Hari ni si admin kelam-kabut minta aku confirm dengan Boss aku samada Boss aku dtg opis ke tak.. nak suruh sign cheque URGENT!!!... aku baca ler cheque utk apa yang urgent sgt.. rupanya cheque utk bayar The Star - advertise jawatan Head of Deparment.. oh ya.. nak menggantikan Manager Corporate Planning yang dh resign tuh.. so, best prend aku (merangkap pe'relief' tempat aku kalau aku cuti) si S akan dapat Boss baru.. terus HOD.. wah wah wah.. dasat dept Corporate Planning nanti..
AKU?.. tak kisah.. sapa nak masuk atau nak keluar - sbb aku ok jer ngan sesapa pun.. dan sebab aku sedang berada di 'comfort zone' yang takkan ku biarkan sesapa berani 'touch'.. (or else aku sumpah jadi katak nanti..) ehhehe..
tapi semalam.. apa yang diperkatakan oleh si gadis buat aku terfikir.. aku sepatutnya boleh pergi lagi jauh dgn pengalaman, umur juga qualification aku tapi aku memilih utk berada di sini hanya kerana "aku terlalu selesa" di sini.. agh.. takper.. bagi aku masa setahun dua ini utk stabilkan diri aku - at least habiskan Master aku and amik Profesionnal Certificate spt yang aku impikan.. then baru aku fikir nak tukar / cari kerja lain..
so far, aku selesa berada di "comfort zone" aku nih.. walaupun jawatan aku mungkin 'tak best' pada kengkawang sealiran dgn aku masa kat UiTM Shah Alam dulu.. tapi, aku rasa, gaji and bonus aku melebihi sesetengah dari mereka (kecuali yang ada firm sendiri - tak dapeklah akak nak bandingkan kan..)
jadi.. biarlah begini dulu wahai si gadis - namun nasihat dan pandanganmu amat dihargai dan sedang dipertimbangkan...
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan-Nya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;..." (Surah Al-Kahfi 18: 28). ~Ya Allah, temukan dan rapatkan aku dengan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran demi mendapatkan redha-Mu. Izinkan kami berkongsi syafaat sehingga ke syurga firdaus-Mu. Ameen.~
Dengan Nama Allah..
Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.
"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
YA. INILAH KAKTINY
- Kaktiny
- Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.
2 comments:
jadik si jejaka yg macho dan hensem taleh kasik pandangan la ye kak? sebab si gadis aja yg diberikan ruangan ngeh ngeh ngeh
ady.
pandangan ady yang kacak, yang macho, yang ensem, yang bergaya, laaaagggiiiiiillllaaaahhhh dialu2 kan.. hehehehahhahah...
Post a Comment