Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday

Inspirasi Hidup: Kisah Sahabat Wangi

Bismillah.

Kerana Kita Hamba.
.
.
“Rezeki Allah tidak pernah terlewat atau dipercepatkan. Semuanya teratur pada kadar masa yang ditetapkan-Nya. DIA yang berhak memberi dan menahan tanpa bantuan mahupun pertolongan sesiapa. Kuasa yakin dan doa hamba yang memungkinkan segalanya diubah, mengikut kehendak dan izin-Nya.”

.
.
Semalam saya mendapat panggilan daripada seorang sahabat wangi. 

Sungguh, jujur dari hati, saya bahagia mendengar berita bahawa beliau mahu berpindah dekat dengan kejiranan saya, Bangi.

Semasa awal perkenalan, kami sama-sama tinggal di Bandar Tasik Selatan.
Berkenalan di UPM, mengambil bidang pengajian yang sama. Master HRD.
Alhamdulillah, kami diizinkan Allah graduate bersama (9 Ogos 2009).
Sekarang, kami sama-sama meneruskan peringkat PhD dalam bidang HRD juga.

Setelah saya berpindah ke Bangi, beliau juga menyatakan hasrat untuk pindah ke Bangi. 
Demi kemaslahatan si puteri bijak pandai yang dicintainya (Bangi banyak sekolah tahfiz).

.
.
**********************
Apabila ’rezeki’ itu Allah mahu kurniakan kepada hamba.
**********************

Apa yang diceritakannya semalam sangat terkesan di hati saya. 

Mengenali dirinya dan sedikit sejarah lampau dan kisah hidup beliau, hati saya tersentuh. Rasa kecintaan dan kehambaan kepada Allah semakin menebal.

Rumah berharga lebih RM5xx,xxx-xx yang dilihat pada hari ahad lepas, mendapat persetujuan suami. Dan pada hari selasa, beliau sudah bayar downpayment, booking rumah yang dimahukan.
.
HOHO! Begitu mudahnya. Alhamdulillah.

Sekiranya peristiwa semalam itu di’sembang’ pada 15-20 tahun lepas, pasti beliau akan menggeleng kepala atau terus lari untuk tidak mahu dengar – kerana ketika itu, jangankan rumah berharga ratusan ribu, rumah RM40,000-00 pun sukar untuk diperolehi (dan perit pedih untuk mengikat perut bagi menbayar downpayment, Tuhan sahaja yang tahu!)

**********************

YA! Begitulah sekiranya Allah mahu menganugerahkan rezeki kepada sang hamba.
Ada masa kita begitu meminta, tetapi Allah tidak beri setepat masa. Rupanya dia tangguhkan ke satu detik yang mana ianya lebih baik daripada apa yang kita impikan sebelum ini.

Ada ketika, Allah biarkan impian kita itu berkubur tanpa bayang, kerana Allah mahukan doa kita dan disimpan-Nya untuk ’penebusan’ di akhirat kelak (InsyaAllah, amin). 

**********************

Melihatkan rezeki beliau hari ini, saya rasa sungguh terharu.

Bak kata beliau, ”jangan melihat dirinya yang hari ini!”
Kenali masa lalu beliau sebelum menyatakan ”Untungnya jadi Datin Romaizah Abd Kadir!”

Ya, saya akui itu.
Jika diberi pilihan, mungkin saya tidak mahu berada di kedudukannya hari ini.
Kerana saya mungkin tidak kuat untuk berhadapan dengan masa lalunya yang begitu perit!

Hari ini adalah buah-buah epal segar yang tumbuh mekar dalam taman kehidupannya.
Setelah penat lelahnya membanting tulang empat kerat, mengguna segala kudrat tenaga, menahan gelojak emosi, mengabaikan beberapa impian dan meneruskan kehidupan dengan semangat dan azam untuk berjaya, berjaya, berjaya!

Dia berangan dengan melukis takdir impiannya. 
Dan hari ini, Allah izinkan beliau menikmati hasil ’lukisan kanvas’ kehidupan yang diimpikan.

**********************

Aku gembira untukmu, sahabat wangi yang ku cintai.
.
.

Didoakan Allah sentiasa lindungi dirinya. Hapuskan segala dosa-dosanya yang terdahulu, kini dan akan datang. Dan Allah pelihara dirinya daripada fitnah kubur dan azab api neraka. Mohon Allah temukan beliau dengan Rasulullah dan berjalan bersama ke syurga-Nya, tanpa hisab. Amin.

**********************
.
Kenapa saya ceritakan ini?
Kerana saya mahu ingat kisah beliau.
Saya mahu menyebar maklumat yang bermanfaat daripada perjalanan kehidupan beliau.
.
.
Sungguh. Saya sayang sahabat saya ini.
Dia antara inspirasi hidup saya.
Untuk terus yakin bahawa:
”KUASA DOA DAN PILIHAN KEHIDUPAN ITU ADALAH HAK HAMBA!”
.
.
Maiza Abd Kadir. Sahabatku sayang.
Mohon Allah izinkan kasih-sayang ini, sampai syurga-Nya. Amin.
.
.
.
Ya Allah. Redai dan rahmati kehidupan kami, dunia dan akhirat, sampai syurga-Mu. Amin. 

.
-KakTiny-

PhD Oh PhD – Part 12: Deferment (Penangguhan)

Bismillah.

Dalam perjalanan mencari ilmu dan untuk segulung ijazah PhD, diam tak diam, sudah 3 tahun aku menempuh denai, lurah, lembah, bukit dan alurnya.

Sekarang aku sudah di Semester 6.
 
Hari ini aku menerima email memaklumkan permohonan ‘deferment’ aku untuk semester depan (semester 7, tahun ke-4) diluluskan.

Lega?

Entah. Berbaur rasa sebenarnya.

Ya lah. Sepatutnya aku sudah masuk ke semester ke-7, tinggal lagi 2 semester sahaja sekiranya mengikut ‘jadual’ UPM, aku sudah perlu graduate (graduate dalam masa 4 tahun pengajian).

Tetapi, dengan deferment ini, dengan ‘ketenangan’ meniti hari menanti kelahiran anak ke-lima ini, dengan rasa santai tanpa bersalah untuk tidak langsung memikirkkan perihal thesis dan jurnal PhD, membuatkan aku rasa begitu YAKIN & PASTI bahawa aku tidak mampu untuk graduate ‘ON TIME’ seperti yang ditetapkan UPM (8 semester untuk PhD).

Sudah melepasi semester ke-6, tetapi aku masih BELUM:
1-     Proposal Defends;
2-     Publish Journal;
3-     Pilot Test;
4-     Data Collection (dah belum proposal defends dan pilot test, mana nak datangnya collect data!!!! Grrrr….)

Sekarang ini, aku sekadar ‘follow the flow!’

Momentum untuk penulisan PhD semakin menurun.

Bukan kerana tidak suka, TIDAK!

Kecintaanku untuk menggali ilmu dan menulis thesis dan jurnal tetap berada di tangga atas – cumanya, dalam hirarki penulisan, untuk menulis thesis, ia jatuh ke tangga ke-3 (alasan!)

Kenapa begitu?

Kerana aku benar-benar tidak dapat fokus kepada perihal penulisan akademik yang memerlukan penaakulan yang tinggi dan masa menulis yang panjang.

Sekiranya menulis thesis umpama menulis di blog, tulislah apa yang mahu, berapa kajang yang suka, sesedap rasa dan jiwa, tanpa perlu rujukan, kesahihan fakta atau data, aku YAKIN DAN PASTI, sejak semester 1 aku sudah siap mengarang 30 artikel dan semester ke-2 sudah VIVA. Hahahaha (maksudnya, betapa aku bahagia dan bebas menulis benda merapu! Kihkihkih).


*********************

Berpindah rumah, mengandung dan menanti kelahiran.

Ini mungkin dalam kategori ALASAN, tetapi ini antara alasan yang paling tepat mengapa penulisan PhD aku tersangkut tanpa progress!

Perkara yang berlaku pada ’semester’ ini buat aku langsung tidak fokus pada tugasan PhD aku.

Disahkan mengandung (anak ke-5) pada pertengahan tahun lepas, berpindah rumah dari Cheras ke Bangi pada penghujung tahun lepas dan menanti kelahiran pada pertengahan bulan February ini, benar-benar buat aku hilang tumpuan untuk melaksanakan apa-apa tugasan PhD – waima untuk hantar borang pengesahan lulus Peperiksaan Komprehensif ke pejabat GSO dan membuat tempahan masa untuk sessi proposal defends pun, aku tidak laksanakan! Allahu Rabbi.

2014 menyaksikan kehidupan yang agak kalut dalam hidup aku. Ada masa aku hilang arah, hilang punca, malah, rasa down yang terlalu amat. PERIT!

*********************

Kembali fokus.

Aku tidak tahu bila, tetapi aku mohon supaya Allah bantu aku untuk kembali fokus dengan pengajian PhD serta dipermudahkan untuk melaksanakan tugasan dengan lebih teratur sehingga SIAP!

Aku daftar PhD pada pertengahan tahun 2011 – tetapi terpaksa ’defer’ Semester 1 kerana mengandung anak ke-tiga. Seorang putera selamat dilahirkan pada 30.03.2012.

Aku sekali lagi disahkan mengandung, anak ke –empat. Pada Semester ke-4, aku selamat melahirkan seorang puteri pada 09.06.2013, iaitu selang 3 hari selepas tamat peperiksaan akhir subjek Multivariate Statistik! (Kawan-kawan kelas sedia membantu memohon doa supaya bayi ini lahir selepas habis peperiksaan, kerana aku kerap diserang ’false alarm’ semasa menghadapi hari-hari peperiksaan akhir. Hihihi).

Dan kali ini, pada tahun ke-tiga menuju tahun ke-empat pengajian, aku bakal menimang seorang lagi putera (anak ke-5). Allahu Allah.

Teringat kata-kata para lecturer / supervisory committee member PhD aku. ”Cepat siapkan PhD tu, kalau tidak nanti berderet lagi yang keluar!”

Aduhai! Aduhai! Aduhai!

Cukuplah 5 orang ini. Tiga tahun buat PhD, sudah 3 orang anak lahir. Hahahaha.

Rekod untuk diri sendiri! Kehkehkeh.

Aturan Allah itu maha sempurna dan tidak ada yang sia-sia. Aku yakin itu.

Maka, aku akur dengan takdir ini. Aku berazam untuk mengurus-tadbir takdir ini sebaiknya. Mohon Allah permudahkan.

InsyaAllah, aku akan mula beri tumpuan kepada pengajian PhD ini selepas berpantang nanti. Mohon Allah izinkan. Amin.

Sekarang – tunggu sahajalah detik kelahiran seorang lagi putera, amanah Illahi, cahaya mata yang ke-lima dengan tenang setenang-tenangnya. Hihihi.

*********************

Ya Allah. Aku mohon reda-Mu Tuhan. Redai kami, hamba-hamba-Mu. Amin. 

#ceritakaktiny
#PhDkaktiny
 

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.