Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, September 29, 2010

Laluan yang mudah @ susah??.

Berbual dengan maid aku pasal bab agama memang seronok.. ada sahaja ilmu yang hendak dikongsikannya.. yang kekadang kita tahu tapi alpa.. yang kekadang kita sedar tapi leka...

"Bu, betulkan, nk ke syurga tak payah modal duit, tp, nk ke neraka, bnyk pakai duit kan?!". Kata maid aku semalam semasa bersantai menonton tv...

Ya, benar sangat....

Ambil wudu’.. tak payah duit.. dpt pahala, laluan ke syurga..
Tapi.. nak ke disko, kena bayar.. pakai duit tuuu... menempah dosa, laluan ke neraka...

Istighfar, selawat, zikir... tak payah duit, dapat pahala, laluan ke syurga..
Tapi.. nak melalak menjerit, berhibur di karaoke.. nak lagu, kena bayar, pakai duit tuuu.. menempah dosa, laluan ke neraka...

Solat tahajud tgh malam di rumah... Bangun malam, ambil wuduk, pakai pakaian bersih, sembahyang tahajud, baca al-quran... dpt pahala, laluan ke syurga..
Nak pergi dinner di hotel bertaraf berbintang2 dgn VVIP.. nak kena bersiap cantik2.. nk kena beli baju mahal2, make up tebal2.. pakai duit tuu... menempah dosa, laluan ke neraka...

Bergurau senda bersama suami/isteri dan anak2 di rumah.. tidur bersama suami/isteri di rumah... senangkan hati suami/isteri... dpt pahala, laluan ke syurga..
Nak bersama pasangan yg haram baginya.. kena keluar jauh-jauh.. nak ’tidur’ (berzina) bersama pasangan yang haram baginya... kena tempah hotel.. .. pakai duit tuu... menempah dosa, laluan ke neraka...

Nak bersedekah kat masjid, masukkan je ke dalam tabung masjid di mana-mana shj dgn nilai ’TUNAI’ berapa sahaja.. tanpa diketahui sesiapa... dpt pahala, laluan ke syurga..
Nak buat JAMUAN/ KONSERT MALAM KUTIPAN AMAL, kena ’TAWAR/BELI” meja yg dh ada peruntukan NILAI/ HARGA sebuah kerusi / meja... kena buat makan malam, tempah hotel, tempah katering, kena bayar utk persembahan, kena jamu VVIP siap dgn meja asing2.. bergambar pulak semasa penyerahan ”CEK” dgn nilai tertera besar di mock-up cek... aduhaaaiiiii.... menempah dosa, laluan ke neraka...

.... dan banyak lagi.... (merenung, mencari dan berfikir....)

Maka... betullah.... LALUAN KE SYURGA ITU MUDAH... PERCUMA... banyak yg boleh diperolehi tanpa perlu ada nilai RINGGIT (Dollar and Cents)...

LALUAN UTK KE NERAKA ITU PAYAH RUPANYA... MAHAL... banyak yg dikenakan nilai yang tinggi utk menempahnya....


Bukankah manusia sukakan kepada perkara yang PERCUMA dan yang mudah serta yang senang??.

Tetapi... kenapa yang BERBAYAR itu yang masih dipilih?.. yang susah itu yang dicari??..


Hmm.... aku merenung jauh ke dalam diri.... menginsafi segala kelemahan.. kealpaan.. kelalaian.. menyelak lembaran Kalamullah.. Surah Al-Waqiah (56) ku baca terjemahannya..



Allah berfirman....

".......Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – dan yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian." (Al-Quran, Surah Al-Waqi’ah [56] : Ayat 7-14)


"Ya Allah... aku mohon, semoga aku, ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, kaum keluargaku, saudara-maraku, sahabat handaiku, jiran tetanggaku, guru-guruku, arwah keluarga2ku yang telah pergi dahulu dan semua umat Muhammad samaada yang telah meninggal juga yang masih hidup ini, Kau pilih untuk menjadi golongan puak ketiga yang sedikit bilangannya dari orang-orang yang sekarang ini.. Ameen.... "




'Ya Allah Ya Tuhanku... aku berjihad ke jalan-Mu dengan cara menyampaikan... ku mohon.. Ya Allah.. redhai aku..
Ya Muhammad, Rasulku... aku menyahut seruanmu, dengan menyampaikan.... meskipun sepotong ayat'..

.



15 comments:

Adliff said...

Salam,

Menarik perkongsian yang kekandaku taip ini. Tidak terfikir pula situasi mahal dan percuma itu.

Jazakallahhukhair.

ckLah @xiiinam said...

Perkongsian pintar antara mem besar dan mbak pembantunya....



Bagus begitu Tiny!

Acik Erna said...

salam tiny...memang kena renungkan dah fikirkan.dan dah nampak jelas dan nyata..terima kasih tiny..

Tijah said...

sanggup bebelanja besar utk buat dosa? mmmm...buat aku pikir jauhhhh tu. kihkihkih

tasekM said...

jah... ko memang kaki disko yek..?

hehehe...



thanx tiny. suka n3 nih.


.

Kaktiny said...

aliff muhammad > salam adikku… mari kita fikirkan sama2... betapa sayangnya Allah pd kita kan.. percuma rupanya nilai laluan utk ke sebuah syurga... sombongkan kita?.. yg percuma itu dipandang enteng, remeh dan tidak mahu merebutnya... (huhuhu... tgh mentarbiah diri sendiri!!!)..

Kaktiny said...

ckLah@xiiinam > dlm bab ni terasa betapa berkuasanya yang Maha Pencipta… benar janji Allah… bukan taraf dan kedudukan yg dipandang… kerana taraf itu Dia yg ciptakan dan diberi kepada siapa yg dikehendaki-Nya… Boss atau kuli, tahap keimanan adalah pertaruhannya di hadapan Allah kelak… kan cklah…

Kaktiny said...

kak Erna > terima kasih kerana Allah membuka ruang dan peluang fikir itu… sama2 kita mengingati ya kak…

Kaktiny said...

Tijah > dan dan tu aku teringat menda lain!!.. haish… abaikan abaikan.. hahahaha…
(aku cobit gak pewot ko tij!!)

Kaktiny said...

tasekM > bukan tijah layan jazz ke??... hahahaha…
Sekadar perkongsian... dan saling mengingati...

Anonymous said...

kak tiny apa khabar?

Kaktiny said...

Anon > siapa ni eh??...

Masy said...

smlm sy ade lalu Alam Damai. akak marah x? heheheehhehe

Mak Su said...

manusia ni materialistik, sbb tu ler nampak mudah jln yang merbahaya tu jer

Kaktiny said...

masy > sampai ati ko kan dik!!.. cobit kang!!...


maksu > tu la kan mak su kan.. huhuhu...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.