Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, October 17, 2008

JANGAN LUPA - JEMPUTAN RAYA

JANGAN LUPA DATANG ESOK TAU!!!!...

KEPADA YANG TELAH DIJEMPUT DAN YANG SINGGAH DI SINI SECARA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA... YANG MANA KENAL BLOG KAKTINY ATAU MELINTASI, SILENT READER, ANYNOMOUS, ATAU KENAL MELALUI BLOG TEMAN-TEMAN BLOGGER LAIN...

SILALAH JEMPUT DATANG KE RUMAH YER...

Thursday, October 16, 2008

fakta atau auta

Hari tu aku kata nak menamatkan 'cerita' dan nak berkawan dengan semua semula... memang aku tekad nak jumpa pihak-pihak yang 'jauh di sudut hati aku - aku 'mengesyaki' mereka.. dan aku memang minta maaf pada mereka tak kira sapa betul sapa salah...

AMAT MEMERANJATKAN!!!... apabila aku bersemuka dengan pihak-pihak ini, satu-satu cerita yang aku dengar... membabitkan pulak pihak lain yang MMG AKU TAK SANGKA terlibat dan juga pihak lain lagi YANG MEMANG TAK LANGSUNG (AKU RASA) ADA KAITAN DENGAN KISAH SEMUA NI...

betul kata abang.. adakalanya TAK PERLU TAHU KEBENARAN... kerana IA BOLEH MENYAKITKAN... AGGHHHHHHH..... TENSION....

tapi oleh kerana aku dah set dalam kepala HOTAK aku ni yang aku akan dengar jer apa cerita dari pihak-pihak lain tu.. makanya aku dengar jer lah dan aku taknak DENDAM pada sesapa.. cumanya.. apabila NAMA-NAMA pihak lain yang TAK ADA DALAM SENARAI 'SYAK' aku at the first place tu keluar... AKU JADI BINGUNG.... YA RABBI.. ramai ker yang tak suka kat aku?.. teruk sangat ker aku nih????... kaklong, kak ungku, ady, aliff, tokma, akak Pah, Kak Sepi, kamar, maksu dan yang lain-lain yang pernah jumpa aku 'in-person'... teruk sangat ker aku nih?.. (pada yang belum kenal aku tuh.. kalau korang taknak kawan atau taknak kenal aku, masih belum terlambat utk tarik diri.. )...

AKU JADI TAKUT UTK BERKAWAN.. sebab aku kalau kawan dgn org.. aku ikhlas sgt dan aku sayang kawan2 aku.. (kalau tidak mak aku tak ler buat ayat "hang, kalau demi kawan, JILAT P****** pun sanggup"... oooo bisa oooo...).

Cumanya.. bila benda ni jadi.. aku semakin bingung sangat... bila lagi banyak FAKTA yang aku dengar.. lagi banyak AUTA yang aku kenalpasti... perkara yang tidak.. di ada-adakan.. dan perkara yang lain maksud, diputarbelitkan jadi maksud dan pemahaman yang lain dan difahami dengan cara yang lain... YA ALLAH... apa semua nih?...

Entahlah.. aku tak paham.. betul-betul tak faham.. aku yang pada dasarnya 'merasakan' yang ada pihak-pihak tertentu cuba nak 'jatuh' kan aku dan 'bencikan' aku... TURN TO.. kononnya aku yang bencikan seseorang dan 'menganiaya' seseorang.. YA TUHAN...

UNTUK SESEORANG ITU... AKU NAK NYATAKAN DI SINI:
"SUMPAH DEMI ALLAH AKU TAK PERNAH TERNIAT MACAM TU DAN TAK PERNAH ADA NIAT UNTUK ITU... TAK PERNAH!!!... kalaupun apa yang 'you' dengar pasal cerita-cerita tu.. TAK PERNAH TIMBUL MAKSUD MACAM ITU... TAK PERNAH... (you are one of my best friend and I'm so sincere to befriend with you, never come across my mind to do spmething "STUPID" as what 'per-say'... I'm not that CRAZY to do that kinda 'bullshit' things... HELLLOOOO)..
(patutlah dlm rules of law kata - hearsay evidence is not an evidence..)

Betullah kata org... cerita 'mulut ke mulut' ni mmg bahaya... FAKTA boleh jadi AUTA.. dan mendengar cerita dari satu pihak juga BAHAYA.. kerana banyak FAKTA tersembunyi maka AUTA yang dipercayai... ASTAQFIRULLAH...

CUKUPLAH... aku dah tak nak tahu apa-apa FAKTA atau AUTA.. lagi banyak yang aku tahu.. lagi 'seksa' perasaan aku... (dan aku takut aku timbul dendam)... NAUZUBILLAH!!!....

SUDAH KAKTINY... hidup mesti diteruskan.. warna kehidupan kan pelbagai.. dan hitam juga kelabu tak terkecuali... mungkin sekarang musim 'jerebu' dalam diari kehidupan aku... aku nantikan cerah di hari esok...

SUDAH SUDAH.. AKU TAKMAU TAU APA-APA DAH!!!.... aku nak pi buat kerja dan nak kena buat preparation untuk event (rumah terbuka aku.. datang ler... datangler... datangler...)... juga nak completekan assignment statistik aku dan juga aku nak study (lepas ni ler..) statistik aku.. (kita set time ya kaklong... ) dan habis exam.. aku nak ENJOY dengan KAKLONG!!!... yeehaaaa.. an-grey an-grey.. yeeebbaaa yeebbbaaaa... (eh eh.. belum boleh horraaayyyy lagi.. exam belum lagi daaaa....)....



Tuesday, October 14, 2008

Cakaran Beruang

(JEMPUT DATANG RUMAH RAYA KE-18 - Sabtu.. lihat JEMPUTAN RAYA).

Ustazah N******* bagi ceramah pasal ‘cakar rimau’ yang boleh mengundang ‘bahagia’ antara suami isteri..

Aku pulak nak bagi story pasal ‘cakar beruang’ (bukan abang bear tau.. bukan bukan bukan.. tidak ada kena mengena dgn abang bear yang cute lagi comel lagi baik lagi hensem tuh.. hihihi)…. yang mengundang perit di hati aku…

Story aku pasal ‘cakar beruang’?.. hihihi.. aku terkena ‘cakar ber’orang’…. apa cerita yer?.. oleh sebab aku PASTI DAN TERAMAT pasti.. ada ‘org org dan org’ lain selain daripada kengkawan blog aku yang MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLOG aku.. makanya.. aku KIV sesetengah perkara... aku remain ‘belayar dalam kesamaran’... (cam tak kena jer ayat aku tuh.. agh.. lantakler...)...

Cumanya.. aku nak tulis jugak skit... utk kenangan aku ‘suatu hari nanti’ dan untuk renungan aku ‘ setiap hari’ dan sebagai ‘peringatan’ kepada aku setiap minit saat dan ketika..

‘cakaran’ yang sakitnya sampai tulang temulang... tak sakit sangat kalau teddy bear atau panda gumuk yang cakar.. tapi kalau datang daripada yang dipercayai dan yang dihormati, pasti sakit kan... umpama cinta dikhianati, umpama kasih diracuni (tapi itu semua lagi sakit dari kena cakar nih.. kan kan kan...).. tapi ada iras2 ler.. cumanya aku bersyukur sebab.. mengajar aku erti sebuah “HUBUNGAN RAKAN, KAWAN, TEMAN dan SAHABAT..”, sama makna, berbeza maksud.... tafsirlah sendiri... pastinya ramai yang pernah merasainya... bukan aku sorang...

Allah lebih mengetahui.... kepada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.. so, apalah sangat setakat manusia manusia hipokrit dan tak ‘bertamadun’ camtuh utk difikirkan dan dikenangkan.. sedangkan aku ada ramai lagi yang mengasihi aku dan yang perlu aku kasihi dan beri perhatian…

Yang PALING PENTING tika dan saat ini… AKU NAK KENA SIAPKAN ASSIGNMENT STATISTIK… dan AKU NAK TUMPU PADA EXAM yang JUST AROUND THE CORNER… awal bulan 11…. kaklong.. kompem mai umah aku k… (aku tau hang takleh buat asgmt kalau aku takdak.. kan kan kan... hihihihi...) – lepas tu kaklong... KITA ENJOY k....

Friday, October 10, 2008

kutuk

(JEMPUT DATANG RUMAH RAYA KE-18 - sabtu.. lihat JEMPUTAN RAYA).
Aku bukan nak kutuk sesiapa hari jumaat bulan mulia ni..

aku cuma sedih.. dan sedih dan sedih lagi.....
sedih mengenangkan apa yang jadi.. lately, bila hari jumaat, mesti aku rasa camni.. sbb dulu, hari jumaat, hari yang panjang rehatnya, aku akan 'berjoli' katak di luar.. tapi sekarang.. hari jumaat aku ditemani "Mr.Leapord dan Ms. Top" berdua lebih baik... (mujur tengahari line maxis nih okeh skit.. kalau tidak, nak jer ngadu kat anak tokma... hihihi)

kesedihan dan kemurungan aku... huhuhuhuhu..
aku tak tahu nak cerita pada sapa.. akhirnya.. aku hanya nampak sorang je utk cerita pasal ni.. ABANG...

sembang dgn abang buat aku realise byk benda.. (kalau aku 'the motivator'/counselor', sure aku cakap benda yang sama gak.. tapi sebab aku yang berada di keadaan "murung" nih.. makanya, aku jadi pendengar setia jer lah....)

Antara kata2 abang...
1- 'redha dgn apa yg jadi..'
'2- 'dugaan Allah pada kita mungkin hidayah kepada ibu bapa, anak-anak, atau adik-beradik kita..'
3- 'pada orang yang 'menganiaya' aku dengan NIAT tuh, mungkin balasannya bukan pada orang tu, tapi kena pada anak2, isteri, ibu bapa atau kerjaya dia..' - yang penting aku tak der niat macam tuh..
.... dan banyak lagi yang aku rasa.. setiap pakar kaunseling akan cakap benda yang sama... aku pun cakap benda tu gak kalau nak advice orang...


tapi satu yang aku suka ayat abang.. katanya.. lepas ni kalau nak cerita apa2 (@ kutuk / mengumpat atau mengata ler tuh.. ), jangan dengan kawan.. dengan abang jer.... biar kalau kena balas esok, abang ada dengan leen jugak.. sebab abang dengan leen yang mengumpat... nak kena makan daging orang tu pun, abang share dengan leen... so, pas nih.. nak cerita apa2 pun dan pasal sapa2 pun.. dengan abang jer.. tak yah dengan orang lain.. (phegh.. terus aku jadi takut weh.. azab NERAKA mengumpat tu kan 'perit'.. huhuhuhu... abang 'smash' aku dalam diam siottt...)

sekarang aku nak bina semangat baru.. bak kata seseorang1 dulu.. YANG SUDAH TU SUDAHLAH!!!... jadinya.. aku benar2 nak SUDAHKAN benda nih.. aku taknak cari "SAPA PUNCA MASALAH".. tapi.. aku nak cari "Jalan Penyelesaian Masalah".. meskipun kalau aku yang terpaksa menebal muka memohon maaf.. aku redha.. asalkan aku tak terbawa dengan api dendam yang tak berkesudahan ini...

aku nak berkawan dengan semua semula.. (kalau diorang taknak kawan dengan aku.. takperlah.. JANJI BUKAN AKU YANG MULA - dan PART AKU DAH SETTLE!!! - selebih tu "LU PIKIRLAH SENDIRI!!!").. aku lagi takut balasan Allah daripada nak kenangkan dan sedihkan pada apa yang org buat pada aku... (kalau tak wujudnya aku, maka tak jadi le masalah ni kan.. jadinya, aku penyumbang kepada permasalahan ini jugak dan aku punca yang buat org org atau org tu tak suka dan benci atau dengkikan aku.. - kalau aku TAK WUJUD.. tak der lah masalah ni berlaku... betul tak?..).. setiap orang ada bahagiannya masing2.. nanti kan sahaja.. (sekurang-kurangnya AKU INSAF DIRI.. bukan lempar batu sembunyi tangan...).

aku sayangkan kawan2 aku.. sebab bagi aku, setiap pertemuan ada keindahannya.. dan setiap perpisahan, adalah keperitan... (yang pasti kita semua akan berpisah.. tapi bukan sengaja "memisahkan"..)...

Monday, October 06, 2008

JEMPUTAN RAYA

SALAM SEMUA..

(TERISTIMEWA kepada nama yang tertera : abang long, ady, Akak (Kak Pah) , aliff , Dr.Shah , en. Bear , kak sepi , kaklong (m) , kamar , maksu , Ros , rudy bluehikari , tokma, ungku nor , Wafa , jowopinter ,ladylikeme ,Liyana , maklang , mamaranggie (iera) , sastri , si ahmoi cute , fahmi , ikmal , izwan - khai , abahnajwa , bashri , chinta (UK), cik ayu , cik azza , cik bunga rampai , cikgooden , cikgujawe , cikguzue , combi , danielle_corleone , Dr. Hannan , dugongsenyum , dukeamienerev (citer seram) , eedany , eisraa , en.13may , en_me , fahmi , flurryblurrybubbly, g.o.r.o , gdiz (ns) , genies , goboklama (qisst) , hazelsyd , hertiny , iina , Intanizani , intanrosnita , kadok , kak kamsiah (kulim) , kak sri diah , Kak Teh, Kaklady, kakzue , kamato , King , kingbinjai , KV , Lady potpet , LaTahzan , mabrood , madulebah , manje , marjerin , masni qisrinie , masy , miim , Mr. Po , mr.ad3ck , nat , neezashahril , neezie , OD , omong bozzo , pencintabuku , penyubiru , reen , ryann , saudagar garam, scarlett (cikgu) , bima-sakti , Suara (Su) , suemuim , tasikmerah , thafiexq , ctnik, tie, tokrimau , tongkangbocor , ustadz , whitetulip , xmud , Zabs (Uncle) , Zino, hidayah) - HAH!!.. tuh nama dah ada.. kalau tak datang mmg KENA KEBABOM NANTI!!!!....

Terlebih dahulu kaktiny nak ucap SALAM AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca-pembaca blog kaktiny dan kepada rakan-rakan blog yang dihormati dan dikasihi dan disayangi dan dirindui dan macam2 ler...

Sebulan "berdiam diri" mencari cahaya keinsafan dan datangnya syawal membawa sinar dan harapan baru.. (macam poyo jer ayat weh.. gelakkan aku.. hahahhahahhaha - tapinyer.. mmg rindu giles oit nak memblog.. setiap hari rasa cam duduk ngan cacing kerawit jer nak kembali aktif cam dulu.. tapi mmg keadaan sesangat tak mengizinkan.. nanti-nantilah kaktiny sambung 'mengecohkan' keadaan cam dulu2 balik yer.. cumanya sekarang mmg SLOW THE MOTION (ker emotional..??? bluweaak...) utk memblog ni.. pssttt... JANGAN LUPAKAN KAKTINY YER... huhuhuhu.. sob sob sob.. layan jiwang karat ler plak time2 raya nih... podah 14 kali...)

Oklah.. malas nak karang lebih2.. nak staright to the ampang point jer..

InsyaAllah kaktiny cadang nak buat OPEN HOUSE untuk semua kengkawan (merangkap House Warming ler tuh..), kepada semua yang jadi dan sudi nak jadi kawan kaktiny... (yang rasa2 nak jadi musuh tu pun WAJIB gak datang sebab ni ler peluang nak BERMAAF-MAAFAN.. kalau tidak lain hari tak tentu lagi leh nak minta maaf secara TERBUKA.. kan kan kan...).

Bawakler sekeluarga, sekampung sebandar pun takper.. (duit raya eden tak janji okeeeehh....)

Tarikh : 18 Oktober 2008 (Sabtu)
Jam : 2pm hingga 6.00pm (nak datang 2 pagi pun buleh gak.... leh tulun basuh pinggang mangkuk periuk belanga terus..)

(psstt... abah najwa, chinta, iina, kak neeza shahril, cikpuan kesum, lady pot pet, ikmal, dan lain-lain yang jauh2 di mata di seberang laut bukit bukau gunung ganang tuh.. KALAU BOLEH.. KALAU BOLEH ler.. jemputler datang yer... walaupun harapan tu nampak cam TIPIS jer kan.. tapi nak gak jemput... jemput-jemput cokodok ke jemput ayam ke, jemput penyu ker.. tak kiralah... nak jemput gak..)

Yang dekat dekat ni (setakat seremban, sebelah tesco ampang, ulu langat, tasik permaisuri, tasik selatan, bandar tun razak.. nak plak jiran umah no.1 tuh..), yang kat banting tu pun bukanlah jauh sgt pun kan kan kan... KALAU TAK DATANG.. MMG LER.. MMG LER.. MMG LER... MMG NAK KENA BOM ATOM 14 DAS..

Yang dah ter'lanjur' datang ke KL ni.. (plak tu datang area cheras..).. tak kiralah yang duduk melaka ker (kalau ko nak hamper ko, datang umah aku weh.. hihihihi), muar ker, ipoh ker, sarawak ker, sabah ker.. bawak2 ler merajinkan diri anda utk singgah ke rumah no.23 tu yer..

Seandainya kalian wahai teman, rakan dan sahabat.. sudi kiranya utk menghadirkan diri, silalah forwardkan e-mail anda kepada ciktiny@gmail.com - NAK BAGI PETA (tak tau ler korang paham ke tak peta umah aku tuh weih... hihihihi)....

PERINGATAN : sila masukkan nama blog anda di e-mail yang dihantar.. (tauler korang glamer kan..) tapi kalau e-mail address ngan nama blog tak sama.. mampuih den nak me-miss-matchkan empunya e-mail tuh.. eden bukan pakar godam yang buleh trace no. orang weh..

(ps : amir, thanks tulun postkan entri nih dari PC + internet hang... berapa upah?... kfc buleh?... hihihihi)

Friday, September 19, 2008

WELCOME BACK (aku buat jer entri ni tapi aku still rehat sampai habis posa okeh... so, jgn kutuk lebih2...)

Aku dengan ini telah me'welcome back'kan diri aku ke dunia yang seketika aku tinggalkan.. (podaahh... ayat cam nak karang teater bangsawan ler plak...)

Sebab musabab aku BEREHAT 'berbelas-belas' hari ni.. (tak sampai setahun pun.. kecoh jer lebih..).... BIARLAH RAHSIA.. (hek eleh.. cam orang nak amik tahu sgt pun.. piiiraaaahhh...)

Bak kata seseorang1 ini : Yang sudah tu SUDAHLAH!!!... and I keep his word.. CLOSE CHAPTER..

dan aku juga terharu dengan kata-kata seseorang2 : I've been through all this.. A LOT!!.. xxxxx xxxxxx... you can't run away from it...

jadinya.. CUKUP... aku pun dah tahu apa yang aku patut buat dan PATUT TULIS... hihihihihi...

Dan aku seronok sangat dengan kehadiran 'kekasih baru' aku... hihihihihi... INI DIA..
(kak ungku.. eden dah terror UPLOAD gambo... pasni, penuhler rona-roni gambar segala pelusuk donia den upload dlm nih... heheheheh)

Inilah kekasih baru saya- MR. LEOPARD...


Mr. Leopard dan pasangannya.. Ms. Top : sangat serasi kan... hihihi


Tapi tak bermakna aku tinggalkan en. streamix dan cik PC kat umah tu (tak sempat nak amik gambo berdua tuh.. modem streamix ngan PC bagak kat meja tuh.... hhihihiihii..), cumanya maleh tul nak mengadap berdua lebih baik tu sbb satgi.. si cik mek nureen tuh akan sibuk nak suh cari gambar kuda ler, bird ler, fish ler, kodok lah.. (anak aku dah terikut bahasa maid aku weh.. katak dipanggilnya kodok.. adoilarrr....).. jadinya tu yang selalu tak berkesempatan nak layan internet kat umah tuh...

Ok.. sekarang.. penyambungan seorang KAKTINY akan bermula kembali... hohohohohoo...

AKU ADALAH INSPIRASI KEPADA DIRIKU SENDIRI (ayat giler perasan maut nak MAMPOS!!!)...






Monday, September 01, 2008

SALAM

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA...

RAMADHAN INI AKU AKAN "TUTUP" AKTIVITI BLOGGING... KAT BLOG AKU NIH!!

andai kalian yang bernama sahabat tidak menemuiku di 'rumah' dan ruangan komen kalian juga tidak di mana2 'rumah' sahabat yang lain, ini bukan bererti aku tidak mengingati kalian atau cuba melupakan kalian.. TIDAK SAMA SEKALI!!..

Aku memberi ruang dan peluang untuk diri sendiri bermuhasabah (bukan bermubahalah OK!!! wakakakakkakah...)..dan membina tembok semangat yang goyah..

KENAPA DAN MENGAPA?.. ada kalanya kita bisa berkongsi sesuatu dengan semua orang... ada ketika lain, kita hanya mampu memberi bayangan tanpa menyuarakan sebab dan musabab... dan ada waktunya, kita tidak mampu berbicara atau bercerita meskipun hanya sebaris ayat..

dan aku tinggalkan aktiviti blogging (di 'rumah' aku ini) untuk sepanjang ramadhan (terms and condition applied.. hahahha..) dengan quote dari Pak Lah semasa belanjawan hari tu.. bukan aku tengok pun belanjawan tuh.. tapi aku baca paper the star dan aku "suka" baca perenggan :



..Earlier when starting his speech, Abdullah gently patted Najib’s shoulder when his speech touched on the importance of loyalty during good and bad times.

“The close bond among friends is tested when we face difficult conditions. Fair weather friends are many, but true and loyal friends who are willing to stay together during hard times are difficult to find,” Abdullah said.

...........................................................

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.