Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, January 20, 2012

Khusyuk di sejadah.. kufur dalam beribadah!.


Kemas elok dalam wuduk, mengadap kiblat.. di mulai dengan niat lantas takbiratul ihram di angkat sebagai pemula solat.. alunan bacaan kalam Allah dengan penghayatan penuh kepada makna ayat yang dibaca, adakalanya turut disulami dengan sendu dan sayu.. di akhiri dengan salam lantas tunduk tawaduk menadah tangan berdoa memohon pengampunan Allah.. memohon agar taubat di terima.. memohon syafaat Baginda Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam.. memohon redha-Nya dunia dan akhirat.. dengan penuh pengharapan kepada Allah.. dan malaikat menjadi saksi penghambaan yang sangat telus dan tulus... yang sangat khusyuk.. di atas sejadah!!..

YA.. TAHNIAH kepada yang mampu melakukan sedemikian di dalam solatnya.. (aku?.. acapkali tewas utk benar-benar KHUSYUK sehingga tidak kedengaran walau semilir angin yang menghembus!!)

Tetapi.. dalam ibadah harian.. kita sering terkhilaf!.. atau mungkin KUFUR!!.

Pernah tak terlintas akan perkara sedemikian dilakukan oleh kita SABAN HARI?..

KUFUR DALAM BERIBADAH!.

Astaghfirullahal ‘azhiim..

Mungkin tidak pada kalian yang khusyuk di sejadah serta khusyuk dalam beribadah..

Aku memperkatakan tentang diriku sendiri..

Situasi 1:
Apabila duduk bersendirian di bilik 4 sisi ini.. ketika Boss tiada di pejabat.. usai lembaran2 di tray kerja kosong.. dan di hari yang MEMANG TIADA TUGASAN yang memerlukan tindakan segera atau susulan yang perlu dilakukan (selalunya beginilah!!).. maka tangan ini mula pantas menarik tetikus dan menjamah keyboard lalu mencari engin google, gmail, dan banyak lagi carian lain yang LANGSUNG TIADA KAITAN DENGAN TUGASAN IBADAH ~ YAKNI KERJA HAKIKI!!.. Kufurnya aku dalam beribadah sebagai seorang pekerja!.

Situasi 2:
Hari yang sangat letih, kerana melalui bebanan tugasan yang amat berat (once in a blue moon pon dpt tugasan 'heavy' daripada workload hari-hari biasa yang biasanya tenang dan ada masanya sangat senggang!!).. Dijemput pulang oleh suami tersayang .. lalu mengadu ~ PENAT LA BANG!!.. sambil mengharapkan ehsan yang terpacul dari mulut tersayang kalimah ”Kalau dah penat, tak yah masak la malam ni, kita makan siap-siap kat luar!! Malam ni rehat, tidur awal sikit!”.. OWH!!.. Aku telah mengabaikan ibadah melayan suami!... Kufurnya aku dalam beribadah sebagai seorang isteri!

Situasi 3:
Pulang kerja agak lewat dari hari biasa (baca: once in a blue moon jugakkk... haish.. sesekali diuji dgn balik lambat dh merungut!!.. aparaaa!!!).. dengan bebanan tugasan yang masih menjadi persoalan di minda.. (kononnya), sesampainya dirumah terus melangkah masuk ke ruang kamar utk membersihkan diri dan akhirnya merehatkan diri di tilam kamar!!.. Anak-anak datang ingin mengadu perihal ’tugasan’ harian mereka, masing-masing ingin ’merebut masa dan perhatian’ si ibu utk melaporkan segala kejadian.. Ibu yang konon "LETIH DAN TAK HABIS FIKIR PASAL KERJA” (kononnya ini), menyuruh mereka turun ke bawah dan 'JANGAN GANGGU'!.. Owh!.. Kufurnya aku dalam beribadah sebagai seorang Ibu!..

Situasi 4:
Teman datang mengadu masalahnya. Hendak ditegur takut dirinya terasa, hendak dilayan, takut dirinya binasa. Akhirnya akur, diam, mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak. Adakalanya buat acuh tak acuh. Sekadar memebri ruang untuknya meluah bicara. Namun tiada nasihat berguna yang mampu dikhabarkan, hanya kerana ’bertentangan fahaman’. Owh!. Kufurnya aku dalam ibadah sebagai seorang rakan!.

Situasi 5:
Hanya melihat jiran lalu lalang di hadapan rumah, tanpa langsung ingin menegur atau bertanya khabar.. apatah lagi menghulur semangkuk dua juadah!. Owh!. Kufurnya aku dalam beribadah sebagai seorang muslim yang sepatutnya memuliakan jiran dan bermasyarakat!.

Situasi 6:
Saban hari membaca berita, melihat kemungkaran dan kemaksiatan di depan mata.. mungkar solat, aurat, lidah, tutur bahasa, gerak kerja dan pelbagai kemungkaran yang berleluasa. Aku masih DIAM!. Menegur tidak, menasihati jauh sekali. DIAM!. Terusan DIAM – hanya berani bersuara di dalam hati dan paling keji, mengumpat dan menceritakan aib berita yang dibaca, didengar, ditonton! Tanpa ada initiatif untuk menyeru kepada amal maaruf nahi mungkar!!. Kufurnya aku dalam beribadah sebagai seorang umat Islam!.

Dan banyak situasi lagi yang aku meletakkan diriku di dalamnya.. terasa sangat jauhnya aku untuk mengimpikan redha Allah kerana banyak sungguh tersasar dalam beribadah!!..

Celik mata setelah tidur yang pulas, sehingga ke lelapnya mata untuk meneruskan hari seterusnya - itu adalah langkah ibadah seorang muslim!. Tapi, apa pengisian kita (aku terutamanya) dalam memenuhi janji kepada Allah untuk menghambakan diri kepadanya SETIAP MASA?!.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku ~ hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam"..

Benarkah aku-janji yang aku baca di setiap solat fardhu itu BENAR-BENAR diaplikasikan??!!..


Firman Allah:
".... Maka sesiapa berbuat kebajikan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (Al-Quran Surah Al-Zalzalah 99 : Ayat 7-8).

Aku sedang menghitung "kekhusyukan dan kekufuran diri!!" (andai aku mampu melihat hitungan khusyuk dan kufur di catatan malaikat, apakah aku mampu untuk teruskan hidup ataupun bersedia menerima saat mati???... huhuhuhuhuhu)..

Firman Allah:
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Quran Surah Al-Nahl 16 : Ayat 125)".

.. Ya Allah.. jangan biarkan aku sesat dari jalan-Mu..!..

Wahai kalian, saudara-saudara seagamaku.. nasihatkan aku.. seru aku ke jalan kebaikan.. tegur dan ajari aku!.. Aku masih lemah, masih jahil, masih kosong iman dan takwa.. huhuhuhu....



Ya Rabb.. redhai kami semua.. Ameen.

Friday, December 30, 2011

Lembaran Kosong!.

Assalamualaikum semua yang membaca.. Moga rahmat dan redha Allah bersama kita semua.


Esok 31.12.2011 ~ penutup tahun 2011 Masihi.
Lusa 1.1.2012 ~ pembuka tahun baru 2012 Masihi.

Sekejap sungguh masa berlalu!.

Apabila tiba penutup tahun masihi... bermakna permulaan kepada Ulangtahun Kelahiran di umur baru!. Pasti juga ucap Selamat Ulangtahun Kelahiran akan diucap!.

Namun, ucapan daripada dua makhluk Allah ini yang sangat menggusarkan hati!.

Ucapan 1:
"Selamat Pertambahan Umur dan selamat Pengurangan Hayat!. Sudah-sudahlah tidur di tilam yang empuk itu!. Cukup2lah laqa depan tv yang menyajikan hiburan yang melalaikan!. Solatlah setepat waktu!. Bangun malam untuk Qiyamullail!. Terangi aku ini dengan alunan ayat suci Al-Quran dan zikrullah serta cahayai dengan bacaan hadis Rasulullah!. KERANA.... Tak berapa hari ja lagi kau di sini, untuk menghuni di dalam aku!! Semakin dekat masa untuk meninggalkan aku!!".. ~ Ucap SELAMAT daripada RUMAH!.

Ucapan 2:
“Sanah Helwah Ya Ukhti. Ahlan Wa Sahlan!. Sudah cukupkah amal ibadahmu?. Solatmu?. Auratmu?. Hubungan persaudaraanmu ada yang terputuskah?. Hutang-piutangmu sudah dijelaskankah?. Sedekah jariahmu? Ilmu dan amalanmu, sudah penuhkah lembaran yang akan kau bawa nanti?.. KERANA.... Tak berapa hari lagi kau akan menghuni di dalamku!. Semakin dekat masa untuk kau menghampiriku!! Jangan datang dengan LEMBARAN KOSONG – kerana siksaan ini tidak akan mampu kau tanggung!!”.. Ucap SELAMAT daripada KUBUR!.

Astaghfirullahal ’azhiim.

LEMBARAN KOSONG!. AKU TERKESIMA!!.

Aku teringat sepulangnya abang dari Kuliah Subuh minggu lalu, terus disampaikan apa yang didengarinya dari Ustaz Penceramah (Jazakallahu khair kepada abang dan kepada Ustaz Penceramah, moga penyampaian kalian mendapat rahmat dan redha Allah dan akan menjadi syafaat di akhirat kelak… ameen).

Abang menyampaikan perihal LEMBARAN KOSONG!.

Mendengar penuh khusyuk apa yang abang sampaikan akhirnya membuatkan aku sebak dan menangis!. TAKUT!!..

Takut lembaranku yang selama hari ini aku ingat sudah terisi dengan ibadah wajib rupanya hanya sia-sia dan kosong apabila dihadap di hadapan Allah kelak!!..

Kenapa begitu?.. Mengapa begitu?.

SOLAT!. Ya! Jawapannya ada pada solat!.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:"Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain. (Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Solat adalah merupakan amalan pertama yang akan dihitung Allah diakhirat kelak.
Bagi yang lembaran solatnya penuh, maka akan dibariskan di satu bahagian, manakala yang tidak penuh atau yang kosong diasak ke sudut yang lain!.

Tapi, alangkah terkejutnya kita kelak jika lembaran yang selama ini kita sangka PENUH (kerana begitu YAKIN tidak pernah meninggalkan solat kecuali uzur syarie), rupanya TETAP KOSONG??!..

Kenapa begitu?.. Mengapa begitu?.

Kerana... kita solat bukan kerana ibadah.. tetapi kerana nafsu!.

SOLAT?.. Tetapi kerana nafsu??.. ada ke macam tu?..

YA!. ADA!.

Kita solat kerana kita YAKIN bahawa sebagai umat Islam, SOLAT ITU WAJIB – kerana ia adalah PERINTAH ALLAH SUBHANAHU WATAALA!. Itu adalah IBADAH!. Barangsiapa yang melaksanakannya dengan nawaitu LILLAHI TA’ALA, maka lembarannya akan tercatat ganjaran mata penuh untuk solat!.

TETAPI!. AWAS!. Kita sering tertipu dengan nafsu!.

Kita solat!. Ya.. tetapi mengikut NAFSU!.

Bagaimana solat mengikut nafsu?.

Ia adalah jika KITA GAGAL SOLAT DI AWAL WAKTU – TANPA UZUR SYARIE (uzur yang dibenarkan!.. di dalam mesyuarat, menyertai acara, menghadiri jemputan, kenduri kahwin, majlis bertandang, majlis anugerah, dll ~ TIDAK TERMASUK DI DALAM UZUR SYARIE – ia termasuk di dalam "NAFSU"!)

KITA SOLAT HANYA KERANA KITA 'PERASAN' KITA KENA SOLAT!.
PERASAAN 'PERASAN' ITU ADALAH NAFSU!.

Contohnya:-

Kita pulang dari rehat pada jam 1.00 petang dan terpaksa menghadiri mesyuarat pada jam 2.00petang. Masa satu jam itu diperuntukkan untuk check email, check slide presentation, check kertas kerja untuk perbentangan dan sebagainya. Setibanya jam 2.00 petang kita belum menunaikan solat zohor dan telahpun dipanggil masuk ke bilik mesyuarat. Mesyuarat berlangsung. Pada jam 4.10petang kita tergopoh-gapah keluar dari bilik mesyuarat untuk solat zohor dan masuk semula ke bilik mesyuarat pada jam 4.20petang. Mesyuarat usai jam 5.30petang dan kita solat asar pada jam 6.00petang.

Meskipun kita dilihat ~ TELAH BERSOLAT ~ tetapi sayangnya LEMBARAN SOLAT UNTUK WAKTU ZOHOR DAN ASAR KITA KOSONG!. Kerana kita tidak solat di awal waktu – tanpa uzur syarie.

ADUHHH!!! (masa ni rasa nak menitis air mata!.. kerap benar ’perangai’ itu yang dibuat!.. Astaghfirullahal ’azhiim... Astaghfirullahal ’azhiim... Astaghfirullahal ’azhiim... Moga Allah mengampuni kekhilafan aku dan kita semua.. Ameen).

ALASAN! ALASAN! ALASAN!..

Berilah berapa jua banyak alasan yang kita mahu!. Berikanlah.. YAKINKANLAH HATI SENDIRI!. SEDAPKANLAH NAFSU SENDIRI!. Nyatakanlah hukum logik beserta dalil-dalil, bukti-bukti kukuh bahawa SOLAT KITA LAYAK DITERIMA..

Jangan lupa:- PENILAI SEBENAR BUKANLAH DIRI KITA.. ALLAH YANG MAHA MENILAI.. tidak perlu beri alasan kepada sesiapa jua kerana tiada siapa yang mampu mempertikaikan alasan kita.. sebaliknya amalan kita kelak bakal dinilai Allah dan tatkala itu, TIADA DAKWA-DAKWI LAGI!.

Justeru, aku sangat bimbang akan diriku!. Bimbang membawa "pulang" lembaran kosong!.

Aku mengingati diriku sendiri.. juga kalian wahai kaum keluargaku.. juga kepada sahabat handaiku, jiran tetanggaku, rakau taulanku, orang sekelilingku dan seluruh umat Islam..
AYUH, JAGA SOLAT!. SOLAT DI AWAL WAKTU!. JAGA AMALAN WAJIB YANG LAINNYA!!. BERSAMA KITA DALAM AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR!. Kelak kita akan kembali ke “sana”.. tempat yang dibahagikan kita kepada beberapa puak.. Puak Muqarrabin, Puak Kanan dan Puak Kiri.. mana satu pilihan amal kita?.

Firman Allah:
“... Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ”Muqarrabiin”, Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. Dan jika ia dari puak kanan, Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”. Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, serta bakaran api neraka. Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar” (A-Quran Surah Al-Waqiah 56 : Ayat 88-96).


Mahukah pulang dengan LEMBARAN KOSONG? Mahukah menjadi anggota puak kiri?. Nauzubillahi mindzaalik!.

“Ya Rabb!. Ya Hayyu, Ya Qoyyum. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku. Jangan Kau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata!. Ya Allah.. perhatikan aku.. pimpin dan bimbinglah aku.. Tetapkan iman dan takwaku. Sempurnakan amal dan ibadahku. Jangan Kau bolak-balikkan hatiku setelah Kau luruskannya. Jika kotor hatiku, Kau gantikanlah ia dengan hati yang baru, yang bersih, yang Kau redhai. Bantu aku untuk menjaganya agar kuperolehi redha-Mu!. Ameen.”

Aku yang mengingatkan ini tidak setangga lebih baik dari kalian!. Aku yang menulis ini tidak terlepas dari khilaf dan dosa yang sama!. Aku yang menyampaikan ini masih jahil, masih hina, masih tetap digoda iblis laknatullah dan masih juga menurut nafsu yang berleluasa!.

Justeru, Ingatkan aku jika kalian lihat aku yang terleka, terlupa dan lalai. Tolong!.

“Ya Allah.. pilihlah kami dan izinkan kami berada di puak kanan itu!. Ameen.. ameen.. Ya Rabbul ‘alaamin”.

Ya Rabb.. redhai kami. Ameen.



Thursday, November 10, 2011

Kerana saya sayang semuanya..


Sepagi bersama Dr. Rose @ Klinik Mediviron!.. hihihihi.


Doctor : I’ll give you 2 days MC. U need a true rest!.

Aku : Alaaa Doctor, tak boleh la lama2, kesian Boss saya. Banyak pending work nanti.

Doctor : Ke, U nak 2 weeks warded?. "Bed Rest" at Hospital?

Aku : Errrkkk… tak nak la camtu doctor.

Doctor : U ni workaholic sangat la!.

Aku : Tak lah doctor. Bukannya workaholic pun. Saya bukannya banyak kerja sangat kat ofis tu. Cumanya bila time Boss saya ada, saya tak gamak untuk tak pergi kerja!. Boss saya jarang masuk ofis, boleh kira dengan jari berapa kali dia ada. Sebab tu setiap kali dia datang ofis, saya tak gamak untuk cuti atau MC kecuali kalau betul2 emergency!!.

Doctor : Ni kira emergency la ni.

Aku : Takla ‘parah’ sangat kan doctor?!. Still under control right?!.. hihihi.. Kesian la kat Boss saya kalau saya tak de. Kesian jugak kat kawan-kawan ofis nak pick up call and take message utk saya.

Doctor : U banyak sangat kesian kat orang sampai lupa kesian kat diri sendiri!.

Aku : Aaaaaaaa?????!!!!...

....................................................................................................................................

Pagi-pagi dan dapat satu 'das' daripada doktor!. huhuhu..

Takdelah macam tu doktor, saya sayang juga diri saya kerana ‘inilah’ anugerah terbesar Allah kepada saya – yakni DIRI SAYA SENDIRI!. Allah begitu Pengasih dan Penyayang telah memberi nikmat kehidupan yang sangat baik kepada DIRI saya. Mana mungkin saya mensia-siakan anugerah yang Allah berikan ini.

Firman Allah:
“Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah". (Surah As-Sajadah 32 : Ayat 6-7).


Sebenarnya.. Aku sayang semuanya..

Aku sayang keluarga aku sebab tu aku tak pilih kerjaya yang memerlukan waktu dan tekanan yang banyak. Mereka ini amanah Allah kepadaku.

Aku nak luang masa lebih dgn suami, anak2, mak ayah adik beradik, mertua ipar duai, sanak saudara.. Kekeluargaan ini adalah amanah Allah kepadaku.

Aku juga sayang kerjaya aku sebab inilah kerjaya yang Allah anugerahkan kepadaku setelah ‘ujian demi ujian’ pada kerjaya dahulu. Aku sayang Boss aku sebab bagi aku Boss ciptaan Allah seperti Boss aku hanya wujud 1 dalam 250,000 Boss di muka bumi ini.. (hahahaha)... Beliau sangat baik dan sangat prihatin. Mungkin Boss orang lain pun baik, tapi selama aku pernah ada BOSS, inilah Boss terbaik yang aku ada!!. Kerjaya ini adalah amanah Allah kepadaku.

Aku sayang kelas pengajian aku sebab dengannya aku sangat ‘enjoy’ menikmati kalam-kalam ilmu. Makin banyak yang aku pelajari, makin terasa kerdil diri ini. Dan semakin aku ingin mengkaji dan mengaji dengan lebih banyak. Ilmu-ilmu ini adalah amanah Allah kepadaku.

Aku sayang persekitaran yang Allah berikan kepadaku, sahabat handai rakan taulan serta kehidupan yang serba sederhana. Sangat indah. Ada pasang surut, ada mentari ada hujan ada pelangi.. Serba menarik. Ianya juga adalah amanah Allah kepadaku.

Aku sayangkan umur, ilmu, kesihatan, juga setiap inci kehidupan yang Allah aturkan kepadaku. Ini semua adalah amanah Allah kepadaku.

Firman Allah:
"Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?". (Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 3-4, dan 13)


Aku sangat bersyukur dengan setiap yang Allah hadirkan dalam hidupku. Sangat-sangat bersyukur. Meski ada ketikanya aku di uji dengan ribut taufan banjir bah, tetapi benar seperti kata falsafah:

"We enjoy warmth because we have been cold...
We appreciate light because we have been in darkness...
By the same token, we love sweetness because we experienced bitterness"

Benar. Setiap ujian derita musibah itu adalah anugerah yang amat bernilai apabila berjaya membawa diri keluar dari alam ngeri itu! Ia kemudiannya bertukar menjadi satu pengalaman dan pengajaran yang sangat bermakna!... dan BAHAGIA.. apabila merasakan bahawa Allah memerhati dan bersama kita dengan setiap anugerah musibah dan anugerah nikmat itu!. Subhanallah...

................................................

Jadi.. untuk Doktor Rose ku sayang.. (hihihihihi)

Saya sayang keluarga saya, saya sayang kerjaya saya, saya sayang ilmu pengajian saya, saya sayang persekitaran saya... untuk semua itu, pastinya SAYA SAYANG DIRI SAYA.. kerana.. yang paling utama, yang teratas dari itu semua, ------> "SAYA SANGAT SAYANGKAN ALLAH.." Yang menjadikan saya dari tiada kepada ada.. dari kosong pengalaman kepada banyak pengajaran, dari berseorangan kepada ramai mengelilingi, dari jahil ilmu dapat mempelajari iman dan takwa.. dari tiada jiwa kepada sempurna roh dan anggota.. semua anugerah Allah itu sangat saya syukuri, hargai, dan sayangi.

KERANA SEMUA ITU ADALAH NIKMAT ANUGERAH ALLAH YANG PALING BERNILAI DALAM KEHIDUPAN SAYA!.

.. Maka itu, saya ingin menjaga dan mentadbir amanah-amanah Allah itu semua.. sebaik mungkin... meskipun adakalanya seperti melebihkan satu perkara dari perkara lainnya.. tapi untuk satu tempoh yang lain, perkara lain pula yang menjadi keutamaan berbanding perkara tadi....

Firman Allah:
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): 'Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)'; dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah An-Naml 27 : Ayat 93).


Saya sayangkan semuanya.. semua ini adalah AMANAH Allah kepada saya... (moga untuk amanah-amanah ini, saya dapat menjawabnya dengan baik apabila di soal di akhirat kelak!!.... kerana banyak lagi jawapan lain yang tidak bisa saya jawab dengan sempurna.. banyak khilaf saya berbanding kebaikan.. banyak kejahilan berbanding ilmu.. banyak picang berbanding amal.... banyak yang terabai dari yang terkawal!!!.... ngeri memikirkannya!! Allahu)


Ya Rabb. Ampuni hamba-hambaMu.. Redhai kami semua. Ameen.












.

Friday, November 04, 2011

Zulhijjah dan Aidil Adha

Esok, 9 Zulhijjah..

Ayuh semua, yang tidak berkesempatan menjejakkan kaki di Tanah Haram - Tanah Suci Kita Mekah, AYUH KITA BERPUASA..... satu hari yang penuh barakah hendaknya..

Mohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa lalu kita dan dosa-dosa yang akan datang.. Dan.. puasa itu semata-mata untuk mencari dan meraih redha Allah..

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Kemudian.. tanggal 10 Zulhijjah.. kita bersama menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Bagi yang berkorban, Alhamdulillah.. bagi yang tiada rezeki berkorban tahun ini, tanamkan azam untuk berkorban di tahun-tahun akan datang..

Begitu juga bagi yang tiada rezeki ke Kota Mekah untuk menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini, moga-moga Allah jemput di tahun hadapan atau tahun-tahun ke hadapan.. Ameen.




SALAM AIDILADHA!..




Monday, October 24, 2011

Peringatan dari pemergian!.


Firman Allah:
Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula didahulukannya. (Al-Quran Surah Al-A’raaf 7 : Ayat 34)


Berlaku lagi satu kematian di dalam kelompok kekeluargaan aku.
PAK ADAM ~ Bapa kepada abang ipar aku @ bapa mertua kakakku.

Ahad, 23 Oktober 2011 ~ Jam 5.32 pagi, aku menerima panggilan telefon daripada kakakku – disusuli pula panggilan daripada Ibu. Menyampaikan berita bahawa Pak Adam telah meninggal dunia. Innalillahi Wainnailaihi Raji’un.

Usai solat subuh, terus aku dan cik abang bergegas ke rumah Mertua Kakak ~ yang tidak jauh dari kawasan rumahku.

Aku sampai seawal jam 6.30pagi. Rumah mertua kakak penuh dengan anak menantu cucu cicit Pak Adam. Selepas menghadiahkan bacaan Yaasin, mataku agak liar memerhati gelagat sekeliling. Dihati terbit kata-kata:

“Untungnya Pak Adam mempunyai anak menantu cucu cicit yang ramai”.

Ini kerana, belumpun penuh dengan jiran tetangga sanak saudara, rumahnya telah terlebih dahulu dilimpahi dengan anak-anak menantu-menantu cucu-cucu cicit-cicit yang ramai.

9 orang anak (hasil perkongsian hidup dengan Mak Melah - satu-satunya isteri yang dikahwini berpuluh tahun yang lalu) – 5 lelaki, 4 perempuan anak-anaknya dengan 5 menantu perempuan dan 3 menantu lelaki bersambut pula dengan cucu-cucu yang sudah besar panjang serta cucu menantu yang sangat prihatin, mereka semua lincah melaksanakan segala persiapan – TANPA ARAHAN ATAU PAKSAAN – masing2 seakan tahu tugasan masing-masing.. tahu apa yang perlu dilakukan!.

Masa aku sampai, jenazah telahpun kemas diletakkan di atas tilam di ruang tamu.

Yang anak menantu serta cucu2 lelaki sibuk memacak khemah, mengambil cadar untuk dibuat penghadang, menyediakan kawasan untuk mandikan jenazah, menyusun kerusi di laman…
Yang anak menantu serta cucu2 perempuan pula sibuk menyediakan bekas air, kain itu ini, potong daun pandan, sedia peralatan untuk memandikan jenazah….
Pengesahan doktor juga sangat cepat (kerana salah seorang daripada anak perempuan Pak Adam adalah Doktor!!).
Pengesahan polis juga sangat mudah..
Orang masjid, orang yang hendak mandikan jenazah, van jenazah.. semua SIAP!.

"Itu untungnya anak ramai kan!!".. (di sini hatiku berbicara lagi.. sambil mengkagumi anugerah Allah kepada keluarga Pak Adam + Mak Melah).

Dalam anak menantu cucu sibuk tugasan di dapur dan di luar rumah.. yang mengelilingi arwah Pak Adam juga tidak kurang ramainya.. bacaan Yaasin tidak putus dari seorang ke seorang.. Subhanallah.

SANGAT CEKAP!!!.

Jam 8.30am – aku mengambil anak-anak kakak yang kecil (Nur Dini, Qistina dan Aleesha) dari rumah Pak Adam untuk dibawa ke rumahku (kakak sibuk menguruskan peralatan mandi untuk jenazah, maka aku ringankan sikit bebanan kakak dengan membawa anak-anak kecilnya pulang ke rumahku – agar kakak tidak perlu bimbang masa mandi dan makan mereka – itu sahaja yang terdaya aku lakukan untuk memberi bantuan semampuku..)

Kira-kira Jam 9.30pagi – siap Pak Adam dimandikan dan disolatkan. (Solat jenazah dilakukan sebanyak 2 kali kerana terlalu ramai yang ingin menyembahyangkan jenazah – penuh ruang tamu rumah Pak Adam dengan jemaah lelaki).

Kira-kira Jam 10.00pagi – dibawa ke tanah perkuburan.. (telah siap lubang kubur digali dan mudahnya jenazah di usung ke tanah perkuburan).

Kira-kira Jam 11.15pagi – siap segala talkin doa dibacakan.

Sungguh cepat urusan pengebumian Pak Adam. LANCAR!.

Cuaca juga sangat baik, tidak terlalu panas, tidak mendung dan tidak juga hujan. Subhanallah – Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Melancarkan urusan hamba-hambaNya.

Kawasan perkuburan Islam Jalan Cheras dikerumuni dengan ramaaaaaiii orang.. penuh anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, cucu-cucu menantu, sanak saudara jiran tetangga serta sahabat dan kenalan yang menghantar serta mengaminkan doa untuk jenazah Pak Adam.

Tiba di rumah pula sekitar jam 12.00tengahari:
Sudah siap tersedia makan tengahari untuk sekalian yang hadir. Bungkusan Nasi Ayam tersedia – malah ada pula Nasi Putih yang masih panas serta lauk Asam Pedas ikan kembung, sayur kobis goreng, ikan masin, ulam-ulam dan sambal belacan sedia kemas terhidang di bawah khemah di depan laman. Ada juga tersedia 2 periuk mee goreng sebagai pilihan!. Tidak putus air demi air, berkotak mineral water, teh o panas dan air oren serta sirap ais, pinggan dan cawan berganti tanpa menyusahkan tetamu melilau mencari meminta. Tuan Rumah menjamu makan tengahari. Allahu Akhbar (sempat juga mereka menyediakannya!! sedangkan ia tidak menjadi kewajipan kepada mereka!!!...).


AKU TERHARU DENGAN SUASANA ITU!. SUNGGUH!.

Ketika dalam perjalanan pulang dari Tanah Perkuburan, aku dan cik abang bersoal sesama sendiri.
~ Jika kita mati nanti, di manakah kita hendak ditanamkan? Bawa balik kampungkah? Tanam di tanah perkuburan kawasan rumah kitakah?
~ Jika berlaku kematian dalam keluarga kita, siapa yang kita hendak hubungi?. Ada simpan tak nombor telefon doktor, polis, van jenazah, imam dan sebagainya?
~ Khairat kematian sudah dijelaskan belum?. Tahukah siapa pihak yang boleh membantu untuk menguruskan jenazah?.
~ Jika Emak dan ayah dikampung (kulim) ~ InsyaAllah, aku tahu siapa yang perlu dihubungi kerana ayah ada senarai semuanya.
~ Teringat pula mertua di kampung (muar), yang baru pindah di kejiranan baru, kenalkah kita siapayang harus dihubungi jika berlaku kematian kepada salah seorangnya?

Ketika kematian Najmiyah, aku mengambil iktibar bahawa umur bukan jaminan!.
"BERSEDIALAH – KERANA DATANGNYA PADA BILA-BILA MASA!!.." (bagi kita yang masih hidup ini yang akan turut menemui kematian itu sendiri!!).

Kematian Pak Adam pula memberi pengajaran yang sedikit berbeza.
Kali ini pengajaran yang aku dan cik abang perolehi adalah :-
“PERSIAPAN SEMASA KEMATIAN ITU PERLU DIKETAHUI!" (bagi kita yang masih hidup yang akan meguruskan mayat orang yang meninggal!!).

Ya Allah...

Sekali lagi, komen ckLah menerpa otak fikirku:
“Kematian seseorang, untuk yang hidup mengingati mati...”

Maka, sungguhlah...

"KEMATIAN ITU SATU PENGAJARAN – BAGI YANG MAHU DAN TAHU DAN MAMPU MENGAMBIL IKTIBAR".
Firman Allah:
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya (akan ditanya tentang apa yang dilakukannya)." (Al-Quran Surah Al-Israa’ 17 : Ayat 36)

"Ya Allah.. Sesungguhnya Kau Maha Pelindung.. maka, cukuplah Allah bagiku.
Ya Allah.. Sesungguhnya Kau jadikan Rasulullah itu sebaik-baik teladan.. maka cukuplah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam sebagai idolaku.
Ya Allah.. Sesungguhnya kau jadikan Al-Quran itu sebaik-baik rujukan.. maka cukuplah Al-Quran itu pedomanku..
Ya Allah.. Kau jadikan kematian itu sebagai peringatan.. maka, cukuplah kematian sebagai pengajaran kepadaku!!!.
Ya Allah.. Kau jadikan syurga itu sebagai balasan kepada hamba-Mu yang beriman.. maka cukuplah syurga itu nikmat yang aku dambakan.
Ya Allah.. Kau jadikan neraka itu seburuk-buruk tempat menerima azab... maka cukuplah neraka itu untuk aku jauhi.
Ya Allah.. Jika semua itu masih tidak cukup bagiku untuk menginsafi diri ini, maka gantikanlah hatiku yang keras, dangkal, dungu dan jahil ini dengan hati yang baru.. yang bersih.. yang Kau redhai, yang Kau rahmati... yang Kau salurkan iman dan takwa di dalamnya.. agar solatku, ibadahku, seluruh kehidupanku dan kematianku HANYA UNTUKMU – untuk mencari redha-Mu Ya Rabb.. Wahai Khaliq yang Agung!. Ameen."
Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)" (Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi)

Ya Allah. Redhailah kami semua.. Ameen.






Thursday, October 13, 2011

Orang Tua-Tua..


Seronok berbaik dengan orang tua-tua.. @ orang yang lebih tua dari kita.. (setakat tua 2-3 tahun, tu macam geng..) tapi ni tua yang 10 tahun ke atas.. nak pulak yang melebihi 20 tahun ke atas dari umur kita.. huish.. mmg satu anugerah yang sangat EMAS!.. (teringat tokma – jiranku sayang.. lamanya tak lepak berbual dengan tokma.. huhuhu).

Banyak perkara yang menarik untuk diperbualkan.. banyak pengalaman yang dapat dikongsi.. ilmu yang dapat diraih.. petua-petua yang boleh diambil pakai serta celoteh-celoteh yang sangat halus di halwa telinga.. merdu..

Aku suka bersama orang orang yang berusia.. nak pulak berusia emas.. sungguh bahagia dan tenang bersama mereka.

Terkini, yang sangat aku rapat adalah dengan Bonda Boss aku.. Melihat raut wajahnya mengingatkanku kepada arwah nenek aku.. (ibu kepada arwah tok). Kedut-kedut di wajah putih mulusnya.. owh.. sangat aku rindui..

Aku panggil Bonda Boss dengan panggilan OPAH. Ye, opah orang perak. Ipoh kampung lamannya. Suke bebenor ngajak aku pegi ke ghomahnye. Baung masak tempoyok campur toge beso.. huish.. bertambah nasik 3 penggaaan!!.. hahaha.. (tetiba slanga aku ke laut.... tak kena langsung gaya rhope lenggok perok nyer.. burhok bebenor care nulihnye!!... huhuhu.. ampuuunn... hehehe).

Bila aku jumpa Opah, aku paling suka pegang kedua-dua pipinya dan mencium pipi dan dahinya.. lembut, sejuk dan wangi (bau bedak sejuk sungguh harum kan..).

Paling mutakhir aku jumpa dan bersembang dengan Opah adalah pada hari minggu awal bulan ini, JEMPUTAN RAYA katanya.. hihihi... Lauk istimewa adalah Siakap masak tempoyak sama taugeh besar (ada orang panggil taugeh kasar – sebenarnya aku tak lalu taugeh kasar ni, tapi Opah masak membuatkan aku kutip taugeh2 ni sampai licin.. kuikuikui.. dasar makan tak pandang org mak buyung ni tau!!)..

(ada gak gambar ala-ala masakan opah... jumpa dalam google.. hihihi)

Mula kisah masak tempoyak tu, aku gurau je cakap kat Opah masa raya kat umah Boss bulan lepas. Aku kata, "Mengidamla nak makan masak tempoyak Opah nih!.. hihihi" – tapi Opah tak perasan yang aku mengandung, sampai la Kak Lily (adik Boss) tanya, "KAMU NGANDUNG KE?".. Bila aku mengiyakan baru Opah kata.. "La... patut kamu sebut ngidam, rhopenye ada isi!".. hahaha..

Terus-terus hari minggu tu Opah telefon suruh datang makan malam kat umah dia. Katanya ada 'Siakap Masak Tempoyak'!. ADUUUHHH!!!... Berdesup aku gegar cik abang ajak pegi.. terbayang-bayang dah weih!!.

Tengok je masak tempoyak opah, terus perut yang kenyang dek tengahari tadi, jadi lapar balik!... hihihi.. sedar tak sedar aku tambah nasi sampai 3 kali!!.. (tu pon cik abang yg tolong kirakan ’jumlah’nya sebab dia yang menghulur pinggan nasi.. hihihi)

Pastu pulak, masa kat rumah Opah, dijamu juga pecal (gado-gado). Yang ni pon 'speciality' Opah jugak. Kuah kacang pecal itu memang resepi turun-temurun.. Walaupun kenyang makan nasi yang bertambah-tambah tu, sempat jugak aku mencedok sepinggan pecal Opah.. (tak makan nanti, teringat termimpi terliur pulak.. hehehe.. ALASAN!! Dh dasar kaki makan!!)..

Memang sedap.. sangat sedap. Dalam kenyang pun boleh makan lagi ni. Kuah kacang Opah memang special lah..

Sesekali teringat jugakla sambal pecal Opah tu. Rupa-rupanya Opah ada ’instinc’ agaknya. Semalam, dikirim 2 paket sambal pecal tu ke driver Boss suh bagi kat aku.. aduhaiiii Opah..

(gambar sambal pecal yang dikirim dek Opah).

...........................

Tapi, berita yang ku dengar hari ini tidak enak di jiwaku!. Baru semalam Opah kirim sambal pecal, hari ini, driver Boss bagitau yang Opah masuk hospital (rebah tak sedarkan diri). Allahu Akhbar!.

Opah rebah tatkala usai solat subuh.. ketika hendak berwirid, katanya terlupa apa yang hendak dibaca... matanya kabur.. sempat telefon salah seorang anaknya.. dan kemudian, ambulance datang membawa Opah ke wad emergency.

Di wad, sudah lebih jam 2 petang usai pemeriksaan doktor, kata Opah, beliau belum solat zohor.. tapi doktor tidak membenarkan kerana ubat bius masih di badannya... Subhanallah.

Ya Allah.. berikan kesihatan kepada Opah agar beliau dapat menambahkan lebih ibadahnya kepada-Mu Ya Rabb.

Firman Allah:
"....Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -" (Al-Quran Surah Maryam 19 : Ayat 60).


Tetiba airmata menitis laju.. Alangkah bahagianya masih punya Opah.. masih punya Tok.. masih punya Nenek.. aku sekadar menumpang kasih nenek orang..



Ni, gambar Opah yang diambil daripada fb cucunya.. (kata mereka Opah suruh upload gambar ni dalam facebook.. sporting kan Opah.. hihihi... gambar beliau tengah layan lobster).


... Jauh di sudut hati, aku sangat merindui arwah tok dan wan (Hajjah Chik dan Haji Hashim).. terutamanya apabila pulang ke kampung.. tambahan lagi apabila Gathering Raya (setiap 2 tahun sekali) yang akan dipenuhi kesemua susur galur HCFC.... huhuhuhu..



Walaubagaimanapun, aku bersyukur masih punya Emak.. punya Ayah.. punya mertua, adik beradik ipar duai dan sedara mara.. juga jiran tetangga dan sahabat handai serta ada juga orang orang luar yang sudi menghulurkan silaturahim sesama saudara Islam denganku... persaudaraan yang tulus, dengan Nawaitu – kerana Allah.. SUBHANALLAH... SYUKUR YA ALLAH..




Ya Rabb.. redhai hamba-hamba-Mu ini. Ameen.


Friday, October 07, 2011

Belasungkawa Najmiyah Mohd Nor


Seminggu berlalu..

Seminggu yang lepas (Jumaat : 30 September 2011 bersamaan 2 Dzulkaedah 1432) - Pemergian abadi seorang yang bernama Najmiyah Binti Norma!..
(nama yang ditalkinkan..)

Airmata tak dapat ku tahan. Panas terik mentari yang baru mula merangkak hendak berdiri tegak di atas kepala ku abaikan. Melihat tanah yang masih basah dan dua pokok kemboja yang ditanam sebagai tanda itu adalah kubur arwah, membuatkan hatiku sangat pilu.. (Namun, jauh di sudut hati aku, serasa bagai ada satu ketenangan yang tidak dapat aku ungkapkan.. mungkinkah arwah selesa di situ?.. Wallahu ’alam)..

Firman Allah:
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”. (Al-Quran Surah Al-Mulk 67 : Ayat 1-2)

Najmiyah Binti Mohd Nor.

Orangnya manis. Tuturnya lembut. Satu masa dulu, semasa zaman persekolahan, aku dan sepupu-sepupu perempuan lain pernah ’mengumpat’ pasal Miyah – kata kami :- ”Malu pulak kalau nak bersembang depan Miyah. Dia cakap perlahan, kita cakap berdegar-degar. Budi bahasa miyah lembut, kita ni ’kasaq kedegaq’, tak padan ngan pompuan – anak dara mulut bising!! Kalau cakap ngan Miyah, automatik volume turun dari 5.0 ke 1.2”.

Ya. Kalau dibandingkan KESEMUA sepupu-sepupu perempuan aku dalam keluarga adik-beradik ayah aku, memang takkan mampu terlawan dengan kelembutan dan kesopanan budi bahasa Najmiyah dan Nazirah (anak-anak perempuan Pak Su + Mak Su). Sangat lembut, sangat sopan, sangat berbudi bahasa. Kami akur dengan didikan dan asuhan Maksu Norma kepada anak-anaknya.. Sesopan dan selembut maksu Norma.. (tidak pernah hayat aku dengar maksu menjerit melaung memanggil anak-anaknya, hatta ketika menyuruh anak-anaknya buatkan air kepada kami yang datang berkunjung.. panggilnya seakan berbisik.. tiba-tiba air dan makanan sampai.. KAGUM!)

Dan, aku pasti, semua saudara-mara mengakuinya.

Najmiyah!. Pernah sepupu-sepupu yang lelaki dalam family ayah aku ’nak tackle’ Miyah. Tapi, ayah aku kata :- "HANGPA BOLEH JADI WALI DIA!!.".. hehehe.

Tapi, aku agak sedih kerana jodohnya sangat berat, sedangkan adiknya Nazirah telahpun melangsungkan perkahwinan sebelum dirinya.. (Aku pernah terlibat dalam satu kemalangan bersama miyah ketika kami dalam perjalanan balik ke kampung – meskipun kemalangan sangat dasyat jika dilihat keadaan keretanya, namun syukur kami semua terselamat - 2003).

Antara kenangan aku dgn miyah... selain kami adalah sepupu.. dia merupakan pengapit aku masa kenduri di Muar.. dan dia juga pernah bekerja satu syarikat dengan aku masa dia mula habis belajar dulu.. maka itu, kawan2 kerja lama dia merupakan kawan-kawan aku jugak.. pemergiannya mengejutkan mereka semua.. PASTINYA!.


Cerita Mak Su, Pak Su dan Nazirah (adik Miyah).

Sejurus selepas selesai membaca Yaa Siin di kubur, kami ingin segera ke rumah paksu. Tetapi terserempak pula dengan Mak Su Norma (mak miyah). Ucapan salam diiringi pelukan yang tidak mampu aku leraikan. Begitu kuat dan lama maksu memelukku. Ya.. akur. Maksu sangat sedih. SIAPA TIDAK???.. Anak perempuan yang sering menjadi tempat mencurah isi cerita.. yang sering membantu dikala susah.. yang menghiburkan di saat derita.. dialah orangnya.. Najmiyah Binti Mohd Nor. Maksu sempat bercerita hal-hal PELIK miyah dalam sebulan dua ini.


Cerita Maksu :

Miyah banyak meninggalkan 'kenangan' di saat-saat akhir hayatnya.

Miyahlah yang bertungkus lumus menyediakan segala persediaan untuk maksu dan paksu berangkat menunaikan Ibadah Haji pada 15 Oktober ini. Dia orang yang paling tak sabar nak packing beg baju utk ayah ibunya!. Dan dia ada berniat, katanya, tahun depan dia nak pergi umrah dengan maksu!.

Semasa raya Aidilfitri yang lalu, Miyah hendak sangat beli barang rumah. Nak tukar sofa. Nak belikan perabot kayu jati yang berharga ribuan ringgit. Tetapi maksu melarangnya. Maksu suruh Miyah simpan untuk kegunaan sendiri. Tetapi arwah nak juga beli. Dia order satu set sofa – tetapi warna yang maksu berkenan tak ada stok pada hari raya, selepas raya baru ada. Tetap miyah beli juga meskipun sampainya selepas raya!..
(aku merasa duduk di sofa yang baru dibelinya).

Miyah juga sempat beli almari dan katil baru. Maksu mulanya tak bagi. Kata maksu, yang lama pun elok lagi. Miyah kata, katil lama tu boleh jual kepada orang yang datang tolak barang tu. Masa kami pergi melawat maksu, memang birai katil tu terletak elok dihujung pintu, menanti masa nak ’let go’ pada lori yang tolak barang tu!.

Segala buku-buku, barang-barangnya, habis dikemas dan disimpan ke dalam kotak. Katanya tak payah nak susah-susah berkemas ’nanti’. Dan memang!. Maksu tak perlu susun lagi barang2 lamanya kerana dia DAH SUSUN DAN SIMPAN SENDIRI!.


Cerita Nazirah:

Nazirah (adik bongsu @ satu-satunya adik perempuan Miyah) tidak dapat menahan sebak sepanjang bercerita kepada kami ’kelainan’ sikap kakaknya.

Kata Nazirah, Miyah kerap lesu dan letih. Pernah sekali miyah sebut sakit sangat dadanya, berat seakan ditindih. Nazirah meyuruhnya bangun untuk solat tetapi miyah kata nak rehat sekejap, sebab sangat tak larat. Miyah adalah seorang yang tidak pernah culas dalam solatnya. Di situ Nazirah menjadi tidak sedap hati. Dipaksa jugak kakaknya menggagahkan diri untuk solat!.

Pada satu hari minggu, Miyah beriya-iya hendak buatkan kek untuk Hakim (anak Nazirah), dipesannya Nazirah bawa pulang Oven (tetapi Nazirah terlupa bawa bersama Mixer). Najmiyah bangun seawal pagi untuk buatkan kek untuk Hakim. Tanpa mixer, dikacaunya adunan dengan tangan. Kanan berganti kiri sehingga selesai kek harilahir untuk Hakim. Bersungguh miyah ingin menghadiahkan KEK TERAKHIR hasil air tangan MAKNGAH Hakim!. Allahu.

Pada hari raya tempohari, beriya Miyah ajak Nazirah beli baju raya corak dan warna yang sama (seperti masa bujang2 dahulu). Dibeli 3 pasang baju yang sama tetapi kata Nazirah :"Macam mana cheq nak pakai, cheq mengandung 8 bulan ni, tak muat". Sudahnya baju bergantung kemas di dalam almari – menunggu sehingga Nazirah selamat melahirkan untuk dipakai bersama-sama.. tetapi.. ALANGKAH!!!.......!.


Cerita Paksu :

Menurut Paksu, Miyah sakit dah lama. Tetapi sakitnya sangat misteri. Pernah Miyah terlantar sebulan di hospital, tetapi tidak diketahui punca penyakit!. Ada juga pak su cuba pergi berubat secara tradisional, kata ustaz yang mengubatinya itu, Miyah 'TERKENA BUATAN ORANG' – ada orang yang berniat jahat untuk 'mengenakannya' sehingga menemui ajal! (nauzubillah)!.. Wallahu ’alam bisawab. Aku sendiri tidak tahu sejauhmana kebenaran kisah tersebut. Sekadar menyampaikan yang disampaikan oleh Pak Su.

Menurut Pak Su lagi, tiga orang menyatakan perkara yang sama. Dan mereka pernah berpakat untuk 'menghantarnya' semula, tetapi belum berbuat demikian.

Ketika ini ayah menyampuk cerita Pak Su. Kata ayah :- "Jangan dibalas apa-apapun, Miyah dahpun pergi dengan selamat, andai perginya dianiaya sedemikian, Alhamdulillah, moga segala dosa miyah dikendong dek orang yang menganiaya dia. Jangan kita yang hidup ni pulak yang menambah dosa kita dan jadi seburuk sikap mereka." Dan Pak Su akur dengan nasihat abang sulungnya itu.

Firman Allah:
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata." (Al-Quran Surah Al-An’am 6 : Ayat 59).

Dan lagi, perkataan ayah yang membuatkan kami seisi rumah sebak dan menangis adalah apabila ayah kata kepada Pak su dan Mak su agar halalkan segalanya. Ampunkan salah silap arwah dan hiduplah dalam keadaan yang harmoni seperti yang arwah inginkan.

Paksu menangis sambil berkata :- "Tak.. tak.. takdak dosa dia dengan kami. Dia baik. Dia anak yang baik. Kalau adapun salah silap dia, kami dah ampunkan. Kami dah halalkan".

... dan tangisan bersahutan!.

Allahu Akhbar. Wahai Dzat yang Maha Agung.. Sungguh Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Untungnya Najmiyah – dihalalkan segala perihal dan diampunkan segala dosa oleh ibu dan ayahnya. Kita ni.. MAMPUKAH PEROLEHINYA?????..


Cerita di hari-hari terakhirnya.

Hari Rabu 28.09.2011
– Miyah mengadu sakit dada. Selepas muntah, dia terasa penat sangat. Miyah meminta untuk dihantar ke klinik. Oleh kerana miyah pernah ada rekod di GH Penang, maka terus doktor rujuk ke GH Penang. Melihat rekod lamanya, doktor kemudian menahan miyah ke dalam wad untuk pemeriksaan lanjut.

Hari Khamis 29.09.2011 – Tiba-tiba bacaan jantung miyah turun mendadak. Doktor memasukkannya ke dalam ICU. Petangnya masa mak pergi melawat miyah, nampak sangat keletihan di wajahnya. Menurut mak, Miyah tidak seceria selalu, tiada lagi senyuman seperti selalu. Miyah mengenakan oksigen utk pernafasannya. Dia sempat membuka corong oksigen dan bercakap pada ayah ‘Miyah penat” kemudian menutupnya kembali.

Pada tengah malamnya, reader jantung miyah dan lain-lainnya dalam keadaan yang tidak normal, doktor menelefon paksu dan menyuruh seluruh ahli keluarga datang untuk membaca YaaSiin.

Maksu memang sentiasa di hospital. Paksu dan Nazihah bergegas ke hospital. Najib juga. Cuma Nafis yg tidak sempat. Nazihah tidak putus memberi semangat kepada Miyah untuk “LAWAN” kesakitan itu. Sesekali bacaan jantungnya kembali normal, tetapi lain masanya jatuh naik tak menentu.

Sehingga pada pagi Hari Jumaat 30.09.2011 – Jam 9.00pagi, Doktor menyatakan Miyah KRITIKAL DAN SUDAH NAZAK!. Maksu memangku kepala Miyah di lengannya, sambil mengucapkan kalimah syahadah di telinga miyah. Manakala Paksu dan Nazihah tidak berhenti membaca surah Yaa Siin. Ketika itu bacaan jantungnya jatuh dan terus jatuh!. Maksu tidak putus2 mengalunkan kalimah tauhid ditelinga Miyah. Dada miyah berombak biasa, seakan tengah tidur. Sehingga jururawat memberitahu maksu bahawa "DIA DAH TAKDAK"!.

ALLAHU!. Jantungku pula berdegup laju di sini.
Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan." (Al-Quran Surah Al-Qamar 54 : Ayat 49)
Belasungkawa Najmiyah Mohd Nor.

Bagiku, kematian Najmiyah sesuatu yang begitu bertuah untuk dirinya.

ANDAI!. Andainya benar seperti yang dikhabarkan – yakni Miyah meninggal kerana 'perbuatan orang' (wallahu ’alam), pastinya ini adalah rezeki yang sangat bernilai – darjatnya di angkat Allah ke tempat orang-orang yang salihin (ameen).

Ibu dan ayah serta adik beradiknya memberi restu, memberi maaf, mengampunkan segala dosa dan menghalalkan segala makan minumnya. Owh. Bertuahnya.. (mampukah kita mendapat keistimewaan sedemikian, bila kali terakhir mohon maaf dengan mak ayah adik beradik???.. selepas raya hari tu, ada tak terkecil hati atau termarah mak ayah adik beradik?)

Miyah belum berkahwin, justeru, tiada dosanya dengan suami, mertua, ipar duai dan sanak saudara sebelah suami.. jadi, tiada tercalit dosa padanya dalam hal ’perkahwinan’!. (kita ini?.. yang saban hari mengumpat mengeji mengata bercerita perihal mertua ipar duai, saudara mara-sahabat handai.... merajuk marah bergaduh menjerit pada suami.. telah mohon ampunkah???)

Subhanallah.. Beruntungnya kamu wahai adikku Najmiyah Mohd Nor..

.. dan lagi.. menurut kata Nazirah, ketika selesai dimandikan, wajah Najmiyah sangat lembut, bibirnya terbuka menampakkan gigi seakan sedang tersenyum!.. SUBHANALLAH!.. Benarkah begitu?.. Allahu...

Meninggal pada hari Jumaat, penghulu segala hari, di pangkuan Ibu tercinta yang mendengarkan kalimah agung 'syahadah' - LA ILLAHA ILLALLAH!.. disaat-saat terakhir hayatnya. Pemergian diiringi dengan alunan bacaan Yaa Siin oleh ayahanda dan adik-beradik tersayang.. telah diampunkan dosa oleh ibu dan ayah..

SIAPA YANG MAMPU MEMPEROLEHI KEMATIAN SEDEMIKIAN??..

Subhanallah. Maha Suci Allah yang mengaturkan kejadian.
Firman Allah:
"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Quran Surah Al-Hadid 57 : Ayat 21).

Ya.. Pemergian Najmiyah Binti Mohd Nor telah pun termaktub sedemikian.

Kita yang masih tinggal ini, apakah persediaan kita ke arah syurga Allah?. Mampukah hayat kita berakhir dengan Husnul-Khatimah?. Di hujung nafas kita, mampukah mendengar serta melafaz kalimah tauhid "Laa Illaha Illallah" – yakni KUNCI SYURGA!.

Benar seperti komen cklah:
“Kematian seseorang, untuk yang hidup mengingati mati...”


Semoga kita beringat!.

SEMOGA AKU BERINGAT DAN MENGAMBIL PERINGATAN!.


Penutup bicara:

"Miyah.. semoga Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ya Dzaljala lil Wal ikram meredhaimu dik, sebagaimana ibu ayahmu meredhai hidupmu dan meredhai pemergianmu. Ameen."

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun.
Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.


AL-FATIHAH!.




Ya Rabb, redhai kami semua. Ameen.




YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.