Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, October 15, 2010

NAFSU!!..


Petang Jumaat minggu lepas (venue: dlm kereta, perjalanan balik kerja ke rumah– mcm biasa laa kan kan kan… hehehee)… abang bercerita tentang Khutbah Jumaat yang disampaikan pada hari itu..

Kisahnya mengenai NAFSU.. (Kak Pah, BCP.. ni, ceq dh tunai janji nk ceghita nih.. hehehe)..


Menurut Iman Al-Ghazali, katanya, nafsu manusia ni terdiri daripada 3 peringkat.

PERINGKAT 1: NAFSU ‘AMARAH’ – ini adalah peringkat NAFSU PALING BAWAH (DAN PALING HINA)!!..

Nafsu amarah ni adalah nafsu yang berjaya mengawal seluruh pemikiran dan jiwa individu untuk melakukan MAKSIAT dan SEGALA KEJAHATAN DUNIA (tamak, riak, bongkak, dengki kianat, tak ada pegangan rukun iman dan islam dan ihsan)!!... Syaitan berjaya merasuk di seluruh urat nadi dan darah individu ini utk melakukan dosa demi dosa.. (pasai tu ada org sanggup je buat perkara haram mcm bunuh orang, buang bayi, rogol, TAK SOLAT LANGSUNG tanpa rasa bersalah, insaf atau serik.. !! haish!!)..

Firman Allah:
"Aku bersumpah dengan hari kiamat. Dan Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela". (Surah Al-Quran Al-Qiyamat 75: Ayat 1-2).

(bacalah keseluruhan surah ini.. KECELAKAAN BESAR bagi mereka yang tidak gentar akan kiamat serta janji Allah akan pembalasan akhirat!!).


PERINGKAT 2 : NAFSU 'LAWAMAH' – Nafsu ni dia DI TENGAH-TENGAH.. (mcm 50-50 laa..).

Ini Nafsu Pertengahan!. Individu yang mempunyai peringkat Nafsu Lawamah ni, dia masih berbuat baik, tapi pada masa yang sama, ada juga perkara yang membawanya hanyut dengan kemaksiatan.. (individu macam ni.. dia SOLAT.. BACA QURAN… HORMAT ORANG, BAIK PEKERTI, SOPAN… tapi pada masa yang sama.. MAKSIAT PUN DIA HAYUN!!.. berzina pun dia buat… minum arak pon dia buat… rasuah pun dia terima.... tak bersyukur dengan nikmat Allah.. asyik merungut merintih, bergundah gulana bersedih, berangan kosong.... MENGUMPAT MENGATA PUN LAJUUUU!! (toing toing toingg.... tetiba terasa ada seketui batu terhempap di kepalaku bila perkataan mengumpat mengata itu ku taip!!.. adoiiii...!!!)...

Firman Allah:
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Quran Al-Yusuf 12: Ayat 53).


PERINGKAT 3 : NAFSU ’MUTMAINAH’- Nafsu ni adalah nafsu yang TERTINGGI IMANNYA... Nafsu yang IMAN telah berjaya menakhluki hidupnya, meresap ke tubuh badan, jasad dan seluruh jiwanya.

Orang yang memiliki nafsu ini bukan sahaja TIDAK BERANI MELAKUKAN PERKARA DAN DOSA BESAR.. MALAH DOSA KECIL PON TIDAK BERANI DIHAMPIRINYA. Individu sebegini, apabila terlihat olehnya orang lain melakukan dosa besar, akan segera ditegah dan dihalang.. (AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR!!).... jangan kata nak melakukan dosa, menghampiri kepada perkara yang membawa kepada perkara yang boleh terpercik kepada dosa juga dia akan elakkan (Maha Suci Allah!!).. segera mungkin dia menjauhi larangan Allah dan nawaitu tujuan solatnya, ibadahnya, hidupnya, dan matinya hanyalah untuk ALLAH RABBUL ’ALAMIN.. (Subhanallah).

Firman Allah:
"Hai jiwa (nafsu) yang tenteram!. Kembalilah kepada Tuhanmu, merasa senang dan disenangi". (Surah Al-Quran Al-Fajr 89: Ayat 27-28).


Inilah peringkat-peringkat nafsu yang ada dalam diri setiap Individu..

Nafsu ini sememangnya diberikan Allah kepada setiap individu.. SEMUA ORANG!!..
KITA TIDAK BOLEH MEMBUANG NAFSU.. TIDAK BOLEH SAMA SEKALI!!..
KITA HANYA MAMPU MENGAWALNYA DAN MELETAKKANNYA MENGIKUT PERINGKAT YANG KITA MAHU!!...

MAKA!.. PILIHLAH PERINGKAT MANA YANG ANDA INGINKAN!!..



Penutup kata untuk Jumaat ini:-

Firman Allah:
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.

Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;

Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;

(Dengan dikatakan kepadanya): “Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya”.

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata."

(Surah Al-Quran Al-Hajj 22: Ayat 5-11).



*peringatan ini khususnya utk diriku dan kita semua..



”Ku mohon redhaMu Allah.. Redhai aku!!!...” Ameen.
.

14 comments:

Unknown said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH. BANYAK MAKLUMAT YANG LF PEROLEHI

diba said...

jihad yg pling besar ialah mengawal nafsu

Anonymous said...

tambah lagi satu, nafsu makan. hahahah

Kaktiny said...

LF > salam. sekadar berkongsi, menyampaikan dan menyebarkan ilmu yang diperolehi..

Kaktiny said...

Diba > ya ya ya.. setuju sangat!.. itu adlh sgt benar.. takyah nk pergi berperang sampai ke Gaza.. perangi nafsu diri sendiri dulu.. itu sebesar-besar jihad fisabilillah..

Kaktiny said...

eizam > itu dlm kategori mutmainah tuh!!..... contohnya:- lepas elok2 solat raya dgn penuh khusyuk dan tawaduk... balik umah je, belasah ketupat, rendang, lontong, mee goreng, nasi lemak dgn teh tarik segala bagai sampai termengah, sengkak perut dan seterusnya kekenyangan yg teramat dan TIDO!!.. hahahahaha...

iina said...

Ye nafsu org pompuan nie ada 9 hehehehe itu jenuh nak kawal tuh hehehe ;)

blackcardomompods said...

mekasih kak tiny..

curi2 baca lam library ni..nanti dh ada broadband kita nk buat artikel pasal al waqiah.smbung lam blog pulak.lg senang.

semoga peringatan ini berguna pada setiap org yg membacanya.
tq ya,kalau takde peringatan ni,kitapun tak tahu

tasekM said...

aku ni kategori yg tgh2 kot. hina sungguh. haih...


.

Neeza Shahril said...

takut... takut sangat sebab senang betul kita terjebak dengan nafsu amarrah tu kan. Nafsu lawwamah lagi lah senang..
Semoga kita sama2 terjebak dalam nafsu mutmaiinnah... Ameen..
thanks Tiny for sharing :)

Kaktiny said...

iina > ye yang.. aku setuju itu.. seksa oo nk kawal.. nk plak time bendera jepun naik.. aduuhhaaaiiii... mulalah iman berteraburan.. huhuhu

Kaktiny said...

BCP > catatan ni lebih kpd nk ingatkan diri sendiri sebenarnya.. tp andai dpt dikongsi ilmu, lagi seronok rasanya...

Kaktiny said...

tasek > jgn kata ko.. aku pon sama weih.. huhuhuhu... nk capai yg tertinggi tu,ya amppppuuuunnnn.. ntah bilanya buleh cecah!!..
moga2 ada jalan dan hidayah dariNya.. ameen..

Kaktiny said...

kak neeza > nafsu lawammah tu tetiap hari dok terjebak rasanya.. nk plak bila bersembang.. asyikla mulut ni melencong ke arah lawan tuh!!.. huhuhu.. sgt bengang dgn diri sendiri.. huhu..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.