Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, July 27, 2009

Dinner Treat..


Semalam ada orang belanja aku makan weh.. siapa? siapa?..

Siapa lagi kalau bukan KAKLONG sayang weh…

Acara deting yang tertunggak (sepatutnya jumaat lepas), di’bring forward’ ke semalam..

Destinasinya?.. ”CHILLI’S KLCC”... aku memang dh lama tak makan kat chili’s.... (dan mmg lama tak makan kat luar pun... huhuhu... sejak??.. sejak ’cuti blog’ duuullluuuuuu tuh.. heheheh)...

Bila kaklong menyatakan hasratnya utk belanja makan kat Chili’s... wah.. laju jer aku ”ok” kan.. kehkehkeh... dan bercanda rialah kami berdua-duaan ke KLCC...

Sampai di Chili’s.. kena beratur ler plak amik giliran.. (oh yer.. hari minggu kan kan kan...).. lagi setengah jam.. hmm.. oklah.. kami pi jalan2 dulu... tak jalan ke mana pun.. pegi kat hujung tiang depan Best Denki tu jer... setengan jam pada aku ngan kaklong?.. apalah sangaaattt kan kan kan.. kehkehkeh...

Dah setengah jam.. maka patah balik ke Chili’s dan dpt tempat duduk yg... hmmm... ala2 candle light dinner la plak.. kalau gi ngan couple.. mesti romantik giler... tapi oleh kerana yg duduk tu, aku ngan kaklong.. bukan romanti.. tapi nak dekat2 dgn psikastik la jugak.. kehkehkeh... mau tak.. aku dok gian seronok gilers dok sembang bagitau kaklong pasal proposal PhD aku.. siap aku nak cabar TEORI MASLOW lagik tuh.. gilers ke aku ni hah?... teori yang dah wujud berzaman (1954) tu aku nk cabar?... mmg kerja gilers la kan kan kan... tapi.. itu namanya PhD kan.... either you come out with your own theory or you against the other researcher's theory and come out with your own theory or thinking.. tak ke gitu??.. (tak tau ler kan sbb aku tak amik PhD lagik.. aku baru buat proposal utk tunjuk kat lecturer before daftar tahun depan… hihihi..) - [psstt... ko still sokong aku kan kaklong kan kan kan.. hihihihi]

Dan.. perbincangan (sembang mambang) kami malam tadi banyak berkisar kepada kehidupan, penambahbaikan hidup, permasalahan, teori itu dan ini… dan seperti biasa.. mmg tak sedar masa berlalu… kalau tak sebab KENYANG SANGAT (oohh.. marshlow with blackpepper gravy yg begitu sedap.. buat aku merindui chili’s laggiiii….).. rasanya, buleh lagi sejam dua kat situ.. hihihi…. (dua gelas ice lemon tea aku balun.. mentang2 “bottomless”.. kehkehkeh…)..

Apa pun… aku nak ucapkan TERIMA KASIH yang teramat kepada kaklong di atas kesudiannya belanja makan malam itu… terima kasih sahabat…

And… next.. the treat will be ON ME k… set the date…

Tak sabar nak tunggu alihnya bulan ini… masuk bulan 8 jer… aku ngan kaklong menghitung hari… hehehheee… hari apa?.. HARI CONVO lahhh…. Dan jugak aku menunggu lagi satu “dinner treat”… dari siapa???.... DARI KANDA KAKLONG… kehkehkeh… (jgn lupa yer DRR… !!!... weh.. kaklong.. aku ada nick name baru kat hubby ko… kehkehkeh… ala2 Dato’ K punya nickname ler plak.. hahahahaa.. jgn mare yer…)

p/s: gambar makan malam?.. oh yer la.... masalahnyer... skrg ni aku ala2 dh tak teringat pasal nak bergambar bagai... huhuhu...

Friday, July 17, 2009

Bowling Tournament

Hmm... esok ada bowling tournament piala Boss...
Tak tahu lah aku di tangga no. berapa plak tahun ni.. selepas bowling tahun lepas.. LANGSUNG AKU TAK PEGANG BOLA BOWLING WEH.. reti ke aku main esok nih?..
Bedal jer lah kaktiny oiii.... baling jer lah.. tak kena pin, masuk longkang.. apa susah?.. hahahaha..
Yang penting.. semangat 'kekeluargaan' tuh.. (kehkehkeh...)
lepas dari bowling tu kena straight ke bangi lak... adik sedara convo kat Kolej University Islam Selangor.. (betul ke nama Univ ni?.. takperlah kalau silap pun.. ampuuun yer..)
malamnya buat makan2 umah kakak kot.. (akak, signal nih... barbeque jom.. amir.... set BBQ...)
p/s: epy.. kekalau hang terbaca blog kaktiny di sabahan nuuunnn... sowi ler kalau kami buat BBQ, hang terliuq nooo... huhuhuhu.. windu la kat hang.. oh adikku sayang.... huhuhuhu....

Thursday, July 16, 2009

Takziah tokma..


Innalillahi Wainnailaihi Rajiuun…

Ya Allah.. semoga roh bonda kandung tokma dicucuri rahmat-Mu Ya Allah..

Al-Fatihah..

Salam Takziah untuk tokma sekeluarga.


Itulah.. benar kata orang.. DEKAT TAPI JAUH…

AKU DAN TOKMA...

Jarak rumah aku dengan rumah tokma tak sampai suku kilometer pun.. kalau aku masak laksa, sure tokma boleh bau... tapi.. kerana ’kesibukan’ dengan tugasan dan rencana harian.. membuatkan aku hanya mengetahui berita pemergian bonda kandung tokma melalui BLOG TOKMA yang ku jengah sebentar tadi..

Ya Allah... maafkan tiny tokma... tau nyer pun dah lambat.. (tokma call malam tu pasal ni ker?.. call balik, tokma plak tak angkat.. sms tokma tak jawab.. tgh resah barangkali..)
Maafkan tiny tokma.. langsung tak jenguk tokma walaupun dok pi balik pi balik depan rumah tokma SETIAP HARI!!!.... huhuhuhu.. (ampuuunnnn tokma..)

Dan terima kasih di atas ”buah-buah tangan” yang tokma berikan... mmg suka sungguh.. si nureen pun suka sangat.. terima kasih daun keladi yer tokma...

Nanti cooking2, kita roger2 calling2 k...

Semoga bonda tokma selamat di alam sana..

Al-Fatihah.

Monday, July 13, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN IINA GLASGOW

Entri ni khas untuk seseorang...

IINA GLASGOW... sempena ulangtahun kelahirannya...

aku doakan segala yang terbaik untukmu sahabatku.. amiiinnnn....

aku doakan ko segera pulang dengan bergelar.. Dr. Haslina...

dah balik nanti aku bagi segala hadiah yang aku dh kumpul utk ko kat sini k.. (termasuk jalan-jalan cari makan... hihihi...)

HAPPY BIRTHDAY!!!.....

Thursday, July 09, 2009

Kenduri Arwah Pulut Kuning????… (hihihi)

Salam.

Kaklong dlm komen lepas tanya tentang ‘pandangan’ dan ‘prinsip’ aku DULU tentang “kenduri arwah pulut kuning”…

Pelik tak?.. nak buat kenduri arwah tapi hidang pulut kuning?.. pulut kuning tu bukan ke untuk kenduri kesyukuran?..

Hihihi…. ‘perbahasan’ ni terbit masa aku ‘berperang pendapat’ dengan lecturer ‘statistik’ kami Prof. Dr. BAS kat bilik Prof masa tengah buat discussion project paper aku dulu…

Kaklong, aku, Prof dengan staff PPL ada dlm bilik Prof… masa tu staff PPL (Abg D) tgh cerita yg dia nak cuti utk kendali kenduri sedara dia… pastu Prof cakap, “Hah, suruh tiny handle, dia pandai arrange utk wedding, dia pun tgh arrange wedding anak Bos dia”.

Then Abg D ckp. “Macam tu senangla laki dia esok, buleh dia tolong handlekan”.

Laki aku nak disuruh kawin lagi?.. terus aku tembak.. “HAH.. BULEHLAH SANGAT… BUKAN JADI KENDURI KAWIN… TINY BUAT KENDURI ARWAH PULUT KUNING!!!”…

Tersedak Abg D ngan Prof. Prof gelakkan aku, dia tanya kenapa kenduri arwah ada pulut kuning?

Aku kata ” Kenduri arwah tu sbb kalau laki saya mintak kawin lain, mmg arwah ler dia. Bila dah arwah, terus saya buat pulut kuning, sbb saya tak tanggung dosa menyumpah dia sepanjang hidup!!!”...

Lepas tu Abg D mula keluarkan ’ayat Quran’ yg menyatakan bahawa lelaki boleh kawin 2, 3 dan 4!!!...

Amboi.. aku cukup pantang tok nenek dengar ayat2 tuh... pastu aku pun apa lagi... (mmg menjolok sarang tebuan le Abg D ni tau.. silap banyak bukak ayat tu dekat aku!!!...)

Aku kata..”Hah! Tu ler org lelaki.. asal ckp bab kawin, mesti pakai ayat tu... separuh daripada Surah An-Nisa (4) ayat 3 shj yg diterjemahkan.... Maaf cakaplah.. sebab yang terjemahkannya pun kebanyakkannya ustaz yg jugak ”LELAKI” maka huraiannya tertumpu setakat ”SUKU AYAT TU JE LA.. pastu yg ’terima’ tu pulak JANTAN2 yang BUTA AL-QURAN.. di’talkinkan’ kat pompuan2 yg PUN BUTA AL-QURAN.. maka tu yg buleh nak mintak sain2 surat poligami tuh..."

Prof dgn kaklong dah start gelak2 dah. Abg D dok provoke aku lagi. Aku terus tambah ler. Kata aku lagi:

“Cuba Abg D ngan Prof baca betul2 maksud Al-Quran tu. Surah An-Nisa (4) ayat 2 menyatakan “Berikan harta anak2 yatim itu kepada mereka (Allah menyuruh memelihara anak-anak yatim).

“Surah An-Nisa (4) ayat 3 kata: Jika takut tidak dapat berlaku lurus terhadap anak-anak yatim itu (dlm ayat 2), maka kahwinilah (anak-anak yatim itu) dua, tiga dan empat!. Tapi, KALAU TIDAK DAPAT BERLAKU ADIL, maka kahminilah ‘HANYA SATU’”!.

- Surah An-Nisa menceritakan tentang anak-anak yatim yang kematian ibu-bapa dan hamba2 sahaya (zaman Nabi dulu kan banyak hamba2 abdi).

Surah tu tuju pada ANAK-ANAK YATIM yang perlu DIPELIHARA... BUKAN ANAK-ANAK DARA!!!!!....

Lagi aku menambah..

“Tu la Prof. Org lelaki ni mmg berat sebelah. Baca ayat yg best kat dia je. Cuba baca betul2 ayat2 lain pulak. Kenapa tak ada yang nak kaitkan surah lain jugak. Cuba Prof tengok Surah An-Nisa (4) ayat 129. ’Dan kamu tidak akan bisa berlaku adil di antara isteri-isteri kamu meskipun kamu SANGAT INGIN berbuat demikian’”.

”Apa maksudnya Prof?. Maksudnya... ayat 129 tu dibaca balik kepada ayat 3 bahawa lelaki tak boleh berlaku adil.. MAKA KAHWIILAH HANYA SATU!!!!!!....”.

”An-Nisa (4) ayat 135 pula kata. ’Hai orang2 yg beriman!. Hendaklah kamu menjadi orang yang MENEGAKKAN KEADILAN, menjadi saksi kebenaran kerana Allah, biarpun kepada dirimu sendiri, ibu bapa kamu dan kerabatmu. JANGAN MENURUT KEMAHUAN YANG RENDAH (HAWA NAFSU) untuk tidak berlaku adil. Jika kamu BERPUTAR, Allah tahu benar apa yang kamu kerjakan.”.

”Kan dah jelas Allah bagitau yang takkan sesiapa pun berlaku adil jika kahwin lebih dari satu. Dan Allah suruh umat islam menegakkan keadilan. Sapa yang BERPUTAR-BELIT ALAM bagi alasan demi alasan utk ikut hawa nafsu utk kawin lebih... JAWAB LER KAT AKHIRAT ESOK!!!...”


Masa ni aku dh panas muka dah.. Prof dok provok lagi. Abg D pun muka dh berpisat-pisat kena ‘talkin’ ngan aku.. kaklong dok mengekek kat sebelah...

Last2 aku dh tak tahan sangat.. aku ambik laptop, simpan dalam beg, angkat beg.. aku ajak kaklong kuar.

Aku kata “Dah lah Prof, lagi lama saya duduk lagi banyak surah saya keluarkan, sepuluh tahun pun tak habis bincang lagi. Lain kalilah saya jumpa Prof utk projek paper ni.”

Aku ajak kaklong keluar. Rasa panas telinga dah..

Tapi aku sempat mencelah kat Abg D... ”Nak merasa kenduri arwah pulut kuning, try le test Abg D”... kaklong ngan Prof mengekek gelakkan aku....

TU DULU LA.. DULU..... MASA AKU TAK PEGI KURSUS ESQ TU...

Tapi bila aku dah pergi kursus ESQ... hmmm... BETUL.. aku dah tak terlintas pasal KENDURI ARWAH PULUT KUNING dah... REDHA?... tak tahulah pulak kan.. setakat ni abang tak ada lah hulur borang apa2 kan kecuali borang penama KWSP ngan Insurance dia – yg dh tukar atas nama aku dan anak2 kan kan kan..... (hahahahhahahahaaaa...)..

Sebenarnya... bagi aku, kalau sesiapa yang betul-betul faham Prinsip 1,6,5.. dan memahami isi kandungan Al-Quran.. betul2 cintakan Rasul Allah, Muhammad dan benar-benar tulus mengharapkan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.... takkan terlintas bab poligami dan takkan ada permusuhan jika bermadu...

Poligami diharuskan.. BETUL.. tapi bersyarat dan bersebab... andai LELAKI tahu benar tanggungjawab dan amanah yang Allah letakkan di pundak mereka sebagai khalifah Allah, sebagai suami, sebagai bapa rumahtangga… YA ALLAH.. KAUM LELAKI AKAN TAKUT DAN GENTAR UNTUK BERPOLIGAMI!!!...

Surah Al-Maidah (5) ayat 1. “Hai orang yang beriman!. Tepatilah segala janji!!!...

Ingat tak wahai kaum suami... semasa kamu menikahi isteri kamu.. apa yang kamu lafaskan?.. Apa isi takliq yang kamu bacakan?.. Apa yang kamu janjikan kepada isteri kamu?... Apa yang kamu ucapkan kepada ibu bapa mertua kamu?.. (berjanji menjaga anak mereka)....

Dan sesungguhnya.. JANJI ALLAH ADALAH BENAR!!!!..... (tak takut ker balasan Allah???)...

Dan sebagai perempuan... jika benar faham kenapa poligami diharuskan... silap haribulan, si isteri sendiri yang pergi pinangkan perempuan lain utk suaminya (BUKAN SEBAB NAK DAPAT PAYUNG EMAS.... aku baca tafsir Al-Quran, tak jumpa pun ayat yang kata dijanjikan payung emas di syurga Allah kalau bagi laki kawin lebih.. BIDAAH la..!!!... taktau ler kalau aku ter’miss’ ayat tu kan kan kan...)..

Sebab apa aku kata mereka sendiri akan pinangkan?.. sebab mereka rasa kasihan kepada perempuan yang malang yang dalam kesusahan kerana tidak bersuami.... dengan niat utk mengelakkan perempuan tersebut dianiaya atau lebih terjerumus ke lembah dosa... (dan banyak lagi sebab2 yg lain.. panjang pulak kalau aku hurai pendapat aku semuanya..)

Nak je aku tanya kaum lelaki... NAK TAK kalau si isteri pinangkan kalian perempuan miskin, hodoh (pada pandangan mata kasar manusia), dan naif juga cacat tubuh badan?... atau perempuan2 di lorong mat taib tu... dgn niat untuk mempertahankan maruah perempuan2 tersebut.. NAK TAK???... NAK TAK????.... NAK TAK????.... kalau tak nak.. nampak sangat apa yg kaum lelaki harapkan... (baca balik surah An-Nisa (4) ayat 135)!!.

Dan sekiranya isteri-isteri ini ditakdirkan bermadu (andai si suami masih tak faham tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya...).. maka si isteri seharusnya tidak mengamuk atau melalak meraung sampai nak bunuh diri bagai... atau bergomol, ada kes serang-meyerang atau tampar menampar berbomoh bagai... SEBAB APA?..

Baca surah An-Nisa (4) Ayat 132 – ‘Dan kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Cukuplah Allah sebagai pelindung’.

Kenapa kita (isteri) takut sangat bermadu atau kalau laki kita ada pompuan lain?.. Sebab kita ’tamak’ dan ’takut’ sebenarnya.. (aku la!!!.. aku tak tahu org lain..)..

Aku nak laki aku dgn aku sahaja!!... aku takut kalau dia beralih kasih sayang kat org lain dan tak hiraukan aku dan anak-anak... SELFISH kan aku.. konon aku sayang sangat kat laki aku!!..

Aku lebih sayangkan makhluk Allah lebih daripada Penciptanya????....

Contohnya... kita suka sangat kari ayam yang mak kita masak... adakah kita perlukan kari ayam mak kita tu lebih daripada kita perlukan mak kita?... Boleh tak kita hidup kalau tak makan kari ayam tu sehari, sebulan atau setahun?.. BOLEH JUGAK KAN!!... jadinya sapa yang lebih penting?.. KARI AYAM ATAU MAK KITA???...

Same goes to PENCIPTA DAN MAKHLUK CIPTAAN-NYA... adakah aku lebih perlukan laki aku berbanding aku perlukan Allah?... Berapa lama aku kenal laki aku berbanding aku ”KENAL” Allah?... berapa lama aku hidup dengan laki aku berbanding aku HIDUP dengan (dan DIHIDUPKAN OLEH) Allah?????...

Maka.. siapa yang lebih aku perlukan???? LAKI AKU ATAU ALLAH????

SUBHANALLAH!!!!!.... ASTAQFIRULLAH!!!!.... malunya aku!!!....

Maka sebab itu aku katakan.. jika kita semua tahu hukum dan aturan yang Allah aturkan.. dan jika berpegang kepada 1 Ihsan, 6 Rukun Iman, 5 Rukun Islam... meneliti ESQ165 sebagai principle way of life... ”PERANG TAKKAN WUJUD”... namun... sebagai manusia.. hati kita sentiasa berlingkar dengan belenggu-belenggu... setiap belenggu itu dijaga oleh syaitan yang sentiasa menghasut dan merasuk!!!!...

Dan aku mohon sangat kepada Allah.. berikan aku kekuatan utk melalui segala ujian dan rintangan... Allah menguji hamba-Nya dengan ujian yang mampu dilalui. Allah hanya menguji hamba-Nya yang disayangi-Nya..

Maka cukuplah Allah sebagai Pelindung.
Sesungguhnya Allah Maha segala-galanya (As-maul Husna)...

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun....


Al-Fatihan dan selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...

Thursday, June 25, 2009

Let Go the Pretty Lady…. LEPASKAN!!!!


Salam..

Hari ni aku nak LEPASKAN satu RASA… melalui cerita ini, RASA itu timbul dan aku sedar BEBAN YANG AKU GALAS ini TERLALU BERAT RUPANYA.. AKU NAK “LEPASKANNYA”….. I WANT TO LET GO THE “PRETTY LADY”!!!...


The Pretty Lady

Pada suatu masa dahulu, di suatu hari, seorang tok guru yang alim sedang dalam perjalanan dengan anak muridnya dari masjid pulang ke pondok mereka belajar (dan mengajar). Untuk kembali ke pondok mereka, mereka perlu menyeberangi sebatang sungai. Akan tetapi, pada hari tersebut, jambatan sungai itu telah roboh. Mereka perlu menyeberangi sungai itu dengan meranduk air sungai.

Sebelum sempat mereka menyeberangi sungai itu, datang seorang “Perempuan Cantik” yang turut ingin menyeberangi sungai tersebut. Akan tetapi “Perempuan Cantik” itu tidak mahu bajunya basah terkena air sungai kerana dia mempunyai acara di seberang sana. “Perempuan Cantik” meminta bantuan Tok guru untuk menyeberangi sungai tersebut. Tok Guru bersetuju. “Perempuan Cantik” itu gembira bukan kepalang. “Perempuan Cantik” itu dikendong oleh Tok guru itu dan membawanya menyeberangi sungai tersebut.

Perbuatan Tok Guru mengendong “Perempuan Cantik” itu mengundang ‘tanda-tanya’ di hati murid kecil tadi. Hatinya berdengus “Apahal Tok Guru ini?. Dia ajar aku supaya tak boleh pegang perempuan. Kan hukumnya “HARAM”!!. Tapi kenapa dia dengan senang hati boleh kendong “Perempuan Cantik” tu. Mentang-mentang perempuan tu cantik, ambil kesempatan la ni”, hatinya merungut marahnya. Tapi anak murid itu tidak berani bersuarakan kepada Tok Gurunya. Dia hanya mengikut Tok Guru menyeberangi sungai dengan mengendong “Perempuan Cantik” itu sambil hatinya berdengus geram.

Setibanya di seberang sungai, Tok Guru tersebut meletakkan “Perempuan Cantik” itu dan sesudah “Perempuan Cantik” itu mengucapkan terima kasih, mereka pun meneruskan perjalanan masing2.

Sepanjang perjalanan balik ke pondok, anak murid tersebut masih bergumam di dalam hati sambil di kepalanya masih terbayang perbuatan Tok Guru mengendong “Perempuan Cantik” itu dan hatinya bertanya seribu persoalan dan yang pastinya, dia tidak puas hati dan MARAH dengan perbuatan Tok Gurunya. Dan yang bertambah membuatkan dia geram apabila Tok Guru itu dilihat tidak berkecenderungan untuk menjelaskan situasi tersebut kepadanya. Tapi dia masih berdiam diri tidak berani bersuara.

Akhirnya, setibanya di pondok (selepas satu perjalanan yang jauh utk sampai ke pondok daripada sungai tadi), anak murid tadi sudah tidak tahan lagi. Dia lantas menghamburkan segala amarah dan ketidakpuasan hati yang terbuku di kepala dan hatinya kepada Tok Gurunya “Tok nampak macam warak, alim, cakap pasal agama, mengajar halal dan haram, tapi Tok tak sedar ke yang perbuatan tok tu adalah HARAM dan salah di sisi AGAMA!. Tok memang hipokrit. Ajar tak serupa amal. Tergamak Tok pegang perempuan tu. Kenapa? Sebab dia “Perempuan Cantik”. Maka Tok ambil kesempatan atas niat nak menolong kononnya?”. Puas hatinya menghamburkan segala yang terbuku di dada.

Dengan nada terkejut Tok Guru itu menjawab
“Ya Allah Ya Rasul, telah Tok TINGGALKAN “Perempuan Cantik” itu selepas menyeberang sungai tadi, kenapa kamu “BAWA” dia bersama kamu di sepanjang perjalanan yang panjang ini?.


Aduh!.. aku terasa.. memang aku terasa… selama ini, itulah PERANGAI DAN SIKAP AKU… aku akan KENANG DAN INGAT perbuatan mereka-mereka-mereka itu.. MENGUNGKIT, BERCERITA PADA ORANG LAIN, MENYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI YANG BERTERUSAN… keep babbling and babbling and babbling…
KONON MACAM DIRI AKU BAGUS SANGAT, PERFECT SANGAT DAN BETUL SANGAT…

Aku tak bersedia untuk “LEPASKAN” segala perbuatan orang yang bagi aku ”salah” pada pandangan mata aku.. nak plak kalau orang buat 'naiya' kat aku.. LAGILAH AKU TAKKAN “LEPASKAN” dari kotak fikiran dan hati aku.. Walaupun ’peristiwa2” itu semua telah LAMA BERLALU... tapi aku masih ”BAWANYA BERSAMA DI DALAM HATI DAN KEPALA AKU”...

YA ALLAH…. “KEJINYA PERANGAI AKU WEH!!!!”… sedangkan, Allah telah anugerahkan kepada aku perjalanan yang LEBIH BAIK DAN SANGAT BAIK di atas setiap “aniaya” yang orang lakukan pada aku… (macamlah aku tak ada buat salah pada orang… aku pun banyak gak buat orang tak puas hati dan marah dengan sikap aku… aku bukan Nabi, bukan Malaikat, jadinya aku pun tak terlepas dari dosa dan lakukan kesalahan..)

Aku PERLU LEPASKAN SEMUANYA… “LET GO THE PRETTY LADY FROM MY MIND, MY HEAD AND MY HEART”… Selagi aku tak LEPASKAN.. selagi itulah hati aku SAKIT, PEDIH, MARAH, BENCI, KESAL, dan EGO MEMBUAK-BUAK DALAM DADA…

“I MUST GO THROUGH THE ZERO MIND PROCESS (ZMP)”..… baru aku akan lega… akan hilang ego (dan paling penting boleh halang setan-setan gondol yang banyak melekat dan berpesta ria dalam hati aku…) - selagi aku “BAWA PEREMPUAN CANTIK” itu bersama.. selagi itu aku tak tenang…. Macam mana nak BERIBADAT DENGAN KHUSYUK KALAU HATI TAK TENANG?.. KALAU JIWA TAK BERSIH?...

Ya Allah.. berikan aku kekuatan utk “MELEPASKAN” semua “BAGASI-BAGASI KENANGAN ITU” dari membelenggu dan berlingkar menjadi lingkaran hitam di hati aku!!!.... ALLAHU AKHBAR!!...

Astaghfirullahal ‘aziim… Astaghfirullahal ‘aziim… Astaghfirullahal ‘aziim…

Hari ini aku dengan redha melepaskan:

1) Kenangan perit di I*U.. dendam dan benci pada mereka-mereka itu… aku ‘LEPASKAN’.. maafkan aku kerana membenci kalian selama ini.. maafkan aku..

2) Peristiwa di awal 2008 (peristiwa yang akhirnya membuatkan aku jadikan blog sebagai tempat mengalihkan perhatian)… bukan aku yang patut marah pada ‘dia dan dia’….. bukan aku… aku tidak punya apa2 hak utk marah kalian… aku kembalikan kepada Allah segala urusan.. sungguh aku redha…

3) Kes panas di penghujung 2008 (semasa aku tengah RANCAK BERBLOG)… aku juga redha dengan apa yg jadi.. aku tidak menunding jari pada orang lain.. selayaknya aku yg patut dipersalahkan.. kerana “BLOG AKU” maka tercetusnya peristiwa itu.. dan aku telahpun memohon MAAF, mohon HALAL dan berterima kasih kepada ‘semua yang terlibat’!...

4) ‘Percutian’ aku selama 4 bulan tempohari… aku lepaskan segala sebab musababnya dan aku kembali BERMUHASABAH DIRI… aku belajar dari kesilapan… dan aku masih belajar..



Sekali lagi.. di sini.. di kanvas maya ini.. aku titipkan di sini kepada yang mengikuti.. yang membaca dan yang menjadi ‘silent reader’..

MAAFKAN AKU..
Andai ada perbuatan, percakapan, penulisan, kata-kata aku yang membawa BENCI, SAKIT HATI, GERAM, MARAH, atau mengundang rasa JELAK, JIJIK, JEMU, JANGGAL, di hati dan mata dan minda kalian.. AKU MOHON SESUNGGUHNYA…. MAAFKAN AKU!!!...

Aku tidak mahu menjadi “PRETTY LADY” dalam kotak fikiran dan hati kalian… tolong “LEPASKAN AKU”.. sebagaimana aku telah LEPASKAN segala bagasi-bagasi itu dari minda dan hati aku..

Innalillahi wainna Ilaihi Raji’uunnn…

Science is organized knowledge. Wisdom is organized life.
salam..

Saturday, June 20, 2009

70 dan Selamat Hari Bapa…

Kisah petang tadi…

Seusai solat asar…. Abang duduk di sofa… aku ambil tempat utk duduk di birai sofa, sambil badan mengadap abang…

Aku tanya abang…

Aku : “Abang, leen nak tanya skit… kalau ada org nak bagi kat abang RM70 abang nak tak?.. ke abang cuma nak RM1?..

(abang antara nkjawab dan tak nak jawab je…..- aku tahu, abang tgh fikir ‘rasional’ atau ‘tricky’ di sebalik pertanyaan aku..)

Then aku gelak.. aku kata – “soalan yg simple jer lah.. takkan nak fikir lama kot?”.. hihihi..

”Sincerely, ask yourself.. if someone said that he wants to give you RM70.. will you take the RM70 or you let go the RM69 and just take RM1/=?..” aku kembali bertanya.. (masa ni aku berusaha tahan muka utk tak gelak atau mimik yg boleh mencurigakan… hahhaha)

“Jawab lah abang.. sincerely.. without pretending… Allah knows your right answer k…”, masa ni aku dh tersenyum skit…

“oklah.. abang amik RM70 tu ler.. dh org “insist” nak bagi kan...” abang cuba menjawab tapi nampak sgt cam tak yakin dgn jawapan... sbb dia tahu bini dia ni suka soal something yg ada “IMPLIED MEANING”.. hahahahhaaaa...

MEMANG PUN... then aku gelakkan abang... (sebenarnya gelakkan diri sendiri gaks.. huhuhuhu)..

“Naper”, tanya abang.. (tak puas hati ler tuh... hahahhahaa....)

”Tak... kita ni lah kan... Allah dah "INSIST" nak bagi 70 pahala kalau berjemaah.. tapi kita tolak mentah..sombong betul kita kan.. padahal dosa berbakul tak tentu lagi dapat bersihkan.. Allah dh offer nk bagi pahala berlipat ganda, tapi kita amik satu jer... boleh dgn lapang dada pulak tu abang solat kat depan sorang-sorang, leen solat kat bilik sorang-sorang... PADA MASA YANG SAMA DAN TAKBIR YANG SAMA BESERTA SALAM YANG SAMA... tapi SECARA SENDIRIAN!!!!! YA ALLAH... sombong dan bongkak kan kita bang... PERASAN macam dah banyak sgt pahala dan macam betul sgt ler kengkonon dah solat, dh buat rukun wajib.. DAH SETTLE lah konon... betapa ruginya kita kan bang kan.... kita kutip satu jer pahala dan kita ’ABAIKAN RM69 tuh”...”, aku menyuarakan apa yg terbuku seusai solat asar aku tadi... (selepas bagi salam solat asar tadi, terdengar suara abang pun bagi salam.. masa tu aku tersedar... YA ALLAH... kenapa kami tak berjemaah?????... RUGINYA!!!!)

Maghribnya, terus abang ajak aku solat berjemaah dan baca Yaasin sementara menunggu Isyak... sejurus salam isyak masa abang tgh berzikir... aku tak dpt tahan air mata... mencurah2 lajunya... CUKUPKAH PAHALA AKU UTK MENCUCI SEGALA DOSA YG AKU LAKUKAN SECARA SENGAJA ATAU TIDAK... SECARA SEDAR ATAU TIDAK dan SECARA TERANG ATAU TIDAK????...

AKU BENAR2 HARAPKAN PENGAMPUNAN DARI ALLAH... aku tidak mahu berjumpa Allah dgn keadaan diri yg masih penuh dosa yg tak terampun.. MALU!!!!...

ASTAQFIRULLAH HAL ’AZIM....

Apapun... untuk abang... untuk AYAH yang tersayang.. untuk ayah mertua… untuk Boss… dan utk semua yang bergelar BAPA… (hari-hari pun hari bapa kan kan kan...)

“SELAMAT HARI BAPA”…. Jagalah amanah yang Allah berikan kepada kalian…. You are so special and the selected person that Allah choose to be a FATHER!!!.....

TAHNIAH KEPADA BAPA-BAPA YANG REDHA MEMIKUL DAN TIDAK PERNAH MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG ALLAH LETAK DI PUNDAKNYA….

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.