Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".
Showing posts with label Protes. Show all posts
Showing posts with label Protes. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

WITHOUT SORRY.. REGRET!.

Gila gempaks tak tajuk?..


Apa bijik butirnya?.. okeh.. akan diketahui selepas ini!...

(banyak spekulasi buleh dirungkai nih.. kahkahkah!!!!)

Aku buat sequal je la.. kali ni nk buat mudah, ringkas dan MENUSUK MAKNA!. (mcm la aku reti nk karang pendek2.. hihihihi)

1) Asalnya diterima surat yg ada tajuk begini!!




2) Meminta begini!!..



3) Yang nantinya menayangkan begini!! (wallahu 'alam)




4) Yang agak jauh daripada begini!!.



5) Maka diputuskan.... BEGINI shj JAWAPANNYA!!..




.. Without SORRY.. JUST REGRET!!...



Ini adalah sekecil-kecil PROTES yg dapat aku "sumbangkan" utk "AMAL MA'ARUF, NAHI MUNGKAR".. dan aku tidak mahu terheret sama bila tiba hari pembalasan kelak!!..


Ya Allah... apa nak jadi dengan "DUNIA FESYEN ISLAMIC" sekarang?..
MENGEERRRRIIIKKKAAAANNN (bak kata Tok dalang dalam Upin Ipin).

*****************************************************************************

Aku nak tulis jugak peringatan ini!!.. PERINGATAN KEPADA DIRIKU DAN KAMU SEMUA WAHAI MUSLIMAH DAN PARA WANITA ISLAM (tak kirala islam pada nama atau pada ibadah!!)..


"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (Surah Al-A’raaf 7 : Ayat 26)


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka atau
•bapa mereka atau
•bapa mertua mereka atau
•anak-anak mereka, atau
•anak-anak tiri mereka atau
•saudara-saudara mereka atau
•anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
•anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
•perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
•orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
•kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah An Nur 24 : Ayat 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab 33 : Ayat 59)


dan aku mohon Allah jauhkan aku dari terkena siksaan ini:

"Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya." (Surah Al-Furgan 25: ayat 34)
- NAUZUBILLAHI MINDZAALIK!!..


AKU MEMOHON REDHANYA ALLAH - YA ALLAH, REDHAI AKU.

Monday, August 30, 2010

Merdekakah?..


31 Ogos 2010.
53 tahun sudah tanah kelahiranku ini dikatakan MERDEKA!.

Pengertian MERDEKA di kaca mata seorang aku??

Ya, seperti jawapan ’klise’ atau jawapan ’buku’... MERDEKA DARIPADA DIJAJAH – SECARA FIZIKAL (penjajahan dalam mengawal sistem pemerintahan dan tanahair!!)

Ya!. Malaysia sudah merdeka!. Merdeka kerana boleh ’mentadbir’ Negara Malaysia tercinta ini ’tanpa jajahan orang luar’. MERDEKA kerana para pejuang lampau telah menggugurkan darah dan nyawa demi melepaskan tanah air tercinta ini dari dihuni dan diperintah oleh ’bangsa asing’. Ya.. itulah makna MERDEKA melalui pemahaman ’buku dan pembacaan’.

NAMUN!!!.. Maaf bangsaku... aku secara peribadi menyatakan... kita hanya bersorak riang gembira dengan melaungkan MERDEKA.. mengibarkan bendera... menggantung jalur gemilang dengan bangga dan megah!. YA.. TAHNIAH..

Tapi... lihat dirimu.. (aku melihat jauh ke dalam diriku sendiri)...
MERDEKAKAH SEORANG AKU YANG LAHIR SELEPAS 1957 INI?..
(ini hanya luahan rasa seorang aku yang tidak pernah merasai ketakutan melihat senapang penjajah di hujung kepala, tidak pernah merasa perlu melarikan diri bersembunyi di dalam hutan belukar kerana takut ditangkap penjajah, tidak pernah mendengar bunyi bom dan tembakan ketika sedang nyenyak tidur dan tidak pula pernah tidur beralaskan daun kering kerana rumah di geledah dek musuh negara yang ingin menghapuskan semua penduduk tanahairku DAHULU!!)

Merdekakah pemikiran, perbuatan, tingkah laku, cara hidup, gaya pendidikan, status pandangan aku sebagai INSAN YANG MERDEKA?.

Tidak.. aku sendiri tahu... walaupun aku tidak pernah merasa perit jerih PENJAJAHAN itu.. tetapi aku ahu pemikiranku dijajah oleh anasir2 asing itu!!..

Aku lebih mengagumi tulisan Stephen R.Covey daripada mendalami hadis2 oleh periwayat2 hadis yang mendalami sunnah Rasulullah Sallalahualaiyhi wassalam. Aku lebih mengetahui cerita dan gaya hidup Warren Buffet daripada mengamalkan dan mengenali cara dan gaya hidup Rasulullahi sallallahu ’alaihi wassalam!.
Tidak pernah tahu selengkapnya gaya hidup dan kata-kata Nabi Agung, Muhammad Sallallahu alayhi wasssalam. Sedangkan Baginda Rasulullah adalah MODEL MANUSIA DAN PEMIMPIN AGUNG SEPANJANG ZAMAN!!...

Aku lebih menghafal mutiara kata zig ziglar daripada bait-bait ayat Al-Quran. Sesungguhnya di dalam 6,666 ayat Al-Quran itu sudah terkandung nasihat, panduan, pemikiran, ilmu yang TERLALU HEBAT DAN LENGKAP.. yang tiada seorang manusia pon yang mampu menandingi KEUNGGULAN DAN KESEMPURANAAN QALAM ILLAHI YANG MAHA SEMPURNA ITU!!..

Lidahku lebih menjurus ber ”I” ”YOU”.. ”Good Morning” ”Hello” Good Bye” berbanding ucapan salam selamat ”Assalamualaikum” yang Rasulullah sering ucapkan..
Juga lebih cenderung ber’bicara’ bahasa penjajah daripada mengagumi BAHASA KEBANGSAAN sendiri... (padahal bercakap pun merangkak macam kura-kura.. perasan nk berbahasa omputih!!!)..

Cenderung membeli buku motivasi karya Robert T.Kiyosaki berbanding mengagumi para ilmuan islam dan para ulama di tanahair sendiri!!.. (silap2 tak kenal pon sapa mufti2 negeri...!!). Malah tidak pernah lagi aku membaca tulisan Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi! Ulama' Islam terbesar masa kini..

Lebih peka dengan fesyen semasa dari butik Belle, Zegna, Ferrogamo, guess, LV, Gucci, Zara dan segala bagai daripada Abaya dan Jubah busana muslimah yang lebih anggun dan bercirikan muslimah sejati.. seperti yang digariskan menurut syarat Islam.

Lebih terarah kepada mengagumi Albert Einstein sedangkan Einstein menurut kajian yang dibuat oleh Michael Hart - The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, adalah orang yang ditangga ke-10 dalam senarai kajiannya.. sedangkan yang menduduki tangga pertama adalah NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kagum dengan bakat American Top segala bagai top top mereka itulah.. daripada kagum dengan bakat para tahfiz, para ulama dan ilmuan islam itu sendiri...

Turut bersedih apabila Lady Diana dan Michael Jackson meninggal dunia.. sedangkan tak rasa apapun bila Ramadhan berlalu pergi meninggalkan diri pada tahun itu dan seterusnya!..

Masih bersikap prejudis, dengki, hasad, iri hati, cemburu, dendam, angkuh, bongkak, berlagak, sombong, takbur, riak....
Masih ada pertelagahan, persengketaan, pergaduhan, perpecahan, pergelutan dan segala macam kemusnahan budaya dan sikap!.

.... dan banyak lagi CARA DAN GAYA HIDUP YANG TIDAK SEIRING DENGAN ”KEMERDEKAAN” itu sendiri...

Jadi.. APAKAH KITA INI MERDEKA WAHAI GENERASI MALAYSIA???...

Aku rasa... penjajah berjaya MENINGGALKAN LEGASI PENINGGALAN PENJAJAHANNYA.. SECARA TETAP DAN KONSISTEN!!!... mereka tidak menjajah bumi.. tetapi menjajah minda dan budaya!... dan MEREKA BERJAYA!!!... dan masih berjaya meneruskan MISI VISI DAN OBJEKTIF PENJAJAHAN YANG TIDAK PERNAH BERAKHIR MESKIPUN 1957 TELAH 53 TAHUN MENINGGALKAN KITA...

Penjajah itu masih bersama kita... bukan dengan kekerasan, tetapi secara halus dan sinis..
Sedang mentertawakan kita yang asyik masyuk melaungkan MERDEKA!!

MAAF MALAYSIA TANAHAIRKU... Bukan kamu yang salah... tetapi AKU DAN GENERASIKU... Kasihan kepada pejuang kemerdekaan!.. Kerana aku dan generasiku TIDAK TAHU BAGAIMANA MENDAULATKAN KEMERDEKAAN ITU!!..

Wallahu ’alam bisawwab!!...






- mempukah kita melepaskan diri daripada PENJAJAH PALING KEJAM DAN RAKUS yang saban waktu tidak jemu menjelajah ke seluruh urat nadi dan darah kita agar HANYUT dan JAUH daripada landasan dan orbit sebenar kita??.. "SYAITAN"!!!... yang ingin menyesatkan kita daripada ISLAM... Merdekakan diri kita daripada belenggu dan hasutan syaitan!!..



.

Tuesday, July 13, 2010

BOLEH KE BUAT TAK KISAH?


Kalau di Palestin, satu isu je yang tengah HANGAT diperkatakan.."ISU KEKEJAMAN PUAK ZIONIS"!!.. dan misi bantuan juga tertumpu untuk MENYELAMATKAN NEGARA PALESTIN DARIPADA KEKEJAMAN PUAK ISRAEL yang tak sedar diri tuh!!..

Tapi.. di MALAYSIA TANAH AIRKU TERCINTA... pelbagai isu PANAS yang timbul..

Dari isu curi pasir sampai isu pertelagahan pendapat para Mufti ke atas satu program latihan.. PUN JADI ISU... terselit di antara isu-isu tu juga pasal isu buang anak, pasal pukul memukul... dan pasal artis tak kisah TELANJANG BULAT depan krew semata-mata utk SENI – FILEM!!.. (ada sesiapa nak hantar bantuan BANTU AKHLAK WARGA MALAYSIA ni ya??)


Astagfirullahal ‘aziiimm...
URUT DADA AKU MEMBACA SEMUA KISAH-KISAH NIH!!... (peringatan untuk diri sendiri yang masih ada 'AMANAH' Allah yang perlu dijaga.. anugerah yang paling mahal.. anak-anakku... ALLAHU AKHBAR!!).

Jadinya.. JELAS SEKALI... PERMASALAHAN SOSIAL dan RENDAHNYA TAHAP KEIMANAN umat Islam di Malaysia ini sungguh membimbangkan... sebab terlampau ‘majmuk’ sangat kot?.. atau sebab otak 'penjajah' MELEKAT KEMAS di jiwa walaupun negara dh Merdeka lebih 50 tahun!!... WALLAHU 'ALAM.. (masih nak ingatkan diri sendiri yang serba kekurangan jugak!!.. huhuhu)...

Pasal Isu Training ESQ – aku dh sentuh perkara tu... tak perlu nak ulang... semoga sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan dapat memberikan jawapan yang tepat... supaya tidak mengundang fitnah atau memberi kesan yang tidak sewajarnya..

Ini.. pasal isu BOGEL UTK SENI LAKONAN!!... Ya Rabbii.... apa SEWEL agaknya pegangan agama SESETENGAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA NIH???...

DLM AL-QURAN TU ADA TULIS KE "KALAU UNTUK SENI TU ADA EXCEPTION UTK TAK BERDOSA"????... aduuuhhhh....

Yang bestnya, ada pulak ayat "TAK PAKSA DIA BUAT" – "DIA BUAT ATAS KERELAAN"...

Agaknya la kan.. kalau di praktikkan dalam mendidik anak2.. kalian yang menjadi ibu dan ayah, sanggup tak tengok ANAK KORANG TUNGGANG ARAK? ATAU JIKA MINTA IZIN UTK BERZINA, adakah kalian IZINKAN???..

SANGGUP KE TUTUP MATA, TUTUP TELINGA TERHADAP "MAKSIAT"/ "PERKARA YANG DIHARAMKAN AGAMA" YANG SAH NYATA DILAKUKAN DALAM PENGETAHUAN ANDA???... BOLEH BUAT TAK KISAH??? SANGGUP BERSUBAHAT???...

AKU TAK SANGGUP.. OLEH ITU, DI SINI AKU MEMANG MENENTANG SEHABIS-HABISNYA "APEKEJADAHNYA MENDE ALAH DLM BOTOL TUH"...
Jangan nak ada kaum kerabat aku yang nak gatal-gatal pegi tengok!!...
(setidak-tidaknya ini NAHI MUNGKAR yang aku lakukan – kelak jika ditanya, aku MEMILIH UTK TIDAK BERSUBAHAT dengan Pelakon, Penerbit, Pengarah serta Krew2 filem ini dan yang seumpama dengannya!! Termasuk perkara-perkara lain juga – BUKAN TERHAD KEPADA FILEM SAHAJA!!.. termasuk yang di alam NYATA INI!!...).

Tak ada maknanya pon nak mengajar mengelak perkara maksiat dengan melakukan maksiat – walaupun dalam bentuk lakonan...

Mak aku tak pernah pun nak tunjuk demo bila dh kawen macam mana nak buat anak... pon tak ajar demo nak beranak tu macam mana... tapi aku tau je nak buat anak!!... dah beranak dah pon!!..dah ada dua dah!!..

Jadinya, tak payah la nak pakai 'tiket' nak mengajar dengan lakonan!!.. banyak lagi bentuk lakonan lain yang boleh dijadikan PENGAJARAN...

Boleh je pon orang MENANGIS DAN INSAF BILA BACA AL-QURAN dengan menghayati makna bait ayat dan kisah dalam Al-Quran!.
Tak ada pon dalam Al-Quran tu gambar-gambar atau filem-filem lakonan utk mengajar umat Muhammad!!...

Tapi aku rasa, kalau setiap Surah dalam Al-Quran itu dijadikan FILEM – mau MELALAK PELAKON, PENGARAH, PENERBIT dan KREW2 BERTUGAS... nak plak gambaran "KIAMAT" DAN "NERAKA"... sanggup tak pelakon2 MENGHAYATI BABAK2 'KEDATANGAN KIAMAT @ AZAB API NERAKA' – BERLAKON BETUL2.. DENGAN API BETUL2.. BOLEH?????...

......................


Firman Allah yang bermaksud :
“Tidakkah mereka menjelajah di bumi dan memperhatikan bagaimana akibat yang menimpa umat-umat yang sebelum mereka?Allah telah binasakan mereka dan orang-orang kafir akan menerima akibat-akibat yang sama seperti mereka.”
(Surah Al-Quran 47 Muhammad : Ayat 10)

Firman Allah yang bermaksud :
"(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka – apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? "
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)". (Surah Al-Quran 47 Muhammad : Ayat18-19)








.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.