Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, March 09, 2011

Gagal Bersepakat!!!.


Dalam keluarga aku,
1) Orang yang paling 'sensitif' adalah ayah.. (berbanding mak).
2) Orang yang paling 'transparent' adalah ayah.. (berbanding mak).
3) Orang yang paling 'jujur' adalah ayah.. (berbanding mak).
4) Orang yang paling 'bertimbang-rasa' adalah ayah.. (berbanding mak).
5) Orang yang paling 'bertolak-ansur' adalah ayah.. (berbanding mak).
6) Orang yang paling 'sabar' adalah ayah... (berbanding mak).

Ampuun maak... ampun ayaaah hihihihi...

Buktinya?

1) SENSITIF – Contohnya:- Kalau tengok TV, cerita sedih:
Ayah - akan meleleh airmata jantannya (nak plak cerita P.Ramlee atau cerita Hindustan yg dh 100 kali tengok..)
Mak – relax je.. sambil beralih ke dapur buat kerja lain, atau tak join tengok langsung.

2) TANSPARENT – Contohnya:- Kalau risau barang hilang / tersalah letak:
Ayah – akan nampak sangat menggelabah dan akan bising satu rumah.
Mak – perlahan-lahan cari sambil baca Bismillah Enam (kekadang tak tahu pun yg mak hilang barang/ salah letak barang).

3) JUJUR – Contohnya:- Kalau tengah marah:
Ayah – satu rumah boleh dengar ‘MUSIC FROM THE HEART’ – ayah punya bebel, sama panjang dengan rel keretapi Senandung Malam Langkawi – kekadang, dah senyap, lepas tu buleh pulak sambung balik... sampai dia PUAS HATI!. memang orang tahu la yang ayah tengah marah!.
Mak – membisu seribu bahasa dengan tema 'DIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP'... dan mengaplikasikan kaedah “PUJUK HATI SENDIRI”. Adakalanya, ayah sendiri pun tak tahu yang mak tengah merajuk / marah (biasanya dekat ayah la.. hehehe).

4) BERTIMBANG RASA – Contohnya:- Kalau anak-anak buat salah:
Ayah – Kekadang dia biarkan dulu.. kemudian nanti baru panggil dan tegur..
Mak – IMMEDIATELY dapat jegil, 'seliap', cubit, jentik – tanpa belas.. THERE AND THEN!!..

5) BERTOLAK-ANSUR – Contohnya:- Kalau anak-anak nak beli barang yg bukan keperluan.
Ayah – akan cakap ~ "pi tanya mak / pi mintak kat mak?"
Mak – akan cakap ~ "JANGAN NAK MENGADA! TAK PAYAH!". Tanpa ehsan!..

6) SABAR – Contohnya:- Kalau anak-anak bergaduh dalam rumah.
Ayah – Boleh je relax-relax sambung tengok tv, atau baca paper, tanpa gangguan.. seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku..
Mak – …… DAN DAN TU LA MASING-MASING DAPAT HABUAN!..

arghkahkahkah..

Hahahahaaa... ampun mak.. ampun ayah.. (gurauan di kala rindu…)

(tu la, sapa suruh mak ngan ayah lama sangat tak mai KL nih.. tiny dah rindu kat mak ngan ayah nih!!.. tiny buatla entri nih.. kekalau sesapa baca, tolong pi menyampai skit kat maknjang / paknjang @ maklong/paklong tu.. kata kt depa, kaktiny mengata depa dalam blog kaktiny.. hahahaha.. sure maknjang/maklong call kaktiny sat gi nih.. kuikuikui).

Lihat jurang perbezaan mak dan ayahku itu!..
Sangaaatla jaaauuuhhnnyaa kan!.. hehehe...

Adakalanya mereka GAGAL BERSEPAKAT dalam sesuatu urusan!.

Gagalkah mereka kerana tidak mencapai KESEPAKATAN dalam sikap, tingkah, caralaku dan pandangan masing-masing?

TIDAK!..

Kegagalan mencapai 'kesepakatan' itulah yang menjadikan mereka semakin KUAT, semakin UTUH, semakin MANTAP dan SALING-MELENGKAPI!.. (dan... aku ada modal untuk menyakat!!.. kehkehkeh).


Indah bukan?..


Terima kasih Allah, kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku memiliki kedua-dua ibu-bapaku di usiaku yang menginjak seusia mereka ketika mendidik dan membesarkan kami, amanah-amanah-Mu..


"Ya Allah.. aku mohon Kau ampunilah segala dosa kedua ibu-bapaku.. samada dosa silam, kini atau yang akan datang... samada yang mereka sengajakan atau tidak sengaja.. samada mereka sedar atau tidak sedar, samada dosa yang mereka terniat atau tidak terniat melakukannya.. juga dosa yang mereka lakukan kerana kekhilafan atau kejahilan mereka.. ampunilah mereka Ya Allah.. Jangan Kau angkat walau sebesar zarah keburukan yang mereka lakukan apabila mengadap-Mu kelak.. dan tolong Ya Allah, jangan Kau tinggalkan walau sebesar zarah kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini kembali kepda-Mu Allah.. andai tidak cukup timbangan amalan kebaikan mereka, angkatlah doa-doaku untuk mereka Ya Allah.. penuhkan kitab amal kebaikan mereka.. hisab mereka dengan perhitungan yang ringan.. masukkan mereka ke SYURGA FIRDAUS-MU YA ALLAH.. aku mohon... redhailah mereka sebagai hamba-Mu.. redhai kami semua, umat Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wassalam... Ya Dzal Jala Lil Wal Ikram.. Makbulkan doa kami.. Ameen".



Oh Ayah.. Oh Ibu..

Andai sahaja kalian tahu..
Betapa anak ini terlalu menyayangi dan mengasihimu..

Dari anugerah Allah, kami diberi kalian
Dari ehsan-Nya, kami kenali kehidupan
Dari lensa matamu, kami hayati keindahan
Dari bicara bibirmu, kami teladani perkataan
Dari liuk badanmu, kami ikuti perbuatan
Dari tanganmu, kami membesar mengikut acuan..

Untungnya aku.. dan kamu wahai kamu dan kamu
Memiliki insan yang bergelar ayah dan Ibu

Untung juga aku.. dan kamu wahai kamu dan kamu
Kerana diizin-Nya bergelar ayah dan Ibu..

Hargai nikmat dan anugerah Allah ini..
Kerana,
Kepertanggungjawaban inilah yang akan dipersoalkan nanti..

Semoga hidup kita diberkati
Duniawi dan Ukhrawi..
Ya Rabbi.. redhai kami..

Ameen.


Firman Allah, maksudnya:
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Al-Quran Surah Al-Imran 3 : Ayat 8).



Ya Allah.. kami mohon redha-Mu Allah.. Redhai kami semua, hamba-hambaMu.
.

14 comments:

Anonymous said...

berbuat baikla kepada mereka ketika hidup.

bila sudah tiada, yg tinggal hanyala kenangan dan doa...walaupun sudah tiada, hati masih sentiasa rasa rapat.

Kaktiny said...

eizam > ya benar.. sangat benar..
namun, yg tiada itu hanya jasadnya... pertalian itu masih kekal abadi.. maka itu terasa dekat di hati.. kan?.

Kenangan dan doa itulah yang akan sentiasa menyatukan jiwa kita..

Semoga kesudahan yang baik kepada kita semua.. untuk yang telah pergi juga yang masih tinggal menanti detik kembali.. ameen.

Anonymous said...

Tiny, pasangan yang ideal ialah pasangan yang berbeza sifat dan citarasa.

Kerana itu mereka saling memerlukan, lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Ibubapa kak tie pun sama, seorang penyabar, seorang panas baran, seorang pandai masak, seorang memang gemar makan di rumah dan banyak lagi.

Kak tie dan suami pun begitu, suami seorang yang peramah, tapi kak tie seorang yang pemalu, kah kah...

suara said...

Su nak menumpang kasih mereka boleh?

Huhu...

Makbonda61 said...

Tiny,
Kami juga,beribubapa seperti kamu,tak percaya tanya Ck lah,Mereka saling melengkapi.Sangat mengkagumkan.

Kamu tunggu Anak kamu pandai berbelog,mereka juga akan menilai kamu nanti.

iina said...

Pasangan itu saling melengkapi.. cam ko ngan rizal gak lah ;)

Kaktiny said...

Kak Tie > Allah menemukan kita dengan pasangan yang tepat kan… hihihi..
Hanya manusia ni yang mudah lupa kerana terlalu mengikut hati dan nafsu… lantas gagal memandu layar bahtera dengan sempurna… tapi, itulah istimewanya kita yg bernama manusia ini… punya kedua-duanya… akal dan nafsu.. :-)

Kaktiny said...

Su > kecil tapak tangan, ruang hati kami tadahkan..
Kasih mereka luas tanpa sempadan, andai su sudi menjengah masuk, tiny yakin su akan rasai kemanisannya…
Su akan rasa satu cabang kasih mak dari airtangannya yang takkan su lupa sekali su merasa dengan lidah – terasa sungguh keenakkannya, menusuk terus ke hati..
Su akan rasa satu cabang kasih ayah dari gurau sendanya yang takkan su lupa sekali su dengar dengan telinga – terasa sungguh kelucuannya, menusuk terus ke hati…

… sila sahaja merapatkan ukhwah… kami menerimanya penuh hemah.. semoga ada jalinan kasih yang bercambah... demi mencari redhanya Allah...

Kaktiny said...

Makbonda > sangat-sangat tiny percaya makbonda… melihatkan anak-anaknya yang cemerlang sebagai insan, tiny bukan sahaja yakin, malah turut sama mengagumi (meski tidak pernah bersua muka atau mengenal mana2 alur darahnya)… juga ingin sekali mencontohi mereka (meski ilmu yg dimiliki terlalu jaaauuuhhh bak langit dan bumi)…

Ibu bapa yang saling melengkapi dan tahu menilai titik persamaan dalam ratusan garis perbezaan adalah insan yang sangat unik dan sangat unggul... kan makbonda kan.. hihihi..

MakBonda.. bila anak tiny pandai berblog nanti kan.... tiny syak kan.. mesti ayat diaorg lebih kurang macam ni:
”Karakter Ibu amat berbeza dengan abah”.
Abah seorang yang cool, pendiam, sporting dan jaraaaaanng marah..
Tapi, Ibu..
Kalau dia dah start berleter ~ umpama peguam yang berhujah di kamar mahkamah..
Kalau dia dah start membebel ~ macam pensyarah dalam dewan kuliah..
Kalau dia dah start mengamuk ~ lagaknya bagai halilintar datang membelah..
Kalau dia ber’tazkirah’ ~ sesilap boleh ada telinga yang bernanah...


Kuikuikuikuikui...

(terror tak tiny “predict” anak-anak tiny?.. hihihihi)

Kaktiny said...

iina > sungguh kan dear… hihihihi..
Allah beri kita pasangan yang sangat ideal..
Cuma nafsu kita je yang selalu berpandangan sebaliknya.. !!
Kan?!..

suara said...

tiny... terima kasih.
Kamu buat mata ini banjir...

Kaktiny said...

Su > itu suara dari hati..
Permintaan Su buat hati kami berbunga..

:)

Acik Erna said...

tiny..bila membaca ctatan tini terhadap keduanya..
akaka terbayangkan kedua arwah mak dan ayah..
akak teringat..bagaimana mak tidak pernah menunjukkan sayangnya..kecuali bila dah tidur dan kadang2 akak terjaga..
berlainan arwah ayah..dari sikap..tutur kata..perbuatan..akak terasa diri disayangi..

Kaktiny said...

kak erna > mak mak mmg gitu kan.. ayah yg lebih menunjukkan kasihnya melalui perbuatan dan pengucapan fizikal..
tapi mak, kasihnya dilafaz pada setiap doa dan zikirnya..

Indah sungguh..

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.