Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday

PhD Oh PhD - Part 15: Melancarkan penulisan thesis dengan Text Room (TR) = Kaedah KJ Method + ZDOT

BismillahirRahmaanirRahiim.

Semasa sedang bertungkus lumut mengisi maklumat dalam kotak S.T.A.R.T Model Canvas (Start Thesis Apply Right Template), tiba-tiba idea untuk kajian tesis sendiri muncul berdesup-desup!


Terus capai laptop dan buka.

Satu persatu saya belek apa yang telah ditulis dalam thesis saya.

AKHIRNYA... sepagi saya HABIS dengan BACA SEMULA penulisan thesis saya TANPA sebarang penambahan pada penulisan! Serius geram dengan diri sendiri!

Saya renung-renung ruangan heading pada navigation pane (dalam microsoft word), banyak sub-heading yang masih 'lompong'.

Tiba-tiba saya teringat kaedah KJ METHOD yang saya pelajari dalam bengkel penulisan.


YA! Selepas ini saya perlu aplikasikan kaedah KJ Method dalam penulisan thesis saya. InsyaAllah, sekali buka laptop, 'buka satu sticky notes' sahaja, tulis dan selesaikan. Simpan!
.
.



'Sticky Notes' pada microsoft word adalah pada 'Heading' dalam ruangan 'Navigation Pane'.

 Justeru, kepada penyelidik, rancang 'sticky notes' mengikut kaedah ZDOT.

ZDOT adalah Zero Draft of Thesis, manual 'heading dan sub-heading' untuk thesis, seperti yang dicadangkan oleh Dr. Othman Talib.

ZDOT + KJ Method = Text Room (TR)!!!
Penulisan menjadi laju dan mantop!

.
.
Text Room ~ Pembahagian heading dan sub-heading.
Ditulis / bahagikan teks pada sticky notes. Setiap satu sticky notes mewakili satu bahagian / sub-bahagian.
Cabut satu 'sticky notes' dalam text room yang telah disediakan - TULIS SAMPAI SIAP!
.
(Tapi, kalau ada penyakit yang namanya -MALAS- tu, memang tak dapat nak tolong la! Datanglah malaikat dari langit ke-7 hantar modul ke, model ke, memang NAN ADOLAH!)
.
.
.
Allah rahmati setiap anda yang datang membaca. Amin.
Salam takzim.
-KakTiny-

PhD Oh PhD - Part 14: S.T.A.R.T Model Canvas = Gabungan BMC + RFOT + Penulisan Novel Cinta

BismillahirRahmaanirRahiim.

Walaupun dalam mood 'differ semester' tapi tetap nak juga sentuh bahagian-bahagian tesis yang masih tertangguh!

Risau pula bila tengok kalendar dah nak habis bulan 6!
Semester depan (bulan 9) WAJIB buat propsoal defend! WAJIB! (orang lain submit tesis untuk VIVA, yang aku ni baru nak sumbit proposal untuk defend - aparaaa!)

'Takpe. Takpe. Relax. Rezeki masing-masing tak sama. Aku direzekikan tambah lagi 3 orang anak sepanjang tempoh pengajian PhD ni, jadinya, adillah kalau Allah 'beli' sedikit masa aku dengan lambatkan sikit perjalanan PhD ni.' (Monolog hati memujuk diri supaya redha dan terus senyum dengan aturan Illahi). 

.
Tertekan?
Oh. Perkataan itu sedikit demi sedikit saya cuba hapuskan daripada kamus perjalanan PhD saya ini. Saya tidak mahu lagi ada rasa tersebut. Kerana saya sudah JELAS dengan MISI PhD saya ini.

Untuk apa saya tertekan kepada perkara yang saya SUKA DAN CINTA?
Malah, saya tahu saya boleh mendapat dan memberi manfaat melaluinya!

Saya kan ada SENJATA ISTIMEWA, hadiah dari DIA!
Saya ada DOA! Hak eksklusif saya sebagai hamba.
Hak saya adalah berdoa. Hak Tuhan adalah memakbulkan doa.
DIA beri sesuai dengan masa dan keperluan saya.
Saya cuma perlu bergerak dengan D.U.I.T (Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal).

.
.
****************

Betapa baiknya Allah Ya Barr Ya Wahhab Ya Razzak yang menambah rezeki dalam bentuk lain sepanjang saya berada dalam tempoh 'differment' ini.

Allah telah datangkan ilham untuk saya buat satu model baru - adaptasi daripada tiga model kerja berlainan bidang yang boleh membantu penyediaan awal penulisan thesis dengan MUDAH!

C.S.I = Copy | Study | Innovate.

Itulah kerja seorang pelajar yang perlu buat tesis.

Preparing a thesis is just about COPY STUDY INNOVATE! 

(FUH! Statement yang boleh mengundang 'penyembelihan' oleh akademik-akademik dunia. Hihihi). 

Dalam tempoh differment ini, saya tidak tulis tesis saya, sebaliknya saya 'reka' model baru.

Model ini adalah gabungan dan adaptasi daripada model bisnes iaitu BMC (Business Model Canvas), RFOT (Research Framework On Template) dan Asas Penulisan Novel Cinta. 

(1) BMC adalah model bisnes yang dibangunkan oleh Alexander Osterwalder (2008) - ia membantu para usahawan untuk membuat penilaian awal tentang potensi perniagaan, sebelum terjun ke lapangan perniagaan yang dihajati.


(2) RFOT adalah template kerangka penyediaan awal tesis oleh Dr. Othman Talib (2013) - ia membantu para pelajar yang mahu menyediakan tesis supaya jelas dengan skop kajian serta memudahkan penulisan proposal sehingga ke penulisan tesis kajian sebenar.

Dr. Othman Talib adalah pencetus ilham untuk saya rangka model START Model Canvas ini. Blog beliau (boleh klik sini) sangat membantu para pelajar yang sedang atau mahu menulis tesis. Sangat membantu (Allah rahmati beliau dan pengetahuan yang disebarkan).

(3) Bengkel Penulisan Novel Cinta yang saya ikuti pada Feb, 2014, yang dikendalikan oleh Cikpuan Azzah Abd Rahman, turut memberi ilham untuk digabungkan dalam kerangka START MC ini.



Gabungan dan adaptasi BMC + RFOT + Penulisan Novel Cinta telah menghasilkan S.T.A.R.T Model Canvas (Start Thesis Apply Right Template), by Tiny Azleen Yahaya (2015). :-)

(Ada bahagian yang 'dihilangkan' kerana modul model ini belum siap sepenuhnya. Nantiiiiiikan.)

Sedang menyiapkan modul ini dan akan diuji keberkesanannya kepada beberapa orang responden kajian. 
.
.
Sekarang, saya sudah lebih JELAS, kenapa saya PERLU SIAPKAN Ph.D saya ini!

"Allah telah berikan saya satu ilham yang boleh disebarkan sebagai manfaat kepada kumpulan yang memerlukannya. Oleh itu, saya perlu jalankan amanah ini." - KakTiny.

.
.
.
Allah rahmati setiap anda yang datang membaca. Amin.


Salam takzim.
-KakTiny-

Hikmah selepas musibah

BismillahirRahmaanirRahiim.


Firman Allah:
"…Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). [Surah Al-Insyirah 94: Ayat 5-8]


Sungguh! Saya yakini janji Allah dalam surah ini sesungguh-sungguhnya.

Bukan sahaja dijanjikan kemudahan bagi setiap kesulitan, tetapi juga Allah sudah nyatakan, bahawa MINTALAH (DOA) apa sahaja kepada Allah. BERDOA APA SAHAJA!

Subhanallah. Maha Suci Allah yang sangat baik kepada hamba-hambaNya.


Rentetan peristiwa kehilangan laptop saya tempohari (cerita di sini), saya memang serahkan ‘bulat-bulat’ (penyerahan total) tentang untung nasib file-file dalam laptop yang hilang kepada takdir Allah untuk saya. Juga saya tidak memikirkan apa juga yang terjadi kepada progress thesis PhD (cuma fikir mahu retrieve file dalam dropbox). 

Saya tidak mahu ‘stress’ dengan kehilangan laptop itu. Saya punya rencana untuk kumpul duit (dengan main kutu) dan sampai cukup tempoh giliran saya, baru saya fikir mahu beli laptop baru.

Saya punya rancangan sendiri, tetapi, RUPA-RUPANYA, Allah juga telah rancang sesuatu untuk saya, selepas saya redha dengan kehilangan (kecurian) laptop tersebut.
Alangkah terkejutnya saya dengan perancangan Allah.

Saya ‘dapat’ laptop secara percuma!

Ya! Percuma.

Apabila sahabat baik saya, yang pada mulanya mahu meminjamkan duit kepada saya (tetapi saya menolaknya) kemudiannya membuat ‘counter-offer’ dengan memberi wang tunai untuk saya berli laptop! Sebagai balasannya, beliau mahu kami jadi partner untuk bina module training bersama-sama.

Allah. Allah. Allah.

Maka nikmat Tuhan yang mana yang sanggup saya dustakan?

Masih lagi tidak mahu percaya dengan ‘keajaiban’ yang mampu dan mahu Allah hadirkan selepas berdoa, ‘tawakal dan redha?’ Allah.

Masih lagikah saya ragu-ragu dengan kebesaran Allah?

Sungguh saya malu!

Benarlah.

Kita buat kerja kita, biar Allah buat kerja-Nya.

Sebagai hamba, kerja kita adalah bergerak ‘dengan’ D.U.I.T (Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal) – tugas kita adalah menjadi khalifah yang menegakkan Islam dalam kehidupan.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan, Muhammad, Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam.




.
Salam takzim,
-kaktiny-


YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.