Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, November 26, 2012

PhD OH PhD : Part 6 ~ Cabaran dalam hirarki AMANAH!!..

  
Sebagai seorang isteri yang sentiasa disokong si suami untuk ‘multi-tasking’!.
Sebagai seorang Ibu, yang bekerja sepenuh masa, mempunyai anak kecil yang masih menyusu!.
Sebagai seorang anak yang mempunyai mak dah ayah yang sangat pengasih dan pemurah, yang sudi menemani membantu menjaga anak-anak di rumah..
Sebagai seorang pekerja yang menggalas tanggungjawab pekerjaan!.
Ditambah lagi sebagai seorang pelajar yang menyambung pengajian di peringkat PhD, pada masa yang sama juga mengambil Kelas Fardhu Ain sebagai tambahan kepada ilmu yang sangat kurang dalam diri..

…. Rupa-rupanya gabungan semua itu merupakan satu tanggungjawab yang sangat mencabar minda dan emosi apabila jadual yang cuba diatur sempurna terganggu dengan perkara yang diluar jangka serta tiada jalan alternative untuk mengatasinya!!.. (belum lagi dicampur amanah lain.. sebagai saudara-mara, jiran tetangga, ahli masyarakat, saudara seislam sedunia.. perggghhhhh!!)...

Itulah yang berlaku dalam perjalanan hidup aku sekarang ni..

Segala perancangan terganggu-gugat sebagaimana rencana asalnya apabila maid aku berhenti kerja (balik kampung for good – nak kahwin katanya.. takpela tuh!!)..

Masalah utama adalah, tak ada orang nak jaga anak-anak di rumah apabila aku perlu ke kelas (terutamanya si kecil, Zharif)!!..

Atas ehsan seorang ibu dan ayah yang sangat mengasihi dan mengasihani anaknya, mak dan ayah tak sampai hati nak tengok aku dan cik abang berserabut memikirkan perihal anak-anak di rumah... (yang betulnya mak kesian kat zharif kalau duduk dengan nursery – mak tak percaya diaorang boleh jaga dia sebaiknya sebab zharif masih bayi sangat.. kalau nureen dan zaqwan, mak tak kisah sangat, sebab dah besar, dah mampu mandi dan makan sendiri).. jadi, selama tak dapat maid baru lagi ni, mak dan ayah la yang tolong jaga anak-anak, maka… jadual sebagai pelajar PhD dan kelas pengajian fardhu ain di masjid negara dapatlah diteruskan mengikut perancangan.

TETAPI!!... minggu lepas, Allah menguji emosi seorang Isteri, seorang Ibu, seorang Anak, seorang Pekerja, yang juga seorang pelajar..

Hari Rabu lepas, pepagi lagi Mak telefon pejabat…  minta aku cuti hari Jumaat sebab mak dan ayah NAK BALIK KAMPUNG.. ada hal yang memang tak dapat nak dielakkan.. Segera aku print borang cuti dan minta Boss sign sewaktu itu juga..  

Petang itu, hati mula runsing, memikirkan kelas hari sabtu yang entah macam mana hendak diuruskan.. di mana si kecil itu hendak ditinggalkan sementara?..  hendak bawa ke kelas, seribu satu persoalan nak kena difikirkan.. kalau dia menangis, lapar, nak salin lampin, mandi dan segalanya tu, macam mana nak buat?..

Cik abang pula, ada 4 hari training, bermula Jumaat hingga Isnin.. aduussshhhhh!!!... (sahla takde orang yang nak hantar dan ambil aku ke dua-dua kelas!! Huhuhu...)

Hari berganti, Jumaat pun tiba.. mak ayah balik kampung bawa si Nureen dan si Zaqwan bersama (jadi fokus utama sekarang adalah si Zharif sahaja!!)

Hari Jumaat lepas serasanya hari yang paling panjaaannggg dalam hidup aku!.. 24 jam tak berenggang dengan si kecil tu... Hajat hati nak buka jugalah buku atau bahan thesis.. tapi, maafla, tak diberinya peluang apabila terusan dia melalak nak tekan juga key board tu!!.. sudahnya, tutup laptop, mengadap muka dia je la!!..

Hari sabtu adalah dilema yang paling sarat!. Menimbang tara samada hendak menghantar Zharif ke day-care atau tidak.. lepas tu memikirkan pula nak menghantar dan mengambil zharif ke day-care seusai waktu kelas.. huish.. DRIVE ALONE WITH HIM???.. Zharif sangat lasak!!.. dipanjat seat sebelah untuk datang ke seat aku.. kalau tak pegang dia, melalaknya sampai muntah!..

Tak berani aku nak ambil risiko drive sorang-sorang dengan zharif.. (kalau baby 2-3 bulan, masa dia tak boleh meniarap merangkak, berani jugakla bawak dia letak kat riba.. tapi sekarang, dah 7-8 bulan ni.. tak sanggup la.. rajin memanjat!!)

Keputusan akhir, aku bagitau cik abang, aku tak pergi MANA-MANA kelas.. tidak kelas PhD, tidak juga kelas fardhu ain (kelas fardhu ain pukul 9-11 di Masjid Negara, kelas PhD pukul 12-3 di UPM).

Maka, hari sabtu juga aku menghabiskan masa berdua dengan Zharif.. DI RUMAH!!..

Ya.. hari sabtu tersebut merupakan hari yang sangat mencabar emosi aku sebagai seorang Ibu!!.. Jika tidak bertembung dengan kelas, mungkin aku tidak akan rasa tertekan.. tetapi apabila memikirkan ada komitmen di kelas (Kelas Fardhu Ain, ustazah nak bagi tips untuk exam.. kelas PhD, perbincangan lanjut untuk penerbitan buku Belia yang sedang diusahakan bersama Prof. Turiman) – jadinya ia menjadi sedikit tekanan apabila aku tidak dapat menghadirkan diri untuk kedua-dua kelas tersebut..

Sebenarnya, perkara begini berulang untuk yang entah ke berapa kalinya dalam masa beberapa bulan ini – selepas ketiadaan maid aku.. Maklumla, dengan kenduri kendaranya, dengan komitmen kekeluargaan yang lainnya.. banyak kelas hari sabtu terpaksa aku abaikan!!..

Aku perlu adil pada mak ayah yang sudi membantu meringankan beban kami suami isteri dengan tidak menyekat hak mereka untuk ke mana-mana pada hari sabtu dan hari minggu serta jika ada hari-hari yang memerlukan masa mereka sendiri seperti pergi check darah atau ambil ubat di hospital.. Allahu. Tanpa merungut, tanpa keluh kesah, meraka sudi menjaga anak-anakku di rumah.. (dah la waktu kecil jaga aku dan adik beradik lain, dah besar ni pun kena jaga cucu pulak!!.. Ya Rabb, malunya aku pada mak dan ayah!!), takkan bila mereka memerlukan waktu untuk mereka, aku berani mempersoalkan.. huishh.. tak berani la oii.. nanti tak pasal2 kalau mereka kecik hati, mau merana hidup aku dunia akhirat.. Nauzubillahi mindzaalik..!!

Kasih mak dan ayah tak terbalas meski nyawa aku pertaruhkan..
Moga Allah lindungi, pelihara, rahmati serta redhai mak dan ayah dunia dan akhirat.. aku kagumi jiwa dan kasih sayang mak dan ayah.. benarlah kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tak kira masa, kasih saudara masa berada!!.. MAK AYAH.. I LOVE YOU BOTH TILL JANNAH!!..

Apabila berhadapan dengan cabaran ~ ”Memilih antara menjaga anak dan minatku terhadap kelas-kelas pengajian” ~ Aku perlu mengutamakan hirarki tanggungjawab utama aku..

Hirarki Amanah:
(1) isteri;
(2) ibu;
(3) anak;
(4) pekerja; dan
(5) pelajar.

3 tanggungjawab yang teratas adalah untuk keluarga dan 2 di belakangnya adalah untuk komitmen diluar ruang lingkup kekeluargaan..

Jadinya, keluarga memenangi sebarang keputusan akhir aku..

Matlamat akhirat aku adalah untuk bersama ahli keluargaku di Jannatul Firdaus... jadinya, keluarga adalah keutamaan aku.. berbanding keperluan luaran diriku..

JIKA... (aku sekadar mengandaikan JIKA).. aku tidak menyambung pelajaraku (bergelar pelajar) atau tidak lagi meneruskan pekerjaanku (sebagai pekerja), aku masih mampu hidup dengan senang dan tenang.. tetapi, adakah MUNGKIN untuk aku hidup BUKAN sebagai seorang ANAK?, juga IBU?, waima ISTERI?.

Bukankah pintu syurga itu mudah diketuk oleh seorang ISTERI..
Laluan syurga itu menjadi mudah bagi seorang IBU..
Ada jaminan mudah ke syurga bagi seorang ANAK yang soleh..

Maka, mengingatkan diri akan hirarki amanah itu, aku berlapang dada untuk tidak lagi melayan emosi yang terkilan sebab tidak dapat mengikuti 2 kelas yang sangat aku rindui itu.. (sekadar terlepas kelas beberapa kali je poonn.. bukannya berhenti terus!!!)...

Bagaimanapun, aku yakin dengan janji Allah.

Firman Allah:
"... Oleh itu, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya di setiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan). Bahawa sesungguhnya di setiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (Al-Quran Surah Al-Insyirah 94: Ayat 5-8).
Surah (yang juga sering disebut Alam Nasyarah) ini memberi kekuatan padaku dengan janji Allah kepada setiap kesulitan itu pasti diberi kelapangan dan jalan keluar. Allah menyuruh hamba-Nya berusaha, bekerja keras, beribadah semata-mata untuk redha-Nya dan memintalah hanya pada-Nya.. SubhanAllah..

Dalam keadaan sukar, dalam susah yang bagaimanapun, akan ada jalan keluar, dengan syarat, MOHONLAH pada ALLAH... Dia akan menunjukkan jalan dan mempermudahkannya!!..

"Ya Rabb.. aku yakin dengan janji-Mu.. aku pasti dengan takdir-Mu.. tiada yang sia-sia dalam setiap qadar-Mu.. tiada yang mampu mendatangkan mudarat waima manfaat melainkan atas izin-Mu.. Aku mohon keampunan dari-Mu.. terimalah taubatku.. terimalah ibadahku.."

Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakkabbir..
Permudahkan segala urusanku..
Permudahkan segala urusanku..
Permudahkan segala urusanku..
Dunia dan akhirat..

Ya Rahman.. Ya Rahim.. Redha-Mu jua yang aku pohon.. Ya Dzaljalalill wal ikram..  Redhai aku..


Ya Allah.. redhailah kami semua.. Ameen.







Tuesday, November 20, 2012

PhD OH PhD : Part 5 ~ Dr. OT - mudahnya tulis thesis!.

Aku ‘ter’bertembung dengan blog Dr. Othman Talib (Dr. OT) secara tak sengaja pada awal tahun lalu.. masa tgh blog walking cari info fasal nak tulis thesis untuk PhD ni…

Start baca blog Dr. OT terus ‘jatuh cinta’ dengan penulisannya serta tips2 mudahnya dalam nak buat thesis.

Perkara yang amat amat amat amat amat digeruni oleh pelajar PHD dipandang sebagai ‘sepele’ je oleh Dr. OT!.. (sebab beliau tahu teknik dan cara yang betul!! SUNGGUH!!!)

YA!.. memang betul.. bila dah tahu teknik, taktik dan gaya yang betul, memang pon penulisan thesis ni akan jadi AMAAATTT MUDAH!!
(tapi kalau penyakit M.A.L.A.S tu masih bermaharajalela, ko pegilah segala mak nenek kursus pon, ‘nan adolah’ nak jadi MUDAH buat thesis nih!!).

Aku akui, aku banyak melakukan kesilapan yang “BIASA” dilakukan oleh KEBANYAKAN pelajar PHD iaitu:-

~ “TERLALU KISAHKAN TENTANG TAJUK.. TAJUK.. TAJUK dan nak TAJUK GEMPAQ; umpama dengannya MAMPU MENGUBAH POLISI DUNIA!!!”.. (kononnya pelajar PhD kaaaaannn!!!!... chaitsss!!—WRONG WRONG WRONG!!)

Itu pintu kesilapan pertama aku sebelum melangkah ke pintu kesilapan yang lainnya!!..

Bila baca blog Dr. OT, baca e-book beliau (belilah kepada yang belum beli.. murah je pon.. mahal lagi harga makan kat Johnnys.. kalau beli makanan banyak tu dimakan, akhirnya jadi bahan kumbahan je, tapi beli e-book ni dpt ilmu, dapat manfaat dan dapat kepuasan serta semangat untuk buat thesis!.. SERIUS!!).. dan akhirnya hadiri Bengkel Penulisan Thesis Pantas beliau, SUBHANALLAH, ketenangan itu datang dan semangat itu muncul untuk membuat thesis dengan kadar SEGERA!! (tapi, diulangsuara, kalau dasar M.A.L.A.S tu memang tak dapat nak kata apa laaaa!!! – ayat utk sedarkan balik diri yang sangat SANTAI RELAX ini!!! - bak kata mak : "kalau dah malas tu, tunggu Malaikat turun mai bagi kursus pon tak tentu nak buat jugak!!.."  PANGGG!!!... hamik ko!!!).

Aku yakin.. dan sangat yakin.. jika pelajar yang belum daftar PhD atau yang baru semester 1 PhD dah mula sertai bengkel beliau.. atau berguru dengan beliau.. dalam masa 2 semester, korang dah GERENTI SIAP Chapter 1 to 3.. tahun ke-2 dah start tulis finding.. tahun ke-3 dah VIVA.. and CONVO!!.. takyah tunggu 5 tahun, SURE DH SIAP PhD – Dah bergelar Doktor Falsafah dalam masa kurang dari 3 tahun!! – ITU JAMINAN AKU!!.. (dengan syarat – BUANG M.A.L.A.S!!!)

Dr. OT memperkenalkan RFOT (Research Framework on Template), KOT Cycle (Keep on Track Cycle), (banyak singkatan yg diperkenalkan ada OT.. pandaaaiiii Dr. OT yeee.. hehehehe)... z-draft (1file1thesis), Dropbox, Mendeley – antara cara TERPANTAS yang boleh diaplikasikan dalam MENULIS THESIS PhD anda!!!..

***

Contoh KOT Cycle:
*** 

Berikut antara petikan dari blog Dr. OT yang aku sangat suka ulang baca..
*** 

*** Ia ada dalam tajuk di bawah:


(antara sebab yang aku suka baca part ni adalah, esoknya, aku sertai bengkel beliau.. hehehehehehehehe).

Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah ikuti Bengkel Penulisan Thesis Pantas (cuba check dekat blog Dr. OT.. ataupun, cuba buat arrangment untuk panggil dia ke tempat kalian).. Orangnya sangat sporting, santai dan sederhana.. Penerangannya sangat mudah, tepat, padat dan mantoooppp!!!...  

Maka benarlah catatan di kalam Al-Quran Al-Karim.. 

Firman Allah:
”Dan (Allah) mengilhamkan kepadanya (untuk mengenal) jalan yang membawa kepada kejahatan (sukma kefasikan) dan jalan yang membawa kepada kebaikan (ketakwaan). Sesungguhnya beruntunglah bagi orang yang membersihkan jiwanya. Dan merugilah bagi orang yang mengotorkannya (membenamkan dirinya ke jalan dosa).” (Al-Quran Surah As- Syams 91 : Ayat 8-10).

"Apabila ilham yang Allah anugerahkan itu digunakan ke jalan kebaikan, maka ilmu yang disampaikan menjadi ilmu yang bermanfaat dan dapat dimanfaatkan bersama. SubhanAllah.."


Melihat begitu gigihnya Dr. OT memperkenalkan konsep2 serta idea2 baru (RFOT, z-dratf, 1File1Thesis, KOT Cycle dan sebagainya), terasa sungguh betapa berharganya ilham yang Allah anugerahkan kepada manusia dan jika digunakan ke jalan kebaikan, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya bahkan kepada persekitarannya dan menjadi satu daripada 3 perkara yang bakal dibawa bersama ketika jasad tidak lagi di dunia nanti..  

Moga Allah izinkan saya untuk bertukar syafaat dengan Dr. OT atas ilmu yang dikongsi ini dan besar harapan saya untuk memanjangkan ilmu yang Dr. OT sampaikan kepada saya itu kepada orang lain pula sebagai panduan agar generasi pelapis, bakal-bakal PhD tidak lagi TERHANTUK DINDING BERLANGGAR TIANG mcm yg pernah dialami oleh saya!. (Dr. OT, lepas habis PhD nanti, saya nak buat Joint-Venture conduct training guna modul Dr.. boleh??.. hihihihi)

'Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusan dalam kehidupan Dr. OT di dunia dan di akhirat.. Berkatilah usaha beliau.. berikan kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan kepada beliau, isteri beliau, anak-anak beliau, serta kaum keluarga beliau. Jadikanlah ilmu yang beliau sampaikan itu satu kebaikan kepadanya dan menjadi syafaat untuknya.. diangkat darjat disisi-Mu diakhirat nanti. Redhailah beliau dunia dan akhirat. Ameen.'


Ya Allah.. redhailah kami semua.. ameen.


Friday, November 02, 2012

PhD OH PhD : Part 4 ~ Permanent Head Damage???


Kelas Dr. Kidin (Adult Learning) semalam, beliau nyatakan bahawa ada yang melabelkan PhD sebagai : Permanent Head Damage... Permanent Health Damage (sebab ada yg dapat darah tinggi sebab tension ngan proses PhD ni).. dan lagi teruk, ada yang kata PhD ni PERMANENT HOME DAMAGE (sebab ada yg rumahtangga berantakan sebab terlalu fokus pada PhD ni!!)..

Hadoiiii.. IYE KE CAMTU??

ALLAHU.. sedih jika PhD ini dipandang sedemikian rupa… PhD takde salah apa2 pon..

Bagi aku, PhD tidak SETERUK yang digambarkan.. TIDAK LANGSUNG!!!.. Malah, PhD ini la yang menjadi vaksin untuk memulihkan kembali stress aku pada perkara2 lain.. (aku tak pernah stress sebab kelas PhD, tapi stress kalau tak dapat pergi kelas PhD - sebab tak dapat release stress!!).. hihihi...

Kelas PhD adalah salah satu terapi untuk aku..
YA, aku berkongsi citarasa yg sama dengan sahabatku, Maiza..

PhD bukanlah satu tekanan atau bebanan kepada kami, tetapi ia adalah terapi jiwa untuk kami.. dengan PhD kami mengaktifkan otak kami yang sedia sarat dgn pelbagai isu remeh temeh kepada ilmu yg lebih bermanfaat.. dgn PhD ini kami berkongsi pandangan dan perbezaan dalam banyak perkara.... dgn PhD kami berkongsi idea tentang aktiviti yang dapat dilakukan seterusnya.. apa program yang boleh kami koloberasi dengan mana2 pihak.. apa yang dapat kami sumbangkan kepada fakulti seterusnya masyarakat... huisshh... panjang cita-cita kami dengan PhD ni..

Bagi aku, PHD TIDAK SEKADAR TERHAD KEPADA SEGULUNG IJAZAH KEDOKTORAN DAN BERGELAR “DR”!!.. (bak kata aku dulu, gelaran tersebut sekadar BONUS – tetapi tidak megubah apa2 kedudukan aku di jawatan yg aku sandang sekarang di company sekarang!!! Jadi, takde apa yg nk aku kejarkan dgn status DR tu!!!)..

Untuk diri aku sendiri, sambung belajar adalah perkara yang sangat indah.. sangat seronok dan aku sentiasa teruja dengannya... apatah lagi jika menghadiri kelas, seminar, bengkel, taklimat.. ia merupakan halwa telinga serta layar minda yang paling menenangkan jiwa!!..

Contohnya semalam, dah 2 hari aku tak ke pejabat sebab anakku yang bongsu asyik merengek.. terus migrain menyerang.. (terasa nak hantukkan kepala ke dinding pun ada gak!!).. tapi, kelas PhD menyelamatkan mood aku... selepas hadir ke kelas, rasa tenang jiwa... balik rumah sangat ceria.. (sementelah pula dapat berbual panjang dgn sahabat tersayang sebab kami naik satu kereta... bestnyaaa !!)... dan Alhamdulillah, zharif pun turut ceria dan sudah mula gelak mengekek semula...

Betullah kata pakar2 motivasi..

"Kita akan CINTA sesuatu perkara yang kita set di minda kita yang kita CINTAKANNYA !.."

Sama jugak perihalnya kalau suruh aku JOGGING atau HIKING atau MENGEMBARA DLM HUTAN!! – TOBAT LAHUM (bak kata Ustaz Kazim) aku nak ikut!!.. HARUS AKU TOLAK MENTAH-MENTAH!!.. sebab aku telah SET di minda dan jiwa aku yang AKU BENCI AKTIVITI LUAR (terutamanya yang banyak mengeluarkan peluh serta PANAS!!!)... sebab tu aku tak pernah rasa excited dengan aktiviti luar waima jika melancung ke luar negara utk aktiviti sedemikian, aku tak minat!!! TITIK!!...

Tapi, itulah.. lain orang, lain pandangannya kan!!..

Walau apa jua pandangan dan pemikiran kita, sasarkan matlamat akhirnya adalah untuk mencari redha Allah.. ITULAH HAKIKAT YANG HAKIKI!!!..

Bak kata Ustaz Motivasi IKIM pagi ni.. fikir secara AKHIRAT MINDED!!..

Apa sahaja kedudukan, pangkat, pekerjaan, status dalam kehidupan, fikirkan dan lakukan dengan "AKHIRAT MINDED" – jadikan setiap pekerjaan @ perkara yang dilakukan itu adalah untuk mencari redha dan ganjaran syurga Allah.. BE CREATIVE to think as AKHIRAT MINDED!!.. (waaahhh... best tu Ustaz.. Jazakallahu khair!!).

Kalau orang yang Business Minded sering berfikir untuk menjadikan apa yg dilihat atau dipegang sebagai DUIT.. maka, orang yang Akhirat Minded perlu berfikir dan merancang untuk menjadikan apa jua tugasan dan perkara yang dilakukan untuk menjadi PAHALA!.. bagi mencari redha Allah!!.. Subhanallah..  

Firman Allah:
“…….Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya…..” (Al-Quran Surah Al-Israa 17 : Ayat 19)
 
Jadinya – bagi yang memandang PhD sebagai PERMANENT HEAD / HEALTH / HOME DAMAGE – ayuh kita tukar paradigma pemikiran kita.. jadikan PhD sebagai jalan untuk meraih redha Allah.. niatkan mencari ilmu kerana Allah, untuk diamalkan sbg manfaat dan disebarkan menjadi manfaat kpd org lain..

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang kita CARI (C), yang kita AMAL (A) dan kita SEBAR (S) untuk manfaat bersama, KERANA ALLAH... DEMI MENCARI REDHA ALLAH.. – moga ILMU yg kita C.A.S ini diizinkan Allah menjadi syafaat untuk kita di akhirat kelak .. dan dapat kita berkongsi syafaat dgn yang lain2.... juga sebagai laluan untuk kita mendapatkan syafaat teragung yakni syafaat Baginda Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam.. serta membuka ruang untuk mendapat pengiktirafan ulung yang dikejar dek semua umat, yakni REDHA ALLAH – bagi melayakkan diri menghuni Jannatul Firdaus-Nya yang abadi!!.. KAYA. BERJAYA. BAHAGIA. DUNIA DAN AKHIRAT!!.. Ameen.

JOM C. A. S ILMU!!..


Ya Allah.. redhailah kami semua.. Ameen.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.