Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, August 03, 2010

KAWAN OH KAWAN!.

Sebenarnya aku dh tulis cerita pasal Forum Khas ESQ tempohari. Tapi bila baca balik.. isy.. banyak pulak yang aku ngumpatkan dalam entri (draft) tuh… mengerikan plak kalau di upload nanti semua org dapat rasa sorang sikit dosa mengumpat aku tuh!.. huhuhu.. TIDAAAKK!!!..

Jadinya, hari ni tulis entri baru.

Perjumpaan dengan Kak Zu (member kelas Master @ UPM), sangat-sangatla menggembirakan hati... sekian lama dok berjanji manismu nak jumpa, tak terjumpa-jumpa.. akhirnya, ahad lepas, dapat jugak jumpa.. (setelah hampir 8 bulan tidak bertentang wajah)!.. hihihi...

Di antara intipati cerita kami.. PASAL KAWAN!!.. hahaha... lately aku rasa timbul semula 'isu kawan' ni di ’persekitaran’ aku. Sapa nak kawan sapa, sapa yang kawan baik depan mengata belakang, sapa yang berkawan untuk kepentingan, sapa yang nak ikhlas berkawan.

Rupanya topik kawan ni amat-amat menjadi isu sensitif.

Mendengar cerita kak zu bagai melihat diri di dalam cermin.. SAMA DAN SEIRAS!. Rupanya kak zu juga melalui pengalaman seperti yang aku lalui... (boleh amik tips drpd kak zu nih..)

Persoalan yang Kak Zu lontarkan kepada aku :-"Tiny tengok kak zu, tiny rasa kak zu sombong ker?. Sebelum kot-kot kita ’bergaduh’, kak zu nak sangat tahu pandangan orang pada kak zu!!"

HAHAHAHA... tergelak besar aku dengar kak zu tanya macam tuh.. bukan sebab soalannya lucu.. TAPI. SEBAB SOALAN ITU PERNAH AKU LONTARKAN KEPADA SESEORANG (mungkin lebih) TENTANG DIRI AKU!!.. (Aku pon sama.. asal berkawan dgn orang, mesti sampai satu 'tahap' org taknak kawan dengan aku!!... kahkahkah).

Nak berkawan tak susah.. TAPI NAK MEMPERTAHANKAN HUBUNGAN DAN PERTALIAN PERSAHABATAN ITU YANG SUSAH!!..

YA.. memang susah. Kenapa susah? KERANA NIAT!!..

BETUL!!.. Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, waima dalam BERKAWAN, NIAT ITU PENTING!.. barulah diikuti dgn yang seterusnya.

Untuk Bersahabat, ada 3 PERATURAN UTAMA yang perlu DIKEKALKAN!!.. (pandangan aku shj dan nasihat untuk diri sendiri!).
Pertama: NIAT
Kedua: Keikhlasan.
Ketiga: Tiada Kepentingan Peribadi /Agenda.



Aku bagi contoh (note: kak zu, pinjam nama kak zu jap eh.. hihihi):

CONTOHNYA:- Aku berkawan dengan Kak Zu kerana aku tahu kak zu seorang yang kaya dan pemurah. Aku juga tahu yang Kak Zu kenal baik dengan Prof Raduan yang merupakan penyelia projek paper aku. Kak Zu pulak memang cemerlang dalam statistik yang merupakan matapelajaran yang aku paling lemah dan suami Kak Zu merupakan pensyarah matapelajaran statistik aku itu!.

Ketiga-tiga PERATURAN UTAMA itu telah MUSNAH. Niat aku lari. Aku sebenarnya tidak ikhlas hendak berkawan dengan Kak Zu, melainkan semata-mata hendak menggunakan Kak Zu untuk kepentingan diri!!..

JIKA TERJADI DI MANA:-

1) Aku nak pinjam duit kak zu untuk bayar yuran, tetapi kak zu tidak bagi. AKU KECEWA!.
2) Aku nak minta kak zu bagitau prof raduan supaya luluskan viva voce aku, tetapi kak zui gagal melakukannya. AKU KECEWA!.
3) Aku minta kak zu pujuk suami dia untuk bagi markah lulus paper statistik aku, tetapi kak zu tidak boleh berbuat demikian. AKU KECEWA!.

Dan apabila KECEWA ITU MELANDA, aku mula JAUHKAN DIRI dari kak zu dan juga MEMBURUK-BURUKKAN kak zu pada orang lain dengan harapan menagih simpati orang lain supaya kasihankan aku dan sokong aku untuk turut sama membenci kak zu!!..

NAH.. LIHAT!.. KAWAN BEGINI TIDAK HARUS DIJADIKAN KAWAN!!... BOLEH BLAH!!...
(aku tidak marah jika kalian putuskan hubungan persahabatan dengan aku sekirannya aku ada ciri-ciri berikut).

MAKA ITU, dalam berkawan (seperti yang aku katakan pada kak zu), ianya umpama kita bekerja.

1) YANG ASAS : Kita ikhlas bekerja sebab kita sukakan pekerjaan kita!. TITIK.
- Kita berkawan sebab kita dipertemukan sebagai kawan.

2) Gaji @ Perhubungan :- Kita bekerja dan diberi gaji, itu adalah ’yang kekal’.
- Sebagai kawan, kita ada satu hubungan yang ”kekal”.

3) Kenaikan @ Bantuan: Kita inginkan dan kita minta kenaikan gaji dan diluluskan!. SYUKUR. Namun, andai tidak dapat pun tak apa sbb masih ada gaji bulanan.
- Kita minta bantuan kawan tetapi tidak dipenuhi. TAK APA!. Tiada masalah. Sebab mungkin dia juga mempunyai masalah yang kita tidak tahu!.

4) Bonus @ durian runtuh: Kita diberi sesuatu yang tidak disangka oleh kawan kita. Contoh hadiah hari jadi. TERIMA KASIH!. Itu rezeki kita kerana kawan menyayangi dan mengingati kita. Jika tak dapat pun tak apa kerana YANG ASAS MASIH ADA!!.


Jadinya, aku berkawan tanpa syarat dan tanpa muslihat!. Itu yang aku didik dan latih diri aku!. Jadinya jika aku bertemu rakan/ kawan/ sahabat yang menerima aku sebagaimana aku.. ALHAMDULILLAH.. dengan lapang dada aku menyambut salam persahabatan!.

Tetapi jika berkawan dengan aku, dengan ada niat tersembunyi, tidak ikhlas dan mencari untuk kepentingan peribadi. MAAF. Aku tidak layak bergelar kawan!.

Adakah aku sombong??.. Adakah aku ego??.. Adakah aku bongkak??? TERPULANG PADA YANG MENILAI!!!...

Kenapa aku menjadi begini?? KERANA KAWAN2 YANG MENGAJAR AKU UNTUK SEBEGINI!!!.. Aku belajar dari "kawan-kawan" yang pernah hadir dan singgah dalam hidup aku!.

Aku bersyukur kepada Allah kerana aku masih mempunyai kawan... terima kasih Allah kerana memberi kawan-kawan yang amat menyayangi aku dan aku amat menyayangi mereka...

Bagi aku.. kita tidak akan tahu benar atau tidak seseorang itu merupakan KAWAN kita selagi "BELUM DIUJI ALLAH" dengan ujian dan dugaan.. untuk itu.. - kredit yang paling mahal utk sahabatku Maiza @ kaklong... kita melaluinya... dan aku menghargainya.. LUV U 4ever!!-.. hihihi... juga sahabat di glasgow... sahabat2 di UiTM, di UPM.... sahabat di sandakan (juga rakan2 sekolah)... sahabat2 maya yg buat aku riang dan gembira sentiasa.. sahabat2 saudara mara rakan taulan... terima kasih semua... kalian menyinari hari-hari seorang aku...

Ya Allah.. Kau berkatilah umur, rezeki, kehidupan dunia dan akhirat semua kawan-kawan yang menyayangi aku dan yang aku sayangi Ya Allah... amiin.

(dan.. sahabat dulu kini dan selamanya yang terbaik utk aku adalah mak, ayah, kakak, suami dan adik-adik...)

.

21 comments:

kak tie said...

Kak tie pun ada rasa gitu juga.

Tapi kan... kak tie ni memang tak pandai nak mulakan berkawan. Kebiasaanya kawan yang kak tie pilih tak suka berkawan dengan kak tie...

Kawan yang kak tie ada sekarang ni adalah kerana mereka yang datang memilih kak tie dahulu, dan kak tie terima dengan senang hati.

iina said...

Kawan ketawa boleh dicari.. kawan menangis nan ado lahh.. setiap kwn kita tuh ada kepentingan gak.. baik tukg sapu.. tukg cuci.. tukg cat hahaha semua ada kepentingan dlm kehidupan.. yg penting kita tahu nk berkawan dan dikawankan hahaha..

ibundo said...

friends come and go. Your real friends are your family. My real friends are my family. They are the one who always lend their ears, share our tears and give their shoulders to cry on.

haha.. tongah mood cakap omputih lak.
tiny, walaupun ko tak masuk dalam kategori my real friend, tapi ko tetap kawan akak di alam maya and hopefully to meet u in the near future. Mungkin akak jadikan ko kawan sebab ada kepentingan HAHAHA.. pentol aku camana tiny. Ko dah beli ke. Camana nak amek..

kaklong said...

tiny aku pun sayang hang gak, missed u!

Kak Anie said...

Kawan2 ni memang ada banyak kategori.. tapi hendaknya biarlah kita menjadi kawan yang ikhlas dan berkawan tanpa ada udang di sebalik mee....

Tijah said...

kakpah. pentol tu jgn risau. tiny koba sey delivery girl. upah eh krimpuff. hahaha

Masy said...

sy kawan dgn akak lillahi taala. takde niat terselindung sbb sblm kawan dgn akak, tatau plk akak rajin belanje mkn jonis. ngehehehehehe

kak, jom jonis! hahahhaha

Kaktiny said...

kak tie > hahaha… kak tie tau tak… tiny ni mmg pandai berkawan kak tie.. (dulu la duluuu…).. tapi selalunya sampai satu peringkat kawan2 larik!!!.. huhuhu..
Lepas tu terus tak moh carik kawan… biar dtg sendiri… baru syok.. kehkehkeh..
Kan kak tie kan.. hihihi…. Terima kasih kerana sudi jadi kawan maya tiny (moga2 kita dpt berjumpa satu hari nanti..)


iina > ya ya ya... semua yang ko ckp tu aku setuju sgt sgt.. (berani aku tak setuju ngan ko?!.. kahkahkah)... tq dear for being my friend...


kakpah > wah.. dia bukak dh intro bahasa omputih… hahaha…
It’s true kak pah… and for me friend and happiness are just like a butterfly, if you harshly chase them, they will fly so far from you.. if you set them free, relax and let them be, they will come to you near and nearer till stay put at your hand or shoulder… kan kan kan…
So, be cool… (tgh ingatkan diri sendiri nih.. hihihi).

Ya Ya Ya.. tau tau… akak mmg gunakan tiny utk kepentingan periuk akak… nak masak BAKSO kan kan kan.. kahkahkah... ye ye ye... pentolmu akan ku hantar sama ada sendiri atau delivery girl (cik tijah.. hahaha) akan ngantorkannye..
Alah kak.. setakat pentol.. kepentingan apa la sgt kan.. tapi mmg nak bagik pon... sbb habuan in-returnnya dpt BUN SOSEJ (tijah kata kalau dia yg ngantor, dia nk cream puff.. hihihi)..

Terima kasih kak coz recognise me as your friend even di alam maya… till we meet in real life… stay cool… and wish for your happiness… amiin..

Kaktiny said...

kaklong > aku tau hang sayang aku... kehkehkeh… and yes, miss you too darling..


Kak Anie > ya benar kak... biar udang lebih dalam Hokkien Mee Udang tapi jgn dlm hubungan persahabatan kan kan kan… hihihi…



Tijah > deting ngan cok camno?.. jadi idak jemahat nih?.. piah ikot serta tak?... tak jadi jugak lagi, aku taknak kawan ko separuh hari jemahat nih!!... kahkahkah…
- kalau aku tak dpt pegi jemahat ni, ko dtg singgah amik pentol kak pah kt opis aku weh.. tq sweet sweet delivery girl girl… (tetiba aku terbayang ko bertukar jadik si “fash sands” tuh plaks.. eeeee….. hahahahaha).. sorry yang.. gurau jer….


Masy > alhamdulillah… terima kasih dik… hahaha… ye ye.. mmg kita kena set pegi makan jonis lepas nih... kehkehkeh...
(masa tulis entry ni, kaktiny terbayang ko dgn iklan budak pegang belon dgn dialog ”akak nk jadi kawan saya?” @ ”kak, kita kawan kak”.... sungguh!!... hahahaha)..

tasekM said...

bg aku mudah je yang. berkawanlah dgn aku jika kamu suka. pergi bila kamu tak suka.

aku tak suka sakit kepala.


.

Kaktiny said...

tasek > ya, aku akui.. dulu aku selalu migrain, sesak nafas, bengkak mata, sakit dada pasai kawan2..

skrg, aku tak mau dah lalui semua tu... (lambat betul aku belajar 'berkawan'.. takper la... better now rather than not at all...)

tu yg aku tgh belajar yang... utk relax dan tak kisah... nk kawan, mai sini... tak mau kawan, pi sana... kalau ada... adalah..
kalau tak dak.. takpalah..
aku ada Allah... Allah bg aku family dan org sekeliling yg nk kawan dgn aku.. makanya, aku kena lebih hargai hidup hari ini.. (apa aku merepek nih???!!) hahaha...

Tijah said...

esok aku nek KL tapi bapak byk urusan weh. jumaat tak sure lagi sbb sabtu nak kena turun lagi ada miting plak kat pj. takpe..minggu depan ada lagi nyahhh. bleh cr baju raya sblm pose. hahaha...

Tijah said...

ko tanak kawan dgn aku separuh jumaat? hahaha. mak tak kisahhh. sabtu pagi kita kawan blk ekkkk??

Kaktiny said...

tijah > warghkahkahkah... mak haii.. ko nyer schedule kalah boss aku weih.. hahaha.... minggu depan??.. banyak ler ko punya nk shopping b4 pose.. minggu depan dh pose weh...

tak jadi jemahat nih??. uwaaa waaa waaaa...
mencik ah aku ngan ko!!.. hahaha...

takper takper... takde jodoh aku nk jumpa si cok nk dpt diskaun beli buku kt telaga biru... hehehe (aik, cam ada kepentingan jer nih!!.. hihihi).. aku gi beli kt MPH je laa buku2 tu hari jemahat nih... kehkehkeh..

ckLah @xiiinam said...

Siapa nak kawan aku?
Pilihlah aku!
Pilihlah aku!



(Tapi aku garang....makan orang)
:)

blackcardomompods said...

kak tinyyyy

wa mintak maapppppp..last komen tidak di balas di FB..wa ambik keputusan menutupnya.....terpaksa tutup setelah mcm2 dugaan kena kt FB..huhuhu.minta keampunan dari kak tiny,memang ikhlas kwn dgn kak tiny...jgn majuk tauuuuuuuuuuu....

betul ckp tuh..itulah kawan..kdg2 tanya diri sendiri,penting ke ada kwn ek?sebab byk kwn jenis rapat2 pastu belah!!..hahaha...kak tiny,sila bg tips sikit...

Kaktiny said...

cklah > yea saya saya saya.. saya nk kawan dgn cklah.. (angkat tangan tinggi2.. tp takut cklah larik laju2 ler plaks.. hahahaha)...

...tiny mmg suka kawan ngan org yg garang2 nih... di luar garang tapi di dlm lembut pemalu ayu santun dan terulung... hihihihi...

Kaktiny said...

CT > patut dh takleh masuk... takper dik.. asal ko bahagia... takde hal punyer....
ye.. kawan ni penting.. sgt penting.. sbb kita hidup bermasyarakat.. tapi kualiti lebih baik daripada kuantiti.. (jgn risau, takdenya nk merajuk bagai.. kita kan kawaaannnn... mana leh majuk2 nih.. hihihi).


nasihat kaktiny??.. hahaha.. ko ni kan dik, mcm bertanya jalan pada si buta... kaktiny pon tgh ding dong pasal kengkawan nih.. kuikuikui....

cumanya.. skrg ni kaktiny rasa kawan terbaik dan terunggul untuk didampingi dan didekati adalah Al-Quran (dan terjemahan), bahan2 ilmu berupa buku2, isi ceramah, risalah atau info ilmu di internet... ITU THE BEST FRIEND EVER.. sbb bersamanya kita tidak dihina, malah lebih mendapat manfaat... bersekongkol dengannya kita tidak berdosa, malah lebih mengundang jalan mendapatkan redha Allah.. kita tidak diumpat dan mengumpat, kerana tiada yang mendengar dan didengar.. hanya membaca dan dibaca... dan menambah ilmu seperti yang dituntut agama..

Makanya.. ITU TIPS KAKTINY KPD DIRI SENDIRI!!!... hihihi...

blackcardomompods said...

bila kak tiny ckp gitu,bru mcm sedar,memang betul.pasal sebelum ni pernah amalkan memang tenang setenangnya.nmpknya kena amal lagi kukuh.

tp tak bahagia la pasal tak dpt intai kaktiny lagi..muahhhhh

@xiM said...

salam Kak Tiny.

kawan ketawa memang senang nak carik..merata rata ada..tapi time kita susah tengok lah berapa kerat jer yang tinggal..

saya bersyukur.

sebab sekarang saya yakin saya punyai kawan yang sanggup sehidup dan semati..takkan jauhkan diri walau saya dalam kepayahan..Insya Allah.

Kaktiny said...

ct > intailah kaktiny di sini.. (tak pon ko bukak je fb baru pastu jgn add sesapa.. add kaktiny sorang jer.. hahaha)..


axim > betul dik.. semoga axim juga menjadi seperti mereka, sahabat yg sanggup susah senang bersama... (bila dh kawen nanti, jgn berubah tau... biasanya bila kawen la persahabatan itu di uji... betul nih..)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.