Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday

Wahai Anak : Penatlah!.

Dialog si ibu dan si anak perempuan itu lagi!.

Kakak : Ibu, kakak penat la dengan adik ni!.

Ibu : Kenapa pulak?. Apa yang adik buat sampai kakak PENAT sangat nih?. Tak ada pulak Ibu nampak kakak lari kejar adik atau kakak lari daripada adik. Ibu tak nampak kakak tercungap pooooonnn... (kata ibu berjenaka)

Kakak : Bukan penat lari. Kakak penat adik asyik nak koyak buku kakak nih!.

Adik : Mana adeeeeeeee..... (6 harkat panjaaaang ditariknya 'penyangkalan' terhadap 'TUDUHAN' kakaknya).

Kakak : IYA!. ADA!. (tegas sungguh!.. layak ni jadi DOKTOR GIGI MUSLIMAH!.. cabut gigi tu, CABUT! Hahaha.. Ibu sempat bermonolog)...

Adik : Taaaaakkkkk.... Adik cuma pegang je. Adik nak baca je... (terus rampas buku dari kakaknya).

Kakak : Adik tak pandai baca. Bak la kakak ceritakan.. (cuba nak merampas kembali buku tersebut, tapi telah terlebih dahulu si adik duduk di sebelah Ibu).

Adik : Adik pandaaaaiiiii.... (sambil baca.. "cip cip cip anak ayam jumpa tikus ular kejar siput".. entah apa butir pon tak tahu dah! Owh bujangku sorang..!!!..)

Perlahan....... Ibu mengambil 'henpon' dan 'snap' gambar si adik... kahkahkah.... (tak senonohkan Ibu nih.. hehehehe).



(gambar si adik dengan buku kakaknya yang berjaya di rampas!. Buat muka garang tak bersalah!.. umpama kakak dia pulak yang nak rampas buku dia.. Wahai!... Bertuahnya hufazzan Imam Muda Ibu nih!.. Allahu..)

Kembali semula kepada kakak.

Ibu : Kakak, sebenarnyakan... adik teringin nak sekolah macam kakak, nak ada buku macam kakak. Tapi adik kan kecik lagi. Sebab tu adik selalu ambil buku kakak. Sebab dia tak ada buku macam kakak tu. Adik koyak buku kakak sebab kakak suka rampas balik buku tu daripada tangan dia.

Kakak : Tapi, nanti adik conteng buku kakak.. pastu adik koyakkan... Nanti teacher Mahani marah! (owh.. teacher itu yang ditakutkan.. hehehe... mesti ada pengalaman kena tegur dengan teacher itu agaknya.. sebab tu takut benar buku dia dikoyak atau diconteng adiknya).

Ibu : Macam ni. Kalau adik nak buku kakak, kakak cakap macam ni, "Ni kakak bagi adik pinjam buku kakak, tapi jangan conteng, jangan koyakkan. Lepas baca adik pulangkan semula pada kakak!".

Kakak : Ok. (sambil berpaling kepada adiknya).

Kakak : Adik. Baca buku kakak tu baik-baik tau. Tapi adik baca je tau, tapi adik jangan conteng, tapi adik jangan koyak, tapi adik kena pulangkan tau!. (banyaknya TAPI... ni dah jadi ayat perintah dah nih!.. haish!).

Kakak (lagi) : Kakak PENAT la adik asyik conteng buku kakak. Nanti teacher Mahani marah kakak sebab adik conteng buku kakak. Kakak PENAT tau dengar teacher marah!.

Ibu nak tersedak dengar. Hamboooii.. Perkataan ”PENAT” itu muncul lagi. Betul-betul PENAT nih!. Hahaha....

Ibu : Kakak kena marah dengan teacher Mahani tu ke? Banyak kali ke?. (Ibu mengalih perhatian kakak daripada adiknya, Ibu mengorek cerita).

Kakak : Teacher Mahani kata kakak doesn’t know how to take care of my book!. Kakak nak cakap yang adik yang conteng, tapi…. kakak takut… (serta-merta ada cebik di bibir dan ada mendung di birai mata.. owh… itu rupanya).

Ibu : Takpelah, kalau kakak tak tahu nak cakap, kakak just say "I am sorry teacher".

Kakak : Tapi Ibu… (cuba untuk menegakkan sesuatu..)

Ibu : Kakak.. tak kisah la siapa betul, siapa salah. Ibu tahu kakak nak cakap yang adik yang salah kan.. Tapi, tak rugi kalau kakak just say sorry to your teacher. Yang penting, Allah tahu itu bukan kakak yang buat. Kalau kakak bagitau teacher, bukan teacher boleh datang marah adik, teacher tak kenal adik pun. Kakak umpamakan kakak say sorry on behalf of your brother. If we love our sibling, Allah will love us more.. betul tak?.. Ibu pun tak pernah PENAT untuk doakan kakak dengan semua orang walaupun kadang-kadang kakak buat Ibu "PENAT" dengan perangai kakak yang kuat merajuk tu. (hehehe.. dapat gak gunakan ayat tu kat dia.. kehkehkeh).

Ibu (lagi) : Nabi Muhammad pun tak pernah PENAT untuk selamatkan umat Islam. Allah laagiilah tak pernah PENAT dengan kita semua. Kalau Allah PENAT dengan kita, mesti dah lama semua orang mati, sebab setiap hari kita ada buat salah dengan Allah tapi kita selalu lupa nak minta maaf dengan Allah. Sebab kita ni berlagak!. Tapi, Allah masih sayangkan kita. Dia masih bagi kita hidup bahagia.

....tarik nafas dalam… menyeka sendu di tabir jendela hati sendiri…cuba kembali mengatur ayat, agar tidak tersasar mengikut bisikan iblis yang menghimpit, mencampur adukkan emosi diri dengan nawaitu tarbiyah untuk si anak.. bimbang beralih niat!.. Astaghfirulahal 'azhiim.

Ibu : Jadinya, kakak jangan pernah PENAT untuk minta maaf. Dan, kakak juga mesti sentiasa mahu minta maaf kepada orang dan kepada Allah. Sebab Allah tak pernah PENAT dengan kita. Allah tak pernah PENAT bagi kita bahagia. Sebab tu kakak bahagia sekarang ni kan. Kakak ada Ibu, ada abah, ada adik, ada mak tok, tok ayah, tok mak, tok ayah muar, mak long, pak cik, pak su…..

Adik : Ada shina, leesya, nini, abang..kakak (habis semua anak-anak mak longnya disebut… kalau biarkan, mesti semua nama sepupu sepapat mak pak sedara yang disebutnya!.. haishh… menyampuk dan menjawab pulak anak bertuah nih!.. Okeh, Second Child Syndrome.. Admit!.. hahahaha)..

Kakak : Adik ni kan.. suka menyibuk!. PENAT kakak dengan adik ni tau!. (perkataan "PENAT" itu juga yang disebut.. hahahaha).

... dan perang mulut pon berlaku.... grrr grrrr grrr.....

Okehlah, nak nasihat pun dah tak makan saman dah time nih...
Suka hati koranglah Nak!. Ibu nak tengok sejauh mana korang nak perang mulut... sila berperang sampai korang berdua PENAT..

Sekejap lagi.. dua-dua kena salam minta maaf balik.. tak kira siapa betul siapa salah.. DUA-DUA KENA MINTA MAAF DAN SALING MEMAAFKAN!!.. That’s the RULES OF THUMB!..

Tapi wahai anak-anakku... Ibu takkan pernah PENAT untuk melihat gelagat kalian, wahai anak-anak bertuah Ibu yang Ibu sayang... SUNGGUH!.

IBU SAYANG KALIAN. KALIAN ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG SUNGGUH BERMAKNA KEPADA IBU..

Makanya, Ibu mohon benar agar kalian kembali kepada Allah nanti juga dengan penuh makna sebagai hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Ameen.

Ya Allah... aku redha mereka sebagai anak-anakku...
Aku sayang mereka di atas limpahan kasih-sayang-Mu kepadaku Ya Rabb..
Aku cinta mereka dengan meneladani rasa cinta Baginda Rasulullah kepada kami, umat-umat Baginda..

Peliharalah anak-anakku dan sekalian umat Islam ini dunia dan akhirat. Ameen.

Firman Allah yang bermaksud: "....Ya (Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 112).

Ampunkan kami di atas kekhilafan kami Ya Allah, dari segi bahasa yang kami tersalah tutur, dari segi ayat yang kami tersalah sebut, dari segi perbuatan yang kami tersalah atur, juga segala kesalahan kami samaada yang kami sengajakan atau tidak, sedar atau tidak, faham atau kurang jelas kerana kelemahan diri dan kejahilan ilmu kami...

SESUNGGUHNYA YANG MAHA SEMPURNA ITU HANYALAH ALLAH AZZAWAJALLA... ALLAHU RABBI.. YA DZALJALALIL WAL IKRAM..




Aku mohon redha-Mu Allah.. Redhai kami semua. Ameen.




.

Monday

Maaf ye kalian..

Kepada setiap pembaca yang singgah dan lalu lalang..

Aku memohon ampun dan maaf jika penulisanku-penulisanku ini menyentuh sensitiviti jiwa anda..

Aku menulis bukan untuk dijadikan bahan umpatan, juga tidak untuk diperkatakan alim, pandai mahupun mulia... nauzubillahi mindzaalik... (ada sesiapa yang mampu meletakkan dirinya di kedudukan paling istimewa?. TIADA!!.. kerana kita semua terlalu kerdil sekerdil makna Inggeris namaku -'tiny'- pada penilaian YA KHALIQ).. catatan-catatanku ku ini tiada bertujuan untuk mengaut untung dunia atau meraih perhatian sesiapa, tidak juga untuk menjana pendapatan tambahan dan tidak juga untuk mendapat undian!.

Apa yang aku tuliskan adalah wadah yang berbentuk PENYAMPAIAN MAKLUMAT, gunakan akal yang Allah anugerahkan itu untuk mencernakan ia sebagai ilmu.. buang jika ianya tidak mendatangkan faedah... tolak jauh segala kata dan rasa yang mendatangkan mudharat kepada diri anda.. jangan menafsir dengan emosi, bimbang kalian juga aku dihimpit syaitan yang meniup kepada perbalahan..

Tiada yang baru di sini, sekadar perkongsian pandangan seperti juga jutaan BLOGGER di luar sana... dan hanya pengulangan kalam Allah dan hadis Rasulullah sebagai peringatan untuk diri.

Tiada yang menarik di sini... butang pangkah ada di atas sana untuk kalian tekan jika terasa blog seorang 'kaktiny' ini amat membazirkan masa...

Penyampaian ini khusus hanya untuk mereka yang ingin mengerti.. juga terbuka kepada yang tidak mahu berdiri selari.. anda juga berhak sebagaimana berhaknya setiap manusia ke atas udara anugerah Allah..

Cumanya, jika tak suka, jangan dikata, bimbang kalian memberi pahala percuma.. Andai memuji, bimbang pula meninggi diri.. dah dapat dosa free..

Ujian Allah berbagai cabangnya.. dan, dari penulisan juga boleh menjadi alirnya..

YA HAKAM.. YA HAKAM... YA HAKAM.. YA HAKAM... YA HAKAM.. YA HAKAM... YA HAKAM..

Kepadamu jua kami berserah dan bertawakal.. kerana kepadamu jualah Allah, kami berhukum dan kembali... Ampuni kekhilafan kami.. ampuni kejahilan hawa nafsu kami ini Ya Rabb...

... dengan anugerah dan nikmat yang Allah berikan ini, aku akan terus menulis...

.. maafkan aku kalian.. .

Firman Allah bermaksud: "Oleh itu bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi ini, supaya dengan kesan-kesan tersebut, mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar.. KERANA KEADAAN YANG SEBENARNYA BUKANLAH MATA KEPALA MEREKA YANG BUTA, TETAPI YANG BUTA ADALAH MATA HATI YANG ADA DI DALAM DADA" (Al-Quran Surah Al-Hajj 22 : Ayat 46).



Ya Allah.. aku benar-benar merayu memohon redha-Mu Allah.. KEPADA KAMI SEMUA, UMAT MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAHI WASSALAM YANG BAGINDA RASULULLAH KASIHI.....




.

Sunday

Untukmu.... Terima kasih “Anonymous”


Komentar akhir daripada Anonymous yang aku baca di pagi hari Ahad ini membuatkan minda dan nafsu saling merebut ruang dan peluang untuk berbicara…. Hmmmmmmm……

To Anynomous ~ KOMENTAR anda memberi kaktiny ilham untuk ‘berkarya panjaaang lebaaaar’ di pagi hari.. sementelah pula cik abang keluar atas urusan kerja, anak-anak mendapat sepenuh hak PEGANG REMOTE ASTRO… maka KOMPUTER ini KAKTINY YANG PUNYA…. Hahahaha… TERIMA KASIH... ;)

(tapi, kenapa menggunakan anonymous?.. kenapa tak nak ‘memperkenalkan diri’?.. owh ya.. adakah ‘anon’ TAKUT kepada kaktiny melebihi TAKUT PADA ILLAHI??.. (astaghfirullahal azhiim.. nauzubillahi mindzaalik..)... takpelah dik.. kat akhirat nanti kita bakal berjumpa jugak… tapi, kalau boleh, kaktiny taknak jumpa awak kat akhirat pasal isu “kecik haluih” ni, banyak lagi timbangan amal dosa kaktiny yang lain yg kaktiny kena jawab dgn Allah… justeru itu, kaktiny nak ‘lepaskan’ rasa pada komentar daripada awak yang tidak bernama itu pada pagi ini.. meskipun pagi tadi, sejurus membacanya, hati kaktiny ada terdetik bertanya ‘KENAPA?’, ‘SIAPA DIA NI?’ AKU KENAL KE?.. AKU BERMUSUHAN DENGAN DIAKAH?.. namun, persoalan itu kaktiny lepaskan di entri ini agar tidak di bawa ke akhirat kelak…)

Baru setahun jagung usia blog aku ini.. tapi, inilah pertama kali dalam sejarah ‘blog’ ‘kaktiny’ yg baru nak masuk 3 tahun ni, kaktiny menerima ‘KRITIKAN TERBUKA’ daripada “PEMINAT MISTERI”… hahahaha…

*ANONYMOUS ~ kaktiny bagi gelaran sebagai PEMINAT MISTERI.. kerana hanya “peminat” yang akan mengikuti perkembangan blog kita.. dan ianya “misteri” jika tidak mahu mendedahkan nama dan siapa empunya diri!. Hihihi…

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk si ANON kerana meninggalkan komentar pada entry kaktiny bertajuk 2 KALI BODOH!.


Untuk menjawab pertanyaanmu dik, kaktiny sertakan beberapa point je la..

1- kaktiny tak hingin cakap pasal 'nya' kerana kaktiny tak tahu dan tak kenal pon siapa 'nya' itu.. tidak terlihat dgn biji mata kaktiny sendiri serta tidak ada 4 saksi daripada diri kaktiny sendiri utk menyatakan itu adalah 'nya' yg kamu maksudkan (siapa yg kamu maksudkan pon kaktiny tak berani nk komen, bimbang tersalah fitnah org). Kepada sesiapa yang berkenaan, itu urusan dia dgn ALLAH. Bukan HAK kaktiny untuk mengambil HAK Allah (menjatuhkan hukum).. Kaktiny marahkan ‘ayat’ di akhbar itu kerana dia kata RAKYAT MALAYSIA perlu tahu.. itu yg kaktiny marah, sebab kaktiny ni warganegara MALAYSIA… kalau dia kata semua RAKYAT BANGADESH perlu tahu, maka kaktiny surely AKAN DIAM dan takkan bersuara (seperti diamnya kaktiny pada KES LOJI JEPUN YANG MELETUP SERTA LIBYA YANG DIBOM AS!!!).. definitely!!.. dan lagi.. kalau dia tulis “SEMUA MENTERI PERLU TAHU”.. maka itu juga kaktiny takkan bersuara, sebab kaktiny BUKAN MENTERI… tapi kerana ayatnya kepada ‘RAKYAT MALAYSIA” maka, katiny menggunakan “HAK” kaktiny sebagai RAKYAT MALAYSIA seperti yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ~ di bawah “KEBEBASAN ASASI”:

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)— (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
….

So, did I commit a criminal offense against the Malaysian Law?..


2- sepanjang kaktiny dengar ceramah agama, pergi belajar di kelas fardhu ain, menimba ilmu melalui buku, artikel, akhbar, majalah serta blog para ilmuan juga agamawan, tak ada satu pon ulama’ mahupun dalam mana-mana surah di kalam suci Allah yakni Al-Quran mahupun sunnah Rasullullah yang menyatakan jika TAKUT kepada Allah, jangan tulis blog. Kalau kamu ada hukum Al-Quran yang menyatakan BUAT BLOG INI JATUH HUKUM TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH, sila sampaikan kepada kaktiny ya.. kaktiny terkurang ilmu bab-bab ini.. (andai benar demikian, maka itu, ramai betul rakyat Malaysia ini yang TIDAK TAKUT ALLAH.. baik parti komponen juga parti pembangkang termasuk mantan-mantan pemimpin, KERANA MEREKA SEMUA MEMPUNYAI BANYAK MASA UNTUK TYPE DI BLOG MASING-MASING… nauzubillah… tapi dik, rasa takut atau tidak seseorang itu kepada Allah, itu bukan atas tangan kita yang menetapkan hukum, justeru itu, janganlah meletakkan hukum ke atas diri kaktiny.. kerana bimbang kamu memberi pahala percuma kepada kaktiny.. apapon, terima kasih).

3 – Blog kaktiny jadi punca ORANG mengumpat dan salah faham?!.. Masyaallah dik… apa yg kaktiny tulis sampai org salah faham dik oii??... tapi, anak kaktiny yang berusia 6 tahun itu FAHAM BENAR apa yang kaktiny sampaikan kepadanya mengenai entri ini.. (meskipun kaktiny diTEGUR oleh dia ketika membaca tajuk yang menyebut perkataan “BODOH”.. tak tahulah kalau ada 'manusia' lain yang lebih BODOH daripada anak kaktiny yang baru berusia 6 tahun.. atau MUNGKIN anak kaktiny itu terlebih CERDIK mengatasi manusia lain yang berumur lebih daripada 6 tahun!!!.) Okeh, admit!.. ayat BODOH itu memang salah, tapi ada cikgu yang menyatakan bahawa “PERKATAAN BODOH ITU ADA DALAM KAMUS, JUSTERU, IA BOLEH DIGUNAPAKAI MENGIKUT KESESUAIANNYA”.. (terima kasih cikgu, kerana memberi panduan dan sokongan.. luv U.. hehehe).


Juga kaktiny ulangi ayat di kalam suci Allah yang bermaksud:

Firman Allah:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya". (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 104).

Di baca juga dengan hadis Rasulullah:

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:
"Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

NAH!.. Lihat ayat ini dik.. kerana AYAT inilah, makanya KAKTINY TIDAK BOLEH MENGIKUT KEMAHUAN KAMU DENGAN MENYURUH KAKTINY TUTUP BLOG YANG PENUH KONTROVESI INI (terasa cam dah jadik pendakwah bebas pulak!.. kahkahkah, padahal baru berada di TAHUN 1 Kelas Fardhu Ain anjuran Masjid Negara di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan…. Hihihi… nanti, bila dah complete course 7 tahun nih, DAH TAMAT KULIAH serta DAH GRADUAT SIJIL FEQAH DAN IBADAH serta dapat SIJIL PENTAULIAHAN daripada MAIWP, entah bagaimana pulak KONTROVERSINYA blog kaktiny ni ye.. kuikuikui…)

Terima kasih kerana menyeru kaktiny untuk BERFIKIR.. kerana berfikir itulah, serta amalan sunat yang kaktiny lakukan (solat taubat, hajat dan istikharah setiap malam selepas solat isya’.. tahajjud dan witir), kaktiny diringankan Allah untuk TERUS MENULIS selepas pernah MENUTUP BLOG KAKTINY BEBERAPA BULAN DAHULU…

Seperti yang kaktiny nyatakan di entri “KENAPA AKU BERBLOG” di awal tahun ini, ia adalah ILHAM selepas solat sunat yang kaktiny lakukan.. (maaf, mungkin di sini ada unsur riak dan 'ujub.. terserah Allah untuk menilainya.. jika pahala yang diperolehi, kaktiny mohon Allah berikan kepada kedua ibu bapa kaktiny yang telah banyak membentuk peribadi anaknya dengan ihsan dan kasih sayang.. jika dosa takbur dan bongkak yang timbul, moga Allah bukakan pintu taubat dan berikan keampunan-Nya kepada kaktiny yang sangat lemah iman ini...! Astaghfirullahal Azhhim..! Subhanallah!).

Dengan berpegang kepada Kalam Suci Al-Quran :

Firman Allah :
“Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!” (Al-Quran Surah Al-Ashr 103 : Ayat 1-3)

Juga amanat terakhir Baginda Rasulullah sebelum kewafatannya.....
Sabda baginda Rasulullah:
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Note: tapi, smlm kaktiny tak le buat solat2 sunat tu, sebab kaktiny period, jadinya, keputusan kaktiny menaip entri ini kaktiny tak tahu adakah ilham dari Allah atau sebenarnya menurut NAFSU amarah, lawamah atau mulhammah yang berdetik-detik dalam diri.. maklumla.. kaktiny pun manusia, bukan malaikat yang tidak mempunyai nafsu bahkan jantina.. bukan juga kartun yang disolek dek tukang karang. Kaktiny menulis menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir (juga nafsu yang menghimpit) dan jemari yang pantas menaip
. ;P


Tapi, ada beberapa point yang ingin kaktiny sampaikan kepadamu dik.. Komentarmu yang kaktiny baca pagi ini benar-benar mencuit hati seorang ‘kaktiny’.. kerana kamu BERJAYA buat kaktiny PERASAN seketika di pagi ini (dalam perjalanan mencari sarapan pagi)… dan tersenyum sendiri.. kerana:

1- kamu buat kaktiny perasan seolah kaktiny ini pendakwah selebriti, kerana kaktiny kerap baca di blog-blog para daie dan pendakwah yang pasti akan ada pihak tidak puas hati dan meninggalkan komen yang ‘against’ the entry.

2 – kamu buat kaktiny perasan DIVA kerana hanya DIVA yang ada ANYNOMOUS yang datang buat serang hendap dan meninggalkan komen berbaur provokasi (ni, kaktiny dapat ilham daripada kawan-kawan kaktiny yg kaktiny selalu panggil diaorg DIVA kalau ada ‘peminat misteri’ macam kamu ni dik.. kehkehkeh).

3- kamu bagi kaktiny ‘permulaan rasa’ bagaimana satu hari nanti jika kaktiny ‘glamour’ sebagai pendakwah bebas, maka inilah yang akan saban waktu kaktiny hadapi ~ cemuhan dan perasaan tidak puas hati masyarakat yang “against you”!.

4- kamu beri kaktiny peluang merasai nikmat ujian Allah yang bernama “SABAR” dan “REDHA” (meskipun, takleh tinggi sangat tahapnya, sebab tu muncul entri nih… kuikuikui….).

5 – kamu beri kaktiny lebih bersemangat untuk buat entri.. KERANA…. I AM SO SURE THAT YOU WILL BE AMONG THE FIRST TO COME AND READ (AND COMMENT , maybe) ON MY ENTRY… (biasalah kan, TABIAT manusia.. yang dibenci itulah yang hendak diketahui lebih.. yang dimarah itulah yang hendak dikaji mendalam.. yang dihalang itulah yang ingin diselami… justeru, kaktiny pasti, kamu akan terusan mengikuti perkembangan tulisan kaktiny, silap haribulan, perkembangan diri reality kaktiny ni pon kamu akan cuba selongkar, kerana… KAMU MEMINATI KAKTINY… begitu kan?.. kahkahkahkah.. jangan benci bertukar sayang dik.. jangan marah jadi rindu tau!.. bahaya tu!.. I warn U... ooowh… kamu benar-benar meletakkan kaktiny di perasaan PERASAN tika dan saat entri ini ditaip.. arghhahahahaha… dh tergolek-golek cacing dlm perut kaktiny dok mengekek menggelak.... kuikuikui...).

Takpelah dik.. walau siapapun kamu, kaktiny tak ingin nak tahu.. kerana kamu tiada kepentingan dalam diari kehidupan kaktiny... hanya semilir lalu yang menghembus bersama puput bayu pagi yang hening.. (unless if you are one of my relative!. But, it is very impossible if my relatives could do this to me because they are all kind-hearted people and I am sure enough NON-OF-THEM are coward like you are, give comment as ‘anonymous’… opppsssss… hehehehehehe).


Satu lagi.. wahai saudaraku Anonymous, ku catatkan kalam Allah ini untukmu agar kau mengerti pendirianku.. dan agar tidak terdetik di hatimu untuk membenci penulisanku seterusnya diriku….

Firman Allah:
"Allah menjadi saksi dari apa yang diturunkan-Nya kepada engkau, yang diturun-Nya dengan ilmu-Nya; dan juga malaikat-malaikat menjadi saksi. Cukuplah Allah itu menjadi saksi". (Al-Quran Surah An-Nissa' 4 : Ayat 166).

Bacalah.. Hayatilah… Fahamilah.. dan Bangkitlah.. Untuk kita bersama menegakkan AGAMA ISLAM dengan cara yang mampu kita lakukan… untuk terus KEKAL SEBAGAI UMAT MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM serta DIREDHAI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT…

… sekali lagi.. terima kasih anon, anda menceriakan wadah bermadah kisah kaktiny di pagi hari Ahad ini… hehehehe… (kamu benar-benar mengisi pagi hari Ahad kaktiny.. maklumla, bila time period, takleh buat solat sunat dhuha juga takleh baca Quran.. so, banyak masa free.. bebudak pulak dok layan channel cartoon, maka tiadalah yang mengganggu idea yang mencurah ni... dan pula, bila cik abang kerja hari ni, so takyah fikir apa nak masak tengahari... cukup sekadar order dominos pizza.. maka itu.. sepanjang pagi ini, tumpuan kaktiny hanya untuk menaip entry untukmu ini dik.. panjaaanggg kan ilham rasa kaktiny nih... kehkehkehkeh...)

Salam sejahtera untukmu dik, meskipun siapa kamu dan di mana jua kamu berada…



Ya Allah.. aku mohon hanya redha-Mu... Redhai kami semua Ya Rabb.. Ameen.






.

Friday

2 kali BODOH!.

Astaghfirullahal 'azhiim.

Pepagi lagi aku dah mengungkap kalimah negatif!. Lancang sungguh lidah ni (masih dalam proses nak memperbaiki perkataan!!.. lajuuu je mulut ni kalau bab2 nak mencela segala bagai ni tau!!.. HUH!!).

Membaca mukasurat ke-2 akhbar KOSMO, perkataan BODOH yang pertama lancar je tercetus daripada mulut aku!.

BODOH #1 ~ "RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU SIAPA AKTOR VIDEO SEKS".

HEEELLLLOOOOO!!!... Saya rakyat Malaysia okeh.. anak-anak saya juga merupakan warganegara dan pemegang NRIC Malaysia!!.

DAN SAYA TIDAK HALALKAN PERKATAAN DAN PERBUATAN ITU KE ATAS DIRI SAYA JUGA KELUARGA SAYA!.

Tolak segala fahaman politik tanpa mengira di SEBELAH mana pun saya atau anda.. saya berbicara di atas ORBIT ISLAM!.

Apa yang dimaksudkan dengan "PERLU TAHU"?.

Adakah KAMI (saya, dan keluarga saya yang merupakan rakyat Malaysia yang MARHAIEN ini) perlu MENONTON AKSI AKTOR dalam 'filem' tersebut untuk MENGETAHUINYA?..

Saya jadi terlalu kasihan kepada individu Islam yang secara terpaksa atau 'dipaksa-rela' untuk melihat aksi-aksi video yang dikatakan berdurasi selama 20 minit itu ~ kasihan sungguh, 20 minit itu anda telah MELAKUKAN DOSA PERTAMA IAITU ZINA MATA! Jika hati dan mulut anda berbicara, makanya anda melakukan DOSA KEDUA YAKNI MENGUMPAT. Dan jika anda tersalah bicara dengan menokoh nambah yang tiada, ANDA TELAH MELAKUKAN DOSA KETIGA, yakni FITNAH!

HUUH!.. HANYA 20 MINIT, ANDA MENJERUMUSKAN DIRI KE DALAM 3 DOSA BESAR!!!... Adakah anda tidak rasa ini satu KEAIBAN untuk diri anda apabila bakal diseksa di NERAKA kelak hanya dengan tontonan 20 minit itu?.. ASTAGHFIRULLAHAL’ AZHIM... (seram bulu roma aku weihhh... even kartun tom and jerry yang ada part kiss kiss tu pon aku tutup mata si nureen ngan zaqwan, cerita omputih yg ada bab2 pakai bikini pon aku alih channel, inikan pulak video camni..haish!)

NAUZUBILLAHI MINDZAALIK!!..

TIDAK!!.. SAYA TIDAK INGIN TAHU!.. LANGSUNG SAYA TIDAK MAHU TAHU!. LANTAK DIA LA WALAU SAPA PUN DIA!!..

TOLONG!. Saya tidak mahu terlibat dalam melihat dan turut sama menyebarkan AIB orang!. TIDAK!.

Sebagaimana saya mohon kepada Allah untuk ditutup KEAIBAN saya di dunia serta di akhirat, maka, saya juga tidak setuju KEAIBAN manusia lain dipertontonkan, terutamanya UMAT ISLAM!.

Dan, saya tidak hingin bersekongkol dengan manusia-manusia yang BERAGAMA ISLAM tetapi sanggup MEMBUKA AIB sesama saudara islamnya!.. ASTAGHFIRULLAHAL 'AZHIIM!..

Saya ingin membuat satu pertanyaan kepada sesiapa sahaja ~ termasuk diri saya sendiri ~ yang DENGAN BANGGANYA BERANI membongkar KEAIBAN orang lain:

"ADAKAH ANDA BERSEDIA AIB ANDA DIBONGKAR ALLAH DI HADAPAN KHALAYAK UMUM KELAK?. ATAU ANDA FIKIR JANJI ALLAH ITU TENTANG AKHIRAT ITU DUSTA?"

@... adakah anda merasakan anda TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KEAIBAN?. Adakah anda rasa anda manusia MULIA yang tidak pernah melakukan walau sekelumit DOSA?. Atau mungkin anda rasa anda terlalu SUCI sehingga tiada noda yang pernah tercalit di dalam catatan malaikat di kiri kitab hisab anda?.. OWH, ataukah mungkin anda rasa anda LEBIH MAKSUM daripada Rasulullullahi Sallallahu 'Alahi Wassalam!. APAKAH DEMIKIAN?

~ISTIGHFARLAH WAHAI UMAT ISLAM TANAHAIRKU MALAYSIA!!.. ~

Dari sudut lain, sebenarnya, BERUNTUNG ORANG YANG DITUDUH DI DALAM VIDEO ITU.. hahahahaha... RAMAI BETUL YANG "SAYANG" KEPADA DIRINYA!.

Bagi setiap orang yang menontonnya, dan memperkatakan (mengumpat) tentang diri 'nya', (jika benar itu dirinya), dia akan mendapat pahala bagi setiap perkataan yang diucapkan (oleh pemakan-pemakan bangkainya kelak a.k.a pengumpat) ke atas dirinya... dan jika orang dalam video itu bukan dirinya (fitnah), maka, DOANYA AKAN DIANGKAT TERUS KE LANGIT ALLAH TANPA HISAB.. dan setiap orang yang memperkatakannya (pembunuh a.k.a PEMFITNAH! ~ yang dosanya sama seperti membunuh satu jiwa) akan mengambil setiap dosa diri orang itu, serta dengan murah hati memberikan pahala kalian kepada dia..

Firman Allah bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Quran Surah Al-Hujurat 49 : Ayat 12)


MAAF!. Saya tidak mahu terlibat dalam "DOSA MENGUMPAT ATAU MENDENGAR UMPATAN"!!. (Jauh sekali DOSA MEMFITNAH!). Hukum mengumpat itu HARAM ~ dan mengetahui KEBENARAN kepada umpatan pada video itu TIDAK TERMASUK di dalam mana-mana '6 JENIS UMPATAN YANG DIPERBOLEHKAN-OLEH AGAMA’ seperti yang diriwayatkan oleh Imam An-Nawawy dalam kitab Riyadhus Salihin (Wallahu ’alam bisawab).

Saya sedar, iman saya tidak sekukuh Penghulu Syurga bagi wanita iaitu Asiah, Khatijah, Fatimah, dan Maryam.. juga jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Masyitah, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah mahupun Bilal bin Rabbah.. TETAPI, saya tidak mahu dan tidak tergamak menzalimi diri saya dengan menambah dosa yang telah sedia ada... SAYA GERUN AKAN MURKA ALLAH!. SAYA BIMBANG ALLAH MENURUNKAN BALANYA! KERANA, jika Allah mengkehendakkan musibah itu berlaku kerana MURKA-NYA, ia tidak hanya mengenai orang yang bersalah, TETAPI PETAKANYA KEPADA SEMUA! (Malaysia ini terlalu kecil jika Allah ingin menggulungnya dalam SATU SAAT!).

(MAAF ENCIK AKTOR SERTA ENCIK-ENCIK TRIO SERTA ENCIK-ENCIK YANG TERLIBAT SERTA TERPAKSA TERLIBAT DALAM 'KES AIB' INI, SAYA TIDAK BEGITU PEMURAH UNTUK SEDEKAHKAN PAHALA SAYA KEPADA ANDA, KERANA SAYA JUGA MASIH BANYAK DOSA YANG TAK TERTEBUS SERTA SAYA MASIH INGIN MEREBUT GANJARAN PAHALA ALLAH UNTUK DIRI SAYA YANG TERLALU KERDIL INI!. SAYA INGINKAN REDHA ALLAH SEBAGAIMANA SAYA SENTIASA MEMOHON REDHA-NYA KEPADA KITA SEMUA!!!).
............................................................................................................................

BODOH # 2 ~ "ISU NOVEL INTERLOK SELESAI".

Terpacul perkataan BODOH ke-2 apabila membaca mukasurat ke-3 akhbar kosmo tetang 'pengubahsuaian yang perlu dilakukan ke atas Novel Interlok'!. Mulanya, banyak yang ingin aku bicarakan, tetapi aku diamkan dulu, pembacaan perlu diteruskan untuk mengutip maklumat!.

NAMUN, apabila tiba di bait ayat ~ "Saya cuma menulis, bukan untuk mengancam orang" ~ KALIMAT MULUS itu lahir dari seorang ilmuan, lantas lidah aku kelu, hati aku membisu sendu terharu... baitan ayat yang tulus serta mendalam maknanya ini menyejukkan haba di jiwa aku. AKUR!. Perlahan, aku mengangguk “SETUJU”. NOKHTAH!


Note : Okeh Nureen and Zaqwan, malam ini ASTRO milik kalian.. Ibu dan Abah benarkan kalian mengambil ’waktu menonton berita’ kami seperti yang termaktub dalam perjanjian kita sebelum ini.. Ibu ngan abah tak mau tengok TV!. MALAS!. (MULUT IBU TAK CUKUP KUAT UNTUK 'DIAM' DAN 'TIDAK MENGUMPAT' jika Ibu menonton berita-berita yang Ibu sebutkan di atas!!!).

Ya, anak-anak, minggu ni, Ibu izinkan kalian pegang remote Astro tu!.
Tengoklah Channel Nickelodeon 612, Playhouse Disney 613, Disney Channel 615, Cartoon Network 616 waima Astro Ceria 611 sepuas hati!.…

LAGI BAIK TENGOK CERITA KARTUN YANG DAH TENTU KARTUNNYA!!!...



"Ya Allah, aku terlalu kerdil untuk berteriak lantang di luar sana... aku hanya terdaya dan mampu bersuara kecil di sini.. terimalah kalimahku ini Ya Rabb... bahawasanya aku cuba untuk mencegah kemungkaran yang menyimpang dari jalan Islam-Mu yang suci ini.. aku akur, bahasaku ini adalah selemah-lemah imanku!. Ampuni kekhilafanku Ya 'Afuww.. Lindungi kami Ya Waliy.. Sesungguhnya kepada-Mu jualah kami berserah diri dan kembalikan segala urusan wahai Ya Haqq."


Aku mohon redha-Mu Allah... redhai kami. Ameen.






.

Wednesday

MENEGUR vs. DITEGUR



Dalam entri ini, aku menyatakan perasaan aku tentang betapa aku (KONONNYA) dalam persimpangan dilema untuk menegur bagi menjalankan sekelumit tanggungjawab ‘AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR’.

Entry kak pah yang bertajuk ‘Bukan Kerja Mudah’ juga menceritakan perihal yang agak sama. Tentang cara untuk menasihati.

Aku dengar jugak ceramah motivasi pagi di IKIM yang kak pah maksudkan tu, dan tertanya-tanya jugak, apa kaedah menyampaikan teguran yang betul eh?..

SEMALAM, AKU DITEGUR @ DINASIHATI!
Oleh dua orang lelaki yang sangat rapat dengan aku. Yang sangat aku sayangi.

Dalam satu hari, aku terima dua teguran, di dua situasi, dalam dua keadaan, masa, tempat dan orang yang berbeza, nasihat yang berlainan punca.

Teguran lelaki no. 1 ~ ada terasa ’ngilunya’. Meskipun begitu, aku tetap mengangguk mengiyakan (daaan... sempat jugak aku smash balik.. kehkehkeh.. haish.. bila perangai suka menjawab aku ni nak ’reda’ eh?!!.. huhuhu), teguran yang diberi masih boleh buat aku ketawa (tetapi, tetap aku ambil peringatan daripadanya). Terima Kasih Abang... hehehe.

Teguran lelaki no. 2 ~ ada terasa ’pedihnya’. Bukan kerana pesanan yang disampaikan, tetapi kerana nasihat yang tergantung tanpa punca!. YA!. Aku terasa!. Marah dan akhirnya menangis sepanjang perjalanan balik daripada menghantar lelaki itu ke lapangan terbang!. Marah aku kerana dia tidak mahu menyatakan SEBABNYA!. Aku pulang dengan hati hiba meski berkali-kali lelaki itu meminta aku melupakan apa yang diucapkannya!. Pertemuan yang sangat singkat itu di akhiri dengan teguran dari dia yang tergantung tanpa tuju. Dia seperti ingin menyampaikan sesuatu tetapi kemudian menarik balik katanya!. Itu yang mengundang amarahku!. Setibanya aku di rumah, sms bertukar ganti. Ucapan maaf bertalu dari pihak sana juga pihak aku!. Ya, tika itu memang aku marah. Tapi, aku marah bukan kerana aku benci... TIDAK!. Mana mungkin aku membenci darah yang sama mengalir di dalam tubuhku. Tiada sekelumit dendam, jauh sekali membencimu. Aku marah kerana aku rindu dik!. (Semoga perjalanan ibadahmu kepada Allah dalam kerjayamu di negeri di bawah bayu itu sentiasa mendapat redha dan rahmat Allah.. ini doa kakakmu, saban hari dan saban waktu, tidak pernah putus untukmu, wahai adikku...)

Maka, benarlah seperti apa yang disampaikan oleh penceramah motivasi pagi itu.
~ Dalam memberi nasihat, jangan terus kepada tajuk topik yang mungkin orang yang menerima teguran tidak faham lalu di salah ertikan.
~ Dalam memberi teguran, lihat situasi, masa dan keadaan, jangan melulu mengkehendakkan orang lain memahami apa yang ingin kita sampaikan.
~ Dalam memberi peringatan, jangan guna bahasa lidah, kerana bimbang telinga yang mendengar bisa menanah, sebaliknya, sampaikan dengan bahasa jiwa kerana kepada jiwa yang menerimanya akan menyambut dengan terbuka dan berlapang dada.

Firman Allah bermaksud:
"Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Quran Surah at-Taubah 9 : 91)

Wahai kalian, tidak perlu ucapan maaf. Kalian tidak menanggung dosa kerana menegurku. Malah, aku sangat-sangat bersyukur di atas teguran itu. Teguran-teguran semalam aku jadikan iktibar dan pedoman.

Kata Hukama: Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

Terima kasih wahai suamiku... terima kasih wahai adikku.. terima kasih juga kepada kakakku tersayang (yang Allah letakkan sebagai perantara di celahan gempar kemelut saudara yang seketika itu). Aku tahu, kalian menasihatiku kerana sayang dan kerana sikap ambil berat tentang diriku... Terima kasih di atas pesanan-pesanan itu. Terima kasih kerana menyayangiku...

Terima kasih Allah kerana memerhatikan aku. Terima kasih Allah kerana melancarkan lidah mereka dan meringankan hati mereka untuk menegurku. Ku ambil teguran mereka kerana-Mu Ya Allah.. dan aku mohon Kau berikan redha-Mu kepada mereka kerana mereka menyampaikan pesanan kepada diriku di jalan agama-Mu, agar aku menjadi hamba-Mu yang lebih baik. Ameen.

Allahu Akhbar.


Note : owh ya, aku tertarik dengan TEORI KAK PAH.. kalau org yang jenis 'keras kepala', kita bagi nasihat tapi tak mau ikut, kita bagi psikologi tak jalan, bagi je SEKEHLOGI... baru menjadik kot!.. hahahaha.. (kelaassss teori Puan Pengetua Aulad Jannah itu.. dh leh buat Proposal PhD nih.. hehehehe). Sorry kak pah.. gurau jer.. :)


Aku mohon redha-Mu Allah. Redhai kami semua. Ameen.





.

Monday

Di mana?..


Pagi tadi, berbual dengan Boss pasal kisah terkini Libya.

Terus teringat apa yang Ustaz penceramah tu cakap.. tentang janji Allah kepada orang-orang yang beriman.

Firman Allah:
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Al-Quran Sura An-Nur 24 : Ayat 55).


Di baca juga dengan janji Allah dalam firman-Nya di ayat yang berikut.

Firman Allah:
Janganlah engkau menyangka orang-orang kafir itu akan dapat melemahkan kekuasaan Allah (daripada menimpakan azab kepada mereka) di dunia, sedang tempat kembali mereka ialah neraka; dan sesungguhnya neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 57).


Dan, janji Allah itu benar!. Kejayaan milik umat Islam. Kafir laknat pasti akan menerima azab neraka Jahannam!.

Allah tetap bersama orang yang berjihad ke jalan-Nya.
Ini janji Allah!.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Al-Quran Surah As-Shaff 61 : Ayat 4)


Tapi, mesti kita tertanya, kenapa Negara Islam itu tidak MENANG?!.

Sebelum tanya Allah, cuba tanya diri kita.. renung kembali janji Allah itu.. kepada siapa ianya ditujukan??

"As-Sollihat" ~ "Al-Mukminun" ~ "Amanu" ~ dan yang sewaktu dengannya..

JANJI ALLAH ITU KHAS DITUJUKAN KEPADA HAMBA-NYA YANG BERIMAN, BERAMAL SOLEH, YANG MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI MATLAMAT UTAMA DUNIA DAN AKHIRAT!.

Sabda Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam:
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung keapda niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seseorang perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Justeru, jika kita tidak BERJAYA mencapai kemenangan seperti yang dijanjikan-Nya, MAKA... SEMAK HATI KITA....

APA NIAT KITA SEBENARNYA????...

DI MANA ALLAH KITA LETAKKAN??!!...

Allah juga telah berjanji kepada Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam agar tidak berdukacita jika melihat orang zalim itu BERJAYA dengan rencana mereka, kerana, telah JELAS BALASAN untuk mereka. Hanya menanti SAAT TIBA WAKTUNYA!..

Firman Allah:
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (Al-Quran Surah Ibrahim 14 : Ayat 42).


Wahai Negara-negara Islam... wahai jiran-jiran Negara Islam... wahai Pemimpin-pemimpin Islam.. wahai orang-orang Islam... dan wahai aku sendiri... renunglah peristiwa-peristiwa yang terjadi ini... Aku?.. Aku belajar mengenali diri sambil sentiasa menanyakan diri.

DI MANA ALLAH DI HATIKU?.

'Ya Allah, walau apapun, aku berpegang teguh dengan janji-Mu. Kekhilafanku membuatkan aku sering terpesong, terkeliru dan buntu. Bantu aku Ya Rabb. Berjalan di jalan lurus-Mu.'

Aku menyeru diriku, anda, kalian dan kita semua... untuk beristiqamah seperti yang Allah firmankan kepada Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wassalam.

Firman Allah bermaksud:
"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang bertaubat kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, agar kamu tidak disambar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." (Al-Quran Surah Hud 11: Ayat 112 – 113)


Semoga Allah meredhainya.. Semoga Allah permudahkannya...


Ya Allah. Aku mohon redha-Mu. Redhai kami semua, hamba-hamba-Mu. Ameen.
.

Wednesday

Langkah Selangkah Melangkah.


Dialog monolog.


Dia : Aku sedih kak!. Kenapa bahagia itu bukan milik aku selamanya?.

Aku : Maha Suci Allah. Apakah tidak cukup "Allah" itu bagimu?. Kenapa tamak jiwamu inginkan semua kebahagiaan dunia menjadi milikmu?. Renungkan!.. Tatkala bahagia dunia itu kau kendong, pernahkah setiap detik bahagiamu itu, kau mensyukuri anugerah Illahi?. Sedangkan bahagia itu adalah nikmat pemberian-Nya kerana kasih-Nya kepadamu... Apabila dunia meninggalkanmu, tetap DIA tidak pernah jauh malah semakin hampir mendekatimu. Maka, apa lagi kebahagiaan yang kau perlu?. Selain daripada rahmat dan redha Allah?.

Dia : Namun, laluannya perit kak!. tambahan pula mereka mengejiku kak!.

Aku : Yang perit itu pada hatimu. Bukan cacat tubuh badanmu. Yang sakit mendengar cacian itu hanya bunyian di hujung telingamu, bukan luka darah di anggota dan pancainderamu. Rasa sedih itu hanya pada jiwamu, bukan pada udara yang kau hirup setiap pagi. Yang mengejimu itu mereka, bukan malaikat yang mencatit dosa menyampai berita kepada Allah. Maka kembalikan perit, sakit, sedih dan cacian mereka itu kepada Allah, kau akan lebih menghargai nikmati rahmat-Nya yang melimpah ruah.
Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wassalam bersabda:
"Apabila Allah mencintai seorang hamba-Nya, Dia mengujinya.
Jika hamba-Nya sangat mencintai-Nya, maka Allah mencubanya."

Dia : Tapi kak.. kau tidak kena seperti yang aku kena.. Mereka tidak alami seperti yang aku alami. Berkata itu mudah kak!.

Aku : Perlukah ujian aku sama sepertimu dik?. Kenapa kau inginkan satu dunia merasai sepertimu?. Dendamkah kau kepada rencana Allah pada setiap hamba-Nya yang tidak serupa denganmu?. Apa kau mahu ujian-ujian Allah kepadaku untuk dirimu sebagai galang ganti ujian 'perit' yang kau rasai ini?. Tahukah kau apa ujian yang aku hadapi? yang mereka lain hadapi?. Apakah kau bersedia untuk menerima ujian yang sama seperti KAMI-KAMI yang lain ini?.. Tidakkah kau merasakan bahawa kata-kataku ini juga sebagai nikmat Allah? Kerana Allah memberi kamu anugerah RASA PEDULI DAN KASIH AKU KEPADAMU, wahai adikku!!.

Dia: (Diam.. yang membenarkan barangkali!)

Aku: Tiba-tiba aku jadi cemburu padamu dik!.

Dia : Kenapa kak?. Akak nak ujian sepertiku?. Jangan kak. Sakitnya hanya Allah yang tahu!. Aku hanya mampu merintih kepada Allah bila sakit itu datang kak!.

Aku : NAH!. Kau telah memberi jawapan kepada cemburuku padamu. Sakitnya itu hanya Allah yang tahu. Bukankah kau mengakui pemberian Allah yang bernama 'sakit' itu?. Sehingga kau sungguh-sungguh mempercayai bahawa sakit itu hanya Allah yang tahu, bukan aku, bukan manusia-manusia yang mengejimu, tidak juga kamu sendiri!. Bukankah kau beruntung kerana ujian ini telah secara tidak langsung mendekatkanmu dengan Yang Khaliq, sedangkan ramai di luar sana, malah mungkin akak sendiri, yang kau lihat hidup dalam 'kesenangan' dan 'kebahagiaan', terlupa mensyukuri pemberian Allah yang bernama 'senang' dan 'bahagia' itu. Malah, ada juga yang matinya dalam 'kesenangan' dan 'kebahagiaan' dunia ciptaan mereka sendiri tanpa tahu apakah 'senang' dan 'bahagia' juga yang akan Allah anugerakan kepada mereka di akhirat kelak.

Dia : Aku faham kak. Tapi..... Apa aku nak buat sekarang?. Orang yang aku sayang tinggalkan aku. Tidak ada sesiapa yang percayakan aku. Semua menjauhi aku. Semua membenci aku. Menunding jari menyatakan itu semua salahku! Apa yang patut aku buat kak?.

Aku : Kau patut bersyukur.

Dia : Biar benar kak?!. Bersyukur ketika semua orang mengejiku? Ketika semua orang kini lari meninggalkan aku?.

Aku : YA!. Selangkah mereka melangkah meninggalkan kamu, selangkah kamu berjalan menghampiri Allah.. dan seribu langkah Allah berlari mendapatkan kamu!. Kamu pernah dengar hadith qudsi itukan?.

Dia : (diam yang agak lama...). Kak, sungguh Allah menyayangiku kan?. Aku beruntung kan kak?. (tersenyum bertanya, untuk mengunci keyakinan diri barangkali).

Aku : Ya. Sangat-sangat. Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya. Kamu sangat beruntung. Maka, jadilah hamba-Nya yang beriman dik!. Jadilah insan yang beroleh kemenangan apabila kamu mampu hadapi ujian Allah dengan sabar, dengan redha dan dengan syukur.

Firman Allah, bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran), dan kuatkanlah (perteguhkanlah iman) kesabaran kamu, serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beruntung (beroleh kemenangan).” (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 200).

Dia : Astaghfirullahal ’azhiim. Ampuni kekhilafanku Ya Allah. Sungguh benar firman Allah itu kak!. Aku yang buta hati!. Aku akan terus melangkah kak!. Dan setiap langkahku, di setiap suka dan duka, tangis dan tawa, derita dan bahagia, aku kembalikan kepada Allah.. Aku akan terus melangkah, selangkah demi selangkah, dengan nawaitu Lillahi Ta’ala. Semoga Allah tidak berpaling, melangkah meninggalkan aku dan kita semua ya kak!. Laillaha illallah, Muhammadur Rasullullah.

Aku : Alhamdulillah. Kita kembalikan segala pujian kepada Allah dan Nabi junjungan Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang mulia. Lihatlah, hidayah Allah dalam kita berasa payah. Lihatlah, rahmat Allah dalam ujian duka. Ianya terlalu indah. Kan!.

Dia : (mengangguk – dan anggukan itu penuh makna).


Monolog aku : dan aku?... wahai... wahai aku.... di mana tingkat takwa dan imanku?.. Di mana langkah selangkahku melangkah?.



Ya Allah... aku memohon redha-Mu. Redhai kami semua. Ameen.



"Ya Allah. Telah tercatat setiap kisah kami di Luh Mahfuz-Mu. Kisah aku, juga kisah mereka itu. Di setiap kesukaran pasti ada kesenangan. Dan ujian-Mu sedaya dengan kemampuan hamba-Mu. Aku akur malah meyakini itu Ya Rabb. Maka perteguhkanlah iman dan takwa si hawa itu Ya Matin, ketika menempuh tarikh keramat dalam hidupnya esok. Kau sentiasa dekat, Ya Wadud, dekatkanlah juga jiwa kami kepada-Mu. Ya Haadi, petunjuk dan hidayah-Mu yang kami dambakan. Redhai kami semua. Ameen".

Aku tidak mengenali dirinya.. begitu juga dia.. aku cuma tahu bahawa "esok" merupakan tarikh yang paling tidak pernah diminta walau sekelumit hama hadir dalam hidupnya.. tarikh keramat itu pasti perit baginya!!. (YA!. Bagi sesiapa jua yg berhadapan situasi seperti dirinya..).. Namun, perancangan Allah itu Maha Sempurna, pasti ada ganjaran kebaikan setelah kesulitan ini dilaluinya.. Semoga beliau kuat.. dan semoga sahaja Allah permudahkan kehidupannya dunia dan akhirat.. ameen.


.

Monday

Di Persimpangan Dilema..


Firman Allah, bermaksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk". (Al-Quran Surah An-Nahl 16: Ayat 125)


Aku di persimpangan dilema…!!

Ya. Sangat-sangat!.

Telah Allah seru untuk nasihat-menasihati, tetapi aku tak mampu melaksanakannya!.

Aku sering tertewas...
Di hujung 'rencana'... AKU TAK TAHU NAK BUAT APA!..

Dalam menegakkan saranan: AMAL MA’ARUF NAHI MUNGKAR..

Firman Allah, bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya". (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 104).

Aku tahu, ia menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:
"Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

TAPI… Aku sering terkeliru, dan buntu, untuk bergerak dalam mengajak kepada kebaikan dan dalam menghindar dan menidakkan kemungkaran!.

Contoh mudah: Mengingati tentang kewajipan menutup aurat!!!.

#sering kali aku dengar dan baca alasan ‘klise’ tentang tutup aurat..
*Alah, apa guna tutup aurat tapi solat tak buat… apa guna tutup aurat kalau mulut masih kuat mengumpat… apa guna tutup aurat tapi dok berkepit jugak dengan jantan..
*Lebih baik takyah tutup aurat... Walaupun tak tutup aurat, tapi hati baik... walaupun tak tutup aurat, tapi solat tak tinggal, walaupun tak tutup aurat, tapi sedekah jariah banyak.. PERANGAI BAIK, WALAUPUN TAK TUTUP AURAT!!)

Astaghfirullah hal ’azhiim..

(tau tak yang kedua-dua situasi di atas.. DUA-DUA TETAP TAK ADA BAIKNYA... TETAP ADA BALASAN DI NERAKA JUGAK WALAU TINGKAT MANA PUN DILETAKKAN NANTI! DUA-DUA PON KENA.. baik yang menutup aurat tu tapi perihal lain tak jaga, juga yang jaga perihal lain tapi aurat tak jaga!!.. DUA-DUA KENA HUMBAN OIIII..)

Terus-terang.. aku akui bahawa aku juga masih banyak kekurangan dan kelemahan yang masih perlu diperbaiki.. sangat banyaaaak (hatta isu berstokin juga telah ditegur oleh adik aku, amir.. terima kasih dik, kerana mengingatkan kakakmu ini.. dan terima kasih kakak, kerana menjadi contoh terbaik untukku… sayang kalian semua.. muahs..).

Untuk isu menutup aurat tersebut (dan banyak lagi isu lainnya!), aku tidak berani secara langsung untuk menegur walaupun aku tahu itu kewajipan aku selaku saudara sesama Islam.. selaku umat Muhammad dan juga selaku hamba Allah.

KERANA APA?..

KERANA AKU DI PERSIMPANGAN DILEMA!!.

Dilema persimpangan pertama aku pada perkara-perkara ini:
1- dikatakan nak tunjuk bagus, mentang2 aku bertudung @ menutup aurat.. sedangkan banyak juga 'dosa' lain yang aku lakukan walaupun aku bertudung dan menutup aurat (i.e mengumpat, mengata, marah, sakit hati, lengahkan solat, tidak berjemaah.. terima kasih juga kerana ingatkan aku tentang perkara-perkara 'terbiasa' yang aku lakukan ini... sungguh.. terima kasih.. aku akan sedayanya mengawalnya dan memperbaiki diri dan amalan...)
2- tidak diterima oleh org yang aku tegur itu atau kumpulan mereka di sekeliling orang yang aku tegur, malah teguran itu mungkin boleh mengganggu kemaslahatan sesama saudara sekiranya aku bersuara.
3- aku dibenci terus.. dan permusuhan pula yang tercetus.. (bukan dibenci itu yang menjadi soal.. aku tidak luak jika ada orang benci aku, tetapi aku tidak mahu menimbulkan persengketaan disebabkan oleh teguran AKU).

PREJUDISKAN AKU?!.

Firman Allah, bermaksud:
"Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan." (Al-Quran Surah Yunus 10 : Ayat 36)


Benar!. Mungkin aku banyak berprasangka... sangkaan-sangkaan itulah yang membuatkan pergerakan ’jihadku’ terbatas... Ini menimbulkan kebimbangan aku dan meletakkan aku dipersimpangan kedua!.

Dilema persimpangan kedua aku pada perkara-perkara ini:
1- sabda Rasulullah itu menampakkan kelemahan aku yg jelas nyata. Aku tidak berani ’berjihad’ dengan tangan, hanya sekadar menegur dengan hati!.
2- Aku lebih TAKUTKAN / menjaga hati manusia daripada menjaga agamaku.. daripada takutkan AZAB ALLAH kerana membiarkan ’dosa’ terang di depan mata tanpa ada usaha untuk mengubahnya (hanya doa dalam hati.. selemah-lemah iman diri!!).
3- Aku kelak bakal disoal malaikat dihadapan Allah kerana kegagalanku melaksanakan perintah Allah untuk 'AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR'!. Aku mohon kejayaan dunia dan akhirat untuk diriku tetapi perintah Allah yang satu ini pun aku tidak mampu melaksanakannya, bagaimana aku ingin memohon kepada Allah untuk menjadi orang yang beruntung?.

HIPOKRITKAH AKU??

Persoalan ini bermain di benak aku berulang dan berulang dan berulang!!..
(ada seseorang bertanyakan perihal yang sama... seperti yang hati aku tanyakan kepada diriku... dan untukmu, AKU SENDIRI TIDAK PUNYA JAWAPAN TENTANG ITU!!!.. dan ketahuilah.. aku juga BUNTU dan DI PERSIMPANGAN DILEMA!!.).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:
‘"Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan".


YA.. sabda Baginda ini juga membuatkan aku bimbang…

Bimbang apabila aku MULA BERSUARA:-
~ nada awalnya PESANAN
~ nada keduanya NASIHAT DAN PERINGATAN
~ nada ketiganya TERASA SEMPURNA
~ nada seterusnya muncul BERLAGAK, RIAK, TAKBUR, UJUB..
(syaitan muncul dicelah niat luhur dan menjadikannya terpesong..)
~ dan nada akhir membangkitkan BENCI DAN MARAH!.

NAUZUBILLAHI MINDZAALIK..

Itu yang aku ingin jauhi... PERSENGKATAAN YANG TIDAK PERLU DIMULAKAN.. yang pastinya akan membawa kepada kepincangan kemaslahatan yang terjalin... membawa kepada rasa kecil hati, marah dan dendam kepada mana-mana pihak apabila aku bersuara!.

Maka, perlukah aku praktikkan ~ DIAM LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP?!.


Sungguh, imanku masih lemah!.

Justeru, aku hanya mampu berdoa, untukku, untukmu dan kamu dan kamu dan kamu dan kita semua... semoga sahaja hidayah Allah itu datang kepadaku, kepada kamu dan kamu dan kita semua untuk terus beramal dengan yang ma’aruf serta bersama menegah kemungkaran yang semakin hari semakin rancak direncanakan syaitan ke atas diri kita..

Wallahu’alam bi sawwab.

Firman Allah, bermaksud:
Katakan, "Adakah di antara makhluk-makhluk, yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah, "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran;" (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?” (Al-Quran Surah Yunus 10 : Ayat 35)


Ya Allah... aku pulangkan segala rasa dan resah ini kembali kepada-Mu.

Ya Rabb... Tunjuki aku jalan yang Kau redhai..
Jika pekerjaan yang hamba-Mu ini ingin lakukan itu baik untuk kemaslahatan diri, kepada mereka, kepada sekeliling kami, perjuangan jihad ke agama-Mu dan dalam perjalanan mendapatkan redha-Mu, permudahkanlah.

Jika dalam hitungan-Mu, perkara-perkara itu bakal menimbulkan persengketaan serta lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada diriku, kepada mereka, persekitaran kami serta iman dan agama kami, juga kepada pengibadatan kami kepada-Mu, maka jauhilah ia daripada kami melaksanakannya...

Aku mohon redha-Mu Allah... redhai kami, hamba-hamba-Mu. Ameen.







.

Friday

Solat Jumaat di Kompleks Membeli-Belah!.


Ada cadangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar memberi kelonggaran untuk solat Jumaat dilakukan di Pusat Membeli-belah.

Hmm…. AKU SETUJU!.. Sangat-sangat setuju perkara ini dikuatkuasakan SERTA-MERTA!... hihihi..

Bagi yang bekerja samada di sektor awam atau swasta (kecuali beberapa syarikat yang menggunapakai peraturan sendiri), hari Jumaat merupakan hari yang waktu REHATnya panjaaang.. dan hari Jumaat merupakan "SHOPPING DAY" (even Window shopping) kepada kebanyakan kaum wanita yang berkerjaya..

12.15pm sehingga 2.30pm... tidakkah banyak perkara yang boleh dilakukan di kala kaum Adam berpusu menunaikan solat Jumaat?.. Ya.. ianya masa yang amaaat panjang..

Tetapi.. yang sedihnya.. bila kaum-kaum wanita ini berkeliaran bahagia meluangkan masa rehatnya yang panjang di shopping-shopping kompleks, ada pulak kelibat kaum-kaum Adam Islam yang mukallaf yang dengan senang dan bahagia juga berlonggok sama dalam pusuan kaum Hawa tanpa menghiraukan detik waktu azan dan 2 khutbah yang sedang berkumandang.

Wahai Kaum Adam yang mukallaf, bukankah Allah telah berfirman di kalam-Nya yang mulia:

Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Al-Quran Surah Al-Jumu’ah 62 : Ayat 9-10).


Lagi sedih apabila 2 rakaat berlalu, sedangkan mereka (kaum-kaum Adam Islam yang mukallaf ini), tanpa segan silu turut menghabiskan masa SOLAT JUMAATNYA di tempat yang gerombolan wanita ini bersantai.

Apabila ada cadangan sebegini, aku sangat setuju.

Adakan solat Jumaat di kompleks membeli belah dengan membentangkan sejadah di tengah-tengah medan (yang seringkali menjadi tempat hiburan/ persembahan/ promosi barangan) – dan Bilal melaungkan azan serta membuat announcement, memanggil kaum Adam untuk menunaikan solat. (bila tengok jemaah lelaki solat bersama di tengah pusat membeli-belah, pasti orang yang bukan beragama Islam juga tourist kagum dengan cara hidup kita di Malaysia, dan semoga cara ini mampu memberi hidayah kepada mereka untuk menyembah Allah melalui agama yang sebenar, yakni Agama Islam).

Biar nanti bila dah azan berkumandang di pusat membeli belah, Imam dah masuk saff dan jemaah dah berkumpul, lelaki-lelaki Adam yang sengaja tak mau join solat jumaat ni, akan tersipu-sipu malu dan masuk jugak dalam jemaah Jumaat (Alhamdulillah).

Lagi berkesan jika ditugaskan penguatkuasa wanita (adakan dalam bentuk kumpulan y ang banyak – katakan 3 orang dalam 1 kumpulan), bergerak mencari kaum-kaum Adam yang mukallaf ini dan menyuruh mereka turun masuk ke jemaah!.

Siapa yang engkar, KENAKAN SAMAN "TUNAI" THERE AND THEN!!..

(Aku pernah tengok penguatkuasa tangkap bebudak sekolah yang pergi ke shopping kompleks dengan baju sekolah - maka buat jugak pada 'BAPAK' budak yang enggan solat Jumaat..).

Kalau bilik hotel, taman-taman bunga, lorong-lorong gelap, pihak penguatkuasa Islam rajin pergi terjah tengah-tengah malam buta untuk TANGKAP KHALWAT atau untuk mencegah pasangan2 bukan mahram daripada 'menghampiri/ melakukan ZINA' – sudah tiba masanya untuk sayap "AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR" itu diperluaskan lagi dengan adakan TANGKAPAN DAN DENDA kepada kaum ADAM ISLAM MUKALLAF yang tidak menunaikan solat Jumaat!.

Berzina / menghampiri zina ~ berdosa, tetapi, dosanya dikira satu pada sekali perlakuan!.

Meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja itu (bukan atas sebab yang dibenarkan), apakah HUKUMNYA?..
Rasullullah Bersabda:
Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud).

Jadi, tidakkah berat bebanan bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat ini tanpa sebab yang dibenarkan? (dan, adalah wajib bagi kita mengingatkan mereka-mereka itu tentang kerugian yang bakal mereka hadapi jika masih bersambil lewa dengan solat Jumaat!!..)

Jika Allah tidak lagi memberi petunjuk, bagaimanakah laluan kehidupan mereka kelak?????.

MAKA ITU ~
Adalah amat bertepatan dan bersesuaian sekali jika ada PERATURAN mengenainya yang dibuat oleh pihak yang diberi mandat kuasa untuk menguatkuasakan Undang-Undang Islam!!. (Wallahu ’alam bisawab).

Jadi, aku mohon, sila adakan peruntukan undang-undang Islam seperti yang sedemikian.

~~~~~~
Bukankah Hari Jumaat itu penghulu segala hari...
Dan kalian, wahai Kaum Adam yang mukallaf, ada keistimewaan itu berbanding kami kaum Hawa ini..

Ingatlah antara keistimewaan Jumaat seperti yang disabdakan Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya hari Jumaat merupakan ibu segala hari dan hari yang paling besar di sisi ALLAH SWT. Ia lebih besar di sisi ALLAH daripada Aidiladha dan Aidilfitri. Ia terdapat lima ciri: Hari ALLAH Menciptakan Adam, hari ALLAH menurunkan Adam di muka bumi, hari ALLAH mewafatkan Adam, hari terjadinya kiamat dan hari di mana terdapat satu waktu sepanjang hari itu jika seorang hamba berdoa, pasti ALLAH akan mengabulkan selagi dia tidak meminta perkara yang haram. Tidak terdapat malaikat yang dekat dengan ALLAH, langit, bumi, angin, gunung, lautan melainkan kesemua itu berasa cemas terhadap hari Jumaat." (Hadis hasan riwayat Ibn Majah).


Jika hari ini adalah hari Jumaat yang dimaksudkan, bersediakah kita?.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu KIAMAT akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).


Bersama kita BERAMAL DENGAN YANG MAARUF, DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN!.

(... dan aku, hanya mampu BERSUARA di blog kecil ini...).



Ya Allah.. aku mohon redha-Mu Allah.. redhai kami semua, hamba-hamba-Mu. Ameen.


.

Wednesday

Gagal Bersepakat!!!.


Dalam keluarga aku,
1) Orang yang paling 'sensitif' adalah ayah.. (berbanding mak).
2) Orang yang paling 'transparent' adalah ayah.. (berbanding mak).
3) Orang yang paling 'jujur' adalah ayah.. (berbanding mak).
4) Orang yang paling 'bertimbang-rasa' adalah ayah.. (berbanding mak).
5) Orang yang paling 'bertolak-ansur' adalah ayah.. (berbanding mak).
6) Orang yang paling 'sabar' adalah ayah... (berbanding mak).

Ampuun maak... ampun ayaaah hihihihi...

Buktinya?

1) SENSITIF – Contohnya:- Kalau tengok TV, cerita sedih:
Ayah - akan meleleh airmata jantannya (nak plak cerita P.Ramlee atau cerita Hindustan yg dh 100 kali tengok..)
Mak – relax je.. sambil beralih ke dapur buat kerja lain, atau tak join tengok langsung.

2) TANSPARENT – Contohnya:- Kalau risau barang hilang / tersalah letak:
Ayah – akan nampak sangat menggelabah dan akan bising satu rumah.
Mak – perlahan-lahan cari sambil baca Bismillah Enam (kekadang tak tahu pun yg mak hilang barang/ salah letak barang).

3) JUJUR – Contohnya:- Kalau tengah marah:
Ayah – satu rumah boleh dengar ‘MUSIC FROM THE HEART’ – ayah punya bebel, sama panjang dengan rel keretapi Senandung Malam Langkawi – kekadang, dah senyap, lepas tu buleh pulak sambung balik... sampai dia PUAS HATI!. memang orang tahu la yang ayah tengah marah!.
Mak – membisu seribu bahasa dengan tema 'DIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP'... dan mengaplikasikan kaedah “PUJUK HATI SENDIRI”. Adakalanya, ayah sendiri pun tak tahu yang mak tengah merajuk / marah (biasanya dekat ayah la.. hehehe).

4) BERTIMBANG RASA – Contohnya:- Kalau anak-anak buat salah:
Ayah – Kekadang dia biarkan dulu.. kemudian nanti baru panggil dan tegur..
Mak – IMMEDIATELY dapat jegil, 'seliap', cubit, jentik – tanpa belas.. THERE AND THEN!!..

5) BERTOLAK-ANSUR – Contohnya:- Kalau anak-anak nak beli barang yg bukan keperluan.
Ayah – akan cakap ~ "pi tanya mak / pi mintak kat mak?"
Mak – akan cakap ~ "JANGAN NAK MENGADA! TAK PAYAH!". Tanpa ehsan!..

6) SABAR – Contohnya:- Kalau anak-anak bergaduh dalam rumah.
Ayah – Boleh je relax-relax sambung tengok tv, atau baca paper, tanpa gangguan.. seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku..
Mak – …… DAN DAN TU LA MASING-MASING DAPAT HABUAN!..

arghkahkahkah..

Hahahahaaa... ampun mak.. ampun ayah.. (gurauan di kala rindu…)

(tu la, sapa suruh mak ngan ayah lama sangat tak mai KL nih.. tiny dah rindu kat mak ngan ayah nih!!.. tiny buatla entri nih.. kekalau sesapa baca, tolong pi menyampai skit kat maknjang / paknjang @ maklong/paklong tu.. kata kt depa, kaktiny mengata depa dalam blog kaktiny.. hahahaha.. sure maknjang/maklong call kaktiny sat gi nih.. kuikuikui).

Lihat jurang perbezaan mak dan ayahku itu!..
Sangaaatla jaaauuuhhnnyaa kan!.. hehehe...

Adakalanya mereka GAGAL BERSEPAKAT dalam sesuatu urusan!.

Gagalkah mereka kerana tidak mencapai KESEPAKATAN dalam sikap, tingkah, caralaku dan pandangan masing-masing?

TIDAK!..

Kegagalan mencapai 'kesepakatan' itulah yang menjadikan mereka semakin KUAT, semakin UTUH, semakin MANTAP dan SALING-MELENGKAPI!.. (dan... aku ada modal untuk menyakat!!.. kehkehkeh).


Indah bukan?..


Terima kasih Allah, kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku memiliki kedua-dua ibu-bapaku di usiaku yang menginjak seusia mereka ketika mendidik dan membesarkan kami, amanah-amanah-Mu..


"Ya Allah.. aku mohon Kau ampunilah segala dosa kedua ibu-bapaku.. samada dosa silam, kini atau yang akan datang... samada yang mereka sengajakan atau tidak sengaja.. samada mereka sedar atau tidak sedar, samada dosa yang mereka terniat atau tidak terniat melakukannya.. juga dosa yang mereka lakukan kerana kekhilafan atau kejahilan mereka.. ampunilah mereka Ya Allah.. Jangan Kau angkat walau sebesar zarah keburukan yang mereka lakukan apabila mengadap-Mu kelak.. dan tolong Ya Allah, jangan Kau tinggalkan walau sebesar zarah kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini kembali kepda-Mu Allah.. andai tidak cukup timbangan amalan kebaikan mereka, angkatlah doa-doaku untuk mereka Ya Allah.. penuhkan kitab amal kebaikan mereka.. hisab mereka dengan perhitungan yang ringan.. masukkan mereka ke SYURGA FIRDAUS-MU YA ALLAH.. aku mohon... redhailah mereka sebagai hamba-Mu.. redhai kami semua, umat Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wassalam... Ya Dzal Jala Lil Wal Ikram.. Makbulkan doa kami.. Ameen".



Oh Ayah.. Oh Ibu..

Andai sahaja kalian tahu..
Betapa anak ini terlalu menyayangi dan mengasihimu..

Dari anugerah Allah, kami diberi kalian
Dari ehsan-Nya, kami kenali kehidupan
Dari lensa matamu, kami hayati keindahan
Dari bicara bibirmu, kami teladani perkataan
Dari liuk badanmu, kami ikuti perbuatan
Dari tanganmu, kami membesar mengikut acuan..

Untungnya aku.. dan kamu wahai kamu dan kamu
Memiliki insan yang bergelar ayah dan Ibu

Untung juga aku.. dan kamu wahai kamu dan kamu
Kerana diizin-Nya bergelar ayah dan Ibu..

Hargai nikmat dan anugerah Allah ini..
Kerana,
Kepertanggungjawaban inilah yang akan dipersoalkan nanti..

Semoga hidup kita diberkati
Duniawi dan Ukhrawi..
Ya Rabbi.. redhai kami..

Ameen.


Firman Allah, maksudnya:
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Al-Quran Surah Al-Imran 3 : Ayat 8).



Ya Allah.. kami mohon redha-Mu Allah.. Redhai kami semua, hamba-hambaMu.
.

Sunday

Tamaknya aku!..

Menonton CD ceramah agama ni masa breakfast dengan cik abang.. Ustaz ni menceritakan tentang sifat-sifat Rasululullah..

Salah satunya adalah, kisah bagaimana Rasulullah berhadapan dengan seorang Arab Badwi yang kencing di dalam masjid (mesti ramai yang dah tahu cerita ni).

"Seorang Arab badwi telah datang lalu dia kencing di satu penjuru masjid. Orang ramai menyergahnya lalu Rasulullah melarang mereka berbuat demikian. Rasulullah menyatakan bahawa perbuatan orang badwi itu bukannya sengaja tetapi disebabkan kejahilannya tentang hukum syara’. Apabila dia selesai kencing, baginda menyuruh supaya dituangkan satu baldi air di atas tempat itu. Baginda menasihati orang badwi itu dengan lembut. Baginda kemudiannya bersolat di situ".

Ok.. setakat kisah ini, aku pernah dengar.

Tetapi, ada lagi sambungannya... (dan, aku akui, sambungannya ini aku tidak pernah dengar).

Sambung Ustaz itu lagi.

Semasa Rasulullah mengimamkan solat jemaah itu, arab badwi tersebut turut mengikuti jemaah Baginda tetapi dia duduk di saf belakang (kerana malu, mungkin). Selesai solat, arab badwi tersebut membaca doa memohon rahmat Allah kepada Rasulullah kerana telah melayannya dengan baik dan juga memohon keampunan Allah untuk dirinya.. Doanya "Ya Allah, sejahterakanlah Muhammad Rasulullah dan diriku".

Kemudiannya, Rasulullah panggil arab badwi tersebut sambil bertanya "Kenapa kamu mendoakan aku dan dirimu sahaja?. Mengapa tidak kamu doakan juga untuk saudara muslim yang lain?"

(Wallahu'alam bisawwab).

Sabda Baginda Rasulullah:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Menyelak semula lembaran-lembaran entri, setiap penghujung entri aku menyelitkan ungkapan yang berupa doaku.. harapanku.. keinginanku... permohonanku kepada Allah..

"AKU MOHON REDHA-MU ALLAH. REDHAI AKU!"..

Aduuhhaaai... SUNGGUHLAH!!..

Sungguhlah aku ini seorang yang MEMENTINGKAN DIRI!.. SELFISH!.. TAMAK!.. KEDEKUT!.. HALOBA!!..

Maafkan aku saudara-saudaraku.. MAAFKAN AKU!..

Aku memohon redha Allah.. HANYA UNTUK DIRIKU!..

Kata hukama: "Sifat Mukmin itu ialah membaiki dirinya sendiri dan menegur dengan hemah kesalahan seseorang, bukan menghinanya. Kalau tidak mampu, maka, doakan!."

MALU!.. Sungguh aku malu.. Allah memberikan ehsan-Nya kepada jari-jemari ini untuk menaip keyboard.. Allah memberikan nikmat kemudahan teknologi untuk aku memuatnaik entri.. Allah memberi rahmat kesenangan berdakwah di blog.. malah, aku (dengan perasannya) baru mengakui (di entri lepas) bahawa Allah menganugerah BAKAT dalam bentuk kemahiran menulis kepadaku........

TETAPI.. SUNGGUH MEMALUKAN kerana aku menggunakan ehsan, nikmat, rahmat dan anugerah yang Allah berikan kepadaku HANYA untuk DIRIKU SENDIRI!..

Firman Allah, maksudnya:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri."(Al-Quran Surah An-Nisa' 4 : Ayat 36)

Apalah salahnya jika aku doakan untuk KITA SEMUA?!.. Buruk sungguh gaya doaku! Astaghfirullahal'azhiim... Allahu Akhbar.. Ampunkan kekhilafanku Allah... Maafkan aku saudaraku sekalian.

Firman Allah, maksudnya:
"Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Quran Surah Al-Muntahana 60 : Ayat 7)


Aku mohon redha-Mu Allah. Redhai aku.

"Ya Allah…
Berikan hidayah-Mu kepada hati kami, serta kepada hati-hati yang masih keras, sesat dan buta. Tetapkan iman kami di jalan Islam yang benar. Aku mohon redha-Mu Allah. Redhai kami semua, hamba-hambaMu." Ameen.






.

Friday

Ada Bakat ke??...


Ya.. aku suka membaca.. sejak dibangku sekolah, membaca adalah hobi utama aku sehinggakan timbul rasa marah pada Emak kerana hobi aku yang satu itu!.

Sebab, aku, kalau dah start pegang buku, jangan harap aku akan buat kerja lain (waima makan atau ke tandas pun aku sanggup tahan.. kawan panggil ajak jumpa pun aku sanggup abaikan) selagi pembacaanku belum tiba di nokhtah mukasurat terakhir!. (kuikuikui).. Banyak koleksi novel penulis-penulis tersohor ada dalam simpanan aku. (penuh almari dengan novel.. siap buat mini library lagik.)

TAPI!!.... Kalau bab buku sekolah – Buku sekolah yang aku minat hanyalah yang bertumpu kepada subjek Bahasa Melayu (masa sekolah rendah dan menengah rendah). Sebab tu aku semedangnya skor A untuk subjek ni. Dan memang takkan sapa dapat ambil tempat aku untuk dapat no. 1 bagi subjek ini.. Alhamdulillah.. (ku pulangkan kembali pujian kepada Allah)..

Kalau bab buat karangan, deklamasi puisi, atau apa sahaja berkaitan bahasa kebangsaan ni, akulah orang yang akan tampil volunteer diri.. (sajak teks darjah 5, "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang, aku hafal sehingga kini..).

Sebab tu aku memilih untuk masuk Tingkatan 4 Sastera walaupun banyak yang menghalang. Juga meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 Sastera meski ramai yang membantah. (Aturan Allah itukan sempurna.. siapa kita untuk menidakkannya.. kan?!... hihihi). Best dapat kaji buku-buku Sastera.. plot, watak, klimaks....

Bukan sekadar membaca, aku juga suka menulis.
Menukilkan sajak, cerpen, lirik lagu, puisi malah novel menjadi obsesiku. Aku pernah menulis sajak, cerpen dan novel, di lembaran-lembaran buku.. (oleh kerana aku tidak terdedah dengan dunia penulisan dan tiada siapa mendorong untuk melangkah jauh dalam penulisan, maka minatku setakat di buku sekolah dan di buku catatan harian)..

Tetapi, masa pindah rumah, ayah buang satu kotak koleksi-koleksi buku-buku cerita, novel, dan segala berkajang-kajang karya ilham aku.. aduuuhhh!!... (ayah tersalah kotak sebenarnya, dia ingat kotak suratkhabar dan majalah-majalah lama.. waaa waaa waaaa...) huhuhu...

Dulu, aku rasa, tiada apa yang istimewa dengan menulis ini (sebab dalam umah aku tak de sapa pun yang minat bab-bab ’sasteramadahberbahasa’ segala bagai ni..), jadinya, aku tidak pernah merasakan ianya satu keistimewaan.

Tetapi, sekarang ini, dengan adanya kemudahan 'blog', aku mula 'menulis kembali'.. (sekadar untuk tatapan dan luahan rasa syok sendiri.. kehkehkeh..).

NAMUN... Ada pada suatu hari tu, masa aku tengah 'ralit' taip puisi, cik abang menatap skrin komputer sambil menyuarakan kepada aku..

Abang: Abang kagum betul tengok orang yang boleh buat sajak macam Leen. Tak sampai 5 minit dah siap sajak yang panjang. Ayat pun sedap pulak tu. Boleh hantar masuk majalah ni.

Aku: Allah. Tak ada apa yang sedap pun abang oii... Kalau bagi kat Sasterawan Negara, hujung jari diaorang je. Kalau hantar sajak-sajak Leen, cerpen segala karya ni ke Publisher, tak tentu diaorang pilih nak publish... ntah hape-hape je... hehehehe. Sebab tu Leen tak nak hantar.. hahaha..

Abang: Tapi, serius abang kagum tengok Leen taip laju je mengarang sajak tu. Berapa hari Leen ambil untuk buat sajak tu?.

Aku: Sajak ni?. Berapa hari?. Mana makan hari.. Baru tadi Leen duduk, tulis, hah, ni, dah siap!.

Abang: Heh!. Biar benar?. Takde draft dulu?.

Aku: (gelak) Abang ni, mana ada orang tulis sajak main draft-draft (entah.. aku tak tahu pulak kalau ada.. sebab aku memang tak penah buat draft utk sajak).

Abang: Kalau cerpen ni? (tanyanya sambil menunjuk kepada Labels "Cerpen").

Aku: Kalau Leen takde kerja, atau bosan, atau terlebih rajin, sehari dah boleh siap. Tengok mood la.. Mengarang mungkin sehari dua, tapi bab nak mengedit tu yang ambil masa, kejap lagi tukar ayat, tukar perenggan, tambah dialog.. ikut mood la.

Abang: Kalau Cereka Kanak-Kanak ni? (merujuk kepada yagn berLabels 'Cereka Kanak-kanak').

Aku: (gelak lagi).. La haaai abang ni. Yang leen dok cerita kat bebudak tu tiap-tiap malam tu, Leen taip balik je la. Apa susahnya.

Abang: Owh. Yang Leen cerita kat diaorang sebelum tidur tu, Leen reka sendiri ke ceritanya?. Bukan dari buku?.

Aku: Pernah ke abang baca buku cerita 'Anak Merbah yang Degil'?. Kalau buku Snow White ke, Buaya dengan Kancil ke, kot le ada dalam buku cerita!.. (aku ketawa lagi..)

Abang: Betul gak. Tapi, abang memang kagum la Leen boleh tulis macam ni. Leen memang berbakat menulis. Kalau membaca, boleh habis satu buku sehari. Abang ni, kalau bagi buku cerita, setahun tak tentu nak habis. Masa tingkatan 6 dulu, buku Kesusasteraan Melayu tu, sampai sekarang abang tak tahu langsung apa isinya.

Aku: (mengekek mendengar cerita yang sama pasal buku Kesusasteraan Melayu tu). Tak ada apa yang istimewanya pun abang oii... Bukan bagus pun, setakat syok sendiri je. Orang lain punya penulisan tu, lagi hebat. Leen tulis ni biasa je. Bakat apanya camni?!.

Abang: Betuuuulll.. Memang Leen berbakat. Ni, kalau Leen bagi kat abang, tak tentu abang boleh buat tau. Abang ingat lagi masa sekolah dulu, cikgu suruh buat sajak. Jangan kata nak habiskan rangkap pertama, nak habiskan baris pertama pun abang tak reti. Masa tu cikgu suruh buat sajak untuk guru. Abang cuma tulis "Guru".. Lepas tu tak tau nak tulis apa dah.. (berderai gelak tawa kami...)

Aku: Iya ke bang?. Susah ye menulis nih?.

Abang: Sama jugakla macam yang Leen selalu cakap kat abang, Leen kagum orang yang pandai melukis, pandai buat melodi lagu, pandai matematik, pandai buat akaun kira-kira. Sebab Leen tak ada bakat itu makanya Leen kagum pada diaorang. Dan sebab Leen ada bakat menulis yang abang tak ada, maka abang kagum pada Leen.

Aku: oooo... gitu... menulis ni satu BAKAT eh abang ye?.. Leen ingat menulis ni semua orang boleh buat. Tengok paper, blog, majalah, laman web semua tu, semuanya tulisan orang –orang yang terror-terror menulis. Tu yang Leen rasa, apa sangat la yang Leen tulis nih..

Abang: Bagi kumpulan motor, beza motor kapcai atau Ducatti memang la ada, tapi, masih di anggap biasa, sebab kumpulan yang sama. Cuba letak kancil sebijik, memang rasa hebat, sebab Kancil tayar 4. Tapi, dalam kumpulan kereta, Kancil biasa je, Bently lagi hebat. Tapi kalau letak Kapal Cruise, Bently apalah sangat..

Aku: Hey.. boleh tahan laaa.. dah boleh buat puisi dah tu.

Abang: Lah!.. Itu pon boleh terfikir nak buat puisi.. Leen... Leen.. memang berbakat!.

Aku: Ada BAKAT ke?????? (mengajuk gaya Nureen menyebutnya macam dalam segmen Ada Bakat Ke, Macam-Macam Aznil.....kuikuikui)...

Perlahan merenung skrin komputer.. dalam mendalam..

Firman Allah:
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi". (Al-Quran Suarh Al-Baqarah, 2 : 284)

Bakat, kurnia dan anugerah, segalanya milik Allah.. diberi kepada siapa yang dikehendaki, ditarik juga pada siapa yang dikehendaki-Nya. Bila-bila masa. Dan sesungguhnya kita semua dalam ketentuan-Nya.

Firman Allah:
"...Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan); Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (Al-Quran Surah As-Syams 91 : Ayat 7-10)

Semoga dengan 'BAKAT' anugerah-Nya yang sedikit ini, aku mampu menggunakannya ke jalan kebaikan dan kebajikan.

"Ya Allah, jauhkan sifat riak, takbur, bongkak, ujub dalam penulisanku. Semoga anugerah-Mu kepada aku yang kerdil ini mampu memberi manfaat kepada yang membaca, setidak-tidaknya sebagai peringatan dan renungan kepada diriku sendiri, serta kepada anak-anakku.. Semoga juga 'mata pena' ini mampu menjadi wadah jihadku untuk agamaku serta untuk-Mu Allah.. Ameen."


Aku mohon redha-Mu Allah. Redhai aku.





.



YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.