ya Allah, pinjamkan aku kebijaksanaannya yang memikat suami.

Wahai Asiah, wahai Masyitah, wahai Sumaiyyah ahli keluarga Yasir.
Syurga yang kalian kejar walau pemerintahmu menghukum bunuh yang kejam. Keyakinan kalian kepada rasul serta Allah tidak mampu dilentur walau nyawa menjadi galang ganti.
Ya Allah, pinjamkan aku kentalnya takwa mereka terhadap-Mu Allah.

Wahai Mutiah.
Bagaimana mampu aku bersedia sentiasa dengan menyediakan tongkat, air dan berhias untuk suamiku sepertimana yang kau lakukan sehingga selayaknya kau dahulu yang menjejak kaki syurga dengan memimpin tunggangan anak Rasulullah Fatimah.
Ya Allah, pinjamkan aku kecintaannya kepada suaminya.

Wahai Nusaibah, wahai Khansa.
Kalian sanggup mempertaruhkan anak-anak kalian di medan juang demi menegakkan Islam tanpa menilaikan nyawa darah dagingmu.
Ya Allah, pinjamkan aku semangat ibu-ibu ini yang menyayangi-Mu melebihi anugerahmu yang bernama anak!.

Wahai Ummu Sulaim.
Mas kahwinmu hanyalah keimanan suamimu.
Ya Allah, pinjamkan aku kemampuannya mentarbiyah suami agar berada di landasan agama suci-Mu yang benar.

Wahai anak Sayidina Abu Bakar, Asma’.
Tidak kau gentar dengan pemerintah yang kejam. Kau tidak culas menyimpan rahsia besar menjaga nyawa bapamu dan Rasulmu.
Ya Allah, pinjamkan aku keberanian menjadi penyimpan rahsia yang tulus sepertinya.

Wahai Maryam ibu Isa A.S.
Tohmahan manusia kau terima redha kerana yakin Allah penentu segala. Melahirkan Isa tanpa bapa, tidak sedikit kutukan manusia. Kau tabah dan redha sehingga Allah membenarkan Isa diumur bayi berkata-kata akan kebenaran.
Ya Allah, pinjamkan aku ketinggian tahap redhanya tanpa berbelah bahagi kepada-Mu itu.

Wahai wanita-wanita contoh terbaik ummah.. aku ingin mencontohi kalian..

Aku malu imanku tidak seteguh mereka. Ampuni kekhilafanku Ya Rabb.
Tolong Ya Allah.. percikkan secangkir ketakwaan mereka kepadaku, agar aku dapat menemui-Mu nanti dengan semangat juang para syuhada wanita islam ini..


Firman Allah:
"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya)". (Al-Quran Surah Yunus 10 : Ayat 99-100)


Ya Allah. Aku mohon agar Kau berikan ketakwaan dan keimanan kepada ibuku, kepadaku, kepada anak-anakku, saudara-saudara perempuanku dan sekalian muslimah islam hari ini.. seteguh ketakwaan wanita-wanita syurga itu.. Ameen.


Firman Allah:
"Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Allah akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun – yang lain dari Allah – yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka." (Al-Quran An-Nissa’ 4 : Ayat 173)


Aku mohon redha-Mu Ya Allah.. Redhai aku..


.

Wednesday

Kenduri

Alhamdulillah... kenduri sepupu tersayang.. Shima, dh pon selamat.. baik di sebelah perempuan, juga di sebelah lelaki...

Sekarang ni, tinggal satu lagi wedding of the year yg perlu dilaksanakan.. hihihi...

Majlis Perkahwinan adik iparku - Siti Marlia Abd Rahim (adik cik abang).. yang akan berlangsung di Muar, Johor pada 18 December 2010.

Barang-barang goodies dh siap disusun kotak-kotaknya... bersedia untuk dibawa pulang ke muar - minggu depan akan sibuk packing-mackingnyer lah... hihihi..

Nak kena tengok check list- apa lagi yg belum settle..



.

Monday

HIJRAH : IMAN, SOLAT DAN AURAT!.

Hari ini sudah masuk Tahun Baru Islam – 1432 – maknanya. Sudah seribu empat ratus tiga puluh dua tahun agama Islam sebaran Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam tersebar di bumi Allah ini.. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Azza Wajalla kerana ini semua terjadi dengan izin dan kehendak-Nya.

Azam Tahun Baru?.

Pasti ada yg memasang cita-cita pada Tahun Baru Islam ini (atau ada yang mungkin terlupa dan menghitung lagi 24 hari utk memasang cita-cita di tahun baru Masihi 2011?? Wallahu ’alam).

Aku ingin mengajak diriku (supaya melakukannya dan beristiqamah dengannya!!!) serta muslimah Islam untuk memasang cita-cita di Awal Muharram ini.

MENJAGA IMAN, SOLAT DAN AURAT!.

Ya, aku tahu, TIDAK MUDAH!.
Sementelah menjadi wanita, isteri, ibu yang bekerja serta dikelilingi masyarakat yang bergaya 'korporat' – adakalanya aku akur kelemahan imanku dalam menjaga SOLAT dan AURAT!. (malu pd diri sendiri.. malu pd Rasulullah serta malu pada Allah.. sedih!! huhuhuhu)..

Namun, aku masih ingin mengingatkan diriku sendiri.. agar menjaga perkara-perkara ini dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH!!.

1) SOLAT!.

1.1 – Setepat waktu.

Rukun Islam ke-2 selepas mengucap 2 kalimah syahadah adalah SOLAT 5 WAKTU!.
Ya, untuk mengerjakan solat, adalah perkara yang MAMPU dilakukan!. Tetapi untuk segera mengerjakannya sesudah AZAN berkumandang adalah yang PAYAH (nak pulak ada meeting, ada guest, ada urusan itu ini bla bla bla @ alasan!!!huhuhu). Seringkali solat zohor dikerjakan di hujung-hujung waktu (kononnya nak sambung terus dengan asar) – satu menangguk dosa, satu menyimpul pahala.. 1-1= 0 juga jawapannya!. ADUH!!.

1.2 – Berjemaah serta solat-solat sunat!

Kalau diberi pilihan, bonus sebulan gaji dengan bonus 6 bulan gaji, yang mana kita nak?. Atau adakah kita dengan SUKARELANYA beritahu pada Ketua Jabatan bahawa kita TIDAK MAHU BONUS, cukup gaji biasa!. Atau lebih hebatnya, kita dengan BANGGANYA beritahu kepada Jabatan Sumber Manusia bahawa kita hanya MAHU KERJA SAHAJA, TETAPI TIDAK MAHU GAJI BULANAN LANGSUNG!! ADA YANG SANGGUP SAHUT CABARAN ITU????...

Pasti ramai yang terjerit nak bonus 6 bulan gaji. Malah jika company istihar 6 bulan gaji tapi di’cantas’ dek Ketua Jabatan 3 bulan dan hanya dapat 3 bulan bonus berbanding rakan lain yang dapat 6 bulan, PASTI ADA SUMPAH SERANAH YANG AKAN KEDENGARAN!.

Aku pasti, juga tidak ada yang berani mengangkat tangan meminta untuk TIDAK DIBERI BONUS..

Dan adalah lebih diyakini bahawa TIDAK AKAN ADA YANG MAHU BEKERJA PERCUMA TANPA BAYARAN!! Betulkan???!!!..

Pahala solat sendiri dengan solat berjemaah bukankah jauuuuuh tinggi markahnya. Kenapa tidak pula mahu dikejar?. Dan solat sunat, bukankah ada ganjarannya tersendiri.. tapi, adakalanya aku leka dan lalai tentang perkara ini!!..
MAKANYA... Siapa yang lebih ego dari diri manusia ini?. Allahu!!..


2) AURAT.

Ya, Isu aurat dan wanita ini takkan habis jika dibincangkan. Dari zaman jahiliyah kuno sehingga jahiliyah moden ini, malah hingga sangkakala ditiup Israfil, pasti isu aurat wanita masih menjadi perhatian khusus!.

Sering kita dengar pelbagai alasan yang diberikan jika ditanya tentang aurat.

Antara yang ’femes ’d emesos” adalah 'statement' yang sedemikian!.
Baiklah wahai sesama muslimahku..
Mari kita buat analisis mudah "MODEL TEORI AURAT KAKTINY" mengikut kiraan matematik mudah dari aku yg bodoh matematik ini!.

1.1) 1 – 1 = 0 (situasi di atas)

Situasi A
– Bertudung TAPI... sekian sekian sekian..

1 pahala tolak dengan (–) 1 dosa = TIADA NILAI!.

Situasi B
– Tak tutup aurat TAPI.. sekian sekian sekian...

1 dosa tolak dengan (–) 1 pahala = TIADA NILAI..

Kiranya DUDUK SATU KAPAL JUGAKLA!!.. so, takyah lah nk tunding jari sapa elok sapa tak elok!!... SAMA JER!!!...

* Lihat warnanya.. tidak sekata kan!. Kelabu menghuni di sebalik cahaya!.
1.2) 0 – 2 = - 2 (situasi di atas)

Situasi C – Tak tutup aurat DAN berbuat sekian sekian sekian..

MASYAALLAH... LAAGGIII DASATTT!!.. KELABU TERUIH!!..

Dua kali ganda (siap negatif lagik..) dosa.. NAUZUBILLAHIMINDZAALIK!.

*Warna kelabu yang sekata.. tiada cahaya yang menerobos di antaranya!
1.3) 1 + 1 = 2 (di atas)

Situasi D – Bertudung DAN berbuat sedemikian demikian demikian..

ALHAMDULILLAH.. SUBHANALLAH... ALLAHU AKHBAR..

INDAHNYA IMAN!.

(Ya Allah.. aku mohon pada-Mu untuk menjadi sebegini dan beristiqamah dengannya.. Ameen).

* Warna cahaya terang dan menawan!.


3) IMAN

Sering juga kita dengar, komentar sesetengah pihak seakan2 begini:

"Alah... dia tu cakap ja pandai, tengoklah diri tu sendiri, tengok family dia sendiri, tengok anak-beranak dia sendiri.. PANDAI CAKAP TAPI TAK BUAT PON!. Biar jadi macam KITA NI, walaupun tak tutup aurat (ataupun walaupun tak solat!), tapi takdelah nak cakap GEGAR-GEGAR macam dia, macam la dia baik sangat.. dia pon teruk jugak.. duluuuukaaann dia tuuu... bla bla bla bla bla... tak pon, nanti kita tengokla apa jadi dekat anak dia, dekat dia, dekat itu ini macam tu macam ni begitu begini bla bla bla..."

Wahai DIRIKU, wahai saudara-saudara muslimahku serta anak-anakku..

JANGAN kita SEMAK IMAN ORANG LAIN... JANGAN!.
JANGAN kita menjatuhkan hukum pahala atau dosa kepada orang.. JANGAN!.

JANGAN kita pula menyumpah mendoakan keburukan orang lain... JANGAN!

URUSAN IMAN ADALAH URUSAN HAK MUTLAK ALLAH.. tiada satu manusia pon yang boleh meletakkan darjah keimanan seseorang!!

"Seorang yang membuat maksiat tidak tentu lagi tempatnya di neraka jika dengan maksiat yang dilakukan itu membuatkannya gentar dan takut kepada Allah!.
Seseorang yang melakukan amal kebajikan itu tidak semestinya terus menuju Jannah Allah jika kebajikan yang dilakukan itu melarik riak dan berasa hebat dengannya"!

TAHAP KEIKHLASAN SEORANG INSAN ADALAH RAHSIA ALLAH YANG TIDAK MAMPU DITEROKA OLEH MANA-MANA MAKHLUK!. IA KEKAL SEBAGAI RAHSIA ALLAH!.

Jangan sesekali cuba menilai ikhlas, cukuplah sekadar kita melakukan ibadah demi kerana Allah – NAWAITU LILLAHI TA’ALA!. (Wallahu ’alam bisawwab).

Cukuplah kita ingatkan diri kita sendiri dan saling mengingatkan dengan saudara-saudara Islam kita untuk bersama AMALKAN YANG MAARUF dan JAUHI YANG MUNGKAR!. CUKUP!.

Kita manusia biasa, yang telah dilemparkan nafsu, kita tidak semaksum Rasul, oleh itu sama-samalah kita perbaiki Ibadah kita kepada Allah dan saling ingat-mengingatkan sesama sendiri.

PERINGATAN UNTUK DIRIKU SENDIRI:

WANITA YANG MENUTUP AURAT (tertib atau 'tak penuh'), TIDAK TENTU SOLATNYA SEMPURNA DAN TIDAK TENTU IMANNYA TEGUH!.

WANITA YANG SOLATNYA SEMPURNA DAN IMANNYA TEGUH, PASTI AKAN MENUTUP AURAT DENGAN TERTIB.
WANITA YANG IMANNYA TEGUH, PASTI SOLATNYA SEMPURNA DAN MENUTUP AURAT DENGAN TERTIB!.

...... BAGI WANITA YANG IMANNYA TIDAK TEGUH, TIDAK SOLAT DENGAN SEMPURNA, JUGA TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN TERTIB...... SEMOGA HIDAYAH ALLAH DATANG KEPADANYA! Ameen.


Tolong ingatkan aku jika aku tersasar daripada orbit garisan seorang Muslimah Islam!. TOLONG!.

Firman Allah:
"Demi masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran!" (Al-Quran Surah Al-Asr 103 : Ayat 1-3)



.

Saturday

Selamat Ulangtahun Kelahiran - Anakku Zaqwan

Salam anakku Muhammad Zaqwan Bin Mohd Rizal.

Hari ini hari ulangtahun ke-3 putera Ibu yang gagah ini. Ibu doakan semoga anak ibu sentiasa memperolehi kesejahteraan dan diberkati Allah akan umurmu, rezekimu, kehidupanmu dunia dan akhirat wahai anakku.

Doa Ibu sentiasa mengiringi perjalananmu Nak, selagi Allah masih meminjamkan nyawa kepada jasad ibumu ini..

Zaqwan.

Ibu bersyukur malah sangat berbesar hati kerana Allah menganugerahkan seorang wira kepada Ibu. Anak lelaki yang soleh mampu menjadi jaminan Ibu ke syurga Allah tanpa hisab!. Dan Ibu impikan itu padamu Nak!..

Membesarlah zaqwan menjadi anak yang taat, hamba Allah yang beriman, umat Muhammad yang meneruskan perjuangan menegakkan syiar Islam tak kira di mana jasadmu dihadirkan Allah.

Tinggi cita-cita Ibu pada mu Nak. Namun Ibu juga akur dengan dugaan dan ujian Allah, serta Ibu sedar benar akan rintangan dunia, cabaran di setiap peringkat usia serta godaan serata maya ini anakku... Untuk itu, doa ibu tidak pernah putus agar Allah lindungi dirimu, kukuhkan Imanmu, kentalkan jiwamu dengan nama Allah dan tanamkan niat akhirmu untuk ke syurga Allah agar kau bisa menapak kemas mengharungi gelombang dunia dan bisa menangkis hasutan iblis dengan ilmu, dengan iman dan dengan amalan solehmu..! Semoga Zaqwan bangga kembali di hadapan Allah sebagai hamba yang beriman dan mendapat syafaat Rasulullah sebagai penyebar pejuang Islam!. Ameen.

Muhammad Zaqwan Bin Mohd Rizal.
Lahirmu sebagai putera Ibu di pagi yang penuh rahmat Allah. Senang dan tenang. (sempat lagi Ibu meneguk secawan teh tarik dan melahap satu set roti bakar sementara menunggu klinik buka!).
Ibu bahagia sekali dengan kelahiranmu Nak. Syukur kepada Allah kerana putera yang Ibu lahirkan ini tidak banyak karenahnya.
(Ibu ngan abah plak yang banyak kerenah! hahaha)
Jadilah pejuang, penegak dan penyebar agama Allah ini seperti yang dipinta Nabi junjungan kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
Di zamanmu nanti, akan semakin sedikit ditemui LELAKI
(lebihnya JANTAN!!).
MAKA, IBU MOHON PADA ALLAH..
"YA ALLAH, BIMBING DAN PIMPIN ANAKKU INI MENJADI LELAKI YANG BERIMAN YANG MAMPU MENJADI IMAM!!!.." - sungguh-sungguh Ibu berdoa untuk ini wahai anakku!.
Jika ditakdirkan kita terpisah jasad,
HANYA DOAMU YANG IBU MOHON WAHAI PUTERAKU!.
Ibu sayang zaqwan.
Semoga Allah sentiasa bersihkan hati anakanda dengan cahaya Iman dan nur Islam.
Ameen.


Doa Ibu adalah seperti dalam Firman Allah:
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (Al-Quran Surah As-Saaffat 37 : Ayat 40).

Juga Ibu berdoa seperti doa Nabi Zakaria kepada Allah dalam Firman Allah:
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan" (Al-Quran Surah Ibrahim 14 : Ayat 40).








.

Thursday

Adikku bertanya..

"Salam. Nak makan spageti carbonara, mai la umah", mesej ringkas aku hantar kepada 3 nombor yang berlainan.. 1) kakak; 2) Adik #3; dan 3) Adik bongsu.

Mak dan ayah ada di rumah aku. Mak tak sihat. Demamnya masih belum kebah. Ditambah batuk dan selsema.

Mak suka spageti carbonara. Hmm.. idea utk masak makan malam.
Apa lagi, roger ketiga-tiga adik-beradik ku itu.. (bestnya, saat ini, semua ahli keluargaku berada di KL).

Menu spageti carbonara dan chicken with mushroom sup dh siap. Ajak mak, ayah dan abang makan. SETTLE. Mak pon dapat habiskan sepinggan. Alhamdulillah - kena dengan selera beliau agaknya.. lantas makan ubat.. Semoga mak segera sembuh. Ameen.


(lebih kurang mcm ni la gambar menunya - tak teringat nk snap gambar pon!. Virus demam masih meliputi ruang tubuh!).

Lepak santai di ruang tamu... sambil makan nuggets dan sotong ball goreng.. adikku no. 3 bertanya:

"Lama tak update blog!".

hehehehe... prihatin gak hang dekat kakakmu nan sorang ni eh.. terima kasih adikku.. walau si jejaka adikku ini tak pernah jarang meninggalkan jejak kasih komen, tapi ku tahu bahawa dia sentiasa mengikuti perjalanan blog seorang kakaknya ini.. tq amir.. :)

"Ada... ada la buat entri, tapi semuanya draft sekerat jalan.. tapi, ada jugak a few yang 'auto-publish'.. hehehe...", itu jawapan ringkasku..

.... dan ya dik.. kakakmu ini menulis bukan lagi seperti satu masa duluuuuu....
temponya tidak lagi berentak hardrockers kencang... hihihihi...

hmmm.... sedang mengarang satu entri yg bertajuk:

"Kenapa aku berblog"..
(yg tarikh auto-publishnya adalah 1.1.2011.. kehkehkeh)

(YB, nanti ko kena baca, sebab ko yg suh aku ingatkan ko bila aku buat entri nih.. hihihi).

MOOD!.. Biasalahkan... bagi blogger, pasti terbiasa dengan MOOD, persekitaran, juga priority yg akan mengatasi dan membatasi masa BERBLOG.. dan aku terlibat dalam ketiga-tiganya.. maka itu.. KITA BERISTIREHAT SEKETIKA... dgn layan blog member2 lain kan kan kan... hihihi..




Firman Allah:
"Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi, dan kepada Allah dikembalikan segala urusan" (Al-Quran Surah Ali 'Imran 3 : Ayat 109).








.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.