Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, October 13, 2011

Orang Tua-Tua..


Seronok berbaik dengan orang tua-tua.. @ orang yang lebih tua dari kita.. (setakat tua 2-3 tahun, tu macam geng..) tapi ni tua yang 10 tahun ke atas.. nak pulak yang melebihi 20 tahun ke atas dari umur kita.. huish.. mmg satu anugerah yang sangat EMAS!.. (teringat tokma – jiranku sayang.. lamanya tak lepak berbual dengan tokma.. huhuhu).

Banyak perkara yang menarik untuk diperbualkan.. banyak pengalaman yang dapat dikongsi.. ilmu yang dapat diraih.. petua-petua yang boleh diambil pakai serta celoteh-celoteh yang sangat halus di halwa telinga.. merdu..

Aku suka bersama orang orang yang berusia.. nak pulak berusia emas.. sungguh bahagia dan tenang bersama mereka.

Terkini, yang sangat aku rapat adalah dengan Bonda Boss aku.. Melihat raut wajahnya mengingatkanku kepada arwah nenek aku.. (ibu kepada arwah tok). Kedut-kedut di wajah putih mulusnya.. owh.. sangat aku rindui..

Aku panggil Bonda Boss dengan panggilan OPAH. Ye, opah orang perak. Ipoh kampung lamannya. Suke bebenor ngajak aku pegi ke ghomahnye. Baung masak tempoyok campur toge beso.. huish.. bertambah nasik 3 penggaaan!!.. hahaha.. (tetiba slanga aku ke laut.... tak kena langsung gaya rhope lenggok perok nyer.. burhok bebenor care nulihnye!!... huhuhu.. ampuuunn... hehehe).

Bila aku jumpa Opah, aku paling suka pegang kedua-dua pipinya dan mencium pipi dan dahinya.. lembut, sejuk dan wangi (bau bedak sejuk sungguh harum kan..).

Paling mutakhir aku jumpa dan bersembang dengan Opah adalah pada hari minggu awal bulan ini, JEMPUTAN RAYA katanya.. hihihi... Lauk istimewa adalah Siakap masak tempoyak sama taugeh besar (ada orang panggil taugeh kasar – sebenarnya aku tak lalu taugeh kasar ni, tapi Opah masak membuatkan aku kutip taugeh2 ni sampai licin.. kuikuikui.. dasar makan tak pandang org mak buyung ni tau!!)..

(ada gak gambar ala-ala masakan opah... jumpa dalam google.. hihihi)

Mula kisah masak tempoyak tu, aku gurau je cakap kat Opah masa raya kat umah Boss bulan lepas. Aku kata, "Mengidamla nak makan masak tempoyak Opah nih!.. hihihi" – tapi Opah tak perasan yang aku mengandung, sampai la Kak Lily (adik Boss) tanya, "KAMU NGANDUNG KE?".. Bila aku mengiyakan baru Opah kata.. "La... patut kamu sebut ngidam, rhopenye ada isi!".. hahaha..

Terus-terus hari minggu tu Opah telefon suruh datang makan malam kat umah dia. Katanya ada 'Siakap Masak Tempoyak'!. ADUUUHHH!!!... Berdesup aku gegar cik abang ajak pegi.. terbayang-bayang dah weih!!.

Tengok je masak tempoyak opah, terus perut yang kenyang dek tengahari tadi, jadi lapar balik!... hihihi.. sedar tak sedar aku tambah nasi sampai 3 kali!!.. (tu pon cik abang yg tolong kirakan ’jumlah’nya sebab dia yang menghulur pinggan nasi.. hihihi)

Pastu pulak, masa kat rumah Opah, dijamu juga pecal (gado-gado). Yang ni pon 'speciality' Opah jugak. Kuah kacang pecal itu memang resepi turun-temurun.. Walaupun kenyang makan nasi yang bertambah-tambah tu, sempat jugak aku mencedok sepinggan pecal Opah.. (tak makan nanti, teringat termimpi terliur pulak.. hehehe.. ALASAN!! Dh dasar kaki makan!!)..

Memang sedap.. sangat sedap. Dalam kenyang pun boleh makan lagi ni. Kuah kacang Opah memang special lah..

Sesekali teringat jugakla sambal pecal Opah tu. Rupa-rupanya Opah ada ’instinc’ agaknya. Semalam, dikirim 2 paket sambal pecal tu ke driver Boss suh bagi kat aku.. aduhaiiii Opah..

(gambar sambal pecal yang dikirim dek Opah).

...........................

Tapi, berita yang ku dengar hari ini tidak enak di jiwaku!. Baru semalam Opah kirim sambal pecal, hari ini, driver Boss bagitau yang Opah masuk hospital (rebah tak sedarkan diri). Allahu Akhbar!.

Opah rebah tatkala usai solat subuh.. ketika hendak berwirid, katanya terlupa apa yang hendak dibaca... matanya kabur.. sempat telefon salah seorang anaknya.. dan kemudian, ambulance datang membawa Opah ke wad emergency.

Di wad, sudah lebih jam 2 petang usai pemeriksaan doktor, kata Opah, beliau belum solat zohor.. tapi doktor tidak membenarkan kerana ubat bius masih di badannya... Subhanallah.

Ya Allah.. berikan kesihatan kepada Opah agar beliau dapat menambahkan lebih ibadahnya kepada-Mu Ya Rabb.

Firman Allah:
"....Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -" (Al-Quran Surah Maryam 19 : Ayat 60).


Tetiba airmata menitis laju.. Alangkah bahagianya masih punya Opah.. masih punya Tok.. masih punya Nenek.. aku sekadar menumpang kasih nenek orang..



Ni, gambar Opah yang diambil daripada fb cucunya.. (kata mereka Opah suruh upload gambar ni dalam facebook.. sporting kan Opah.. hihihi... gambar beliau tengah layan lobster).


... Jauh di sudut hati, aku sangat merindui arwah tok dan wan (Hajjah Chik dan Haji Hashim).. terutamanya apabila pulang ke kampung.. tambahan lagi apabila Gathering Raya (setiap 2 tahun sekali) yang akan dipenuhi kesemua susur galur HCFC.... huhuhuhu..



Walaubagaimanapun, aku bersyukur masih punya Emak.. punya Ayah.. punya mertua, adik beradik ipar duai dan sedara mara.. juga jiran tetangga dan sahabat handai serta ada juga orang orang luar yang sudi menghulurkan silaturahim sesama saudara Islam denganku... persaudaraan yang tulus, dengan Nawaitu – kerana Allah.. SUBHANALLAH... SYUKUR YA ALLAH..




Ya Rabb.. redhai hamba-hamba-Mu ini. Ameen.


18 comments:

ckLah @xiiinam said...

Semoga Opah sihat semula...


Lobster tu Opahhh! Air kelapa lagi! Memang tahan lasak ni...



***Tiny suka sambal pecal yang ada cekor gaya Jawa tak?

Acik Erna said...

Tiny..terbayangkan kesoronokan tiny dilayan opah..semoga opah cepat sihat.

aNIe said...

Asslamualaikum Tiny... memang tiny bertuah kerana masih punya mak ayah..dan mereka2 yang menyayangi Tiny... spt akak... akak amat merindui arwah mak... kerana dia telah lama pergi meninggalkan kami...

Al-Fatihah buat mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita...

Makbonda61 said...

Semoga opah itu sentiasa dalam maghfirah.

Embah Makbonda dulu sampai akhir usia lidahnya tidak habis-habis memberi nasihat,kan ckLah. Yang selalu diucapkannya ikut cakap suami,jaga mak mertua,jangan boros-boros,sampai disaat akhir suaranya sudah tidak keluar tapi bibirnya masih bergerak-gerak.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Semoga Opah tuh diberikan kesihatan yang baik.. Aku pun dah takde nenek.. memang bersembang dengan org tua2 memang best.. aku dulu suka sembang dgn arwah nenek aku.. tapi skrg nie semua tggl kenangan jek

Irfa said...

salam kak Tiny..
sedihnya baca citer psl Opah.
tetiba teringat nenek kat kg .huhu.

semoga Allah pelihara Opah

Kaktiny said...

ckLah > Alhamdulillah.. moga Opah sihat dan cergas.. ameen.

Opah mmg marbeles bab2 makan.. nak plak bab memasak.. fantastic!..
Hihihihi...



*** gaya apa pon tiny ok je kak.. asal makanan!!.. hihihi....

Kaktiny said...

Acik Erna > mmg seronok kak.. makan sambil diperhati opah.. pastu dia suruh tambah tambah tambah.. apa lagi, mmg lajjjuuuu je la menambahnya.. hehehehe...

Kaktiny said...

Kak aNIe > waalaikumsalam kak..
Sungguh kan kak.. mmg tiny sgt bersyukur..
Tapi, akak pon beruntung kerana punya anak yg sudah meningkat dewasa.. insyaAllah akan menajdi nenen kepada anak2 akak kelak.. mereka juga sgt beruntung punya akak sebagai ibu dan sgb nenek..

Morale of the story – hargai setiap masa bersama yang tersayang sementara kita dan mereka masih ada bersama.. kan kak kan kan kan..

Ya.. Al-Fatihah kepada mereka-mereka yang telah mendahului kita..

Kaktiny said...

Makbonda > Alhamdulillah.. Ameen.

Betul la makbonda.. itulah unggulnya jika bersama orang-orang tua.. mereka tak pernah jemu dan lokek untuk memberi pandangan dan nasihat... juga bebelan.. tetapi bebelan mereka itu tidak pernah letih untuk didengar.. malah sangat dirindui.. kalau mereka tak bebel terasa sepi dunia.. bila dapat dengar bebelan, terasa banyaknya kasih sayang yang dilimpah daripada setiap bait kata tersebut..

Maka itu tiny sangat suka mendengar orang tua berceloteh.. sangat enak menjadi halwa telinga dan pemacu minda dan jiwa..

Kaktiny said...

TCC > InsyaAllah.. semoga Allah segera memberi kekuatan dan kesihatan kepada beliau..
Aku tak sempat nak timba pengalaman untuk menjadi isteri yang baik daripada arwah Tok aku sebab arwah meninggal ketika aku baru habis study.. tak kawen pon lg.. huhuhu..

Kaktiny said...

HappyIrfa > salam kembali..
Syukur irfa masih ada nenek.. kerap2 la jenguknya di kampung..
Dan banyakkan ambil nasihat dan dengar celotehnya sementara masih berpeluang..

kingbinjai said...

salam singgah

suara said...

Tiny mengandung???!!!! TAHNIAH!!!! Seronoknyee!!!

Opss... sonok sampai lupa nak bagi salam. :D

As salam tiny...
Lamanya su tak singgah kat sini. Lama tak bernafas dalam dunia blog sbnrnya, sampaikan blog sendiri banyak tak ter update. Hidup dgn mertua, mmg tempoh mengadap komputer dikurangkan. Bukan dihalang, cuma nak lebihkan masa menemani dan melayan celoteh dia. hehe...

Catatan tiny kali ni buat su rindu pada jemaah masjid shah alam. Gambaran opah seperti bayangan mekcik-makcik kat sana dgn kaya dgn kasih sayang. Su rindu...

p/s: Ada cuba call tiny bbrp kali time raya dulu. tapi tak terangkat... Blm ada peluang nak dgr suara tiny gamaknya...

Masy said...

kaktiny.. saye pun mengidam jugekkkkk.. *usap2 perut*

opahh.. moga cepat sembuh yeee...

Kaktiny said...

kingbinjai > terima kasih sudi berkunjung (lama menghilang).. hihihihi...

Kaktiny said...

su > Subhanallah.. su.. lama sungguh 'terputus hubungan' kita ya.. entri su yg paling mutakhir tu pon sarat menceritakan kesibukan su.. akur.. :D

ya.. tiny tahu, pasti su rindukan makchik2 yg banyak menceriakan hari-hari su dgn kisah dan nasihat mereka itukan..

note A: itulah.. terperasan ada miss call su.. tapi banyak sgt aktiviti raya hari tu, sampai tak sempat nk pegang hp.. (nk charge beteri pon tak sempat).. huhuhu..

moga ada jodoh kita berbual lama dan berjumpa (nanti andai ada takdir tiny ke sana, tiny roger su k.. ada dlm perancangan family trip nih.. hihihi).

Kaktiny said...

masy > ko NGIDAM apa yang?? Johnnys??? hehehehe..

Alhamdulillah... Opah dh stabil.. dh keluar hospital..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.