(kredit to en.google : thanks to ILUVISLAM)
Semalam, cik abang ajak makan kat luar.. I ON JE!!.. hahaha... Alhamdulillah, ada rezeki untuk merasai air tangan orang lain pulak.. hihihi...
Sambil tunggu yg di order sampai, biasalah, aku ni kan ada 1001 ilham nak bertanya bersoal cepu emas gangsa perak dengan cik abang.. kehkehkeh..
Aku : Abang, dikatakan bahawa sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah... maksudnya, sebaik-baik perhiasan bagi suami adalah isteri yang solehah.. setuju tak??..
Abang: Setuju..
Aku : Kalau wanita diibaratkan sebagai perhiasan, maknanya, wanita itu adalah ciptaan Allah yang amat cantik la kan.. sebab barang yang cantik je yang kita jadikan hiasan.. betul tak?
Abang : Betul.
Aku: Hmm.. kalau macam tu, barang yang cantik, untuk dijadikan hiasan, kenalah selalu dijaga dengan sempurna agar kekal cantik. Contohnya, kalau kita beli akuarium ikan, kita bela ikan, mestilah kita selalu tukar air akuarium tu, agar ikan sentiasa hidup dalam air yang bersih. Akuarium tu pun kita kena bersihkan supaya tak berlumpur, berhabuk, berkulat dan segala bagai kan. Mesti kena selalu dijaga rapi.. barula kekal kecantikannya dan kita pon proud to jadikan ianya hiasan... kan kan kan..
Abang : Ya betul. Setuju... (diam sejenak)... Haaa... mesti ada kaitan dengan apa2 ni kan..
Aku : Ekehkehkehkeh...
Abang : Hah!. Kan betul. Tu gelak tu mesti ada nak selit apa-apa cerita nih. Kan kan kan???..
(berkenalan selama 13 tahun dan menjadi suami isteri selama 6 tahun ini sudah cukup utk abang ’masak’ dgn perangai serta tingkah aku.. hahahahhaaa)..
Aku : Takdelah.. saja nak tanya pendapat.... Camni.. oleh kerana si isteri yg solehah itu adalah sebaik perhiasan suami.. makna kata, kena lah si suami itu sentiasa pastikan isterinya itu sentiasa solehah kan. Tapi, kenapa ada lelaki yang taknak hiasannya CANTIK dan MENARIK?. Yang sanggup lihat perhiasannya BURUK dan TERUK??.. Ada suami yang tak kisah samada isterinya solat atau tidak.. ada suami yang tak kisah isterinya menutup aurat atau tidak.. ada suami yang tak kisah mulut isterinya ’celabas’ semacam jer (alamak bang, ni leen pun buat laa... huhuhu... AMPUN BANG... leen cuba kawal mulut leen eh!!.. huhuhu)... ada suami yang tak kisah isterinya berkepit, bergambar, berpeluk, bercumbu dgn jantan lain... ada suami yang tak kisah isterinya melakukan maksiat serta melakukan pelbagai perkara mungkar... ramai suami yang TAK KISAH PERHIASAN MEREKA TERCEMAR!!.. kenapa eh?.
Abang : Kalau dah si suami tu pun buruk, apa dia kisah perhiasan yang cantik......?
(dan ini juga perangai abang yang aku ketahui... aku cakap 188 patah, dia jawab 8 perkataan je.. hahaha... iyalah, kalau sama2 petah, bertekak pulak kerjanya kan.. dan kalau sama2 pendiam, sunyi sepi plak nanti.. hihihi... tepatnya aturan Allah.. Subhanallah.. Terima kasih Allah... )
Hmm... perbualan terhenti di situ.. sebab makanan dah sampai.. kita makan dulu!!.. hihihi...
Dan... Perbualan itu tidak disambung.. mati di situ..
Dalam perjalanan balik..
Aku : Abang.. leen mohon, abang redhai leen selama leen keluar bekerja, belajar, berkawan.. maafkan tutur kata leen yang menyakit hati abang, tegur leen jika leen buat perkara yang tak sepatutnya.. jgn berdendam dgn leen... tolong ye.. Redhai leen..
Abang : Ya leen. Abang redha setiap perilaku leen dunia akhirat..
(tetiba aku rasa cam kalau mati malam semalam pon ok jugaks!... hihihi... tapi, dosa lain banyak lagik!!.. huhuhuhu... ).
.................................................................................................................................................
Hari ini, berjalan melompat menerobos menerjah blog itu ini di situ di sini.. tertarik dengan petikan daripada blog Dr. Muslimah, katanya:
Aku mengingatkan diri sendiri.. agar lebih memahami pengertian WANITA SOLEHAH!!..
kredit utk en. google jugak..
Ya, aku sentiasa berharap dan berdoa.. agar dapat menjadi ANAK, ISTERI juga WANITA SOLEHAH, menjadi IBU MITHALI, menjadi UMAT MUHAMMAD yang BERTAKWA serta menjadi HAMBA ALLAH yang KEKAL BERIMAN... Ameen.
Sedar dan akur dengan segala kelemahan dan kekurangan diri, namun aku tak putus berdoa semoga Allah sentiasa perhatikan aku dan sedarkan aku jika aku tersasar dari orbit Islam, ingatkan aku sekiranya aku terlari daripada landasan Iman, juga semoga segera sedar dan insaf jika Ihsanku sebagai hamba Allah mula tercemar... Aku ingin hidup di dunia dan kembali ke akhirat dengan rasa cinta yang tinggi kepada Allah serta Rasul. Aku mohon agar menjadi golongan yang diredhai dan dirahmati Allah dunia dan akhirat... Ameen.
Ya Allah.. ku panjatkan pada-Mu doaku ini.. Ya Rabb..
(andai ada yang senyum dengan tulisanku.... silakan.. jika senyum kalian untuk mendoakan agar Imanku sentiasa teguh, Alhamdulillah, terima kasih... Syukran Jazilan.. Jazakallah.. Andai, senyum kalian kerana mengejek serta mentertawakan coretanku, juga terima kasih.. Tolong, sedarkan aku bahawa aku pernah menuturkan kata-kata ini jika kalian melihat aku semakin jauh menyimpang daripada apa yang aku tuliskan dan tuturkan... KU MOHON!!).
.
