Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday

Pemikir atau pemikirannya?..


Adakah dia seorang pemikir?.. atau dia hanya menggunakan daya pemikirannya untuk berfikir apa yang dia mahu fikir?.. ya, diakui dia hebat di pulau kecilnya itu.. tapi.. HANYA setakat di situ (pada aku la!)

Berbeza sangat dengan Rasul Junjungan umat Islam.. Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wassalam... Baginda seorang pemikir agung yang memikir secara kritis, tanpa andaian tanpa membabi buta.. dan akhirnya beliau menemui jawapan kepada kemaslahatan jiwa dan dunia.... maka itulah beliau dinamakan Rahmatan-Lil ’alamin (pembawa kesejahteraan sejagat - kepada seluruh alam). Maka itu, Rasulullah itu PEMIMPIN terbaik, kerana baginda keluar daripada pemikiran jahil.... meneroka lorong kesulitan... menyingkap rahsia dengan kejujuran dan menyebarkan kebenaran.

Adapun si dia yang mengikut pemikirannya mengemudi pulau kecil yang dikatakan kota singa itu, telah mengkritik dengan JUJUR tanpa TELUS (mungkin.. wallahu’alam), kerana dia menggunakan pemikirannya utnuk menentukan apa yang difikirkan... tanpa menjadi pemikir dan pentaksir..

Namun, aku amati, mengapa terungkap perkara itu di dalam benak fikir si dia itu... aku perhatikan sekeliling.. sebelum menunding jari meletakkan semua batu kesalahan ke bahu tuanya... aku renung tenung jauh ke dalam diri.. memerhati sekeliling, memandang ke kerusi atas bawah sisi tepi dan setiap sudut.... tanpa sedar, di situ ada satu anggukan kecil yang buat aku mengerti, mengapa bencinya si dia meluap di hatinya, marahnya si dia terkesan dijiwanya, dendamnya si dia terungkap dek kata-katanya..

KERANA: dia melihat apa yang terlihat.. dia menilai apa yang tergambar... dia menilik apa yang tertera.. dan hatiku berkata... DIA TIDAK BERKESEMPATAN "MENGENALI" RASULULLAH S.A.W WAIMA KHALIFAH-KHALIFAH AR-RASHYIDIN.. maka itu pemikirannya di aliran sebegitu..

SEDIH!!.. SUNGGUH SEDIH.. SUNGGUH KASIHAN!!

Pemikirannya tersasar sedemikian, kerana kedua-dua negara yang mengapitnya juga tidak menunjukkan "BAGAIMANA RASULULLAH MENGEMUDI BAHTERA ISLAM DENGAN SETULUSNYA".. andai sahaja Baginda masih ada.. andai sahaja umat islam mampu mencontohi sebenar-benar Baginda.. pasti persepsi-persepsi itu tidak muncul di benak mana-mana penganut agama yang tidak menyembah Allah itu..

Bimbang bersarang dijiwa.. sementelah mendengar kisah isu Interlok yang masih belum menemui jalan penyelesaian (aduhaaaiii.. susah sangat ke isu tu nk diputuskan?.. macam nak gubal akta pulak susahnya nak buat keputusan!!..haish..), ini, isu si dia itu pulak yang memuntahkan lahar kesumatnya dalam bentuk tulisan juga (ada sesiapa nak boikot? nak buat pindahan?.. nak buat bantahan?.. NAK BAKAR???), ini, timbul pulak isu dari satu lagi etnik masyarakat majmuk negaraku yang ”1” ini....

Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia (Pemimpin) yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang, padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barang siapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus. (Al-Quran Surah Mumtahanah 60 : Ayat 1)

Wahai Rasulullah.. Rasul pujaan dan sanjunganku.. aku merinduimu wahai kekasih Allah.. berpeluangkah aku menatap wajahmu?... menjawab salammu?.. mendapat syafaatmu?.. Ya Allah... permudahkan urusan dunia dan akhiratku.. Berikan aku ruang dan peluang menemui Rasulku.. ameen.

Tak apalah orang tua.. sebutlah perkataan yang ingin kau sebut diakhir usiamu ini. Aku berpegang pada janji Allah dan akan disaksikan kebenarannya di akhirat kelak..

Firman Allah:
"Kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan kesukaan belaka!. Dan kalau kamu beriman dan memelihara diri dari kejahatan, Tuhan akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak meminta harta-hartamu". (Al-Quran Surah Muhammad 48 : Ayat 36)


Tangkas fikiranku ligat mengingati satu kisah yang ku baca. Kisah Imam Hassan Al-Banna.

Satu hari, Imam Hassan Al-Banna menangis. Orang di sekelilingnya bertanya:
“Sheikh, kenapa kau menangis?”

Dia menjawab: “Aku teringatkan orang-orang red indian di pendalaman. Aku risau mereka akan dipersoalkan di hadapan ALLAH akan sebab mereka tidak mendapat hidayah, dan mereka akan menjawab: Hassan Al-Banna tidak berusaha datang kepada kami menyampaikan kalimahMu”

Satu hari, Imam Hassan Al-Banna ada berkata:
“Kalaulah aku mampu, aku ingin mengetuk perut setiap ibu yang mengandung, untuk menyampaikan kalimah ALLAH kepada bayi yang masih berada di dalam rahim”

Tetiba hatiku tertanya.. Bukankah tugas para Da’ie, para Ulama’, para Agamawan adalah menyebarkan Islam dan memberi penerangan tentang kebenaran Islam.. Mengapa tidak ’tersampai’ penerangan itu kepada si dia itu?.. (begitu mudah aku melempar amanah kan!!.. aduuhhh).

Tolonglah.. wahai para Da’ie, para Ulama’, para Agamawan...
TOLONG JANGAN JADI SEPERTI AKU.. YANG HANYA MAMPU ’BERSUARA’ DAN MENYAMPAIKAN DI BLOG SEMPIT INI.. TIDAK MAMPU BERTENTANG MATA, BERCERITA DAN MENYEBARKAN TERUS KEPADA MEREKA...

SELEMAH-LEMAH IMAN ADALAH MENYANGGAH DENGAN HATI..

WAHAI!!.. LEMAHNYA IMANKU!!...

Doaku seperti dalam Firman Allah ini.

Firman Allah:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa-dosa kami; Sesungguhnya Engkau sahaja Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana”. (Al-Quran Surah Mumtahanah 60 : Ayat 5)


(Malu untuk memohon redha Allah... kerana kelemahan iman yang sangat ketara.... tetapi.. Ya Rabb.. aku hanya ada KAMU untuk aku mengadu hal, meminta pertolongan dan memohon keredhaan.. kerana aku adalah hamba-Mu dan dalam ketentuan-MU... Tolong Allah.. redhai aku... ameen).
.
.

Monday

Ketahuilah asal usul anda.. wahai 1Individu…


PANAS PANAS PANAS..

Ya.. Isu ini sangat panas ketika dan saat ini. Isu yang membuatkan penulisnya yang telah menulis karya ini 40 tahun yang lalu menangis di atas kerusi rodanya. Beliau tidak mampu lagi mendengar dengan jelas, waima berfikir dengan kritis seperti penulisan-penulisan lampaunya kerana usianya telahpun mencapai 91 tahun....

Novelnya yang ke-11 : Interlok, menjadi bahan bakar yang sgt PANAS saat ini.

SEDIH!. Sedih melihat Pak Lah (Datuk Abdullah Hussin) menangis mengenangkan karyanya dipandang ’jelek’.. dikatakan mengundang ’perkauman’.. hanya kerana 1PERKATAAN... membunuh semangat 1MALAYSIA!!...

Lewat pembacaan lompat katak di sana di sini di situ, aku terbaca ada pihak yang menyuarakan sebegini:

"........... Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat. Mesej yang hendak dihantar kepada murid-murid India ialah 'ketahui lah asal usul anda' apabila membaca buku itu,"...... (wallahu ‘alam kepada penuturnya!!!).
(Berani bagi jaminan – PERCAYA DAN YAKIN… hamboiiii..... masa sasterawan negara itu menulis buku tu, orang yang bagi statement ni ‘darjah’ berapa eh?? ayoiii)..

‘Statement’ "KETAHUILAH ASAL USUL ANDA"… benar-benar menarik minat aku ‘mengulas di sini’..

Ya Ya.. aku nak SEMUA orang.. bukan setakat 1Bangsa.. atau 1Agama... atau 1Negara... tetapi... setiap 1INDIVIDU...

KETAHUILAH ASAL USUL ANDA!!!..

Firman Allah:
"...Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani)." (Surah As-Sajadah 32 : ayat 7-8)

Firman Allah:
“Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata!” (Surah Yaa Sin 36 : ayat 77)

NAH.. dua ayat ini (banyak lagi yang lain..)terang-terang menyatakan ASAL USUL MANUSIA... asal manusia daripada air mani... MULIAKAH ASAL USUL KITA???..

Dalam Al-Quran tidak ada istilah kasta.. aku tak temui dalam mana-mana surah yang menyebut pasal ’kasta’..

Tapi, ianya sudah lamaaa diperkenalkan dan masih dipraktikkan (sebahagian) oleh masyarakat India.. jadinya.. apakah mungkin Pak Lah (sasterawan) mengambil rujukan itu dari atas langit?.. kalau bukan daripada masyarakat India itu sendiri?.. (tu la, sapa suruh 'tok nenek korang' perkenalkan sistem ini duluuuuuu....)

Bukankah ’hakikatnya’.. DULUUUU.... “kebanyakan” keturunan India yang berkasta ‘pariya’ didatangkan ke tanah melayu untuk bekerja di estet?. (sejarah yang aku belajar la.. tak tau pulak kalau sejarah dah berubah!! - pi rujuk kat cklah.. hihihi).

Masa aku belajar sejarah dulu.. kasta dalam masyarakat India itu ada 5 jenis:
1. Kaum Brahmana, para pandita dan rohaniawan.
2. Kaum Ksatria, para anggota lembaga pemerintahan.
3. Kaum Waisya, para pedagang, petani, tukang dan sebagainya.
4. Kaum Sudra, golongan pekerja kasar, rakyat jelata
5. Kaum Pariya, Golongan orang orang terbuang yang dianggap hina

Sama juga dengan hakikat kaum melayu...

Bukankah melayu ini sinonim dengan bodoh dan malas hingga ada dongeng Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Mat Jenin dalam ‘kisah dan teladan’ bangsa melayu?.

Jadinya, apa HINANYA ‘PARIYA’ di mata masyarakat India sekarang????.. Apa hinanya MELAYU BODOH DAN MALAS di kalangan cerdik pandai melayu sekarang?????..


AKU?..

Aku tak megah apabila bangsaku dikatakan BODOH DAN MALAS.. tapi aku AKUR bahawa itu adalah sebahagian sikap BANGSAKU.. dan sikap itu juga yang ada dalam diriku sendiri... (sekiranya aku BUANG SIKAP BODOH DAN MALAS itu, dah lama aku ganti tempat Hillary Clinton.. warghkahkahkahkah)..

Kalau orang 'kata' : "Tak malu betul... bergelaran ustazah, tapi kena tangkap basah dengan anak murid sendiri"..

Aku tak marah.. sebab aku bukan ustazah.. dan aku tak pernah kena tangkap khalwat.


Kalau orang 'kata' : Mak bapak dia cikgu, tapi anak sendiri melahirkan anak luar nikah.

Aku tak terasa, sebab mak ayah aku bukan cikgu dan aku tak pernah (Alhamdulillah... Na’uzubillah) melahirkan anak luar nikah.


Kalau orang 'kata' : Ala, dia tu perasan bagus nak sambung PhD sekarang ni, tapi sebenarnya result SPM dia dulu pun teruk jugak.. dulu dia kelas sastera je... dan result SPM dia tak lah ’power’ sangat.. taklah pandai sangat pon... pemalas jugak budak tu..

Ok.. bab ni aku akur.. tapi takdela terasa sangat walaupun memang amat kena kat batang hidung aku sendiri.. sebab.. dah itu kenyataannya.. apa sangat?..


Tapi.. tidakkah kita perlu bersyukur dan berbangga dengan pencapaian kita hari ini?.. yang mana lebih baik daripada sejarah ’hadirnya’ kita dahulu?. DAN BUKANKAH SEJARAH ITU TIDAK BOLEH DIUBAH!!.. (buleh tak print result SPM yang baru dengan result power setaraf result Master?? Nan adoolaaaahhh yeeerrrr... hihihihi.).

Justeru... KENAPA ADA YANG BERIYA-IYA SANGAT 'NAK TERASA' PASAL ISU INTERLOK INI EH??.. ADUHAAAAIIIII.....

AKU BANGGA... WALAUPUN AKU BEKAS BUDAK SASTERA TINGKATAN 5, TAPI AKU (INSYA'ALAH) AKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT PHD..

AKU BANGGA... WALAUPUN AKU ANTARA MELAYU YANG MEMPUNYAI SIKAP BODOH DAN MALAS, TETAPI MASIH BERPELUANG MENIKMATI HIDUP DALAM NEGARA 1MALAYSIA..

AKU BANGGA... BUKAN KERANA DIRIKU, ATAU BANGSAKU ATAU KETURUNANKU ATAU SEJARAH DAN KISAHKU... TETAPI.. KERANA AKU HAMBA ALLAH, TUHAN YANG SATU.. DAN AKU PENGIKUT UMAT MUHAMMAD DALAM BERJIHAD MEMPERTAHANKAN ISLAM SEBAGAI JALAN HIDUP...

AKU BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI HAMBA ALLAH SERTA UMAT MUHAMMAD YANG MEMPUNYAI AL-QURAN AL-KARIM SEBAGAI “KARYA AGUNG” YANG MENJADI PEGANGAN DAN PEDOMAN HIDUP!!..


Firman Allah:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?. Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Dia menciptakan jin dari nyala api. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 14-16)

AKU MANUSIA YANG ASAL USULNYA DARI SETITIS AIR YANG HINA INI BERBANGGA DAN BERSYUKUR DENGAN ATURAN ALLAH TERHADAP DIRIKU... SUNGGUH AKU REDHA!!..


Ya Allah... hanya redha-Mu yang ku pohon... Redhai aku.. Ameen.






.

Bukti Ikhlas?


Bila engkau berbuat baik, ada yang mencemuh menyatakan engkau menunjuk bagus.. malah ada yang menfitnahmu dengan kebaikan yang engkau taburkan..
Perlukah diambil kira perkataan dusta mereka itu?..
Teruslah berbuat baik, kerana perbuatan baikmu itu untuk Allah..

Bila engkau terlalu menyayangi.. tetapi sayangmu tidak dibalas dengan rasa yang sama.. malah ada masanya hatimu pula yang disakiti..
Perlukah engkau serik memberi sayang dan apakah sayang mereka itu terlalu engkau dambakan?..
Teruslah berikan sayang itu, kerana sayangmu itu adalah kerana Allah..

Bila engkau jujur berbicara, ada yang menyatakan bicaramu meraih perhatian, pujian dan tepukan.. malah ada yang sengaja mencari ruang meneliti kepincanganmu..
Perlukan engkau terasa hati dan terus diam?..
Teruskan bicara jujurmu, kerana jujurmu itu demi kerana Allah..

Bila engkau menasihati, ada yang mencebik bibir, ada yang tidak gemar akan bicaramu.... malah ada yang membenci dirimu..
Perlukah engkau berhenti dengan kata-kata nasihatmu?..
Teruskan nasihatmu, kerana perkataan nasihatmu itu ilham rasa dari Allah.

Bila engkau sering memberi, ada yang mengambil kesempatan... malah ada yang mempergunakan peluang mengenakanmu demi kepentingan diri.
Perlukah engkau serik dan berhenti dari terus memberi?
Bukankah pemberian Allah itu lagi Maha Luas dan terlalu banyak, meskipun kepada hambaNya yang tidak bersyukur?
Teruskan memberi, kerana tangan yang memberi itu lebih mulia daripada yang menerima.. dan sesungguhnya pemberianmu itu adalah rahmat Allah.

Bila engkau ditimpa malang, ada yang berhati girang, mentertawakanmu dengan riang, kerana puas melihat dirimu berhati walang.
Perlukah engkau berdendam?
Jangan!. Redhakan takdirmu, redhakan mereka yang bahagia di atas kesengsaraanmu, kerana ria mereka hanya sementara, redha Allah jua yang kau cari SELAMANYA..

Apa jua yang kau laksanakan.. apa jua yang mereka fikir dan perlakukan terhadapmu..
Usah dinilai dengan nafsu.. teguhkan iman, tinggikan takwa..
Bulatkankan ikhlasmu hanya kepada Allah..
Teruskan dengan yakin.. buktikan bahawa doa iftitah di dalam solatmu itu benar..

"Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam gulungan orang musyrik.
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah, Tuhan Semesta Alam.
Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam."


Buktikan kepada Allah!!.


Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 21)


"Tiada manusia yang mampu mengukur ikhlas.. kerana ia adalah rahsia mutlak di antara Allah dan makhluknya.. tidak akan dapat ditembusi oleh mana-mana mata meskipun diri sendiri yang adakalanya tertipu dengan nafsu dan godaan syaitan yang dilaknat!."

Firman Allah:
"Maka itu, berteguh hatilah (dengan jalan sabar)!. Sesungguhnya janji-janji Allah itu adalah benar dan janganlah pendirian engkau dapat digoncangkan oleh orang-orang yang tiada mempunyai keyakinan!" (Al-Quran Surah Ar-Rum 30 : Ayat 60)


Sesungguhnya redha Allah jua yang dipohon.. Ya Allah.. redhai aku!..






.

Thursday

“Saya Minta Maaf”.


Aku mengambil sehelai suratkhabar lama selepas membasuh 'sesuatu' dan ingin membungkusnya dan seterusnya membuangnya....

Sempat pulak aku menyelak helaian akhbar yang ku ambil.. (maklumla, ’setahun’, daripada 30.12.2010 sampai 4.01.2011 aku bercuti merehatkan jiwa di 2 destinasi di luar Kuala Lumpur bersama keluarga dan mertua serta ipar dan biras, buat aku tak teringat nak ambil tahu perihal dunia.. perihal kami anak-beranak lagi banyak yang aku kisahkan... kehkehkeh)....... sekilas membaca kisah yang terpapar, tiba-tiba, aku jadi ingin baca hingga habis.. dan HAISHH!!!

Kisah yang ku baca itu menyatakan bahawa Si Ibu melenting bila kisah anaknya ’berkemban’ dijadikan isu.. katanya.. "ITU PERKARA REMEH".. katanya... dia meminta masyarakat beralih kepada isu yang lebih BESAR daripada isu anaknya berkemban!. ERRRKKKK???...

Isu anak berkemban tak remeh eh cikgu?? (masa ni terasa ringan tangan aku nk tepon tanya kat cklah.. kahkahkah)..

Hmm... nanti bulehlah anak-anak "perempuan" ibu-ibu di luar sana jadikan modal bila mereka nak pakai "baju berkemban"!!

Mak : Apa yang kau pakai tu hah??!. Pakaian macam ni nak keluar rumah?

Anak : Relaks la mak.. berkemban ni isu remeh je la. Tengok Cikgu tu.. sporting je 'back up' anak dia. Banyak lagi isu besar lain mak kena fikir. Isu minyak masak yang disorok, isu petrol naik harga, isu sapa mak nak undi utk PRU akan datang. Tu lagi penting!.

.... hmm... lepas tu yang si anak perempuan tu, di angkut dek jantan naik motor tengah malam, pegi taman tasik balik-belakang pokok.. senang kerja si jantan, takyah nak bukak butang segala bagai.. dh tersedia hidang..!!!..

Pastu 9 bulan nanti, dtg khabar berita. "Bayi dihantar ke ‘Baby Hatch’.. dan remaja yang melahirkan anak luar nikah itu di hantar ke sekolah di Melaka"...

Hmmm... REMEH RUPANYA MASALAH INI BG CIKGU ITU!!..

Tetiba aku jadi benci. Benci 'statement' riak dan berlagak cikgu itu. Aku benci sangat-sangat. "SAYA MINTA MAAF!".

.... lantaaasss.... helaian akhbar itu aku BUNGKUS ‘SESUATU’ ITU dengan rasa yang marah!!.. dengan kadar segera aku lempar terus ke dalam tong sampah!!..

(aku tak hingin nk letak gambar barisan "para berkemban" itu di sini.. aku tak mahu terlibat dengan memaparkan gambar yang menghampirkan kita kepada ’zina’!!.. nauzubillahimindzaalik!!)

[... Cikgu.. "SAYA MINTA MAAF".. bukan niat saya untuk membuka aib cikgu mahupun anak-anak cikgu.. cumanya, saya gerun apabila cikgu berbangga dan memandang remeh dengan keaiban yang terang-terangan dilakukan oleh anak-anak cikgu dan membiarkan aib itu terpampang kepada umum!!.. saya juga mempunyai aib.. tiada manusia yang terkecuali.. namun, saya mohon agar Allah lindungi keaiban saya dan semoga Allah memberi keampunan ke atas dosa yang dilakukan.. dan.. tolong.. cikgu telah berada di pentas yang masyarakat memandang cikgu.. janganlah menjadi ibu yang 'tenang' apabila anaknya menghampiri 'zina'..]

Berpakaian yang sedemikian setentunya mengundang ZINA.. zina bagi mata yang melihat.. zina bagi mulut yang mencaci juga memuji... zina bagi telinga yang mendengar cacian dan pujian (maksiat), juga zina bagi minda dan hati yang terbicara sesuatu mengenainya.. (dan.. bayangkan berapa banyak mata yang memandang, minda dan hati yang berbicara.. dan berapa banyak dosa zina yang ditanggung!!.. aduuh...)..

.................................................................................................................

"Ya Allah, Jangan jadikan aku seorang ibu yang tenang melihat kekejian perbuatan mungkar anak-anak!. Jadikan aku Ibu yang tegas dan segera membantah anak-anakku apabila mereka berkeinginan mengikut telunjuk ’syaitan’ dalam berpakaian, perkataan juga perbuatan!.

Ya Allah.. Jangan jadikan aku seorang Ibu yang mampu melihat ’maksiat’ yang dilakukan oleh si anak di hadapan mata ini..

Tuntun dan tunjuki aku serta suamiku Ya Allah, untuk menjadikan anak-anak kami muslim dan muslimah yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.. serta berikan kami kekuatan untuk membentuk keluarga kami menjadi keluarga yang sakinah.... Ameen."



Anak-anak, adik-adik, saudara-mara perempuanku..

Aku tahu pakaianku juga masih belum sempurna sebagai wanita muslimah.. aku akur kekhilafanku dalam menjaga aurat..

Tetapi, TOLONG.. mari kita bersama memperbaiki diri... bermula dengan aurat pada anggota.. kemudian hati diikuti seluruh penyempurnaan jiwa.. untuk mencari redhanya Illahi..

Firman Allah:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, supaya mereka menutup seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian mereka lebih mudah untuk dikenal, dan kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Al-Ahzab 33 : ayat 59)


Semoga mereka insaf.

Sabda Rasullulah kepada Asma : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)


Semoga aku juga dapat membetulkan cara pakaianku dalam menjaga auratku.

Semoga aku mampu beristiqamah dengan penjagaan aurat yang sempurna. Ameen.

Firman Allah:
Allah nanti akan memperbaiki pekerjaanmu dan mengampuni dosamu. Dan siapa yang mematuhi Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia akan memperolehi keberuntungan yang besar".
(Surah Al-Ahzab 33 : ayat 71)


Ku mohon redha-Mu Allah. Redhai aku.. Ameen.

.

Saturday

KENAPA AKU BERBLOG? (buleh skip baca sbb ia tak penting & entri ni panjang!)

(entri berjadual : auto-published).


KENAPA AKU BERBLOG YA??!!.. hmm...

Perlahan merenung diri dan menyelak entri-entri lama.. aku dapati dalam usia setahun jagung ini (bermula pada Mei 2008), aku melalui 3 FASA dan RASA sepanjang melayani DUNIA BLOG!.

Dan aku dapati.... berikut adalah SEBAB (melalui laluan Fasa)...

KENAPA AKU BERBLOG?!..


FASA 1: MELEPAS LELAH, MELAMPIAS RASA.

Memula dulu aku berblog (kredit to kaklong – sahabatku yg memperkenalkan aku dgn dunia blog ini, yg duluuuu aku langsung tak penah tau kewujudannya)..

Hajatku, tika dan waktu itu adalah sekadar aku ingin melepas resah, meluah lelah, serta menitip kisah untuk mengalihkan beban otak memikir dan berat hati menyayat atau dengan nama lainnya.. sebagai TERAPI JIWA utk mengalih hiba..

Duluuu… aku tidak tahu bahawasanya blog ini boleh ada ‘blogwalk’, ada ‘follower’, ada ‘rakan blogger’ serta boleh pulak ‘meninggalkan komen’.. SUNGGUH AKU TAK TAHU!. Hahaha...

AKU MENULIS SEMAHUNYA.. @ SYOK SENDIRI!!..

Aku cuma menulis, menaip, bercerita sesuka hati perut otak akal minda rasa mahu aku ja.. (aku pernah terasa pelik pada org yg dtg tinggal komen kt entri aku..) bila ada org komen yg dia macam tak percaya cerita aku, rasa hangin satu badan dan nak marah jugak.. dulu la.. duluuuuu.... hahaha.... "naive" sgt la masa tu kan.. (sedap sikit sebut naive drpd sebut ’bodoh’ kanz.. warghkahkahkah...)



FASA 2 : BERMAHARAJALELA DAN MENGGILA

Kemudiannya.. baru aku tahu yg orang lain pon ada blog!! (mmg 'kesian' kan.. kuikuikui)… buleh plak kalau nk jalan-jalan lawat blog org lain.. boleh jugak jadi follower org, ada function blog list, function follower dan sebagainya.. (duluuuuuu… nk upload gambar pon aku tak tau nk wat camner.. sebab tu semua kisah bertulisan jer.. kehkehkeh).

Timbul satu rasa ‘ketagihan’.. (istilah BLOGGER TEGAR kata mereka).

...SETIAP HARI NK NGADAP BLOG, NK TINGGAL KOMEN, NK BALAS KOMEN and so on.. AKU INGIN BERBLOG SETIAP MASA!! (keparahan jiwa yg maksima!)

“ADDICTED” – ya.. ketagihan yg boleh dikatakan agak parah jugak (sehingga “TERABAI” sesetengah perkara.. huhuhuhu).

MENULIS MEMBUTA TULI @ OVER ACTING!!.

Semua benda aku nak cerita.. setiap pergerakan aku nak melaporkan.. Nak plak dah belajar UPLOAD GAMBAR.. laaaagggiii banyak kisah yang aku nak tulis.. kehkehkeh..

Aku jadi ‘gila’ untuk menulis, meninggalkan komen serta pergi semula ke blog orang yang aku tinggalkan komen untuk melihat komen balas.. ternanti dan tertunggu komen balas serta entri baru rakan-rakan maya.. juga sibuk nak tengok bilangan orang yang datang dan tinggalkan komen kt entri aku… (dan adakalanya rasa cam nak marah jugak bila ada orang masuk / baca entri aku tapi tak tinggal komen dan tak balas komen aku diblog mereka.. hahahha.. memang GILA kan!).

Perkara ini berlarutan sehinggalah kepada SATU TRAGEDI MUNCUL!.

“PERISTIWA TRAGIS DAN PEDIH”..

”BLOG” menjadi PUNCA ANGKARA (atas 'kesalahan' aku berblog sebenarnya!!)

... satu komplot ‘TIKAMAN’ yg membuatkan aku bertindak MENGUNCI BLOG dari tatapan umum!. Buang semua blog list… buang semua follower… langsung tak menjengah ke ‘rumah’ sesiapa!.. DIAM YG DIAM!. MEMENDAM DENDAM!.

.. dan timbul PERSENGKATAAN.. yang juga berpunca daripada BLOG!.

Lama jugak aku ‘DIAM’ merawat luka dan duka kerana ‘PERISTIWA serta PERISTIWA’ itu…

Hanya sesekali aku menjengah kerana ‘DENDAM’ dan kerana ‘MARAH”.. (Nauzubillah hi mindzaalik)..

...........................................

Dalam diam, perlahan-lahan aku merenung diri.. kembali merawat jiwa dengan cara sebenar yakni KEMBALI KEPADA AL-QURAN dan HADIS.. pesanan dan sunnah Rasullullah serta amanat orang orang bijaksana melalui tulisan dan buku mereka ku baca dan ku telaah.. juga.. aku menjengah ke blog-blog rakan maya lain.. untuk melepas rindu.. serta mencari ILMU...

Alhamdulillah.. sehari demi sehari aku mampu memotivasikan diri sendiri (walaupun adakalanya goyah), cuba menguatkan jiwa dengan iman (yang kadangkalanya tersasar juga)..

Aku mula belajar mengambil iktibar, belajar menerima hakikat kebenaran, belajar meletakkan kesalahan ke atas diriku.. belajar meredakan amarah, belajar memahami sabar juga belajar mengucap syukur dan belajar memandang hikmah di sebalik kejadian yang berlaku…

TIDAK LAGI MENUNDING JARI kepada mereka yang kononnya 'berkomplot menikam' aku..

TIDAK.. TIDAK... TIDAK... bukan 100% kesalahan itu perlu mereka tanggung, peratusannya banyak ke arah diriku..

(dan kini.... aku telah lepaskan segala amarah, dendam dan sakit hati itu.. aku redha dengan ketentuan-Nya dan aku berterima kasih kepada KALIAN wahai KALIAN kerana memainkan peranan besar dlm peristiwa itu.. ia benar-benar membawa PERUBAHAN YANG INDAH dalam jiwaku dan hidupku... SUNGGUH!... TERIMA KASIH SETULUSNYA.... SYUKRAN YA ALLAH..).

.. DAN, AKU TELAH TUTUP BUKU UTK KISAH-KISAH ITU!!...

Itu kisah lama...

TAPI BENAR... mengalihkan satu sudut derita kepada penulisan di blog benar-benar mampu menjadi TERAPI JIWA DAN MOTIVASI MINDA utk diriku (sekurang-kurangnya utk ketika itu dan kini).. Syukur Alhamdulillah.



FASA 3: BERTUJUAN

YA!. KINI AKU KEMBALI AKTIF SEMULA... tapi tidak dengan perasaan dan keghairahan dulu... tidak terlalu ingin membuat entri setiap hari.. tidak terlalu konsisten menjawab komen setepat masa... tidak sangat-sangat ingin meninggalkan komen di blog yg dilawati... juga tidak terlalu ingin melihat samada komenku segera dibalas... (sesuka rasa la kiranya.. hihihi)

Perlahan aku mendidik diri dan jiwa agar BERSAHAJA... (walaupun sesekali entri, komentar dan ulasan aku agak pedih, kasar dan nadanya tidak sesuai utk tatapan umum.. dan ada juga yang panjang meleret sampai buleh buat entri di ruangan komen rakan maya... MAAF.. ianya adalah kekhilafan diriku!!..)

Sepanjang aku merungkai dendam di Fasa 2.. aku banyak menelaah tafsir Al-Quran (Alhamdulillah, ini rupanya hikmah kejadian di Fasa 2 - mungkin!) ... melewati blog-blog yang berilmiah.. serta menambah pengetahuan dari pembacaan ilmu ... daripada penerokaan dan pencarian diri itu, aku temui satu 'dimensi' baru.. yang kemudiannya menimbulkan semula MINATKU untuk MENULIS DI BLOG!.

MENULIS UNTUK MENYAMPAIKAN!.

Ya!. Kini, aku aku ingin menulis di blog dengan tujuan.. meskipun masih kekal dengan cara penulisanku yang MELERET DAN BERJELA, dan MASIH ADA juga entri yang CACA MARBA.. tetapi aku ingin menyelitkan 'penyampaian' melalui tulisan ini.

"Penyampaian" ini adalah kepada:-

(5). Diri Sendiri
Sebagai PESANAN, PERINGATAN DAN NASIHAT - kepada DIRIKU SENDIRI.. inspirasi diri – aku menulis segala yang terlintas di benakku.. untuk tatapan diriku sendiri.. AKU PEMINAT TEGAR BLOGKU SENDIRI!! (buleh?? hahaha).

Apa yg aku catatkan adalah utk PERINGATAN kepada diriku... juga sebagai KENANGAN.. kerana di dalam ini terdapat pelbagai kisah diri, keluarga, peristiwa, dan apa saja yang aku ingin catatkan, yang aku humbankan dalam bentuk tulisan - utk aku selak dan mengimbau kisah dan sejarah… serta ada daripadanya yang aku jadikan motivasi dan sumber kekuatan kepada diriku sendiri (juga utk aku nilai tahap diri).


(4). Anak-anak
Sebagai catatan tinggal untuk anak-anakku agar mereka tahu 'kisah dan nada' ibu mereka di saat tulisan itu tercatat – agar ada di antara tulisanku yang dapat mereka ambilnya sebagai panduan dan tunjuk ajar – juga sebagai kenangan abadi yang dapat ibu ini tinggalkan kepada mereka jika ditakdirkan ibu ini pergi dahulu tanpa sempat mengajari, meleteri, mengimbau kenangan, berbahasa basi serta membimbing mereka ke usia dewasa.

'PENULISAN INI ADALAH SEBAGAI AMARAN, NASIHAT, HARAPAN, AMANAT JUGA TINTA KENANGAN SEORANG IBU UNTUK ANAK-ANAKKU!!'.


(3). Masyarakat
Berusaha menjalankan sekelumit tanggungjawab sosial (Social Responsibility) sebagai jemaah Islam (yg nanti pasti akan ditanya Allah tentang amalan yang kita lakukan)..

Berusaha mengerjakan “AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR” dengan menyebarkannya melalui tinta (meskipun adakalanya bahasa aku tidak sesuai utk setiap golongan lapisan masyarakat.. itu adalah kerana kelemahan dan kekhilafan diriku sendiri.. MAAFKAN AKU!).

Firman Allah:
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar dan berpalinglah daripada orang yang tidak berpengetahuan itu." (Al-Quran Surah Al-A’raf 7: Ayat 199)

Sekiranya satu ayat daripada beribu tulisan di entriku dapat memotivasikan seorang insan atau mampu menyedarkan satu jiwa, itu sudah amat aku syukuri.


(2). Rasul Junjungan – Nabi Muhammad S.A.W
Isi khutbah Nabi Muhammad S.A.W yang terakhir menjadi pendorongku untuk menulis.

Sabda baginda Rasulullah:
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Firman Allah:
"Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; Allah memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang tidak beriman." (Al-Quran Surah Al-Maidah 5 : Ayat 67)

Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang mendapat wahyu Allah ini, telahpon menjalankan perintah yang difirmankan Allah. Tanpa jemu dan tanpa ingkar.

Justeru, apabila Rasul Allah Muhammad S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat". (hadis Riwayat Al-Bukhari)

Maka, ianya mendorong semangatku untuk menulis ayat-ayat Allah dan pesanan Rasulullah sebagai ingatan kepada diri sendiri serta kepada kalian yang ingin mengetahui, agar kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Rasulullah S.A.W berpesan bahawasanya manusia mati membawa tiga perkara bersamanya:
i- Sedekah Jariah
ii- Doa anak yang soleh

iii- Ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk orang lain.

Maka itu, aku mohon pada Allah agar penulisanku ini diterima Allah sebagai "Ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk orang lain" – setidak-tidaknya ketika kalian membaca petikan terjemahan surah Al-Quran yang aku catatkan.


(1). Allah
SATU YANG PASTI, melalui tulisanku ini - aku mohon agar ia menjadi satu cabang untuk aku mengingati Allah dan mendapatkan keredhaan-Nya.

Firman Allah:
"Orang-orang yang mengingati Allah, ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi akan mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka!’". (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 191).

Firman Allah:
"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?" (Al-Quran Surah Ibrahim : 44)

Samaada cara penulisanku diterima atau tidak, di suka atau di benci.. oleh pengunjung yang membaca... itu adalah hak individu yang menilai.. tiada paksaan, tiada rayuan.. aku sekadar mencari ruang dan peluang untuk mengumpul saham akhirat melalui anugerah kecerdasan akal dan fizikal serta kemudahan duniawi yang Allah pinjamkan sementara kepadaku di dunia ini.

Aku berpegang kepada nasihat Al-Lukmanul Hakim kepada anaknya:

“Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dan kata-kata mereka. Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata.”

“Ingatlah anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung harapanmu kepada Allah.”


Ya Allah Ya Dzal Jalali wal Ikram.. bersaksilah.. bahawasanya aku menyahut seruan-Mu serta amanat Rasulku... dan aku berpegang teguh dengan Al-Quran Kalamullah-Mu yang suci dan benar!!.

Ya Allah.. tulisanku ini sekadar satu penyampaian - JAUHI AKU DARIPADA SIFAT KUFUR, SOMBONG, DAN BONGKAK.... Izinkan aku menghargai dan menikmati rahmat kasih sayang-Mu menerusi baitan ayat-ayat ini Ya Rabb. Mohon ampun di atas kekhilafanku dalam menyampaikan... Redhai aku Ya Allah.... Ameen".

- BLOG INI BUKANLAH BLOG SEORANG USTAZAH, JUGA BUKAN SEORANG PAKAR AKADEMIK, BUKAN SEORANG ILMUAN ULUNG, JAUH SEKALI SEORANG ALIM ULAMA'..

Ia hanyalah blog picisan seorang Kakak, seorang Makcik, seorang Insan, Wanita, Ibu, Isteri, Anak, Adik, Menantu, Ipar, Biras, Teman, Saudara, Jiran, Pekerja, Pelajar, Masyarakat yang minatnya terarah kepada "MENULIS DI BLOG".

Ia juga adalah hasil penulisan seorang Umat Muhammad yang dahagakan ilmu, motivasi dan panduan hidup bagi mengemudi dunia untuk melayari akhirat yang abadi. Juga hanya seorang hamba Allah yang sangat-sangat memohon, meminta, dan mengharapkan KEREDHAAN ALLAH dunia dan akhirat.

- sedar dan akur.. diri ini masih tidak terlepas daripada menulis mengikut emosi, mengikut nafsu yang menguasai diri, adakalanya terlalai lantas cuba menegakkan benang yg basah, menghentam sesuka jiwa sesedap rasa.. tersasar seketika iman tatkala dipandu emosi... kerana hamba ini hanya seorang manusia yang penuh khilaf.. MAAFKAN KEKHILAFANKU!-

- wahai kalian... tidak sedikit pon aku merasa satu tangga lebih mulia dari kalian dengan menyampaikan ilmu yang sekelumit ini.. TIDAK.. Ilmu ini hanya pinjaman Allah, bukan kerana kepandaian diriku, bukan juga ilmu baru yang aku temui.. BUKAN..

Justeru, dengan rasa rendah hati dan ketulusan jiwa..
AKU MOHON... TOLONG JANGAN BENCI AKU DENGAN GAYA PENULISANKU.. DAN JANGAN MENCEMUH AKU JIKA KALIAN TIDAK BERSETUJU DENGANKU... JANGAN KALIAN MENYIMPUL DOSA KERANA PENULISANKU......
aku hanya ingin mencari redha-Nya Illahi.. Semoga diberkati oleh-Nya. Ameen.



Firman Allah:
"Allah menjadi saksi dari apa yang diturunkan-Nya kepada engkau, yang diturun-Nya dengan ilmu-Nya; dan juga malaikat-malaikat menjadi saksi. Cukuplah Allah itu menjadi saksi". (Al-Quran Surah An-Nissa' 4 : Ayat 166).




.


YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.