Aku jadi lucu bila ‘mendengar’ orang sedang bercakap dengan nada ceria dan ‘jelas’ tetapi tetiba “BERBISIK” untuk satu perenggan ayat…
Hehehehheheee…. Aku tahu.. ‘perenggan ayat’ yang dibisikkan itu… ADA NAMA AKU.. kan kan kan.... kehkehkeh... (alah.. aku tahu ’tektik’ tu.. SBB AKU PUN MACAM TU... malah mungkin lagi OTAI.. tapi dulu la DULUUU... sekarang aku dh ’kurangkan taringnya’.. tunggu masa nak patahkan jer... meskipun susah..)
Sekarang aku sering tersenyum sendiri di bilik ini... andai ada yang menyatakan aku gila.. AKU REDHA... sedangkan Nabi Junjungan mulia, Muhammad S.A.W juga orang katakan Baginda gila ketika menyebarkan syiar islam... apatah sangat aku ni yang andai orang panggil gila kerana senyumkan orang orang yang sedang ’makan daging aku’.. kehkehkeh....
Gigit yang tidak sakit di badan tapi sakit di hati adalah ’gigitan manusia yang makan daging kita secara terangan’... tapi sakit itu bukan hak aku untuk mengerang... aku pulangkan pada Allah untuk menyembuhkannya...
Yang pasti.. sekarang ini aku ingin bersihkan jiwa aku sendiri... aku nak hilangkan perangai2 suka makan daging sesama insan nih.... dulu aku memang JAGUH gak bab ”mengayam ketupat cicah rendang daging orang nih...”
Camner nak slowkan eh?... adushhhhh..... ni ler salah satu KELEMAHAN KETARA AKU.. aku rasa kat akhirat nanti.. INILAH ANTARA PUNCA YANG BUAT AKU SURE KENA TAHAN KAT PINTU SYURGA (tak dpt langkah masuk terus) sebab HOBI mengayam ketupat cicah rendang orang nih!!!!....
Apa nak heran.. dulu aku ’rajin’ sgt dok BERKETUPAT RENDANG pasal orang... sekarang, tanggunglah kalau orang nak berketupat rendang pasal aku… (cumanya, jika boleh, hulurkanlah maklumat tentang diri aku yang benar2 kalian BENCI agar dapat aku ubah sikap ke arah yang lebih baik!!!....)
”What goes around comes around kan..”. Dan andainya dengan itu dapat menghapuskan dosa aku dan menambahkan pahala aku juga peluang aku untuk mendapat keampunan dan keredhaan Allah… SUNGGUH AKU REDHA…
YA ALLAH... AMPUNI AKU... mulutku, lidahku, lafazku... aku benar-benar memohon keampunan-Mu Ya Rabb...
Benarlah kata bijak pandai:-
DIAM LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP...
BERCAKAP BILA PERLU..
JIKA TIADA BERITA YANG PERLU, MAKA DIAM ITU HARUS!.
TAK... SUNGGUH..... aku tak marah pada sapa yang nak ‘makan daging’ aku... silakan... malah aku ampunkan dosa kalian yang mengumpat dan mengata aku... jika benar2 kalian BENCIKAN AKU...
CUMANYA..... AKU???!!!!!!.... MACAM MANA AKU NAK BELAJAR DIAM HAH????!!!!!!.....
p/s: dengan buku amalan baru nanti.. aku benar2 ingin mengurangkan markah sebelah kiri catatan... dan melebihkan catatan di sebelah kanan bahu... Ya Allah.. berikan kekuatan kepadaku dan aku mohon petunjuk-Mu Y Allah agar aku tidak sesat di jalan yang terang... tidak tergelincir dari orbit islam.. Allahu Akhbar...
6 comments:
it's ok... takde sapa yg perfect dlm dunia ni.
kaktiny, salam nisfu sya'baan !
eddie > bab tak perfect tu mmg betul... tapi bab balasan Allah pun betul gaks.. huhuhuhu....
Mr.Penyubiru > salam nisfu syaaban... malam ni buat tahlil and kenduri doa selamat...
Diam lebih baik dari bercakap tapi ada masa kalau dah kena provoke tu cam aku la jadinya hehehe..... Kalau tak dah jadi taraf orang pasrah la pulak....biarlah....biarlah....kesian kat dia takde budi bahasa.....huhuhu...pening kepala tak abis lagi selepas meeting semalam. Pasal terover menembak sedas- sedas. Bila fikir balik macam tak percaya je, aku ke yang bercakap cam gitu. beraninya aku ngeeeeeeee (dalam hati takut gak kena mark dgn big bos kat sana) Apa la yg dia fikir tentang aku? Agaknya lepas ni popularke aku? hehehehe. Aircond takdak kat opis aku pening!
Salam,
Cara untuk diam...
Kira berapa patah perkataan kita sebut tiap kali bercakp :P
(mujarab ni,ni petua adik)
lepas tu fikir berguna tak patah kata ribu-ribu tu:)
kaklong > hihihi,, aku paham perasaan hang.. kahkahkah
mus > adoi (sambil tutup muka)... rasanya kaktiny kena pakai mask tutup mulut tu la.. baru DIAM skit kot.. hihihihi
Post a Comment