Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, July 10, 2008

Hari Ini : Cara Baru (yg pun tak jlnnnn..)

Apa yang cara baru?.. hehehe.. aku dpt komen dari kengkawan blog di antaranya BP/JP, iina, thafiexq, juga ady ttg cara baru nak layan chat selain dari masuk ym.. korang ni mmg membantu aku dalam menajamkan tanduk yang telah ditumpulkan dek bebudak IT nih.. bagus bagus!!!..

Tapi aku tertarik ngan cara ady.. guna gmail.. hmhmhm.. menarik tuh.. sbb setakat ni akaun gmail tak penah problem.. (akaun yahoo kerap gak takleh masuk.. triple jahat lar diorang nih..) - ady... ajar kaktiny!!!!!...

Semalam pegi layanz tgk sepi ngan kaklong and adiknya si ros.. kat alamanda.. sementara tunggu wayang start.. pi makan kat johnny's steamboat tuh.. kaklong kata dia tgh lapaq.. aku suka hati dengar.. sbb aku paling suka belanja orang yang suka makan.. tapi oleh kerana perut kaklong 'tak berapa best smlm'.. makanya, tak byk sgt dia makan.. si ros, sbb dia dah mintak nasi daging blackpepper.. ala2 kenyang skit.. so.. ada tinggal 4 ketul beef ball yang tak abis..

SEPI.. kaklong aku tgk, 'terusik' skit hatinya.. aku?.. aduhai.. cerita melayu jarang buat aku menangis.. (sbb aku puas menangis utk kehidupan aku sendiri.. dan aku kutip pengajaran di atas peristiwa demi peristiwa yang terjadi dlm kehidupan peribadi aku.. inspirasi aku..) - dan aku enjoy tgk kaklong enjoy (aku suka membahagiakan insan-insan yang rapat dgn aku dan yang aku sayang.. semua org camtu kan..) dan again.. aku kuar malam.. siap sms kat abang di afrika nun bagitau aktiviti aku.. (nak kata tak bagi mesti tak gamak kan.. so.. dpt green light ler.. kui kui kui).. komen ttg Sepi?.. kalau takdak afdlin shauki, rasanya, aku kuar panggung kot...

Kat opis hari ni?.. masih bosan takder kerja.. (rudy.. bila nak bagi kerja (task) ni?.. FOC lar.. takdak claim2.. borang claim pun kaktiny tak tau camner rupa - tak penah hayat claim even wat kerja lebih masa kat opis nih pun..) - nak buat assignment statistik (total 9 assignment?.. yang no. 1 pun tak start kayuh lagi nih.. aduhai...) tak tau camner.. hmm.. cari bahan utk project paper lah.. Semester nih, aku cuba sasarkan statistik B+ (tinggi tak weh?..).. paper lain InsyaAllah aku doakan A.. Ya Allah.. bantulah hamba-Mu ini..

Usaha Doa Tawakkal.. Dengan Izin Allah.. AKU BOLEH... (tapi aku takut weh..)..


entri tambahan : waaa waaa waaa.. ady.. diorang filter url tuh.. takleh masuk.. BENCIIIIII!!!!!!!! CARA BARU NI PUN TAK LEH.. DENGKIIIIII!!!!!!!!!!!!!....

Wednesday, July 09, 2008

Hari Ini : Keje yang takde keje..

Aku dah masuk opis balik.. rasanya cam lama giler aku 'bercuti'.. bebudak opis semua tegur yang aku cuti lama sgt.. LAMA KE?.. rasanya aku apply leave 3 hari jer.. tapi masuk opis cam setahun aku cuti.. rasa cam baru balik dari maternity leave (sama keadaan cam bulan january dulu..)

Boss aku takdak.. seminggu ni dia kat Bangkok.. pastu minggu depan pi Langkawi plak.. pastu sambung pi Alor Setar then sambung gi Bangkok lagi then sambung go Kuching lak.. makna kata.. aku akan TAKDAK KERJA (TUGASAN) LAGI.. kata lain - aku RELAX giler.. (kaklong sure jeles kat aku.. hihihi).

So.. aktiviti aku kat opis?.. nak buat apa yek?.. jalan2 lawat blog tu mmg perkara wajib.. tugas rasmi dah tuh..hihihihi.. (pssttt... rudy kata nak pakai PA.. sbb dia ada 3 org PA pun tak cukup.. meh kaktiny jadi online PA.. free of charge.. takdak professional fees.. no worries.. ) kuang kuang kuang...

Takpalah.. akan aku penuhi dengan buat assignment.. (whitetulip pun biziz ngan assignment gak kan.. jom buat sama2 nak?).. heheheh

p/s : aku dah takleh masuk ym kat opis nih.. cheiiisss... hampes nyer bebudak IT nih.. cepat jer korang trace aktiviti liar aku ni yer.. mujur 'blog' diorang tak filter gak..

Tuesday, July 08, 2008

Hari Ini - Dah balik.. kerja kerja kerja

Dah balik KL... esok dah start kerja setelah bercuti dan balik kampung selama 5 hari.. best tu mmg best sbb balik kampung.. tapi tetiba cam rasa tak sepenuhnya best.. sbb.. abang takder.. huhuhuhu..

Nak makan yang best2 pun terbantut.. asik teringat abang.. sian lak nak pi makan sbb dia tak dpt makan.. dia asik sms dari afrika bagitau makanan kat sana tak best.. siap call pakai 3G nak tunjuk makanan dia tak best.. hehehehhe.. tapi aku berterima kasih sgt kat teknologi canggih manggih skrg nih.. 3G betul2 bagus kan.. bolehler aku and anak2 sembang sambil nengok muka abang tiap2 hari.. rasa lambat plak masa berjalan.. hari sabtu baru abang balik..

Kat kampung.. tak byk sgt aktiviti - cam terbantut lak sbb abang takder.. hihihi.. tapi dpt ler gak makan 'dughiyan'..

ABANNNNGGGG.... LEEN BOSAAANNN ABANG TAKDAK.... (pheh.. bangga laki aku kalau dia baca weh.. kihkihkih.. - entah bila tahun ler laki aku nak baca blog aku nih.. kuikuikui..)

STATISTIK.. aku tak buat lagi 1st assignment.. weih.. takutnyerrr...

p/s : time kasih pada yang add ym and yang bagi address ym.... ber'ym' la plak yer.. hehehhe.

Thursday, July 03, 2008

Esok : Entri esok?

Surely esok aku takder entri pasal aku akan sibuk berada di atas jalan raya utk balik kampung..
Dan pastinya masa aku atas jalan raya dari Kuala Lumpur ke Kulim, Kedah.. abang dahpun berada di Afrika Selatan.. ibu intan rosnita tanya aku.. apa yang aku mintak kat abang dari Afrika?.. aku nak minta apa yer?.. aku pun tak tau.. sbb aku tak minat apa2.. aku cuma minta pada Allah semoga selamatkan perjalanan abang pergi dan balik.. selamat sampai ke rumah kami semula dengan kesihatan dan jati dirinya yang sedia ada (juga baju2 dia.. kalau tidak tak larat aku nak beli baju baru utk dia..)... yang lain2 .. aku taknak..

So, aku akan pulang ke kampung dengan anak2, angkut semula mak ayah aku utk balik kampung (hahahha... aku kena marah dgn kakak dan adik bongsu aku sbb bawak mak ayah balik kampung.. kan mak ayah dtg KL sbb nak teman aku masa abang takder.. tapi dah aku nak balik kampung.. buat apa balik kalau mak ayah takder.. setakat tgk rumah kosong, tak hingin aku balik.. so, aku bawak mak ayah balik.. kete diorang - agh..tinggallah kat KL.. selasa depan kan balik sini balik.. and itu caranya utk ajak diorang ikut balik KL.. kalau tidak diorang taknak ikut)..

Apa aktiviti aku di sana?.. banyak rasanya..

Oh ya.. aku dah ada aktiviti 'liar' baru di opis.. pasnih aku nak bawak laptop dtg opis.. leh layan YM lak.. so, kengkawan.. sesiapa yang sudi, tinggalkan email address dan add ym korang yer.. and sesiapa yang nak add kaktiny.. email yahoo kaktiny is : ciktiny@yahoo.com

sudi2 kanlah yer.. (wah.. dah merebak penyakit kaktiny nih.. daripada blog ke ym plak.. haru biru kelabu asap ler opis aku nih nanti.. menyaksikan 'kesibukan' luar biasa seorang kaktiny) .. wakakahklahakhalahkahakha..

BYE.. aku nak balik kampung... yeeeeeeeeeehahhhaaaaaaaaaaaaaaa...

Hari Ini : 'Separa' Kenal

Sebelum ni aku asyik layan blog jer.. tapi smlm aku berjaya menembusi talian 'ym'.. so, aku berkesempatan 'chat' dgn 'seseorang' (yea yea.. aku dh boleh masuk yahoo kat ofis.. hehehehh... lagi bertambah 'liarlah' aktiviti aku selain dari jalan-jalan lawat blog nih.. hihihi.... hohohoho)..

Seorang anak muda yang aku 'separa' kenal.. (iyalah.. aku cuma kenal semua2 rakan blog ni di blog jer.. mana penah jumpa atau tgk muka.. muka diorang pun aku tak tahu.. muka aku pun diaorang tak tahu.. tapi message di blog cam dh 10 tahun kenal.. - the unique of blog and the blogger..)

Naper aku nak tulis pasal dia?.. pasal aku teramat mengagumi semangat dia.. walaupun 'chat' beberapa 'puluh' minit je.. tapi aku sgt kagum walaupun mengetahui serba sikit pasal dia.. wujud lagi rupanya manusia macam ni ketika begitu ramai anak2 muda seusianya (eh berapa yek umur dia?.. entah..) yang tenggelam timbul dlm cahaya lampu neon minyak tanah kota batu yang penuh lumpur ini....

kisah cintanya, semangat utk bekerja sendiri, sayangnya terhadap keluarga, kepatuhan pada amanat org tua, kerinduannya pada kampung halaman, landasan akar umbi yang dipegang.. amat aku kagumi.. pada seorang anak muda ini..

Dan aku doakan.. dia terus begitu.. menghadapi hari hari di kota batu.. dengan semangat yang satu.. nantinya pulang utk bertemu, dgn cita-cita dan matlamat hala tuju.. Aku doakan kejayaanmu wahai adikku.. ikhlas dari seorang kakak dari himpunan kakak-kakak dan teman-teman blogmu.. (andai kau membacanya.. kau kan tahu bhw yang ku tulis ini adalah dirimu wahai adikku...)

p/s : AGM smlm.. aku terlepas dari jawatan yang aku taknak tu.. tapi aku tersangkut dgn jawatan lain plak.. aghhh... aku nak bom kete HoF aku.. dan jugak kete ED aku tuh.. chesss.. hampeh punya kawan2.. pakatan tak sepakat betul.. sia-sia jer aku 'sebar' kan senarai calon - diorang tak ikut pun...(ni ayat aku nak luahkan perasaan... tak buleh ker?.. org lain buleh jer buat statement maut lagi dasat dari aku.. takder sapa pun marah.. aku tulis sikit dalam blog.. DAH GAMAT GEGAR SEANTARIO DUNIA.. naper yek?..)

Dan hari ni aku nak balik awal sbb nak kemas baju abang yang tak habis kemas lagi tuh.. Mlm ni kena hantar abang ke KLIA kul 11.00mlm.. flight kul 1.00 pagi (hah??).. Selamat melawat Afrika - johannesburg.. capetown.. here 'my hubby' comes to visit you.. AKU??.. dlm byk2 senarai tempat aku nak lawat.. aku pilih utk ... "BALIK KAMPUNG".. the best place ever.. and adik aku no. 3 akan drive coz dia tgh relax (maklumler baru resign and kerja baru start on the 14 July..).. ada org nak drive kete aku.. wahai anak-anakku.. abah pegi AFRIKA... kita BALIK KAMPUNG!!!!.. balik kulim pastu pegi umah tok kat permatang pauh, p.pinang and aku nak pi umh mak ndak makan mottan and durian kat balik pulau.. YEEEEE HAAAAAAAAAAAAAAA..... BESSSSTTTTTTTTAAAAAAAAAAAAAAAA....

(pssttt... nak lawat Dr. I tanya persiapan perkahwinan.. aku kan nak sponsor bunga telur, goddies pack, telekung, sejadah, kek, and jeli utk hari kenduri dia nanti.. anyway.. he's my platonic friend kan...)

Wednesday, July 02, 2008

Hari Ini : Mesyuarat Kelab

Petang ni ada AGM Staff Club ofis.. DAH.. CUKUP.. aku takmau pegang jawatan ni dah.. TAK MAU dah.. aku nak concentrate kat paper statistik dan project paper aku.. so.. aku teramat berterima kasih kepada Illahi sekiranya aku tidak lagi dicalonkan utk jawatan ini.. (takdak muka lain ka hangpa nak bagi??..) tak kira.. ptg ni, aku nak calon org lain.. aku calon, aku sokong dan aku tutup cadangan dan aku sokong cadangan ditutup.. HABIS CERITA..

Sapa berani calon aku lagi mmg aku BOM kan kete dia ptg nih.. sapa balik jln kaki, maknanya.. mmg dialah org yang calon aku.. (last year YDP sendiri yang calon aku.. kalau dia yg calon lagi?.. camner tuh?..) Agghhhh... tak kira - even if waima YDP sendiri pun yang calonkan aku tetap aku bangkang walaupun terpaksa guna kuasa veto Penaung.. (OIT.. AKU MELAWAK JER LAH.. takkan aku berani nak buat betul2?.. gilo ko?...)

Semua AJK skrg bagi warning yang sama pada semua staff.. heheheh.. siap ada yang gunakan kuasa superior utk ugut anak2 buah supaya jgn calonkan dia dah.. sapa calonkan dia appraisal dpt 1.. increament dari 8% tinggal 2%, bonus kena potong dari 4 bulan tinggal 1/2 bulan.. (oiittt.... ni pun ayat aku melawak jer lah.. TAKKAN AKU NAK KUTUK ORANG SIAP MASUK DALAM ENTRI KOT.... TAK DAK CINTA LOGIKA LANGSUNG!!!.. kan ni ayat yang kami dok melawak selalu.. bukan siyes punya ayat... takkan tulis ayat camnih pun NAK DIPROVOKKAN KOT.. pikir2 ler sendiri kan... - kalau baca dgn niat baik.. 'positif'.. maka 'positif' ler jadiknya.. tapi kalau baca dengan fikiran 'dengki, hasad dan nak melagakan'.. maka kucar-kacirlah jadinya...)

Staff Club skrg dah tak semeriah staff club dulu.. sejak... (hanya kami yang tahu..)

Aku nak MC petang leh tak?..

Tuesday, July 01, 2008

Hari Ini + TINTA 9 - Merenung Bulan

Smlm kaklong tanya aku mana lirik lagu Merenung Bulan nyanyian Aishah (lagu lama).. ini lagu feberet (ala2 lagu tema aku) masa tingkatan 6. Masa tu aku cam frust jer tgk platonic friend aku tu dpt masuk U.. UM (asasi sains).. dan aku (walaupun dah set nak amik law kat UM @ UIA @ ITM) - tapi STPM kan susah.. aku tak tahu dapat atau tidak masuk 'U'..

Kenapa lagu Merenung Bulan?.. sebabnya aku selalu suka tengok org lain yang berjaya.. dan aku selalu nak jadi macam org lain.. kekadang aku suka meratapi nasib sendiri (aku mmg hampess..) - jadinya aku TAMPAL lirik tu kat dinding bilik aku (di celahan nota2 dan kata2 peransang.. ada tak sesapa yang buat cam aku?.. penuh dinding bilik dgn nota2 study and kata2 motivasi dari pakar2 motivasi + peta minda..heheheheh)

Minggu lepas.. adik bongsu aku baca blog aku dan blog kaklong gak.. pastu dia bagi komen dgn selamber deek nyer.. kata dia..

"elok sgtlah 'atny' (pelat ker ape adik aku ni.. short cut kaktiny jadi atny..chess..) kawan dgn 'kaklong' nih.. dua-dua sama.. tak reti nak bersyukur.. suka sgt nak jadi mcm org lain.. depa tak tau org lain yang tgk depa tu nak jadi mcm depa.. sedarlah diri.. pi cari balik lagu 'Merenung Bulan' tuh.. tampai kat dinding.."

mak aii.. aku kena 'ayat' ngan adik aku - lagiiii.. aku respect betui adik2 aku.. kekadang aku rasa cam aku lak adik bongsu bila tiba kat certain2 bab.. hmm.. (tapi most of the time aku ler minah leser and kekadang pakar motivasi diorang .. heheheh).

So.. aku tampai lah lirik tu kat sini.. bila2 aku tgk korang2 yang aku kagumi dan bila2 aku terasa rendah diri.. aku akan bukak entri nih..


Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih

Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti

Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak Rumput yang hijau kulupakan
Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga

Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan

Aku bersyukur.. sangat-sangat bersyukur.. dijadikan Allah diri aku ini , menjadi anak kepada pasangan Zakiah dan Yahaya (ini yang aku bangga sangat..) dan ada apa yang aku ada hari ini..

Cumanya.. kekadang.. aku 'cemburu' dgn kejayaan org lain yang lebih baik dari aku.. namun segera aku toleh pada mereka yang kurang bernasib baik dari aku..

So.. walaupun aku suka akan cahaya bulan (alah.. bulan pun pinjam cahaya matahari gak kan.. and bulan tak lawa lah.. berkerutu..hihihihi..) namun aku berpijak di bumi nyata dan menghargai sangat rumput dan pepohonan yang sentiasa bersama-samaku..

TERIMA KASIH SEMUA..
KALIAN DI ANTARA PEPOHONAN BARU YANG BERCAMBAH MEKAR DI RUANG TAMAN HATIKU..
(the most tq is to you epy - adikku sayang..)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.