"Ibu.. kakak nak bagi lagu ni untuk ibu. Ibu dengarla" (sambil tangan dia pgang pipi aku tak bagi pandang tempat lain, kena tengok MUKA DIA jer.. alahaaaiii anak..).. Dan dia nyanyi...
Lirik yang aku perasan (setelah diulang suara melebihi tahap penyanyi profesional berlatih.. aduh duh duiihh....)..
"Ibu, kaulah wanita yang mulia,
Derajatmu tiga tingkat dibanding ayah..
Kau mengandung, melahirkan, menyusui
merawat dan membesarkan putra putrimu
Ibu, Kaulah wanita yang mulia
Derajatmu tiga tingkat dibanding ayah"
==================================================================
Mula tu aku confius jugak... lagu apa yg anak aku nyanyi nih hah??.. tak penah dengar pooonn...
Pastu aku tanya la dia..
Aku : Kakak... kat sekolah diorang ajar lagu ni eh?.
Anak : Tak ah...
Aku : Habis tu, cam mana kakak tahu lagu ni? Sapa ajar?.
Anak : Kak Lia... (maid akuuuu!!!)..
Aku : Laaaa..... (patutlaaaaa... cam tak penah dengar jer lagu ni selama aku jadi anak sampai aku jadi ibu ni hah!!)..
Aku pon google la lirik lagu yg si nureen nyanyi.. dan inilah hasilnya...
ooooo... ini rupanya LAGU YG ANAK POMPUAN AKU SI NUREEN TU NYANYIKAN / TUJUKAN UNTUK AKU...
(iye lah nak.. ibu terima nak.. terima kasih sayang... hihihihi...)
(nureen dan zaqwan kongsi kad Hari Ibu yg nureen buat.. hehehe)
------------------------------------------------------------------------------------
Sempena hari ibu juga, aku sempat 'create idea' bernas nk SURPRISE kan mak mak (mak aku dan mak mak sedara..).. sepatutnya malam sabtu lepas ada jemputan makan2 di rumah mak sedara di Damansara, tapi kami anak-anak ni, berpakat TAKNAK PERGI.. tapi sebenarnya kami buat SURPRISE dgn bagi kek sorang sebijik.. hah!!.. mmg menjadi la.. best adik beradik dan cousin2 tersayang aku semua tuh.. hihihi..
(muka-muka terkujat marah campur suka mak mak tersayang.. di kiri sekali yg berbaju biru adalah bondaku tersayang.. tengah tu mak uda dan hujung sekali mak ngah.. hihihi)..
MAK.. I LOVE YOU FOREVER!!.. SAMPAI AKHIRAT MAK TETAP KU SAYANG!!..
================================================================
Habis cerita kat Damansara... esoknya abang bawak bercuti ke Melaka... cari punya cari hotel, dapat la D'Village Resort (semangga-mangga chalet yg tinggal... semua ni gara2 ad-hoc plan!!.. dok menapak hotel ke satu hotel.. NAN ADO.. fully book!!.. fully book!!)..
(anak-anak seronok berendam.. aku jadi life guard dari atas kerusi jer la.. malas nk berbasahan.. hehehe)..
Ajak Mother - In -Law datang melaka.. lepak chalet..hihihi...
(abang dengan bonda tersayang... ibu mertuaku yang sporting sangattt... naik river water cruise.. tapi, tengah perjalanan.. hujan daaaa... bercanda dlm hujan le kitaorg... kehkehkeh)
(makan ikan bakar di Parameswara - Umbai-Pernu, Melaka... pergghhh... sedap weihh.. hihihi)
(celebrate mother's day di Secret Recipe.. comel jer mak mertua tiup lilil tecit tuh.. hihihi).
Pendek kata, ringkas cerita... MMG MERIAHLA sambutan hari ibu tahun nih...
KERANA... AKU DIRAI SEBAGAI IBU.. AKU MERAIKAN IBUKU.. JUGA MERAIKAN IBU MERTUAKU.....
Betapa bersyukurnya aku pada Illahi kerana menganugerahkan anugerah ini kepadaku... MENJADI IBU.. MASIH MEMPUNYAI IBU DAN MEMPUNYAI IBU MERTUA... sunnguh aku BERSYUKUR!!.. TERAMAT BERSYUKUR!!...
(note: hari-hari pon hari ibu kan kan kan... kehkehkeh...)
..
18 comments:
selamat hari ibu....
m.q > terima kasih adik sayang...
bagus bibik yu yang....
selamat hr ibu yek...
.
lagi satu... sori la yang... tak dapat jumpa tu hr...
.
tasek > tu ler.. aku syak lama dh dia berguru ngan maid aku.. bukan senang nk hafal lirik tuh... hahaha...
pasai hari tu, takpa.. tak dak jodoh nk jumpa.. lenkali aku terjah lagik eh.. kehkehkeh...
Happy mother days.. selamat meraikan dan diraikan hehehe ;)
iina > aah la.. aku diraikan dan meraikan eh.. hihihihi...
Selamat sudah.....
Tahniah kerana punya ibu-ibu yang mengasisi...
happy belated mother's day kak tiny :) kalau ada email, bleh anto kad hari ibu~ YB pun dah dpt, ngeh3x
cklah > mmg bersyukur sgt dgn anugerah ini... alhamdulillah..
othman juliana > tq tq tq.. hihihi... ada la email nyer.. ciktiny@gmail.com... tawon depan bagi tau.. hahahaha...
kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapak takde tolok bandingnya,
salamm,
wah meriah sungguh sambutan hari ibu tahun ni. Tentu awak rasa dihargai sbg ibu dan dpt pula menghargai ibu dan ibu mertua.
wah! selamat belated hari ibu. hihi..
seronoknya tengok.tertiba jer rasa nak jadi ibu jugak.hihi
Sedihnya tokma....memang tiny bertuah, sementara ada hargailah mereka.
Mak/abah kandung dah takda apalah lagi mak/ayah mertua...tumpang senyum kegembiraan kwn2 dari jauh.
Tokma anak yatim piatu.
selamat hari ibu kak tiny..
jgn lupe jawab tag org tauuuu ;)
tunbegia > ye ye… setuju.. saya amat berterima kasih kepada kaum ayah.. kerana membolehkan kami klaum ibu bergelar “IBU”..
Yunus Badawi > mmg sungguh meriah.. terasa amat bahagia.. tak sangka pulak anak sebesar 5 tawon itu pon tahu ‘Hari Ibu’ nih… dan mmg bahagia sgt jadi ibu, ada ibu dan ada ibu mertua.. sungguh bahagia…
Mr PenyuBiru > Hari Ibu mana ada BELATED… sebab HARI HARI PON HARI IBU kan kan kan... kehkehkeh… mmg best ooo jadik ibu.. SERIUS!!.. hihihi….
Nak jadik ibu??... tahan ker mengendong perut 9 bulan dan nk meneran lepas 9 bulan tuh??... laki saya kata, dia tak sanggup.... tgk baby kuar pon dia rasa nk pengsan.. sampai doktor suruh dia bertenang.. (patutnya dia yg tolong tenangkan saya dlm bilik bersalin tuh.. konfius aku weih.. ) hahahaha.....
TOKMA > tokma jgn sedih sedih… tokma dh pon menjadi anak yg PERFECT utk ibu dan mertua… sekarang, giliran tokma utk rasa dihargai dan disayangi anak2.. bukan setakat anak2.. tapi cucu-cucu, anak sedara, adik2 ipar duai, semua sayang tokma..
Ni hah…. Jiran no. 23 ni pon SAYAAAAAANNNGGGG tokma sangat2... hihihii... jgn sedih sedih yer tokma afiff + nureen tersayang.. hihihi...
masy > terima aksih utk ucapan itu...
tag??... smart tag ker??.. hahahaha.... ko ni kan.. baru cadang2 nk ngelat... kahkahkah...
Post a Comment