Semalam kecoh memperkatakan tentang email yang diterima oleh rakan sejawat berkenaan isu FATWA PENGHARAMAN LATIHAN ESQ DI KUALA LUMPUR.
Berbincang, bertukar pendapat, berdiskusi pelbagai rentak bahasa dan gaya..
PANEL PERBINCANGAN :- adalah KAMI yang pernah dan telah MENGHADIRI TRAINING ESQ ini..
Usai di pejabat, bawa pula ke rumah.. bincang dengan abang..
Kesimpulan yang aku buat:
Pertama: SEDIH.
Sedih kerana ISU ISLAM bertelagah di kalangan MUFTI. Juga sedih kerana ’Mufti’ menyebut ’NAMA PENGASAS ESQ’ secara terang-terangan.
Persoalan: Sudahkah Mufti KL berjumpa sendiri dengan Dr. Ary untuk bertanya lanjut tentang ’latihan’ yang dibawa itu?. Sudahkan Mufti KL memanggil Mufti-Mufti seluruh Negeri di Malaysia – berbincang dan BERSETUJU dengan SATU PERKARA YANG SAMA?. Kenapa ada PERCANGGAHAN PENDAPAT TENTANG ISLAM?. Sedangkan Islam itu datang dari sumber yang sama – rujukan yang sama ”AL-QURAN dan AS-SUNNAH”. Subhanallah!.
Kedua: KELIRU.
Keliru kerana yang mengeluarkan Fatwa adalah MUFTI Wilayah Persekutuan. Sedangkan Panel Syariah ESQ bukan calang2 orang... merupakan MANTAN-MANTAN MUFTI.. juga mereka yang ’pakar’ dalam bidang-bidang pengkhususan dalam Islam. 13 NEGERI DI MALAYSIA ’mengiyakan’ ESQ ADALAH AJARAN ISLAM YANG BETUL, tidak melanggar Syariah.. tetapi 1 NEGERI ”MENGHARAMKAN” ESQ dengan menyatakannya MENYELEWENG??. Ini benar2 mengelirukan terutamanya bagi ALUMNI ESQ!!. Apakah ’kami’ ini (bersama mantan2 Mufti serta mufti-mufti yang ’mengiyakan’ ESQ) ini mengikuti ajaran sesat?. Sedangkan masih menganut agama yang sama dengan syahadah yang sama, menjalani Rukun Islam yang sama, mempercayai Rukun Iman yang sama.. hanya kerana telah mengikuti 'training tentang ESQ' maka di katakan 'sesat'?. Astaqfirullah!.
Ketiga: SYUKUR
Syukur sangat kerana dengan ”PERTELAGAHAN” ini DIHARAP agar ’KEBENARAN TERSERLAH” dan tak kira siapa betul atau siapa yang salah, semoga SEMUA PIHAK AKAN LEBIH CENDERUNG UNTUK ”BERAMAL MAARUF DAN NAHI MUNGKAR” serta meneruskan DAKWAH ISLAM DENGAN SEBENAR-BENARNYA – KEMBALI KEPADA FITRAH serta AJARAN ISLAM BERLANDASKAN AL-QURAN dan Al-HADIS.. KUKUHKAN ISLAM PADA MASYARAKAT YANG KIAN KETANDUSAN ”ILMU AGAMA” ini..
(Peringatan untuk diri sendiri yang mempunyai ”AMANAH” untuk dibimbing yakni ”ANAK-ANAK” dan keluarga yang perlu dibentuk agar menjadi KELUARGA YANG SAKINAH!). Allahu Akhbar!!.
ALLAH JUA YANG MENGETAHUI KEBENARAN SERTA APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI...
KU SERAHKAN SEGALANYA KEPADA ALLAH
KU MOHON PETUNJUK DAN HIDAYAH ALLAH
KU HARAPKAN IHSAN DAN BANTUAN ALLAH
Innalillahi Wainna ilaihi rajiuun.
Bismillahi Tawakaltu ’Allallah!.
Agar Allah permudahkan segala urusan DI DUNIA dan AKHIRAT .
Ya Allah.. di pagi Jumaat penghulu segala hari ini, aku mohon pada-Mu dengan sesungguhnya..
Ampuni dosa-dosaku, dosa ibu bapaku, dosa suamiku, dosa anak-anakku, dosa kaum keluargaku, dosa sahabat-handaiku, dosa jiran tetanggaku, serta dosa seluruh umat Muhammad. Aku mohon, tunjukkan kami jalan yang benar. Tuntun hati kami agar kami sentiasa berada di jalan yang benar yakni jalan Islam. Perhatikan kami Ya Allah, jangan kami tersasar dari landasan agama suci Islam ini.. Jauhkan kami dari godaan syaitan yang sentiasa menghasut di setiap ruang dan melalui pembuluh darah itu!..
Aku mohon pada-Mu Ya Rahman Ya Rahim.. berkati, redhai, rahmati, serta anugerahkan hidayah-Mu Ya Allah dalam setiap langkah kami di dunia menuju ke akhirat, matikanlah kami dalam Husnul Khatimah, permudahkan urusan kami di ’sana’ nanti dan Kau berikanlah kami beroleh rahmat-Mu menuju Syurga-Mu Ya Allah.. AMIIIINNN...
.
8 comments:
huhuhu mcm2 hal.. harap2 dpt cepat diselesaikan kekeliruan ni.. kesian kat pihak2 yg terlibat huhu
diharapkan semoga cepat2 dapat disettlekan... insyallah, amin
saya pun baru dgr pagi td melalui seorang rakan.
Semoga dpt diselesaikan dgn betul utk mengelakkan kekeliruan.
Mcm2 isu ekk skrg nie?? Mesti ada sebab kenapa jadi camtu.. aku suspek ler.. ada yg dengki ke?? atau mungkin prihatin?? takpe kalau sememangnya betul.. yang benar itu akan sentiasa benar.. dan yang salah akan sentiasa salah juga ;)
Amiin..semoga doa dimakbulkan..akak juga mengikuti perkembangan ini.
Salam TINY,
Saya berkongsi perasaan awak walaupun mungkin tak sedalam yg awak alami kerana saya tak pernah menghadiri kursus ESQ tu.
Mungkin ini antara tanda2 akhir zaman. Semoga kekeliruan ini segera diatasi utk kebaikan umat.
ESQ tu pe menda kak tini?tak berapa phm.nape lately ni mpk msia asyik bertelagah jer.huhuhu
Hi Kaktiny, just dropped by say hello.
Have a nice day, Lee.
Post a Comment