Wahai putera (puteraku)…
Jadilah kalian seteguh Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sejujur Saidina Ali dengan meneladani keunggulan sifat Rasulullahi Sallallahu alaihi wassalam di sepanjang hidupmu.
Wahai puteri (puteriku)…
Jadilah kalian sesetia Khadijah, setulus Maryam, selembut Fatimah, seyakin Asiah dan sebijak Aishah dengan meneladani pekerti Rasulullahi Sallallahu alaihi wassalam di sepanjang hidupmu.
Jadilah kalian mujaheed dan mujaheedah Allah.. Peruntukkan hidupmu untuk membantu sesama insan... persiapkan dirimu demi mengembangkan syiar islam… pertaruhkan kehidupanmu kerana Allah, bagi mendapatkan redhaNya..
Jadilah kalian begitu… wahai Anak-anak Ibu..
Firman Allah:
"Wahai anak-anakku. Dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri". (Al-Quran Surah Al-Luqman 31 : Ayat 17-18).
SOLAT!. SABAR!. RENDAH DIRI!
Jadilah kalian begitu.. wahai anak-anak Ibu.. dan Ibu juga akan berusaha gigih mendidik diri Ibu dan diri kalian ~ menjadi sebegitu!.
Wahai Anak-anak ibu..
Ibu ingin sekali mengkhabarkan kalimah Fuqaha yang pernah Ibu dengar ini kepada kalian…
"Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhada'."
Kalian adalah 'saham' yang Ibu sangat dambakan untuk bisa menempatkan Ibu di Firdaus-Nya. Doa kalian Ibu mohon dan harapkan, sepanjang masa, waima di kala nyawa Ibu sudah tidak bersama jasad.. Doa kalian tetap Ibu dambakan.. sehingga ke syurga Allah kelak..
Jadilah kalian anak yang soleh solehah – mujaheed dan mujaheedah Allah yang beriman dan bertakwa.. Umat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang berpegang utuh dengan Al-Quran dan Sunnah Baginda....
.........................................................................................................
Surah Al-Luqman.. Surah An-Nisa.. Surah Mariam... Surah Yusuf.. Kini menjadi antara agenda dan bahan bacaan utamaku.. (di radio IKIM pagi tadi, pesanan Ustazah, katanya, Ulama’ berpesan agar khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.. OWWWHHH.. sedang berusaha mempraktikkannya.. ayuh bersama berusaha!.. teringin sangat nak mendaftar kelas Bahasa Arab, bilakah berkesempatan?.. huhuhuhu.....)
Note : MakBonda... titipkan lagi pesanan demi pesanan, peringatan, panduan, pedoman, serta petua untuk si ibu muda ini.. Tolong.... <3
Ya Allah... redhai kami. Ameen.
.
14 comments:
Amin..amin...
Dengarlah juga wahai anak-anak ckLah....harapan ibu, sama macam harapan acik Tiny kamu!
CkLah > Dia, 'Bin', Diba dan Nuha.. kalian beruntung punya CkLah sebagai Ibu sekaligus Ibu Guru juga makbonda dan memanda2 yang boleh kalian jadikan idola ummah.. sepanjang zaman.. apatah lagi dari susur galur haji zailani.. SUBHANALLAH.. kalian antara mujaheed dan mujaheedah pilihan Allah.. terus menjadi anak yg soleh dan solehah..
...terus julang ibumu dalam doamu dan tingkahmu sehingga ke syurga Allah.. moga kita semua ditakdirkan bertemu di sana.. sungguh acik tiny mohon.. ameen..
<3 <3 <3
Tiny! Tiny! Tiny! Jangan!
Tinggi sangat pujian tu. Malu kalau Dia, Diba, Bin dan Nuha baca....kerana sesungguhnya, ibu mereka ini terlalu banyak lompangnya di sana-sini....
....semoga Allah bantu kita dalam mendidik Amanah yang Dia titipkan kepada kita...Amin!
Amin...... insyaallah , semoga yang baik2 buat anak-anak semua.
amin..amin.. semuga mereka menjadi anak soleh dan solehah penyejuk hati ibu dan ayah.
selamat hari raya tiny.
amin ..semoga harapan tiny..dimakbukan yang esa..
Ameen.
Bagaimana cantiknya kuih begitulah acuannya,tapi kadang kuih tak berapa menjadi atas faktor-faktor lain seperti keadaan oven yang kurang baik,atau kelalaian kita menyelaras butang-butang oven,atau tersilap sukatan sehingga kuih berubah bentuk dan lari dari saiz yang diharapkan,atau resepi yang di cadangkan tidak original,sekali-sekala datang bisikan kekecewaan.Tetapi kan kita telah berusaha.
Allah Maha Tahu apa kehendak hambanya.
ckLah > Si ibu.. tetap unggul sebagai Ibu.. tetap di tangga teratas senarai insan yang Rasulullah suruh hormati dan kasihi.. maka itu, pujian utk si Ibu itu adalah kerana selayaknya dirinya mendapatkannya, kerna Allah telah meletakkannya di situ.. si tangga yang sangat istimewa..
Dan CkLah... Ibu kepada Dia, Diba, Bin dan Nuha.... meski ada lompang dan rompong, tetap di tangga tertinggi dalam kamus hidup si anak..
....semoga Allah bantu kita dalam mendidik Amanah yang Dia titipkan kepada kita...
Ameen Ya Rabbul ‘Alamiin.
Tie > ’semoga yang baik2 buat anak-anak semua’. ameen.
Sungguh kak tie kan..
ibundo > semoga generasi anak-anak akan mencerahkan kembali syiar dan cahaya Islam yang semakin bercampur baur dengan asap dan debu.. Ameen.
Acik Erna > Alhamdulillah kak.. semoga semua anak2 menjadi anak yang soleh solehah.. mejadi generasi Islam yang mengikut garis Al-Quran dan As-Sunnah. Ameen.
Makbonda > … sungguh2 saya mengagumi acuan Hj. Zailani dan Hajjah Supiatun.. dari cerita dan pengkisahan anakanda2 puteri mereka, membuatkan saya jatuh cinta kepada cara hidup kedua-duanya.. jatuh hati dgn pengalaman serta cara asuhan dan didikan mereka kepada adunan-adunannya - sang putera2 dan sang puteri2 belahan jiwa raga, amanah Yang Esa..
Meski tidak pernah bertamu wajah berbual bicara, hati terpaut dari kejauhan.. dan doa dititip sebagai tanda kesyukuran, kerana Allah menjodohkan diri ini utk melihat satu di antara berjuta keagungan-Nya.. melihat adunan yang sangat indah ciptaan-Nya.. hampir ke garisan sempurna insan.. Subhanallah..
Hj. Zailani dan Hajjah Supiatun – hati saya terpaut di situ.. pada resepi dan ramuan tradisinya.. mencorak adunannya..
salam kak Tiny..
moga abak2 kita akan jd anak2 soleh dan solehah
doa ibu didengar Ilahi
Post a Comment