"Dan jadikanlah dirimu sentiasa rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan-Nya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;..." (Surah Al-Kahfi 18: 28). ~Ya Allah, temukan dan rapatkan aku dengan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran demi mendapatkan redha-Mu. Izinkan kami berkongsi syafaat sehingga ke syurga firdaus-Mu. Ameen.~
Dengan Nama Allah..
Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.
Tuesday, December 15, 2009
Interesting concepts
so… men out there… this is for you to know.... hahahha
...pssttt…. EXCEPT FOR UNCLE LEE… because he knows how to handle women.. kahkahkahkah….
Interesting concepts
Woman has Man in it;
Mrs. has Mr. in it;
Female has Male in it;
She has He in it;
Madam has Adam in it;
(I never looked at it this way before).
---
Ever notice how all of women’s problems start with MEN?
MENtal illness
MENstrual cramps
MENtal breakdown
MENopause
GUYnecologist
AND
When we (women) have the REAL trouble, it's the.. HISterectomy.
Hey women…this is for you to brighten your day.
Hi men.. this is just to annoy you (for fun only meh.. hihihi) ....
Remember!!!
You Don't Stop Laughing Because You Grow Old..
You Grow Old Because You Stop Laughing
Friday, December 11, 2009
OUT OF SERVICE!!!
HUHUHUHUHU…. Tetiba kelmarin henpon aku buat hal!!!....
Secara mengejut... henpon aku samada mengalami ’siaran tergendala sebentar’ atau ’SELAMAT JALAN ROMEO’ utk selamanya pun aku tak tau... dah puas menggodek-godek... tapi masih tak mampu nak meng’hidupkannya’...
ADOOOOIIIIIMAAAAAKKKKKK....
Jenuhler oiii... segala nombor family, ofis, kengkawan dan pelbagai nombor akaun bank, nombor passport, no hutang piutang, alamat, email add, fax dan segala gambar2, video.. SEMUA KAT DALAM TUH... dan kebanyakannya TAK SAFE KAT MANA2 FILE LAGI!!!... waaaa waaaaa waaaaaa....
Aduhaaaiiii... dugaan apakah ini????....
Naper time2 hujung tahun camni plak yg jadik pasal??.. (eh eh eh.. baru tersedar... henpon tu abang bagi masa besday 2 tahun lepas..... hihihihi)..
Adakah ini bermakna????... ia adalah signal utk abang agar tidak perlu memikirkan apakah yg patut dibeli dan diberikan sempena meraikan penutup tahun ini??? Warhkahkahkahkah.. (to my beloved hubby, PLEASE TAKE NOTE!!!... hahahahhahahahaha)..
Ala... lemas dan rimas jugakla camni...
Pssstttt... kalau tetiba ada sesapa yg call or message aku... dan aku dgn terpaksa bertanya “SAPA NI”???... tolong AMPUNKAN DAKU... pastinya nombor korang terpahat kemas dlm box handphone aku yg dah KONG itewwww!!!!.... huhuhuhu....
Tuesday, December 08, 2009
Wahai ISTERI.. wahai SUAMI...
Kaki suami, syurga isteri
Okeh.. bila baca.. memang menarik.. bagi kaum isteri utk TAAT dan PATUH serta TAK BANTAH perintah suami… (yg mmg dh termaktub dlm Quran dan hadis..).. AGREED..
Antara tanda rumahtangga yg bahagia adalah rumahtangga yg suami bersenang lenang dan ’lepaking’ di rumah... AGREED..
Dan… kewajipan utk ‘melayan suami’.. TIADA KOMPROMI.. AGREED JUGAK.…
Tak buleh marah suami kalau dia kawin lain.. sebab kita kena taat..
Tak buleh benci suami kalau dia curang... sebab kita kena taat..
Tak buleh dendam pada suami kalau dia buat salah.. sebab kita kena taat..
Tak buleh tinggi suara, tak buleh kecil hati, tak buleh bising-bising... sebab kena taat..
Dan jika isteri yg main kayu tiga atau yang curang di belakang suami, maka CERAIKAN sahaja isteri tersebut... sebabnya... SAPA NAK SIMPAN ISTERI CURANG DAN NUSYUZ???... DAYUS la kann..!!... (itu kata kaum lelaki la kan kan kan....!!!!!)
Syurga di bawah tapak kaki suami.. AGREED..
Itu kesimpulan yg kita dapat ye wahai kaum isteri.. betapa mudahnya nak masuk syurga.. HANYA TAAT PADA SUAMI.. (lagi hati menderita.. lagi tinggi darjat kita.. JANJI TAAT!!... gitu kekdahnyer... kehkehkeh)
Takpe kalau suami curang... takpe kalau suami kawin lain... takpe kalau suami buat perangai... TETAP KENA TAAT.. sbb syurga di bawah tapak kaki suami...
(dan takpelah kaum isteri... kalau suami awak terlibat dalam semua tu.. TANDANYA DIA TAKNAK MASUK SYURGA.. awak masuk jer sorang-sorang.... buleh gitu??..)
Tapi aku nk cakap gak kat suami2 yg ”buat perangai” tuh.. (abang!!!.. better baca, before terlintas atau terdetik nak buat perangai!!.. kehkehkeh....)
Betul syurga di bawah tapak kaki korang.. tapi korang janganla berlagak sangat… janganla asyik nak guna ’kuasa veto’ sepanjang masa.. kalau betullah kalian sayang sangat kat isteri korang.. JANGANLA BUAT PERANGAI… JANGANLA BAGI DIA JADI AHLI NERAKA… korang tau tak korang ler punca ramai bini TERSASAR DARI MENJADI AHLI SYURGA.. TAK BAIK TAU!!!.... (korang ingat korang buleh masuk syurga dengan mudah??.. esok2 kalau anak-anak dan bini (atau bini-bini) tu tarik kaki masuk neraka sama.. PADAN MUKA!!.. bluweaaakkk!!!)
Kalau korang nak buktikan sayang korang pada bini... JANGANLA BUAT PERANGAI.. SAMA-SAMA LA jalankan tanggungjawab... jgn dok ingatkan bini jer tentang ”SERVIS + PENGORBANAN” dia.. korang tu... dah penuhi ker zahir dan batin??... dh cukup ker perhiasan yg korang beri pada isteri korang?? (kata nak bini cantik..)... dh cukup ker duit belanja dapur yg korang beli utk bini korang masak makan pagi, petang dan malam?? (kata nak makan sedap..)...
Berapa banyak solat jemaah yg korang ajak isteri dan anak korang bersama2 tunaikan?.. berapa kali korang ber”QIYAMULLAIL” berjemaah? buat sunat tasbih di rumah secara berjemaah dengan anak bini korang???... sudahkah kalian ajar/ajak mereka mengaji dan khatam Quran sama-sama??.. berpuasa selain daripada di bulan ramadhan bersama-sama... (kata nk jadi ketua keluarga...)... dan berapa kali korang tanya bini korang ’best ker’ servis yg korang bagi??... (oppssss….. terlebih sudaaahh!!!)...
SUDAHKAH korang penuhi???!!!...
Jangan nak tengok apa yg org bagi pada kita jer.. tengok jugakla apa yg korang dh bagi pada BINI korang… (sama la tu utk kaum bini.. tengok dan hargai apa yg suami dh bagi pada kita, jgn dok banding dgn apa yg tak mampu dia beri..)
ATAUPUN…. MAYBE KORANG (suami) TERLAMPAU SAYANGKAN BINI KORANG KOT….. NAK BINI KORANG JE MASUK SYURGA.. TAKPER KALAU KORANG MASUK NERAKA SELAMANYA (atau untuk tempoh yg lamaaaaa???.. kehkehkeh)....
(uish.. serius aku kagum kat laki2 yg macam nih.... terlalu berani, sampai tak takut nak tempah neraka Allah yer... hahahahhaaa...)
Tapi, nak cerita sikit la kat kaum suami... tau tak ada satu kisah di zaman Rasullullah.. di mana apabila Rasullullah ditanya oleh isteri2 baginda, dlm banyak2 isteri baginda, siapakah yg paling disayangi baginda..
Bagaimana baginda memberikan jawapannya???...
Baginda memberikan sebentuk cincin pada setiap isterinya dengan syarat ”JANGAN BERITAHU YANG LAIN”... dan esoknya.. apabila berkumpul.. baginda berkata ”siapa yg telah mendapat sebentuk cincin dariku, maka dialah org yg amat aku sayangi”..
SEE SEE... Nabi Allah sendiri tahu dan jelas benar dengan FITRAH yang Allah anugerahkan kepada KAUM ISTERI yakni ”RASA CEMBURU” dan ”NAFSU AMARAH” dan ”PERASAAN HALUS MUDAH KECIL HATI”.. jadinya baginda nak menjaga hati dan perasaan semua isteri2 nya dengan cara yg paling halus dan tersendiri (mujur isteri2 baginda tu jenis ALIM dan MENJAGA AMANAH/ RAHSIA – kalau aku, sure pecah tembelang baginda, sbb aku akan bocor rahsia kat madu aku bgtau yg aku dapat cincin tuuuhhh.. kahkahkah... opssss... ampuuuunnnn... terlajak sudah!!...)
Pompuan kan nafsu 9, akal 1... Korang (para lelaki / suami) ingat mudah ke nak kawal nafsu yang 9 niiihhh???... (ala.. korang tuuhh..... NAFSU 1 tu pon tak TERBELA!!.. hahahhaaa...)
.... dan again.. aku teringin nk jumpa wanita di Malaysia yg sebaik perempuan, ibu dan isteri yg begitu lemah lembut sopan santun dan tidak pernah mengecilkan hati suami anak2 ibu bapa hatta jiran tetangga... serius aku teringin berguru dengannya...
Aku best baca part last sekali dlm entri tuuh..
…………………… katanya……………………
Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?
Bersyukurlah!
Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu- pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab...
Nikmat mana lagi yang korang dustakan?
Sekian...
Ps: Taatlah suami korang sehingga mereka jadi mayat atau korang jadi mayat, dan tahukah korang bilakah kita akan jadi mayat? Mungkin esok.., maka taatlah suami sampai esok...
.......................................... itu pesanan penulis tu.....................................
So, para isteri… marilah sama-sama mengejar syurga Allah (dan buatlah seperti yg telah dinyatakan...)… takper kalau si suami tak mau masuk... dia kan HERO.. dia ’terror’ dan buleh duduk lama skit dalam neraka (bagi yg BUAT PERANGAI la...)... kahkahkah...
Tapi, bagi suami2 yg prihatin, yg faham amanah dan tanggungjawab yg Allah berikan kepadanya sebagi KETUA KELUARGA... mari kita sama-sama doakan, semoga dapat masuk syurga bersama-sama isteri dan anak2 – jgnla bagi chance pada isteri jer utk pilih mana2 pintu syurga, bagi jugakla chance kat diri sendiri... (walapun di sana nanti tak tentu bertemu atau tidak.. entah2 dpt pasangan lain kan.. hihihi) – semoga kita semua berpeluang menjejak dan menghuni syurga Allah... AMIIINNNN... (itu misi dan visi kita kan kan kan...)
Rumahtangga ni kan PERKONGSIAN.. sama-samala kongsi amanah dan tanggungjawab... saling maaf-memaafkan, saling ingat-mengingatkan, segalanya saling menyaling lah... dan.. APA YANG PENTING????... KERJASAMA!!!... (hahahaha.. kredit to WONDER PET!!.. atas lagu tema yg anak aku pon dh hafal nih... hihihihi)
p/s:- maaf yer kalau aku terlebih lajak daripada laju... sekadar berkongsi rasa...
Monday, December 07, 2009
Berlalalalalaaaa....
hari tu jugak, besday si zaqwan... jam dh kul 9pm.. so, kelam kabut balik umah.. sbb dh janji nak kuar makan KFC (celebrate besday zaqwan...), sampai umah, sama time ngan abang… dh aku kena perli sekilo (sbb selalu aku kutuk kata abang sampai umah lambat.. kehkehkeh)..
So, gi ler KFC bwk budak yg dh masuk 2 tahun niihh.... selamat ulangtahun buah hati pengarang jantung ibu... muhammad zaqwan... layan KFC je lah yeeerrr.... hihihi... Hari minggu tu pulak... cadangnya nak pegi Pesta Buku.. tapi banyak plak Urusan Seri Paduka Baginda cik abang sayang.. sampai ke tengahari baru habis… letih gak meneman dia ke sana ke sini.. huhuhu…
Dalam kul 2ptg.. abang ajak rehatkan minda (???hihihi)… pegi Mines Shopping Complex tuuhhh.. abang ajak tengok wayang.. tapi nk tengok citer apa?? Hajat hati nk tengok twilight saga.. tapi sebab bawak si nureen sayang (zaqwan kena tinggal kat umah.. denda, sbb nakal sangat.. kehkehkeh – yg betulnya, ibu ngan abah dia malas nk layan.. lasak sgt, tak pasal2 nanti hilang dlm shopping compleks tuuhh…. Huhuhu….) – makanya, tak jadi tgk wayang..
Nk tengok senario, kul 4 lebih baru start… hmmm… jalan2.. nampak Just K (karaoke) kat tingkat 5… apa lagi… JOM LAYANZ… kehkehkeh…
Lepas solat zohor, pi booking bilik small (ala, utk 3 beranak jer.. cukup leeerrr…. Hihihi).. Pilih punya pilih lagu… melalak le tiga beranak kt dalam tuuhh… nureen frust sebab tak dengar suara dia.. dia kata mic dia rosak!!.. kahkahkah.. mmg ler dia nyanyi tak dengar suara dia, sbb abah dia ‘mengontrol’ bilik tuuuhhh…. Suara abah je la yg ber’kumandang’.. hahahha
Aku bukan pandai sgt bab2 nyanyi nih.. buat panggil banjir kilat ribut petir bulehlaaa… jadinya, abang je la yg layanz.. dgn si nureen tuuuhhh...
Dh nak dekat last2 tuh.. abang set satu lagu.. katanya kat aku… “ ni, khas utk ibu”.. kehkehkeh.. aku gelak jer lah…
(ni gambar abang dok layan perasaan.. nureen plak, dh start selak langsir la... pastu pi main dimm lampu la… isy.. tak duduk diam betul!!!)
Abang nyanyi sungguh2.. aku plak dok ralit makan keropok, ngan dok layan nureen yg duduk tak diam tuuhh… tetiba dengar suara abang “PECAH”.. aku gelak gilers… siap bagitau nureen.. “suara abah pancitttt”… kehkehkeh….
Tetiba aku nampak (dlm kesamaran gelap tuuh) – abang tunduk, dan kesat hidung…
WEIHHH????!!!.... pe hal???... aku dh naik confius dah… abang marah sbb aku tak dengar dia nyanyi ker??... salah ker aku makan keropok ngan layan nureen??.. adoimaaakk.. risau dah niihhh…
Pastu abang kata, taknak nyanyi dah.. so, pack barang... beredar ler... (dlm kepala hotak dok tertanya lagi ni.. naper eh??... akukah yg bersalah???!!!... huhuhuhuhu…)
Masuk dlm kete… masing2 diam… mata abang merah!!.. eeeiiiii…. Risaunya aku… Perlahan-lahan aku tanya… ‘naper abang nangis????.. leen ada buat salah ker?? kalau ada.. Sorry la'...
Pastu.. abang kata.. ”Tak... bukan salah leen pon... abang terasa sangat bila nyanyi lagu tu.. abang betul2 sedih sebab abang rasa abang tak dapat bagi banyak benda kat leen... leen selalu ada dengan abang... leen yang lebih banyak berkorban utk abang berbanding pengorbanan abang pada leen.. abang tak rasa abang akan sekuat ini kalau leen tak ada.. abang tak boleh leen tak ada...”..
AAAARRRRRR?????..... dan akhirnya, aku plak yg nangis.. huhuhuu... dah.. berduet mendudu-dudu dlm kete... nureen pening tgk ibu ngan abah dia... tak tau nak buat apa.. dia cium pipi aku ngan cik abang… tetiba… langit pon mendung… HUJAN!!!... hujan di luar dan dalam…
Lagu apa yg cik abang nyanyi??... kehkehkeh…
“Aku ada kerna kau ada – Radja”..
Tetiba otak jahat aku dtg:- aiii... ada buat apa2 salah ker?.. hahahhaaa... (isy isy isy... tak baik tak baik... dosa tau ada syak wasangka nih... hihihi)
Ala bang.... abang ambil leen jadi isteri abang pon leen dh sangat bersyukur... apa la yg tak cukup nyer.. makan pakai semua cukup... abang bagi kebebasan pada leen utk bekerja, belajar, berjoli katak ngan kawan2, lepak2 ngan mak ayah + adik bradik... tu pon dh lebih daripada segalanya... kita manusia, mana pernah sempurna.. apa yg penting... ’kerjasama’.. kehkehkeh...
hmm...
Friday, December 04, 2009
Besday puteraku..
MUHAMMAD ZAQWAN!!..
Dah 2 tahun dah putera ibu ni yer...
Tunggu dan lihat je la.. JADI KE TIDAK..
Kek??.. abah kata takyah ler.. sbb adik kecik lagik, tak tahu apa2 lagi.. so, takyah ler sayang yer.. kita makan malam jer.. hihihi...
Wednesday, December 02, 2009
SELAMAT ULANGTAHUN SAYAAANNGGG...
NUREEN FIERZANAH.... 29 NOVEMBER 2009..
(dh 5 tahun aku kawin rupanya... eh eh.. dh larik topik... kehkehkeh)
*sama tarikh dengan pertunangan anak mak ndak - shima - kat penang.... sorry eh.. tak dapat balik..*
Birthday nureen yang ke-4, kononnya nak buat birthday party - dah sebulan lebih dia dok merengak nak baju pari-pari puteri la.. kek pink barbies la.. itu la ini la... dan banyak jugak yg aku dok rancang itu ini.. - tapi... semuanya CANCEL...
Ini adalah muka budak yg baru EMPAT TAHUN LA!!.. tapi mulut cam 14 tahun.. esok2 dh 24 tahun, entah2 cam mak nenek umur 64 tahun agaknya... TURUN PERANGAI SAPA TAK TAU??? (pandang kiri, pandang kanan... eh eh.. melata dulang paku serpih ler.. hahahhaha)
The one and only hadiah.. FROM TOK MAK and TOK AYAH tersayang.. with loveeeeee....
"psstt.... ibu belanja makan je la k.. malas la nak buat party bagai... nanti nureen dh sekolah tahun depan baru kita celebrate k... tu pon syukur ada gak kek, kalau ibu buat2 lupa.. hah... PADAN MUKA..." (statement 'kejam' seorang ibu... buleh ka??... kehkehkeh)
pssttt.... jaga2 nureen, nampak tak musuh dalam selimut yg mengintai tuuhh.... hati-hati... anytime buleh 'arwah' si janice tuuhh... (zaqwan dh aim baiekkkk tuuuhhhh)
gambar: pak su ngan anak-anak buahnya...Gambar last tuuh.. Pak Uda ngan Mak Uda nureen yang datang dh agak lewat.. takperlah.. janji sampai.. thanks for coming.. (tapi tak sempat nak belanja makan steak... sbb time diorang sampai, cik abang dah bayar.. kek pon dh masuk kotak... huhuhu... lenkali eh..)
Acara ni bersekongkol dengan event lepas breakfast sate kat muar tuuh.. memula cadangnya nak buat birthday nureen kat umah bonda-in-law... buat makan2 anak-beranak jer la.. tapi dinda-in-law no.2 nak balik kampung hubby dia kat pahang sbb diorang buat korban.. dan dinda-in-law no.3 (yg dlm gambar) nak balik shah alam petang tu jugak... jadinya, cancel buat birthday nureen kat umah... layan kat kedai kek jer.. kahkahkah.... (senang jugak.. takyah nak tempah2 kek bagai.. tempah dress la, tempah makanan la.. ala.. she's just 4 years old... takyah demand berbagai k... just for fun je.. yg betulnya, ibu
Tuesday, December 01, 2009
Aidiladha yang SEDERHANA…
Paginya, sempat beraya umah sahabatku – kaklong yg menyediakan juadah FEVERET abang yakni lontong (tak dapat makan lontong MIL, lontong kaklong pon jadila abang yer.. sedap gak weihh…).. kaklong siap buat rendang, nasi minyak bagai.. pergh… jamuan raya cum breakfast utk kami anak beranak ler tuuhh.. hihihihi
Then shoot terus ke bangi… umah kakak aku.. kan dia dalam pantang sebab baru melahirkan.. jadinya, mak, ayah, adik2 semua ada kat bangi.. (sebab tu aku tak balik kampong kedah!! hihihi).. dan, kali ni, adik aku epy yg kat sabah tu pon balik bercuti.. wah wah wah.. SEMUA ADA LA.. bila dh berkumpul, timbul idea bernas... BUAT BBQ JOM!!..
Jadinya, semua bertebaran tengahari tu buat tugasan masing2.. aku ngan abang pegi beli barang utk BBQ, amir sediakan tempat BBQ dan epy carik arang ais batu and so on..
Mak sediakan bahan utk marinate dan kakak (w’pun dlm pantang, sempat lagik tuuh.. hihihi), buat cocktail.. kehkehkeh...
Dan hasilnya... TARAAAA...

Takdak lembu and kambing korban, beli siap kat carefour pon jadila... ada ayam, kambing, lembu, sotong, udang, ikan, sosej, jagung ngan ubi pon ada… BEST OOO…
Hanya family pak chak je yg dijemput memeriahkan suasana.. hehehe.. buat kecil-kecilan.. BERSEDERHANA KEKDAHNYA KAN.. hihihi...
~~~~~~~~~~
Then petang sabtu, lepas abang balik kerja, terus balik muar (kampung abang)... dh sampai muar, MIL call.. adik ipar (the lates pengantin baru.. baru lagi ker??.. hihihi... baru jugak aarrr.. hahahah), nak belanja IKAN BAKAR... WAH.. bestnyer... tapi abang dok mengamuk ngan bebudak ni yg melalak sepanjang jalan...
Nyaris2 tak jadi dah.. sampai muar, mak ngan adik2 ipar semua dh pegi... umah dh gelap.. mandikan bebudak nih.. dh settle mandi, salin baju dan rehat jap... pastu.. abang ajak pegi sebab katanya mak still kat area muar... AKU IKUT JE (rezeki jangan di tolak kan.. ikan bakar tuuuhh.. hihihi)...
Makan kat anjung batu, MELAKA (dekat je ngan muar.. hihihi)... sampai pun dh dekat kul 11 malam.. dan kat kedai tu tinggal family kami jer.. In-Law pesan ikan siakap, ikan jenahak, udang, sotong, nasi lemak, keropok goreng, otak2 dan minuman... pergh... mmg kenyang (ikhlas tul adik iparku yg cantik itu belanja.. sbb tu kenyang gilersss.... thank you adikku sayang... terima kasih daun keladi... wink wink.. hihihi)
Ni gambar kemeriahan makan malam ‘sekeluarga’ (dah nyer..tinggal family kami je kat situ..) dan juga keterujaan anak2 aku dok berebut KUMBANG.. (cheh.. jakun tul la...)

Terima kasih mak ngan ziela and pak ngah fazli.. hihihi...
Esoknya.. hari AHAD... APA LAGI... BREAKFAST.... MENU WAJIB ...
“SATE”
(yg membuatkan jantung, hati, minda, jiwa dan raga abang terkunci rapat ibarat kau kunci cintaku di dalam hatimu.. perghh....)..
penangan breakfast ‘sate’ yg menjadi POJAAN HATI ABANG.. hihihi...
(layan kat kedai ni.. hihihi - femes oo.. siap masuk paper bagai..)Ni aksi2 spontan dan menu2 menarik..’
Kali ni ada mee bandung muar... soto...dan SATE yg berkali-kali round tambahannya.. hihihi..Percaya tak.. anak aku si zaqwan yg tak sampai 2 tahun tuuh.. buleh bantai sampai 7 cucuk sate sorang... nak suap sendiri plak tuuuhh.. dan mmg dia hulur balik lidi kosong jer.. (sambil aku suap soto sup lagik tuh.. addduuuuuhhhh... pemakan sungguh...)
Kali ni aku pekena mee bandung (minggu lepas2 tu, biras aku layan mee bandung, minggu ni, turn aku plaks.. kehkehkeh... kita selang seli ye pak uda yer... hahahha)
Pergh... mmg puas hati la...
Masih terasa kenyangnya... (burrrppp... ALHAMDULILLAH..)
Sederhanakan sambutan raya aidiladha kali ni... hehehe...
Hahahhaaaa....
YA. INILAH KAKTINY
- Kaktiny
- Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.

