Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, June 10, 2009

Hadiah Ulangtahun – 06.06.09...


06.06.09 adalah ulangtahun perkahwinanku yang ke-5...

Sepatutnya rancangan kami hendak ke Medan, Indonesia – tiket dah tempah, persiapan semua dah buat... TAPI... Allah Maha Mengetahui.... rancangan TERPAKSA DIBATALKAN DI SAAT AKHIR...
abang tak dapat cuti pada hari jumaat tu dan kena standby on Saturday sebab ramai yang dah apply cuti (maklumlah cuti sekolah..) dan lagi, hari ahad tu ada kenduri kahwin sepupu abang (anak abang MIL - bapa saudara abang) di Puchong...

Mulanya agak kecewa dan pelbagai rancangan difikirkan utk ’meraikan’ hari tersebut...
Namun, ada sahaja batasan dan halangan yang menimpa...

Dek kerana kecewa, maka aku lucutkan segala harapan untuk ke mana-mana...

TETIBA tanganku GATAL browse laman ESQ (dh lama nak pergi tapi hajat sering tak kesampaian..)... dan katanya Program kali ini akan dipimpin oleh Pengasasnya sendiri... Dr. Ary Ginanjar Augustian... tarikhnya 5, 6 dan 7 June 2009 (Jumaat – Ahad) di PICC Putrajaya.

Aku minta izin abang... dia agak keberatan... aku ajak dia sekali.. aku kata ia hadiah utknya sempena ulangtahun perkahwinan kami... TAPI DIA MENOLAK MENTAH... (kecewa sangat...) dan abang juga kecewa sebab aku bertegas untuk hadiri kursus tersebut... (hmm... 1-1)...

Dengan hati yang masing2 bercampur-baur.. abang hantar aku ke training di PICC sambil mulutnya tak henti melafazkan kecewa sbb esok 06.06.06 aku ‘tak ada bersama’ utk raikan hari ulangtahun perkahwinan kami… dan aku juga menyatakan rasa kecewa sebab abang TAK DAPAT CUTI dan ikut aku pergi training!!!!...
Maka pada hari itu…. Pergilah aku ke training tu dan abang pergi kerja….

Petangnya… habis training… abang ambil aku di PICC…
masuk je kereta terus aku peluk abang dan mohon ampun… dekat setengah jam jugaklah aku menangis rasanya… dan Alhamdulillah… abang dah tak marah pada aku lagi dan redha serta beri keizinan utk aku ikuti training keesokan harinya…

06.06.09…
Petangnya sesudah training…. abang ambil aku di PICC dan kami ke Secret Recipi utk meraikan hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-5.. makan malam yang simple…+ beli kek utk sambut ulangtahun kami (bolehlah...) dan terus ke rumah bapa saudara abang di Puchong… (esoknya kenduri kahwin sepupu abang)…

Ulangtahun ini, kami sambut dengan sungguh simple tapi meriah sebab MIL, FIL, ipar duai, sedara mara abang ramai yg turut meraikannya… ALHAMDULILLAH…

Sempurna sungguh perancangan Allah.. sedangkan awalnya kami membuat ribuan rancangan tapi SATU PUN TAK MENJADI… rancangan Allah jua yang Maha sempurna dan bermakna…

SUBHANALLAH!!!....

Hadiah ulangtahun perkahwinanku daripada abang adalah..... KEIZINANNYA membenarkan aku pergi TRAINING ESQ..

Dan tanggal 06.06.09 takkan aku lupakan – sempena ulangtahun perkahwinanku yang ke-5 ini, hadiah berharga yang aku dapat adalah:

1) Mengikuti Training ESQ dan menjadi keluarga besar ESQ165
2) Dijemput sebagai tetamu untuk Makan Tengahari bersama Dr. Ary Ginanjar - aku pun tak tahu kenapa aku salah seorang yang dipilih mereka… aku bukan sapa-sapa… tanpa pangkat, tanpa gelaran, tanpa nama besar (‘tiny’ je namaku dan diriku se’tiny’ namaku meskipun saiz badan is the other way round…)… hanya Allah yang lebih mengetahui…
3) dapat signature Dr. Ary sendiri di buku ESQ…

SUBHANALLAH…. Sesunguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat kurnian Allah kepadaku…

Cerita di ESQ?... esoklah sambung eh… ngantuk.. sisa-sisa sakit gigi masih terasa… sebijik pain killer, antibiotic dan ubat apa tah satu lagi nih… ku telah sebelum tido…

Salam 165!!! PAGI!!!!!!!.....

9 comments:

nadahahs said...

hepi belated anniversary... anywhere, anytime, anyway... huhu

eddie dewanaga said...

beb, sama date dgn ulangtahun perkahwinan Dato' A.Rahman Hassan...
dia punya 6 Jun 1969.

dah 40 tahun beb...
anyway, tahniah...!!!

Haruhiko Shimanouchi said...

Salam buat saudara seislamku,
saya search about ary ginanjar augustian dan blog saudari menjadi tarikan pertama utk saya layari, tersentuh saya akan cerita saudari hingga air mata menitis mungkin rasakan kebesaran Allah...saya juga merupakan angkatan kl34

iina said...

Tahniah & semoga ulgthn yg lalu dimakbulkan segala hasrat. So dh plan p cuti mana2 ke?

kakpiah said...

hepi belated eniberseri kak!!
semoga hang bahagia dan aman selalu..

aku caya jer part yg hang nangeh dlm keta sampai setengah jam tu..
wakakakaka..

hang mmng banyak stok ayaq mata.. tgh gelak pon hang buleh balon keluaq segelen ayaq mata..
hehehe..

aku pon ghindu kat hang gak..
kalo jumpak nanti aku nak tampaq laju2 pipi hang.. bukan pa.. nk tulong bg ilang gigi tu.. senang hang tak yah saket gigi dah lepaih nih..
ahahahaks!!

Kak Long said...

salam semut, muah muah

Kaktiny said...

nadahahs > terima kasih…. Elly sihat?.. anak2 sihat?.. salam utk elly dan peluk cium utk anak2 yer… esp. sufi…


eddie dewanaga > kagum sgt pada mereka2 yg perkahwinannya bertahan puluhan tahun.. teringin sgt ikuti jejak langkah mereka yg kekal bersama sehingga nyawa terpisah dari badan… doakan yer bro… tq..


Haruhiko Shimanouchi > Salam 165... Angkatan KL34.. samalah kita yer… (saudara bersama selamatkan belon tak?.. hihihihi)…


iina > terima kasih sahabatku.. cuti?... kena frreeeezzzzzeeee..... tahun depan la kot.. hihihihi


kakpiah > time kasih le dik ros oii....kehkehkeh...
Kaktiny tau, hangk nak penampaq aku pasai hang rindu dendam kat aku kan kan kan... supaya aku dh tak dak alasan nk COTI-COTI MC lagik kan kan kan... hihihihi


Kak Long > ESQ…. (GO, GO, GO)…. ESQ…… (FIGHT, FIGHT, FIGHT)…. ESQ…. (WIN, WIN, WIN)…. ESQ…. (YES!!!!)… PAGI!!!!...
Kita dh pun GO, FIGHT and WIN kan sahabat kan… nanti kita pi recharge sama-sama k... salam semut, muah muah…. Hihihihihihi……

AHMOI said...

WALAUPUN DAH TERLEWAT..NAK UCAP GAK...SELAMAT PENGANTIN LAMA..HEHEHE..SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR NYAWA...

kamar hati said...

selamat ulang tahun tuk akak & husband k...semoga bahtera yg dilayari ini terus berkekalan & berbahagian tuk selamanya....semoga semua yg terbaik aja buat akak & keluarga... (",)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.