Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, July 27, 2011

Azam Ramadhan!.

Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183).
Alhamdulillah..
Tinggal lagi beberapa detik, Ramadhan akan mendatangi kita. Bersama amalan puasa dan ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah, siapa yang tega menolaknya?. Allahu.

Sumber Hadis Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan:
"Seorang hamba yang berpuasa dalam sehari di jalan Allah, maka akan dijauhkan Allah orang tersebut pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim dingin".


Di Ramadhan kali ini, ada beberapa perkara yang menjadi azamku!.
CABARAN UTAMA puasa yang aku 'pertaruhkan' ke atas diriku adalah ~ PERSIAPAN JUADAH BERBUKA!.

Aku nyatakan kepada cik abang, pada Ramadhan ini, aku akan mula belajar MENGURANGKAN MENU dan TIDAK BERIYA untuk menyediakan juadah berbuka.. Cukup sekadar untuk menikmati suasana BERBUKA.

Pada tahun 2008, aku berazam untuk TIDAK MEMBELI JUADAH DI PASAR RAMADHAN!. Dan, Alhamdulillah.. sepanjang 2008 sehingga ke hari ini, bukan sahaja Pasar Ramadhan, pasar malam juga adalah tempat yang sangaaaaaattt jaraaaaaannngggg aku kunjungi..
Menu 'fresh from kitchen' adalah tema yang aku letakkan kepada diriku!.. (kecuali kalau ada 'offer' dari cik abang nak belanja makan kat luar.. hiihiiii).

Oleh kerana 'gigih' mempelbagaikan menu (serta pengaruh kuat dari cara masakan Ibu), maka aku terghairah menyediakan menu yg sangat OVER (menurut pandangan sesetengah orang.. huhuhu).. yakni BANYAK!!.

Jadinya, tahun ini dan tahun-tahun ke depan (InsyaAllah andai ini bukan Ramadhanku yang terakhir...), azamku adalah untuk menyediakan juadah yang ALA-KADAR.

Cukup sekadar 2-3 hidangan ~ 1 lauk berkuah dan 1 atau 2 sayur / gorengan. 1 mee-mee dan 1 manisan. CUKUP.

NO MORE ALL THESE!!!.. (gambar-gambar juadah puasa tahun lepas.. huhuhu)


Tidak lagi begini..

Juga tidak begini..

NO NO NO!.. KECUALI.. jika ada tetamu yang sudi BERIFTAR di rumah kami, maka INSYAALLAH, barulah 'tray' sebegini akan keluar (jika perlu):



Jadinya, untuk ramadhan ini, sungguh aku berazam untuk menyediakan juadah yang seringkasnya.... dan lanjutan daripada azam lalu yakni kurangkan menyinggah di pasar ramadhan akan tetap diteruskan.. (cik abang adalah 'pendorong' utama untuk aku tidak ke pasar ramadhan... SBB MALAS NAK PARKING DAN NAK JALAN!!.. hahahaha).

Kali ini aku berazam utk tidak tinggal terawikh (kecuali keuzuran.. terutama di malam2 terakhir nanti.. InsyaAllah..). Juga aku berazam untuk menyertai iftar di masjid serta bersahur (buat sumbangan menu bersahur adalah antara azamku tahun ini..)... dengan Qiamullail.. (pengalaman lalu terasa hingga hari ini.. and I DON'T WANT TO MISS THE CHANCE!!.. Ya Rabb, izinkanlah..)

Paling utama, aku nak anak-anak turut menikmati keindahan Ramadhan ini.. (tapi... kena buat acara 'rasuah-merasuah' ke eh?... semalam nureen dah cakap "Ibu, kalau kakak puasa penuh, Ibu belikan Lip-Gloss ye?!!... ERRRKKKKK!!!!!).

....................

Semoga Allah mengizinkan kita menyambut ramadhan ini dengan sempurna.
Semoga Allah mempermudahkan puasa kita di ramadhan ini dengan tenang.
Semoga Allah meredhai ibadah kita ini dengan penuh rahmat dan nikmat.
Ameen.

Sumber Hadis Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan:
“Barang siapa mendirikan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".

Lailatul Qadar.. mampukan aku "merasai" kehadirannya?. Sungguh aku menginginkannya.. Ya Khaliq.. izinkanlah.. Ameen.


KEPADA SEMUA : SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.
ANDAI ADA SALAH SILAPKU DI MANA-MANA YANG AKU SENGAJA DAN TIDAK SENGAJA, AKU MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA TERSALAH SILAP PENULISAN, PERKATAAN, BAHASA DAN TINGKAH. SUNGGUH, AKU MOHON KEMAAFAN DARI KALIAN.

JANGANLAH DI SIMPAN SAKIT HATI, BENCI DAN AMARAH. AKU JUGA TIDAK MENYIMPAN DENDAM, RASA BENCI, MARAH KEPADA SESIAPA, TELAH AKU KEMBALIKAN SEMUA RASA PULANG KEPADA ALLAH. YANG AKU MOHON, AGAR KITA DAPAT MENJALANI IBADAH INI DENGAN RASA RENDAH DIRI DAN TAWADHUK. DAN SEMOGA ALLAH MENERIMA IBADAH INI DENGAN RAHMAT DAN REDHANYA.


Ya Allah.. kami mohon redhaMu.. Redhai kami. Ameen.



14 comments:

Mak Su said...

selamat menyambut kedatangan ramadhan :D

Cik DIA said...

i like tang lips gloss tu :P
pandai nureen eek ;)
bukan rasuah tp pendorong ;)

* selamat berpuasa tk akak n family :)
raya ni gilirn mana?
klau utara, bleh btandang :)

Kaktiny said...

maksu > utk maksu juga ya.. :)

Kaktiny said...

cik dia > InsyaAllah, tahun ni kaktiny raya di utagha.. hihihi...

Acik Erna said...

amin..
selamat menyambut ramadhan yang mulia
semoga semua azam yang tiny dah listkan akan dapat tiny penuhi.

Kak Long said...

sebelum tu kita pi makan seafood puas-puas dulu kat KK ok...kena spare ubat alergy jugak nih...

Kaktiny said...

kak erna > alhamdulillah.. jazakillahu khair atas doa akak..
... moga rahmat ramadhan Allah dpt kita kecapi bersama..
ameeen.

Kaktiny said...

kak Long > of coouurrrrsssseeee dear.. aku dh nak pack baju mlm nih!.. hihihihi...

iina said...

Aku sokong kalau nak galakan anak berpuasa tak yahlah bagi rasuah.. sebab nanti jadi niat itu puasa sebab nak dapat duit atau benda dan bukan sebab benar2 jalankan perintah Allah..

Baguslah berazam untuk sederhana.. itu lebih baik.. so nanti esok kalau aku balik.. sila lah sederhanakan juga menu2 yg ko suh aku masak ahaks.... (bagus nie leh jadi ayat ngelat aku hehehe)

zino said...

meriah nya juadah

Anonymous said...

Hehehe, nak lip gloss. Luculah anak anak ni. Tinggal bertahun tahun di negara org memaksa diri utk memasak sendiri juadah. Hasil menu, 1 sayur dan 1 protein, 1 buah dan 1 kuih. tu je lah. Bila balik msia anak anak dah besar. Dah tak reti plak nak mkn lauk berjenis jenis. (Sebetulnya mak dia org terlebih rajin, sb tu menunya begitu, hehe)

sindiketsulit said...

aku tak pernah berbuka lebih dari 2 lauk kak.

aku tak pernah mampu nak berjanji rasuah anak aku bila dia mampu puasa kak.

sebab dia kalau mintak ganjaran bukan lip gloss kak..

dia nak ps3 kak.

mana aku nak cekau duit kakkkkkk.


Selamat menjalani ibadah puasa kak.
Maaf zahir batin.

ckLah @xiiinam said...

كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم

suara said...

As salam tiny...
Dah lepas sehari berposa...
ada lagi 29 hari...
Bagaimana dgn terawih?
Bagaimana dgn tadarus?
Bagaimana dgn qiamullail...?

Su rindukan Shah Alam!!!
Su rindukan Ramadhan di sana...
Huhuhu...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.