Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Saturday, June 13, 2009

ESQ 165... sambungan...

SALAM 165. PAGI!!!!...


MAKNA ESQ 165

E- Emotional (Emosi)
S- Spiritual (Rohani)
Q- Quotient (Kecerdasan)
(Bahasa Melayu - Kecerdasan Emosi dan Rohani)

1- Ihsan (Hati)
6- Rukun Iman
5- Rukun Islam

Kesimpulannya (pada pemahaman peribadi aku): Kecerdasan Emosi dan Rohani menggunakan hati dengan berpaksikan Rukun Iman dan berlandaskan Rukun Islam (andai salah, sila betulkan bagi yg lebih mahir)...


Ikrar Satria ESQ 165


1 hati , 6 prinsip, 5 langkah..

1 hati, (1 Hati anugerah Allah yang Maha Esa kepada semua makhluknya)
Ehsan perbuatanku

6 prinsip (6 Rukun Iman)
Allah tujuanku, (Percaya Kepada Tuhan)
Malaikat mencatat perbuatanku, (Percaya Kepada Malaikat)
Nabi dan rasul teladanku, (Percaya Kepada Nabi dan Rasul)
Kitab suci pedomanku, (Percaya Kepada Kitab)
Hari Kemudian cita-cita ku, (Percaya Kepada Hari Kiamat)
Ikhlas dan tawakal sikapku (Percaya Kepada Qada' dan Qadar)

5 langkah (5 Rukun Islam)
Pengabdian kepada Allah syahadatku, (Mengucap 2 kalimah Syahadah)
Solat karakterku, (Sembahyang 5 waktu)
Puasa bentengku, (Berpuasa di bulan Ramadhan)
Zakat keluarkan potensiku, (Membayar zakat)
Haji derap langkahku.. (Menunaikan Haji di Kota Mekah)

Itulah ESQ Satu Enam Lima...

ALLAHU AKHBAR!!!!

10 comments:

lupekanje said...

apa misi dan visi ESQ ni?

aNIe said...

Salam Tiny...adik ipar akak selalu pergi Training ESQ 165...dia mengakui ianya memang hebat...banyak juga dia memberi buku2 dan nota yg dia dpti dari Training tersebut...

lupekanje said...

wah..lagu dia cam lagu Red Army Russian...heheh..
ok...keep up dgn aktiviti yg sihat ini...moga mendapat peningkatan iman dan takwa...

Cikgooden said...

aku pun supa acik jugak. tertanya2 apa la benda RSQ 165...kalu 786 tahu la, banyak geng depa juai karpet dengan bukak restoran...

tgk la...bila2 nak pi risik2...blog kak sri diah pun duk cakap bende ni gak..

bozzobattousai said...

dasart ESQ 165 nih...

zino said...

selalu juga dengar cerita ni...

AHMOI said...

ermmm...pembentukan rohani rupanya...

Kaktiny said...

lupekanje > misi dan visi dia simple je acik.. berniaga + beribadah + berjihad di jalan Allah... (agaknya lah.. tu pandangan tiny jer.. hehehhe) – tapi program ini boleh buka mata hati kita utk sedar akan kewujudan diri dan kembali kepada Pencipta.. kita ni cepat lupa dan alpa kan... sekurang2nya program ESQ ni dpt ingatkan kita kembali.. tak ada yg baru pun.. rukun iman dan rukun islam.. Cuma yg barunya adalah penyampaiannya menggunakan logik akal dan peralatan modern sesuai dgn arus teknologi dewasa ini...


aNIen> kalau ada peluang, pergilah kak... ia bukan ilmu baru tapi pendekatan baru berdakwah sejajar dengan zaman kita skrg ni yg mementingkan inovasi sains dan teknologi… berdakwah secara modern di samping penerapan ilmu dengan gaya tersendiri… baca nota je tak ‘masuk’ sampai mata hati kak.. pergi sendiri, rasai dan tanya hati dan iman…


lupekanje > tak kiralah acik oii.. lagu mcm apa pun.. yg penting message yg disampaikan.. mmg terkesanlah acik… berdakwah secara modern, berniaga secara sihat.. mmg tiny amat mengesyorkan semua pergi training ni…


Cikgooden (Selumbar Emas). > dulu blog si rudy bluehikari pun dh lama ckp pasai benda ni… kak sri diah – depa satu company dh hantar staff diorang pegi.. ada rezeki danmasa, pergilah cikgu.. semoga dpt sesuatu di situ – bukan penemuan baru tapi penajaman mata hati berpandukan akal yang waras… itu sahaja.. tak tahu bg yg lain, tapi ia amat terkesan di hati tiny..



bozzobattousai > bukan ESQ tu yg dasyat, anugerah Allah tu yang MAHA HEBAT…
Program tu sekadar dakwah yg disampaikan dengan menggunakan pendekatan sains dan peralatan teknologi terkini dan cara modern sesuai dgn zaman kita skrg ni yg semuanya nak GEMPAK dan HEBAT… kalau ceramah dlm masjid, KOMPEM 10 MINIT SEMUA HILANG!!!!...


zino > ada rezeki dan peluang, pergilah sertainya… dalami lagi ilmu yg sedia ada..


AHMOI > pembentukan rohani + pembentukan sumber tenaga manusia (HRD).. mempunyai pekerja yang cemerlang IQ dan ESQ… mcm budaya Jepun, cumanya Jepun ada 1 (hati) tapi tak ada 65 (Rukun Iman dan Rukun Islam).. tapi mereka ttp percaya kerana EQ mereka tinggi..

Kash said...

Misi - bekerja sekuatnya membangun peradaban manusia dengan mengikuti jalan dan panduan Rasullullah SAW berlndaskan nilai2 Al Asma Ul Husna

Visi - Pertemuan kita dengan Allah SWT diakhirat di dalam syurga

Wallahua'alam

Kaktiny said...

satria165 > ya betulll... banyak lagi pengisiannya... Alhamdulillah..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.