Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, July 18, 2011

MAHAR OH MAHAR!!.


Aku baru berkesempatan menonton filem KETIKA CINTA BERTASBIH 1 bersama-sama cik abang sayang.. Baru berkesempatan tengok!.. padahal ceritanya dah lama dah!..
(Tafsiran aku ~ Ilmu takkan pernah lapuk dek hujan, takkan pernah lekang dek panas.. Hanya ‘cerita’ yang akan berlalu, tetapi ILMU, akan kekal bermanfaat).

Seronok dapat berkongsi tengok cerita sebegini dengan cik abang, sebab banyak intipati yang dapat kami analisis dan berkongsi bersama... (aku le yg lebih, sebab bab2 cerita macam ni biasanya lebih berat kepada naluri kewanitaan.. kehkehkeh).

Dulu, masa tengok cerita Ayat-ayat Cinta, cik abang tak berapa nak layan sangat (mungkin jalan ceritanya agak slow sikit, so, cik abang TIDO separuh jalan!!.. huhuhu).

Semua babak pon aku suka, paling aku suka dialog "Namanya SIAPA?".... "ABDULLAH".. hehehe.. (berulang dialog tu aku ajukan pada si nureen.. dan tak jemu plak anak aku tu layan 'angin bingai' mak dia nih.. hehehe).


Ada satu babak lagi dalam filem ini yang sangat terkesan di hati aku!. Berulang kali bermain di fikiran aku. Babak di mana keluarga Furqan meminang ANNA ALTHAFUNISSA (pergghh.. sedap weih namanya!.. hihihi).

Sessi peminangan itu sgt menarik apabila, Anna ditanya tentang Mahar yang diinginkannya. Anna tidak meletakkan "HARGA" sebaliknya meletakkan “SYARAT” sebagai MAHARNYA!.

ERTI MAHAR / MAS KAHWIN!.

Hukumnya adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al-Quran:

Firman Allah:
"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " ( Al-Quran Surah An-Nisaa’ 4: ayat 4)"

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

CARA MEMBAYAR MAHAR:

Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

JENIS MAHAR:
• Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
• Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.

Sumber Mahar/ Mas Kahwin :
wikipedia



Owh.. owh.. owh.. sangat aku tersentuh!.

Terkenang kembali saat aku meletakkan 'mahar' utk diriku, 7 tahun lalu!!!. Betapa di saat itu, aku sangat JAHIL akan ilmu ini!.. SANGAT-SANGAT JAHIL!. Aku hanya menurut kata-kata orang sekeliling agar 'meletak' mahar dengan nilai yang boleh sekurang-kurangnya membeli emas!. (Ya, di Kedah, perempuan berhak meletakkan nilai MAS KAHWIN sendiri!!!).

Yang aku perhatikan, kebanyakkan Negeri di Malaysia ini, KERAJAAN / PEMERINTAH / PEJABAT AGAMA / PIHAK YANG BERKAITAN yang MENETAPKAN MAS KAHWIN.

Satu nilai 'HARGA' telah DITETAPKAN bagi seorang perempuan!. Ada yang sebegitu MURAH!. MURAHKAH HARGA PEREMPUAN MALAYSIA??.. NILAINYA DI TANGAN PEMERINTAH RUPANYA!!!.. Astaghfirullahal 'azhiim... mengapa ini tidak dikaji semula?.. (Wallahu 'alam.)

MAAF, aku masih jahil bab ilmu feqah yang ini, sangat-sangat jahil!. Aku cuma tertanya-tanya, KENAPA DAN MENGAPA ilmu feqah yang ini TIDAK DI AJAR/DINYATAKAN DI DALAM KURSUS KAHWIN?.. Apa logik asas meletakkan mas kahwin 'sama rata' bagi semua perempuan di Negeri2 tertentu?. AKU MASIH BINGUNG DENGAN INI!!.. (jika ada jawapan 'serang-balas' utk meninggalkan komen berkaitan hal ini, sila email di ciktiny@gmail.com, jangan serang aku di kotak komen!. Terima Kasih).

Aku nyatakan kepada cik abang.. ANDAI AKU TAHU.. ANDAI AKU BERILMU seperti watak ANNA ALTHAFUNISSA.. tentu aku TIDAK meletakkan "HARGA" mas kahwinku dengan harga sebegitu duluuuu... MALUUUU!!!... Hanya RM itu nilaiku rupanya!!.. (sapa nak cakap berlagak ke, perasan ke, terpulang.. kalau nak, terima lah.. kalau tak nak, sudahlah.. tiada paksaan!!, selagi AKAD belum DILAFAZKAN!!).

... dan aku nyatakan kepada Nureen, agar jadi WANITA BERIMAN DAN BERILMU.. agar dia tahu HAKNYA sebagai Muslimah.. sebagai insan.. sebagai bakal bidadari syurga.. Ameen.. (itu doaku untuk puteri sulungku.. semoga Allah perkenankan.. Ameen Ya Rabbul ‘alamiin).

Usai tayangan filem itu tamat, sessi diskusi bermula.. dan aku nyatakan kepada cik abang.. "Andai mampu Leen minta.. Leen ingin meletakkan 'syarat' itu sebagai mahar sebagaimana yang diminta Anna..".

.. dialog akhirku kepada cik abang sebagai menutup sessi diskusi..

Aku : Saban waktu Leen doakan abang menjejaki syurga Allah.. Leen tahu abang bakal ke syurga Allah.. bakal dijaga oleh puluhan malaikat.. bakal mendapat bidadari-bidadari syurga yang cantik, rupawan dan tidak pernah jemu melayan abang tanpa henti.. Leen sentiasa mohon kepada Allah agar abang mendapat redha dan rahmat-Nya sentiasa, dunia dan akhirat.

Abang : Terima kasih Leen.

Aku : Tapi.. Leen tak tentu lagi mampu atau tidak utk jejakkan kaki ke syurga Allah andai saja abang tidak redha pada Leen. Bukan mudah seorang isteri untuk mempertahankan rumahtangganya andai tiada kerjasama daripada pihak suami. Abang sangat maklumkan, perempuan nafsunya 9, dan CEMBURU itu adalah nafsu yang menduduki tangga teratas!. Ramai wanita yang kalah terutamanya dengan nafsu yang satu itu yang akhirnya menyumbatkan mereka ke Neraka Jahannam. Leen tak tahu untuk beraksi bagaimana jika diuji dengan ujian yang mendatangkan "CEMBURU" itu!. Leen takut Leen tak mampu.

Abang : Leen jangan cakap macam tu.

Aku : Leen hanya mampu ke syurga Allah dengan izin dan redha Allah... Redha Allah kepada Leen adalah di atas redha abang sebagai suami Leen.. Ditakdirkan Allah kita ke syurga-Nya, izinkan Leen menjadi Ketua Bidadari Syurga untuk abang...

Abang : Ameen.. Moga Allah makbulkan.. hehehehehe... Abang faham apa yang hendak Leen sampaikan.. (senyum...)

OK, YOU HAVE GOT MY POINT THERE!!.. RITE???!!!..

Note:~ Kepada para suami.. sila fahami dengan jelas, apa yang cuba ku sampaikan menerusi ayat tersebut!. Isteri anda mungkin tidak mampu 'berbahasa' seperti yang aku tuturkan, tetapi makna ayat kami adalah SAMA dan SERUPA!. Ada faham??!!. Thee hee hee.. ~

Firman Allah:
"Dan tiada seorangpun di antara kamu yang tiada masuk ke dalamnya (neraka). Itulah keputusan Tuhan yang tak dapat dihindarkan. Akhirnya, Kami selamatkan orang-orang yang menjaga dirinya (dari kejahatan) danKami biarkan orang-orang yang bersalah berlutut di dalamnya". (Al-Quran Surah Maryam 19 : Ayat 71 - 72).


Firman Allah:
"Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman serta mengerjakan perbuatan baik (amal soleh), maka mereka itu akan masuk ke dalam Syurga, dan mereka tidak dirugikan barang sedikitpun". (Al-Quran Surah Maryam 19 : Ayat 60).


Terima Kasih Allah... di atas karya Ketika Cinta Bertasbih itu!..
(.. dan cik abang pulak yang tak sabar nak tengok Ketika Cinta Bertasbih 2.. hahahaha).


Alhamdulillah. <3 <3 <3



Ya Allah.. Redhai kami semua.. Ameen.


.

8 comments:

Makbonda61 said...

Anak gadis Makbonda membawakan noval tersebut setebal kitab Bimbingan Mukmin...bagaimana bisa Makbonda mahu menghatamnya....

Itulah betapa tingginya pengaruh ilmu kan Tiny,Beruntuk anak gadis Tiny,ketika dia dilamar kedua ibubapanya telah berilmu.

Bapakmakbonda dulu semasa anak-anak dilamar
"Terpulanglah pada pihak lelaki,semampunya,yang penting saya tak mahu anak perempuan saya nanti terpalit hutang si suami"

Kaktiny said...

MakBonda > kalau bagi kat cik abang tiny, maunya 'kitab' setebal tu kekal keras kulit bukunya... nan adolah dia nk baca... nk plak "novel".. hihihihi...

"Terpulanglah pada pihak lelaki,semampunya,yang penting saya tak mahu anak perempuan saya nanti terpalit hutang si suami"
~ saya ambil peringatan kata-kata ini makbonda.. Jazakillahu khairan khathira.. :) <3

saya masih jahil.. dan masih banyak perlu menuntut ilmu2 feqah dan ibadah ini.. dan sgt berharap agar anak2 lebih celik ilmu agama utk diri dan masa depan mereka.. ameen..

sindiketsulit said...

aku taip.
aku tekan backspace.
aku taip.
aku tekan backspace.
aku taip.
aku tekan backspace.
aku taip.
aku tekan backspace.

sudahnya, ini je la yang mampu aku taip.

semoga hang sekeluarga sentiasa di rahmati Allah kak :)
lef yu ketat-ketatt.

Kaktiny said...

wos > aku tak salahkan hang wos.. aku pun rasanya camtu gak kot.. utk sesetengah topik kt blog org aku tak tau perlu komen ke dak.. hehehe...

hang mai baca (dan pulak tinggalkan komen), aku sgt2 hargainya.. Jazakillahu khair..

sayang hang sangat2.. muaaahhsss...

Kak Long said...

AKU DAH BACA NOVEL TU TAHUN LEPAS,DUA-DUA DAH BACA (DOWNLOAD JER) TAPI TERLEPAS TGK CERITA TU KAT TV ALHIJRAH...NAK CARI CD DIA TAK TAU KAT MANA...HANG TENGOK ULANGAN DIA KE OR THRU CD??? BANYAK MESEJ DALAM CERITA TU KAN. AKU PUN SKG NI DOK LAYAN 114 JER. SAMA-SAMALAH KITA MENAMBAH ILMU SAMBIL BERHIBUR...

suara said...

Anak buah Su gila dengan movie ni. So, tumpang le sekaki tangan. Heheha...

Sebagai bandingan... novel ayat cinta lebih berkesan dan best berbanding dgn movie.

Bila cinta bertasbih lak, su tak baca novelnya lagi... terus tgk movie. Tapi suka gak la...

Mahar su dulu. Tak pernah ditetapkan. Masa tu mak ayah mmg dah tak de. Jadi bila pihak lelaki tanya kakak-kakak su, mereka kata itu biarlah yg nak kawin tetapkan sendiri. Su serahkan pd abg berapa yg dia mampu.

Nak dibandingkan Kelantan dgn negeri lain, setahu Su la...kerajaan mmg tak letakkan harga untuk mas kawin. Tapi apa yg pihak lelaki bayar, itulah mas kawin. Duit hantaran mmg tak de. Jadi pihak lelaki tak boleh 'sentuh' duit tu, melainkan dgn keizinan isteri.

Tapi masalah pasangan muda skrg ialah, majlis kawin nak mewah sehingga sanggup berhutang... Baru kawin, rumah mesti lengkap... hutang lagi. Memulakan kehiduapan dgn hutang... bahaya sesangat. Tapi ye lah... katanya baik kawin demi menghalalkan hubungan, walaupun berhutang. Ish...

Kaktiny said...

Su > itulah part yg paling tiny sedih sebenarnya (bila dh banyak membaca nih.. huhuhu.. dulu tak penah amik pot, sebab tu tak tahu!!.. jahil sungguh).

bab mas kahwin.. ada negeri yg letak RM80.. ada negeri letak RM22.50 - Ya Allah.. nak buat hape duit banyak tu?.. mmg laki tak buleh amik.. amik pon nk buleh beli apa?.. rokok sekotak?.. nauzubillah!!..

tapi.. kalau bab hantara.. MASYAALLAH.. beribu beratus.. mmg sedia maklum yg barang utk kenduri mahal.. tapi, kalau dh berangan nk buat di hotel... MMG LA MAHAL!..

itu yg sedih nya.. kenduri kahwin / perkahwinan itu utk KEMEWAHAN, KESENANGAN DAN KEMEGAHAN.. BUKAN UNTUK MENCARI KEBARAKAHAN DAN KEREDHAAN ALLAH!..

nauzubillah... semoga tiny akan ingat perkara ini.. sentiasa!.
Ameen.

Kaktiny said...

kaklong > betul kan.. dari hiburan juga boleh dikutip ilmu.. asalkan hiburan itu menyalurkan ilmu yg bermanfaat..

semoga kita boleh saling berkongsi manfaat ilmu yg diperolehi.. dan semoga Allah redhai ilmu yg kita cari dan kongsikan bersama.. ameen.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.