Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan....
Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.
Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.
Sumber dipetik daripada Artikel Dr.MAZA.
*************************************************************************************
Bulan ramadhan ini, Boss memperlahankan aktiviti kerjanya, memberi tumpuan kepada ibadah untuk bulan mulia... bila boss kurang aktiviti secara automatik aku pun kurang kerja (kurang ker???.. or mmg tak ada???.. hihihi)
Jadinya aku banyak masa (time ni aje ke?) untuk membaca. Terbaru, aku baca tulisan-tulisan Dr. MAZA .
Apabila sampai kepada artikel di atas, aku rasa terpanggil untuk buat entri (hajat hati nak rehat daripada memblog sepanjang ramadhan nih.. hehehhe).
Bukan apa.. aku terasa terpukul sangat dengan tajuk “Jangan Lebih Lajak dari Laju” ni..

(banyak gak lagi yang lain-lain yg aku terasa cam kena penampar 18 kali, kena tembak 77 das, kena palu 45 kali dan yang rasa cam kena sula pun ada gak.. banyak sungguh kesalahan demi kesalahan yang aku buat.. bilalah nak insaf dan benar2 bertaubat ni?. ..)
Ini salah satu daripada sikap buruk aku.. ‘menjatuh hukum sebelum waktu pada yang bukan hak”.. perangai yang sungguh buruk dan sungguh teruk.. sewenang-wenangnya aku jatuhkan hukuman pada orang dengan menilai buruk orang serta meletakkan darjat seseorang itu di hati aku..
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Pantang kalau ada orang buat salah dekat aku, mulalah aku jatuhkan hukuman bahawa org tu akan terima balasan dari Allah kerana “menganiaya aku”, (KONON)!! macamlah aku ni baik sangat sampai tak boleh diuji dan dikeji!!!... macamlah aku ni bagus sangat sampai tak boleh dijentik dan diherdik!!!.... PERASAN YANG AKU SELALU BETUL DAN BAGUS!!!!... tidaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........
Pantang ada terdetik di hati tentang ‘salah laku’ atau ‘silap cara’ orang di mata aku ni, mulalah aku mengeji dan memaki dalam hati, mengutuk mengata semahunya. Membandingkan dengan ‘kemuliaan’ aku (KONONNYA.. POODAAAAHHH)!!!... tapi aku tak sedar.. aku juga berdosa dan pahalaku dihakis dek dosa yang menimbun.. Astaqfirullah’ alaziiimmmm..... huhuhuhu..... (aku benci sudut diri aku yang ini.. bluweakk!!)
Ya Allah.. ubatilah hatiku ini dengan cahaya keinsafan.. sembuhkan jiwaku yang sakit ini dengan hidayah rahmat-Mu Ya Allah... sesungguhnya hanya pada-Mu aku berdoa dan memohon keampunan.. petunjuk dan rahmat agar jalanku tenang dan kembaliku pada-Mu dengan senang.. Ampuni aku Ya Rabb..

Semoga taubatku Allah terima, semoga aku diberikan pengampunan oleh-Nya, semoga aku diredhai oleh Yang Maha Pencipta dan semoga aku tak "terlebih lajak dari laju".. amiinnn
Kepada semua: Penuhilah 10 malam terakhir Ramadhan ini dengan ibadat, semoga kita menemukan Lailatul-Qadar.. malam seribu bulan.. dan semoga kita semua mendapat pengampunan, hidayah dan rahmat Allah.. Amiiinnn....
12 comments:
Salam Ramadhan Tiny...
Setiap dari kita punya kelemahan tersendiri... Moga Allah mengampunkan dan membuka jalan hati kita untuk terus berusaha memperbaiki diri...
Salam Tiny,
Dulu, masa kak tie muda2, memang kak tie selalu fikir gitu, mudah benar buruk sangka, mudah benar jatuhkan hukum pada seseorang.
Tapi, sejak meningkat senja ni, baru sedar, segalanya rahsia tuhan. Kak tie ada sedikit sebanyak pengalaman, pahit dan manis. Kerana itu, kak tie dah sedar, kita tidak berhak menilai seseorang... itu kerja Allah...
Alhamdulillah, hati kak tie lebih tenang, walaupun rasa sedih, dan pernah dihina, kak tie maafkannya... mungkin dosa kak tie lebih banyak lagi dia...
Benarlah kdg perlu kita bersangka baik.. tapi hati kita nie cam nak juga bersangka buruk kan.. aku pun gitu gak kdg2.. eloklah kita saling ingat mengingati ;) Insyallah
Aku juga manusia yang kaya dengan kekurangan.....
Itulah dia 'Fitrah Manusia' tiny .....!!! mengucap ajerlah bebanyak dan minta keampunan dari Allah. Sesungguhnya tiada insan yang sempurna.
SELAMAT HARI RAYA....!!!!
betul tu....aku pun sama gak...sedang berusaha memperbaiki diri. semakin cuba jadi baik semakin banyak ujian baru. bukan mudah rupanya nak luruskan hati....insyaallah kita sama-sama laluinya...Selamat Hari Raya maaf Zahir dan Batin
hmmm...terkedu...fitrah manusia kak...apa pun moga sama2 kita memperbaiki setiap kekurangan diri ni...
Selamat Hari Raya kak....raya mana tahun ni??? klau kat Kulim, mai la umah Kamar tau... hihihi... (",)
Su > betul tuh.. tiada satu makhluk Allah yg bernama manusia ni yang sempurna... semoga di ampunkan Allah hendaknya... dan semoga sentiasa dapat memperbaiki diri.. amiinnn...
Kak tie > takut la kak.. jiwa ni rapuh sangat... malu pada Allah.. Dia yang Maha Agung pun tak sewenangnya menjatuh hukum pada hamba-Nya.. tapi tiny ni.. aduh duh duh... maluuuuuu.... nak kena belajar tenang dan muhasabah diri banyak2 la tiny ni kan kak tie kan kan kan... huhuhu..
Iina > nak bersangka baik tu payah rupanya sbb dlm sentiasa bersangka baik, TIBA-TIBA ‘dikenakan’.. dan ‘perkara’ tu ‘menghantui’ diri sepanjang masa.. pastu mulalah perangai ‘syak’ dan ‘bersangka buruk’ ni timbul... aku bengang dgn diri aku nih.. huhuhuhu...
ckLah > saya pooonnnn ckLah... huhuhuhu... malu dgn Allah... malu nk berhadapan dgn Allah... takut nak ‘kembali’ ke sana dgn hati yg masih bersyak dan bersangka buruk macam nih.. huhuhuhuhuhuhu...
tokma > betul tokma.. sekarang ni, kalau rasa ada je yg terlintas nak ‘bersyak’ atau ‘bersangka buruk’, mmg sentiasa mengucap.. takpun, alih cerita / ingatan ke perkara lain.. tapi perangai ni macam bayangan hantu la kak... suka nk jelma!!.. huhuhuu...
kaklong > betul kan.. bukan mudah nak bersihkan hati.. dan mmg sukar nak buang lingkaran kepala2 setan tu!!!.... ada sahaja pintu hati yg diketuk dan dimasuki... aku benci betul... kita sama2 ingat-mengingati yer... (nanti kita pi recharge sama-sama k...) hihihi...
kamar hati > semoga kita sentiasa beringat dan diberi peringatan oleh Allah agar tak lalai dan leka dan tidak mengikut nafsu dari tiupan syaitan yg sentiasa mengganggu... amiiinnn...
pss... raya ni kaktiny balik kulim.. datangler rumah.....
perbanykkan istigfar, inshallah
salam kakak ku cayang...rupernyer akak tini kakak amir yer...selamat hari raya kak..
eizam > betul kan.. banyakkan istigfar.. teringat jer nak mengata orang, baik istigfar daripada teruskan mengumpat.. akan dipraktikkan.. InsyaAllah..
ahmoi > ani kenal ker ngan si amir tuh???.. penah jumpa ker??.. sekolah sama ker?.. (isy.. pe hal plak yg nk tau lebih2 nih.. kehkehkeh).. kan dari dulu kaktiny dh mention nama adik kak tiny yg dua ketui tu... hahaha..
betul ..istirghfar at least 70 atau 100 kali seblum masuk tidur di malam hari (sunnah nabi)and maafkan kesilapan org lain (seolah-olah esok kite tidak bernyawa). amin..bila celik esok, anggap tuhan bagi chance kat kite lagi...
kalau manusia itu mengerti azab kubur, pasti masuk kembali ke dunia walau sesaat beramal walhal yg mati tetap tidak akan kembali...
salam aidilfitri to tiny & rizal sekeluarga dari myself and nurul dan angkatan tentera kami. faheem and hannah...
Post a Comment