Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday

Azam Ramadhan!.

Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183).
Alhamdulillah..
Tinggal lagi beberapa detik, Ramadhan akan mendatangi kita. Bersama amalan puasa dan ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah, siapa yang tega menolaknya?. Allahu.

Sumber Hadis Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan:
"Seorang hamba yang berpuasa dalam sehari di jalan Allah, maka akan dijauhkan Allah orang tersebut pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim dingin".


Di Ramadhan kali ini, ada beberapa perkara yang menjadi azamku!.
CABARAN UTAMA puasa yang aku 'pertaruhkan' ke atas diriku adalah ~ PERSIAPAN JUADAH BERBUKA!.

Aku nyatakan kepada cik abang, pada Ramadhan ini, aku akan mula belajar MENGURANGKAN MENU dan TIDAK BERIYA untuk menyediakan juadah berbuka.. Cukup sekadar untuk menikmati suasana BERBUKA.

Pada tahun 2008, aku berazam untuk TIDAK MEMBELI JUADAH DI PASAR RAMADHAN!. Dan, Alhamdulillah.. sepanjang 2008 sehingga ke hari ini, bukan sahaja Pasar Ramadhan, pasar malam juga adalah tempat yang sangaaaaaattt jaraaaaaannngggg aku kunjungi..
Menu 'fresh from kitchen' adalah tema yang aku letakkan kepada diriku!.. (kecuali kalau ada 'offer' dari cik abang nak belanja makan kat luar.. hiihiiii).

Oleh kerana 'gigih' mempelbagaikan menu (serta pengaruh kuat dari cara masakan Ibu), maka aku terghairah menyediakan menu yg sangat OVER (menurut pandangan sesetengah orang.. huhuhu).. yakni BANYAK!!.

Jadinya, tahun ini dan tahun-tahun ke depan (InsyaAllah andai ini bukan Ramadhanku yang terakhir...), azamku adalah untuk menyediakan juadah yang ALA-KADAR.

Cukup sekadar 2-3 hidangan ~ 1 lauk berkuah dan 1 atau 2 sayur / gorengan. 1 mee-mee dan 1 manisan. CUKUP.

NO MORE ALL THESE!!!.. (gambar-gambar juadah puasa tahun lepas.. huhuhu)


Tidak lagi begini..

Juga tidak begini..

NO NO NO!.. KECUALI.. jika ada tetamu yang sudi BERIFTAR di rumah kami, maka INSYAALLAH, barulah 'tray' sebegini akan keluar (jika perlu):



Jadinya, untuk ramadhan ini, sungguh aku berazam untuk menyediakan juadah yang seringkasnya.... dan lanjutan daripada azam lalu yakni kurangkan menyinggah di pasar ramadhan akan tetap diteruskan.. (cik abang adalah 'pendorong' utama untuk aku tidak ke pasar ramadhan... SBB MALAS NAK PARKING DAN NAK JALAN!!.. hahahaha).

Kali ini aku berazam utk tidak tinggal terawikh (kecuali keuzuran.. terutama di malam2 terakhir nanti.. InsyaAllah..). Juga aku berazam untuk menyertai iftar di masjid serta bersahur (buat sumbangan menu bersahur adalah antara azamku tahun ini..)... dengan Qiamullail.. (pengalaman lalu terasa hingga hari ini.. and I DON'T WANT TO MISS THE CHANCE!!.. Ya Rabb, izinkanlah..)

Paling utama, aku nak anak-anak turut menikmati keindahan Ramadhan ini.. (tapi... kena buat acara 'rasuah-merasuah' ke eh?... semalam nureen dah cakap "Ibu, kalau kakak puasa penuh, Ibu belikan Lip-Gloss ye?!!... ERRRKKKKK!!!!!).

....................

Semoga Allah mengizinkan kita menyambut ramadhan ini dengan sempurna.
Semoga Allah mempermudahkan puasa kita di ramadhan ini dengan tenang.
Semoga Allah meredhai ibadah kita ini dengan penuh rahmat dan nikmat.
Ameen.

Sumber Hadis Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan:
“Barang siapa mendirikan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".

Lailatul Qadar.. mampukan aku "merasai" kehadirannya?. Sungguh aku menginginkannya.. Ya Khaliq.. izinkanlah.. Ameen.


KEPADA SEMUA : SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.
ANDAI ADA SALAH SILAPKU DI MANA-MANA YANG AKU SENGAJA DAN TIDAK SENGAJA, AKU MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA TERSALAH SILAP PENULISAN, PERKATAAN, BAHASA DAN TINGKAH. SUNGGUH, AKU MOHON KEMAAFAN DARI KALIAN.

JANGANLAH DI SIMPAN SAKIT HATI, BENCI DAN AMARAH. AKU JUGA TIDAK MENYIMPAN DENDAM, RASA BENCI, MARAH KEPADA SESIAPA, TELAH AKU KEMBALIKAN SEMUA RASA PULANG KEPADA ALLAH. YANG AKU MOHON, AGAR KITA DAPAT MENJALANI IBADAH INI DENGAN RASA RENDAH DIRI DAN TAWADHUK. DAN SEMOGA ALLAH MENERIMA IBADAH INI DENGAN RAHMAT DAN REDHANYA.


Ya Allah.. kami mohon redhaMu.. Redhai kami. Ameen.



Tuesday

JIHAD DENGAN POTENSI

Rancangan-rancangan di siaran TV Al-Hijrah boleh masuk list utk aku tontoni (andai punyai masa..).. dan minggu lalu aku dan abang berkesempatan meluangkan masa bersama anak-anak menonton beberapa siaran di TV Al-Hijrah, dan salah satunya adalah rancangan "Andai Baginda Bersama Kita" (wallahu 'alam... lebih kurangla kot tajuk tu, tak berapa nak perasan.. rancangan dari Negara Arab sebenarnya.....).

… banyak bahagian yang amat aku kenangi dan semat dalam hati, terutamanya tentang bagaimana Rasulullah menggali potensi para sahabatnya.

Hassan Bin Tsabit R.A adalah sahabat Baginda Rasulullah yang bijak bersyair – tidak pernah Baginda arahkan untuk berperang!. Rasulullah mengangkat Hasan Bin Tsabit secara rasmi sebagai penyair Islam.

Hassan Bin Tsabit mengungkapkan puisi sebagai serangan balas kepada kafir Quraisy yang menghina dan mencerca Rasulullah. Subhanallah. Puisinya berbunyi:

Kamu menghina Muhammad maka aku membelanya
Dan di sisi Allah-lah balasan dari semua itu
Kamu menghina Muhammad yang baik lagi bertakwa
Seorang utusan Allah yang selalu menepati janji
Sesungguhnya bapakku, ibuku, dan kehormatanku
Adalah pelindung bagi kehormatan Muhammad dari kalian

Sumber di sini.

Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang mempersiapkan kenderaan orang untuk berperang, bererti ia telah berperang. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Khalid Bin Al-Walid adalah sabahat Rasulullah yang sangat tangkas di medan perang. Beliau telah berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Sejurus beliau memeluk Islam, Baginda Rasulullah terus menjadikannya Panglima Perang. Perang Muktah menyaksikan pimpinan ”Pedang Allah”, Khalid Al-Walid sebagai Komandan perang.

Khalid Al-Walid diriwayatkan pernah tersalah membaca ayat lazim Al-Quran dan katanya "Jihad telah mengganggu aku daripada mempelajari Al-Quran!". (sumber ~ tontonan rancangan di TV Al-Hijrah). Ini kerana, seawal beliau memeluk Islam, Rasulullah telah mengarahkannya mengepalai tentera Islam di Medan Perang, kerana potensi Khalid Al-Walid sememangnya di medan perang.. dan beliau telah membuktikannya dengan kemenangan yang banyak kepada Tentera Islam. Subhanallah.

Nah!. Rasulullah telah berjaya melihat potensi sahabat-sahabat Baginda dan menggunakan potensi itu untuk satu tujuan yang sama – BERJIHAD MENEGAKKAN ISLAM!.

Perkara ini aku jadikan iktibar dan pedoman. Bagaimana Rasulullah melihat potensi sahabat Baginda, begitu juga aku melihat potensi di dalam diriku, suami dan anak-anak, dalam meneruskan kehidupan ini dengan BERJIHAD DI JALAN ALLAH!.

Aku tidak mampu mengangkat pedang, suamiku bukan penyair terbilang, anak-anakku, masa depan mereka, masih belum jelas bayang, tetapi aku pasti, setiap kita punya potensi, yang perlu digali dan dicari, untuk digunakan sebaik mungkin.

Aku yakini satu perkara, JIHAD KE JALAN ALLAH ITU BANYAK CARANYA... (dan banyak juga rintangannya...)

Bukan hanya Tok Imam, Guru-Guru sekolah, Pensyarah, Pelajar dan Pemimpin itu yang sedang berjihad...... akan tetapi... penjual nasi lemak di pagi hari itu juga sedang berjihad, tukang sapu sampah di jalanan itu sedang berjihad, pemandu bas sedang berjihad, CEO Public Listed Company sedang berjihad, Secretary Chairman juga berjihad, Consultant Takaful juga sedang berjihad, peniaga cendol sedang berjihad, kontraktor Kelas A dan F juga sedang berjihad... Semua umat Nabi Muhammad sedang meneruskan jihad Rasulullah walau apa jua kedudukan yang di anugerahkan Allah kepada mereka – HANYA JIKA MEREKA MAHU DAN TAHU BERJIHAD DENGAN KEDUDUKAN MEREKA ITU!.

Firman Allah:
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “orang-orang Islam (kaum muslimin)” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Quran Surah Al-Hajj 22 : Ayat 78).


Aku mohon agar Allah terangi jalan jihad kita dan berikan hidayah-Nya sentiasa!.
Semoga kita dapat kenalpasti apa potensi diri kita, serta para muslimin dan muslimat di sekeliling kita semua, agar kita dapat sama-sama berjuang MENEGAKKAN ISLAM dengan nawaitu yang jitu, bagi mendapatkan redha-Nya Illahi..

Firman Allah:
".... Satu peringatan untuk manusia. Bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya). Tiap-tiap diri tergadai (terikat), tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya...." (Al-Quran Surah Al-Muddatsir 74 : Ayat 36-38).


Aku akur ini!. Ada kelebihan dan kelemahan manusia yang kedua-duanya mampu dibawa untuk mendapatkan redha Allah. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak mampu untuk menyatakan kita ini betul atau salah. Mungkin cara kita betul, niat kita salah.. mungkin niat kita betul, cara kita salah.. Semoga sahaja Allah menunjukkan jalan yang benar kepada kita, dalam memenuhi makna hidup dan menepati erti JIHAD KE JALAN AGAMA ALLAH!. Dan semoga Allah menerima setiap amalan kita, yang nawaitu awal hingga akhir LILLAHI TA’ALA!.

Cara, pandangan, penyampaian dan kaedah kita mungkin berbeza, tapi kita bermatlamatkan yang sama ~ MENDAPATKAN REDHA ALLAH!. Aku yakin itu!!.

Maka, aku mohon kepada Khaliq yang Agung, walau apa jua cara kita, moga Allah letakkan kita di atas landasan yang sama, yang diizin dan dirahmati oleh-Nya.. bagi memenuhi kesinambungan perjuangan Rasul Agung, Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wassalam. Semoga diberkati-Nya. Ameen.



Ya Allah.. kami mohon redha-Mu... Redhai kami. Ameen.






.

Monday

MAHAR OH MAHAR!!.


Aku baru berkesempatan menonton filem KETIKA CINTA BERTASBIH 1 bersama-sama cik abang sayang.. Baru berkesempatan tengok!.. padahal ceritanya dah lama dah!..
(Tafsiran aku ~ Ilmu takkan pernah lapuk dek hujan, takkan pernah lekang dek panas.. Hanya ‘cerita’ yang akan berlalu, tetapi ILMU, akan kekal bermanfaat).

Seronok dapat berkongsi tengok cerita sebegini dengan cik abang, sebab banyak intipati yang dapat kami analisis dan berkongsi bersama... (aku le yg lebih, sebab bab2 cerita macam ni biasanya lebih berat kepada naluri kewanitaan.. kehkehkeh).

Dulu, masa tengok cerita Ayat-ayat Cinta, cik abang tak berapa nak layan sangat (mungkin jalan ceritanya agak slow sikit, so, cik abang TIDO separuh jalan!!.. huhuhu).

Semua babak pon aku suka, paling aku suka dialog "Namanya SIAPA?".... "ABDULLAH".. hehehe.. (berulang dialog tu aku ajukan pada si nureen.. dan tak jemu plak anak aku tu layan 'angin bingai' mak dia nih.. hehehe).


Ada satu babak lagi dalam filem ini yang sangat terkesan di hati aku!. Berulang kali bermain di fikiran aku. Babak di mana keluarga Furqan meminang ANNA ALTHAFUNISSA (pergghh.. sedap weih namanya!.. hihihi).

Sessi peminangan itu sgt menarik apabila, Anna ditanya tentang Mahar yang diinginkannya. Anna tidak meletakkan "HARGA" sebaliknya meletakkan “SYARAT” sebagai MAHARNYA!.

ERTI MAHAR / MAS KAHWIN!.

Hukumnya adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al-Quran:

Firman Allah:
"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " ( Al-Quran Surah An-Nisaa’ 4: ayat 4)"

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

CARA MEMBAYAR MAHAR:

Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

JENIS MAHAR:
• Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
• Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.

Sumber Mahar/ Mas Kahwin :
wikipedia



Owh.. owh.. owh.. sangat aku tersentuh!.

Terkenang kembali saat aku meletakkan 'mahar' utk diriku, 7 tahun lalu!!!. Betapa di saat itu, aku sangat JAHIL akan ilmu ini!.. SANGAT-SANGAT JAHIL!. Aku hanya menurut kata-kata orang sekeliling agar 'meletak' mahar dengan nilai yang boleh sekurang-kurangnya membeli emas!. (Ya, di Kedah, perempuan berhak meletakkan nilai MAS KAHWIN sendiri!!!).

Yang aku perhatikan, kebanyakkan Negeri di Malaysia ini, KERAJAAN / PEMERINTAH / PEJABAT AGAMA / PIHAK YANG BERKAITAN yang MENETAPKAN MAS KAHWIN.

Satu nilai 'HARGA' telah DITETAPKAN bagi seorang perempuan!. Ada yang sebegitu MURAH!. MURAHKAH HARGA PEREMPUAN MALAYSIA??.. NILAINYA DI TANGAN PEMERINTAH RUPANYA!!!.. Astaghfirullahal 'azhiim... mengapa ini tidak dikaji semula?.. (Wallahu 'alam.)

MAAF, aku masih jahil bab ilmu feqah yang ini, sangat-sangat jahil!. Aku cuma tertanya-tanya, KENAPA DAN MENGAPA ilmu feqah yang ini TIDAK DI AJAR/DINYATAKAN DI DALAM KURSUS KAHWIN?.. Apa logik asas meletakkan mas kahwin 'sama rata' bagi semua perempuan di Negeri2 tertentu?. AKU MASIH BINGUNG DENGAN INI!!.. (jika ada jawapan 'serang-balas' utk meninggalkan komen berkaitan hal ini, sila email di ciktiny@gmail.com, jangan serang aku di kotak komen!. Terima Kasih).

Aku nyatakan kepada cik abang.. ANDAI AKU TAHU.. ANDAI AKU BERILMU seperti watak ANNA ALTHAFUNISSA.. tentu aku TIDAK meletakkan "HARGA" mas kahwinku dengan harga sebegitu duluuuu... MALUUUU!!!... Hanya RM itu nilaiku rupanya!!.. (sapa nak cakap berlagak ke, perasan ke, terpulang.. kalau nak, terima lah.. kalau tak nak, sudahlah.. tiada paksaan!!, selagi AKAD belum DILAFAZKAN!!).

... dan aku nyatakan kepada Nureen, agar jadi WANITA BERIMAN DAN BERILMU.. agar dia tahu HAKNYA sebagai Muslimah.. sebagai insan.. sebagai bakal bidadari syurga.. Ameen.. (itu doaku untuk puteri sulungku.. semoga Allah perkenankan.. Ameen Ya Rabbul ‘alamiin).

Usai tayangan filem itu tamat, sessi diskusi bermula.. dan aku nyatakan kepada cik abang.. "Andai mampu Leen minta.. Leen ingin meletakkan 'syarat' itu sebagai mahar sebagaimana yang diminta Anna..".

.. dialog akhirku kepada cik abang sebagai menutup sessi diskusi..

Aku : Saban waktu Leen doakan abang menjejaki syurga Allah.. Leen tahu abang bakal ke syurga Allah.. bakal dijaga oleh puluhan malaikat.. bakal mendapat bidadari-bidadari syurga yang cantik, rupawan dan tidak pernah jemu melayan abang tanpa henti.. Leen sentiasa mohon kepada Allah agar abang mendapat redha dan rahmat-Nya sentiasa, dunia dan akhirat.

Abang : Terima kasih Leen.

Aku : Tapi.. Leen tak tentu lagi mampu atau tidak utk jejakkan kaki ke syurga Allah andai saja abang tidak redha pada Leen. Bukan mudah seorang isteri untuk mempertahankan rumahtangganya andai tiada kerjasama daripada pihak suami. Abang sangat maklumkan, perempuan nafsunya 9, dan CEMBURU itu adalah nafsu yang menduduki tangga teratas!. Ramai wanita yang kalah terutamanya dengan nafsu yang satu itu yang akhirnya menyumbatkan mereka ke Neraka Jahannam. Leen tak tahu untuk beraksi bagaimana jika diuji dengan ujian yang mendatangkan "CEMBURU" itu!. Leen takut Leen tak mampu.

Abang : Leen jangan cakap macam tu.

Aku : Leen hanya mampu ke syurga Allah dengan izin dan redha Allah... Redha Allah kepada Leen adalah di atas redha abang sebagai suami Leen.. Ditakdirkan Allah kita ke syurga-Nya, izinkan Leen menjadi Ketua Bidadari Syurga untuk abang...

Abang : Ameen.. Moga Allah makbulkan.. hehehehehe... Abang faham apa yang hendak Leen sampaikan.. (senyum...)

OK, YOU HAVE GOT MY POINT THERE!!.. RITE???!!!..

Note:~ Kepada para suami.. sila fahami dengan jelas, apa yang cuba ku sampaikan menerusi ayat tersebut!. Isteri anda mungkin tidak mampu 'berbahasa' seperti yang aku tuturkan, tetapi makna ayat kami adalah SAMA dan SERUPA!. Ada faham??!!. Thee hee hee.. ~

Firman Allah:
"Dan tiada seorangpun di antara kamu yang tiada masuk ke dalamnya (neraka). Itulah keputusan Tuhan yang tak dapat dihindarkan. Akhirnya, Kami selamatkan orang-orang yang menjaga dirinya (dari kejahatan) danKami biarkan orang-orang yang bersalah berlutut di dalamnya". (Al-Quran Surah Maryam 19 : Ayat 71 - 72).


Firman Allah:
"Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman serta mengerjakan perbuatan baik (amal soleh), maka mereka itu akan masuk ke dalam Syurga, dan mereka tidak dirugikan barang sedikitpun". (Al-Quran Surah Maryam 19 : Ayat 60).


Terima Kasih Allah... di atas karya Ketika Cinta Bertasbih itu!..
(.. dan cik abang pulak yang tak sabar nak tengok Ketika Cinta Bertasbih 2.. hahahaha).


Alhamdulillah. <3 <3 <3



Ya Allah.. Redhai kami semua.. Ameen.


.

Sunday

Yang Terpilih


Entri lepas aku teruja dengan Aturan Allah terhadap kehidupanku, juga kisah suamiku.

Entri ini, aku menoleh memerhati sekeliling. Ada satu kisah yang membuatkan lenaku tidak nyenyak, tidurku sambil memikir, mindaku cuba menaksir, perasaanku sarat untuk memahami.
Firman Allah:
“Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sepadan dengan kemampuannya” (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 286)
Perenggan pertama ayat terakhir Surah Al-Baqarah itu meniti minda dan jiwaku berulang-ulang kali.. Memahami dengan jelas maksudnya dan meletakkan situasi itu di dalamnya.

Dalam aku merenung kisahnya, hati berulangkali berkata "HEBATNYA WANITA INI!. Ujian Allah kepadanya bertubi-tubi.. DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI BELIAU MAMPU MENGHADAPINYA!. SUBHANALLAH!. Maha Suci Allah yang mengatur dengan jelas!".

Dalam bulan ini sahaja, ujian Allah kepada WANITA itu (setakat yang aku ketahui):

1. Suami terlibat dalam kemalangan – Beliau KEHILANGAN HARTA-BENDA (keretanya rosak dgn total lost!).


2. Syarikatnya menutup jabatan yang beliau duduki dan mengarahkannya ‘bertukar ke anak syarikat’ lain dengan KADAR SEGERA!. – KERJAYANYA TERCABAR.


3. Ibunya disahkan mendapat kanser tahap 4!. Setelah seminggu berada di rumahnya.. (sehingga entri ini aku tulis, Ibu beliau masih di hospital dalam keadaan kritikal - Doktor menyuruh BERSEDIA dengan segala kemungkinan!.).. – PERASAANNYA GUSAR.


4. Perlu berulang-alik ke hospital menjaga dan menguruskan Ibu. Juga terpaksa mengangkut semua anak-anak ke hospital (bimbang sekiranya apa-apa berlaku) – TENAGA FIZIKALNYA DIKERAH.


5. Kembali ke pejabat dari cuti compassionate (Ibu dalam hospital) ke tempat kerja, semua dokumennya telah DILUPUSKAN oleh pihak syarikat – konon untuk memudahkannya ‘SEGERA’ ke tempat baru… - HATINYA TERCALAR.


6. Kerja di tempat baru nanti memungkinkan beliau ‘out-station’ – gusar memikirkan anak bongsunya yang ‘istimewa’ – Beliau mempunyai seorang anak lelaki (satu-satunya anak lelaki) yang mengidap “autisma”, yang memerlukan penjagaan dan pemantauan yang rapi. – JIWANYA BERDEBAR!.


Suaminya seorang Ketua Pramugara – dan pasti amat sukar utk menguruskan masa apabila kedua-duanya bertembung tugasan luar (suami duty overseas flight dan beliau duty out-station!!).

YA!. Bagi wanita lain, mungkin ini tidak seberapa kerana ada yang lebih teruk ujiannya.


1- Ada yang diuji SAKIT YANG TERUK!.


2- Ada yang diuji SUAMI CURANG!.


3- Ada yang diuji RUMAHTANGGA BERMASALAH!.


4- Ada yang diuji BELUM BERUMAHTANGGA!


5- Ada yang diuji TIADA ZURIAT!


6- Ada yang diuji ZURIAT BERMASALAH!.


7- Ada yang diuji TIADA KERJAYA!


8- Ada yang diuji KERJAYA BERMASALAH!


9- Ada yang diuji HUBUNGAN KELUARGA PINCANG!


10- Ada yang diuji DIBEBANI HUTANG PIUTANG!


… dan banyak lagi masalah lain yang membebani.


Namun, adakah masalah-masalah itu DATANGNYA SERENTAK seperti yang dilalui oleh wanita ini?. Apa bahagian bahagia kalian selain daripada ujian sedih yang kalian hadapi? (Aku turut bertanya kepada diriku sendiri sebenarnya!.. Yang sering mengeluh atas ujian-ujian KECIL yang Allah turunkan kepadaku!!).

Bagi yang diuji suami curang misalnya, yang bermasalah hanya dengan si suami, cuba perhatikan kebahagiaan lain yang Allah anugerahkan. Contohnya, kejayaan dalam kerjaya, hubungan dengan rakan sekerja, dengan keluarga malah dengan anak-anak atau dengan ibubapa, bukankah berwarna-warni?. Malah mungkin lebih menarik hidupnya daripada orang yang suaminya jujur setia tetapi masalah lain berganda!.

Bagi yang diuji tiada zuriat juga sedemikian.. malah apa jua ujian, pasti ada sudut bahagia yang Allah tetapkan.

Tetapi, bagi wanita ini, YA, ada sudut bahagia yang Allah berikan TETAPI, ujian hatinya di saat ini, sarat padat dengan sakit, bimbang, resah dan gusar yang SANGAAT BANYAAAK!. MASALAH DIRI, KELUARGA, KERJAYA BERTIMPA-TIMPA SERENTAK DALAM SATU MASA!.

Pada wanita-wanita yang berhadapan dengan contoh-contoh ujian 1 hingga 10 di atas, jika diberi pilihan menukar ‘satu’ masalah kalian dengan ‘barisan masalah’ yang di datangkan SERENTAK dalam satu masa seperti wanita itu – APAKAH KALIAN BERSEDIA??..

AKU TIDAK!!!..

Maka, aku sangat mensyukuri ujian-ujian KECIL yang Allah berikan kepadaku. Sungguh!.

Lantas segera aku memohon keampunan Illahi dan sungguh aku menjunjung tinggi kebesaran Ya-Khaliq..

Juga, aku mengkagumi kecekalan wanita itu yang Allah berikan ujian demi ujian ini kepadanya.

KUAT SUNGGUH beliau, kerana itu ALLAH MEMILIHNYA untuk ujian-ujian ini!.
Sabda Rasulullahi Salallahu Alaihi Wassalam:
"Tidaklah seorang Mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana pokok menggugurkan daunnya." (Wallahu’alam).
Wahai insan terpilih, sesungguhnya kau wanita hebat yang Allah pilih untuk ujian-ujian ini!.
Firman Allah:
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada yang telah mereka kerjakan”. (Al-Quran Surah An-Nahl : Ayat 96)
Allah telah memujuk kita dengan sebaik-baik janji. Aduhai INDAHNYA.
Firman Allah:
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. (Al-Quran Surah Az-Zumar : Ayat 10)
Allah tidak pernah memungkiri janjiNya!. Kita yakini itu dengan sejelasnya!.
Firman Allah:
“Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan sedikitpun mereka tidak berubah janjinya” (Al-Quran Surah A;-Ahzab : Ayat 23).
Maka wahai teman muslimahku, ayuh kita tepati janji kita kepada Allah agar Allah anugerahkan kita apa yang telah dijanjikanNya.. (AKU BERPESAN KEPADA DIRIKU YANG SERING GOYAH DENGAN UJIAN ALLAH!!!! ALLAHU AKHBAR).

~Wahai sahabat muslimahku, aku hanya mampu berdoa kepada Allah dengan lafaz bacaan Al-Fatihah agar Allah terus memberi kekuatan dan kecekalan kepadamu untuk menghadapi detik-detik ini. Aku tahu dan yakin kau sangat meyakini janji-janji Allah itu. ~

“Ya Allah. Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu semua kebaikan, yang lalu dan yang akan datang, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu dari semua kejahatan, yang lalu dan yang akan datang, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Dan kami memohon syurga-Mu dan yang dapat mendekatkan kami ke sana, berupa perkataan atau perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari Neraka dan apa yang mendekatkan kami ke sana, berupa perkataan atau perbuatan. Dan kami memohon kebaikan kepada-Mu Ya Rabb sebagaimana yang dimohon oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam kepada-Mu. Dan sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan sebagaimana hamba-Mu dan Rasul-Mu, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam memohon perlindungan kepada-Mu. Dan kami memohon kepada-MU urusan yang Engkau tetapkan bagi kami, agar Engkau menjadikan kesudahannya sebagai kebenaran”. Ameen.

Dalam tenang, dalam cubaan, dalam lapang mahupun resah, kita pulangkan kembali segala rasa kepada Allah yang mentadbir jagat raya!. HASBUNALLAH WA NI' MAL WAKIL!. (cukuplah Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung!!).



Ya Allah, kami hamba-Mu yang lemah. Kami mohon hanya redha-Mu Allah. Redhai kami. Ameen.


.

Friday

Aturan Takdir (Kagum vs. Cemburu)



Alhamdulillah. Setelah seminggu lebih bertarung dengan sakit perut yang amat, dan pemeriksaan pun sudah dibuat, doktor kata ia cuma gastrik (peringkat awal) dan boleh segera sembuh dengan syarat aku jaga dan kawal pemakanan aku. BREAKFAST IS A MUST!. Huhuhuhu…

OKLAH!. Tutup kisah aku dan penyakitku.. (namun, aku sangat bersyukur dengan penyakit yang Allah anugerahkan itu. Aku nampak sangat rahmat dan nikmatnya kenapa dan mengapa Allah takdirkan aku menerima sakit itu pada saat dan ketika itu. YES!. Allah knows the best and HE knows that it was the best reason for what I wish before!.. Subhanallah!! Segala pujian hanya berhak ke atas Allah Azzawa Jalla. I LOVE ALLAH.. SOOO MUCH!!!)..

Itu salah satu aturan takdir yang sangat indah dlm hidup aku.. meskipun 'sakit' yang diterima, tetapi hikmah di sebaliknya, SUBHANALLAH!.

Dan kisah 'TAKDIR' seterusnya adalah berkaitan cik abangku sayang!. HUH!. (ada ‘geram’ jugaks disini.. hahahahaha..)

Abang : Leen, tolong abang buatkan slide presentation, belasah le tajuk apa pun. Abang pening betul bila dapat nih..

hahahahaaa...
Lucu ~ tergelak bila abang hulur 'program' sambil cakap kat aku.. "APA YANG ABANG NAK CAKAP HAH???"... hahahaha... ... mengekek gelak aku bila tengok reaksi abang...


Dalam menyiapkan 'slide presentation' utk cik abang.. rasa 'kagum dan cemburu' terselit bercampur-baur.. bersama silangnya warna merah kuning biru putih di skrin.. hehehe..



YA!. Itulah perkara yang menerbitkan rasa KAGUM dan CEMBURU aku kepada cik abangku sayang!. hiihihi...

Kagum ~ kerana Allah memberinya RUANG DAN PELUANG untuk berdiri di pentas itu nanti dengan menyampaikan CERAMAH MOTIVASI..

Cemburu ~ sebab, selama ni, aku yg beriya berangan nak jadi "Penceramah Motivasi".. tapi.. KUASA ALLAH... ABANG YANG GO ONE STEP BEYOND ME.. angin tak dak, ribut tak dak, terus DI UNDANG JADI "PENCERAMAH MOTIVASI".. hahahaha..

Lihatlah KEHEBATAN KUASA ALLAH... diberi kepada yang dikehendaki, ditarik juga daripada yang dikehendakiNya..

Firman Allah:
"Allah mencukupkan rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Dia pula yang membatasinya. Sesungguhnya Allah itu cukup mengetahui segala sesuatu". (Al-Quran Surah Al-Ankabut 29 : Ayat 62).

Subhanallah.

Sungguh tak terjangkau dek fikiran dan akal waras yang cetek ini.

Ketentuan Allah terlalu hebat. Dan sesungguhnya... Dia Maha Mengetahui, apa yang terbaik pada ruang masa dan peluang tiba untuk hamba-hambaNya.. (....Sepanjang abang jadi BOSS masa 'makan gaji' dulu, setakat bagi 'morning talk' je kat anak-anak buah di meja bulat pejabat... Tapi ni, baru setahun jagung berkecimpung dalam arena 'kerja sendiri', abang berpeluang naik pentas utk bagi 'ceramah' kat more than 100 people!!.. huishhh... hehehehe.. Good Luck bang!!.. hahaha).

Anugerah dan pemberianNya bersebab dan berakibat. Maha Suci Allah dengan segala kebesaranNya. Sesungguhnya sujud syukur selayaknya hanya UNTUK ALLAH.

Dan, kami amat mensyukuri nikmat ini.. SUNGGUH!.

Alhamdulillah.

Dialog seusai solat subuh di pagi yang hening bening.

Abang : Leen, dah siap slide presentation abang?

Aku : Dah.. jap nk buka PC..

..... dalam abang khusyuk meneliti slide demi slide... tiba-tiba...

Abang : Masa ni abang nak cakap apa eh?. Point ni abang nak masuk kat slide mana eh?..

Abang (lagi) : Ni le masalahnya, kalau orang lain yang buat slide, orang lain yang kena bentang. Apa la diaorang ni, suruh abang pulak yang bagi ceramah. Abang bukan tahu nak cakap apa pon.

Aku : hahahaha... hantam je la labuuuuuu.... kuikuikui..

Abang : 40 minit tuuu. Kalau bagi dekat Leen, mesti tak cukup kan. Tapi, kena kat abang, Ya Allah, boleh pitam nak duduk atas pentas tu lama-lama. Adduuuuiii..

Aku : Abang boleh tu!. Yakin Boleh!.. kehkehkeh..

Abang : Takpun, Leen je la yang naik pentas tu bagi ceramah. Wakilkan abang!.

Aku : Cheh.. Mana aci camtuh.. NO WAY!. I WILL ONLY GIVE MY MOTIVATIONAL TALK TO MY OWN PROGRAM!!!...
(cheewaaaahhh.. cita-cita.. "Menggapai Langit Biru"!!!).. hihihi…

Abang : Amin. Abang doakan Leen become one of the TOP MOTIVATOR with your own TALK SHOW!.

Aku : Allahu Akhbar. Alhamdulillah. Jazakallahukhair atas doa abang. Mohon Allah perkenankan.. Ameen.

..............................................................................

"KUN FA YAKUN" kata Allah, siapa yang berani menyangkalnya kan??. :) HEBAT SUNGGUH KUASA ALLAH… ALLAHU AKHBAR!.

Firman Allah:
"Bukankah Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu?. Ya. Dia Yang Maha Pencipta yang tiada bandingan lagi Yang Maha Mengetahui. Hanya dengan perintahNya (kekuasaanNya) apabila Dia mengkehendaki adanya sesuatu,
dikatakanNya 'Jadilah'!. Maka terus menjadi. Maha Suci Tuhan yang tanganNya menguasai segala sesuatu dan kepadaNya kamu akan dikembalikan". (Al-Quran Surah Yaasin 36 : Ayat 81-83).

KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ATURAN ALLAH JUA ADALAH TAKDIR YANG TERBAIK..

Firman Allah:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan................................................ dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya." (Al-Quran Surah Al-A’raaf 7 : Ayat 55-56).


Note : To my dearie Maiza… Let’s MOVE ON with our ONGOING project. hihihihi....
Moga Allah menunjukkan jalan dan memberikan kemudahan untuk kita mencapai apa yang dicitakan. Ameen.



Ya Allah, redhaMu jua yang kami mohon. Redhailah kami. Ameen.









.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.