Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, May 06, 2008

MULANYA BEGINI...

Mulanya begini..

Nak menulis tak susah.. banyak dalam kepala ni.. tapi nak memulakannya agak sukar..
nak tahu di mana nak mula, macam mana nak mula, apa yang perlu untuk memulakan..
tapi.. nak fikir apa sangat if nak mulakan sesuatu.. DON'T WAIT.. JUST DO IT..

Tapi, setiap permulaan pastinya ada kisah yang mencetuskan ilham atau pendorong untuk melakukan.. tidak kira perkara baik atau buruk..

Kak Tiny - nama blogku.. yang juga namaku - yang sungguh unik.. yang takkan ada mana-mana anak "Mat Saleh" akan mempunyai nama sepertiku.. yang sedari dulu hingga kini orang akan terus mengingatinya kerana namaku sgt "pelik" bagi mereka yang tahu maknanya dalam bahasa inggeris.. tiada pertambahan awalan atau akhiran.. nama itulah nama pangkalku.. Tiny.. bagi sesiapa yang mengenaliku.. ikutilah apa yang aku coretkan, mungkin nama kalian juga akan terbit di ruangan penulisanku ini..

Bagi yang "terserempak" atau "kebetulan" melayari blog kak tiny.. "salam perkenalan"...

Datin 'R' - Sumber Inspirasi ku mewujudkan Blog sendiri..

Jangan marah 'M' kalau tetiba ko baca blog aku nih nama and blog address ko terkeluar di dada screen blog aku.. Ya.. engkaulah sumber inspirasi aku untuk menulis di blog ini.. tanpa mengenalimu - pasti aku tidak akan menitipkan kisah dan ceritaku di dada kanvas web ini.. setiap kisah suka duka hidupku hanya terpatri di ingatan dan juga di helaian diari yang aku beli tahun demi tahun.. kau telah menghidupkan kembali minatku yang hampir mati setelah aku bergelar isteri dan ibu - PENULISAN - bidang yang amat aku minati dan hampir aku tinggalkan.. secara kebetulan melayari blogmu melalui blog adikmu.. benar-benar memberikan sinar baru dalam hidupku.. terpanggil untuk melawat blog chentahatinana membawa aku ke blog kaklong..

Kaklong.. orangnya ku kenali semasa hari pertama pendaftaran mengikuti kelas PJJ Master Human Resource Development di UPM.. orangnya ceria dan bersahaja.. tak siapa tahu gelarannya (Mak Datin tuh..) dan tak siapa juga sedar jawatannya (saat ini - May 2008, beliau adalah Penolong Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).

Lantakle kalau ko nak marah kat aku "M" - yang pastinya aku memang ter'inspirasi' dengan kisah ko dan membuatkan aku rasa.. - yes - this is what I want .. and this is how am I going to release my tense.. by writing.. secara tak langsung, aku boleh berkongsi cerita dengan teman2 blog yang bakal aku kenali..

YES.. memang aku nak semua blogger lawati kaklongsayang.blogspot.com kerana cerita dan kisah kak long adalah di antara sandiwara ceritera manusia yang Allah aturkan di muka bumi ini yang amat perlu pembaca hayati dan renungi dan jadikan iktibar dan inspirasi.. Aku tahu ramai lagi blogger yang ada kisah tersendiri - seperti aku.. tapi seperti yang aku katakan.. kaklongsayang adalah blog pertama yang aku baca kisah ceritanya sepenuhnya dalam masa satu hari.. Hidup tak selalunya indah - Langit tak selamanya mendung.. itulah kisah kaklongsayang..

Hari ke hari.. aku akan membaca kisah blogger2 lain pula.. seperti blogger yang kaklongsayang suka sangat (especially lagu latarnya) - bluehikari..

Hari ini - May 08.. adalah permulaan seorang kak tiny dalam menitipkan cerita ceriti kehidupannya untuk kepuasan peribadi.. dan hari ini juga ... aku menemui cinta baru ..
MENULIS DI BLOG..

Terima kasih Datin 'R', 'M', dan kaklongsayang (walau apa juga panggilan untukmu, kau adalah orang yang sama..) kerana pertemukan aku dengan cinta ini...

2 comments:

Kak Long said...

welcome to malaysian blogger arena...hehe.

Anonymous said...

blog kaklongsayang.blogspot.com hanya utk invited reader shj...x leh nak baca....

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.