Ya.. aku suka membaca.. sejak dibangku sekolah, membaca adalah hobi utama aku sehinggakan timbul rasa marah pada Emak kerana hobi aku yang satu itu!.
Sebab, aku, kalau dah start pegang buku, jangan harap aku akan buat kerja lain (waima makan atau ke tandas pun aku sanggup tahan.. kawan panggil ajak jumpa pun aku sanggup abaikan) selagi pembacaanku belum tiba di nokhtah mukasurat terakhir!. (kuikuikui).. Banyak koleksi novel penulis-penulis tersohor ada dalam simpanan aku. (penuh almari dengan novel.. siap buat mini library lagik.)
TAPI!!.... Kalau bab buku sekolah – Buku sekolah yang aku minat hanyalah yang bertumpu kepada subjek Bahasa Melayu (masa sekolah rendah dan menengah rendah). Sebab tu aku semedangnya skor A untuk subjek ni. Dan memang takkan sapa dapat ambil tempat aku untuk dapat no. 1 bagi subjek ini.. Alhamdulillah.. (ku pulangkan kembali pujian kepada Allah)..
Kalau bab buat karangan, deklamasi puisi, atau apa sahaja berkaitan bahasa kebangsaan ni, akulah orang yang akan tampil volunteer diri.. (sajak teks darjah 5, "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang, aku hafal sehingga kini..).
Sebab tu aku memilih untuk masuk Tingkatan 4 Sastera walaupun banyak yang menghalang. Juga meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 Sastera meski ramai yang membantah. (Aturan Allah itukan sempurna.. siapa kita untuk menidakkannya.. kan?!... hihihi). Best dapat kaji buku-buku Sastera.. plot, watak, klimaks....
Bukan sekadar membaca, aku juga suka menulis.
Menukilkan sajak, cerpen, lirik lagu, puisi malah novel menjadi obsesiku. Aku pernah menulis sajak, cerpen dan novel, di lembaran-lembaran buku.. (oleh kerana aku tidak terdedah dengan dunia penulisan dan tiada siapa mendorong untuk melangkah jauh dalam penulisan, maka minatku setakat di buku sekolah dan di buku catatan harian)..
Tetapi, masa pindah rumah, ayah buang satu kotak koleksi-koleksi buku-buku cerita, novel, dan segala berkajang-kajang karya ilham aku.. aduuuhhh!!... (ayah tersalah kotak sebenarnya, dia ingat kotak suratkhabar dan majalah-majalah lama.. waaa waaa waaaa...) huhuhu...
Dulu, aku rasa, tiada apa yang istimewa dengan menulis ini (sebab dalam umah aku tak de sapa pun yang minat bab-bab ’sasteramadahberbahasa’ segala bagai ni..), jadinya, aku tidak pernah merasakan ianya satu keistimewaan.
Tetapi, sekarang ini, dengan adanya kemudahan 'blog', aku mula 'menulis kembali'.. (sekadar untuk tatapan dan luahan rasa syok sendiri.. kehkehkeh..).
NAMUN... Ada pada suatu hari tu, masa aku tengah 'ralit' taip puisi, cik abang menatap skrin komputer sambil menyuarakan kepada aku..
Abang: Abang kagum betul tengok orang yang boleh buat sajak macam Leen. Tak sampai 5 minit dah siap sajak yang panjang. Ayat pun sedap pulak tu. Boleh hantar masuk majalah ni.
Aku: Allah. Tak ada apa yang sedap pun abang oii... Kalau bagi kat Sasterawan Negara, hujung jari diaorang je. Kalau hantar sajak-sajak Leen, cerpen segala karya ni ke Publisher, tak tentu diaorang pilih nak publish... ntah hape-hape je... hehehehe. Sebab tu Leen tak nak hantar.. hahaha..
Abang: Tapi, serius abang kagum tengok Leen taip laju je mengarang sajak tu. Berapa hari Leen ambil untuk buat sajak tu?.
Aku: Sajak ni?. Berapa hari?. Mana makan hari.. Baru tadi Leen duduk, tulis, hah, ni, dah siap!.
Abang: Heh!. Biar benar?. Takde draft dulu?.
Aku: (gelak) Abang ni, mana ada orang tulis sajak main draft-draft (entah.. aku tak tahu pulak kalau ada.. sebab aku memang tak penah buat draft utk sajak).
Abang: Kalau cerpen ni? (tanyanya sambil menunjuk kepada Labels "Cerpen").
Aku: Kalau Leen takde kerja, atau bosan, atau terlebih rajin, sehari dah boleh siap. Tengok mood la.. Mengarang mungkin sehari dua, tapi bab nak mengedit tu yang ambil masa, kejap lagi tukar ayat, tukar perenggan, tambah dialog.. ikut mood la.
Abang: Kalau Cereka Kanak-Kanak ni? (merujuk kepada yagn berLabels 'Cereka Kanak-kanak').
Aku: (gelak lagi).. La haaai abang ni. Yang leen dok cerita kat bebudak tu tiap-tiap malam tu, Leen taip balik je la. Apa susahnya.
Abang: Owh. Yang Leen cerita kat diaorang sebelum tidur tu, Leen reka sendiri ke ceritanya?. Bukan dari buku?.
Aku: Pernah ke abang baca buku cerita 'Anak Merbah yang Degil'?. Kalau buku Snow White ke, Buaya dengan Kancil ke, kot le ada dalam buku cerita!.. (aku ketawa lagi..)
Abang: Betul gak. Tapi, abang memang kagum la Leen boleh tulis macam ni. Leen memang berbakat menulis. Kalau membaca, boleh habis satu buku sehari. Abang ni, kalau bagi buku cerita, setahun tak tentu nak habis. Masa tingkatan 6 dulu, buku Kesusasteraan Melayu tu, sampai sekarang abang tak tahu langsung apa isinya.
Aku: (mengekek mendengar cerita yang sama pasal buku Kesusasteraan Melayu tu). Tak ada apa yang istimewanya pun abang oii... Bukan bagus pun, setakat syok sendiri je. Orang lain punya penulisan tu, lagi hebat. Leen tulis ni biasa je. Bakat apanya camni?!.
Abang: Betuuuulll.. Memang Leen berbakat. Ni, kalau Leen bagi kat abang, tak tentu abang boleh buat tau. Abang ingat lagi masa sekolah dulu, cikgu suruh buat sajak. Jangan kata nak habiskan rangkap pertama, nak habiskan baris pertama pun abang tak reti. Masa tu cikgu suruh buat sajak untuk guru. Abang cuma tulis "Guru".. Lepas tu tak tau nak tulis apa dah.. (berderai gelak tawa kami...)
Aku: Iya ke bang?. Susah ye menulis nih?.
Abang: Sama jugakla macam yang Leen selalu cakap kat abang, Leen kagum orang yang pandai melukis, pandai buat melodi lagu, pandai matematik, pandai buat akaun kira-kira. Sebab Leen tak ada bakat itu makanya Leen kagum pada diaorang. Dan sebab Leen ada bakat menulis yang abang tak ada, maka abang kagum pada Leen.
Aku: oooo... gitu... menulis ni satu BAKAT eh abang ye?.. Leen ingat menulis ni semua orang boleh buat. Tengok paper, blog, majalah, laman web semua tu, semuanya tulisan orang –orang yang terror-terror menulis. Tu yang Leen rasa, apa sangat la yang Leen tulis nih..
Abang: Bagi kumpulan motor, beza motor kapcai atau Ducatti memang la ada, tapi, masih di anggap biasa, sebab kumpulan yang sama. Cuba letak kancil sebijik, memang rasa hebat, sebab Kancil tayar 4. Tapi, dalam kumpulan kereta, Kancil biasa je, Bently lagi hebat. Tapi kalau letak Kapal Cruise, Bently apalah sangat..
Aku: Hey.. boleh tahan laaa.. dah boleh buat puisi dah tu.
Abang: Lah!.. Itu pon boleh terfikir nak buat puisi.. Leen... Leen.. memang berbakat!.
Aku: Ada BAKAT ke?????? (mengajuk gaya Nureen menyebutnya macam dalam segmen Ada Bakat Ke, Macam-Macam Aznil.....kuikuikui)...
Perlahan merenung skrin komputer.. dalam mendalam..
Firman Allah:
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi". (Al-Quran Suarh Al-Baqarah, 2 : 284)
Bakat, kurnia dan anugerah, segalanya milik Allah.. diberi kepada siapa yang dikehendaki, ditarik juga pada siapa yang dikehendaki-Nya. Bila-bila masa. Dan sesungguhnya kita semua dalam ketentuan-Nya.
Firman Allah:
"...Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan); Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (Al-Quran Surah As-Syams 91 : Ayat 7-10)
Semoga dengan 'BAKAT' anugerah-Nya yang sedikit ini, aku mampu menggunakannya ke jalan kebaikan dan kebajikan.
"Ya Allah, jauhkan sifat riak, takbur, bongkak, ujub dalam penulisanku. Semoga anugerah-Mu kepada aku yang kerdil ini mampu memberi manfaat kepada yang membaca, setidak-tidaknya sebagai peringatan dan renungan kepada diriku sendiri, serta kepada anak-anakku.. Semoga juga 'mata pena' ini mampu menjadi wadah jihadku untuk agamaku serta untuk-Mu Allah.. Ameen."
Aku mohon redha-Mu Allah. Redhai aku.
.
16 comments:
bakat merapik aku ada tiny.
ha ha.
.
Laa.. rasa macam dah komen tadi. Pelik juga....
Tiny, cubalah asah bakat tu. Mana tau kan... ada rezeki kat situ pula. Abg dah galakkan tu.. :)
So apa lagik.. ko suh aku tulis novel.. aku rasa ko pun patut tulis juga.. apa salahnya.. buat buku sendiri.. pastu ko bind cam bind thesis..
Aku tengah fikir nak compile semua entri kat blog aku jadi buku.. 2 thn lepas aku ada buat tapi tak sempat nak abiskan sebab entri jek dah 800 lebih hahaha... simpan buat simpanan sendiri pun.. apa salahnya.. bind hardcover cam thesis tuh hahaha.. ;)
aku tak tau bakat aku tang mana.
bakat kak tiny begini,
bakat kak tijah begitu,
tapi saya suka bakat kedua2 anda.
unik dan menarik =)
bakat kak tiny begini,
bakat kak tijah begitu,
tapi saya suka bakat kedua2 anda.
unik dan menarik =)
bakat kak tiny begini,
bakat kak tijah begitu,
tapi saya suka bakat kedua2 anda.
unik dan menarik =)
Bakat itu adalah satu anugerah,semestinya digunakan untuk mengangongkanNYA.
Bakat terpendam Tiny....
Tasek > aku pon ada… hihihi…
Bakat merapu meraban!!.. laaaaggii banyak.. hihihi
Tapi, bakat tulis singkat2, kau mmg tak reti.. huhuhuhu….
Kak Tie > sesekali komen ni main ‘lut-chak’, hilang kejap kot kak.. hihihi
Asah bakat?.. utk publish?.. Huish… takde lah kak.. tak layak rasanya!.. hihihi…
Dapat menulis di blog ni pun, dah sgt2 dh bersyukur kak.. ada juga ‘salurannya’ nak berayat bermadah berseloka dan bercerita.. hihihi…
iina > idea ko tu memang super brilliant la yang.. SGT BERNAS!!..
Aku nak binding la entri-entri aku ni.. kot-kot anak2 malas bukak blog aku, depa buleh baca “THESIS BLOG” obu depa ni kan kan kan.. kot-kot ada yg nak buat ‘RUJUKAN’.. hiihihihi..
Thanks for the super duper great idea.. hihihi
Luv U..
Tijah > bakat ko banyaaak yang.. banyaaaaak… :)
fantasimerahjambu > semua orang ada kelebihan dan kekurangan.. meski tak sama, tapi tetap ada.. itu janji Allah pada setiap manusia…
Kan?!. Hihihi..
Terima kasih ya, sudi berkunjug ke sini..
Salam ukhwah..
Makbonda > Betul lah makbonda.. seperti perjanjian kita dengan Allah..
“Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya kerana ALLAH, Tuhan sekalian ‘alam.”.
Menulis itu kemahiran… menulis dengan bermanfaat itu bakat..
Memasak itu kemahiran.. memasak dengan jiwa itu bakat..
Mengajar itu kemahiran.. mengajar dengan tulus itu bakat..
Dan sudah pasti kita WAJIB melaksanakannya dengan nawaiti Lillahi Ta’ala..
Terima kasih MakBonda kerana memberi peringatan dan ilham ini kepada saya…
:)
ckLah > kalau banding dgn cik abang tiny.. tiny satu band atas skit la..hihihi
Tapi.. tak terbanding dgn cklah.. cklah lagi hebat.. tiny sekadar bertatih..
: -)
Post a Comment