Di sekolah, hari guru pasti akan ada sambutan khas untuk Guru-Guru kan! (tapi, murid-murid gak yang kenyang! Sebab bila time perhimpunan Hari Guru, kami dapat ice-cream free!!.. hahahaha…).
Paling menariknya, mesti nak bagi hadiah kat cikgu kan!.
Dulu, bila tiba hari guru je, aku pasti akan bagi hadiah berupa sajak karangan sendiri khas untuk cikgu-cikgu... bertulisan tangan, di kertas A4, digulung dan diikat reben merah (ala2 scroll ijazah tuh!).. itu ’trade-mark’ hadiah guru daripada aku!.
Sekarang ni, aku fikir-fikir balik, mesti ’semak’ je kan cikgu2 dok kumpul ’harta’ yg ’cerenet-cerenet’ (kecil-kecil, murah dan tiada manfaat) itu semua... hihihihi.
YA!. Aku akui, sekarang aku jarang buat entri baru... Jarangnya aku menaip di sini, kerana ada di sisi lain taipanku berfungsi... menyiapkan sesuatu!.. Dan, ini juga ada pengaruhnya daripada jasa-jasa GURU yang tanpa jemu menyumbang ilmu..
Kerana ilmu yang GURU-GURU curahkan kepadaku, buat aku rasa ingin untuk lebih mencari dan mencari ilmu itu.. untuk manfaat diriku, juga kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang mampu aku salurkan ilmu yang bermanfaat itu (semoga ianya bermanfaat dan mendapat redha Allah.. Ameen)..
Justeru, terima kasih wahai GURU-GURU... profession anda terlalu mulia.. seiring dengan matlamat dan nilai jiwa.. ianya SUNGGUH BERMAKNA!.
Ucapanku:
Kepada guru-guru yang bukan dalam profession perguruan, tetapi tetap menyalur maklumat yang menjadikan individu itu seorang insan...
Kepada guru-guru yang sedang dan masih gigih menyumbang bakti mengajar anak bangsa tanpa jemu tanpa putus asa..
Kepada semua GURU-GURU yang memberi manfaat kepada Umat Muhammad, kepada hamba-hamba Allah..
Wahai GURU-GURU.. berlapang dadalah dalam mendidik anak bangsa.. sebagaimana Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam sentiasa patuh dengan firman Allah dan sentiasa berlapang dada dalam 'mentarbiyah' manusia menjadi insan!. ANDA HEBAT!. Kerana itu anda dipilih menjadi "GURU"!..
Firman Allah:
"Bukankah dada engkau telah kami lapangkan?. Dan Kami hilangkan dari engkau beban engkau?. Yang memberati tanggunganmu?. Dan Kami masyurkan namamu. Kerana itu, sesungguhnya bersama pada setiap kesulitan datang kelapangan. Sesungguhnya pada setiap kesukaran datang keringanan. Maka itu, apabila mempunyai tempoh, maka berusahalah (berkerja keraslah)!. Dan kepada Tuhanmu, mohonlah pengharapan!." (Al-Quran Surah Al-Insyirah 94 : Ayat 1-8).
Ucapan ini khusus untuk kalian:
Selamat Hari Guru!. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah. Ameen.
8 comments:
Assalamualaikum.
Tiny,
Ada simpan tak sajak-sajak tu? notekan untuk makbonda satu :)
Makbonda > Wa'alaikumsalam.
"Makbonda memang guru sejati!." Hanya guru yang berjiwa 'guru' tidak jemu dan tidak pernah memandang 'murah' pemberian 'muridnya'.. bukan harga nilaian mata jiwa seorang guru... kan!..
hehehe.... Sajak-sajak tiny semua tu ala-ala 'masterpiece'.. tak ada copy paste.. huhuhu (dulu takde blog.. dan takde plak komputer.. tak de plak penyalinan pendua.. huhuhu..).. Terus tulis, gulung, dan serah..
Makbonda membuatkan saya merindui guru-guru saya.. sangat2..
Al-Fatihah kepada semua Guru-guru.. kepada yang masih hidup juga yang telah meninggal dunia..
Doa saya tidak putus utk mereka, dalam setiap doa.. saban waktu.. Semoga rahmat dan redha Allah mengiringi perjalanan hidup semua cikgu-cikgu.. dunia dan akhirat.. ameen.
Teringat hari guru.. selalu pagi2 dah dapat banyak sms dari student2 yang dah jadi cikgu.. rindulah pulak.. ;)
iina > tawon depan, ko start dapat balik le hadiah-hadiah dan ucapan2 tu semua kan.. hihihihi...
aku doakan ko segera selesai dgn jayanya dalam perjuangan menuntut ilmu dan kembali menyalurkan ilmu kepada anak bangsa..
Selamat Hari Guru dear.. doaku selalu untukmu.. semoga Allah permudahkan perjalanan hidupmu.. ameen.
counting days to meet u... next.. next.. next following month.. InsyaAllah... ameen.
:)
Indahnya coretan...puitisnya nukilan...
Terima kasih Tiny....
cklah > doa yang tulus untuk guru yang mulus..
:)
mak ayah sy dulu cikgu. asal hari guru kompem mcm2 adiah dpt. best2. eheheheheh
sama hari guru sumeee
masy > mesti ko yg rembat habis semua hamper-hamper coklat ke pen ke atau buku-buku nota kecik yg mak dan ayah ko dpt kan dik kan.. hahahaha...
Post a Comment