Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Saturday

Hanya seusia Aira!!.

Aira berusia 6 tahun. Aira tinggal bersama Ibunya, seorang Ibu tunggal. Ibu Aira menyara hidup mereka dengan menjual hasil gubahan bunga-bunga yang dikarang untuk perhiasan pejabat.

Satu hari, Ibu Aira mendapat jemputan menjual gubahan bunga di tapak ekspo pertanian. Ibunya mengubah pelbagai bentuk bunga dengan cantik dan bersedia untuk dipamerkan dan dijual di tapak ekspo.

Ibu Aira mengajak Aira mengikutinya untuk menjual gubahan-gubahan bunga tersebut. Aira sangat gembira.

Sampainya Aira di tapak ekspo pertanian, dilihat begitu banyak gerai-gerai yang mempamerkan dan menjual pelbagai barangan. Daripada makanan, haiwan ternakan, buah-buahan, sayur-sayuran malah gubahan bunga seperti yang Ibunya buat juga ada.

Gerai Ibu Aira di tengah-tengah gerai yang turut menjual gubahan bunga. Cantik-cantik gubahan yang mereka gubah, secantik gubahan yang digubah Ibunya.

Orang ramai mula menapak masuk ke tapak ekspo. Aira memerhatikan gelagat sekelilingnya. Ada pelanggan yang lalu lalang, ada yang singgah bertanya harga, ada yang seperti berminat untuk beli malah ada juga yang membeli produk-produk yang dijual di tapak ekspo tersebut.

Tiba-tiba, Aira mendengar bunyi bising dari arah pintu dewan besar ekspo, dilihat ramai orang berpakaian cantik dan berbaju kot. Menurut Ibunya, itu Menteri. Menteri adalah orang besar. Menteri mesti banyak duit. Menteri mesti beli barang yang banyak. Itu yang Aira faham apabila Ibunya menyebut Menteri itu ’Orang Besar’. Aira sangat berharap agar Menteri itu singgah di gerai Ibunya dan membeli gubahan Ibunya.

Aira memerhatikan langkah Menteri dan rombongannya. Aira melihat Menteri itu membeli sesuatu di gerai buah-buahan yang betul-betul berhadapan dengan gerai Ibunya. Kemudian Menteri itu membeli pula sayur-sayuran di gerai hujung gerai buah-buahan tadi.

Apabila Menteri itu singgah di gerai Ibunya, hati Aira girang kerana disangkanya pasti Menteri itu akan membeli gubahan Ibunya. Pasti Ibunya akan memperolehi keuntungan yang banyak jika Menteri itu membelinya. Menteri dan pengikut-pengikutnya membelek-belek hasil gubahan Ibu Aira dan seterusnya berlalu ke gerai sebelahnya pula. Di gerai sebelahnya, Menteri itu membeli 2 pasu gubahan bunga. Aira berasa amat kecewa kerana Menteri itu tidak membeli gubahan Ibunya. Aira benci melihat makcik di sebelah gerai Ibunya, kerana adanya makcik itu, maka Menteri itu tidak membeli gubahan Ibunya. Begitu getus hati Aira. Aira menjadi sugul dan murung sepanjang hari.

Kekecewaan Aira berlarutan sehingga ke malam hari. Aira tidak mahu menjamah makanan. Aira tidak mahu menonton rancangan kartun kegemarannya, malah Aira juga tidak mahu mendengar jumlah jualan yang Ibunya perolehi untuk hari tersebut.

Rajuknya sangat panjang. Ibunya yang menyedari rajuk Aira bertanyakan mengapa. Aira menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi menemani Ibunya ke tapak ekspo pada esok hari. Puas ditanya dan disoal, tahulah Ibu Aira bahawa Aira merajuk kerana Menteri tersebut tidak membeli gubahan Ibunya. Ibu Aira memujuk Aira dan mengajar Aira bersabar, berserah dan berdoa kepada Allah semoga ada rezeki mereka di esok hari sambil menunjukkan keuntungan yang mereka perolehi pada hari tersebut.

Dengan hati yang rawan dan baki sisa tidak puas hati kepada Menteri tersebut, Aira termakan juga pujuk Ibunya dan bersetuju untuk mengikut Ibunya ke tapak Ekspo pada esok hari.

Pada keesokan harinya, dengan hati yang sedikit hambar, Aira mengikuti langkah Ibunya ke tapak ekspo. Hari ini Aira tidak mahu duduk di gerai Ibunya, Aira ingin berjalan-jalan. Aira menjelajah dari satu gerai ke satu gerai sehingga ke hujung gerai dan berpatah balik sehingga sampai ke muka pintu utama.

Dalam pada berjalan perlahan, Aira terdengar perbualan dua orang makcik yang baru melangkah masuk ke dewan. Mereka tertegun dengan keluasan tapak eskpo berkenaan. Seorang makcik itu menyatakan bahawa dia tidak larat untuk berjalan jauh. Dia hanya ingin mencari gubahan bunga, tetapi kedua-dua mereka tidak tahu di mana letaknya tapak gubahan bunga.

Aira yang mendengar terus bertanya kepada kedua-dua makcik tersebut adakah mereka mahu membeli gubahan bunga. Apabila diangguk oleh makcik-makcik itu, Aira pun mencadangkan kepada makcik-makcik itu agar membeli gubahan bunga Ibunya. Makcik-makcik tersebut bersetuju dan meminta Aira membawa mereka ke tempat Ibunya. Aira dengan girang membawa makcik-makcik itu ke gerai Ibunya.

Sesampai di gerai Ibunya, Aira menunjukkan gubahan-gubahan bunga dan mengesyorkan kepada makcik-makcik itu untuk membeli gubahan bunga Ibunya itu. Alangkah riangnya hati Aira apabila makcik-makcik itu memborong sebanyak 5 pasu gubahan Ibunya dan menempah lagi 15 pasu untuk diletakkan di sebuah Sekolah. Makcik-makcik itu sebenarnya adalah Guru-Guru sekolah yang berhampiran yang ditugaskan untuk membeli gubahan bunga bagi menghias sekolah mereka.

Cikgu-cikgu tersebut kemudiannya memuji gubahan Ibu Aira dan bersetuju untuk menempah gubahan Ibu Aira pada setiap acara di sekolah tersebut. Ibu Aira sangat gembira dan memeluk Aira sambil memuji kebijaksanaan Aira yang membawa guru-guru itu ke gerai mereka. Aira sangat gembira dengan pujian tersebut. Senyumnya melebar sepanjang hari. Puas dengan keuntungan yang Ibunya perolehi dan bangga kerana dia berjaya membawa cikgu-cikgu itu ke gerai Ibunya.

.....................................


Morale of the story:

Ada di antara kita seperti Aira, anak kecil yang dipimpin masuk ke dunia lakonan yang besar dengan pelbagai ragam dan lakon layar. Kita hanya tahu tentang naluri kita sahaja. Kita hanya mahu tahu tentang keuntungan kita dan apa yang membawa kebaikan kepada diri kita sahaja.

Kita mudah benar berasa kecewa jika tidak dapat sesuatu yang kita inginkan sedangkan kita terlupa untuk bersyukur dan berdoa untuk yang lebih baik serta kita tidak akur bahawa ada sesuatu yang lebih baik telah dirancang untuk kita. Kita sering mengharapkan impian kita tercapai seperti yang kita idamkan sedangkan kita terlupa aturan Allah itu lebih sempurna dan lebih tepat untuk diri kita.

Kita sering juga tidak mampu membendung rasa cemburu, benci dan iri hati dengan rezeki serta anugerah orang lain sedangkan ada bahagian kita yang telah Allah tetapkan. Kita lupa untuk mensyukurinya. Sering kita inginkan hasil yang lumayan dengan jalan yang mudah. Kurang berusaha tetapi tinggi angan-angan. Terlupa DUIT BESAR (Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal), dan asyik mengidamkan 'duit kecil' (wang kertas yang tiada nilai di sisi Allah).

Apabila mendapat berita gembira, kita mudah berasa bangga, seolah-olah perkara itu milik kita. Sebenarnya semua itu adalah milik Allah. Kita HANYA diberi pinjam bakat, dianugerahkan kemahiran untuk memiliki apa yang kita miliki hari ini. Ianya bukan hak milik kita. Tetapi kita sering lupa dan menyatakan semua yang kita ada adalah HASIL TITIK PELUH SENDIRI sedangkan kita tidak melihat bahawa itulah rahmat, nikmat dan kasih sayang yang Allah hadiahkan dan sedekahkan kepada kita, sebagai tanda kasihnya kepada hamba-Nya!.

Firman Allah:
"Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? “(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya!" “Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" (Al-Quran Surah Yunus 10 : Ayat 31)

"Diberi kepada yang dikehendaki-Nya, dan ditarik juga dari yang dikehendaki-Nya". Pernahkah kita menghayati petikan tersebut?. Berapa kerap kita bersyukur dan pulangkan kembali rasa bangga dan riang di atas kejayaan dan pujian itu kepada yang punya hak yakni Allah?. Berapa kali kita meraung menyesali takdir apabila musibah menimpa kita?. Berapa lama kita sering merajuk dengan Sang Pencipta kerana merasakan ketidak-adilan-Nya menimpakan musibah itu kepada kita?

Jika mendapat pujian, kita sering menyatakan kepada diri sendiri bahawa "AKU LAYAK MENDAPAT PUJIAN DAN SANJUNGAN SEDEMIKIAN – AKU BERHAK!!"..
Apakah benar kita berhak di atas pujian tersebut?. Perasankan kita ini?. Mengaku hak kepada yang bukan hak!. (Iman dan takwa juga bukan milik kita, semuanya dengan izin dan kehendak Allah.. andai sahaja Allah membolak-balikkan hati kita, dalam masa sesaat juga boleh menyimpang jauh dari landasan Agama... Nauzubillah..)

PERNAHKAH apabila ditimpa mala-petaka, kita menadah tangan bersyukur dan menyatakan kepada Allah, "YA ALLAH.. AKU TERIMA DENGAN BERLAPANG DADA BAHAWA INI ADALAH UJIAN-MU KEPADAKU – AKU REDHA".
Apakah kita pernah melihat musibah yang menimpa diri sebagai rahmat kasih Allah kepada kita hamba-Nya. Dia sedang memerhatikan kita dan menanti dengan penuh rindu doa tulus dan mulus dari kita, sang hamba?!!..

Allahu.. Betapa kita ini tidak pernah dewasa!!

Dan aku!... Hanya seusia Aira!!.


Astaghfirullahal 'azhiim.


Ya Allah.. redhailah kami semua. Hamba-hamba-Mu yang sangat mengharapkan redha-Mu. Ameen.










.

Monday

Wahai Anak: Kakak nak adik lain!.


Si Nureen berlari dengan gaya merajuk dan memeluk si Ibu yang baru nak buka buku Feqah (gara-gara nak periksa hari sabtu minggu ni, baru nak bukak buku!. Itupun sekadar tengok tajuk je!! Haish!!).


Nureen : Ibu, kakak nak adik lain la Ibu.

Ibu : HAH?!! (terpinga-pinga dengar ayat si anak!!)

Nureen : Iya lah!. Adik ni asyiiiik nak buat kakak. Kakak taknak dah adik nih. Kakak nak macam aleesya! (merujuk kepada sepupunya, anak bongsu kakakku).

Ibu: (senyum, pening pun ada gak!!). Kakak!. Tak baik tau kakak cakap macam tu. Tu kan adik kakak. Adik tu anak Ibu. Kakak pun anak Ibu. Kenapa kakak tak nak adik?.

Nureen: Sebab adik nakal!. Adik suka tolak kakak. Adik suka taknak dengar cakap kakak. Adik suka buat kakak marah!.

Ibu : Pasal tu je?

Nureen: (Angguk).

Ibu : Hmm... Ibu nak tanya kakak. Ibu pernah marah kakak tak?

Nureen: Pernah.

Ibu : Kenapa Ibu marah kakak?.

Nureen: Sebab kakak taknak dengar cakap Ibu!. (tegasnya!. Tau pun salah sendiri!!)

Ibu : Tapi, pernah tak Ibu kata yang Ibu taknak kakak jadi anak Ibu?. Pernah tak Ibu nak bagi kakak dekat orang lain?.

Nureen: (menggeleng, dan dah nampak sedikit sebak.. kehkehkeh.. siap le ko!!)

Ibu : HAH!. Tau pun, kalau lepas ni kakak taknak dengar cakap Ibu, kakak buat Ibu dengan abah marah, boleh tak Ibu bagi kakak dekat orang. Boleh tak Ibu taknak kakak jadi anak Ibu dah?.

Nureen: Ibuuuuuuuuuuuu...... (nangis @ meraung yang panjang, sambil peluk si Ibu).

Ibu : Boleh tak???????? (tanya Ibu merenggangkan pelukan si anak)

Nureen: TAK NAAAAAKKKKK!!! (eratkan lagi rangkulan pelukannya!!)

Ibu (dalam hati) : (HAH! Taupun!!... INGAT SENANG IBU NAK DAPAT KORANG??.. senang-senang je dia taknak adik dia.. hambooiiii!!!).

Ibu : Sekarang ni, kalau adik buat kakak, kakak nak suruh Ibu 'buang' adik lagi tak?

Nureen: Taknak dah!!.. huhuhuhuhu...

Ibu : Dah, pegi main dengan adik.

Nureen: Ibu. Kakak nak adik girl boleh tak?. (jerit si kakak di permukaan pintu!!)

Ibu : Nanti Ibu cari kat pasar malam!.. hahahahahaha... (ingat buat anak tu macam beli belon air korang?!!!..).

Pembantu : Ibu, adik dah 4 tahun, Ibu taknak tambah lagi ke?

Ibu : (haih.. sempat pulak pembantu aku ni mencelah.. kehkehkeh..). Tu la pasal. Baru Ibu perasan adik dah besar. Ingatkan kecik lagi. Dulu, masa beranakkan adik, Ibu tengah ambil Master, masa tu Ibu ada cakap kat bapak, kalau nak tambah anak, tunggu bila Ibu dah dapat sambung PhD, tak sangka cepat sungguh masa berlalu, dan tahun ni, betul-betul Ibu dah dapat sambung PhD!. Subhanallah!!..

Pembantu : Dah tu Ibu, tahun depan ada baby la rumah ni.

Ibu : Alhamdulillah. InsyaAllah... (wah! Konfiden!!).. kuikuikuikui!!...

..........................................

Aku terharu membaca riwayat YUYOH YUSROH, (kematiannya pada hari kematian 16 anak-anak yatim di Ulu Langat), sangat2 menyentuh hati aku.. DAN MERUBAH PERSEPSI AKU MENGENAI BILANGAN ANAK!. SUNGGUH!!.. (kakakku terkejut ‘badak’ bila aku menyatakan keinginanku untuk menambah bilangan anak MELEBIHI apa yang beliau ada sekarang!!.. hahaha),


Yuyoh Yusroh, seorang Ibu yang mempunyai 13 orang anak, itupun di rasakan sedikit kerana mengambil iktibar daripada Palestin yang mempunyai anak seramai 14 orang itu adalah BIASA!! Allahu!!. Beliau melihat dirinya yang menghafal sekadar 20 juzuk Quran serta 115 itu hadis adalah sangat SEDIKIT berbanding wanita Palestin yang menghafal serta memahami SELURUH ISI QURAN serta menghafal ribuan hadis Rasulullahi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam (wallahu’ alam).

Beliau bukan sekadar Ibu dan Isteri, tetapi juga seorang wanita yang memegang tampuk pemerintahan di dalam Parti Politik, serta membangunkan Pusat Pengajian Dakwah serta seorang aktivitas masyarakat yang sangat aktif berjuang menyebarkan Islam dengan caranya yang tersendiri!. Sehingga ke Palestine langkahnya!. Subhanallah!!..

Ya! Aku akui, sehingga kelmarin, aku sangat TAKUT. Sangat takut dan sangat TIDAK MAHU mempunyai anak yang ramai!. Bagi aku, 2 orang (seorang putera dan seorang puteri) itu adalah sangat memadai. Andai ada tambahan ke bilangan ke-3 itu, ookeee laaa.. dan andai dianugerahkan 4 itu adalah MAKSIMA!. OWH!!

KETAKUTAN DAN RASA TIDAK MAHU itu terbit kerana menyaksikan gejala remaja dan tingkah laku anak-anak sekarang yang terlalu berada jauh dari orbit landasan Islam!. Malah, ibu bapanya juga sedemikian!. Aku bimbang tidak mampu mendidik anak-anakku menjadi insan ~ muslim dan muslimat ~ yang berada di atas Ad-Deen Islam yang sempurna!.


Dan, aku bimbang kelak ditanya dek Allah serta Rasulullah tentang amanah dan tanggungjawab yang telah aku perbuat di dunia di atas amanah-Nya yang bernama "ANAK" itu!.. ALLAHU!!.

Tapi, kini aku mencabar diri aku!. untuk meramaikan umat Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wassalam!!.. Itulah jihadku di jalan Ibadahku kepada Allah!. Jihad melahirkan, membesarkan, membentuk dan mencorak anak-anak menjadi mujahed dan mujaheedah Islam yang mereka juga berjihad di jalan Allah!. Dan meneruskan legasi kepimpinan Islam dengan meneladani Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wassalam!. (Sebelum Wawasan 2020, aku menambah lagi 5 orang anak menjadikannya cukup 7 orang!!!). Ameen. ~ Al-Fatihah untuk Ibu Yuyoh Yusroh, dan semoga Allah tempatkan beliau bersama para syuhada seperti yang dimohonnya!. Ameen. ~

DENGAN INI NANTI, AKU MUNGKIN BAKAL DICEMUH, DIKEJI, DICARI SILAP, DIINTAI SALAH, DIPERLI, DIKUTUK, DIMAKI OLEH MASYARAKAT? KAN?!... (ingin mempunyai anak yang ramai, entah bagaimana aku mengatur mereka!. Wallahu’alam!!)

HEY TINY! INGAT!!!!.. Rasulullah juga pernah dikatakan GILA oleh masyarakatnya.. Baginda menerima segala tohmahan dan makian!. Makanya, ADA AKU PERLU KESAH APA ORANG NAK KATA???... (andai ada yang tidak senang hati, semoga kutukan mereka akan lebih menyemarakkan semangat jihadku!. Semoga makian mereka akan lebih menguatkan azamku, semoga cemuhan mereka akan lebih membuka pintu kejayaanku, dan semoga umpatan mereka menambah bilangan pahalaku.. Ameen Ya Rabul ’alamiin!)

Insan yang baik, yang menegur dengan hemah, yang menasihati untuk membimbing, yang menyokong untuk aku teruskan usaha dan berjaya, itulah yang aku ambil iktibar.. itulah para penjual kasturi yang ingin aku dampingi. Moga dengan setiasa berada di sisi mereka, bajuku akan sentiasa harum dan wangi (jimat, takyah beli pewangi baju).

Bagi yang mengeji, yang tikam belakang, yang menjatuhkan semangat (dgn kutukan), yang menolak malah mengumpat memfitnah aku.. ALHAMDULILLAH.. aku pulangkan kembali segala rasa itu kepada Allah.. (aku tidak punyak hak atas rasa kalian!!). Dan orang sebegini, MAAF, akan aku jauhi kerana dalam bab ini, aku tidak kuat untuk mentarbiyah diriku sendiri, apatah lagi untuk mentarbiyah mereka. Mereka ini adalah umpama pembakar kayu arang, aku tidak berani mendekati apatah lagi duduk bersama dengan lama, kerana bimbang bajuku terpalit bau arang yang busuk!. (Aku tak rajin nak basuh baju!!).
Firman Allah:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." (Al-Quran Surah At-Taubah 9 : Ayat 71-72)

"Ya Allah.. temukan aku dan gaulkan aku dengan orang-orang yang beriman di jalan-Mu. Yang menasihatiku agar melakukan kebaikan dan menegurku daripada melakukan kejahatan!. Ya Allah, aku mohon agar kami dikelilingi oleh orang-orang yang berjihad di jalan Islam yang sebenar, yang Kau redhai dan rahmati.

Ya Rabb, izinkan aku menjadi hamba-Mu yang mampu memberi kembali pemberian-Mu sebagai pemberian yang membawa manfaat kepada diri sendiri, kepada anak-anakku, kepada suami dan kaum keluargaku, kepada Ibu bapa dan saudara maraku, kepada jiran tetangga, dan kepada seluruh muslimin dan muslimat Islam. Waima anugerah-Mu itu sekadar sebuah senyuman dan sekalung doa!. Moga ia menjadi satu daripada pemberian yang bermanfaat dan mendapat redha-Mu. Ameen. "





Ya Allah, kami dambakan redha-Mu Allah.. redhai kami semua. Ameen.




.

Wednesday

Beruntungnya Pembantu Rumahku....


Perbualan di antara Pembantu Rumahku dengan aku ketika lepak atas katil tengok Si Nureen dan Si Zaqwan rancak ‘sepahkan’ bilik dengan riangnya!.

Pembantu : Ibu, surat tadi tu, yang katanya Ibu mau sambung belajar ya?.

Aku : Ya Lia. Alhamdulillah. InsyaAllah andai dipermudahkan Allah, Ibu sambung belajar bulan 9 ni.

Pembantu: Beruntung Ibu kan. Ada pekerjaan bagus, ada gaji bagus, ada pelajaran, ada rumahtangga yang baik, ada ibu ayah dan keluarga yang akrab. Mak Tok dan Tok Ayah juga sering berkunjung ke sini. Kawan-kawan dan saudara-mara Ibu juga ramai yang bertandang. Pantasnya, Ibu disukai orang. Seronok saya lihat Ibu. Ibu sungguh beruntung!.

Aku : Alhamdulillah. Segala puji kembali kepada Allah. Segala anugerah Allah sangat-sangat Ibu syukuri. Apa yang Ibu ada sekarang adalah ehsan dari Allah. Baik anugerah yang bagus juga musibah yang sedih, sangat Ibu syukuri. Menjadi diri Ibu adalah satu pemberian Allah yang sangat Ibu hargai.

Aku lagi : Tapi, Lia tahu tak yang Lia juga sangat beruntung. Menjadi diri Lia.

Pembantu: Apa yang untungnya Ibu?. Saya jauh dari keluarga, masih belum berumahtangga, tidak punya pendapatan lumayan.

Aku : Lia hidup bergelandangan di perantauan. Tinggalkan ibu ayah, tinggal keluarga, untuk apa?. Lia pendam rasa rindu untuk keluarga, Lia hilang nikmat berkumpul bersama keluarga, Lia tahan rasa sedih sebab berjauhan dengan mereka. Kenapa?. Demi untuk mencari rezeki di jalan Allah... demi memenuhi tuntutan Ibadah seorang hamba kepada Pencipta-Nya. Ada yang Lia korbankan untuk berjihad di jalan Allah. Jihad untuk mencari rezeki yagn halal. Bila sedih, Lia memohon doa pada Allah dengan sungguh hati. Bila rindu, Lia mengaji Al-Quran dengan syahdu. Nikmat dunia yang Allah tarik dari Lia itu, dengan izin-Nya, akan digantinya dengan ganjaran yang lebih baik dari yang Lia hilang di dunia ini. Sedangkan Ibu, menikmati semuanya dalam senang, entah apa yang Allah tarik dari Ibu di akhirat sana?..

Pembantu: Tapi saya sering sedih. Sudahlah di dunia ini saya jarang bertemu dengan Ibu dan Ayah saya, entahnya di akhirat nanti saya mampu atau tidak bertemu mereka. Entah mereka di tingkat mana, entah saya di tingkat mana. Mungkinkah saya mampu mencari mereka di sana nanti..

Aku : Lia. Kalau sekarang ni, Lia dengar bunyi letupan dari arah rumah hujung tu, dan sayup-sayup letupan itu datang menuju ke arah rumah kita, apa Lia nak buat sekarang?.

Pembantu: Lari la Bu!.

Aku : Lia teringat tak nak ambil adik (merujuk kepada zaqwan, anak keduaku).

Pembantu : Tidaak lah Bu.

Aku : HAH!. Tau pun. Apa Lia ingat, di akhirat nanti, Lia mungkin akan sempat teringat nak lihat di mana Ibu dan Ayah Lia?. Di padang masyar nanti kita bangun bertelanjang bulat mengadap Allah untuk mengambil kitab hisab. Ada yang menjulur lidah merangkak merayau lintang pukang tanpa arah. Semua orang dalam gerun dan bimbang. Dalam risau dan ragu. Entah Allah kurniakan kitab hisab kita dengan tangan mana?. Tangan kanankah?. Atau tangan kiri atau membelakangi punggung!. Allahu Akhbar!.

Pembantu : Ya iya kan Bu. Mesti masing-masing sibuk dengan dosa pahala sendiri kan.

Aku : Tak payah di akhirat Lia, tengok saja di dunia. Apabila seorang bapa masuk penjara, adakah seluruh ahli keluarganya turut sama ingin masuk penjara?. Jika pun ingin, adakah mereka dibenarkan masuk penjara tanpa sebarang kesalahan?. Ketika seorang Ibu terlantar sakit tenat di hospital, apakah seluruh ahli keluarganya turut ingin diberi sakit dan bersama-sama tidur di wad kecemasan?. Meskipun mahu, namun tidak boleh!.

Pembantu : Maksud Ibu.

Aku : Di akhirat nanti, hitungan Allah terhadap kita terlalu banyak. Wallahu ’alam, tapi, ibu rasa, pastinya kita takkan sempat memikirkan sesiapa jua. Hatta Ibu atau anak. Hatta suami atau isteri. Macam yang Lia cakap tadi, kalau berlaku gempa di hujung rumah, pasti Lia akan cepat2 lari meninggalkan semua. Lari selamatkan diri sendiri. Tiada masa nak toleh ke belakang tengok siapa yang dah selamat atau belum!. Dan Allah sudahpun tugaskan malaikatnya untuk membalas takdir kita di sana nanti.

Pembantu : Betul jugak kan Ibu.

Aku : Di akhirat nanti, yang kita dambakan hanyalah syafaat Rasulullah. Redha Allah dan syurga Allah. Bila dah masuk syurga, dah dapat ganjaran, dah dapat pasangan yang sama muda belia sama usia, berjalan di bawah dua sungai yang mengalir putih bersih bak air susu, dengan buah anggur dan segala bagai tanaman, sempat ke kita nak fikir nasib orang lain?. Itu kalau ditakdirkan syurga. Kalau ditakdirkan neraka, setiap masa kena siksa, dipotong lidah, dibakar rambut, telan buah tajam keras berduri, minum nanah yang membara bahang panasnya, sempatkah kita nak cari Ibu Ayah kita?. Wallahu’ alam.

Pembantu : Ya kan Ibu. Kita tak tahu untung nasib kita di sana nanti kan?!.

Aku : Tahu pun. Mungkin di dunia ni kita menjadi orang yang sangaaat beruntung pada pandangan mata orang.. atau kita merasa kitalah orang yang sangaat rugi jika dibandingkan dengan orang lain. Tapi tahukan kita, untung rugi kita sebenarnya telah ada dalam catatan Allah di sana. Jika ditakdirkan Allah, orang yang kita pandang untung di dunia tetapi sebenarnya dia rugi di akhirat, lambat masuk syurga dan pula, orang yang rugi di dunia tetapi untung di akhirat, cepat masuk syurga, maka, manakah yang Lia nak?. Pilih satu ja.

Pembantu : (hmmm... fikir dengan agak lama.)

Aku : Hah.. tu kan!. Dah tamak la tuh!.. hahahaha.. hihihi.. Lia. Setiap orang ada habuannya masing-masing. Tak kiralah untung ke rugi ke. Mungkin kita lihat orang tu beruntung dari satu segi, tetapi kita tak tahu ruginya dari mana segi. Macam Ibu kata kat Lia, Lia beruntung, sebab dosa Lia tak banyak berbanding Ibu. Sebab kehidupan Lia berkisar dalam rumah ni je. Lia jauh dari Ibu ayah dan mereka pun redha Lia datang kerja di Malaysia, bila berjauhan, pastinya doa mereka berlebih-lebihan untuk kesejahteraan Lia. Sebagai majikan, Ibu juga redha dengan setiap kerja yang Lia lakukan, jadinya Lia dah lepas tanggungan amanah yang Ibu titipkan. Lia belum kahwin lagi, tidak ada anak, jadinya, amanah dan tanggungjawab sebagai isteri, sebagai Ibu, sebagai menantu, ipar duai, tidak perlu dipersoalkan sebab kosong. Sungguh beruntung hidup kamu Lia.

Aku lagi : Sedangkan Ibu.. Berhadapan dengan suami setiap hari, anak-anak, rakan sepejabat, Boss, Ibu ayah adik beradik sahabat handai jiran tetangga, mertua ipar duai, masyarakat, rakan internet, makanya setiap hari itulah pertuturan Ibu, penulisan Ibu, perkataan Ibu, perbuatan Ibu, niat hati Ibu, sikap Ibu terhadap mereka semua menjadi taruhan kepada timbangan amalan Ibu. Entah ada yang terguriskah, terkecil hatikah, terasa sentapkah, tersinggungkah?. Samada secara sengaja atau tidak, gurau diambil hati, rajuk disimpan lama, Nauzubillah. Andai ada dosa Ibu terhadap mereka, adakah mereka memaafkan Ibu atau tidak?. Jika tidak, beruntungkah Ibu di kala ini?.

Pembantu : Aduh... ya ampuun Ibu!.

Aku : Justeru itu Lia. Kesimpulannya. Jangan mudah memandang orang lain beruntung. Cukuplah sekadar mensyukuri ’keberuntungan’ yang kita lihat dengan mata kasar kita di atas apa yang orang itu perolehi, kerana kita tak pernah tahu dan takkan diberitahu akan kesusahan dan kesukaran yang mungkin orang itu tempuhi dan lalui. Takkan ada seorang makhluk pun yang Allah ciptakan tanpa ujian tanpa dugaan tanpa kesusahan. Pasti ada. Cuma banyak atau sikit sahaja yang membezakannya. Dan sentiasalah bersyukur dengan ’keberuntungan’ diri kita. Meski diuji susah atau payah, meski mendapat anugerah serta nikmat. Itukan hak Allah. Diberi kepada yang dikehendaki, ditarik juga daripada yang dikehendaki. Sesungguhnya aturan-Nya adalah terlalu sempurna. Cuma kita ni buta mata, buta hati, buta iman untuk menilai anugerah dan nikmat Allah kerana nafsu bermaharajalela di birai jiwa!. Kan?!.

(Perbualan berhenti apabila zaqwan mula "mensaljikan" bilik!.. Habis debu bedak berterbangan menghiasi ruang bilik seumpama salji di Negara 4 musim yang baru turun di bulan Disember.. huhuhuhu).

Aku ingatkan diri aku jugak, untuk sentiasa bersyukur. Dan terus mensyukuri pemberian Allah. Kerana Dia Yang Maha Pemberi itu adalah Yang Maha Mengetahui. Pemberian-Nya bersebab dan berakibat. Pemberian musibah agar kita lebih hampir dan dekat dengan-Nya. Pemberian nikmat agar kita bersyukur dan lebih berdoa kepada-Nya. Allah itu Maha Sempurna, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jangan kufur nikmat dengan menyesali takdir. Jangan pernah merasa tersisih dengan nasib dan takdir yang kita rasa buruk dan tidak menyebelahi kita, seumpamanya kita membenci takdir Allah.

Firman Allah:
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalKu serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia enggan menerima melainkan berlaku kufur." (Al-Quran Surah Al-Furqan 25: Ayat 50)


Dan, wahai diriku!. INGAT!.. Jangan pernah berasa bongkak, riak dan berlagak kerana itu adalah pakaian ALLAH, bukan hak manusia untuk memilikinya!!. Kita hamba yang sangat serba kekurangan, mana mungkin mampu memakai kalung ego milik Allah. ”Ego” itu hanya ALLAH yang boleh menikmatinya kerana DIA PENGUASA LANGIT DAN BUMI. Dengan semua sifat Asma-wal-sifat-Nya, terlalu mulia Allah kerana sudi memberi segala anugerah dan nikmat kepada kita hamba-hamba-Nya yang sering LUPA DIRI!. LUPA KEBERUNTUNGAN YANG DIBERI!. Allahu Akhbar!.
Firman Allah:
"Katakanlah tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah S.W.T. hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al-Quran Surah Al-Maidah 5: Ayat 100).
Orang yang benar-benar beruntung adalah orang yang MENDAPAT REDHA ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT. Pastinya kita semua yang beragama Islam ini, yang mempercayai penuh yakin Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ihsan ini, ingin sangat menjadi salah seorang yang berada di dalam kumpulan itu. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedemikian!. Semoga Allah izinkan.. Ameen.
Firman Allah:
"Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang bahagia (beruntung)."(Al-Quran Surah Al-Baqarah 2: ayat 5).
Ya Allah, redhai kami semua. Ameen.




.

Friday

Kerana Allah!.


Senyum!.. Angguk!.. Senyum lagi.. Angguk lagi.. PUAS!.

Itu reaksi aku apabila aku membaca ayat demi ayat, bait demi bait entri "MENENTU CINTA KERANA ALLAH".. dari blog Cahaya Mukmin.

Aku sering terkeliru dengan hati dan nafsu!. Suara hati dan lingkaran belenggu jiwa sering berperang menanyakan 'APA NIAT AKU?'.

Terutamanya apabila masyarakat memandang, persekitaran mempersoalkan, maka goyah itu sampai!.

Aku sangat-sangat menyayangi keluarga aku.. sayang mak ayah, suami, anak-anak, adik-beradik, saudara mara, sahabat handai jiran tetangga, DENGAN SANGAT-SANGAT!. Sehingga aku bimbang sayang itu melebihi sayangku kepada Khaliq yang Agung!. Bimbang juga sayang itu menjadi ujian yang mengundang kecewa sehingga aku dengan mudah terperdaya dengan pujuk rayu syaitan ke arah derhaka (... dan neraka - nauzubillahi mindzaalik)!.

Kemahiran yang Allah anugerahkan kepadaku ketika dan saat ini, amat aku syukuri. Aku tahu aku memerlukannya, dan aku yakin Allah mengizinkannya, untuk mencari ilmu dan memperbanyakkan amal dengan nawaitu mencari redha Allah serta berkongsi pula ilmu itu kepada yang memerlukannya.. (*MEMBERI KEMBALI PEMBERIAN ALLAH).

Maka itu Kelas Fardhu Ain Pengajian Wanita aku ikuti, Ijazah Doktor Falsafah Pembangunan Sumber Manusia aku mohon dan Alhamdulillah diterima, dan ada beberapa kelas lagi yang sedang aku selidiki dan akan aku ikuti bila diizinkan-Nya kelak. Tetapi pada masa yang sama juga pencarian, penerimaan dan perkongsian ilmu itu aku bimbangi. BIMBANG MENJADI UJIAN KEPADA RIAK DAN TAKBUR DIRI APABILA MASYARAKAT MULA MASUK CAMPUR!.

Bukan aku menyalahi masyarakat dan persekitaran. TIDAK!. Tetapi, kerana kita hidup bermasyarakat, maka perasaan-perasaan seperti itu berpotensi untuk wujud!. Aku bimbang!. SUNGGUH!.

Andai sahaja hidup ini dan ilmu itu antara aku dengan Allah... setentunya aku yakin mengapa aku menuntut ilmu, mengapa aku menggunapakai potensi diri yang Allah anugerahkan semaksima mungkin. KERANA AKU SEMATA-MATA INGINKAN RAHMAT DAN REDHA ALLAH, DUNIA DAN AKHIRAT!.. tanpa goyah, tanpa dakwa-dakwi!!.

Tetapi, apabila aku menuntut ilmu diperhatikan masyarakat dan akan berkongsi pula dengan masyarakat, di sinilah segala titik akan terbentuk, akan terhasil di kanvas niat aku terhadap Allah. Jika tidak aku yang merasakannya, mungki terdetik di hati orang lain yang melihatnya! Nauzubillah!.

Begitu juga perasaan aku apabila aku sering menayangkan gambar makanan di FB aku (terutamanya gambar menu untuk hidangan tetamu). Aku memuatnaik gambar kerana rasa syukurku kepada Allah kerana memberi kemudahan sedemikian kepadaku. Satu bentuk anugerah YANG TIDAK PERNAH WUJUD dalam kamus hidup aku sebelum bergelar ISTERI! (cuba tanya mak, tanya ayah, tanya kakak, tanya adik-adik aku, PERNAH TAK DIAORG MAKAN HASIL TANGAN AKU SEMASA AKU BUJANG???.. NAN ADOLAH JAWABNYA!!!!.. kecuali ayah dan emak, dalam KES YANG BERBEZA ~ yang pernah aku ceritakan sebahagian kisahnya DI SINI duluuuuu).

Melalui FB aku simpan gambar2 menu yang aku masak serta yang aku jamu tetamu sebagai kenangan bahawa AKU TELAH MELAKUKANNYA!!.. sesuatu perkara yang pada umur remajaku aku rasa SANGAT SUKAR DAN SUSAHNYA untuk melakukannya... (Nasi ayam pon aku rasa SANGAT AZAB untuk menyediakan bahan-bahan, apatah lagi yang berasaskan SANTAN.. NGERI ooo).. gambar-gambar menu itu juga bagiku, sebagai tatapan sekalian mereka yang ingin memasak yang serupa, mereka ada tempat rujukan dan bertanya
(aku sampai hari ni dok telefon mak bila nak masak GULAI IKAN.. ngeri jika salah letak helba atau bunga cengkih buah pelaga!!).

..Dan aku akui.. aku amat SENANG dan TERBUKA untuk menerima tetamu datang bertandang ke rumah.. (adakalanya aku boleh je rasa nak merajuk kalau tetamu tiba-tiba cancel tak jadi datang!!.. huhuhu.. tapi aku dh belajar utk recover perasaan ini!).. Untuk tetamu, aku sedayanya cuba menjamu dengan menu-menu yang membuatkan tetamu rasa puas hati (dan nak datang laggi... kehkehkeh).. kerana, aku bersyukur di atas KESUDIAN mereka menjengah rumahku..

Aku yakin dengan kata seorang ustaz ini
(meskipun aku tidak pernah lagi temui mana-mana hadis sahih mengenainya.. iyalah, aku tak pandai bab-bab hadis ni.. semoga diberi izin-Nya untuk aku pelajari ilmu dalam hadis pulak.. InsyaAllah)..

Ustaz kata, Islam menggalakkan kita menerima tetamu. Apabila tetamu datang, maknanya kita disenangi orang. Kata Ustaz lagi, tetamu yang datang 'MEMBAWA RAHMAT DAN MEMBAWA KELUAR DOSA-DOSA KECIL KITA'
(tanpa mengurangkan rahmat Allah kepada mereka, malah bertambah lebih lagi kerana mereka menjadi tetamu – HEBATKAN RAHMAT ALLAH.. dua-dua merasai nikmatnya!).

TETAPI, sesekali apabila ada suara-suara yang berkata itu ini begitu begini, membuatkan aku BIMBANG!.

Nah!.. ini rupanya yang aku bimbangkan! Tanggapan masyarakat yang sampai ke pendengaran ku.. Kata-kata yang hinggap di birai hatiku dan berlawan dengan nafsuku!.. Dan ia menjadi ujian bagiku yang seketikanya bisa menggoyahkan nawaituku KERANA ALLAH!.

Benar!. Aku tidak harus hiraukan pandangan masyarakat!. Tetapi aku juga masyarakat! Yang hidup dalam masyarakat!.

NAMUN, hari ini, membaca entri cahaya mukmin ini.. hatiku terasa ingin menangis.. SYUKUR!.. Membaca pula terjemahan ayat-ayat Al-Quran di Juzuk ke-20 (Juz XX) dalam Surah An-Naml (27), juga membuatkan hati aku tenang dalam sayu! (MALU!!).

Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan). Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata." (Al-Quran Surah An-Naml (27) : Ayat 73-75).

Syukur Allah.. Kau lebih mengetahui!. Jumaat ini membawa jawapan kepada kebolak-balikan hatiku selama ini.

MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN!. Kalian tidak akan pernah habis untuk dibicarakan!. Aku tahu dan mengerti! Perasaan-perasaan sebahagian masyarakat yang memandang, kerana aku SEBAHAGIAN DARI MEREKA!!.

Firman Allah:
"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Quran Surah Al-Hasyr (59) : Ayat 1).

WAHAI DIRIKU!.. Berbalik kepada orbit asal!. Ada perkara yang boleh diturutkan "KEHENDAK" masyarakat dan persekitaran. Namun, untuk segenap perkara,perlu berpaksi kepada "KEPERLUAN" AGAMA itu sendiri.

Firman Allah:
".....................................Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya." (Al-Quran Surah Al-Hasyr (59) : Ayat 2).


Ya Allah... Redhai kami. Ameen.














YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.