"Dan jadikanlah dirimu sentiasa rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan-Nya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;..." (Surah Al-Kahfi 18: 28). ~Ya Allah, temukan dan rapatkan aku dengan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran demi mendapatkan redha-Mu. Izinkan kami berkongsi syafaat sehingga ke syurga firdaus-Mu. Ameen.~
Dengan Nama Allah..
Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.
Wednesday, August 20, 2008
Hari Ini : KERJA KOSONG
1) Account Executive
- job spec : report management account, payment etc..
- starting salary : RM3,000
- qualification : Degree in Accounting
2) Account Officer
- job spec : payment, settlement, etc..
- starting salary : RM2,000
- qualification : Diploma in Accounting
Sesapa berminat (atau ada adik, kawan, sedara, musuh, sahabat, atau kenalan) - sila e-mail kat aku resume dan contact number.. so that aku leh bagi directly (priority) kat kawan aku.. (aku sah sah tak leh mintak.. pasai "ACCOUNT".. wakahkahkahkah... aku cuma tau statement gaji dan payment hutang2 aku jer.. dan balance gaji utk beli barang.... hihihi)
(mana tau nak jadik rezeki sesapa yang terbaca blog aku nih kan kan kan...)
e-mailkan contact number (e-mail address) kat ciktiny@gmail.com so aku leh forwardkan alamat company nih (bagi sesapa yang berminat sahaja ok.. dan pada sesiapa yang rasa 'layak' utk jawatan tuh.. kalau ada 'Degree' cam aku, tak yah ler mintak.. hahahhaha....)
panjang2kan lah yer info nih..
Hari Ini : Persediaan..
Tuesday, August 19, 2008
Hari Ini : Nak Mengular.. hahahhahaha
Monday, August 18, 2008
Hari Ini : Berjumpa dan Terjumpa
Seperti yang dijanjikan, kak ungku and batalionnya sampai sebelum waktu yang di'nyata'kan.. dan aku sampai 'terlepas' waktu yang aku 'tetap'kan.. 8.30pm... (masak lomak cili padi ler aku weh.. wakakakka...) - mana tak lambatnyer.. seperti biasa, kalau aku nak kuar 'bukan time pejabat', si nureen akan jadi pegawai kastam + pegawai parol yang byk 'songeh' bersoal jawab dan pastinya nak mengikut aku.. aduhaiii... (abang lak balik lambat.. kalau tidak leh aku pass batton kat abang suh bawak nureen pi ronda2 alam damai tu sat.. hadoilarrr...)
Dah plak tuh.. kul 8.00pm baru aku leh 'terlepas kandang' dari nureen dan pi jemput tokma yang rumahnya sekangkang kera dari umah aku tu.. pastu pi jemput kaklong plak kat BTS.. pastu patah balik naik amik si 'tentangseseorang' (ady) plak kat BTS (sian mamat tuh tunggu aku depan klinik.. kalau lambat skit aku sampai, maunya dia masuk klinik amik julap... nak bagi kat aku kot.. hihihihi)
Jemput si ady tuh dah kul 8.25pm.. (aku 'syak' kak ungku dah berbakol 'mengayam ketupat' masa ni kot.. wakakakkakakah... ) - sampai alamanda dah kul 9.00pm.. AMPUN BERIBU RIBU AMPUN wahai kak ungku and batalion sekalian.. (tapi korang dah 'santaaappp' baieekk punyer yer.. kak ungku posa rupenyer.. sian dia.. hihihi)
Dan si aliff pun ada sama... Happy Advance birthday aliff..
HAPPY GILER aku bila berkumpul reramai camtuh.. naik kejang urat perut aku duduk ngan kak ungku weh..
dan budak sorang tu.. aku respect giler kat dia.. 14 titik air mata gelak aku meleleh, 84 titik peluh aku mengalir di tambah plak ngan 47 titik wap sup stimbot tu melekat kat peluh aku... nak tengok dia gelak.. Ya Rabbi punyalah payah.. aku ngan kak ungku dah tergolek2 dok dah... tapi aku kagum betul ngan budak tuh.. dia boleh maintain 'skima' yang aku rasa 'ilmu' tu aku takkan dapat khatam walau 44 tahun aku belajar.. TABAH tul ler..
tapi aku kagum sgt sebenarnya kat dia.. sbb sepanjang hayat aku ni, aku tak pernah lagi jumpa orang yang bagi aku HEBAT cam dia.. mmg aku tak pernah jumpa.. dan paling aku kagum, di zaman belajar dia.. dia budak PALAPES (ROTU) dan dia manage to GRAD ON TIME!!.. (bukan senang ooo...)..mmg unik budak nih.. aku seronok kenal ngan dia..
Dan aku happy sangat malam tu..
***********************************
16/8/08 - Sabtu
aku ngan kaklong pi wedding abang wafa kat seremban (mampuih kak ungku bising kalau tau sampai seremban tapi tak habaq kat dia.....hohohoho)
SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG WAFA dan MAS.. TAHNIAH.. semoga kekal bahagia hendaknya..
tak tersangka2.. aku ternampak kelibat seseorang.. macam penah nampak.. aku tunjuk kat kaklong.. kaklong pi tanya abang wafa.. dan.. SAH.. MMG BETUL itu ORANGNYA..
aku jumpa ABANG BEAR (beruangmadu) dan Dr.Shah (shahramblings)... hahahahah.. kecik nyer dunia.. hadoilar... sungguh2 aku tak sangka weh.. hihihihi.. (comei gak abang bear ni in-person rupenyer... ) hihihihi...
***********************************
17/8/08 - Ahad
tokma bagitau nak buat mee kari .. akak (Kak Pah) nak datang.. sukernyer aku.. aku kata kat tokma aku contribute sate jer.. hajat hati nak tolong tokma.. tapi hari tu aku ngan abang ngan nureen gak.. seharian dok kat c****** dok cari perabot.. abang tu biasalah dia.. kalau benda yang dia dah "KOMPEM" nak beli.. mmg "SAKIT" ler salesman tuh.. buleh2 dia mintak nak 2 free gift and berpeluh2 sales person perabot tuh memikirkan apa nak bagi.. sampai last sekali dia surrender mintak maaf sbb tak leh bagi apa2 kat kitaorang.. aku terus amik PO, sign dan bayar.. malasnyer aku nak tunggu lama2 kat dalam kedai tu.. so, minggu depan barang sampai.. leh ler aku pakai alas meja yang akak (Kak Pah) bagi kat aku tuh... hihihi
Malamnyer, lepas maghrib aku pi beli sate dan masa balik, nampak kete plate J.. sah akak (Kak Pah) dah sampai.. terus aku suh abang berhenti depan umah tokma.. (abang balik terus sbb nak tgk badminton 'FINAL' tuh..).
Akak datang dengan kakak, anak dan anak2 sedara dia.. riuh-rendah umah tokma.. (Kak Sepi taknak datang plak yer.. tak per, tak per.. nak merajuk ler camni... hah!!.. tu nak nagis ler tu kak sepi tuh.. bila aku tulis camnih... dah dah dah... jgn nangis... gurau jer.. hihihi)
Dan aku ngan tokma lead diorang sampai KL Sentral.. lepas hantar tokma, aku pi jemput abang kat BTS.. dia pi main badminton..
Balik umah.. seronok sangat.. sbb dah makin bertambah kenalan aku.. syoknyer.. dunia blog yang menarik..
Again.. thanks kaklong.. dunia blog mmg 'colorfull'..
Friday, August 15, 2008
Hari Ini : Alhamdulillah Rezeki...
Thursday, August 14, 2008
Hari Ini : Tag and Award
Wednesday, August 13, 2008
Hari Ini : Dendam Semalam
Aku still bengang pasal semalam sampai awal giler ke opis.. kul 7.19am..
Hari ni jam 'azan' bunyi, aku bangun, mandi dan solat.. dah siap tapi aku lepak and sembang gebang ngan abang pasal nak beli itu ini, buat itu ini, bla bla bla.. cermin meja..bla bla bla.. astro.... bla bla bla.. bakul sampah.. semua bab masuk ler..
Jam awal lagi.. sambung sembang pot pet pot pet.. kenduri sabtu ni... pot pet pot pet...kenduri ahad nih... pot pet pot.. nak buat assignment (pun masuk senarai gak..)
Kul 7am abang baru nak mandi.. aku siapkan baju opis dia.. as usual ler.. u***e w**e, sing**t, stokin, sapu tangan, tali pinggang siap sedia atas katil and baju opis and seluar, sangkut kat tombol pintu... kuar dari bilik air jer.. terus dia capai.. kalau takder 'salah satunya'.. mula ler dia gelabah puyuh...
Dan utk balas dendam semalam.. hari ni, 7.19am aku baru kuar pintu rumah.. panaskan enjin kete.. dan 7.23am baru start drive kete...
Dan aku sampai opis kul 8.19am.. PINTU DAH BUKAK... YESSS!!!!... aku tak jadi mak pacak hari ni...
YA. INILAH KAKTINY
- Kaktiny
- Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.