Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-Quran Surah Al A'araaf : Ayat 179 )
Membacakan firman Allah tersebut, benar-benar aku malu!. Malu dengan dosa, kesilapan serta kekhilafan diri. Malu pada Allah akan perbuatanku yang jelik, perkataanku yang jahil, mindaku yang sempit, perilakuku yang da’if, serta imanku yang nipis.
Diuji ujian sedih, mudah terasa pedih.
Diuji ujian susah, mudah putus asa.
Diuji ujian marah, mudah sangat melatah.
Diuji ujian nikmat, mudah perasan hebat.Astaqhfirullahal ’azhiim.
Hari minggu lalu, banyak masa aku habiskan berdua dengan kakak tersayang. Suami masing-masing ada hal. So, kesempatan itu kami gunakan untuk berbual dan berbual dan berbual. Pelbagai cerita yang dibualkan. Sejak masing-masing berumahtangga, banyak rupanya kisah kehidupan yang "disimpan" sendiri. Tidak seperti zaman bujang dahulu, ketika tidur satu katil, dalam satu bilik, hatta dimarahi emak pun akan bercerita / mengadu sebelum tidur!. hehehehe...
Kakak: Kalau orang yang kenai perangai hang dulu, mesti tak sangka hang buleh hadapi semua masalah tu dengan tenang macam tu.

Aku: TENANG?!.. hmm.. tak jugak kak oii... banyak ayaq mata yang tumpah.. makan tak lalu, tak tidoq, mengeluh, ada ketika meratap, ada masa rasa tak betah nak jenguk dunia...
Kakak: Tapi, kiranya hang buleh jugakla hadapi sorang-sorang. Kuat jugakla hang kan. Memang kakak tak sangka adik kakak yang cepat melenting ni boleh hadapinya tanpa 'bising'.
Ayat terakhir kakak buat aku tergelak, lalu mengangguk mengiyakan. Lantas segera aku terfikir dan perlahan mengakui kebesaran dan kebenaran ayat Allah.
Firman Allah:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 286)
Mengenangkan ujian-ujian derita dan payah (kononnya) yang lepas, tidak sedikit penyesalan demi penyesalan menerpa minda dan jiwa. Betapa kerdilnya aku yang ada ketika terlupa bersyukur melebihi sabar ketika berhadapan dengan ujian Allah.
Firman Allah:
"Dan, sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2: Ayat 155)
Malunya aku tika aku mengeluh mengenangkan ujian-ujian Allah yang sedikit itu. Sedangkan Rasulullah, kekasih kesayangan Allah juga berhadapan dengan ujian yang amat berat, lebih berat daripada ujian yang aku hadapi... Makanya, siapa aku untuk layak menerima semua kesenangan dunia tanpa ujian getir?!!.
Firman Allah:
"Dan, (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui." (Al-Quran Surah Ali 'Imran 3: Ayat 135)
Aku memohon keampunan dari-Nya. Aku mohon agar tidak goyah lagi ketika Allah datangkan ujian demi ujian yang pastinya untuk manfaat diriku.
Aku akui, sebagai hamba-Nya, dosa aku banyak!. Andai ujian-ujian susah yang diturunkan itu sebagai kifarah di atas dosa-dosaku yang lalu.. ALHAMDULILLAH.. semoga Allah tidak bawa dosaku mengadap-Nya di akhirat kelak. Dan aku yakin dan amat pasti setulus jiwa raga, setiap ujian-Nya mengandungi hikmah dan pengajaran yang banyak serta nikmat yang akan diketahui sesudah melaluinya dengan redha. Sungguh aku bersyukur dengan ujian-ujian Allah. Semoga segala ujian ini buatkan aku lebih hampir kepada-Nya untuk mendapat redha Allah dan diakui Rasulullah sebagai umat Baginda.
Nikmat kehidupan, nikmat rezeki, nikmat anggota badan, pancaindera, nikmat udara, makanan, persekitaran, nikmat kasih sayang dan berjuta laksaan nikmat yang tidak mampu ditintakan kesemuanya. SANGAT BANYAK!. Terlalu banyak nikmat kebahagiaan yang diberikan dalam hidupku berbanding ujian kesulitan, kesakitan dan penderitaan hati. Justeru, apabila berhadapan dengan bebanan, terasa malu untuk memohon pelepasan dan ehsan dari Allah. Namun, janji Allah menjadi penguat semangat dan keyakinanku.

"Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahannam dengan terhina." (Al-Quran Surah Al-Ghaafir 40: Ayat 60)
Juga sabda Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam ku jadikan pedoman:
"Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya." (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).
Aku yakin itu!.
Aku tidak mahu mengutip semalam dan juga tidak mahu mengangankan esok.
Aku mahu menikmati hari ini.. dengan bahagia.. dengan syukur dan dengan redha.
Firman Allah:
"..........Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung." (Al-Quran Surah At-Taubah 9: ayat 129)
Terima Kasih Allah.
Aku mohon redha-Mu Allah. Redhai aku.. Ameen.
.
4 comments:
mcm sy je tu cpt melenting. gaknye dah kawen sok bole laa cool sket hihihiii
Masy > harapnya begitulah.. tak pandai masak, jadi boleh masak.. tak suka mengemas, jadi rajin berhias.. kuat merajuk, pandai plak skrg pujukhati sendiri.. kuat memberontak, jadi tahu pulak nak beralah..
itulah hikmah sebuah perkahwinan.. (kehkehkeh).. cool tak ayat?.. (arghkahkahkahkah)..
aku baru je kena saman tadi. tak pakai seat belt. haih. takpe bersangka baik je la. ada la hikmah dia tu. nak mensucikan duit aku agaknyer kan...
Tijah > hikmahnya.. Dia nak ko tu jadi baik.. sebab esok-esok ni cem akan mencontohi ko.. kalau ko tak pakai seatbelt, nanti si cem tak pakai handbreak.. amacam?.. ngeri tak?.. hihihi...
mesti sazah tiap2 hari tak putus doa supaya anak2 dia jadi baik.. pasai tu ko kantoi je bila buat benda tak baik.. kehkehkeh..
Post a Comment