Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, August 06, 2008

KISAH CONVO UiTM 2 : CONVO OH CONVO…

FINALLY!!! (episod final pun...)

21 Jun 2000 – Hari konvokesyen aku..
Hari aku memegang scroll dan ‘dinobatkan’ sebagai pemegang IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG dari UNIVERSITY TEKNOLOGI MARA (UiTM)....



AKU TAK SUKA CONVO DEGREE AKU… LANGSUNG TAK SUKA!!!..

Aku bersyukur sebab aku GRAD ON TIME.. aku bersyukur sebab aku berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang aku.. dan aku bersyukur sebab dapat merasai konvokesyen..

Tapi AKU TAK SUKA HARI CONVO AKU!!!.

Sebenarnya, masa aku terima tawaran ITM pada tahun 1997.. aku BERIMPIAN bahawa pada hari convo nanti aku nak MAK, AYAH, KAKAK, AMIR, EPY, TOK, WAN, BAPA2 SAUDARA, MAK2 SAUDARA, ADIK2 SAUDARA, DAN SAUDARA-MARA semua akan BERDUYUN-DUYUN datang membanjiri hari CONVO aku..

(pastuh masa dah tahun akhir, aku harap dapat ler grad ngan abang sama kan….)


TAPI..

PADA HARI CONVO… cuma ada ayah, mak kih, Paksu anak-beranak, dan Pak uda anak-beranak SAHAJA sedara2 yang dapat datang.. TAK RAMAI pun…

(syukur E dan Alin pun grad ON TIME sama aku… adik-beradik aku?.. angah grad gak tapi along dan achik tak.. sedih gak tuh..)

Dan aku paling ralat sebab MAK, KAKAK, AMIR, EPY, TOK, WAN dan ABANG tak dapat TURUT SERTA..


KENAPA?

Mak baru lepas operate.. buang rahim.. doctor nasihatkan tak boleh duduk utk jangka waktu yang lama (perjalanan Penang-KL kan jauh..).
Kakak pulak, beranak hari mak keluar wad (so, masih dalam pantang..).
Amir dan Epy.. masing2 ada exam.
Dan TOK?.. TOK MENINGGAL….. INI YANG PALING AKU RALAT SGT..

Aku sedih sbb arwah tok tak dapat SAKSIKAN saat yang SABAN TAHUN meniti di bibir dia.. Arwah tok selalu sebut nak pergi ITM tengok aku.. tapi dihalang oleh anak2 dia dengan alasan, ITM tu jauh dan nanti bila konvo, kami akan bawak tok pergi..

Tapi tok meninggal pada bulan 2.. hanya beberapa bulan sebelum aku Convo..
Aku ingat sgt, hari arwah tok meninggal.. aku meraung sungguh2....
aku ‘cakap’ kat arwah tok:
“Tok.. jangan la pi lagi tok.. tiny dah nak grad tok.. tak berapa bulan ja lagi tok.. tok kan dah janji nak tengok tiny convo..nak pi tengok tempat tiny belajaq….” (dan aku masih menangis mengenangkan peristiwa ini…)

TOK TAK SEMPAT nak tengok cucu ‘kesayangannya’ ini menyarungkan jubah konvo.. dan tok tak sempat nak DATANG ke ITM – lawat tempat aku belajar.. dan aku TAK SEMPAT nak tunjuk kat Tok kotak tepon yang aku selalu tepon tok setiap kali sebelum masuk EXAM.. AKU TAK SEMPAT!!!..

AKU RALAT SGT apabila MAK, KAKAK, AMIR dan EPY tak dapat turut serta di majlis CONVO aku.. hanya Ayah sahaja.. (ditemani yang lain2 tu..), aku tahu ayah bangga… cumanya aku nak mak dan ayah di dalam dewan itu.. (dan aku tahu mak sedih sgt sbb tak dapt pergi.. aku pun sedih..)


ABANG?..

KENAPA ABANG TAK ADA DI HARI CONVO?.. jawapannya.. sebab..
ABANG TAK GRAD ON TIME.. dia ‘tersangkut’ paper Evidence. Dia dapat C- (lecturer kata boleh buat rayuan utk naik gred jadi C, sebab dh final Sem.. tapi dia MALAS… HAMPES tul… dah kena extend paper… satu jer tuh.. buang karan jer.. DAH TAK DAPAT GRAD SESAMA.. sedih tul...)


Tapi hari ini aku tahu kenapa…. kenapa mak tak ada dalam Dewan Sri Budiman itu pada hari itu – hari aku convo IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG....


Kerana.. ke’tiadaan’ mak itulah yang buat aku TEKAD utk sambung MASTER!!!..
Aku nak sambung Master dalam apa jua bidang supaya mak dapat tengok AKU CONVO!!..

Dan sekarang aku di tahun akhir MASTER HRD dan aku BERDOA semoga segalanya berjalan lancar dan MAK, AYAH, ABANG, KAKAK, AMIR, EPY, ANAK2, MERTUA, IPAR DUAI dan sedara-mara dapat turut sama di majlis CONVO aku itu nanti… (kaklong.. kita beratur naik pentas sesame yer.. AMIN..)

DAN SATU LAGI IMPIAN TERBARU AKU IALAH.. AKU NAK SEMUA KAWAN2 BLOG AKU DATANG SAMA.. (BOLEH TAK?..)

HARI CONVO DEGREE aku.. aku rasa tak segirang teman yang lain.. sbb otak aku teringat mak.. hati aku terkenang abang (chess.. abang cuma datang sehari sebelum convo utk bagi bunga kat aku..)


Cerita lain..

AKU JELES KAT CONVO ABANG… convo abang next graduation day tu lagi meriah..

Masa convo abang nih, aku dah dapat kerja tetap (oleh kerana aku TEKAD takmau jadi lawyer, maka aku cari kerja tetap) dan ALHAMDULILAH.. aku dapat kerja kat I*U.. dan gaji aku pun ALHAMDULILLAH.. sangat2 ‘memadai’ bagi aku yang lari topic nih… (degree lain tapi apply jawatan lain nih..) dan aku rasa gaji aku masa ni ‘lebih’ dari kawan2 aku yang jadi lawyer.. junior lawyer mana ada org bayar gaji tinggi2 kan.... lainler dah jadi senior or partner, mmgler sampai skrg aku tak leh lawan kan.. hihihi

Oleh kerana, aku dah kerja tetap MAKANYA.. hari convo abang tuh.. aku sponsor 2 bilik di Hotel Shah Alam utk family abang + sedara mara abang yang datang dari JOHOR tuh.. (aku tahu masa ni abang bangga giler ler nak bagitau family + sedara mara dia yang aku sponsor bilik hotel.. hek eleh.. poyo ler tuh..)
(p/s : amir, hang jangan bagitau mak tau.. hihihi)

SERONOK abang.. aku JEALOUS kat abang masa tuh…JELES SGT.. walaupun dia tak grad on time tapi, semua org yang ‘dia sayang’ ada bersama-sama dia..

SUNGGUH AKU CEMBURU PADA ABANG…


(masa ni ayah abang punyerlah dok suh aku bergambar ngan abang.. kengkonon suker ler kat bakal menantu, pasai sekampung.. kahkahkah... ayah abang kan org kedah.. mak abang orang muar dan diorang menetap di muar.. harap2 ayah masih sayang kat aku sampai sekarang….hihihi… aku tahu ayah sayang kat aku…aku kan menantu pompuan sulung.. kahkahkah… aku memerahsantan…)
(eh…. Ni dh citer pasai abang.. lari tajuk nih..)

Makanya.. berlalulah convo DEGREE IN LAW aku dengan ‘seribu sesal’ di hati aku (aku tahu tak baik aku rasa macam itu.. tapi itulah perasaan aku yang aku tak dapat tipu sesiapa pun…)

Aku sambung MASTER utk MAK dan aku NAK sambung PHD utk BOSS aku sekarang… (ceritanya?… nanti2 lah.. bila tiba hari dan waktu yang sesuai…)



TAMMAT Kisah Tiny & LLBnyer…
ALHAMDULILLAH..
HAHAHHAAHHHA..
(syoknyer…. rasa cam baru habis buat assignment plak…hihihi)


Fuyooooo…. Kalau nanti2 anak2 @ sesapa aku nak tahu cerita aku di ITM.. aku suh jer diorang masuk blog aku nih.. senang citer… hahahahha…. Leh ler aku suh anak2 baca bila diorang besar esok.. (atau andainya aku ‘pergi’ dulu…)

Utk kengkawan yang megikuti cerita ini, terima kasih.. setinggi2 terima kasih kepada si ratu hati kerana ‘request’ cerita ini.. time kasih jugak pada semua2 yang sudi menjadi ‘pengikut setia’ siri ‘Kisah Kaktiny + LLB’.. dah pun tamat sirinya..

Tetiba dan separa sedar.. aku ada E-NOVEL rupanya… hahahhaha… time kasih sekali lagi kengkawan... kalian yang menguatkan semangat kaktiny utk MENULIS... (dan kaklong.. terima kasih mengenalkan aku pada 'alam blog' ini.. )


LOVE YOU ALL...

SEKIAN… WASSALAM…

60 comments:

Tie said...

Aduh..pjg lebar citenya..rajinnya sanggup sambung study krn mak yek.. Semoga pada hari konvo akan dtg ni..Mak Ktiny dpt hadir bersama org2 tersayang...Akak tumpang suka...

intan izani said...

panjang berjela
tapi percayalah satu persatu sy bace
sedikit tersentuh tentang atok akak tu
mesti akak sgt sedih
dan tentang mak akak juge
anyway, selamat menamatkan master
sy juge yg tak abis2
hehe
entah bile lah master sy nak abis ni..

iina said...

tiny.. walaupun konvo tak best.. tapi yang penting setiap sesuatu itu ada kenangan dia.. saya hanya sempat konvo masa degree.. master saya tak konvo sebab kena balik mesia bertugas.. hanya dapat keratan suratkhabar je.. dari kawan yang attend konvo kat edinburgh dulu.. rasa ralat juga sebab tak dapat konvo.. kalau konvo pun hanya dengan pakwe je sebab keluarga semua kat mesia.. Phd nie.. mungkin sama juga.. tapi insyallah jika ada peluang ingat nak bawa mak dan ayah dtg masa konvo phd nanti.. apa pun.. jangan menyesal setiap yang terjadi.. setiap itu ada sebabnya..

chinta said...

alahai...dpt bayangkan rasa kak tiny masa atok meninggal...tapi atok jugak menjadi pendorong smgt akak untuk berjaya kan...*dia tahu*

sy pon tak suka konvo sy, semua adik beradik sy dtg, mak ayah..tapi ada satu peristiwa yg sy masih blom boleh maafkan dirik saya..konvo master tak dtg sbb jauh kat sini...konvo phd (amin) harap2 boleh dtg..

alhamdulillah, habes cerita 'Kisah Kaktiny + LLB'...bnyk yg sy blajar...thanks for sharing..luv u too!!

Anonymous said...

Kak Tiny,

Konvo saya lagi tak best tau..bayangkan kami konvo sehari sebelum kami ada paper 'Honest' pulak tu, memang tak gembira. stress nak exam, muka pun moyok je hehe

Konvo 'Honest' lagila..saya da kat UK ms tu, sian awek saya tau, xder bunger.... tapi kwn ada siap antar video youtube pun ada...hehe

Hanya konvo Diploma saya je paling besh..tapi ms tue takder awex lagi hehehe :p

Konvo master?rasenya takkan datang kot, kecuali kalo ada org sponsor huahuahuahua..:p

en_me said...

akak tiny tewww, takkan larr nak soh anak2 akak masuk blog baca blog jak.. tampallar gambar bonda mereka masa kat ITM tewww sekali.. vollle gittewww

fusarium solani said...

masa aliff konvo 2005, amat meriah sebab aliff dapat banyak tiket masuk dewan utama sebab abah (bapa angkat lecturer)bagi.biasanya hanya terhad kpd 2 org. maka ayah,mak,chik dan makchik,abg ibrahim masuk ke dewan menyaksikan saat bersejarah itu. sebenarnya ayah ngan mak dah tak heran dgn konvo sebab dah dua tiga kali depa pi kakak-kakak aliff punya konvo!

paling istimewa, abah hadir di dewan konvo dikerusi senat! jadi paling dekat dapat menyaksikan alif terima ijazah dari senat dr.lin see yan adalah abah.

melihat senyuman abah, aliff bangga, kerana dari budak kampung yg zero kepada .... graduan.

Kak Long said...

tahniah le selesai story ko nih..tak nak buat story pasai K**U ke??? hehe tragis. boleh share ker?

Abahnajwa said...

KakTiny..

Wahh..bestnya..bestlah crita ni.. Bila konvo Masterji tu.. Sempat kot abah balik..ke dah nak grad dah?

Learn..Unlearn..Relearn...

hehehehe

Akak said...

Salam Tiny...

Tahniah Tiny kerana berjaya convo pd masa tu dan tahniah juga kerana dah masuk tahun akhir Master...

Bila nak boh cerita merisik, bertunan & menikah, teringin nak tgk, temper lerr gambar apa yg patut kat sini..

Ungku Nor said...

"DAN SATU LAGI IMPIAN TERBARU AKU IALAH.. AKU NAK SEMUA KAWAN2 BLOG AKU DATANG SAMA.. (BOLEH TAK?..)"

akak akan datang tgk awk konvo kalo awak siapkan khemah pink kaler, karpet merah sampai tempat parking, makan lauk kenduri ala2 lauk perantin siap buah tembikai yang ukir-ukir cam bunga tu, bunga manggar, kompang kepang-kepung-kepang-kepung, pencak silat cekak-gayung-baldi, caklempong, tabur beras kunyit suma cukup la.

kalo suma tu ada, CONFIRM akak datang!!!

hahahaha amek ko Tiny..;p

Anonymous said...

tahniah ye utk convo degree tu..kira ni ucapan backdated la..hehehe...:p..convo master bila?

kamar hati said...

congrat kak tiny sbb dah konvo...walaupun banyak kenangan suka duka...best baca e-novel kak tiny ni....

sedihkan bila org yg kita sayang takde sekali time konvo tu....

kamar ALHAMDULILLAH, happy bangat sbb Mak ada dlm dewan budiman tu time konvo...dpt tdk kepuasan & kegembiraan mak time tu...tu yg paling happy skali...

moga kak tiny terus berjaya k... (",)

MARIA said...

Salam kaktiny...tokma memang 100% sokong tang cadangan dan usul2 akak tuh...bila lagi nak mula!!!

kamar hati said...

rasa happy sbb tgk mak happy...rasa happy, sbb nampak kepuasan dimuka mak...rasa happy sbb tgk mak ada dihari penuh makna tu...rasa happy sbb mak segalanya bt kamar... (",)

Kaktiny said...

Tie > tiny kalau dh start enjin bercerita… mmg payah nak berenti tie oii.. hihihi mmg berdoa sesangat semoga hari convo nanti mak ayah abag anak2 adik beradik mertua dan ipar duai dapat datang..amin..


Intanzura > time kasih sbb baca setiap baris dan bait cerita… kita sama2 habiskan master yer..


iina > kata2 ko buat aku rasa cam makin menurun semangat nak amik PhD kat over the sea nuunn… hihihi… aku sambung kat mesia jer lah.. buleh boss aku pun datang tengok.. hihihihii… semoga ko dpt bwk mak ayah ko dtg utk convo Phd nanti.. aku doakan..
Betullah.. setiap kejadian ada hikmahnya…


Ikmal > alalallalalla… lagi sian adik kaktiny sorang nih.. takper.. utk convo master, meskpun kebarangkalian utk pegi sana tu amatler tipis.. kaktiny akan open table utk raikan hari bersejarah ikmal tu yer.. kita makan kat grand blue wave nak?.. (kaktiny belanja ler.. bawak awex tu sama..)


en_me > gambar bonda mereka di ITM?.. kui kui kui.. nak tengok, sila jemput datang umah.. kahkahkah…. (sebenarnya fail lagi bab upload gambar dari kamera nih.. hahahhahah)


aliff > WAH.. BESTNYER… rezeki aliff sbb dpt menikmati kegemilangan dan kebahagian yang superb di hari bersejarah itu.. dpt rasakan kegembiraan di hati aliff..
walaupun mak ayah aliff 80 kali sekalipun masuk dewan tgk anak2 convo, mereka masih tetap akan rasa bangga sbb setiap anak yang melangkah ke atas dewan itu adalah hari kejayaan mereka.. (macam dapat bonus..semua org suka kan walaupun bonus ‘ada’ setiap tahun?.. betul tak?)

Tan Sri Dr. Lin Sin Yan one of the Board of Director Genting Berhad dan Resort World BErhad dan Asiatic Berhad gak kan… kaktiny kenal dia (tapi dia tak kenal kaktiny ler.. hahahah) – tapi dia FOR SURE kenal Boss kaktiny…hihiihihi

Tahniah utk aliff.. kaktiny pun tumpang bangga dgn aliff..



Kaklong > story pasai **U?.... banjir ofis aku sepanjang aku tulis cerita tuh.. hihihihi… nak share?.. tunggu bila aku dah ready kot.. la ni aku takmau bebankan otak dgn ‘pikiaq’ balik hal tragis tuh.. baik kita concentrate dgn paper (mid-term tak berapa hari lagi weh.. huhuhuhuu..)

Abahnajwa > Insyaallah jika takder aral melintang (dan clear paper muda-mudahan..) grad tahun depan… datang yer…. Hihihi.. teringin nak jumpa malay version of Drake and Josh.. hihihihi


Akak > salam… alllaaaaahhhaaaaiiii… citer merisik, bertunang and menikah?.. akak datang umah tiny nanti tiny citer ler yer.. siap boleh bukak tunjuk album gambar lagi nanti.. hihiihii


Ungkunor > MAK AIII.. prasyaratnyer.. akak ni nak tgk tiny convo ker nak tengok wedding of the year?.. takperlah… nanti kekalau buleh ‘kenen’ anak pompuan tiny ngan salah sorang hero akak tu, sure tiny sediakan apa yang akak nak tu.. (sbb akak yang kena kuarkan belanja hantaran….. ) kahkahkahkah…

Itu jam pun CONFIRM AKAK WAJIB DATANG.. hahahhahahah (hamek ko balik akak oii.. :p) hihihihi


Kadok > backdated pun diterima.. tima kasih.. convo master insyaallah tahun depan (doakanlah yer.. amin..)


Kamarhati > itu namanya perjalanan kehidupan kan kamar kan..
Syukur mak kamar dpt datang.. kaktiny faham keseronokan kamar tuh..
Mak – mmg segalanya dalam dunia ini.. beruntung kita masih ada mak dan beruntung kaktiny berpeluang jadi mak.. (awak tu bila lagi?..hihihi – sempat nak kenakan kamar lagi tuh.. hahhaah)


Tokma > tokma dgn akak tu skrg dah geng2 bas skolah ler tuh.. setuju ajer.. cerita tu akan diceritakan bila akak dtg umah tokma dan sama2 datang umah tiny.. tiny bukak album sekali ngan sijil nikah tunjuk kat akak ngan tokma… BULEH?.. hihihihahhahahahah

Kamar > Ibu adalah segalanya.. (cepat kawin dan rasa jadi ibu plak.. heheheh)

Tokyo BLUE said...

waa.. dah abis drama bersiri "Tiny.." heheh.. nasib baik ending best.. kalo tak nk bakar TV,.. hehehe

kalah drama bersiri ezora.. gege

nadahahs said...

You Are Welcome!!
and congratulation.. nanti aku suruh budak2 preLaw UiTM sini singgah blog nih..

KV said...

konvo kv hanya dihadiri mok, ayah, abg sulung, abg ipar dan kakak(masa tu dia dok blajar uitm shah alam). Mmg sedih sungguh sbb org lain semua tak boleh hadir (Kv 8 bradik tau). Hmm... takpelah kan.

Yana Ismail said...

Alahai kak.huhu bestnye dah konvo. Yana tak sabar nak konvo..ehehe,nak bunga sejambak;p ha ha ha

Anonymous said...

TAHNIAH KAKAK KU..HEHE...TAK PALAH TAK HAPPY PUN TIME CONVO DULU TU..NNTI CONVO AKAK YG AKAN DATANG MOI AKAN DATANG DERA AKAK..DON'T WORRY.HEHHEE

Kaktiny said...

tokyoblue > kejam ko thafiexq.. nak bakar tuh.. tapi kalau ending tak best.. ko kena pecahkan screen laptop ko ler kan.. hahhahahahhaha


shahadan > tenkiu tenkiu.. wah… budak pre-law singgah sini?.. hmmm… best gak dpt kenal junior.. kihkihkihhihihi… (jgn depa takmau jadi lawyer cam kaktiny sudah.. akakakkakakah…)


KV > yang penting MAK dan AYAH dapat masuk.. itu amatler bermakna KV oiii… (bestnyer ramai adik-beradik..)


Princess Liyana > kalau nak bunga, nanti konvo jgn lupa bagitau k.. hihihi (belajar elok2 tau.. leh grad on time..)


Ahmoi > Okeh.. kaktiny tunggu nanti.. if tak datang.. siap ko.. kaktiny dera ko plak lepas tuh..hihihihi

Mak Su said...

ya ler, nak wat cemana, kita cuma mampu merancang. bapak saya siap pass away masa saya 1st year... huhuhu, ingatkan dapat ler ngambik gambo ngan dia... huhuhuhu (mintak tisu sikit)

Anonymous said...

aku suka hari convo aku kerna hari itu aku rasa aku sungguh tampan dan segak.heeh

Kaktiny said...

maksu > tisu abis ler maksu.. byk saya pakai masa buat entri smlm.. hihihi


mr.penyubiru > bangga seh segak dan bergaya dengan jubah dan mortar board.. hohohoo

@xiM said...

akak,

mak axim pun ada wat pembedahan buang rahim suatu masa dulu sebab ada tumor...

mmmm takziah untuk Tok kak tiny tuh..

memang sedih kan kalau masa konvo insan tersayang takdak..tapi dah takdir..

life must goes on!!

Intan said...

Laa dah habis ke? Cam x puas lagi nak baca. Uwaaaaaa!!!

We want more!!!
Citer kawin2 pulak lerrr. Tempek gambar sekali tau.

Bila grad Master ni? Leh apply cuti awal2..hihi :)

cikgooden said...

habih dah?...so, tanak ber blog dah ka?...

habis la inspirasi aku! kah..kah.kah.

sambung la phd (permanent head damages)..kalau nak pecah kepala!

Anonymous said...

HEHEHE..INSYAALLAH DTG CZ MY BIG BRONYER UMH BLAKANG UITM JER KAK..HEHE

Kaktiny said...

Axim > yes.. you r right bro.. life must go on.. semoga hari mendatang lebih baik utk kita semua yer..


IntanRosnitta > cukup2 ler kak oii.. bagi chance kat drama bersiri org lain lak ler.. hahahah… citer kawin?.. nak citer apa kak.. sama ler cam org lain.. akad nikah, bersanding, bertandang.. gambaq?.. hihihi.. mai umah.. heheheheh
Bila dh abis master nanti, dapat surat convo… tiny bagitau akak terus.. apply cuti awal2 tau.. hihihi


Cikgooden > dah habis KISAH UiTM – LLB cikgooden oii… daily life.. still go on… hahahha (mana buleh stop blogging nih.. kalau stop blogging, betul2 dpt phd (permanent head damage!!! hahahhaahahha)


Ahmoi > sapa cakap kaktiny sambung Master kat UITM?.. kahkahkah…

Anonymous said...

AYAMAK...MALUUUUUUUNYERRR..HUHUHU...TAK PA..DIA KENAKAN MOI EK..HEHE..AKAK WAT MASTER KAT NER..HEHEHE

Kaktiny said...

ahmoi > nanti dh dpt surat konvo baru kaktiny bagitau.. ekekkekekkeh..

Whitetulip Tales said...

salam kaktiny. masih tak terlambat nak ucap tahniah dan berdouble trouble tahniah utk convo master akan datang. cekal dan tekad. itu persepsi sy kat kaktiny. walaupun ramai tak datang tapi, itulah kejayaan yang sukar utk diperkatakan. Tahniah sekali lagi. sentiasa menanti dan terus menanti n3 kaktiny.

SWaRaKasEh said...

arwah tokwan sy pon x sempat nk tgk sy grad. sbb die la sy boleh smpi ke puncak menara gading..

Kaktiny said...

whitetulip > time kasih. time kasih. time kasih.. betullah kata org dimana ada kemahuan di situ ada jalan.. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. kan..
kaktiny juga menanti utk bertemu 4 mata ngan whitetulip... semoga bisa ketemu.. ihihihi

anim > kita serupa... hhuhuhuhu...

SWaRaKasEh said...

nk tmbh ckit lagi..kak tiny bertuah sbb ada gak org yg dtg tgk kak tiny grad..kalo nk dibandingkan ngn saye ni..nobody..

Anonymous said...

best konvo kalau semua yg kite sayang ada depan mata... kite pun mengalami cerita yg sama. Wan meninggal masa abis final paper. tak sempat nak tgk cucu sulung dia konvo. Sedih sesangat... tapi dah sampai masa dia... masa konvo, orang lain gembira... kite pulak nangis... huhuhu...

Kaktiny said...

anim > ...... (dh bergenang air mata kaktiny dik oiii...).....

reen > waaaaa.... waaaaa... waaaa... (terus lebat dan banjir bilik kaktiny nih petang2 nih...) huhuhuhuuuhuhuuuuuuuu....

Mak Su said...

lepas ni cerita apa?

m.q said...

ok gak tu ada gak yg dtg time konvo
sy nih konvo sensorg ja tau..sedeyy oo.tgk org dpt bunga...sy xdak bunga punnn
bopren pun xdok nk bg bunga
..uwwaaa..

MalayConfinementLady said...

kaktiny,
dh lama tak smpt dtg sini alih2 dh final story da

bagus gak buat e-novel yg detail camnie utk ttpn anak2, jimat airliur n boleh refer byk kali...

Anonymous said...

salam kak tiny

I WANT MORE!!I WANT MORE!!!

ala,ptg syok aa gini,bru sonok baca tetiba dh final episod.ni dh jadik mcm telenovela sepanyol dh ni..final episod sikit je cetenya.masa kemuncak tuh smpi tak sabar nk baca.hehe.

**ct nk kak tiny cete camna perjalanan menuju ke arah perkhwinan.please...hehe may be leh jadi panduan utk couple berchinta tuh**

bila free la.

ct yg bezanya konvo dgn suami.org lain bwk pakwe,kita bwk suami.hehe..dlm batch ct,hanya ct dan sorang kakak tu je konvo bwk suami,sume terkejut sb masa study mana ada pakwe ma..sume laki takut.haha.mak ayah,datuk tp mertua tak de la

tp konvo degree la..master??pergh,serik aa study!!itupun sentiasa berdebar bila nk tgk result.itu yg tak tahan tuh.wa ni pemalas bab baca buku ni.hehe..

bozzobattousai said...

pasni kaktiny bleh wat citer tiny & PHD nyer plak kot?

me3n said...

walaupong tak suka, tp mesti berbangga masa atas pentas tul tak? kan? kan? kan? ;p.

Anonymous said...

kaktiny, hmmm...dah xde citer ke? alahaiii... sunyi pulak pagi jumaat kite hari ni... wajib bukak blog kaktiny setiap hari... hmmm... citer arr lagi... syok nak baca... hehehe...

kite balik mesia seminggu before raya... den nak ghayo kek mesia tu hah...! tak mau dok sini sengsorang... huhuhu... yey! yey! nak balik mesia... tak sabar... asyik countdown jerr nih...! heheheh...

CikguZue said...

masa mula2 baca ada rasa sebak juga bila tahu mak dllnye tu tak dpt dtg, terutama atok yg merindu dendam nak tgk konvo cucunya...tapi, yealah, semua itulah menjadi penguat semangat utk ke tahap yg lebih tinggi lagi...syabas!

Anonymous said...

kak tiny..!!
besnye bace kisah kak tiny..hehe..
tmbah2 skrg ni sy pn tgh wat ape yg akak wat dlu..huhu
mooting sy dpt kes kontrak+torts...
psl parking..
yg kes shoe lane parking sumer tu..huhu

kak tiny,
nnti ada alumni homecoming uitm..
apa lg...
ajak la 'abg' kesyngan akak dgn kwn2 laen join...
mengimbau kenangan lama...hehehe..

http://www.izwan.tk

King said...

Maafkan..

kini beta kembali...

terimalah...

tasekM said...

nak convo master nnti habaq no....

Yana Ismail said...

wah wah,akak mahu sponsor itu bunga ros kah?ceronok...

huhu,baekk..yana akan blajar baik2;)huhu

Danielle_Corleone said...

sedih plak saya baca episod akhir ni. huhu.

hertiny said...

salam kak tiny,
cite akak buat saya nak tamatkan pengajian saya n dapat pegang ijazah, disaksikan emak, abah dan suami tersayang,
citer-citer akak buat pembakar semangat saya...

Bunga Rampai said...

Akhirnya sampai ke puncak jaya dan penghujung cerita ... tahniah!

Tunggu cerita pasal Sarjana pula ;)

Salam dan moga minggu ini indah buat Kaktiny :)

Kaktiny said...

Mak Su said...
lepas ni cerita apa?
Maksu > pasni cite pasai jaman skolah tadika bleh?.. hahahhaha

Masni > sian la plak.. takpa takpa.. masni tgh sambung study kan.. convo nanti kaktiny hantar selori bunga ngan boipren sekali.. NAK?..

Miim > pegi mana lama tak nampak?.. coti-coti yer.. mmg jimat air liur pasni.. takyah bentang tikar nak citer kat anak2.. suh diorang bukak PC jer.. hihihi

Cikpuankesum > sudah-sudah ler tuh ct oiii… sian kat drama tv lain takleh cari makan kalau asik tayang citer kaktiny ko ni jer.. kahkahkah.. hihihi…
Cerita pasal kahwin? Aduhaiii… tunggu free la.. (ada hati gak tuh..) hihihi… ok ler tu convo hubby datang.. bestnyer.. satu batalion ada..

Bozzo > nak buat citer MASTER and PhD.. kena tunggu dapat scroll, baru leh stori mori.. hihihihhi

Ad3ck > hmmm… bangga?.. entahlah.. rasa cam takder rasa masa atas pentas tu.. kecuali rasa sejuk tangan masa salam Sultan Idris Shah (Selangor).. hihihi

Reen > balik mesia nanti contact2 lah yer.. tgh countdown gak nak jumpa reen nih.. hihihihi

Cikguzue > saya ni dh banjir PC masa tulis balik citer ni cikguzue oii…

Izwan > buat ler elok2 mooting tuh.. (skrg sapa yek yang ajar? Time kaktiny dulu Mr.Lee..) alumni homecoming UiTM?.. bila?.. update update…. Nak gak join…


King > AKHIRnya…. King kembali menjelma.. (pi mana tuanku oiiiii – cari puteri bunian ka?..)

Tasik > convo master aku nanti, hang mai tau!!!...

Liyana > nak bunga blajar baik2.. grad on time.. kalau tak grad on time.. bukan dapat bunga ros.. dapat bunga taik ayam.. NAK?.. kalau taknak.. study elok2..

Danielle > sedih ooo… nak buat camner.. perjalanan dah ditetapkan olehNya..

Hertiny > hai sama nama.. hihihi… andai citer kaktiny dpt bakar semangat.. seronoknya rasa hati ini… kaktiny lagi bersemangat…. time kasih sudi baca..


Bunga Rampai > HABIS TAMAT pun.. punyerlah lama rasanya.. hihihihi

Anonymous said...

INSERT

Anonymous said...

We customize all kinds of cruel repute s that disintegrate in a balance of styles, colors and sizes at wholesale price.All [url=http://www.oyeahbridal.com]prom dresses[/url]
are cheaply with up to the quick styles associating apparels including originator combining separate someone off a take away, strand mixing dresses, affiliation gowns, bridesmaids dresses, prom outfits, bourgeon skirt dresses & mum dresses.Even we can goats the services of on the shoot largeness customization and relaxed together with bigness Wallop the whistle on buy affordable earth-shaking joining dresses at this very station!frame head start of sought-after shopping, accouterments marvellously fated concerning the tremendous nuptials with the subsidy of Oyeahbridal.


http://www.oyeahbridal.com/cheap-prom-dresses-2013.html

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]online casino[/url] check the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino bonus[/url] manumitted no consign bonus at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]online casino
[/url].

Anonymous said...


[url=http://shensacens.webstarts.com/?r=20121221220047][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shensacens.devhub.com/][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shenenmaoyi.yolasite.com/][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shenenmao.freeblog.hu/][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shenenmaoyie.skyrock.com/3135192754-Sacs-a-main-et-sacs-a-main-en-gros.html][b]sac longchamp[/b][/url]

Anonymous said...

vYvj michael kors purses
cUyu plaque ghd pas cher
tMrv discount north face jackets
8nAtb ugg boots
9pDhu cheap michael kors handbags

Anonymous said...

6qVmf cheap ghd
jPge ugg boots sale
rMhu michael kors bags
0wIsh GHD
4dOqh burberry usa
7dDty bottes ugg pas cher
4fCmp ghd nz sale
3iZev louis vuitton shoes
6jHbq michael kors purses
1lMei cheap ghd straighteners
7sJod ugg boots uk
0lHwo nfl jerseys
5zFpl michael kors bags
3xNyq styler ghd
9dUyi discount uggs

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.