Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday

10 terakhir Ramadhan.

  
YA.. kita dh masuk fasa 10 terakhir ramadhan. Dah berlalu 20 hari dan tinggal lagi 10 hari.

Ada yang tak sabar nak tunggu 10 hari ni sebab dah taknak puasa dan nak cepat-cepat raya.

Ada juga yang tak kisah! Tak rasa apa-apa pun samada ramadhan atau bukan ramadhan!!.. Allahu..

Ada juga yang sedang mengira-ngira apa yang telah diperolehinya 20 hari yang lalu dan apakah 10 hari terakhir ini ia bisa memperolehi apa-apa ganjaran dan hidayah Allah dalam bulan rahmat penuh berkah ini?.

Ada yang sedih sebab tinggal 10 hari shj lagi bulan berkat ini akan berlalu. Maka keluar semula lah semua syaitan yang dibelenggu. Terbuka seluas-luasnya juga pintu neraka dan tiada lagi ’SALES’ gandaan2 pahala yang melimpah ruah.. All back to NORMAL PRICE.. No more sale that BUY 1 FREE 7 atau apa jua ironi kepada gambaran ganjaran Ramadhan.

.. dan pastinya, ada yang sedang memecut mengejar ganjaran demi ganjaran di 10 hari terakhir Ramadhan ini. Berdoa dan berharap agar ’menemui’ Lailatul Qadar di mana2 10 malam terakhir yang akan turunnya nanti.

Sebut pasal ramadhan, ada satu perkara yang buat aku sering memerhati, melihat dan merenung jauh ke dalam diri. TENTANG PEREMPUAN A.B.C!!!..

Ya. Betul. Bila perempuan A.B.C (Allah Bagi Cuti), memang dia berhak untuk makan sesuka hati sebab dia dibolehkan Allah untuk tidak berpuasa. Tak ada salahnya kalau dia nak makan dekat rumah ke, dekat restoran ke, dekat bilik ke atau dekat taman permainan sekalipun. Dan aku tengok ‘trend’ sekarang, orang perempuan yang A.B.C ni, memang TAK KISAH untuk makan dengan selamba (makna tersiratnya memberitahu dia sedang ‘datang bulan’).

Perkara ini buatkan aku teringat sangat dekat mak. Mak cukup tak suka tengok perempuan yang A.B.C makan sesuka hati depan khalayak. Mak cukup pantang kalau orang makan depan2. Mak kata ”Bangga sangat ke nak bagi tau tengah datang bulan?”.

Sepanjang hayat aku hidup dengan mak, TAK PERNAH SEKALI PUN aku tengok mak makan masa bulan puasa (menunjukkan yang mak tengah period – hanya tahu bila mak tak solat dan tak mengaji).

Ada satu ketika (flash back la ni), masa aku tingkatan 5, (tahun pertama period masa puasa), dengan bangganya aku bagitau mak dan kakak yang aku ’tak boleh puasa’. Mak pulak masa tu buat agar-agar pandan. Apa lagi, aku yang kat dapur ni dengan bangganya ambil sepotong agar-agar dan nganga seluas hati untuk masukkan agar-agar itu ke dalam mulut, sebaik menoleh untuk memasukkan agar-agar ke dalam mulut, ayah masuk dapur!. DUMMMPP!!... Baik punya ngangaaaaa!!!...

MALU GILOS masa tu!!!... terus letak balik agar-agar tu dalam bekas (bukan rezeki agar2 tu nk dimakan waktu tu)..  huhuhu..

Pastu ayah pon cakap, "Selama ayah kahwin dengan mak, TAK PERNAH SEKALIPUN  ayah nampak mak makan ’terang-terangan’ macam ’hangpa’ ni!" (hahaha.. ’hangpa’ tu bermaksud aku dan kakak.. padan muka kakak terkena palitan ’onar’ adik dia ni.. padahal, kakak pon macam mak, tak pernah makan ’terang-terangan’ mcm yg aku ’baru nk buat’ tu!!)..

Sejak dari hari tu, aku jadi MALU untuk BUAT macam tu @ makan secara ’terang-terangan’ (tapi pernah jugak la ada tahun2 yang buat jugak la, sebab kawan2 ajak.. especially bila duduk asrama / kolej).

MALU!!.. Ya, itu  perkataan mak. Malu nak bagitau orang yang kita tengah ’datang bulan’. (YA!. Orang dulu memang sangat malu bab ’datang bulan’.. dulu mak memang tak pernah beli pad, selalunya adik2 la yg jadi mangsa – dan pad ’sanita’ (kotak) dulu dibalut dgn paper dan diletakkan dalam plastik hitam.. sekarang ni, nk beli pad, selamba gilos, masukkan sekali dlm troli yang sekali dgn ayam, susu, pampers anak dsbgnya.)

Sejak dah kahwin ni, aku jadi terikut dengan sikap MALU mak.. tambahan pulak bila ada anak. Cuba jugak nak buat 'selamba' makan secara terang-terangan, tapi dalam hati sangat rasa bersalah dan MALU.

Aku tak tahu betul atau tidak rasa ini.. dan aku pun tak pasti nak bereaksi macam mana untuk perkara ini.. tapi, bila melihatkan keadaan persekitaran, bila melihatkan perlakuan adik-adik, anak-anak, rakan-rakan sekarang yang makan secara terang-terangan di bulan puasa ni, buat aku semakin TAHU apa yang aku MAHU lakukan bila berhadapan dengan situasi A.B.C.

AKU MAHU JADI MACAM MAK!!..

Aku tak mahu nureen, zaqwan, zharif (and so on, hehehe) nampak aku makan secara terang-terangan!. Biar mereka tahu ibu mereka A.B.C kerana tak solat berjemaah bersama mereka.. tak mengaji bersama mereka.. tapi, bukan sebab ibu mereka MAKAN di siang hari di HADAPAN mereka (waima di hadapan sesiapa sekalipun).

YA betul... ada yang mempertikaikan kenapa nak MALU?. Sedangkan ianya DIBOLEHKAN..

BETUL.. BOLEH DAN PERLU itu satu perkataan yang mempunyai perbezaan makna yang besar..

BOLEH untuk makan secara terang-terangan (dan semua orang tahu kita tak puasa).
Tapi ia bukan satu yang PERLU untuk memberitahu yang kita sedang ’datang bulan’.

Tak ada beza pun, minum la seteguk air selepas subuh (ketika orang tak nampak) dan itu telah menyatakan bahawa kita tak puasa (kepada Allah dan malaikat) – sebab orang yang tak boleh puasa tak boleh untuk berpuasa (tak perlu azabkan diri dengan berpuasa sebab tak dapat pahala pun, sesilap dapat dosa).

Tapi, tak perlu juga makan terang-terangan sebab kita kena hormat orang lain yang berpuasa. Kasihan mereka berpuasa sedangkan kita tunjuk lagak dgn keistimewaan kita tak boleh puasa. Apa salahnya menghormati mereka dengan TIDAK MAKAN DI HADAPAN MEREKA.. dan tak ada keperluan pun untuk beritahu orang yang ’AKU TAK PUASA NI’.

Apa kita rasa kalau teman kita yang kaya raya datang menunjuk di hadapan kita dan beritahu kita : "Hi Dear, tengokla, I baru beli rantai berlian Chopard, tengok la.. cantik kaaan...mahal tau!!!” sambil tayang leher dia kat kita.. apa kita rasa??... mesti ada rasa menjengkelkan jugak kan.. (iya la, dia mampu beli, maka, beli dan pakai je la.. takde salah kat mana-mana pon... tapi, takyah nak tunjuk-tunjuk – dan pulak, kenapa mesti nak bagitau yang itu adalah ’chopard’ yang memang orang tahu mahalnya?.. apa tujuannya?... nak bagitau satu dunia yang awak tu kaya dan berkemampuan ke??.. ADAKAH BERKEMAMPUAN ITU SATU YANG PERLU DITONJOLKAN DAN DIPERTONTONKAN KEPADA ORANG RAMAI????)..

HAH!.. itulah situasinya.. kenapa kita nak menunjuk pada orang yang kita tak boleh puasa?.  Bila dah tak boleh puasa tu, makan diam-diam sudahla.. tak payah nak tunjuk pada orang lain yang sedang berpuasa.

Aku sekadar mengingatkan diriku... supaya masih simpan rasa ”MALU” seperti yang mak lakukan. Malu kerana hormat!.

Bukan apa.. aku mengambil iktibar dari satu rangkap peribahasa:
”Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.

Ya, peribahasa itu bermaksud jika orang yang dihormati mengajar melakukan perkara yang tidak elok, maka orang yang diajar akan melakukan perkara yang lebih tidak elok.

Bayangkan jika generasi mak aku dengan selamba pada bulan puasa makan siang depan TV di rumah, pasti generasi aku akan dengan selamba makan siang di restoran tertutup, seterusnya generasi anak aku akan dengan selamba makan di kantin sekolah/ pejabat dan generasi cucu aku silap2 dah tak kisah makan kat kedai awam / kedai mamak secara terbuka pada waktu rehat.. (silap2 makan sama-sama dengan penguatkuasa perempuan), sebab dh takde rasa apa2.. HILANG MALU DAN HORMAT!!..


Pada aku :
MALU KERANA HORMAT ITU BUKANLAH MALU YANG TAK BERTEMPAT..  

Wallahu’alam.

.....................................................

Kembali ke kisah 10 terakhir Ramadhan..

Kita kini telah masuk ke fasa 10 malam terakhir ramadhan.. CEPAT.. CEPAT.. CEPAT... cepat kejar rahmat dan berkatnya bulan ramadhan.. masih berbaki 10 hari.. semoga kita dapat mencapai tahap redha Allah dunia dan akhirat..

Moga ada di antara kita yang Allah izinkan ’ketemu’ malam Lailatul Qadar – yakni malam yang lebih baik dari 1000 bulan.


Firman Allah:


[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,


[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?


[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.


[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);



 

[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar  

Nabi Muhammad Sallalllahu Alaihi Wassalam bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan. Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).
  
“Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”



Ya Allah.. redhailah kami semua.. Ameen.











Monday

7 Golongan Terpilih!.



Pernah tak berasa naik pentas utama utk mengambil hadiah atau dipanggil berada di atas pentas utama sebagai pelajar atau pekerja contoh?.

Diberi tepukan gemuruh oleh khalayak dan disebut nama serta dipuji-puji?..

Atau, pernah tak berbaris di bahagian hadapan, naik pentas untuk mengambil sijil / ijazah dan diumumkan sebagai penerima anugerah terbaik?. Atau pernah tak naik ke pentas untuk ambil sijil pencapaian / sijil anugerah?.

Kalaupun tidak pernah merasainya, pernah atau tidak melihatnya?
Atau pernah atau tidak menginginkannya?.

YA!.. Aku pernah.

Aku pernah mengalami situasi sedemikian. Dipanggil nama untuk naik ke atas pentas..
Aku juga pernah melihat orang yang diumumkan sebagai ’yang terbaik’.
Aku juga sering mengimpikan dipilih menjadi yang terbaik.. (cita-cita / impian tertinggi aku dalam anugerah akademi adalah untuk dipanggil naik ke pentas dengan gelaran ”Prof. Emiritus Dr. Tiny .....).. hahaha..

Apa ya rasanya terpilih menjadi "YANG TERBAIK"?.. Apa yang kalian rasa (agaknya)??..

BOHONG jika aku nyatakan aku tidak ada rasa GIRANG DAN BERBESAR HATI ketika nama dipanggil dan tatkala kaki melangkah untuk menaiki pentas.. ringan kaki seakan ingin terbang ketika menaiki tangga pentas itu.. menuruni tangganya pula seolah-olah sedang melungsur tanpa rasa derap tapak.. BEGITU ASYIKNYA!!!.. hahahaha..



YA.. itu adalah perasaan tatkala menerima ganjaran di dunia.. yang sekadar bersifat SEMENTARA... 15 minit shj perasaan itu.. Esoknya, kehidupan diteruskan seperti biasa!!.. dan perasaan itu akan terus dilupakan pada tahun berikut-berikutnya...

Namun, mahukah kita merasai perasaan itu?.. bukan di dunia tetapi di akhirat kelak?.

Di hari akhirat nanti, tatkala semua makhluk dimatikan dan kemudian Rasulullah yang pertama dibangkitkan semula.. kemudian kita semua dihidupkan pula dengan bertelanjang.. merayau-rayau tanpa arah tuju.. mencari meminta syafaat.. mencari meminta pahala.. mencari meminta diambil dosa-dosa kita.. tak berani nak tgk amalan kejahatan yg dilayarkan semula.. sangat mengharapkan agar Allah memberi kitab hisab dengan tangan kanan..

Bayangkan..

Dalam kesibukan melata mencari teduhan.. ke sana ke mari untuk meminta dan memohon syafaat... dengan hati yg sungguh risau, galau dan walang.. tak sanggup jika terjerumus ke golongan kiri yang Malaikat Malik dengan bengis menanti ketibaannya.. dilempar ke dalam neraka bersama batu-batu menjadi bahan bakarnya..

Tiba-tiba terdengar satu demi satu nama dipanggil.. mereka yang dipanggil adalah terdiri dari 7 golongan.. mereka ini Allah izinkan bernaung di bawah lembayung arasy-Nya.. SUBHANALLAH...

MAHUKAH KITA DIPANGGIL DAN DIPILIH SEBAGAI SALAH SEORANG DARIPADA 7 GOLONGAN TERSEBUT???.. ALLAH ALLAH ALLAH!!!..


(Gambar dari sumber google)

Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
 

Keterangan Hadith terhadap 7 golongan yang dinyatakan:

Golongan Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Seorang Ketua Negara, Ketua Ketua Organisasi, Ketua KELUARGA akan disoal tentang amanah dan tanggungjawabnya terhadap setiap perkara yg berhubungkait dgn amanahnya serta amalannya dlm memikul amanah dan tanggungjawab yg diamanahkan kepadanya.
(Ruginya: (contoh) Jika ada negeri yang masih mengamalkan perniagaan yg berunsurkan syubhah dan maksiat, maka jawablah Ketua Negara. Jika ada ada kakitangan yang masih bebas menerima dan memberi rasuah dalam Organisasi atau Jabatan dlm pengetahuan Ketua Organisasi, maka jawablah Ketua Organisasi. Jika ada isteri dan anak yang masih tidak menutup aurat, tidak solat dan tidak mengikut hukum syara’ islam, maka jawablah Ketua Keluarga apabila nanti Allah bertanyakan tentang amanah dan tanggungjawab yang dipersetujui ketika menerima ‘jawatan’ sbg PEMIMPIN!.)


Golongan Dua: Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah. .
Usia yang paling banyak dugaan dan pembentukan menjadi muslim adalah di usia remaja menuju dewasa. Usia ini nafsu sangat memberontak untuk meneroka pembaharuan dalam hidup. Usia berani mencuba apa sahaja!. Tidak ramai anak muda yang sanggup menghabiskan usia muda dengan beribadah, kerana terkesan dgn amalan kuno yang menyatakan “tua nanti bertaubatla, dah pencen nanti baru duduk masji, dah tua esok belajar la agama!’.. (kalau sempat tua la!!!).. Beruntunglah anak muda yang sanggup mengenepikan ‘nikmat dunia’ (maksiat dan pembaziran masa) semata-mata untuk mengejar nikmat abadi dari Allah di akhirat nanti.
(Ruginya: Jika usia nak muda dihabiskan dgn perkara laqa (contoh) seperti yang asyik masyuk bercinta, lupa halal haram dan batasan agama. Berjumpa berdua di tempat sunyi. Masuk waktu azan tak tentu singgah masjid untuk berjemaah. Seharian waktu berhabisan dengan keluar bersama gadis belum sah halal untuk dirinya.) 


Golongan Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah (masjid).

Setiap waktu akan dicari masa untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid. Rasa rindu untuk berjemaah dan rasa bimbang jika solat bersendirian. Sesuai dengan hadis Rasulullahi Sallallahu alaihi wassalam dalam sabda Baginda:
"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Ruginya: Jika terlalu komited dengan kerja (contoh). Mesyuarat sedari jam 9.00pagi di pejabat membawa ke perbincangan lewat malam di coffe house hotel untuk projek nilaian juta-jutaan ringgit sehingga bukan sahaja tidak mengendahkan waktu untuk solat berjemaah di masjid tetapi juga terlewat untuk mengerjakan solat fardhu di awal waktu). 
 

Golongan Empat: Dua orang saudara yang menyintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..
'Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah.

Malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku…”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ”Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab: ”Tiada apa-apa pun.”
Ditanya lagi: ”Apa tujuannya?”
Lelaki itu menjawab: "Aku mencintainya kerana Allah.”
Berkata malaikat: Sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan kasih sayang dan rindu itu bukan kerana ada kepentingan peribadi untuk diri sendiri melainkan ikhlas kerana mengharapkan redha Allah. Menghargai pertemuan yang telah Allah aturkan seterusnya menjaganya kerana kasih terhadap rahmat Allah.
(Ruginya: Jika berlaku baik dan rapat dengan seseorang kerana mengharapkan habuan dari diri orang tersebut. Jika tiada kepentingan untuk diri maka terputuslah talian persaudaraan yang terjalin). 
 

Golongan Lima : Seseorang yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan/ lelaki untuk berzina (menghampiri zina), lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah).
Apabila dihampiri oleh lelaki/ perempuan yang mengajak / menjerumuskan diri untuk melakukan zina (menghampiri zina), maka dengan segera ditolak kerana takut akan azab Allah, bimbang dimurkai Allah, malu dicemuh para malaikat Allah di akhirat kelak. Takut juga akan azab dan kifarah Allah. Paling dibimbangi adalah takut jauh dari redha Allah.
(Ruginya: Jika seseorang lelaki / wanita di goda oleh wanita / lelaki yang haram baginya (bukan suami / isteri) untuk melakukan maksiat (waima mendengar bujukan rayuan dari corong telefon), lalu si lelaki/ wanita tadi turut sama ‘melayan’ kehendak dan perlakuan nafsu tersebut, kedua-duanya tidak takut akan azab neraka dan pembalasan dari Allah.)


Golongan Enam: Orang yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari makhluk Allah sebaliknya semata-mata untuk mencari dan meraih redha Allah. Kebaikan bersedekah itu dilupakan tanpa ada niat untuk mengungkit atau menceritakan pemberiannya. Andai dikhabarkan sedekahnya, itu kerana ingin mengajak agar orang lain juga bersedekah, bukan untuk meraih pujian dan sanjungan atau sokongan. Sedekah itu kerana menginsafi diri dan menghargai pemberian Allah
(Ruginya: Jika sedekah yang sedikit diceritakan, sedekah yang banyak dicanang beritakan dan mengharapkan agar perbuatan sedekah itu diketahui orang ramai agar ada manfaat lain yang boleh diterima dari sedekah yang dinyatakan itu. Mengharapkan pujian, sokongan, tepukan dan kata-kata sanjungan manusia serta balasan yang boleh dimanfaatkan selepas pemberian sedekah itu).


Golongan Tujuh: Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingati Allah.
Membaca ayat Al-Quran, hatinya bergetar. Dalam solat, hatinya merintih rindu. Duduk bersendirian bermunajat, hatinya sayu meindui Allah dan Rasul. Menangis kerana cintanya yang tinggi kepada Allah serta takutkan amalan hisabnya yang kurang untuk menemui Allah. Bersungguh-sungguh memohon rahmat dan redha Allah dunia dan akhirat. Memohon taufik dan hidayah Allah agar dipilih Allah menjadi hamba-Nya yang solihin.
(Ruginya: Jika tatkala bersendirian menangis atau ketawa mengilai kerana leka melayan lagu2 yang tidak bermanfaat, menonton cerita yang tidak berfaedah, atau membaca bacaan yang tidak mendatangkan manfaat sehingga lupa untuk berzikir kepada Allah, lupa bahawa setiap saat Allah melihat setiap perbuatan yang diperlakukan). 
 
Firman Allah:
“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.” (Surah An-Najm 53: ayat 42-44)

Pasti kita mahu berada dalam 7 golongan tersebutkan??.. TAPI!!... Terpilihkah kita untuk menjadi salah seorang daripada 7 golongan itu?..

Allah.. Allah.. Allah..

Di mana letaknya kita di sisi Allah, pemilik langit dan bumi? Termasukkan dalam salah satu golongan yang dipilih Allah untuk bernaung di bawah Arasy-Nya tatkala seluruh umat manusia buntu kalut dan terkapai-kapai dengan teriknya matahari yang panas membahang.. Allahu!!!..

Layakkah kita mendapat syafaat Baginda Rasulullah? Aduhaaaiii diri.. di mana kedudukan aku tika itu nanti??.. huhuhuhu... OH DIRI!! OH DIRI!!! OH DIRI!!!...

Allah.. Allah.. Allah..

Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah Al-Hujurat 49 : Ayat 15).

”Ya Allah.. Aku berpegang teguh dan berkeyakinan utuh atas kekuasaan-Mu dan keagungan-Mu. Aku hamba-Mu, hidup matiku, hitung nasibku, adalah dalam ketentuan-Mu. Sesungguhnya aku bersaksi dengan sebenar-benarnya, bahawa tiada Tuhan melainkan-Mu Ya Allah dan Nabi Muhammad itu adalah Rasul-Mu yang benar. Ya Rahman Ya Rahiim.. Sesungguhnya kami hamba-Mu yang sangat kerdil, lemah, hina dan tidak berdaya. Tiada daya upaya kami memberi manfaat waima mudarat kepada diri kami sendiri apatah lagi sesama makhluk-Mu Ya Rabb.. melainkan dengan izin-Mu Ya Allah.. Ampuni kami atas kelemahan kami sebagai insan yang banyak khilaf dan banyak berbuat dosa.. terimalah taubat kami Ya Allah. Izinkan kami menjadi hamba-Mu yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Izinkan kami bernaung di bawah Arasy-Mu Ya Allah. Izinkan kami menjadi penghuni syurga firdaus-Mu Ya Allah”. Ameen.

Firman Allah:
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri (beribadah) kepada-Ku”. (Surah Az-Zariyat : 56)
 
 Ya Allah.. redhailah kami.. amiin. 




YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.