Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday

Memujuk emosi!


Sejak selesai peperiksaan komprehensif PhD – Subjek Statistik, aku seolah-olah merajuk dengan diri!


 



Membiarkan post di laman mukabuku terbiar sepi. Tidak bersapaan dengan para sahabat dan saudara wangian syurga pemberi komen yang meninggalkan kata dan doa yang baik. Jeliknya sikap aku!

Hakikat!
Ya, itulah hakikat aku seorang insan. Manusia yang mampu Allah bolak-balikkan hatinya. Ada ketika aku waras memikirkan takdir hidup. Ada ketika aku tewas dengan percaturan yang ditetapkan. Kerap kalinya aku kecundang dengan nafsu yang menyintai keduniaan.

Bagi merawat rajuk diri (siapa suruh merajuk?! Cheh!), aku kembali kepada rutin lama. Melawat blog teman-teman yang bijak berbicara. Yang sedap tulisannya. Yang tarbiyahnya sampai ke hati dan jiwa.

Perlahan aku muhasabah diri.
Betapa aku sering mengingatkan diri untuk meletakkan dunia di tangan, bukan di hati, jauh sekali menjunjungnya di atas kepala, dan seringkali itu jugalah aku alpa dan menjadi sebaliknya! ALLAHU ALLAH!

MALU!
Sungguh. Malu sekiranya aku ditanya malaikat, apa yang digusarkan sehingga menjadi rajuk yang mengganggu emosi?

Tidak boleh jawab soalan statistik? Apa kesannya? GAGAL? Lalu apa natijahnya? Perlu ulang? Maka solusinya? ULANG SAHAJALAH! APA SUSAHNYA???

Allahu Allah!
Wahai aku, manusia yang lemah. Itu sahajakah dugaan yang buat kau rasa resah? Malunya pada penduduk langit yagn sedang memerhati, mahu didoakan apakah untuk insan sepertimu ini?

Kenapa tidak kau tangiskan saudaramu di Palestin yang dibedil bom dan nayawanya melayang? Mengapa tidak sahaja kau rasa malu kerana rajukmu itu buatkan kau hanya menarik selimut tidur awal di tilam empukmu, sedangkan ada saudara-saudaramu bertungkus-lumus memberi makan kepada saudara-saudara gelandanganmu yang di luar rumah itu?

Wahai aku yang bernama aku!
Cukuplah kau memalukan diri dengan ’prihatin’ kepada masalah duniamu sendiri!
Cukuplah kau menjauhkan diri daripada nikmat Allah dengan menutup telingamu pada permasalahan sebenar umat, Islam dan dunia.
Cukuplah kau memisahkan dirimu dengan akhirat yang sepatutnya lebih kau utamakan!

Kembali kepada fitrah asal kejadianmu. Asbab mengapa kau Allah ciptakan!!!
Firman Allah:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu (Surah Adz-Dzaariyat 51 : Ayat 56).
Cukuplah! Jauhkan dirimu daripada menjadi hamba Allah yang rugi!

Firman Allah:
“…….Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3 : Ayat 185).
 
Mahukah kau tahu apa yang membuatkan manusia tenteram dan bahagia?

Apabila hatinya mengingati akhirat! Sungguh!

Cubalah hayatinya, wahai diriku!!!


Ya Allah. Berkati kehidupan kami dunia dan akhirat. Redailah kami semua. Hidupkan kami dan matikan kami dalam reda-Mu. Ameen.

.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.