ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
1.8.2013 - Sudah masuk bulan yang ke-8 dalam tahun 2013 ini dan berbaki lagi 5 hari Ramadhan sebelum ianya berlalu.
Merujuk kepada entri sebelum ini dan sebelumnya.. ALLAHU.. hanya satu entri sepanjang 6 bulan pertama 2013!.. Aduhaii.. itulah entri pertama dan juga yang terakhir dalam tempoh 6 bulan ini!.
2008-2013 ~ bermakna sudah 5 tahun aku mengenali dunia blog. Dunia yang banyak pengajian dan pengajaran yang ku perolehi daripadanya.
Azam aku selepas ini adalah untuk 'menghidupkan' kembali blog ini. Tetapi dengan lebih bermanfaat. Bertujuan dan bermatlamat.
Tujuan utama adalah untuk menulis.
Matlamat utama adalah untuk menyampaikan.
"DEMI IQRA' : AKU MENULIS - KERANA ALLAH!".
Tulisanku ini akan aku jadikan modal berbayar di dunia dan saham yang akan ku raih untungnya di akhirat kelak. Moga Allah izinkan. Moga Allah permudahkan.
Ya Allah.. Aku mohon redha-Mu. Redhai kami semua. Ameen.
........................