Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, September 29, 2010

Laluan yang mudah @ susah??.

Berbual dengan maid aku pasal bab agama memang seronok.. ada sahaja ilmu yang hendak dikongsikannya.. yang kekadang kita tahu tapi alpa.. yang kekadang kita sedar tapi leka...

"Bu, betulkan, nk ke syurga tak payah modal duit, tp, nk ke neraka, bnyk pakai duit kan?!". Kata maid aku semalam semasa bersantai menonton tv...

Ya, benar sangat....

Ambil wudu’.. tak payah duit.. dpt pahala, laluan ke syurga..
Tapi.. nak ke disko, kena bayar.. pakai duit tuuu... menempah dosa, laluan ke neraka...

Istighfar, selawat, zikir... tak payah duit, dapat pahala, laluan ke syurga..
Tapi.. nak melalak menjerit, berhibur di karaoke.. nak lagu, kena bayar, pakai duit tuuu.. menempah dosa, laluan ke neraka...

Solat tahajud tgh malam di rumah... Bangun malam, ambil wuduk, pakai pakaian bersih, sembahyang tahajud, baca al-quran... dpt pahala, laluan ke syurga..
Nak pergi dinner di hotel bertaraf berbintang2 dgn VVIP.. nak kena bersiap cantik2.. nk kena beli baju mahal2, make up tebal2.. pakai duit tuu... menempah dosa, laluan ke neraka...

Bergurau senda bersama suami/isteri dan anak2 di rumah.. tidur bersama suami/isteri di rumah... senangkan hati suami/isteri... dpt pahala, laluan ke syurga..
Nak bersama pasangan yg haram baginya.. kena keluar jauh-jauh.. nak ’tidur’ (berzina) bersama pasangan yang haram baginya... kena tempah hotel.. .. pakai duit tuu... menempah dosa, laluan ke neraka...

Nak bersedekah kat masjid, masukkan je ke dalam tabung masjid di mana-mana shj dgn nilai ’TUNAI’ berapa sahaja.. tanpa diketahui sesiapa... dpt pahala, laluan ke syurga..
Nak buat JAMUAN/ KONSERT MALAM KUTIPAN AMAL, kena ’TAWAR/BELI” meja yg dh ada peruntukan NILAI/ HARGA sebuah kerusi / meja... kena buat makan malam, tempah hotel, tempah katering, kena bayar utk persembahan, kena jamu VVIP siap dgn meja asing2.. bergambar pulak semasa penyerahan ”CEK” dgn nilai tertera besar di mock-up cek... aduhaaaiiiii.... menempah dosa, laluan ke neraka...

.... dan banyak lagi.... (merenung, mencari dan berfikir....)

Maka... betullah.... LALUAN KE SYURGA ITU MUDAH... PERCUMA... banyak yg boleh diperolehi tanpa perlu ada nilai RINGGIT (Dollar and Cents)...

LALUAN UTK KE NERAKA ITU PAYAH RUPANYA... MAHAL... banyak yg dikenakan nilai yang tinggi utk menempahnya....


Bukankah manusia sukakan kepada perkara yang PERCUMA dan yang mudah serta yang senang??.

Tetapi... kenapa yang BERBAYAR itu yang masih dipilih?.. yang susah itu yang dicari??..


Hmm.... aku merenung jauh ke dalam diri.... menginsafi segala kelemahan.. kealpaan.. kelalaian.. menyelak lembaran Kalamullah.. Surah Al-Waqiah (56) ku baca terjemahannya..



Allah berfirman....

".......Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – dan yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian." (Al-Quran, Surah Al-Waqi’ah [56] : Ayat 7-14)


"Ya Allah... aku mohon, semoga aku, ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, kaum keluargaku, saudara-maraku, sahabat handaiku, jiran tetanggaku, guru-guruku, arwah keluarga2ku yang telah pergi dahulu dan semua umat Muhammad samaada yang telah meninggal juga yang masih hidup ini, Kau pilih untuk menjadi golongan puak ketiga yang sedikit bilangannya dari orang-orang yang sekarang ini.. Ameen.... "




'Ya Allah Ya Tuhanku... aku berjihad ke jalan-Mu dengan cara menyampaikan... ku mohon.. Ya Allah.. redhai aku..
Ya Muhammad, Rasulku... aku menyahut seruanmu, dengan menyampaikan.... meskipun sepotong ayat'..

.



Friday, September 24, 2010

Dialog Seloka.. Sekadar Renungan.


Dialog di antara Ahmad dan Mohd. di satu tengahari di bulan syawal.


Perbualan telefon:-

Ahmad : Hello, Assalamualaikum. Mohd. Busy ke?

Mohd : Wa’alaikum salam. Ahmad. Tak la sangat. Ada apa?

Ahmad : Aku kat Kedai Mamak area rumah ko ni. Nak lunch. Jom join. Lama tak borak ngan ko. Alang-alang aku dah ada kat sini, boleh sembang ngan ko. Datang la. Aku baru sampai ni. Bosan plak lepak sengsorang.

Mohd : Ooo... Kedai Mamak ABC tu ke?. Aku kat masjid belakang kedai ni. Nak jemaah zohor. Mai la join.

Ahmad : Amboiii. Rajin plak nk berjemaah bagai. Takpela. Aku dah order air dah ni. Habis solat nanti, ko datang sini tau, aku dah sampai kat tempat ko ni, takkan ko taknak datang jumpa aku kan. Hahaha.

Mohd : InsyaAllah.

Ahmad : Ok. Nanti datang tau. Bye.


Selang seketika. Perbualan di Kedai Mamak.

Mohd : Assalamualaikum.

Ahmad : Wa’alaikum salam. Hah, Mohd. Duduk.. duduk. Jemput makan. Ko nak makan apa?. Sorry aku dah ambil nasi, lapar sangat, tak sempat nak tunggu ko (sambil mulut mengunyah makanan).

Mohd : Takpe. Bismillah. Teruskan.

Ahmad : Taknak order apa-apa ke?.

Mohd : Terima kasih. Aku puasa.

Ahmad : Hah?. Puasa?.

Mohd : Ya. Puasa 6. Selama 6 tahun berkahwin, baru tahun ni la aku berkesempatan buat puasa 6 bersama-sama dengan orang rumah aku. Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah, esok habisla. Selama ni tak pernah langsung aku nak buat. Astaqfirullahal 'azhiim.

Ahmad : Hah!. Baru tahun ni ko ingat Allah?!! (sambil ketawa).

Mohd : (menunduk malu dan insaf dengan kelemahan diri). Hmm.. Ko dah buat puasa 6?.

Ahmad : Tu la. Aku tiap-tiap tahun buat. Tapi, baru tahun ni aku tak buat.

Mohd : Lah!!. Kenapa?. Tahun ni ko tak ingat Allah??.

Ahmad : errrrr.......

.................


”Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan” (Surah Ali-Imran : 163).

”..............,.... Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan” (Surah Ali-Imran : 167).


“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi (mengambil iktibar) supaya maka mereka menjadi orang-orang yang ada jantung hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka tidak mengambil iktibar) maka itu bukanlah mata mereka yang buta, tetapi buta jantung hati yang berada dalam dada” (Surah al-Hajj: 66).


"Ya Allah. Jalarkanlah keinsafan, penuhkanlah perasaan tawaduk dan semaikanlah luhur, simbahkanlah jujur, sebarkanlah ikhlas, kuatkan dan lekatkan iman ke dalam jantungku, hatiku, urat nadiku, salur darahku, jiwaku, minda akalku, pada setiap satu anggota tubuhku, dan segenap ruang diriku untuk sentiasa, dan selamanya tunduk patuh pada perintah-Mu, pada agama mulia Islam ini, pada setiap pesan dan amanat Rasulku.. kekal pada setiap detik, masa, ketika, sehingga aku kembali kepada-Mu di akhirat kelak juga...
KU POHON REDHAMU ALLAH... REDHAI AKU DUNIA DAN AKHIRAT.. Ameen Ya Rabbul ’alamin. "



Thursday, September 23, 2010

Kisah Raya 2010 (sumbat semua...)

Lama dh hajat nk mengarang kisah raya nih.. tapi macam banyak plak yg nak dimasukkan.. ingat nk buat version by version... tapi.. hmmm.... buat apa nak bazir banyak2 ruang... sumbat je semua dlm satu.. kan senang.. hahaha...
Raya tahun ni, turn balik muar... so.. hari rabu 8/9/2010, kerja half day... abang amik kt ofis, terus shoot balik muar (barang semua dh siap dlm kete dr malamnya...hihihi...).

Bermula dengan cerita sehari sebelum raya... dan malam raya... hihihi...

1) BERAYA DI MUAR.

Ayah (mertua) mulakan projek mengecat rumah 'kaler merah pink' (pergh.. anggun gituuu.. hihihi)... pastuh.. bila anak2 dh sampai, apa lagik.. service bertukar tangan laaa.... oleh kerana family aku balik paling awal, (8/9/2010) jadinya, abang la yg mengambil alih tugas ayah...

Esoknya (9/9/2010), bila adik2 semua dh balik.. abang "pass button" kt adik2 pulak... baik yg lelaki mahupon yg pompuan, yang ipar duai hatta yang bakal jadi ipar pon kena kerahan tenaga untuk turut sama mengecat.. (tengokla keadaan ruang tamu rumah pd malam raya.. tunggang langgang.. mmg mengundang 'jeritan dan laungan manja' mak mertua dari bilik bawah laa... hahaha!!).. nk menunggu abis mengecat.. kerja pemasangan langsir tergendala sehingga pagi raya!!.. huhuhu....

Kisah pagi raya pulak (10/9/2010).. habis je balik daripada solat sunat raya.. masing2 dh mengambil tempat utk salam raya... masa tu, perasaan bercampur baur.. happy, sedih, excited... hihihi.. masa salam bermaafan dgn mak ayah.. abang lead the line.. (anak sulung kan.. hihihi), diikuti aku ler.. abang ngan mak dh bersyahdu syahdan.. mmg sedih la.. time seisi bermaafan nih.. itula perasaannya kan.. huhuu...

Tapi.. bila turn adik-adik ipar duai.. suasana dah riuh rendah.. tau je la diaorg nih.. kecoh macam2 hal.. nk plak pasal duit raya ler.. ngko tuntut aku tuntut duit raya punya kes.. gamat.. pastu sessi bergambar.. posing.. ya rabbi... macam2 gaya.. macam2 group yg ada.. 'geng mengecat', 'geng potong bawang', 'geng dh kawen', 'geng bujang'.. macam2 geng muncul.. kehkehkeh... sampai perut pon dh berkeroncong utk ana...

Dh puas bergambar pelbagai versi.. tiba masa 'makan time'... ketupat, rendang, kari ayam, lontong, serunding menjadi hidangan wajib pagi raya... (lepas makan semua dok tunggu berita.. lepas tu buat persidangan.. spekulasi demi spekulasi tentang berita kehilangan Dato' Sosilawati dan 3 lagi yg lain.. huhuhu - abaikan kisah ini.. jika benar mereka dibunuh dan dianiaya, semoga roh mereka yg berkenaan di tempatkan di kalangan hamba Allah yg beriman.. Amiin.)..

Ada yg special... Specialnya ialah.. biras aku si eizam (hubby si yune - adik ipar aku no. 3), menunjukkan bakat menarik teh tarik tertinggi.. kahkahkah... (see the first picture.. hihihi).. buih melaut punya tinggi.. abis jer teh tarik.. ada request... maka, abang (laki aku ler).. sahut cabaran... (kagum..kagum..)... tapi.. yang ditariknya bukan teh... tapi AIR SARSI GAS!!!.... warghkahkahkahkah.... BRILLIANT SUPER MAUT my beloved hubby nih... korang tgk buihnya... TINGGIKAN??... hahahahhahaha.... (lagi tinggi daripada teh tarik eizam.. kehkehkeh...)

Habis cerita raya pertama.. masuk kisah raya ke-2 pulak (11/9/2010).. dek kerana kekenyangan yg amat sangat.. makanya.. raya kedua tak berjalan pergi rumah sedara mara pon!!.. hihihi... so, abang cadangkan buat satu program... BBQ DINNER... wallah... itu la yg paling best kan.. jadinya.. seperti biasa, sessi membeli bahan pegi pasar segala bagai adalah tugasan aku ngan abang... di rumah, adik2 semua dikerahtenagakan utk buat 'bekas pemanggang BBQ' (Self made tuh.. hihihi)... ayah 'mengetuai' team pembinaannya (ayah dh ada team contract... tawon depan buleh amik contract tambah bilik air belakang k.. hahaha)

Sebaik je aku ngan abang balik... tgk tempat pembakar dh siap.. kelaaassss gituee... hihihi... then, masing2 amik bahagian masing2.. ada couple lap daun pisang, ada couple siang ikan, ada couple 'hilang'.. hahaha... masing2 dh sibuk dgn preparation..

Malamnya.. sessi BBQ berjalan... di ruang laman, BBQ rancak berlangsung... di ruang dapur, masakan lain satu demi satu keluar masuk.. dari dapur ke ruang depan mmg tak putus la dok lalu lalang..

Menu malam BBQ - ikan pari bakar sambal.. terubuk bakar sambal... kembung bakar, ayam panggang BBQ, sosej, kerang dan kepah goreng cili padi, mee hoon singapore, nugget, sotong ball, tembikai serta air sarsi.. mmg best la... habis BBQ.. masing-masing.. TERKELEPEK!!..

HABIS CERITA RAYA DI KAMPUNG ABANG!!..

2) SAMBUNG CERITA BERAYA DI RUMAH!!..

Aku tak buat open house tawon ni.. sapa nak datang.. call jer.. Aku tiba dari muar pada hari Isnin 13/9/2010).. dan start masuk kerja pada 14 dan 15/9/2010)..

Raya ni aku dikejutkan dengan satu berita (bukan sekadar berita kehilangan Dato' Sosilawati, yg telah menjadi bualan panas adik beradik ipar duai kami di hari raya tempohari..).. Tapi, aku paling terperanjat dapat call ORANG JAUH NUUN DARI GLASGOW!!!... Si iina.. katanya DIA BALIK MALAYSIA.. uhuuuu... mmg aku paksa dia datang rumah aku.. (mujur aku tak hantar lagik parcel dia.. kalau tidak, org sampai Malaysia, parcel sampai glasgow.. hahaha).

Hari tu jugak... (Khamis, 16/9/2010- cuti Hari Malaysia), iina sampai dulu dgn 'pakwe'nyer... kehkehkeh... dituruti oleh azhar (member sama kelas Master @ UPM) bawak family dia datang, tokma (jiran tersayang) dan sahabatku sayang.. kaklong (maiza), turut datang bertandang.. thank you all... LUV U ALL.... terima kasih sudi singgah.. terima kasih sangat2...

Menu utk tetamu : Mee Hoon sup kuah merah, nasi impit dgn kuah kacang berdaging, dan dessert kuah puding cocktail.. (pudingnya tak sempat buat.. kuahnyer je.. hihihihi)..

SETTLE CERITA TETAMU YG BERTANDANG..

Masuk pulak sessi berjalan ke rumah tetamu...

3) BERKUNJUNG KE RUMAH TETAMU.

Hari jumaat 17/9/2010, berkira-kira nak pergi kerja ke tidak.. tapi.. dek kerana hujan yg sgt lebat.. makanya aku ambil keputusan utk.. REHAT DI RUMAH... tido dan tido dan tido... hahaha..

Hari sabtu.. 18/9/2010, abang ajak keluar beraya... banyak gilos umah yg kami terjah... sampai anak2 aku pon dh buat perangai... (penat kot..).. bergaduh bergigit berkuntau berkungfu bergusti segala bagai dh berdua tu kt belakang.. aku yg kt depan ni dh jadi cam gorila panggil anak dh.. (tak tau la mcm mana rupanya kan..).. tapi 'tempikan' aku dibuat kering jeerrr dek anak2.. (diaorg ingat aku dok nyanyi acapella lagu Demi Matahari ke haper?.. ke diorg ingat aku dok berselawat As-Maul Husna ikut CD yg terpasang tu kot??!!! grrr grrr....)

Last sekali... kena "dentuman atom" abah diaorg... hah!!.. baru PADAN MUKA... melalak meraung segala bagai...

Gambar ni sebelum kejadian "DENTUMAN BOM ATOM" abah ke udara... hahaha... ni singgah di satu stesyen minyak menghala ke Keramat (cadangnya nk ke rumah member blogger Yunus Badawi - YB).. masa ni si abahnya pegi solat.. ok lagi.. aku suruh duduk diam-diam.. amik gambar pon mcm baiiikkk jeeerrr...

Tapi.. sejurus lepas abahnya masuk.. mula la, ada yg nk duduk depan, ada yg nak beli itu ini.. nak begitu begini... last sekali... time aku masuk daripada lepas solat.. dh kedengaran 'bunga-bunga api' si abahnya mercik sikit2.. lama2.. KEBABOOOMMM!!... hamek korang...

Sudahnya... INILAH RUPA MANGSA DENTUMAN BOM ATOM!!... TERKELEPEK!!.. kahkahkah... (bila tengok muka time tido camni.. rasa sayu pulaaakkk... huhuhuhu)..

p/s: Sorry YB, tak dpt gi umah ko...

Oh ya.. antara perjalan kami pada hari tersebut adalah...


- Siangnya, lepas zohor, bersama tokma, kami beraya ke rumah kak pah.. kak pah jamu laksa nyonya.... (kak pah tersurpirse bila tetamu jauh muncul depan ruang tamu umah dia... hahaha)... hihihihi... lepas tu ke rumah jiran-jiran lama kat desa tasik... (nak terjah umah kak anie, dia balik melaka.. sorry kak.. tak dpt nk beraya ngan akak.. hihihi)..

- malamnya, lepas isyak, ke rumah kak zu (member masa Master @ UPM).. kena tahan ngan kak zu dan hubbynya sampai kul 12.30pagi.. hamek ko.. balik umah.. AKU PLAK YG TERKELEPEK!.. hihihi...

..........................................................................................................

Itulah perjalanan raya tawon ini... InsyaAllah hari sabtu ni.. BERAYA LAGIK.. esok aku ngan abang last puasa 6.. InsyaAllah.. hihihi... (minggu depan sambung puasa ganti terus... senang skit.. tak baik tangguh2 takut kekalau tak sempat ganti.. naiya ooo!!... huhuhu..)

Sayangnya... aku tak dapat habiskan bacaan quran masa puasa tempohari... aku start lambat, sebab habiskan quran lama.. start fresh quran baru yg ex-Boss aku bagi masa dia balik umrah dulu..... ada lagi beberapa juzuk... mudah-mudahan dapat habiskan masa syawal nih.. Ameen. (kalau buleh, aku harap tak ada la org bagi hadiah quran lagik.. bukan apa... takut aku weih.. quran bebanyak tapi tak bukak baca.. sedih la.. takutkan amanat pun iya jugak.. quran yg orang bagi time aku kawen dulu, mujur mak aku dok tolong bacakan kt kampung.. aku takutla.. nanti kena menjawab pulak sbb tak bukak dan baca.. jadinya... korang, kalau nk bagi hadiah kt sesapa.. agak2 la... kalau nk bagi quran, baik wakafkan kat masjid atau kat madrasah yang memerlukan - kan ada skim quran wakaf skrg nih... bagus tuh..)

Note: oke YB, aku owe ko lunch.. nanti set time..

Pergh.. gilos panjang entri marathon raya aku tawon nih... senang.. panjang umur nanti, buleh belek2 balik apa cerita raya tahun nih.. hihihi... kenangan ni... (ye, mmg banyak yg jadi kenangan.. bila di selak semula lembaran-lembaran entry yg lalu... IA BENAR-BENAR TINGGAL KENANGAN!!...)

-Life must go on- ...kan??!!....

.....................................................................................

Oh ya.. ada nota tambahan... barter trade aku ngan tijah dh selamat bertukar tangan pd selasa 21/9/2010... punya hari ke hari bertangguh.. selesai jugak akhirnya... kehkehkeh...


.... nota lagi: ada lagik yg tak settle.... hamper coklat aku to tasek merah... (aku berhutang lamaaa gilos ngan tasek nih.. hihihihi... "tas... bila kita nk beraya ni yang"????).. hahaha....

.settle...

.

Monday, September 20, 2010

BACK TO WORK!..

Salam... Pagi!!..

Okeh rakan-rakan sekalian... sudah-sudah dgn mood raya... cukup-cukup dengan cuti panjang... BACK TO WORK okeh!!..

Ayuh.. lihat tray anda... berapa tinggi tugasan menanti?.. berapa banyak appointment yg perlu di follow up.. check email list anda... banyak mana yg masuk menanti reply?.. hahahahaha... agenda-agenda mesyuarat?.. program-program yg perlu diatur??...
TU BELUM TERMASUK AGENDA DAN PREPARATION UNTUK OPEN HOUSE OFFICE PULAK... hahahaha...

JOM MULAKAN TUGASAN DENGAN BISMILLAHIRAAHMAANIRRAHIM...


p/s : gambar2 sekitar raya akan diupload kemudian.. utk kenangan... hihihi... tgh menyusun atur mengedit bagai.. kehkehkeh...


.

Tuesday, September 14, 2010

Kerja... kerja... Kerja...

Ya.. hari ni hari ke-5 syawal... dan aku telah dengan sukarelanya masuk kerja walaupun sudah mohon cuti untuk tempoh jangkamasa yg lama.. (seminggu tuuh).. hihihi.. Tapi, aku memutuskan utk cancel leave, dan NAIK KERJA!!..

Keadaan jalan raya pagi tadi, amaaat lengang.. keluar rumah pukul 7.10am, sampai ofis pukul 7.25am.. pergh... gilos awal.. kalah time bulan puasa hari tu... keadaan di pejabat juga amaaat lengang.. side aku, cuma 2 org... owh... dan otak aku pun tetiba jadi amaaat lengang... hihihi.... nak menghadapi 8 jam di ofis, rasanya cam sempat buat 4 biji kek.. hahaha...

Hari ni dan esok aku kerja.. lepas tu BERCUTIIIII SEMULAAAA... yeeeehahahaha...

Bukan apa, cuti ni nak simpan untuk kenduri sepupu sepapat serta adik ipar...
Bulan 10, 10.10.2010 - adik sepupu @pyan, bertunang..
Bulan 11, 21.11.2010 - adik sepupu @shima, kahwin..
Bulan 12, 18.12.2010 - adik ipar @siti, kahwin...

Woooo... mmg kena simpan cuti nih... takkan nak pergi balik hari je kan.. mestila nak kena balik awal nanti...

.... apa aku nk tulis sebenarnya eh??.. ya.. aku nak bagitau yang aku KERJA TANPA KERJA hari ini... ADA FAHAM KAH??... hahaha..... huhuhuhuhu....






Tapi.. bermula dari 16-9-2010 sampai 19-09-2010, aku nk pi cuti2 Malaysia.. hehehe.. TAKJADI POON!!.. hehehe...






.

Abang!. Selamat Ulangtahun Kelahiran.


Abang..

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN...

Sempena Ulangtahun kelahiranmu yang ke sedemikian ini.. ketahuilah olehmu abang.. bahawasanya:-

Leen mohon SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI DAN MERAHMATI PERJALANAN HIDUPMU DUNIA DAN AKHIRAT. Leen mohon agar Allah memberikan keampunan-Nya kepada abang di atas setiap dosa dan salah laku abang yang lalu, kini dan akan datang.. samada secara abang sedar, tidak sedar, sengaja, terpaksa atau rela melakukannya. Leen mohon semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup abang dunia dan akhirat, mencukupkan dunia abang dan tidak meletakkan nikmat dunia sebagai keutamaan. Leen mohon agar abang diberi kelapangan dalam menempuh pancaroba kehidupan ini juga memberi kekuatan kepada abang sebagai Khalifah untuk mengemudi bahtera keluarga kita.. Leen sentiasa di sisi abang untuk bersama bersatu bagi membentuk keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah. Semoga pengakhiran hidup kita dalam Husnul Khatimah.. dan.. Leen mohon agar Allah memilih kita (abang, leen dan anak-anak) untuk menghuni syurga-Nya kelak. Ameen.

Abang... Aku memberikan 100% cinta dan kasih sayangku SEBAGAI ISTERI – HANYA UNTUKMU.. dan aku tidak mengejar 100% cintamu kepadaku kerana bukan aku yang harus menentukan peratusan cinta dan kasih sayangmu sebagai suami kepadaku. Namun, aku teramat bersyukur dengan kasih sayang dan perhatian yang telah kau berikan, pamerkan, tunjukkan kepadaku sepanjang aku menjadi isterimu. Tidak berkurang malah berlebihan. Aku bersyukur dan aku terima setulusnya setiap kebajikan, kebaikan, amanah, tanggungjawab, dan segala pemberianmu dengan redha dan dengan ucapan terima kasih yang amat tulus - aku redha membuang segala kesalahan, kekhilafan, kelemahan dirimu.. KERANA KITA HANYA MANUSIA YANG TIDAK PERNAH SUNYI DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN..

Terima kasih abang, kerana menjadikan aku isterimu. Meletakkan aku di status yang sangat indah di dalam perjalanan aku sebagai seorang hamba Allah. Yang telah dan masih menempatkan aku di tangga di mana aku bisa meneropong pintu-pintu syurga ciptaan Ya Rabb dalam menyandang gelaran sebagai seorang isteri dan Ibu. Terima kasih kerana menjadi pakaian yang menghijab kekurangan diriku.


Atas nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahiim Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Yang Maha Pemberi, sesungguhnya ku panjatkan rasa syukur kepada-Nya YANG MAHA ESA yang telah melimpahkurniakan rasa kasih dan sayang ini dan yang telah menganugerahkan rasa CINTA itu ke dalam rumahtangga kami – dengan tujuan yang SATU.. MENDAPATKAN REDHA DAN CINTA DARI-NYA YANG MAHA AGUNG! REDHA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.


Semoga Allah sentiasa meredhai kasih sayang ini..
... dan semoga rasa kasih sayang ini berkekalan... dan terus bercambah, mekar dan indah.. Ameen.


SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH RABBUL ALAMIIN.






.

Tuesday, September 07, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431

Assalamualaikum kepada semua saudara-mara, sahabat-handai, rakan-taulan, jiran-tetangga, kenalan dan pembaca yang datang singgah ziarah sekalian...

Sempena menyambut syawal sebagai tanda kemenangan umat Islam memenuhi Rukun Islam yang ke-3, saya dengan ini MENYUSUN SEPULUH JARI, MEMOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALA SALAH LAKU DAN PERBUATAN, KESILAPAN BAHASA DALAM BERGURAU BERBUAL, KETERLANJURAN AYAT DALAM TULISAN, JUGA JIKA ADA KEDANGKALAN ILMU DALAM BERCERITA JUGA JIKA TIDAK KENA GAYA DALAM MENINGGALKAN KOMEN-KOMEN... SAYA MENGAKUI SALAH DAN SILAP SAYA DAN SAYA AMAT BERHARAP AGAR DIAMPUNKAN DAN DIMAAFKAN.

BENAR-BENAR SAYA MOHON AMPUN DAN MAAF. MOHON TIDAK DISIMPAN DENDAM DI HATI WALAU SEKELUMIT HAMA.. DAN SAYA AMAT MEMOHON AGAR SEGALA KESILAPAN YANG SAYA LAKUKAN PADA KALIAN TIDAK DIBAWA MENGADAP KE MUKA PENGADILAN DI HADAPAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK..

Kedatangan syawal ini juga, saya dengan berlapang dada, MEMAAFKAN SEGALA SALAH SILAP KALIAN (jika kalian terasa ada tersilap dan salah kepada saya). Tiada apa-apa dendam yang saya bawa saat dan tika ini.. (sedaya upaya saya gigih melupakan segala kenangan yang tidak perlu dibawa bersama untuk melangkah ke hari-hari ceria yang berikutnya.... BIAR YANG LEPAS BERLALU.. dan TERUS BERLALU...). Semoga kita semua mendapat keredhaan Yang Maha Esa dan dapat menikmati syawal dengan riang ria..

Sambutlah syawal dengan penuh keinsafan...

Pesanan kepada diri sendiri : JANGAN LEBIH BERBELANJA DENGAN MENINGKATKAN KADAR "BERHUTANG".. (kad kredit tu awas skit!!)... BERSEDERHANA... (tgh mentarbiyah diri sendiri!!!)..

OPEN HOUSE??... tahun ni macam tak buat kot.. tapi, sesapa nak datang rumah, amatlah dialu-alukan... just give me a call and bagitau tarikh dan masa... lagi bagus kalau bagitau menu apa nak di'request'... (mcm YB... dia dh bagitau nk makan spageti carbonara JE.. kan kan kan.. hahaha.... and kak wos.. (rindu aku kt hang...) - dia nak mee jawa... okeh... nanti aku sediakan...).. hihihihi..

and.. SURPRISE!!... ada org jauh sampai!!... nanti aku story mory...
tapi lambat lagilaaahh... sbb aku akan bercuti start 8/9/2010 sampai 20/9/2010...
(tak tau la kekalau terajin nk upload in between tu kan.. hihihihi)..



... dan Ramadhan 1431 telah melabuhkan tirainya... SUNGGUH AKU SEDIH... layakkah aku menikmati lagi ramadhan ini?.. di tahun berikutnya dan seterusnya?.. Ya Allah.. berikan kelapangan kepadaku.. untuk menemui lagi ramadhan-Mu.. masih sikit sangat amalan yang kuperbuatkan di Ramadhan ini... huhuhuhu...

(adakah malam Lailatul-Qadar jatuh di malam ke-25 tempohari???... wallahu'alam bisawab...)



YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.