Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, March 23, 2011

MENEGUR vs. DITEGUR



Dalam entri ini, aku menyatakan perasaan aku tentang betapa aku (KONONNYA) dalam persimpangan dilema untuk menegur bagi menjalankan sekelumit tanggungjawab ‘AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR’.

Entry kak pah yang bertajuk ‘Bukan Kerja Mudah’ juga menceritakan perihal yang agak sama. Tentang cara untuk menasihati.

Aku dengar jugak ceramah motivasi pagi di IKIM yang kak pah maksudkan tu, dan tertanya-tanya jugak, apa kaedah menyampaikan teguran yang betul eh?..

SEMALAM, AKU DITEGUR @ DINASIHATI!
Oleh dua orang lelaki yang sangat rapat dengan aku. Yang sangat aku sayangi.

Dalam satu hari, aku terima dua teguran, di dua situasi, dalam dua keadaan, masa, tempat dan orang yang berbeza, nasihat yang berlainan punca.

Teguran lelaki no. 1 ~ ada terasa ’ngilunya’. Meskipun begitu, aku tetap mengangguk mengiyakan (daaan... sempat jugak aku smash balik.. kehkehkeh.. haish.. bila perangai suka menjawab aku ni nak ’reda’ eh?!!.. huhuhu), teguran yang diberi masih boleh buat aku ketawa (tetapi, tetap aku ambil peringatan daripadanya). Terima Kasih Abang... hehehe.

Teguran lelaki no. 2 ~ ada terasa ’pedihnya’. Bukan kerana pesanan yang disampaikan, tetapi kerana nasihat yang tergantung tanpa punca!. YA!. Aku terasa!. Marah dan akhirnya menangis sepanjang perjalanan balik daripada menghantar lelaki itu ke lapangan terbang!. Marah aku kerana dia tidak mahu menyatakan SEBABNYA!. Aku pulang dengan hati hiba meski berkali-kali lelaki itu meminta aku melupakan apa yang diucapkannya!. Pertemuan yang sangat singkat itu di akhiri dengan teguran dari dia yang tergantung tanpa tuju. Dia seperti ingin menyampaikan sesuatu tetapi kemudian menarik balik katanya!. Itu yang mengundang amarahku!. Setibanya aku di rumah, sms bertukar ganti. Ucapan maaf bertalu dari pihak sana juga pihak aku!. Ya, tika itu memang aku marah. Tapi, aku marah bukan kerana aku benci... TIDAK!. Mana mungkin aku membenci darah yang sama mengalir di dalam tubuhku. Tiada sekelumit dendam, jauh sekali membencimu. Aku marah kerana aku rindu dik!. (Semoga perjalanan ibadahmu kepada Allah dalam kerjayamu di negeri di bawah bayu itu sentiasa mendapat redha dan rahmat Allah.. ini doa kakakmu, saban hari dan saban waktu, tidak pernah putus untukmu, wahai adikku...)

Maka, benarlah seperti apa yang disampaikan oleh penceramah motivasi pagi itu.
~ Dalam memberi nasihat, jangan terus kepada tajuk topik yang mungkin orang yang menerima teguran tidak faham lalu di salah ertikan.
~ Dalam memberi teguran, lihat situasi, masa dan keadaan, jangan melulu mengkehendakkan orang lain memahami apa yang ingin kita sampaikan.
~ Dalam memberi peringatan, jangan guna bahasa lidah, kerana bimbang telinga yang mendengar bisa menanah, sebaliknya, sampaikan dengan bahasa jiwa kerana kepada jiwa yang menerimanya akan menyambut dengan terbuka dan berlapang dada.

Firman Allah bermaksud:
"Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Quran Surah at-Taubah 9 : 91)

Wahai kalian, tidak perlu ucapan maaf. Kalian tidak menanggung dosa kerana menegurku. Malah, aku sangat-sangat bersyukur di atas teguran itu. Teguran-teguran semalam aku jadikan iktibar dan pedoman.

Kata Hukama: Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

Terima kasih wahai suamiku... terima kasih wahai adikku.. terima kasih juga kepada kakakku tersayang (yang Allah letakkan sebagai perantara di celahan gempar kemelut saudara yang seketika itu). Aku tahu, kalian menasihatiku kerana sayang dan kerana sikap ambil berat tentang diriku... Terima kasih di atas pesanan-pesanan itu. Terima kasih kerana menyayangiku...

Terima kasih Allah kerana memerhatikan aku. Terima kasih Allah kerana melancarkan lidah mereka dan meringankan hati mereka untuk menegurku. Ku ambil teguran mereka kerana-Mu Ya Allah.. dan aku mohon Kau berikan redha-Mu kepada mereka kerana mereka menyampaikan pesanan kepada diriku di jalan agama-Mu, agar aku menjadi hamba-Mu yang lebih baik. Ameen.

Allahu Akhbar.


Note : owh ya, aku tertarik dengan TEORI KAK PAH.. kalau org yang jenis 'keras kepala', kita bagi nasihat tapi tak mau ikut, kita bagi psikologi tak jalan, bagi je SEKEHLOGI... baru menjadik kot!.. hahahaha.. (kelaassss teori Puan Pengetua Aulad Jannah itu.. dh leh buat Proposal PhD nih.. hehehehe). Sorry kak pah.. gurau jer.. :)


Aku mohon redha-Mu Allah. Redhai kami semua. Ameen.





.

14 comments:

blackcardomompods said...

Ujian tu mg baik utk buat phd esp kalau buat di oversea.psl omputih tgur direct je cuma bhasa dia lembut.sekali kena tegur mg berminggu murung.Bhasa lmbut tp kata2 tajam.

Bersiap lah jiwamu supya keras sb dunia phd perlukn jiwa yg mntap selain akal yg bijak

Kaktiny said...

ct > kalau buat ujian tu, sesilap tiap2 hari kaktiny yg kena SEKEHLOGI tu dek supervisor.. kehkehkeh...

akur.. ianya bukan perkara mudah.. akal, emosi dan rohani bisa goncang.. bantuan, rahmat dan redha Allah jualah yg dipohon..

La haula wala qu wata illa billah..

Semoga Allah beri izin-Nya dan permudahkannya.. ameen.


.

Cikgooden said...

Perkara yang kebenaran selalunya pahit untuk di hadam...kata kata manis, ibarat racun..

Tijah said...

sekehloji tu boleh apply kat anak2 jer. sekeh org tua kang...kita kena sekeh balik. huwaaa. tanakkk...

Acik Erna said...

tiny..tijah kata..apply kat anak2 je..tapi anak2 sekarang pun tak boleh dah nak sekehlogy tu kan..

iina said...

sekehlogi?? hehehehe... aku setuju sangat tuh.. baru jek pagi nie aku dgr bebelan mak aku pasal adik2 aku.. yg semuanya tak nak dah dengar cakap dia... apa dia cakap semua tak nak pakai... nahh!!! Itu hati ibu kan.. dan pada aku juga tempat dia mengadu.. kalau aku kat mesia.. memang semua adik2 aku tuh confirm kena sekehlogi.. takde dah psikologi dah bila masuk bab2 camtu..

ibundo said...

tiny,
kretapi lambat. sebab tu lambat sampai haha walaupun aku dah tersedak-sedak sebab ada orang menyebut-nyebut nama.
akak pun tak gemar orang cakap tergantung. Cakap tak habis dan buat kita terpikir-pikir apa yang dimaksudkan.
Dan masih juga kadang2 tidak dapat menerima teguran kerana ada kedegilan yang liat nak tanggal. Jangan tak tau.. kpah ada dua pusar di kepala kahkah..

suara said...

Kalau Su nak tegur orang, Su akan tengok org tu jenis yg bagaimana.
Adakala teguran akan menjarakkan hubungan dan menyukarkan lagi keadaan.

Su akui, diri sangat sukar nak menegur org lain walaupun nak sangat. Terutama bab agama. Bukan apa, memikirkan diri sendiri pun masih banyak yg perlu diperbaiki.
Bimbang bahasa yg digunakan akan melukai. Ish... banyak sangat pikir. Huhuhu...

Tapi kalau dah tahu org yg ditegur tu jenis yg terbuka dan dah kenal lama, Su mmg cakap je.

Tapi kalau org nak tegur su, memang di alu-alukan... sbb bagi Su, bila org menegur, itu tanda mereka ambil berat dan sayang kat kita... Ceh, perasan!! :D

Kaktiny said...

Cikgooden > betul kan.. yang pahit tu la biasanya penawar, yg manis tu bawak penyakit.. nak plak kalau awek cun yg ada senyum manis.. bahayaaa ooo.. kahkahkah..

Kaktiny said...

Tijah > kalau kena sekeh balik tu kira untung la jugak.. tapi, kalau dibuatnya entri siap dgn gambar sebagai bukti segala bagai..hah!.. kes naiya babe... (nanti kuar statement ~ PERLU MOHON MAAF SECARA TERBUKA OR SEE YOU IN COURT !.. hihihihi)..
Pon tanaaakkkk…

Kaktiny said...

Kak Erna > betul kan kak.. skrg ni ngan bebudak pon tak leh main sebarang sekeh.. kekalau kita sekeh di adik, nanti tiap masa si kakak tu mengikut nak sekeh adik dia.. akalu sekeh si kakaknya, nanti berdendam sampai besar.. haish.. nk bagi nasihat itu mmg sesuatu yg sukar!. huhuhuhu.

Kaktiny said...

iina > hahaha… untung la mak ko sbb anak semua dh besar-besar dan at least ada ko yang buleh diharap utk dengar segala kisah… kalau mak-mak yg semua anak dia layak dpt sekehlogi tu, mmg naiya.. pada siapa le nk mengadu hal.. sesilap geram punya pasal, sekehlogi diri sendiri.. hehehehe…

Kaktiny said...

kakpah > hahahaha…. Baguih jugak terlambat train, banyak modal kami sementara tunggu kak pah sampai.. kehkehkeh…
HAH?!> dua pusar?!.. patut la buleh bukak banyak cawangan tadika dan mengajar anak-anak, sebab akak lagik tegar degilnya daripada kanak-kanak tadika tuh!.. kahkahkah (gurau je kak.. ampuun.. hihihihi).

Kaktiny said...

suara > betul su.. sebab tu kekadang amik tema ‘diam itu lebih baik’ sbb hati org kita tak tahu.. entah terima ka, entah berdendam ke.. entah benci ker.. bimbang ooo…
Tapi, kalau dgn adik beradik sendiri, kekadang main hentam kromo jer.. kuikuikui…

Ya su, tiny pon jenis terbuka kalau org nak tegur sbb tak mudah org nak tegur kita.. dan org yg berani tegur kita tu sebab dia mmg rapat di hati kita.. tapi, bab tegur ni ~ TOLONGLAH ~ nyatakan dengan jelas apa kesalahan kita dan kenapa nasihatitu dipertuturkan.. baru kita nampak apa yang perlu di ubah.. kalau tidak, kita tak tahu, KENAPA perbuatan itu salah..

Contoh: kalau orang datang dan kata kat Su:
“Su, kita ni nak nasihatkan Su sikit, sebab tengok Su makin rapat dengan tiny tu. Hmm... cukup-cukuplah komen kat entri dia, Su tak usahlah kenal dengan si tiny tu. Ingat tau!.’.

ITU JE.. Lepas tu berlalu tanpa explanation!. Su rasa boleh terima tak?
Pehal kan?.. Kalau kes macam ni, mmg tiny rasa nk guna je jurus ilmu sekehlogi yang kakpah bagi tu! Hahaha....
Betul tak?.. kan kan kan...hihihi...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.