Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, July 18, 2008

Kisah ITM 1 : PRE-LLB..

Bermula kisah aku di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam dan Kolej Delima 2..

Cerita Subject dan Lecturernyer:

1) Law Method – Lupa nama lecturer nih – Lecturer India – pompuan.. – dh tua dh dia nih – tapi paling best pakaiannya – pheghhh.. versatile.. mesti ada bunga kasi taruk itu atas sanggul rambut dier.. hehehe (dia mmg suker ‘bergaya’ ooo…) – ‘kuat giler’ bagi ‘mitovasi’ dan ‘nasihat’ a.k.a ‘berleter’…hahhahahha…

2) English : Speaking and Aural – Mr. Choy (peghh.. kepala giler oo dia nih.. orgnyer kecik jer.. suker senyum.. cool babeh.. satu class aku suka dia.. ayat paling dia suka "I'll throw you to TimBakTu.." hihihi)

3) English : Writing and Grammar – Ms. (ntah..aku lupa lah nama dia.. she’s an Indian)


Cerita Fakulti :

Class bermula.. oleh kerana aku masuk pakai ‘tiket’ tingkatan 6, makanya kami kena masuk Pre-LLB.. utk satu semester.. senior kata - honeymoon time.. sbb takder ‘real exam’ lagi.. aku kata - ‘H*LL TIME’ sbb aku tak tahu apa2 lagiii… bulan pertama di ITM dan di class LLB.. aku rasa macam akulah BUDAK PALING MALANG DAN PALING BODOH dalam dunia..

First assignment Law Method, kena buat Court Hierarchy.. AKU BLANK!!!.. aku tak tahu giler kat mana nak start dan kat mana nak cari bahan.. dan SEMUA... AKU ULANG!!.. SEMUA!!! buku rujuan dalam BAHASA INGGERIS dan bahasa PENGANTAR ITM adalah dlm BAHASA INGGERIS!!!.. AKU TENSION GILER !!!!
Bila di fakulti, aku selalu bertembung dgn kakak2 senior law.. tapi aku takut nak tegur.. (and YES.. diorang suker 'speakang' L.O.N.D.O.N) SIAPALAH AKU… Bila aku tengok kakak2 senior kat fakulti.. aku jeles sangat. Terutamanya kakak2 PART 3.. sbb masa tu diorang mesti ngendong NATIONAL LAND CODE (NLC- Kanun Tanah Negara – antara akta yang ‘tertebal’) – masa tu aku TEKAD dan BERAZAM.. aku AKAN pegang jugak AKTA tuh.. ini bermakna, aku harus menempuh Pre-LLB dan menempatkan diri di Part 1, seterusnya Part 2 dan baru merasa pegang NLC tuh..

Kenangan terindah.. dh nak final semester, utk subject English Speaking and Aural ni, kami diminta buat presentation.. setiap org diberi masa 10 minit bercakap – tajuk bebas.. dan aku memilih utk buat tajuk LLB.. LLM.. dan maksudnya Lex Legum Baccaleurus (LLB).. Lawyer Liar Money (LLM).. habis presentation, satu kelas kecoh dgn tepuk sorak.. dan lecturer aku – masa tu Mr.Choy (ohh.. he’s so cute..) puji aku sungguh2.. dan satu kelas berebut nak tengok markah presentation aku.. 16.5/20!!!???... antara tertinggi tuh.. (dia kata takleh bagi tinggi sgt sbb grammar aku byk yang salah...hihihihi).. ramai budak kelas aku dapat kurang daripada 15 malah ada yang dpt kurang dari 10…. SO?.. sapa kata anak Dato’ jer boleh dapat markah tinggi?.. AKU PUN BOLEH!!!!.. (aku paling seronok cerita bab ni dgn laki aku skrg.. sbb masa pre-LLB nih laki aku asik dok control macho (macam bagus)... heheheh... maklumler, dia jadi Ketua Kelas.. hahahhah) Dan aku masa tu HARAM TAK PANDANG MANA-MANA JANTAN PUN!!!


Cerita Kolej :

Di hostel, aku duduk di level 6 yang rata2nya budak2 sains sukan.. so, aku tak jumpa budak2 kelas aku lagi.. AKU SEDIH LAGI.. di kelas.. aku tak banyak cakap.. (1) sbb aku budak baru plus (2) sbb WAJIB CAKAP BAHASA INGGERIS.. aku takut nak bukak mulut.. takut ‘memalukan’ diri sendiri kalau ‘salah cakap’.. padahal ‘bercakap’ adalah tabiie aku.. ADUUHHH!!!.. Mengenangkan assignment yang tak buat lagi dan aku takder sesapa yang aku nak tanya..
aku sering menangis.. (hampeh tul..)

Ada satu malam, aku duduk dibirai katil sambil menangis dan berkata pada diri “In what earth that I step in hah?” (maklumler baru ‘belajaq’ bahasa Inggeris.. so, asik ckp pun dlm bahasa inggeris lah).. aku menjerit, aku menangis sungguh-sungguh hati.. aku tak pandai bahasa inggeris.. dan yang lagi buat aku menangis ialah.. AKU BUKAN ANAK DATO’ DATIN… Aku bukan dari SEKOLAH ASRAMA PENUH atau International School Student!!!.. AKU BUKAN ANAK ORANG KAYA!!!!.... MAK AYAH aku bukan DO atau yang ada kaitan dengan mana-mana menteri kabinet.. AKU BUKAN DATANG DARI LATAR BELAKANG YANG HEBAT2.. AKU LONE RANGER!!!! Dan aku terus menangis.. dan menangis... (mmg aku BLANK!!!)

Esoknya, masa sidai baju (chesss.. aku kena basuh baju sendiri – padan muka aku..), aku tengok tanah kat bawah tu (dari tingkat 6 k..). TERASA TANAH CAM DEKAT JER!!! dan ‘SELINTAS FIKIR’.. aku nak TERJUN jer.. sbb aku rasa aku cam dah tak boleh GO ON dgn class Undang-Undang nih.. cam SUSAH gila b***.. (aku rasa bela b*** pun tak susah cam nak amik law.. agaknyer lah.. aku tak tau camner org bela b***..) aku pinjam buku2 cerita bahasa inggeris dari PTARII.. Kononnya nak baca!!.. tapi aku tak paham.. sbb otak aku jammed... dan aku rasa aku tak layak di sini!! Segera aku teringat wajah dan HARAPAN MAK DAN AYAH.. aku menangis lagi dan lagi dan lagi… sampai tertidurrr… dan esoknya aku PASANG NIAT…

Cerita lain:

Bermula dari hari itu, AKU TEKAD.. aku nak keluar dari ‘kepompong rendah diri’.. maka aku katakan pada diri.. GO TO H*** with all the anak-anak Dato’ atau mereka2 yang “power” sgt bahasa Inggeris.. aku pun PANDAI jugak aper.. kalau tak, takkan aku ada kat sini!!!!.. Naper, ingat anak Dato’ jer boleh grad?.. MMG ITU YANG AKU JERIT PADA DIRI… dan aku teruskan perjuangan aku.. dan menampal gambar mak ayah dan kata2 semangat di board bilik aku.. (aku taknak kecewakan harapan mak ayah)

Aku cari kawan!!!.. Masa kat surau – selepas solat isyak jemaah, aku join group tazkirah.. dari situ aku jumpa budak yang sama class ngan aku.. rupanya dia pun sama level ngan aku.. namanya NM dan daripada dia aku jumpa pulak yang lain-lainnya di tingkat lain di blok delima 2.. so, aku dah ada kawan utk pegi class… dan utk buat assignment! Kami pegi lepak bilik kawan yang lain utk siapkan assignment.. DAN, AKU TIDAK KESEORANGAN LAGI!!!!...

Pastu aku kenal baik ngan E (HZ).. dia byk tolong aku.. dan aku mmg kagum dgn semangat dia.. dan dia ‘terkenal’ dengan ‘cintanya’ terhadap kampung halamannya ‘Jerantut, Pahang’.. asal nak cerita, mesti dia nak cerita pasal kampung dia.. semangat dia sungguh kental.. aku kagum giler..

Dah lama2, aku ada 3 sahabat karib.. yang masing-masing kami beri gelaran ‘along’ (NM), ‘angah’ (MM), achik (HN) dan acu (akuler..) – mengikut turutan birthday masing2.. jadi.. ke mana sahaja kami akan bersama.. dan kenangan terindah adalah ketika jadi member ALSA (Asian Law Society Association).. ketiga-tiga mereka telah di ‘tackle’ dan dijadikan ‘special’ oleh senior2.. AKU?.. akukan yang tak hebat, tak cantik, tak menarik mcm mereka dan jauh sekali anak orang berpangkat.. akukan ‘gadis melayu dari kampung yang naif lagi bodoh dan dungu’!!.. jadinya takdak senior yang pandang aku (lagipun… AKU HARAM TAK PANDANG MANA-MANA JANTAN KAT ITM NIH!!!)

Masa project ALSA di Terengganu (kem motivasi, aku jadi fasilitator), aku geng ngan kakak2 LLB (Hons)… best kenangan tuh.. hihihi...


NOTA 1 : Bermula daripada hari itu.. aku berjanji pada diri sendiri.. AKU NAK BELAJAR BETUL2.. AKU NAK ADA JUNIOR.. pastu aku nak tolong junior2 aku nanti.. aku taknak ada junior2 yang rasa KEPERITAN dan KEDUNGUAN yang aku rasai.. aku taknak junior2 aku tenggelam punca macam aku.. AKU TEKAD!!!..

57 comments:

@xiM said...

selamat hari jumaat kak tiny!!have a great weekend yaa!!

ladylikeme said...

wah..bersemangat waja yaerkkkk

next episode please......:)

MARIA said...

Salam kaktiny..tokma pun masa tu amik course aliran Inggeris... setiap malam selama sebulan l/krg tokma menangis tau, sbb tak pandai cakap matsalleh. Dua bulan plak gantung dictionary kat leher ... sembunyi dalam tudung. Ini kisah benar, kerana Allah, kalau org nak gelak, gelaklah puas2. Kita dulu kan dari kampung sekolah melayu rendah plak tu, mana tau cakap maksalleh. Result SPM pun setakat lulus je. Memang rasa nak giler masa tu...tokma percaya semua pengalaman yang kaktiny cerita tu. Kita yang menempuhnya, terjadi pada diri kita sendiri, peduli apa org nak percaya atau tidak. Teruskan...perjuanganmu.

kad0k. said...

ye betul. uitm bahasa perantara bahasa inggeris. sy suka..tapiiii...ermmm...sy juga spt kamu..dtg dr ceruk kampung yg bahasa perantaranya bahasa melayu yg biasa2...tp kita belajar dari situ kan? :)

Anonymous said...

bagus dengan semangat kak tiny tu..memang payah kalau tak tau bahasa inggeris ni n lagi payah kalau terlalu rendah diri..cerita yang cukup menarik n penuh motivasi kakak....

p/s:kak..abg sinior tak pandang tak pa..tapi hubby akak sure dah curi pndg2 kakak masa tu.hahahaha

ns said...

baca kesah2 kaktiny dizaman study ni, ns rasa mcm nak sambung2 belajar lagi la. Syok kan sebenarnye belajar ni.mcm satu cabaran bila tiba masa nak exam.

Kalau kat obersea, tua2 pun derang belajar lagi kan. Kalau tgk kat channel astro 551-555 saintis2 diorg tua2 sgt dh.

lagi satu diorg byk membaca kan. Kdg ada yg baik kita kena ambik contoh dr matsalleh ni.

Kak Long said...

Fuhh semangat bercerita...aku? aku tak masuk u tapi dapatla merasa belajar kat U bila dah tua sikit hehe. Hang ni kalau bab bercerita memang juaralah...juara pertandingan bercerita. Go on go on

Anonymous said...

pergghhh..panjangngnye...seronok baca org masuk u nih...

Kaktiny said...

Axim > TGIF kan kan kan.. heheheh..

Ladylikeme > bab mengimbau kenangan silam.. serah ler kat kaktiny nih hah.. hihihi

Tokma > salam tokma.. tiny percaya yang tokma amat memahami diri tiny.. sbb kita penah di situ dan di situasi itu kan tokma kan..

Kadok > betulll.. dan dari situ kita berada di sini.. aku setuju tuh..

Ahmoi > yang baik jadikan pengajaran dik.. (psst… hubby kaktiny masa ni tak pandang kaktiny pun.. dia pandang org lain.. maklumler.. dia tgh glamer – jadi ketua darjah… kah kah kah… hihihi)

Gdiz > betullah ns.. kenangan zaman belajar ni mmg tak leh lupa.. dan belajar pun kita takleh stop.. hingga hujung nyawa.. (setiap hari adalah ‘pelajaran’ hidup kan..)

Kaklong > hek eleh.. melata dulang paku serpih.. cuba aku pass ‘button’ cerita ni kat hang plak.. tgk sapa lagi panjang.. (hang kalau cerita lagi terror… sat gi siap gurindam, syair, sajak pun hang bantai bubuh kan kan kan… hihihih hahahahhaah)

Mamaranggie > kaktiny kalau bab ceriter.. macam tag line tv kanak2 dulu “Ceritalah lagi..” hihihihi

tasekM said...

baguih la ko tiny....

Kaktiny said...

tasik > apa yang baguih?.. bab aku nak TERJUN tuh ka?.. hahahha... oit.. aku depressed gila b*** masa tu oiii...

KAMATO said...

Nak menuntut macam tu la...bukannya senang

Kaktiny said...

kamato > betullah en.kamato.. tapi saya lagi mengagumi yang boleh study dan stay kat 'over the sea' nun - yang jauh dari mak ayah kampung halaman... hebat hebat..

Anonymous said...

kesimpulannya bukan senang atau susah. tapi nak dan tak nak :)

ckLah @xiiinam said...

"Nak sekolah balik!Nak sekolah balik".... Aku selalu bermimpi.Rohku merayau-rayau di hostel,bilik kuliah,fakulti,varsiti green,library,dll kat UM,Kolumpo nuun. Nasib baik Rohku tak sesat,dan masih balik ke tubuhku saat aku terjaga. He he he..

Intan said...

Fuhh..berkobar2 akak dok baca citer Tiny. Siap boleh imagine tu!

You go girl! Akak tabik springggggggg!!!

Next episode please..... :)

Kaktiny said...

ady > belum bleh buat kesimpulan lagi.. dok ada 6 episod lagi tuh.. hahahhahaha..

xiiinam751, musafir denganMu > (makaii.. panjangnyer nickname!!)
bestnyer kalau roh bleh pi zaman tu balik.. pastu balik tubuh balik ler.. kalau tidak.. naiyaa weh..

intanrosniitta > tq kak.. jadi pembaca setia.. berkobar dan tak sabar lak tiny nak sambung citer bila akak dok tanya pasai 'next episode'.. really appreciate it.. thanks kak.. (another 6 episodes to go.. heheheheh)

Akak said...

Salam Tiny...

Seronok baca pengalanamn Tint nie..ada sambungan lagi ke??

Kaktiny said...

akak > ada lagi 6 episod kak.. (mcm drama bersiri lak..) akak nak tuunggu ker?.. hihihi

Hazelsyd said...

Kaktiny,

Menarik bila disingkap kembali kisah2 susah senang belajaq ni kan? All the best in your studies yer.

Kaktiny said...

hazelsyd > masa 'mengalaminya' dulu - mmg rasa PERIT... tapi, bila skrg, di kenang balik.. baru nampak menariknya.. kan..

kamar hati said...

wahhh...perjalanan seorng Kak Tiny bermula...jerit perit seorg pelajar...

chaiyok, chaiyok... :)

Anonymous said...

Kak Tiny...your story actually inspired me. Walaupun kita bukanlah golongan 'anak-anak orang kaya' itu tapi sebab semangat akak tue jd contoh pada yg lain.

Law method - bukan puan vijaya ke?atau madam vohrah?

mr choy - penah ajar saya english literature. Tapi minat gile rlagu melayu2 lama. Jarang jumpa 'lekcerer' seunik mr.choy. he's great!

uranus said...

suspek la..boleh ingat sedetail ini..tabik2..

Anonymous said...

Ahmoi > yang baik jadikan pengajaran dik.. (psst… hubby kaktiny masa ni tak pandang kaktiny pun.. dia pandang org lain.. maklumler.. dia tgh glamer – jadi ketua darjah… kah kah kah… hihihi)

=>dia pandang sape ek? classmate akak jugak ke? ish-ish very the suspen ler story akak nih.

Kaktiny said...

kamarhati > setiap org kan ada citernyer tersendiri.. yg lebih hebat dan lebih menarik.. ini adalah secebis rentetan hidup seorang kaktiny shj...

ikmal > law method, kaktiny tak ingat sgt.. tp for sure bukan madam vohrah.. (dia ajar SOGA)..

fahmi > kaktiny bab2 'cinta kenangan silam' nih.. mmg seketul2 dlm ingatan fahmi oiii... hihihi

adie said...

wah sronoknya mengarang citer.sampai ber part part. elok dibukukan. kalu tak sayang, pengalaman nie bukan seme orang dapat alami. kalu compare hidup skrang ngan masa blajar dulu,mesti kita tak sangka kita bleh pergi sejauh ini kan.

Kaktiny said...

anynomous > nak tahu hubby pandang sapa?.. nantikan episod seterusnya.. jeng jeng jeng.. hihihi kah kah kah...

Kaktiny said...

mr.penyunbiru > kalau bab mengarang ni.. serahler kat kaktiny nih.. pasai tu leh amik law kot.. "kuat menulis".. tak dibukukan tapi di post dlm blog pun jadilah.. harap2 ada anak2 muda yang baca (nak paksa adik2 sedara dan anak2 buah baca..hahah) dan amik iktibar dan panduan.. mmg tak penah duga akan berada di tahap ni skrg ini.. syukur pada Allah..

Mak Su said...

hhmmm, tak terkata, vow!

Amiene Rev said...

Eerr... sekarang ITM ni dah jadi UiTM... zaman sudah berubah, dunia makin maju...

Kaktiny said...

maksu > tak 'terkata' ker 'tak larat nak baca' maksu?... hihihi.. tq maksu kerana setia mengikuti 'bebelan' seorang kaktiny...

Kaktiny said...

amiene rev > betullah.. dah UiTM.. (tapi masa kaktiny tu masih ITM..) part 6 punyer cerita buleh tulih UiTM.. sbb masa tu baru tukar... (ooo amiene rev, sempat ko 'iklan' kat kaktiny yer..

Anonymous said...

lagi soklan untuk akak tiny :)
1.bila nak post sambungan, esk ke?
2.sape paling ensem dlm kelas akak?
3.sape lak yg paling lawa?
4.sape yang paling terer?
5.sape yg akak suke?
6.sape yg akak benci?
7.kat mane diorang semua skrang?

walo akak buat pengakuan akak tak tgk mana2 budak lelaki, anonymous pasti mesti ade mane2 bebudak rakan sekelas akak yg akak suke pandang kan? kuikuikui.
sape jejaka bertuah tu?
cepat cerita yer akak.

Kaktiny said...

anynomous > hamvoi hamvoi hamvoi.. excited lebih dari kaktiny yang nak bercerita.. (ni nak risik citer kaktiny ker or nak tahu citer cikabang kaktiny sama nih?...hihihihii)

nanti kaktiny sambung pelan2 k.. kalau semua serentak, sat gi HR bagi memo suh pi pindah bahagian Corporate Planning plak.. karang Annual Report.. tak pun kena transfer bahagian IT - utk hack and report sapa yang masuk blog.. naiya kaktiny... hihihi

FL said...

hai kaktiny.
saya ni passerby yang randomly click2 and sampai kat sini.

yg tarik perhatian saya. tak sangka dpt randomly jumpa blog my supersupersenior. Imagine sepuluh tahun lalu kaktiny masuk uitm ni.

sekarang saya, alahai, nak kata 3 tahun pun tak sampai lagi. rasa semua benda susah. belajar susah, kawan susah, assignment susah, nak cari parking kat uitm pun susah. hehe.

but anyways, reading ur entries betul2 bagi semangat. mungkin dulu lagi susah, memang btul ckp lecturer2 ktorg. sekarang senang, semua benda dapat dari internet ni. ktorg ni manja sgt dkt kelas. semua benda nak handouts/notes, taknak usaha sendiri. hehe.

please continue writing your years in uitm. it'll be interesting to read the whole experience from you and learning something from reading your blog :D

Whitetulip Tales said...

huhu..tumpang simpati tapi..hepi tul baca citer nih. besh....tahniah kaktiny, course tuh bukan calang2 tuh. wat apa nak merendah diri sgt sedang sebenarnya berkemampuan. u can win if u want!!(alamak, speaking london la pulak!). citer lagi....!!

MalayConfinementLady said...

kaktiny,

respect ngan semangat kaktiny. Sy pernah curik2 masuk 1 kelas law masa kat U dulu, lepas kelas tue terus angkat bendera putih, surrender...
rasa takleh gi ngan law...

blackpurple @ jowopinter said...

Baca sajalah. tak tau nak komen apa. He he he.

Itu baru cerita di ITM. Belum di sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah. He he he!

Kaktiny said...

farah lisa > hellluuu mu juniorrr.... (dh 10 tahun rupanya yer.. 'aalah..) betul.. parking kat UiTM mmg susah.. itu yang tak berubah dari dulu sampai sekarang!!!.. untung junior2 skrg.. semua dh senang skrg ni kan..

belajar rajin2 tau..

whitetulip > ku meniti hari dengan keringat dan airmata.. ceewahhh... bluuwweeekkk... hihihi... hebat ke bendanyer lah.. asyik nangis memanjang.. dan lagi dan lagi dan lagi.. teruk kaktiny ni kan..

miim > bukan semangat kaktiny.. semangat mak ayah yang kaktiny galas tu yang buat kaktiny kuat.. kalau harapkan kaktiny... dah lama balik kampung.. sanggup tanam kangkung.. atau gi 'petik anggur'..

BP/JP > naper?.. nak request citer tadika, sek.rendah, sek.menengah, kelas tution, kelas british council, kelas renang, kelas ngaji lak?.. maunyer HR ganti tempat kaktiny ngan org lain nanti.. hahahhahahaha......

Anonymous said...

Nak tambah lagi 1, ghupenya kebayakkan student law uitm ni kawin sesama batch termasuk kak tiny yea...menguatkan teori saya jer hahaha :p

AL-BIMA SAKTI said...

sungguh mulia hatimu... insya-Allah kehidupanmu akan diberkati Allah jua...

13may said...

bila nak sambung nih???

menarik sungguh citer nih...

syok saya baca :)

Kaktiny said...

ikmal > tambah ler 5-6 pun.. tak kisah.. kaktiny sebenarnye nak lari jauh dari teori tuh.. tapi tak sangka.. terkena bantang idung sendiri.. adoihlarrr...

al-bimasakti > semoga kita semua diberkati.. aminn...

13may > eh.. ikut gak ker?.. time kasih sudi membaca.. nantikan episod seterusnya yer.. hihihi

fusarium solani said...

huih!panjang lebar kisah dier! amacam kalu saya offer kak tiny buat skrip kisah hidup budak law di uitm tuh?

ym sayer k!

Anonymous said...

wat keje la kak tiny! or else i'll send u to TIMBAKTU! hehehe

lady pot pet said...

Aisay Tiny you were in Mr.Choy's class..gue teaching the other class la maser tu.Hihihi...tak sekelas but mesti pernah bertembung..alaaa..I yang cute-cute tu...hihihi...perah santan sat!
Haih...mmg teaching the Law students tu macam ngajar anak-anak org kaya2 jer..aku bawak kancil dorang bawak RAV..BMW..tension. Pastu yang nak speak English macam speaking London tu jangan dok kisah ngan dorang cos they make mistakes too besides kenkadang berbuih jer lebih...I always tell my stdudents jgn dok gulung sgt English tu kang tergeliat lidah..cakap jer English macam biasa..alaa...punggung semua hitanm deh...!!!!hihihihi

eedany said...

wah uitm di hatiku selalu...

windunya ngan member2 semua termasuk akak2 seniour dan adik2 junior...

iina said...

syabas.. lepas nie boleh wat e-novel hehehe

tuan umah said...

Uitm memang sume in english..saya pun bukannya power english jugak tp seidh benor dgr cete kak tiny ni.tp budak law memang jenis power2 english kan..sb mostly deme ni anak org2 kaya.sb tuh ada sumbung sikit -tp rasanya kak tiny ok.(ni general la..bkn nk tunding tau..hihi)budak marketing mcm saya,lgilh,malu ke tak malu ke,kena present ari2..siap buat skrip lakonan jual brg tuh..siap main kejar2 dgn sorang mamat ni,mamat ni kira pendiam la..bila kita kena pasang dgn dia,terkujat dia bila skrip kena main lari2 satu kelas.wakaka..

kak tiny,ur story really imbas kembali kenangan yg lama..

alangkah seronoknya m,asa itu hanya terhenti di situ,akan ku enjoy2 smpi abis..huaaaaaaaaaa...ku rindu saat itu!!!!

tpkn pas grad,keje kejap,pastu duk umh,abis hilang grammar tuh..lintang pukang ckp dgn omputih!wakakaka..

**kak tiny,kena anak pak ibrahim.adik dia nama intan sufina.kwn ct satu uni.kakak dia beza 2-3 thn dr ct dan study sama law dlm thn kak tiny tuh.org n9.**

m.q said...

trigt kenangan lama
tp sy accountancy
dlm bhsa inggeris juga
ngeriiii
sy xada basic actg
terus belajr..hnya kenal terms dlm BI shj

bila org sebut..imbang duga, akaun semasa, lembar untung rugi...
satu hapa pun sy xpaham..eheheh..

en_me said...

best kannnss belajar lagik.. uhuhu

zino said...

yg penting segala rintangan berjaya di tempuhi.. terus bersemangat waja..

Danielle_Corleone said...

saya rindu zaman mahasiswa.

Abang Long said...

Dan aku masa tu HARAM TAK PANDANG MANA-MANA JANTAN PUN!!!

Hahahahaha .... ayat paling best untuk dibaca dan dibicarakan.

Bunga Rampai said...

Sambung, jangan tak sambung. Imbas kembali cerita silam - kita gelak dan geleng kepala, tapi ada pengajaran dalam kenangan.

Salam, dan moga minggu ini yang terindah buat Kaktiny :)

Kaktiny said...

Aliff > kalau bab bercerita 1001 malam pun tak habis kaktiny nih.... buat skrip kisah hidup budak law? NAK NAK NAK.. tapi buleh ker?.. nanti kaktiny ym aliff yer.. tq bagi ruang..

Thafiexq > oooo… nak lempar kaktiny pi timbaktu yer… batam takleh?... hahaha

Ladypotpet > alaklady.. if I know your name or I see your face, definitely I know who you are.. (alah.. lecturer Law ITM, pusing balik pi mai – mesti bertembung gak.. dan mesti ada time yang bertembung (tgh risik2 dgn kengkawan sapa akaklady nih.. hihihii – jgn mare yer..)

Aah kan.. ada bebudak law tu mmg.. datang bawak kete ‘bagak’ tak hingat.. (kalah kete ’daihatsu’ merah mr.darbi… hahahhahahah…) san yang speaking berbelit lidah tu.. buat saya rasa cam saya plak yang takder lidah nak buat ayat.. (tapi ramai gak diorang tu yang repeat paper kan kaklady kan.. hihihihi)

Edany > kaktiny pun rindu giler zaman2 tuh..

Iina > ni kira ala2 e-bibiografi ler.. kih kih kih

Cikpuankesum > setiap kita ada kenangan terindah dan ‘terperit’ sewaktu bergelar pelajar kan... (kaktiny tak sombomg.. tapi pemalewww... eiiuuwwww... percaya ker pemalu?..) kah kah kah..

Masni qisrine > betul kan.. bila kita dok asik belajar dlm BI, bila dpt term bahasa melayu rasa lintang pukang buat ayat.. tambah lagi akta.. kalau BI, lebih straight forward.. kalau akta dlm BM,.. mak aiii.. putar belit alam.. cam ular belit lembu….

En_me > mmgggg beeesssstttt giler..

Zino > Syukur kerana perit jerih.. berbaloi.. semoga anak en.zino juga berjaya menempuh hari2 belajarnya di UiTM dgn cemerlang dan dapat membanggakan ibu ayahnya di hari graduasi yang dinanti oleh setiap mahasiswa…

Danieele_corleone > kaktiny punnnn…

Abang long > BETULLL… kalau abang long baca selanjutnya nanti.. abang long akan tahu kenapa saya ‘bicara’ begitu… hihihi (suka tau nak ‘bahas bicara’ dgn tiny… tunggulah jumpak esok esok.. siap abang long..)

Bungarampai > tgh mengarang sambungan… hihihi – mmg kenangan… time kasih..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.