Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, December 21, 2009

Gift from Canada...

WOOOOWWWW....

I've got present from Canada:


Balenciaga two-tone-lune handbag

Thank you Uncle Lee...

Luv it so much..

LET'S SHOPPING!!!.... hahahhaaaaa....

Al-kelams-kabutsss..

Orang lain cadang nangka… orang lain kena kupas utk orang lain makan..
Yang kena kupas dan yang tolong hidang yang kena getahnya… TAK PASAL-PASAL..

Yang mencadangkan.. sedang berseronok makan buah anggur (tak amik pusing ler tuuhh)…
Yang dapat makan, menikmati manisnya....
Yang kena getah, dok jenuh membuangnya..


KESIAN KESIAN...

Itukan lumrah kehidupan... nak wat camno??... sabar jer lah...

Sempena tahun baru nih.. banyakkan bersabar jer la yer..

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM - 1431 (kita tutup buku lama, kita buka buku baru.. 0-0 k..

SELAMAT TAHUN BARU 1431 KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA..

Nota: untuk kenalan, rakan-rakan, teman-taman, sahabat-handai serta saudaraku sekalian..
Sempena menyambut awal Muharam, aku mohon ampun dan maaf sesungguhnya daripada kalian jika ada salah silap dosa yang masih bersisa, berdendam serta berhasad di hati kalian di atas setiap perilakuku, setiap gerak lakuku, setiap nada kataku dan setiap detik nafasku..

Aku juga mohon agar dihalalkan makan, minum, perbuatan, segala rasa dan cerita, dulu, hari ini juga yg akan datang.... hilangkan marah dan dendam, sakit hati dan benci..
Aku redha dengan setiap layanan kalian sebagaimana aku juga mohon keredhaan kalian di atas setiap perilakuku..
Semoga kita tidak bertemu di mahkamah akhirat untuk mempertikaikan pertelingkahan dunia.. aku mohon, jangan ungkitnya di hadapan Allah kelak..
Semoga di akhirat nanti kita tenang dan senang menyelusuri jambatan ke syurga Allah..
Amiiinnnnn....


p/s for my muslim’s friend:- jangan lupa hari ni (17/12/2009), baca doa penutup tahun selepas asar (sebelum maghrib) dan doa awal tahun selepas solat maghrib..



KISAH BENAR…

(Sumber: pinjam sebijik penulisan daripada umah YB (Yunus Badawi)... petikan akhbar mingguan - Ahad lepas ).

Ianya sebuah kisah benar yg terjadi kpd seorg wanita bernama Natrah.

14 tahun yg lepas dia menuntut di UiTM di Johor.
Dia berasal dari keluarga yg berada dan memiliki kereta utk ke fakulti.
Lagaknya seperti pelajar pandai kerana penampilannya walhal dia pelajar yg lemah.
Dia tinggal di rumah sewa bersama 7 org rakan.
Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari Natrah.
Lagak mereka berdua spt pelajar biasa pergi kuliah tetapi pulang rumah pukul 10 malam.

Apabila ditanya mereka menjawab ke rumah kawan utk membuat tugasan kuliah.
Akhirnya, Natrah bersama rakan rumah sewanya yg lain mengintip mereka berdua.
Rupa2nya mereka membuat kerja sambilan di kedai dobi.
Natrah sebagai ketua dan kawan2 yg lain telah bersubahat utk mengenakan mereka berdua.
Natrah telah merakam pergerakan mereka dan kemudian menyebarkan cerita kpd kawan2 yg lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi utk menyara kehidupan mereka.
Kedua2 mereka sgt malu dgn kenyataan yg lengkap dgn bukti gambar.
Kesannya, kawan2 yg lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.

Selepas tamat pengajian, dgn pengaruh dan kuasa yg ada pada ayah dan ibu Natrah, dia mendapat kerja dan berkahwin dgn seorg jutawan.
Tetapi badai melanda kehidupannya.
Dia dikurniakan empat org anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu.
Anak2nya selalu mengadu kawan2 di sekolah selalu mengejek mereka.
Keluarga Natrah, suami, mertua serta kawan2 mula menjauhkan diri. Akibatnya Natrah sgt tertekan.

Natrah mengambil keputusan menunaikan umrah.
Di sana Allah telah tunjukkan kpd dia suatu ketentuan.
Seorg lelaki peniaga tamar telah menyapanya supaya berkongsi masalah dgnnya.
Setelah menjelaskan masalahnya (Natrah), peniaga terbabit bertanya kpdnya,
"Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut utk menjatuhkan atau menganiaya org lain? Jika benar pakcik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak2 yg cacat. Tetapi anak masih ada peluang utk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa saja yg anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan2 anak melakukan kesilapan atau tidak, anak tidak sepatutnya bercerita keaiban org pada masyarakat atau org lain. Selagi masyarakat atau kawan2 anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," kata peniaga itu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Dalam hidup ini, kita mungkin dgn sengaja atau tidak pernah secara sendiri atau bersubahat bersekongkol menjatuhkan maruah org lain atau menganiaya org.
Sekiranya tiada apa yang berlaku ke atas diri kita atau keluarga, mungkin kerana Allah masih memberi kita peluang dan tidak menimpakan ujian seperti yg dihadapi oleh Natrah.
Tapi ini tidak bermakna kita tidak akan dibalas dgn balasan yg setimpal di Akhirat nanti.
Tetapi, andai kita diuji seperti Natrah, mungkin Allah membalasnya di dunia agar kita sedar dan insaf dan kembalinya kita ke akhirat esok dengan tenang dan aman.. InsyaAllah..

Ya Allah ampunilah aku di atas segala keterlanjuran aku.
Kasihanlah dan berkatilah mereka yg telah aku aniaya walaupun secara tak sengaja.

*******************************************************************************************
Bersamalah kita ingat-mengingati, tegur-menegur dan saling maaf-memaafkan.. pastinya kita hendak sentiasa bersih dan tenang untuk mengadap Allah kelak... jadinya, sempena PENUTUP BUKU TAHUN INI DAN PEMBUKAAN BUKU BARU TAHUN DEPAN, MOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALANYA... 0-0 k...

salam sayang dan kasih mesra daripada 'kaktiny'...

Tuesday, December 15, 2009

Interesting concepts

I’ve got this from my FEMALE friend… and I can’t stop laughing at it..
so… men out there… this is for you to know.... hahahha
...pssttt…. EXCEPT FOR UNCLE LEE… because he knows how to handle women.. kahkahkahkah….

Interesting concepts

Woman has Man in it;

Mrs. has Mr. in it;

Female has Male in it;

She has He in it;

Madam has Adam in it;

(I never looked at it this way before).

---

Ever notice how all of women’s problems start with MEN?

MENtal illness

MENstrual cramps

MENtal breakdown

MENopause

GUYnecologist

AND

When we (women) have the REAL trouble, it's the.. HISterectomy.


Hey women…this is for you to brighten your day.
Hi men.. this is just to annoy you (for fun only meh.. hihihi) ....


Remember!!!

You Don't Stop Laughing Because You Grow Old..
You Grow Old Because You Stop Laughing

Friday, December 11, 2009

OUT OF SERVICE!!!


HUHUHUHUHU…. Tetiba kelmarin henpon aku buat hal!!!....

Secara mengejut... henpon aku samada mengalami ’siaran tergendala sebentar’ atau ’SELAMAT JALAN ROMEO’ utk selamanya pun aku tak tau... dah puas menggodek-godek... tapi masih tak mampu nak meng’hidupkannya’...

ADOOOOIIIIIMAAAAAKKKKKK....

Jenuhler oiii... segala nombor family, ofis, kengkawan dan pelbagai nombor akaun bank, nombor passport, no hutang piutang, alamat, email add, fax dan segala gambar2, video.. SEMUA KAT DALAM TUH... dan kebanyakannya TAK SAFE KAT MANA2 FILE LAGI!!!... waaaa waaaaa waaaaaa....

Aduhaaaiiii... dugaan apakah ini????....

Naper time2 hujung tahun camni plak yg jadik pasal??.. (eh eh eh.. baru tersedar... henpon tu abang bagi masa besday 2 tahun lepas..... hihihihi)..

Adakah ini bermakna????... ia adalah signal utk abang agar tidak perlu memikirkan apakah yg patut dibeli dan diberikan sempena meraikan penutup tahun ini??? Warhkahkahkahkah.. (to my beloved hubby, PLEASE TAKE NOTE!!!... hahahahhahahahaha)..

Ala... lemas dan rimas jugakla camni...

Pssstttt... kalau tetiba ada sesapa yg call or message aku... dan aku dgn terpaksa bertanya “SAPA NI”???... tolong AMPUNKAN DAKU... pastinya nombor korang terpahat kemas dlm box handphone aku yg dah KONG itewwww!!!!.... huhuhuhu....

Tuesday, December 08, 2009

Wahai ISTERI.. wahai SUAMI...

Ada member hantar kat aku entri nih..

Kaki suami, syurga isteri

Okeh.. bila baca.. memang menarik.. bagi kaum isteri utk TAAT dan PATUH serta TAK BANTAH perintah suami… (yg mmg dh termaktub dlm Quran dan hadis..).. AGREED..

Antara tanda rumahtangga yg bahagia adalah rumahtangga yg suami bersenang lenang dan ’lepaking’ di rumah... AGREED..

Dan… kewajipan utk ‘melayan suami’.. TIADA KOMPROMI.. AGREED JUGAK.…

Tak buleh marah suami kalau dia kawin lain.. sebab kita kena taat..
Tak buleh benci suami kalau dia curang... sebab kita kena taat..
Tak buleh dendam pada suami kalau dia buat salah.. sebab kita kena taat..
Tak buleh tinggi suara, tak buleh kecil hati, tak buleh bising-bising... sebab kena taat..


Dan jika isteri yg main kayu tiga atau yang curang di belakang suami, maka CERAIKAN sahaja isteri tersebut... sebabnya... SAPA NAK SIMPAN ISTERI CURANG DAN NUSYUZ???... DAYUS la kann..!!... (itu kata kaum lelaki la kan kan kan....!!!!!)

Syurga di bawah tapak kaki suami.. AGREED..

Itu kesimpulan yg kita dapat ye wahai kaum isteri.. betapa mudahnya nak masuk syurga.. HANYA TAAT PADA SUAMI.. (lagi hati menderita.. lagi tinggi darjat kita.. JANJI TAAT!!... gitu kekdahnyer... kehkehkeh)

Takpe kalau suami curang... takpe kalau suami kawin lain... takpe kalau suami buat perangai... TETAP KENA TAAT.. sbb syurga di bawah tapak kaki suami...
(dan takpelah kaum isteri... kalau suami awak terlibat dalam semua tu.. TANDANYA DIA TAKNAK MASUK SYURGA.. awak masuk jer sorang-sorang.... buleh gitu??..)

Tapi aku nk cakap gak kat suami2 yg ”buat perangai” tuh.. (abang!!!.. better baca, before terlintas atau terdetik nak buat perangai!!.. kehkehkeh....)

Betul syurga di bawah tapak kaki korang.. tapi korang janganla berlagak sangat… janganla asyik nak guna ’kuasa veto’ sepanjang masa.. kalau betullah kalian sayang sangat kat isteri korang.. JANGANLA BUAT PERANGAI… JANGANLA BAGI DIA JADI AHLI NERAKA… korang tau tak korang ler punca ramai bini TERSASAR DARI MENJADI AHLI SYURGA.. TAK BAIK TAU!!!.... (korang ingat korang buleh masuk syurga dengan mudah??.. esok2 kalau anak-anak dan bini (atau bini-bini) tu tarik kaki masuk neraka sama.. PADAN MUKA!!.. bluweaaakkk!!!)

Kalau korang nak buktikan sayang korang pada bini... JANGANLA BUAT PERANGAI.. SAMA-SAMA LA jalankan tanggungjawab... jgn dok ingatkan bini jer tentang ”SERVIS + PENGORBANAN” dia.. korang tu... dah penuhi ker zahir dan batin??... dh cukup ker perhiasan yg korang beri pada isteri korang?? (kata nak bini cantik..)... dh cukup ker duit belanja dapur yg korang beli utk bini korang masak makan pagi, petang dan malam?? (kata nak makan sedap..)...

Berapa banyak solat jemaah yg korang ajak isteri dan anak korang bersama2 tunaikan?.. berapa kali korang ber”QIYAMULLAIL” berjemaah? buat sunat tasbih di rumah secara berjemaah dengan anak bini korang???... sudahkah kalian ajar/ajak mereka mengaji dan khatam Quran sama-sama??.. berpuasa selain daripada di bulan ramadhan bersama-sama... (kata nk jadi ketua keluarga...)... dan berapa kali korang tanya bini korang ’best ker’ servis yg korang bagi??... (oppssss….. terlebih sudaaahh!!!)...

SUDAHKAH korang penuhi???!!!...

Jangan nak tengok apa yg org bagi pada kita jer.. tengok jugakla apa yg korang dh bagi pada BINI korang… (sama la tu utk kaum bini.. tengok dan hargai apa yg suami dh bagi pada kita, jgn dok banding dgn apa yg tak mampu dia beri..)

ATAUPUN…. MAYBE KORANG (suami) TERLAMPAU SAYANGKAN BINI KORANG KOT….. NAK BINI KORANG JE MASUK SYURGA.. TAKPER KALAU KORANG MASUK NERAKA SELAMANYA (atau untuk tempoh yg lamaaaaa???.. kehkehkeh)....
(uish.. serius aku kagum kat laki2 yg macam nih.... terlalu berani, sampai tak takut nak tempah neraka Allah yer... hahahahhaaa...)

Tapi, nak cerita sikit la kat kaum suami... tau tak ada satu kisah di zaman Rasullullah.. di mana apabila Rasullullah ditanya oleh isteri2 baginda, dlm banyak2 isteri baginda, siapakah yg paling disayangi baginda..

Bagaimana baginda memberikan jawapannya???...

Baginda memberikan sebentuk cincin pada setiap isterinya dengan syarat ”JANGAN BERITAHU YANG LAIN”... dan esoknya.. apabila berkumpul.. baginda berkata ”siapa yg telah mendapat sebentuk cincin dariku, maka dialah org yg amat aku sayangi”..

SEE SEE... Nabi Allah sendiri tahu dan jelas benar dengan FITRAH yang Allah anugerahkan kepada KAUM ISTERI yakni ”RASA CEMBURU” dan ”NAFSU AMARAH” dan ”PERASAAN HALUS MUDAH KECIL HATI”.. jadinya baginda nak menjaga hati dan perasaan semua isteri2 nya dengan cara yg paling halus dan tersendiri (mujur isteri2 baginda tu jenis ALIM dan MENJAGA AMANAH/ RAHSIA – kalau aku, sure pecah tembelang baginda, sbb aku akan bocor rahsia kat madu aku bgtau yg aku dapat cincin tuuuhhh.. kahkahkah... opssss... ampuuuunnnn... terlajak sudah!!...)

Pompuan kan nafsu 9, akal 1... Korang (para lelaki / suami) ingat mudah ke nak kawal nafsu yang 9 niiihhh???... (ala.. korang tuuhh..... NAFSU 1 tu pon tak TERBELA!!.. hahahhaaa...)

.... dan again.. aku teringin nk jumpa wanita di Malaysia yg sebaik perempuan, ibu dan isteri yg begitu lemah lembut sopan santun dan tidak pernah mengecilkan hati suami anak2 ibu bapa hatta jiran tetangga... serius aku teringin berguru dengannya...

Aku best baca part last sekali dlm entri tuuh..

…………………… katanya……………………

Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?

Bersyukurlah!

Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu- pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab...

Nikmat mana lagi yang korang dustakan?

Sekian...

Ps: Taatlah suami korang sehingga mereka jadi mayat atau korang jadi mayat, dan tahukah korang bilakah kita akan jadi mayat? Mungkin esok.., maka taatlah suami sampai esok...


.......................................... itu pesanan penulis tu.....................................

So, para isteri… marilah sama-sama mengejar syurga Allah (dan buatlah seperti yg telah dinyatakan...)… takper kalau si suami tak mau masuk... dia kan HERO.. dia ’terror’ dan buleh duduk lama skit dalam neraka (bagi yg BUAT PERANGAI la...)... kahkahkah...

Tapi, bagi suami2 yg prihatin, yg faham amanah dan tanggungjawab yg Allah berikan kepadanya sebagi KETUA KELUARGA... mari kita sama-sama doakan, semoga dapat masuk syurga bersama-sama isteri dan anak2 – jgnla bagi chance pada isteri jer utk pilih mana2 pintu syurga, bagi jugakla chance kat diri sendiri... (walapun di sana nanti tak tentu bertemu atau tidak.. entah2 dpt pasangan lain kan.. hihihi) – semoga kita semua berpeluang menjejak dan menghuni syurga Allah... AMIIINNNN... (itu misi dan visi kita kan kan kan...)

Rumahtangga ni kan PERKONGSIAN.. sama-samala kongsi amanah dan tanggungjawab... saling maaf-memaafkan, saling ingat-mengingatkan, segalanya saling menyaling lah... dan.. APA YANG PENTING????... KERJASAMA!!!... (hahahaha.. kredit to WONDER PET!!.. atas lagu tema yg anak aku pon dh hafal nih... hihihihi)

p/s:- maaf yer kalau aku terlebih lajak daripada laju... sekadar berkongsi rasa...

Monday, December 07, 2009

Berlalalalalaaaa....

Hari jumaat lepas.. kat ofis, ada year end event…. salah satu session nya adalah.. KARAOKE... aduhmaaakkk.... aku lemah tul bab nyanyi2 nih... tapi sempat gak ler aku 'menyumbang-mambangkan’ dua lagu (itu pun bertogether-together dgn org lain gaks.. hahhaha) – kang lebih2 kang, takut KL dilanda tornado, takpun gempa bumi.. hehehe...

hari tu jugak, besday si zaqwan... jam dh kul 9pm.. so, kelam kabut balik umah.. sbb dh janji nak kuar makan KFC (celebrate besday zaqwan...), sampai umah, sama time ngan abang… dh aku kena perli sekilo (sbb selalu aku kutuk kata abang sampai umah lambat.. kehkehkeh)..
So, gi ler KFC bwk budak yg dh masuk 2 tahun niihh.... selamat ulangtahun buah hati pengarang jantung ibu... muhammad zaqwan... layan KFC je lah yeeerrr.... hihihi...

Hari minggu tu pulak... cadangnya nak pegi Pesta Buku.. tapi banyak plak Urusan Seri Paduka Baginda cik abang sayang.. sampai ke tengahari baru habis… letih gak meneman dia ke sana ke sini.. huhuhu…

Dalam kul 2ptg.. abang ajak rehatkan minda (???hihihi)… pegi Mines Shopping Complex tuuhhh.. abang ajak tengok wayang.. tapi nk tengok citer apa?? Hajat hati nk tengok twilight saga.. tapi sebab bawak si nureen sayang (zaqwan kena tinggal kat umah.. denda, sbb nakal sangat.. kehkehkeh – yg betulnya, ibu ngan abah dia malas nk layan.. lasak sgt, tak pasal2 nanti hilang dlm shopping compleks tuuhh…. Huhuhu….) – makanya, tak jadi tgk wayang..

Nk tengok senario, kul 4 lebih baru start… hmmm… jalan2.. nampak Just K (karaoke) kat tingkat 5… apa lagi… JOM LAYANZ… kehkehkeh…

Lepas solat zohor, pi booking bilik small (ala, utk 3 beranak jer.. cukup leeerrr…. Hihihi).. Pilih punya pilih lagu… melalak le tiga beranak kt dalam tuuhh… nureen frust sebab tak dengar suara dia.. dia kata mic dia rosak!!.. kahkahkah.. mmg ler dia nyanyi tak dengar suara dia, sbb abah dia ‘mengontrol’ bilik tuuuhhh…. Suara abah je la yg ber’kumandang’.. hahahha

Aku bukan pandai sgt bab2 nyanyi nih.. buat panggil banjir kilat ribut petir bulehlaaa… jadinya, abang je la yg layanz.. dgn si nureen tuuuhhh...

Dh nak dekat last2 tuh.. abang set satu lagu.. katanya kat aku… “ ni, khas utk ibu”.. kehkehkeh.. aku gelak jer lah…

(ni gambar abang dok layan perasaan.. nureen plak, dh start selak langsir la... pastu pi main dimm lampu la… isy.. tak duduk diam betul!!!)

Abang nyanyi sungguh2.. aku plak dok ralit makan keropok, ngan dok layan nureen yg duduk tak diam tuuhh… tetiba dengar suara abang “PECAH”.. aku gelak gilers… siap bagitau nureen.. “suara abah pancitttt”… kehkehkeh….

Tetiba aku nampak (dlm kesamaran gelap tuuh) – abang tunduk, dan kesat hidung…
WEIHHH????!!!.... pe hal???...
aku dh naik confius dah… abang marah sbb aku tak dengar dia nyanyi ker??... salah ker aku makan keropok ngan layan nureen??.. adoimaaakk.. risau dah niihhh…

Pastu abang kata, taknak nyanyi dah.. so, pack barang... beredar ler... (dlm kepala hotak dok tertanya lagi ni.. naper eh??... akukah yg bersalah???!!!... huhuhuhuhu…)

Masuk dlm kete… masing2 diam… mata abang merah!!.. eeeiiiii…. Risaunya aku… Perlahan-lahan aku tanya… ‘naper abang nangis????.. leen ada buat salah ker?? kalau ada.. Sorry la'...

Pastu.. abang kata.. ”Tak... bukan salah leen pon... abang terasa sangat bila nyanyi lagu tu.. abang betul2 sedih sebab abang rasa abang tak dapat bagi banyak benda kat leen... leen selalu ada dengan abang... leen yang lebih banyak berkorban utk abang berbanding pengorbanan abang pada leen.. abang tak rasa abang akan sekuat ini kalau leen tak ada.. abang tak boleh leen tak ada...”..

AAAARRRRRR?????..... dan akhirnya, aku plak yg nangis.. huhuhuu... dah.. berduet mendudu-dudu dlm kete... nureen pening tgk ibu ngan abah dia... tak tau nak buat apa.. dia cium pipi aku ngan cik abang… tetiba… langit pon mendung… HUJAN!!!... hujan di luar dan dalam…

Lagu apa yg cik abang nyanyi??... kehkehkeh…




“Aku ada kerna kau ada – Radja”..

Tetiba otak jahat aku dtg:- aiii... ada buat apa2 salah ker?.. hahahhaaa... (isy isy isy... tak baik tak baik... dosa tau ada syak wasangka nih... hihihi)

Ala bang.... abang ambil leen jadi isteri abang pon leen dh sangat bersyukur... apa la yg tak cukup nyer.. makan pakai semua cukup... abang bagi kebebasan pada leen utk bekerja, belajar, berjoli katak ngan kawan2, lepak2 ngan mak ayah + adik bradik... tu pon dh lebih daripada segalanya... kita manusia, mana pernah sempurna.. apa yg penting... ’kerjasama’.. kehkehkeh...

hmm...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.