BismillahirRahmaanirRahiim.
Firman Allah:
"…Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian
apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau
gemar dan ingini). [Surah Al-Insyirah 94: Ayat 5-8]
Sungguh! Saya yakini janji Allah
dalam surah ini sesungguh-sungguhnya.
Bukan sahaja dijanjikan kemudahan
bagi setiap kesulitan, tetapi juga Allah sudah nyatakan, bahawa MINTALAH (DOA)
apa sahaja kepada Allah. BERDOA APA SAHAJA!
Subhanallah. Maha Suci Allah yang
sangat baik kepada hamba-hambaNya.
…
Rentetan peristiwa kehilangan
laptop saya tempohari (cerita di sini), saya memang serahkan ‘bulat-bulat’
(penyerahan total) tentang untung nasib file-file dalam laptop yang hilang
kepada takdir Allah untuk saya. Juga saya tidak memikirkan apa juga yang
terjadi kepada progress thesis PhD (cuma fikir mahu retrieve file dalam dropbox).
Saya tidak mahu ‘stress’ dengan
kehilangan laptop itu. Saya punya rencana untuk kumpul duit (dengan main kutu)
dan sampai cukup tempoh giliran saya, baru saya fikir mahu beli laptop baru.
Saya punya rancangan sendiri,
tetapi, RUPA-RUPANYA, Allah juga telah rancang sesuatu untuk saya, selepas saya
redha dengan kehilangan (kecurian) laptop tersebut.
Alangkah terkejutnya saya dengan
perancangan Allah.
Saya ‘dapat’ laptop secara
percuma!
Ya! Percuma.
Apabila sahabat baik saya, yang
pada mulanya mahu meminjamkan duit kepada saya (tetapi saya menolaknya)
kemudiannya membuat ‘counter-offer’ dengan memberi wang tunai untuk saya berli
laptop! Sebagai balasannya, beliau mahu kami jadi partner untuk bina module
training bersama-sama.
Allah. Allah. Allah.
Maka nikmat Tuhan yang mana yang
sanggup saya dustakan?
Masih lagi tidak mahu percaya
dengan ‘keajaiban’ yang mampu dan mahu Allah hadirkan selepas berdoa, ‘tawakal
dan redha?’ Allah.
Masih lagikah saya ragu-ragu
dengan kebesaran Allah?
Sungguh saya malu!
Benarlah.
Kita buat kerja kita, biar Allah
buat kerja-Nya.
Sebagai hamba, kerja kita adalah
bergerak ‘dengan’ D.U.I.T (Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal) – tugas kita adalah
menjadi khalifah yang menegakkan Islam dalam kehidupan.
Salam takzim,
-kaktiny-
2 comments:
nak jugak! #tetibe
salam ramadhon kaktiny :)
Masy > Ko nak ape dik? Nak D.U.I.T? Boleh je buat tuh. hehehe
:-)
Post a Comment