Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, May 22, 2008

TINTA 5 + Kisah : KERANA KASIH.. maniskan wajah, lembutkan lidah

Dalam aku melayan blog dan meninggalkan komen pada blog2 yang ku lawati.. aku ‘terikut’ kisah teruna dara yang kukira sedang ‘hangat’ melayari alam percintaan..
(terkenang pulak zaman ‘bercinta’ dgn abang masa kat UiTM Shah Alam dulu.. punyalah taknak orang tahu – sanggup ‘dating’ ke ‘Tanjung Gila” Klang.. pheh, memang gila.. kalau kira2 balik, bazir duit minyak jer.. habis duit PTPTN isi minyak kete abang.. hahahah)..

JP and puterinya .. aku faham apa yang dirasai oleh kedua-duanya.. faham sesangat.. sedih, perit, pedih dan letih – hanya kerana “kecuaian, kealpaan dan kesilapan” sekali itu membawa kesan yang tak mampu dipadam, dihilangkan, dibuang mahupun dighaibkan walau sampai nyawa keluar melalui ubun-ubun kepala..

Namun, looking from the other side of the coin, jika tiada ujian tersebut, kita takkan tahu beberapa perkara.. di antaranya:

1- sejauh mana aku benar2 sayangkan dia..
2- sanggupkah aku kehilangan dia (setelah mengenepikan ego dan amarah)..
3- menolak ‘kesilapan’ yang berlaku, betapa banyaknya kelebihan dan kebaikannya selama ini yang membuatkan aku masih dan kasih bersamanya..
4- hidup ini sementara cuma, perlukah aku sia-siakan dgn memikirkan perkara yang ‘sudah’ berlaku sehingga mengabaikan masa bahagia yang ‘boleh’ kami ciptakan bersama
5- sedalam mana aku ingin tautan kasih kami ini terjalin..
6- HARI INI ALLAH UJI DIA DGN UJIAN INI.. (meskipun dia tewas, namun dia sedar dan insaf.. ) UJIAN UNTUK AKU ESOK, BAGAIMANAKAH?..
7- kita tidak akan bermuhasabah diri untuk mencari dan mengenalpasti di mana kesilapan diri sehingga perkara tersebut boleh terjadi.. (one finger you point to others, the other three pointing to you yourself..
[dan banyak perkara lagi – malas nak tulis.. semuanya terakam kemas dalam hati, perasaan dan jiwa.. (akal dan iman tidak membenarkan memikirkan perkara yang tidak sepatutnya difikirkan) so, better I put the stop.].

Dapat pulak e-mail daripada sepupu di Klang (thanks Abang Ura.. the message really goes straight pointing into my heart and makes me think, learn and ‘trying’ to adapt to myself..)

Here the message goes:

Rasulullah SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu.

Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1: Kamu banyak mengutuk/ menyumpah
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2: 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki atau kerana si suami melakukan satu kesilapan, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" / "menyesal saya kahwin dengan awak"! maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

3 comments:

Anonymous said...

nak maniskan wajah tuh susah tuh kak

Kaktiny said...

tentangseseorang : dari hati, terbit ke wajah.. jadi.. bersihkan hati, tawadduk.. dan manis dan serinya akan secara automatik naik ke wajah..
(takyah pakai make up atau buat plastik 'serjeri'..)

Anonymous said...

entry yg sungguh menyedarkan dan memuhasabahkan diri saya.. sungguh.. ada masanya manusia harus dikejutkan dr kebiasaan yg membinasakan.. terima kasey..: D
salam kenal dari saya..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.