Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday

NERAKA – SYURGA : DI LALUAN MANAKAH??!!.


Di pagi sabtu..
Seperti biasa, usai solat subuh berjemaah di masjid, cik abang akan balik menyampaikan isi tazkirah kepadaku..

Tertarik dengan tajuk yang ditazkirahkan yakni "RUPA PENGHUNI NERAKA"..

Antara isi tazkirah yang abang sampaikan kepadaku (yang disampaikan oleh Ustaz penceramah), daripada petikan kitab yang dibaca oleh ustaz penceramah itu menyatakan, antara rupa bentuk penghuni neraka adalah:

1) Bidang dadanya seluas 3 hari perjalanan kuda yang paling pantas berlari – ini kerana seksanya penghuni neraka itu di asak badannya dengan siksaan sehingga leper dadanya.
2) Giginya tersembul keluar atas dan bawah – kerana menerima hentakan demi hentakan dari atas dan bawah di setiap ketika.
3) Kulitnya tebal, kasar dan keras – setiap waktu berhadapan dengan api yang menyala, besi yang panas dan pelbagai bentuk siksaan lagi.

~ wallahu’alam.. itu antara yang disampaikan oleh cik abang (rujukannya aku tak pasti, dan aku pun tak pernah dengar perihal ini sebelum ini..) ..tapi.. sedikit itu sahaja informasi yang disampaikan oleh cik abang kepadaku..

Lepas tu kata abang, beralih pula kepada topik – "ISI PENGHUNI NERAKA"!

Kata abang, menurut ustaz penceramah, di antara yang paling ramai menghuni neraka itu adalah KAUM ISTERI... sebab yang paling utama punca terjerumusnya mereka ke dalamnya itu adalah kerana LIDAH DAN LISANNYA!.

(Ya, info ini banyak aku baca dan dengar)..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita”.... (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

"…dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : 'Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu'!." (Hadis Riwayat Imam Al- Bukhari)

.. Menurut Ustaz lagi, antara 'ucapan FEVERET yang langsung membawa si isteri ini ke neraka adalah:- "Selama saya kahwin dengan awak, TAK PERNAH LANGSUNG awak menyenangkan saya” @ yang seumpama dengannya"!!.

~ Ayat yang merupakan PENAFIAN si isteri terhadap KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN yang diberikan oleh suaminya.

Ayat KERAMAT ini biasanya ditutur ketika NAFSU AMARAH di peringkat paling maksima!.. Tak mampu dikawal dan keluar secara spontan!..

Dan KESANNYA ~ ke neraka TANPA HISAB!! (ingat nak ke syurga je ke tanpa hisab.. ke neraka adalah laluan paling mudah TANPA HISAB!!.. na’uzubillah!!).

Perkataan "TAK PERNAH LANGSUNG" itulah yang ditulis oleh malaikat yang nantinya para isteri akan dipersoalkan dengannya!.. aduuhaaaiiii.. BAHAYA TU!!..

- Justeru itu, wahai para isteri, hati-hati dengan lidah dan nafsu amarah kita.. Jangan sesekali sebut "TAK PERNAH LANGSUNG".. kalau tak pernah langsung si suami tu buat kebaikan / kebajikan kepada keluarga, takkan le ko sanggup pertahankan lagi rumahtangga tu kan!.. Baik minta berpisah je!!.. Tapi, kalau ko masih sayang rumahtangga ko, maknanya, BANYAK JUGAK LE KEBAIKAN / KEBAJIKAN YANG SUAMI BAGI!!.. Betul tak???!!!.. -

Terkenang-kenang juga kelantangan dan kelancaran mulut sendiri.. pernah tak dituturkan perkataan sedemikian?.. Isy.. takutnya..

Aku : Abang.. ada tak leen cakap macam tu kat abang?.. Nak plak bila tengah marah?.. Takut la, kekadang bila hangin berangin satu badan, tak sedar apa yang tersebut.. kalau ada, leen mohon ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. jangan tuntut ayat2 leen di akhirat nanti ye bang, bila malaikat tanya abang apa ayat yang leen ucapkan pada abang bila leen marah!!.. Ampukan Leen bang.. Redhai leen bang.. (dh macam nk menitik air mata di pagi subuh weih.. huhuhuhu)..

Abang : InsyaAllah, leen takde cakap macam tu.. tapi ayat lain adalaaahhh (ketawa!.. haish.. ngeri pulak bila abg ckp mcm tu!!).... Leen jangan risau, abang sentiasa ampunkan leen, sebab abang tahu leen tgh emosi.. bukan baru sehari abang kahwin dengan leen.. abang dah masak dengan angin kus-kus leen tu..

(fuuuhhhhh.. LEGA!!) – sebab tu skrg aku semakin selesa mengaplikasikan DIAM LEBIH BAIK DRPD BERCAKAP bila tengah marah.. Dalam hati, aku "berbicara dan meluahkan" kepada Allah!!.. cakap dalam hati tak berdosa.. yang berdosanya bila TERKELUAR BICARA yang tidak-tidak!!! (tapi, bila aku diam, abang pulak suka asak2 aku utk cakap!!.. dia kata, kalau aku diam - TAK SYOK!!.. TAK PUAS KALAU AKU TAK LUAHKAN!!!... chaiissttt.. ni sapa nak jawab nih??!!.. Sapa yg akan dipersoalkan nanti??)...

Abang sambung lagi pasal tazkirah tu - katanya, masa Ustaz cakap pasal kaum isteri yang ramai dalam neraka, dia tengok kaum2 isteri kat belakang banyak yang tunduk dan kaum suami pulak senyum-senyum kambing..

Terus Ustaz tu menambah..

"HAH!.. saya tengok akak-akak kat belakang tu, tunduk je.. tunduk tu samada insaf atau menjawab dalam hati tu" – si Ustaz cuba berjenaka..

"HAH!.. Yang cik abang-cik abang kat depan ni, jangan tersengih-sengih suka sangat bila hadis ni dibicarakan kepada kaum isteri. Hari ni saya cerita bab isteri yang menjadi penghuni neraka. Bulan depan saya cerita pulak ciri suami bagaimana yang menyebabkan mereka lambat ke syurga Allah dan berlamaan di neraka.... (masa ni kata abang, giliran dia pulak untuk tunduk mengenang diri..)..

Abang : Ustaz kata, suami akan dihisab last sekali. Nanti dia akan ditanya pasal isteri dia, anak-anak dia, mak dia, adik beradik perempuan dia.. pasal nafkah.. pasal didikan agama.. pasal solat, pasal aurat... pasal batas pergaulan setiap seorangnya.. dan banyak lagi la... lepas tu baru ditanya pasal amalan si suami tu..

Aku : Kalau yang banyak anak dan banyak bini tu, lagi lamaaaaa la kan kena soal siasat.. lambat le masuk syurga!... (hahahahahaa, aku pulak cuba bergurau!!)..


Abang : Leen, terima kasih sebab selama leen jadi isteri abang, leen jaga diri leen, solat leen, aurat leen, batas pergaulan leen.. selama abang kahwin dengan leen, tak pernah abang terbeban dengan perkara-perkara basic tu.. tak pernah abang rasa bimbang pada penampilan dan pergaulan leen.. juga terima kasih sebab jaga abang dan anak-anak.. kalau leen letak semua beban tanggungjawab tu pada abang, rasanya tak terjawab abang di hadapan Allah nanti.. Janganla leen dengan anak-anak tunding jari pada abang sebab tak didik dengan sempurna bila malaikat Allah tanya abang amanah dan tanggungjawab abang pada keluarga... (alamak.. dia tukar mood sedih le plaks!!)..

Aku : Abang.. semua orang impikan syurga Allah... waima pelaku maksiat pun sejurus selepas melakukan maksiat, cuba abang tanya dia, nak masuk syurga ke neraka?. Mesti dia cakap SYURGA!.. (tak tahulah kalau ada yg rela mendambakan neraka!)..
Maka itu, setiap kali doa, leen mohon kita semua bertemu di syurga Allah.. disediakan rumah di dalam Jannatul Firdaus-Nya..

Aku: ....dan lagiiii..... (dah senyum-senyum kambing dah..)....
leen doa semoga abang dapat banyaaaaaakkkk bidadari-bidadari syurga yang akan layan abang... bidadari yang suci bersih.. yang belum pernah disentuh manusia atau jin.. yang bermata bulat jelita... yang duduk atas sofa dan permaidani indah menunggu abang melayani mereka..

Abang : .. aaaa???? (dengan kerut kening dan muka sgt konfius!)


Aku : Iya la.. Lelaki yang soleh yang dapat menghuni syurga Allah akan diberi bidadari2 syurga yang sgt sempurna.. Jadi, Leen doakan abang terpilih!... Untuk terpilih, maka abang kenalah jadi suami yang soleh di dunia ini.. dan... Leen pun nak masuk syurga jugak... Leen nak jadi Ketua Bidadari.. Maka itu, abang takyah le teringin untuk tambah cawangan baru, takut nanti banyak pulak 'individu-individu tambahan' yang abang nak kena tanggung 'persoalanjawaban' di akhirat nanti.... lambat plak masuk syurga... Kalau abang lambat masuk, Leen minta Allah bagi suami lain kat leen!!.. Taknak la leen tunggu abang yang dok tak habis menjawab hitungan tuh!... (kehkehkeh.. aku dh gelak-gelak tgk muka confuse abang.. maklumla, tadi mood sedih, so, lambat skit pick upnya!!)..

Abang : oooooo... sempat lagi tuh!!!... Iya.. iya.. abang tahu tu.. abang fahaaaaam sangat!.. hahahaha... (hah!.. baru nak gelak-gelak dah.. hahahaha...)

Aku : Kita pun tak tahu bila kita akan dapat menikmati syurga Allah.. dan, entah berapa lama kita akan di neraka tu kan bang.. Janji Allah, setiap yang hidup pasti akan mati.. setiap yang mati akan menginap di kubur sebelum dibangkitkan untuk hitungan akhirat.. juga akan merasai neraka sebelum ke syurga.. berapa lama tempoh kita di neraka tu, wallahu’alam.. Moga sahaja kita dapat ke syurga Allah tanpa hisab..

Aku (lagi) : Mmg kalau cakap tu dengar macam best – nak masuk syurga tanpa hisab.. macam la amalan tu dh cukup melayakkan diri eh?.. Tapi, iyalah, ada ke sesapa yg dengan RELA volunteer nak masuk neraka?!.. Na’uzububillah.. Apa pun, yang pasti, Allah Maha Pengasih lagi Penyayang.. Maha Mendengar dan Memakbulkan doa.. Moga Allah terima taubat kita... Moga Allah pilih kita untuk bersama hamba-hamba-Nya yang solihin di syurga sana.. Ameen ya Rabbul ’Alamiin.

Firman Allah:
"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Quran Surah Al-Hadid 57 : Ayat 21)

Untuk itu, dalam setiap denyut nadi, nafas dan langkah.. ayuh sama-sama kita raih redha Allah.. untuk menikmati syurga-Nya yang abadi... (meskipun laluannya penuh ranjau dan duri dunia.. namun, impian itu PERLU.. dan perlaksanaan ke arah itu MESTI!..)

"Ya Allah.. sesungguhnya aku redha dengan setiap pemberian suamiku kepadaku.. berupa nafkah zahir dan batin.. Aku bersyukur dengan setiap anugerah dan ujian yang Kau berikan kepada kami.... dan aku bertaubat dari segala dosa yang aku lakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja, sedar atau tidak sedar, yang aku sembunyikan atau aku nyatakan, yang telah lepas, sekarang juga yang akan datang... Aku mohon keampunan-Mu Ya Rabb.. ampuni aku.. redhai aku... Hidupkan kami dengan cahaya iman.. matikan kami dengan husnul-khatimah.. lapangkan kubur kami.. lepaskan kami dari fitnah kubur dan azab neraka... izinkan kami mendapat syafaat Baginda Nabi Muhammad, Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam.. dan izinkan kami menghuni syurga Firdaus-Mu Ya Rabb.. Ameen".



Ya Allah.. redhai kami, hamba-hamba-Mu.. Amin.





Friday

Isteri Solehah..


Wahai suami yang soleh..
Kau mahu isterimu menjadi isteri solehah
Maka jadikanlah dahulu dirimu sebagai suami yang soleh..
Sebelum surah An-Nisa ayat 3 itu kamu hunuskan ke jiwa isterimu yang solehah itu, hayati juga surah An-Nisa ayat 129 yang merupakan amaran dan ancaman Allah kepadamu!.

Apakah kamu wahai suami telah berasa cukup soleh dengan riak memberitahu Allah bahawa ”AKU MAMPU BERLAKU ADIL WAHAI ALLAH!.. SAKSIKANLAH!!”..
(Ya, aku juga ingin menyaksikan keadilan Allah kepadamu di akhirat nanti.. moga sahaja kau tidak berjalan dengan tempang kaki di akhirat nanti!!)

Suami yang soleh itu adalah yang memahami keseluruhan isi kandung Al-Quran dan As-Sunnah dan menggunapakainya dengan jalan yang benar!!....
Bukan sekadar mengutip mengambil satu dua ayat yang SEDAP dipasakkan ke telinga dan minda isteri untuk dijadikan TAKDIR isteri..

Untuk membentuk isterimu menjadi solehah adalah dengan kau terlebih dahulu menjadi suami yang soleh.. Jangan mengharap solehah isterimu di atas kelemahan nafsumu dan kekuatan kasihnya terhadapmu.. Jadilah suami soleh yang terusan membentuk kekuatannya menjadi tiang rumahtangga di saat kau berkelana mencari nafkah utk keluarga.. Imamkan solat jemaah.. sudahkah kau khatamkan isteri dan anak-anakmu Al-Quran denga makhraj huruf dan tajwid yang sempurna?. Terisikah rumahmu dengan hadis Rasulullah setiap waktu?...

Wahai suami yang si isterinya katakan soleh itu..
Jangan kau mainkan kalam Allah untuk menundukkan ilmu isterimu dengan menggadaikan solehahnya di mata Allah.. kerana itu PENIPUAN semata-mata!.
Sedangkan Aisyah, penghuni syurga itu juga dihambat cemburu dan syak wasangka, apatah lagi isterimu yang tidaklah sesolehah mana dengan 9 nafsu dan 1 akalnya!..
Hanya kerana kau bijak memomokkan kebodohan kasih sayang isterimu yang kau katakan solehah dan bakal penghuni syurga, maka isterimu yang menginginkan syurga tanpa hisab Allah itu tanpa ilmu dan iman yang tebal terusan dipermainkan akal dan emosinya olehmu.. lantas menurut bak anak kucing hilang ibu!.
Itukah solehah yang kau ciptakan?

Isteri yang solehah itu adalah yang mengutip ilmu Allah, yang beriman dengan ilmu yang Allah kurniakan dan yang tahu hak dirinya sebagai hamba Allah..
Suami bukan hakmilik hakiki! BENAR.. dan kamu juga wahai isteri, bukan hamba abdi si suami!!.. kerana kamu wahai isteri, adalah hak milik Allah.. dan anak-anakmu adalah amanah Allah... yang juga ada hak mereka yang perlu kamu pertahankan!!..

Wahai isteri-isteri yang perasan solehah!.
Berserah kepada takdir itu adalah BODOH dan SIA-SIA..
Pasrah dan redha ada dua makna yang berbeza..
Terpisah bagai langit dan bumi jaraknya..
Hatimu yang buta dek cinta itu tidak akan dapat menaksir dan membezakannya!.
Jangan sehingga nanti, kamu tersungkur di pintu syurga dan terbenam ke lembah neraka kerana KEJAHILANmu mencari solehah dengan jalan yang kamu rasa benar tetapi sebenarnya DUSTA!.


***********************************************************************


ENTRI BEREMOSI..!!! dan ianya PANJANG!!!...

Meskipun tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dan aku langsung tak ada kaitan dalam KES ini, tetapi membaca KES tersebut membuatkan ia mengganggu malam dan siangku..

Lantas aku coretkan untuk peringatan kepada diri.. (serta kepada isteri yang terpaksa berhadapan dengan isu sebegini.. jangan biarkan hidup kalian diselubungi KEJAHILAN dan pasrah atas nama TAKDIR yang dimomokkan suami atas dasar nafsu yang tidak berpaksi Iman!!).

ISU POLIGAMI INI SGT SENSITIF.. YA, AKU AKUI!..
Dan aku, adalah orang yang sangat sensitif apabila membicarakan soal POLIGAMI!..
"Ayahku berkata, kebanyakkan orang yang berpoligami tidak pernah mahu dan tidak pernah ingin tahu perasaan orang lain melainkan nafsunya sahaja!.." (ayahku merupakan anak dari keluarga yang berpoligami – dia berbicara dari sudut pandangannya sebagai seorang anak yang melihat keperitan jiwa ibunya, penderitan batinnya sbg anak dan layanan ibu tiri serta perbandingan dengan adik beradik tiri – MAKANYA, AYAH AKU JUGA TURUT MENENTANG KERAKUSAN DAN KETIDAKADILAN SI SUAMI DALAM POLIGAMI)..

Dan... aku tetap tidak akan menerima keputusan BEBERAPA ORANG suami yang menggunakan keistimewaan surah An-Nisa Ayat 3 untuk berpoligami di zaman ini.. tanpa sebab-sebab yang munasabah - yg benar-benar dibenarkan dlm SYARAK!!
(aku juga masih tidak faham di mana relevannya isteri-isteri yang tidak bermasalah fizikal, akal, dan jiwa boleh dengan mudah memberi izin kepada suaminya untuk berpoligami di zaman IMAN SEROANG MANUSIA ITU TIDAK LANGSUNG DI TAHAP PARA KHULAFAH AR-RASHIDIN, JAUH SEKALI PARA RASUL!!)

Bukan aku menentang poligami yang ternyata itu adalah HUKUM ALLAH.. tidak sama sekali.. AKU MENENTANG MEREKA (PARA SUAMI) YANG MENYALAHGUNAKAN KONSEP POLIGAMI DI JALAN YANG SALAH!..
(dan aku membangkang sikap si isteri yang dengan RELA membenarkan suaminya BERPOLIGAMI tanpa mempertahankan HAK dan HUJAH – melainkan ada sebab yang munasabah!! – bagi yang TERPAKSA MENELAN POLIGAMI, itu lain cerita, biar si suami menjawabnya di sana nanti!! - atau mereka yang faham dan mengerti makna poligami dan boleh hidup dengan harmoni, itu juga satu sisi lain yang sangat sedikit dijumpai..)

DIBENARKAN POLIGAMI JIKA SI ISTERI TIDAK MAMPU MELAHIRKAN ANAK.. ATAU TIDAK LAGI BERAHI TERHADAP HUBUNGAN KELAMIN ATAU BERPENYAKIT GILA ATAU PENYAKIT2 LAIN YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN SERTA KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA!. ATAU SI SUAMI ITU MEMANG BERNAFSU YANG TERLALU KUAT YANG TIDAK MAMPU DIKAWAL OLEH SEORANG ATAU DUA ISTERI!!.. ITU ANTARA SYARAT YANG MEMBENARKAN POLIGAMI!!.

Bukan sekadar suami BERKEMAMPUAN!!..
(Wahai suami... MAMPU apakah yang kau MOMOKKAN kepada isteri-isterimu??).
Firman Allah:
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci....” (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2: Ayat 216)
... wahai suami yang berkata MAMPU itu..
POLIGAMI HANYA SUNNAH – TAPI BERPERANG ITU WAJIB!!..
AYUH KE PALESTIN, SHAHID MENUNGGU KAMU!!..

Wahai isteri yang mengaku solehah – suruhlah suami kamu berperang kerana itu adalah jalan pintas ke syurga Allah.

“Barangsiapa yang berperang di jalan Allah walaupun hanya sesaat, wajib baginya mendapat surga.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ahmad)


PERI PENTINGNYA ILMU!..

"Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

YA!.. sering hadis ini dibicarakan!. Aku akur dan akui... mana mungkin kita mampu menyangkal hadis sahih lagi benar ini..

Tetapi, itu peri pentingnya ILMU!.. Jangan membaca MEMBABI-BUTA.. itulah perlunya THINK OUT OF BOX!.. Sebab itu Allah suruh kita menuntut ilmu..

Firman Allah
"Tuhan kamu yang melayarkan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari kurniaNya; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu." (Al-Quran Surah Al-Israa 17 : Ayat 66)



Kapal yg diperbuat daripada besi yang berat itu mampu berlayar di air yang jerlus!.. Bukankah hukum logik menyangkal yang sedemikian?.. Maka itu, ILMU itu penting!!.. untuk kita mencari HIKMAH di sebaliknya!..

Sama seperti apabila membaca hadis tersebut...
.. Sebagaimana kamu mahukan KEBAIKAN kepada diri saudaramu, PASTINYA kamu juga tidak mahu KEBURUKAN menimpanya sebagaimana ia menimpa dirimu.. BUKANKAH SEPATUTNYA BEGITU???

YA, KAMU MENYINTAI SUAMIMU.. MAKA KATAMU, KAMU RELA BERKONGSI KASIH DENGAN MEMBERI SUAMI YANG KAMU CINTAI KEPADA SAUDARA BARUMU (MADUMU!!)..

TETAPI, KAMU SENDIRI TELAH MERASAKAN BETAPA PERITNYA MEMENDAM API CEMBURU DALAM POLIGAMI, BETAPA KAMU BERUSAHA MENYEMBUNYIKAN LUKA DAN DUKA KESAN DARIPADA POLIGAMI ITU!! BENARKAN???

JADI!!... MENGAPA KAMU TERGAMAK MEMBIARKAN INSAN BARU ITU MELALUINYA??... ADAKAH DIA ITU SE’HEBAT’ KAMU.. ATAU ADAKAH KAMU ITU "AMAT HEBAT" UNTUK MENAHAN API CEMBURU YANG ALLAH WUJUDKAN DI HATI SETIAP WANITA TERUTAMANYA ISTERI??..


JIHAD @ PENTINGKAN DIRI!!.

TIDAK!. Aku tidak sedih dengan nasib yang menimpa mereka (mana mungkin aku sedih sedangkan mereka gembira dengan takdir itu – malan berbangga dengannya!!)..

Cuma, aku kesal dengan kedangkalan ilmu dan kelemahan hati seorang isteri / wanita apabila berhadapan dengan suami yang nafsunya ingin BERPOLIGAMI (atas sebab dan alasan yang tidak munasabah!! Atas faktor yang tidak boleh diterima dengan sewenangnya!!)

MAAF.. SERIBU MAAF.. jika aku nyatakan bahawa kamu, wahai isteri-isteri yang membiarkan dirimu dimadu tanpa menentangnya dengan hujah yang bernas dan TANPA ILMU.. kamu bukan sahaja MENGANIAYA DIRI KAMU DAN ANAK-ANAKMU TETAPI JUGA MENGANIAYA HIDUP WANITA LAIN!!..

(adik aku pun bujang lagi, tak kahwin lagi.. bermakna, ramai lagi lelaki bujang dalam dunia ini... juga lelaki yang duda untuk dijadikan suami, kenapa OFFER suami sendiri?.. PEMALASKAH KAMU MENJAGA SEORANG SUAMI?.. SEHINGGA MEMBERI TANGGUNGJAWAB ITU KEPADA ORANG LAIN UNTUK DIPIKUL???)

KAMU, WAHAI ISTERI... SEBENARNYA TERLALU "PENTINGKAN DIRI SENDIRI" – NAK MASUK SYURGA SORANG-SORANG..

JUGA TAK ADA CITA-CITA TINGGI!!... SEKADAR NAK JADI BIDADARI TAPI TIDAK MENGIMPIKAN UNTUK MENJADI KETUA BIDADARI!!..

Kalian kata sayangkan suami!.
Bagi aku, kali MENIPU DIRI dan MENIPU SUAMI!..
KALIAN CUMA SAYANGKAN DIRI SENDIRI!!!..

Jika kalian sayangkan suami, kenapa tidak bagi laluan mudah untuknya ke Jannah Allah?.. Bagaimana kamu begitu pasti poligami ini membolehkan suamimu akan ke syurga Allah tanpa hisab?.

Bagaimana juga kamu YAKIN dengan POLIGAMI ini KAMU mampu ke syurga-Nya dengan laluan mudah?.. TIADA JAMINAN KHUSUS UNTUK ITU!!.. dan, kamu tahu itu!!..

Sekali lagi, kalam Allah kalian persembahkan untuk memujuk hati kalian!!..

Firman Allah:
”Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Al-Quran Surah Ali-Imran 3: Ayat 142)

Pertanyaanku wahai kaum isteri, muslimah islam yang ku kasihi..

SEJAUHMANA KALIAN BERJIHAD MEMPERTAHANKAN RUMAHTANGGA KALIAN DARIPADA SERANGAN TSUNAMI POLIGAMI?.. SUDAHKAH KAMU TARBIYAH SUAMIMU BAHAWA KAMU MAMPU MENYEDIAKAN KEPERLUAN SEORANG ISTERI SOLEHAH UNTUKNYA??..

SEJAUHMANA KALIAN YAKINKAN SUAMI KALIAN BAHAWA KALIAN SUDAH CUKUP HEBAT UNTUK MENJADI KETUA BIDADARINYA DI SYURGA KELAK SEHINGGA DIA TIDAK PERLU LAGI MENAMBAH RUANG UNTUK MEMERANGKAP DIRINYA DALAM KECELARUAN NAFSUNYA UNTUK BERPOLIGAMI??!!..

Andai nanti Allah tanyakan kepada kamu/ kalian wahai isteri, "MENGAPA MENYEKSA HATI WANITA LAIN SEBAGAIMANA HATI KALIAN TERSEKSA DIMADUKAN DENGAN MEMINANGNYA SEBAGAI MADU KALIAN?".. – apa jawapan kalian kepada Allah?

MAKA, LAYAKKAH SYURGA ITU KALIAN IDAMKAN??.. (atau, kalian memang tidak mengimpikan ke syurga Allah.. dan tidak KISAH jika berlama-lamaan di nerakanya dengan seribu penyiksaan yang sangat ngeri dan perit itu??)

Lihatlah para mufti, alim ulama, malah jutawan2 islam.. berapa nisbah mereka yang ALIM DAN MAMPU itu yang BERPOLIGAMI??..

Mereka yang namanya terbentang di sejarah-sejarah dunia tidak dengan mudah berpoligami.. tetapi mengapa suami kalian yang tidak berapa ’ada nama’ itu dengan mudah kalian izinkan berpoligami???...

POLIGAMI ITU HARUS!.. TETAPI BUKAN SATU GALAKKAN UNTUK MENGAMALKANNYA!.. (aku patut hadiahkan kalian buku tulisan FATIMAH SYARHA – Sebarkan Cinta-Mu untuk kalian lebih mendalami ilmu!!)


JANGAN IMPIKAN SYURGA ALLAH DI JALAN JIHAD YANG SALAH!!
– kecelaruan iman dan kedangkalan akal bukan lebih mendekatkan kalian ke syurga-Nya, tetapi lebih menjauhkan kalian dari mencium harumnya, apatah lagi menjejakinya!!.. maka.. AWAS – perangkap halus syaitan itu sering menyesatkan manusia tanpa sedar!!..

(Jika kalian boleh baca tulisan aku ini dengan ilmu, maka, TAHNIAH.. tetapi, jika kalian bacanya dengan emosi.. lihat kembali hati kalian.. ITUKAH HATI PENGHUNI SYURGA??)

.........................................................................

Oh ya, ingin lagi aku bertanya..
Kali ini, kepada SUAMI yang mengamalkan poligami...

~ Berapa kali seminggu kamu kejutkan isterimu bangun solat tahajjud, hajat, istikharah dan witir di sepertiga malan terakhir?. (tidak kiralah isteri yang manapun!!)
~ Berapa kali sebulan kamu memandikan anak kecilmu dengan tanganmu sendiri?
~ Berapa kali setahun kamu ajarkan dan khatam Al-Quran dengan kesemua isteri dan anak-anakmu?
~ Berapa kerap kamu berpuasa sunat dan berbuka bersama isteri dan anak-anakmu?
~ Sudahkah kamu membawa isteri-isterimu, ibu bapa-ibu bapa mertuamu serta adik-beradik ipar duaimu mengerjakan haji dan umrah? – kerana kamu berkemampuan kan?!.
~ Berapa kerap kamu membawa isteri-isteri dan anak-anakmu mengembara mengelilingi dunia untuk mencari dan belajar tentang rahmat ciptaan Allah? – dalam surah Al-Quran Allah menyuruh kita mengembara.. kan? (pasti kamu lebih tahu surah yang mana.. kerana kamu seorang ilmuan dan agamawan!!)
~ Persekolahan anak-anak, pernah kamu duduk dan memantaunya?. Berapa dari anak-anakmu yang berjaya menjadi doktor, engineer, arkitek yang juga mereka adalah hufazan dan hufazah Al-Quran – para tahfiz yang mampu menjadi Imam Qariah?.
~ Kamu, adakah pernah mengimami qariah masjid di sekitarmu? Berapa banyak jenazah yang telah kamu mandikan, kafankan, solatkan, talkinkan dan kuburkan?
~ Berapa banyak saudara baru yang memeluk islam bersyahadah di hadapanmu dan kau sara mereka dengan sumber kewanganmu yang kamu mampu itu??.
~ Jika kamu masih mempunyai anak kecil, tetapi sudah lagi menambah ’cawangan’ baru.. adilkah kepada anak kecil itu yang masih belum pandai memanggil ’ayah’ kepada kamu, telah kamu ’curi’ masa pembesarannya untuk melihat kamu membimbingnya menjadi anak yang soleh?..

Aduhaiii suami... INSAN BAGAIMANAKAH KAMU INI???....
KONSEP ADIL YANG BAGAIMANAKAH YANG KAMU SEDAPKAN HATIMU DAN HATI ISTERI-ISTERIMU??

Lupakah kamu yang Rasulullah BERMONOGAMI selama 25 tahun.. dan berpoligami hanya 10 tahun..

Berapa tahun usia perkahwinan kamu dengan isteri pertama sebelum kamu menikahi isteri kedua? Berapa tahun usia perkahwinanmu dengan isteri kedua sebelum kamu menambah lagi yang ketiga?. Begitu juga seterusnya!!!..

Allah berikan kesenangan / kemewahan / wang ringgit dunia untuk kamu KONGSI bersama.. bukan kongsi untuk NAFSUMU sendiri sahaja..

Jika kamu katakan kamu ingin membela wanita dan meramaikan umat Muhammad kerana jihad di jalan Allah atas dasar MAMPU WANG RINGGIT, kenapa kamu tidak kutip anak-anak yatim di lorong haji taib yang mana ibu mereka itu PELACUR untuk kamu jadikan anak angkat?.. Sekolahkan mereka, tarbiyah mereka agar mereka tidak tercicir dalam menikmati indahnya iman dan adilnya Islam.. agar mereka boleh melihat cahaya iman yang tersembunyi di sebalik lorong gelap itu!.. agar mereka berada diladasan islam yang syumul!...

Kamu wahai suami yang menggunakan hukum poligami sebagai polemik politik diri!..
Kamu menyuruh isterimu menyiapkan diri mereka sebagai isteri solehah yang mengimpikan Jannah Allah.. tetapi, sanggupkah kamu hidup beribu tahun di neraka Allah sebelum bersama mereka di syurga-Nya?.. Kerana, banyak TUNTUTAN dan PERTANYAAN serta PERTANGGUNGJAWABAN yang perlu kamu LUNASKAN sebelum SYURGA ITU KAMU JEJAKI!..

CUKUP HEBATKAH KAMU BERHADAPAN DENGAN PERSOALAN2 ALLAH NANTI?..

Itu, kamu tidak perlu jawab.. kerana yang akan menjawab adalah kaki tangan kamu.. bukan lidah yang tidak bertulang yang kamu gunakan untuk cairkan dan lalaikan iman isteri-isterimu!..

SELAMAT MENJAWAB!!..

MAAF KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT...

.. oh ya, inikan blog aku.. suka hati akula nak tulis apa pun..
Jikapun aku bodoh menulis begini, maka, jangan serlahkan kebodohan kalian dengan meninggalkan komen sebagai anonymous..

SEKIRANYA ADA YANG INGIN BERBAHAS LANJUT MENGENAI PERKARA INI.. JIKA ADA YANG TIDAK PUAS HATI.. ATAU JIKA ADA YANG INGIN MENGAJAR AKU YANG AGAK KURANG DI AJAR DAN TIDAK CUKUP BELAJAR INI, SILAKAN EMAIL DI ciktiny@gmail.com – kita boleh berhujah dengan ilmiah – atau juga dengan emosi.. jangan jadikan kotak komen aku dengan gelaran Anonymous untuk melancar senjata.. kerana ia akan membuka banyak keaiban daripada kebenaran!!.


Note : Tiba-tiba aku rasa nak pergi jumpa Ustazah Fatimah Syarha – bersama beliau memberi KESEDARAN kepada PARA REMAJA, PARA SUAMI DAN PARA ISTERI bahawasanya:

*DALAM ISLAM, POLIGAMI ITU HANYA SATU KEHARUSAN – BUKAN SATU GALAKKAN!!.. *



Ya Allah.. redhailah kami semua... meskipun redha-Mu itu terlalu jauh untuk kami yang hina ini menggapainya!!...






Tuesday

Sebarkan Cinta-Mu!.. PUAS!!..


Sudah lama aku mengikuti penulisan Ustazah FATIMAH SYARHA di blog beliau dengan header SEBARKAN B.A.H.A.G.I.A. (Ya, beliau benar-benar "menyebarkan bahagia" – setidak-tidaknya kepada aku..).

Sering juga buku itu aku lihat, namun tidak tergerak utk membelinya (akui! sudah lama ‘membuang’ minat utk membaca novel kerana aku sering ‘tewas’ dan 'bermasalah' dgn ‘pembahagian masa’ di antara menyudahkan pembacaan dan rutin harian yang lain!..).

Tetapi, sabtu lalu, ketika di MPH (menghabiskan saki baki voucher yang ada).. terlihat lambakan novel ini di ruangan hadapan... hati menjerit-jerit untuk memilikinya..

Setelah menimbangtara.. maka, aku tekad untuk MEMILIKINYA.. lantas aku mencapai SEBARKAN CINTA-MU dengan tekad untuk menyelami ilmu di dalamnya..


ALLAHU AKHBAR!..

Tiga hari aku mengambil masa untuk menghadamnya!.
(YA.. tempoh yg agak panjang.. kerana aku JARANG menghabiskan pembacaan sebuah NOVEL lebih daripada satu atau dua hari – di zaman remajaku dahulu!!.. BENAR... aku sanggup ketepikan segala urusan waima makan dan tidur, semata2 utk menyudahkan pembacaan!! MELAMPAU.. kan!!..)...

....petang kelmarin, usai membaca perenggan terakhir.. aku menangis.. tanpa pinta!!.. (cik abang terkejut melihat aku menangis tanpa sebab!.. oppsss).

Tidak tahu mengapa.. ia terjadi tanpa sedar dan tanpa sengaja.. kerana apa???..

KERANA SATU KEPUASAN YANG MAKSIMA!..
(mungkin itu yang ingin aku hamburkan..)

Ya, sungguh.. terdapat satu kepuasan yang luar biasa usai membaca Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha.

PUAS!..
Sungguh aku puas.. ia sangat menjawab banyak perkaran yang sering memberati minda dan akal warasku.. juga menjawab persoalan yang sering membuat aku bimbang tentang bagaimana utk mentarbiyah diri, suami serta anak-anakku untuk membentuk keluarga kami menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah – yang dalam limpah kurnia dan redha Allah (kerana jalannya tidak mudah...).. Aku menemui sebahagiannya di dalam NOVEL SEBARKAN CINTA-MU!!.. Allahu Akbar..

Subhanallah.. sungguh aku mengagumi penulisan yang sangat indah, berilmiah dan bertauhid itu!. Jazakilahu khairan kathira ya Ustazah Fatimah Syarha!..

Mungkin banyak lambakan novel seperti itu di luar sana, tetapi, ia merupakan NOVEL PERTAMA bercirikan NOVEL TAUHID yang AKU JUMPA DAN BACA – yang menyingkap hampir keseluruhan ‘sisi kehidupan’ di semua peringkat umur, watak, pandangan dan pemikiran dalam persekitaran rumahtangga!.

Novel ini mencelikkan separuh dari hati aku yang sering berbolak balik tentang sisi rumahtangga dan serta gaya mencorakkan perjalanan hidup anak-anak.. Bertambah ilmu ku untuk banyak perkara yang selama ini sungguh AKU JAHIL mengenainya... (meskipun tahu, tapi, hanya samar2, tanpa hadis dan hujah yang utuh dan kukuh!!).

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang merencana setiap kejadian.. sesungguhnya kalam ilmu-Nya itu sangatlah luas!.. dan.. sesungguhnya.. ISLAM ITU SANGAT INDAH.. SANGAT SEMPURNA.. SANGAT MENENANGKAN JIWA!!..

Alangkah bahagianya, andai novel ini terhasil di aaman remaja aku dulu.. di saat aku GILA mengumpul dan membeli novel2 'fantasi kehidupan' – yang sering membawa aku hanyut melayang merasakan diri merupakan 'watak wanita utama' di dalam novel tersebut.. (dh namanya budak remaja belasan tahun kan.. mestilah gemarnya baca novel CINTA.. dan, bila baca tu, masa tu la rasa mcm kita ni la watak heroin yg serba HEBAT itu – kalau watak kekasih yg setia, maka itulah watak impian.. bila watak itu watak isteri yang ditindas, terasa bagai diri inilah mangsa itu... eeeiiiwwwuuuu.. DULU LAAA.. DULUUUUUU...!!)..

Maaf, bukan aku mengecilkan penulisan novel2 cinta di pasaran.. TIDAK.. (aku hidup dgn novel2 cinta itu di aaman remaja aku, dan berasbab itu juga aku dapat manfaatkannya di dalam gaya bahasa penulisan2ku..).. bukan aku membandingkan dgn sesiapa.. sekadar melahirkan kekaguman seiring dengan keinginan hati di kala ini yg lebih cenderung kpd novel2 berbentuk islami..

Membaca novel ini, aku tidak dapat meletakkan diri aku pada mana2 watak.. (dgn faktor umur, status, bangsa, tahap pendidikan dan sebagainya... adalah tidak sesuai aku 'masukkan diri' aku sbg watak utama, yakni seorang gadis remaja yg bernama "Sarra Faseeha" itu... dan tidak juga aku dapat meletakkan diriku setanding watak Ibu Dhiya, seorang 'cleaner' warga Indonesia yg digambarkan begitu berilmu dan berakhlak sempurna..)..

Subhanallah.. acapkali bibir ini menguntum pujian ke hadrat Allah dan menyanjugi Rasulullah kerana penulis berjaya membawa aku sebagai PEMBACA yang membacanya sambil menimba ilmu..

Aku tidak menjumpai mana2 watak utk aku selitkan diri aku dalam khayalan dan lamunan!.. Maka itu aku membacanya dgn melihat persekitaran seterusnya menghadam setiap ilmu yang disampaikan dgn penuh azam dan iltizam..

Allahu!.. Apa lagi mampu aku bentangkan di sini?..

YA!.. aku tidak patut lebih2 memuji.. tetapi sejujurnya pujian itu aku panjatkan kepada pemilik yang berhak menerima segala puji-pujian, yakni Allah Azza Wajjalla..

DIA yang Maha Pemberi serta Maha Pengasih itu telah mengizinkan hamba-Nya menikmati ilmu-Nya dari pelbagai cabang dan jalan..

DIA juga mengizinkan Ustazah Fatimah Syarha menghasilkan novel islami yang begitu terkesan di hati ini.. yang menjadi panduan dan didikan kepada jiwa-jiwa yang JAHIL lagi KETANDUSAN ILMU, IMAN DAN TAKWA!..

Mahu sahaja aku menyuruh setiap IMAM dan BAKAL IMAM (yakni para suami dan yang bakal bergelar suami – iaitu kaum LELAKI) membacanya..
Ingin sekali aku usulkan kepada setiap ANAK GADIS agar menghayatinya..
Sungguh aku ingin PARA ISTERI menghadam dan menafsirnya dengan akal, dengan iman dan dengan takwa!. SUNGGUH!..


AKU SAYANG ISLAM..
AKU RINDU RASULLULLAH..
AKU CINTA ALLAH..

SUBHANALLAH!! ALHAMDULILLAH!! ALLAHU AKBAR!!..

.. Moga akan hadir lebih banyak lagi novel-novel sebegini, agar bisa aku hulurkan kepada anak2 gadis dan anak2 bujangku sedari awal usia remaja mereka, agar mereka menyedari dan menyingkap maksud rumahtangga, kehidupan dan kemasyarakatan!.. dengan gaya yang santai tetapi penuh berilmiah berdalilkan Al-Quran dan As-Sunnah!..

Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (mengerti dan mematuhi kebenaran);............. Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya DIA adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun". (Al-Quran Surah Al-Israa’ 17 : Sebahagian Ayat 41 dan 44).

"YA NUR.. YA HAADI.. Wahai Yang Bercahaya.. Wahai Yang Maha Pemberi Petunjuk..

Cahayailah hatiku dengan cahaya Iman dan Takwa kepada-Mu.. agar aku dapat melihat dan melalui jalan-Mu dengan tertib dan dengan tenang...

Berikan petunjuk bagiku untuk tetap terus teguh dilandasan Islam, Iman dan Ihsan yang Kau redhai.. agar setiap langkahku adalah langkah ibadah kepada-Mu.. untuk menggapai redha-Mu jua.. "


Ya Allah.. redhai kami semua.. Ameen.

Thursday

Formula Takwa (renungan kepada si isteri)


SABAR + SYUKUR x MUHASABAH DIRI = TAKWA

Wallahu’alam.. ni formula yg aku reka sendiri jer..
Sbb nak pujuk hati bila kroni-kroni Iblis cuba menghasut atau cuba nk tarik aku jd agen MLM mereka!!.. (tak kira dlm apa jua situasi.. baik dlm kerjaya, rumahtangga, pengajian atau berkisar kepada kehidupan seharian dgn masyarakat dan persekitaran!!)
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman!. Sabarlah!... dan cukupkanlah kesabaran, dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beruntung!”. (Surah Ali Imran 3 : Ayat 200).

Nah.. Allah telah me’minta’ kita sebagai manusia yang ingin memperolehi tingkat takwa yang tinggi untuk (1) bersabar... dan (2) mencukupkan sabar.. seterusnya (3) perteguhkan kekuatan!.

Daripada ayat itulah maka aku buat kesimpulan, bahawasanya SABAR itu sahaja TIDAK CUKUP!.

Kata orang ~ SABAR ITU ADA HADNYA!.. Mungkin ramai yg tidak setuju terutamanya orang yg alim dan tinggi tingkat takwanya. (Aku pernah ditegur bila berkata ~ sabar itu ada hadnya!. Kata yang menegur itu, sabar itu tidak sepatutnya ada had!. Kerana Allah tidak pernah membataskan SABARNYA kepada manusia.. AKUR!.. Terima kasih atas teguran..)

"Tapi, saya manusia, apatah lagi seorang perempuan yg punya 9 nafsu dan 1 akal – yang sgt daif dlm agama sementelah hidup sebagai seorang isteri, ibu, anak, menantu, saudara, pekerja, juga pelajar dan ahli masyarakat yang bnyk sekali peranan ’SABAR’ itu dijentik-jentik, diketuk-ketuk adakalanya diijak-injak!!.. Saya akur, tingkat iman dan takwa saya sgt rendah dan lemah.. ilmu agama saya terlalu cetek utk mempertahankan SABAR itu!." – itu kata hatiku!.

Pada satu usrah, aku dengar ustaz ni bgtau, SABAR MANUSIA ADA HADNYA!. Sbg seorang insan, kita takkan mampu utk terusan BERSABAR!. Sabar itu jika kita kumpul2, pendam2, simpan2, itu yang bila tak tahan tu, kita akan MELETUP, AMUK dan seterusnya sanggup MEMBUNUH!!.. (Yes ustaz!!!... Jazakallahu khair!!!)

Menurut Ustaz itu lagi, sabar itu mesti disertakan dengan syukur..

Senario:
Seorang anak yg bersekolah, terasa rendah hati bila melihat teman-temannya yang lain bawa duit belanja sebanyak RM10 dan sering membeli makanan mewah di kantin sekolah, sedangkan dia hanya membawa bekalan makanan yg dimasak ibunya dan mungkin diberi RM2 oleh ayahnya sebagai belanja sekolah. Di awal waktu, mungkin boleh bersabar dgn keadaan itu, tetapi lama-kelamaan sabarnya akan menjadi bosan bilamana hatinya teringin untuk berbelanja sakan seperti rakannya!.

Namun, jika dia menambah SYUKUR, maka ia akan menjadi penawar bagi keinginannya yang mula bertunas itu!. Bersyukur kerana dia membawa bekalan makanan yang di masak dengan penuh kasih sayang oleh ibunya sedangkan kawannya mungkin tidak sempat menatap wajah si ibu dan ayah kerana tuntutan kerja yang hanya membolehkan mereka menyediakan ’wang’ sbg ganti.

... dan di sinilah aku menambah satu lagi elemen iaitu MUHASABAH DIRI... yakni, dia melihat apa kelebihannya berbanding kekurangannya... muhasabah diri dgn melihat betapa ibunya bertungkus-lumus menyediakan makanan utknya... kasihan kepada ayahnya yg terpaksa bekerja utk menyekolahkannya.. dan akhirnya kembali tenang apabila mendapati dirinya juga tidak kurang hebat kerana masih dpt bersekolah – hanya waktu ’rehat’ yg selama 1 jam itu sahaja yang ’merunsingkan fikirannya sedangkan waktu lain dia menikmati hari yang indah (dgn menuntut ilmu).

Contoh lain : (contoh yg sgt femes d’ emes ni, yg banyaaakkk sgt aku dengar ceritanya di sana sini!!):

Seorang isteri yang diuji kecurangan suami atau yang mempunyai suami yg memiliki 'ketidaksempurnaan' seperti yg dihajati, atau suami yang bercita-cita untuk berpoligami atau yang tidak menunaikan tanggungjawab hakiki seorang suami!. (sana sini aku dengar kisah macam nih.. bukan saja pada yg baru kawen, yg dah lama kawen pun mengalami masalah serupa... rupanya masalah ni bukan lagi LUAR BIASA – malah dah jadi KEBIASAAN!!... ALLAHU!!...)
[Betullah kata ckLah ~ kita perlu MEMBIASAKAN YG BETUL DAN MEMBETULKAN YG BIASA – MENURUT AL-QURAN DAN SUNNATULLAH DLM BERUMAHTANGGA!!!].. Kan!!.

(1) SABAR.
Hari-hari (atau ada hari-harinya), si isteri suka benar meratapi (atau mengenang) 'malangnya' nasib.. tetapi atas beberapa faktor, ANAK, KEWANGAN, KEDUDUKAN, USIA, PERSEKITARAN atau apa jua faktor yang 'menghalang' niat utk perpisahan itu berlaku, maka itu SABAR itu masih menggunung tinggi!.. Alhamdulillah.. teruslah BERSABAR!... Namun, SABAR itu tidak cukup.. kerana jika hanya dengan sabar, ianya akan menjadi BARAH di dalam dada!. Akan ada waktu mengungkit.. akan ada waktu terasa diri tidak dihargai.. akan ada waktu rasa diri dianiaya (mcm le kita tu baik sgt eh!.. hihihihi).. dan pelbagai lagi RASA yg timbul (RASA-RASA yang dibawa oleh kroni Iblis yang bernama DASIM untuk menghancurkan mahligai kerukunan rumahtangga!!)..

(2) SYUKUR
Maka itu, perlu ditambah dengan SYUKUR!. Syukur kerana masih punya rumahtangga, masih mempunyai suami yang memberi darjat yang tinggi kepada kita – yakni status sebagai ISTERI!!.. (tidak mudah membawa gelaran JANDA!!.. Terbuka diri kepada fitnah dan kata-kata nista manusia – aku teringat kata-kata seorang teman apabila pernah berdialog tentang perihal rumahtangga!!.). Dengan BERSYUKUR, kita akan lebih menghargai nikmat dan rahmat daripada ujian yang Allah turunkan kepada kita.. Bukankah ujian itu satu yang mendekatkan kita kepada Allah?. Tanda kasih Allah kepada kita adalah juga melalui ujian-Nya..

(3) MUHASABAH DIRI
Di sini, aku menambah satu lagi formula yakni didarab dengan MUHASABAH DIRI.. (kenapa darab??.. sebab muhasabah diri itu kena banyaaakkk2...). Kembali merenung kelemahan dan kelebihan diri..

Tanya diri : APA YG TIDAK KENA DGN RUMAHTANGGA AKU?.. Kenapa suami aku curang?.. Kenapa suami aku beralih kasih? Kenapa suami aku tidak seperti suami orang lain yang membahagiakan isterinya???...
Kata orang, IT TAKES TWO TO PLAY TANGGO!!..
Maksudnya, jika si pelaku itu salah, bukan 100% kesalahan itu kepada si pelaku kesalahan.. ada peratusan salah itu berpunca dari persekitarannya!.

YA!. Mungkin si suami salah kerana berlaku curang @ beralih kasih... tetapi cuba renung dan muhasabah diri – apa kelemahan kita sebagai isteri yang ‘mendorong’ kepada kecurangan @ kebosanan suami??..
Cukup telitikah ‘peranan dan layanan’ kita dalam menjadi isteri solehah??!!..
* Solat? – di awal waktukah?.
*Aurat? – benar2 terjagakah?. Masa memilih / membeli baju, utk siapa kita niatkan pemakaian itu dilihat?.. utk kawan sekerja, utk majlis atau utk mata suami?.
*Lisan? – Lisan kita pernah atau tidak menderhaka, mengumpat, mencela atau lebih dasyat memaki hamun suami? Berapa banyak surah Al-Quran yang kita baca?.. berapa banyak doa yg kita panjatkan kepada Allah utk kesejahteraan diri, suami, anak2 serta kerukunan rumahtangga?
*Di kamar? – pernah menolak ajakan suami ketika tidak dlm uzur syarie dgn alasan PENAT, LETIH, MALAS, TAK MAU??! Berapa kali cadar diganti? Bilik ada atau tidak diletakkan haruman yang menyegarkan?. Kain baju bersepah dalam bilikkah?. Meja solek, teraturkah susunannya?.
*Hubungan dengan mertua (ibu ayah suami)? – Pernah atau tidak di dahulukan? Melebihi ibu ayah sendiri?. Dengan jujur dan ikhlas?.
*Layanan terhadap suami? – Perutnya dijagakah?.. Pakaiannya disediakan dgn kemas tak?. Dirinya diurus dengan rapi tak?. Gurau senda menghiburkan hatinya, bermain di bibirkah?. Permasalahannya, dikongsi bersamakah?

Jika banyak TIDAK daripada YA..
MAKA LAYAKKAH KITA UNTUK MENGATAKAN BAHAWASANYA KITA CUKUP BAIK UTK TIDAK DIUJI DGN SUAMI YG BERKELAKUAN TIDAK BAIK???.

Aku mendengar usrah seorang Ustazah, katanya:
"…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…"

Ustazah juga menyebut: (sumbernya aku kurang jelas, sbb khusyuk menyalin nota, so aku cari sumber yg seakan-akan dengan yang ustazah sampaikan).
"Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."
(wallahu ‘alam).

Pernahkah kita melakukan sedemikian?. Pernah tak kita mengeluh dengan kelemahan suami atau kekurangan dirinya?... waima dalam hati kecil?.. Pernah tak kita meminyakkan rambutnya? mengerat kukunya? Menyenangkan hatinya ~ Secara istiqamah..

Apapun, intipatinya adalah: MUHASABAH DIRI – nilai kembali kelebihan dan kekurangan diri sebelum dengan mudah kecewa dengan takdir dan qada’ qadar Allah.

Aku suka mengingatkan diri akan satu petikan yang pernah aku baca.

"BIAR TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK DUNIA, ASAL KAMU MENJADI SEBUTAN DI BIBIR PENDUDUK LANGIT (MALAIKAT)". IDAMKAN UNTUK MENJADI KETUA BIDADARI SYURGA.. YANG HARUMNYA BISA DICIUM DARI BERIBU JARAK!..

Ada satu gambar yang ingin aku kongsikan bersama.. yang sangat menyentuh hati aku..
(ckLah, MakBonda – Maaf, kerana mengambil gambar ini tanpa izin.. sesungguhnya ianya sangat terkesan di hati ini.. berdoa di hati ini, semoga Allah mengizinkan saat-saat ini berlaku kepada diri... melayani suami tidak kira masa dan usia.. Gambar ini adalah gambar ayah dan bonda cklah dan MakBonda... SubhanAllah.. sejuk hati ini memandang..)

Aku suka dan ingin mengingatkan lagi dan lagi, untuk diri sendiri serta kalian wahai para isteri, akan sabda Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam yang ini:

"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya." (Al-Hadis).

Juga aku ingatkan diriku dan diri kita semua wahai para isteri:
ANDAI ADA KETIKANYA KAU LELAH DGN RESAM RUMAHTANGGAMU – LETIH DENGAN SANDIWARA SUAMIMU – MAKA JUALLAH KENIKMATAN DUNIAMU KEPADA ALLAH DAN MOHON ALLAH MEMBELINYA DAN MENGGANTIKANNYA DENGAN MEMBINA SEBUAH MAHLIGAI DI SYURGA FIRDAUS UNTUKMU.. (PASTIKAN BERKEMAMPUAN MEMILIKINYA, KERANA PERTUKARANNYA TIDAK MURAH!!)

Ingatkah kalian akan kisah ASIAH? Permaisuri FIRAUN?!

Suaminya seorang yang DILAKNAT ALLAH dunia dan akhirat.. tetapi beliau tetap BERSABAR.. seterusnya BERSYUKUR dan kemudiannya BERMUHASABAH diri sehingga beliau REDHA dikenakan hukuman MATI oleh suami sendiri!.

Firman Allah:
” Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”. (Al-Quran Surah At-Tahrim 66 : Ayat 11).

Oleh itu.. SABARlah.. SYUKURlah.. dan banyakkan MUHASABAH diri..

Laluan untuk meraih redha Allah itu tidak mudah, kerana Iblis sentiasa menjadi penghalangnya.. itukan janji Iblis kepada Allah.. dan Iblis adalah antara makhluk yang tidak pernah culas dgn janjinya – untuk MENYESATKAN MANUSIA – walau dengan APA JUA CARA DAN HELAHNYA!!..

Firman Allah:
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (Al-Quran Surah Asy-Syura 42 : Ayat 20).

~ Wahai isteri:
- Jika kau impikan suamimu setampan Nabi Yusuf, adakah dirimu setulus Zulaikha?
- Jika kau impikan suamimu sekaya Nabi Sulaiman, adakah kau memiliki kerajaan seperti Puteri Balqis yang menawan?
- Jika kau impikan suamimu sesabar nabi Ibrahim, adakah imanmu seteguh Siti Hajar?
- Jika kau impikan suamimu semulia Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam, adakah dirimu sehebat penghulu syurga wanita yakni Siti Khatijah a.s?.

Jika jawapannya TIDAK... maka belajar untuk REDHA..
Redha itu bukan pembelajaran sehari dua.. malah ada yang tidak berjaya menemuinya hingga hujung nyawa.. Moga Allah memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita.. setiap masa..

Takwa itu banyak tingkatnya... tidak kira di tingkat mana iman kita, teruslah melangkahnya... AWAS! Iblis itu bersedia menanti di setiap tangga!!!.

"أعوذ بالله من الشيطان الرجيم"
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam”.



Ya Rabb.. redhailah kami semua..



Tuesday

Infak Hajat.


Pertemuan selama 2 jam di antara aku (ditemani abang) dengan Aunty Ngasobah Seliman pada sabtu minggu lalu sangat-sangat bermakna dan bermanfaat bagi diriku...

SubhanAllah.. Maha Suci Allah yang mengizinkan pertemuan dan perbicaraan ilmu itu berlangsung dalam suasana yang santai dan sangat harmonis..

Sungguh aku kagumi pada seorang wanita yang banyak perjalanan amalnya.. di usia ‘pencen’, beliau tetap tangkas, lincah dan kritis dalam pemikiran, perkataan, pengetahuan serta penilaian dalam sesuatu perkara…

Satu perkara yang aku lihat terpancar dari tutur katanya adalah, BELIAU SEORANG YANG SGT JELAS DGN JIHADNYA!.. Itu kekagumanku pada semangat yang Allah salurkan kepada beliau. KONSEP TARBIYAH DAN MUROBBI ~ adalah di antara penekanan yang sangat dititikberatkan oleh Aunty Sobah.

Seperti yang lainnya, perkenalanku dgn Aunty Sobah adalah melalui dunia tanpa sempadan ini.. BLOG.. Allah gerakkan hatinya utk 'menegurku' (aku telah lama mengikuti blog beliau), di entri yang lalu.. dan, Allah memudahkan ruang dan peluang untuk kami bertemu..

(2 jam berlalu aku rasakan sgt singkat.. mahu lagi aku mendengar bicara ilmu dan kata-kata semangat dari Aunty Sobah..)

Banyak ilmu yang aku perolehi.. dan, salah satu yang terkesan di hati aku adalah "INFAK HAJAT"...

YA!. Apabila menginginkan sesuatu, kita sering bangun malam bertahajud seterusnya menunaikan solat hajat serta mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.. Tetapi pernah atau tidak kita terfikir untuk INFAK HAJAT?..

Aunty Sobah kata, dalam Al-Quran ada menerangkan, tapi... kita ni (macam aku la!!... yang tak tahu bahasa arab), sekadar baca Al-Quran tanpa tahu makna, maka itu, jika tidak diberitahu oleh Tok Guru, Ustaz atau Ustazah, maka TAK TAHULAH KITA ILMU TU SAMPAI BILA-BILA..

Kebiasaan manusia (seperti aku), apabila berhajatkan sesuatu, terutamanya hendak ’rezeki’ atau’kenikmatan’ hidup, solat hajat adalah ’penghubung’ terbaik yang dilakukan untuk meminta kepada Sang Pencipta (Allah Azza Wajalla). Solat dhuha dilakukan setiap pagi untuk mohon dimurahkan rezeki.. Surah Al-Waqiah dibaca setiap malam selepas isyak mohon diberi kelapangan dalam rezeki.. Al-Fatihah kepada kedua Ibu Bapa dibaca setiap awal pagi dengan harapan Allah murahkan rezeki.. (terasa mcm selfish pulak gaya nya!!.. huhuhu).

Tetapi, pernah tak kita (aku lagi la ni) terfikir untuk menginfakkan harta memohon dimurahkan rezeki oleh Ya Wahhab (Yang Maha Pemberi) Ya Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki)?.

Firman Allah:
"Bandingan (derma/infak) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 261).


Lihatlah kebesaran janji yang difirmankan Allah di dalam ayat sucinya itu. Solat hajat, solat dhuha, bacaan Al-Quran itu bagus.. tetapi itu adalah 'permintaan satu hala' kita kepada Allah untuk diri kita.. Kenapa tidak jika kita inginkan rezeki lebih, kita keluarkan sedikit daripada rezeki kita dan yakin bahawa sedikit yang kita keluarkan akan Allah gandakan dengan berkali ganda rezeki sebagai pulangannya (tidak di sini, di akhirat adalah pasti!!).

Firman Allah:
"... dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung". (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 38)

Seperti pesanan Aunty Sobah, walaupun seringgit, tetapi dermalah dengan nawaitu untuk mencari redha Allah. Jika kita mampu seringgit, maka seringgitlah kita keluarkan. Jika mampu seribu ringgit, maka seribulah yang kita infakkan. Yang penting, ianya untuk mencari redha Allah. Kerana Dia Ya Ghoniy (Yang Maha Kaya) itu adalah Ya Wasi’ (Yang Maha Luas Pemberian-Nya).

Duit ringgit, harta benda, kekayaan fizikal dan segala anugerah nikmat yang kita perolehi itu adalah HAK-NYA.. Bukan hak kita!.. Dengan belas, dengan ehsan, dengan izin-Nya, Dia meminjamkan kepada kita dan ingin melihat sejauh mana kita mengendalikan pemberian-Nya dengan syukur, dengan sabar, dengan ehsan serta dengan redha!.

Firman Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Al-Quran Surah As-Saba 34 : Ayat 39).


Nah.. itukan janji Allah!.

TAPI!.. Sering kita tertipu dengan bisikan syaitan dan nafsu.

"MACAM MANA AKU NAK BAGI.. AKU SENDIRI PON TAK CUKUP!!".

Ya.. godaan nafsu dan bisikan iblis dan kroni-kroninya yang sentiasa menutup pintu hati kita untuk menginfakkan harta ke jalan Allah.

Aku teringat kata-kata seorang pembantu rumah warga Indonesia ni.. Katanya:-
"Orang Malaysia ni, seringgit tak ada nilai... jual saja benda yang harganya seringgit, pasti dibelinya walaupun yang tak mendatangkan manfaat. Anak-anaknya, mana mau seringgit, tak boleh beli apa kata mereka. Duit belanja sekolah paling tidak, lima ringgit atau sepuluh ringgit".

LIHATLAH.. ini gambaran diri kita pada nilaian masyarakat luar...

Kenapa tidak SERINGGIT yang tiada "NILAI" itu kita kumpul setiap hari dan masukkan ke tabung masjid pada setiap hari jumaat (daripada terhegeh-hegeh nak cari RM5 atau RM10 atau RM2 atau tak bagi langsung pada hari tersebut!!)...

Dengan nawaitu:-
"YA ALLAH... AKU MENGINFAKKAN INI UTK HAJATKU YANG ITU (niatkan hajat)"..

Kenapa tidakkan??.. Sama juga jika kita inginkan sesuatu yang khusus.. maka kita tunaikan solat hajat.... dengan harapan agar Allah memakbulkan permintaan kita.. (jika tidak dapat dimasukkan ke tabung masjid, online kan saja kepada mana-mana akaun pertubuhan Islam.... HENDAK SERIBU DAYAKAN??!!)..

ANDAI ALLAH MASIH TIDAK MAKBULKAN, PASTI ADA YANG DISIMPAN UNTUK KITA.. JIKA TIDAK DI DUNIA, DI AKHIRAT SUDAH PASTI!!..

Bukankah begitu??..
Firman Allah:
"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 262).

Seperti saranan Aunty Sobah, aku semakin bersemangat untuk mengikuti kelas Bahasa Arab, agar lebih jelas dengan makna dan maksud ayat suci Al-Quran yang Allah turunkan kepada Rasul Agung, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. (semoga semangat jihadku setinggi semangat Aunty Sobah walau di mana jua tingkat umur yang Allah anugerahkan kepadaku.. antara impian beliau adalah ingin melihat kebangkitan anak-anak Islam, membentuk mereka menjadi 'Muhammad Al-Fateh', 'Sallahuddin Al-Ayubi' - yang mendokong penuh syariatullah dan menegakkan sunatullah.. Allahu Akhbar!!.. Moga Allah permudahkan.. Ameen). .

Moga segala usaha yang nawaitu demi mendapatkan redha Allah, akan diberkati, dimudahkan dan diredhai oleh-Nya.. ameen.

'Aunty Ngasobah Seliman.. Jazakillahu Khairan Kathira.. Moga Allah meredhai dan merahmati setiap usaha Aunty dan semoga setiap suntikan semangat jihad Aunty kembali menjadi syafaat untuk Aunty di hadapan Allah kelak.. Semoga Allah meninggikan darjat Aunty di hadapan Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam di akhirat nanti dan dipilih menghuni syurga Firdaus-Nya.. Ameen'.


Ya Allah.. redhai kami semua.. Ameen.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.