"Dan jadikanlah dirimu sentiasa rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan-Nya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;..." (Surah Al-Kahfi 18: 28). ~Ya Allah, temukan dan rapatkan aku dengan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran demi mendapatkan redha-Mu. Izinkan kami berkongsi syafaat sehingga ke syurga firdaus-Mu. Ameen.~
Dengan Nama Allah..
Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.
"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".
Monday, May 26, 2008
Kisah : Antara Jersi MU, Jam ESPRIT, adik SUFI dan aturan ALLAH…
Suatu hari di bulan April di Butik Al-Ikhsan..
Suami : Cantiknya jersi MU lengan panjang ni Leen..
Isteri : Yang hitam tu dah habis kan.. rugi tak sempat beli..
Suami : Apakata if MU menang, leen belikan abang jersi MU lengan panjang ni.. leh tak?
Isteri : Hmm.. macam nilah.. if MU masuk FINAL, leen beli jersi lengan pendek.. IF MENANG, leen beli lengan panjang..
Suami : If menang, leen beli dua2 untuk abang?..
Isteri : YUP!!!!!!!!!
Satu petang awal Mei di kedai Jam di MINES
Isteri : Leen ingat nak beli jam la.. jam ni takde tarikh.. nak beli yang ada tarikh..
Suami : Ni.. Esprit ni pun cantik jugak.. tak le mahal sgt..
Salesman : Yes, Miss. Mau angkat jam?..
Isteri : I nak tengok that one..
Salesman : Ini baru punya.. very beautiful.. eh.. you pakai Guess hah?.. that model cepat laku, here got no stock anymore..
Isteri : Tapi I silap beli lah.. yang ni takde tarikh.. I nak beli yang ada tarikh..
Salesman : This Esprit new model.. cantik. You angkat la..
Salesman : Wow, encik punya jam TISSOT hah?.. I memang teringin mau angkat itu TISSOT.. tapi kena kumpul duit dululah.. your model pun cepat jual.. here only left one.
Isteri : Takpelah.. I tengok je dulu..
Pagi Subuh di Bulan Mei – jam 6pagi
Suami : Leen.. MU menang 6-5 (sambil tangan mengejutkan si isteri)
Isteri : Dah solat lom?
Suami : Nak solat le nih..
Jumaat 23 Mei 2008 - malam
Suami : Leen, esok abang tak keje, kita gi Butik Al-Ikhsan nak.. Leen kata nak beli jam kan, jom la pegi beli sekali..?..
Isteri : Hmm.. abang.. antara 2 helai jersi ori, jam Esprit and perubatan untuk anak kecil berusia 9 bulan.. mana yang perlu diberi keutamaan?..
Suami : Lah.. pasal apa pulak ni?.. anak sapa yang sakit?..
Isteri : (sambil menunjukkan lembaran kertas ‘banner’ SUFI..) bantulah seberapa ikhlas..
Suami : Anak siapa ni?
Isteri : Anak kawan isteri kepada kawan blog leen…
Suami : ??? (dengan dahi yang berkerut – hairan kot)..
Isteri : Tadi leen dah buat collection kat ofis. Abang taknak bagi sumbangan ker?..
Suami : Leh gak..
Isteri : Esok pagi tak pegi mana2 kan.. kita pegi tengok SUFI kejap.. tadi leen nak pegi terus dari office, tapi hujan lebat sangat.. so, tak jadi pegi..
Suami : No Prob.
Isteri : Thank you.. Luv U..
**************
Hari sabtu 24/5/08 berkesempatan melawat adik Sufi di IJN.. Alhamdulillah si puteri Sufi dah selamat menjalani pembedahannya.. tunggu masa utk pulang sahaja..
‘Sorry Elly, kaktiny tak dapat stay and sembang lama2.. ada jemputan kenduri di Shah Alam dan nak bersiap2 utk balik Muar (coz ada kenduri pulak di Melaka hari ahadnya)..’
Mengenangkan kehebatan rancangan Allah.. aku jadi senyum sendiri..
tercuit hati apabila Elly (ibu Sufi) dapat panggilan dari Shahadan (ayah Sufi)..
Kata Elly : ‘Ni hah, dengan kawan abang, kaktiny datang’..
Aku: eh??hhiihihh.. (senyum jer)..
Perjalanan ke Shah Alam.. aku senyum jer.. abang confius.. tapi aku senyum lagi mengenangkan aturan Allah..
Kronologi : SUFI (anak Shahadan + Elly) – ELLY (kawan Suri) – SURI (isteri Rudy) – RUDY (kenalan blog kaktiny) – kaktiny (out from nowhere) – kawan2 AHB – kaktiny – ELLY – SUFI.
Mana datangnya Shahadan dalam kronologi – rentetan rantaian di atas?.. aku gelak sendiri.. hanya kerana one phone call kepada Shahadan petang Jumaat dan Shahadan bagi no. telefon Elly kepadaku..aku jadi kawan shahadan.. sepatutnya aku di bawah line ‘kawan elly’.. hehehehe…
Tak penting siapa kawan siapa.. yang penting, aku seronok sangat sebab melalui peristiwa ini ku kenali hati budi kawan2 pejabat.. Ya Allah.. aku kagum sangat dengan aturan Allah ini, yang tak terjangkau di pemikiran ku selama ini..
Hanya atas dasar percaya, simpati dan naluri sesama manusia, sekeping kertas print out hitam putih bukan halangan untuk menunjukkan ihsan..
Tak perlu banner sebesar2 alam, tak perlu rakaman video, tak perlu direct tele-cast luahan hati si ibu dan ayah.. hanya sekeping kertas mengadap meja ke meja beberapa kerat kakitangan AHB yang ada petang itu.. aku bangga apabila masing2 tidak lokek menghulurkan seberapa yang mampu.. tanpa banyak soal dan tanpa penjelasan berjela-jela…
Aku amat terharu mendapat sumbangan daripada 12 orang (< 24 jam)..
Terima kasih Kak Lin, Zana, Ruhaidah, Siti Nor Azzah, Ima, Shah, Sham, Ziana, Mak, Ayah, Abang di atas sumbangan anda.. Semoga Allah memberi ganjaran pahala di atas amal jariah anda semua.. juga untuk Sofea yang memberi sumbangan terus secara online di Maybank2U..
Cantiknya aturan Allah.. Ya Allah, ku kagumi kebesaran-Mu dan kehebatan-Mu..
Ya Rabb, sesungguhnya rancangan-Mu terlalu sempurna.. untuk aku, dia dan mereka dan untuk semua penghuni semesta.. ku akui dan insafi kekerdilan diri.. Allahu Akhbar..
Abang.. di atas keprihatinan abang.. InsyaAllah, leen akan hadiahkan abang jersi MU lengan pendek and panjang di hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-4 pada 6 Jun 2008 and I have surprise for you abang.. wait and see yah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
YA. INILAH KAKTINY
- Kaktiny
- Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.
10 comments:
indahnya aturan DIA
Maaf tak dapat join...sibuk mengahwinkan adik.Lagi pun tahulahkan..., sakit jiwa Kak Long. Siapa sangkakan? Melalui rangkaian blog ni...ramai yang membantu, syukur.
ady,
siapa sangka aturan Allah kan... sangat hebat..
kaklong..
faham situasi kaklong.. pasal tu tak ajak pegi.. or else.. definitely awal lagi kita dah sampai ke IJN kan kaklong kan..
kaktiny... jazakallah! jazakallah kepada semua yg sudi menyumbang kpd sufi. Sufi dah balik Alor Star semalam. InsyaAllah kalau tiada apa2 rujukan hanya dibuat di hospital Yan. Kutipan masih berjalan untuk membantu beban ayah sufi utk melangsaikan rm25k belanja pembedahan dan rawatan yang terhutang dgn IJN. Moga2 Allah muliakan kalian di SANA kelak.
drpd Rudy Bluehikari b.p ayah& ibu sufi
rudy..
kaktiny akan cuba usahakan seberapa terdaya bagi membantu shahadan, elly anad sufi..
sekalung tahniah utk rudy yang membawa berita sufi di layar maya yang tak bersuara ini..
semoga Allah lembutkan hati pembaca2 dan sesiapa yang mendengar kisah sufi ini dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.. Amin
Kali pertama dapat melayari internet setelah hampir dua bulan menemankan sufi di HSB dan IJN. Sungguh terharu pada kalian yang perihatin. Moga Allah membalas kalian dengan rahmat dan kasih sayangnya. Credit to Rudy.
Alhamdulillah Sufi sudahpun hampir seminggu discaj dari IJN. sedang pulih di Rumah Mak saya di Yan, Kedah. Walaupun batuk2nya masih ada. Kahak2nya pula dicuba dengan sirap pencair kahak. Mudah2an Sufi akan pulih sepenuhnya dengan izin Allah yang berkehendakkannya.
Elly pun sepatutnya jadi lawyer.. tapi buat masa skrg terpaksa tangguh dulu cita2nya kerana keadaan tidak mengizinkan. InsyaAllah kalau Sufi dah sembuh dia akan cuba apply kembali mana2 firm yang ada kekosongan LA.
Pasal 'kawan abang' yang keluar dari mulut Elly tu, dia sendiri terkejut jugak, tak sangka org yang tak dikenali yang disangkanya 'kawan abang' tu. lepas Elly dapat tau siapa 'kawan abang' yg sebenarnya, dia cuba contact Kak Tiny utk sembang sembang..
Apa2pun alhamdulillah dengan pertolongan kak tiny dan rakan sepejabat dapat meringankan beban kitaorg. Moga Allah menambah rahmat dah berkatNya pada korang yang perihatin. Sampaikan Salam saya pada mereka yer..
Alhamdulillah..
shahadan pun ada blog sendiri gak.. leh ler borak panjang..
kim salam kat elly.. sori tak dpt borak masa dia call aritu coz byk sgt aktiviti nak buat - maklumler bukan senang cik abang nak dpt cuti hari sabtu..
elly nak apply LA ker?.. bak resume kat kaktiny - kaktiny carikan member2 kaktiny yang nk pakai LA.. nak kat area mana?..
shahadan dah lama tak memblog.. saya baru perasan account ni ada satu blog dengan satu entry jer.. tu sebenarnya nak cuba2 guna google add-sense.. tapi syaratnyer kena guna bahasa inggeris , tak lepas hehehe..
actually saya start blogging pada homepage peribadi pertama saya pada tahun 2000 (tak official) then betul2 buat jurnal pada 2002.. lepas kawin 2004 jurnal saya pun berakhir..
then saya ada satu lagi account blogspot ni saya coretkan aktiviti2 masa study saya kat uitm pada 2005 http://nadahahs.blogspot.com
lepas habis study jarang taip blog, banyak kat forum jer, then blog yang kaktiny masuk ushar dan bagi komen tu blog testing jer.. testing add-sense hehehe.. sebab tu tak pernah update...
bluehikari pun bos saya yang kenalkan masa kat UUM dulu.. dari situ saya suka baca blog org. lain2 blog utama yang saya suka adalah sri diah, halela dan honeybiru. lepas ni mungkin kaktinynye blog saya akan kerap baca kot.. hehehehe
shahadan > patutler kosong jer entry.. dan yang lain2 tu last update 2006?.. betul2 malsa nak memblog yer..
kaktiny pun baru sgt tahu dunia blog nih.. and nawaitu asal just utk luahkan yang terbuku di dada dan dijiwa.. tapi mmg tak pernah sangka bleh dpt kawan2 maya dan ukhwahnya sgt menakjubkan.. tak terlintas langsung difikiran kaktiny sblm ni yang memblog ni dpt meramaikan kenalan camni.. thanks to kaklong yang memperkenalkan dunia blog ni pada kaktiny.. sblm ni tulis dlm diari jer.. tapi diari takder sapa bagi komen and takder sapa dpt kongsi rasa, cerita dan perasaan...
Post a Comment