Komentar akhir daripada Anonymous yang aku baca di pagi hari Ahad ini membuatkan minda dan nafsu saling merebut ruang dan peluang untuk berbicara…. Hmmmmmmm……
To Anynomous ~ KOMENTAR anda memberi kaktiny ilham untuk ‘berkarya panjaaang lebaaaar’ di pagi hari.. sementelah pula cik abang keluar atas urusan kerja, anak-anak mendapat sepenuh hak PEGANG REMOTE ASTRO… maka KOMPUTER ini KAKTINY YANG PUNYA…. Hahahaha… TERIMA KASIH... ;)
(tapi, kenapa menggunakan anonymous?.. kenapa tak nak ‘memperkenalkan diri’?.. owh ya.. adakah ‘anon’ TAKUT kepada kaktiny melebihi TAKUT PADA ILLAHI??.. (astaghfirullahal azhiim.. nauzubillahi mindzaalik..)... takpelah dik.. kat akhirat nanti kita bakal berjumpa jugak… tapi, kalau boleh, kaktiny taknak jumpa awak kat akhirat pasal isu “kecik haluih” ni, banyak lagi timbangan amal dosa kaktiny yang lain yg kaktiny kena jawab dgn Allah… justeru itu, kaktiny nak ‘lepaskan’ rasa pada komentar daripada awak yang tidak bernama itu pada pagi ini.. meskipun pagi tadi, sejurus membacanya, hati kaktiny ada terdetik bertanya ‘KENAPA?’, ‘SIAPA DIA NI?’ AKU KENAL KE?.. AKU BERMUSUHAN DENGAN DIAKAH?.. namun, persoalan itu kaktiny lepaskan di entri ini agar tidak di bawa ke akhirat kelak…)
Baru setahun jagung usia blog aku ini.. tapi, inilah pertama kali dalam sejarah ‘blog’ ‘kaktiny’ yg baru nak masuk 3 tahun ni, kaktiny menerima ‘KRITIKAN TERBUKA’ daripada “PEMINAT MISTERI”… hahahaha…
*ANONYMOUS ~ kaktiny bagi gelaran sebagai PEMINAT MISTERI.. kerana hanya “peminat” yang akan mengikuti perkembangan blog kita.. dan ianya “misteri” jika tidak mahu mendedahkan nama dan siapa empunya diri!. Hihihi…
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk si ANON kerana meninggalkan komentar pada entry kaktiny bertajuk 2 KALI BODOH!.
Untuk menjawab pertanyaanmu dik, kaktiny sertakan beberapa point je la..
1- kaktiny tak hingin cakap pasal 'nya' kerana kaktiny tak tahu dan tak kenal pon siapa 'nya' itu.. tidak terlihat dgn biji mata kaktiny sendiri serta tidak ada 4 saksi daripada diri kaktiny sendiri utk menyatakan itu adalah 'nya' yg kamu maksudkan (siapa yg kamu maksudkan pon kaktiny tak berani nk komen, bimbang tersalah fitnah org). Kepada sesiapa yang berkenaan, itu urusan dia dgn ALLAH. Bukan HAK kaktiny untuk mengambil HAK Allah (menjatuhkan hukum).. Kaktiny marahkan ‘ayat’ di akhbar itu kerana dia kata RAKYAT MALAYSIA perlu tahu.. itu yg kaktiny marah, sebab kaktiny ni warganegara MALAYSIA… kalau dia kata semua RAKYAT BANGADESH perlu tahu, maka kaktiny surely AKAN DIAM dan takkan bersuara (seperti diamnya kaktiny pada KES LOJI JEPUN YANG MELETUP SERTA LIBYA YANG DIBOM AS!!!).. definitely!!.. dan lagi.. kalau dia tulis “SEMUA MENTERI PERLU TAHU”.. maka itu juga kaktiny takkan bersuara, sebab kaktiny BUKAN MENTERI… tapi kerana ayatnya kepada ‘RAKYAT MALAYSIA” maka, katiny menggunakan “HAK” kaktiny sebagai RAKYAT MALAYSIA seperti yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ~ di bawah “KEBEBASAN ASASI”:
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)— (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
….
So, did I commit a criminal offense against the Malaysian Law?..
2- sepanjang kaktiny dengar ceramah agama, pergi belajar di kelas fardhu ain, menimba ilmu melalui buku, artikel, akhbar, majalah serta blog para ilmuan juga agamawan, tak ada satu pon ulama’ mahupun dalam mana-mana surah di kalam suci Allah yakni Al-Quran mahupun sunnah Rasullullah yang menyatakan jika TAKUT kepada Allah, jangan tulis blog. Kalau kamu ada hukum Al-Quran yang menyatakan BUAT BLOG INI JATUH HUKUM TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH, sila sampaikan kepada kaktiny ya.. kaktiny terkurang ilmu bab-bab ini.. (andai benar demikian, maka itu, ramai betul rakyat Malaysia ini yang TIDAK TAKUT ALLAH.. baik parti komponen juga parti pembangkang termasuk mantan-mantan pemimpin, KERANA MEREKA SEMUA MEMPUNYAI BANYAK MASA UNTUK TYPE DI BLOG MASING-MASING… nauzubillah… tapi dik, rasa takut atau tidak seseorang itu kepada Allah, itu bukan atas tangan kita yang menetapkan hukum, justeru itu, janganlah meletakkan hukum ke atas diri kaktiny.. kerana bimbang kamu memberi pahala percuma kepada kaktiny.. apapon, terima kasih).
3 – Blog kaktiny jadi punca ORANG mengumpat dan salah faham?!.. Masyaallah dik… apa yg kaktiny tulis sampai org salah faham dik oii??... tapi, anak kaktiny yang berusia 6 tahun itu FAHAM BENAR apa yang kaktiny sampaikan kepadanya mengenai entri ini.. (meskipun kaktiny diTEGUR oleh dia ketika membaca tajuk yang menyebut perkataan “BODOH”.. tak tahulah kalau ada 'manusia' lain yang lebih BODOH daripada anak kaktiny yang baru berusia 6 tahun.. atau MUNGKIN anak kaktiny itu terlebih CERDIK mengatasi manusia lain yang berumur lebih daripada 6 tahun!!!.) Okeh, admit!.. ayat BODOH itu memang salah, tapi ada cikgu yang menyatakan bahawa “PERKATAAN BODOH ITU ADA DALAM KAMUS, JUSTERU, IA BOLEH DIGUNAPAKAI MENGIKUT KESESUAIANNYA”.. (terima kasih cikgu, kerana memberi panduan dan sokongan.. luv U.. hehehe).
Juga kaktiny ulangi ayat di kalam suci Allah yang bermaksud:
Firman Allah:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya". (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 104).
Di baca juga dengan hadis Rasulullah:
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:
"Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."
NAH!.. Lihat ayat ini dik.. kerana AYAT inilah, makanya KAKTINY TIDAK BOLEH MENGIKUT KEMAHUAN KAMU DENGAN MENYURUH KAKTINY TUTUP BLOG YANG PENUH KONTROVESI INI (terasa cam dah jadik pendakwah bebas pulak!.. kahkahkah, padahal baru berada di TAHUN 1 Kelas Fardhu Ain anjuran Masjid Negara di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan…. Hihihi… nanti, bila dah complete course 7 tahun nih, DAH TAMAT KULIAH serta DAH GRADUAT SIJIL FEQAH DAN IBADAH serta dapat SIJIL PENTAULIAHAN daripada MAIWP, entah bagaimana pulak KONTROVERSINYA blog kaktiny ni ye.. kuikuikui…)
Terima kasih kerana menyeru kaktiny untuk BERFIKIR.. kerana berfikir itulah, serta amalan sunat yang kaktiny lakukan (solat taubat, hajat dan istikharah setiap malam selepas solat isya’.. tahajjud dan witir), kaktiny diringankan Allah untuk TERUS MENULIS selepas pernah MENUTUP BLOG KAKTINY BEBERAPA BULAN DAHULU…
Seperti yang kaktiny nyatakan di entri “KENAPA AKU BERBLOG” di awal tahun ini, ia adalah ILHAM selepas solat sunat yang kaktiny lakukan.. (maaf, mungkin di sini ada unsur riak dan 'ujub.. terserah Allah untuk menilainya.. jika pahala yang diperolehi, kaktiny mohon Allah berikan kepada kedua ibu bapa kaktiny yang telah banyak membentuk peribadi anaknya dengan ihsan dan kasih sayang.. jika dosa takbur dan bongkak yang timbul, moga Allah bukakan pintu taubat dan berikan keampunan-Nya kepada kaktiny yang sangat lemah iman ini...! Astaghfirullahal Azhhim..! Subhanallah!).
Dengan berpegang kepada Kalam Suci Al-Quran :
Firman Allah :Juga amanat terakhir Baginda Rasulullah sebelum kewafatannya.....
“Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!” (Al-Quran Surah Al-Ashr 103 : Ayat 1-3)
Sabda baginda Rasulullah:
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Note: tapi, smlm kaktiny tak le buat solat2 sunat tu, sebab kaktiny period, jadinya, keputusan kaktiny menaip entri ini kaktiny tak tahu adakah ilham dari Allah atau sebenarnya menurut NAFSU amarah, lawamah atau mulhammah yang berdetik-detik dalam diri.. maklumla.. kaktiny pun manusia, bukan malaikat yang tidak mempunyai nafsu bahkan jantina.. bukan juga kartun yang disolek dek tukang karang. Kaktiny menulis menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir (juga nafsu yang menghimpit) dan jemari yang pantas menaip. ;P
Tapi, ada beberapa point yang ingin kaktiny sampaikan kepadamu dik.. Komentarmu yang kaktiny baca pagi ini benar-benar mencuit hati seorang ‘kaktiny’.. kerana kamu BERJAYA buat kaktiny PERASAN seketika di pagi ini (dalam perjalanan mencari sarapan pagi)… dan tersenyum sendiri.. kerana:
1- kamu buat kaktiny perasan seolah kaktiny ini pendakwah selebriti, kerana kaktiny kerap baca di blog-blog para daie dan pendakwah yang pasti akan ada pihak tidak puas hati dan meninggalkan komen yang ‘against’ the entry.
2 – kamu buat kaktiny perasan DIVA kerana hanya DIVA yang ada ANYNOMOUS yang datang buat serang hendap dan meninggalkan komen berbaur provokasi (ni, kaktiny dapat ilham daripada kawan-kawan kaktiny yg kaktiny selalu panggil diaorg DIVA kalau ada ‘peminat misteri’ macam kamu ni dik.. kehkehkeh).
3- kamu bagi kaktiny ‘permulaan rasa’ bagaimana satu hari nanti jika kaktiny ‘glamour’ sebagai pendakwah bebas, maka inilah yang akan saban waktu kaktiny hadapi ~ cemuhan dan perasaan tidak puas hati masyarakat yang “against you”!.
4- kamu beri kaktiny peluang merasai nikmat ujian Allah yang bernama “SABAR” dan “REDHA” (meskipun, takleh tinggi sangat tahapnya, sebab tu muncul entri nih… kuikuikui….).
5 – kamu beri kaktiny lebih bersemangat untuk buat entri.. KERANA…. I AM SO SURE THAT YOU WILL BE AMONG THE FIRST TO COME AND READ (AND COMMENT , maybe) ON MY ENTRY… (biasalah kan, TABIAT manusia.. yang dibenci itulah yang hendak diketahui lebih.. yang dimarah itulah yang hendak dikaji mendalam.. yang dihalang itulah yang ingin diselami… justeru, kaktiny pasti, kamu akan terusan mengikuti perkembangan tulisan kaktiny, silap haribulan, perkembangan diri reality kaktiny ni pon kamu akan cuba selongkar, kerana… KAMU MEMINATI KAKTINY… begitu kan?.. kahkahkahkah.. jangan benci bertukar sayang dik.. jangan marah jadi rindu tau!.. bahaya tu!.. I warn U... ooowh… kamu benar-benar meletakkan kaktiny di perasaan PERASAN tika dan saat entri ini ditaip.. arghhahahahaha… dh tergolek-golek cacing dlm perut kaktiny dok mengekek menggelak.... kuikuikui...).
Takpelah dik.. walau siapapun kamu, kaktiny tak ingin nak tahu.. kerana kamu tiada kepentingan dalam diari kehidupan kaktiny... hanya semilir lalu yang menghembus bersama puput bayu pagi yang hening.. (unless if you are one of my relative!. But, it is very impossible if my relatives could do this to me because they are all kind-hearted people and I am sure enough NON-OF-THEM are coward like you are, give comment as ‘anonymous’… opppsssss… hehehehehehe).
Satu lagi.. wahai saudaraku Anonymous, ku catatkan kalam Allah ini untukmu agar kau mengerti pendirianku.. dan agar tidak terdetik di hatimu untuk membenci penulisanku seterusnya diriku….
Firman Allah:
"Allah menjadi saksi dari apa yang diturunkan-Nya kepada engkau, yang diturun-Nya dengan ilmu-Nya; dan juga malaikat-malaikat menjadi saksi. Cukuplah Allah itu menjadi saksi". (Al-Quran Surah An-Nissa' 4 : Ayat 166).
Bacalah.. Hayatilah… Fahamilah.. dan Bangkitlah.. Untuk kita bersama menegakkan AGAMA ISLAM dengan cara yang mampu kita lakukan… untuk terus KEKAL SEBAGAI UMAT MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM serta DIREDHAI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT…
… sekali lagi.. terima kasih anon, anda menceriakan wadah bermadah kisah kaktiny di pagi hari Ahad ini… hehehehe… (kamu benar-benar mengisi pagi hari Ahad kaktiny.. maklumla, bila time period, takleh buat solat sunat dhuha juga takleh baca Quran.. so, banyak masa free.. bebudak pulak dok layan channel cartoon, maka tiadalah yang mengganggu idea yang mencurah ni... dan pula, bila cik abang kerja hari ni, so takyah fikir apa nak masak tengahari... cukup sekadar order dominos pizza.. maka itu.. sepanjang pagi ini, tumpuan kaktiny hanya untuk menaip entry untukmu ini dik.. panjaaanggg kan ilham rasa kaktiny nih... kehkehkehkeh...)
Salam sejahtera untukmu dik, meskipun siapa kamu dan di mana jua kamu berada…
Ya Allah.. aku mohon hanya redha-Mu... Redhai kami semua Ya Rabb.. Ameen.
.
14 comments:
salam ahad tiny. Dah makan ke. Topik panas nampak!!
Haha.. sedangkan pendakwah besar menerima kritikan dan kutukan. Apa yang tiny terima hanyalah benda yang terselit di celah gigi saja. Sangat susah untuk memahamkan orang dan sangat susah untuk membuat orang paham.
Kpah tak rasa ada silapnya entry sebelum ini sebab kakpah pun antara rakyat malaysia yang tak mahu tahu tentang siapa 'nya' itu. Kerana kpah tak mahu menjadi orang yang 'mendapat tempias api neraka'. Sebenarnya kita tak tahu sama ada ia tuduhan, fitnah atau benar. Sekiranya tuduhan yang berbaur fitnah memang jelas dosanya. Bertambah besar dosa bila membuat fitnah berzina. Sekiranya tuduhan itu benar, siapakah kita untuk menghukum.
Teruskan berblog dan berdakwah. Kalaupun bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya peninggalan untuk anak-anak.
luv u.
Assalamualaikum,
Tahniah,anda sudah naik 1 darjah kerana telaha lulus satu ujian he he he.
Respon yang muluk-muluk tidak semestinya kita telah bagus. Respons yang beginilah yang meningkatkan maqam kita. Teruskan menulis. Masih ramai lagi yang menerima munafaat.
Wallahuaalam.
Tiny..
Biasalah tak semua org akan suka apa yg kita tulis dan tak semua org FAHAM apa yg kita tulis.. pada aku benda nie2 biasa.. Aku senyum dan gelak giler bila baca komen anon.. nampak sangat komen tidak bernas.. itu komen org yg nak cari jalan mudah..
Come onlah.. apa gunanya ada akal fikiran kalau tak mampu nak kongsikan idea dan pendapat.. kalau semua tuh takat disimpan dan kita pulak memandai2 suruh orang berhenti menulis atau bercakap hanya kerna kita rasa terkena tempias diri kita.. adilkah? atau bijaksana sangat ke kita??
Jangan kerana rasa kita tak suka sesuatu atau rasa tak selesa dengan sesuatu makan dengan mudah kita jatuhkan hukuman atau katakan itu adalah pendapat semua orang.. come onlah.. kalau u tak suka membaca apa yang org tulis nahh.. persilakan tutup butang pangkah di blog orang itu dan pergi baca di blog org lain yg u suka bahasa dan caranya.. tapi adalah tidak adil.. kalau ko tak suka.. maka ko suruh orang tuh tutup blog... (adakah dia terasa bahawa bodoh itu ditujukan pada diri dia.. maka kenyataan2 itu dikeluarkan?? Ini pun jadi persoalan aku)
Aku malas nak ckp panjang lagik.. setiap kita punya kebebasan berkata dan menulis as long as apa yang kita tulis itu tidak keterlaluan.. lagipun.. Ko sebagai bekas pelajar undang2.. ko sendiri pun tahu akta mana tentang kebebasan hak bersuara kan.. malas nak ulas lanjutlah hehehe..
Tak pe Tiny.. bijak pandai orang itu.. dapat kita lihat dari tulisan seseorang.. Beza tulisan ko dan dia.. aku senyum2 sahaja ;)
kakpah > Alhamdulillah.. kenyang makan dominos pizza bawak sampai ke tengah malam ni kak pah… hehehehe…
Sokongan, dorongan serta semangat daripada Pengetua Tadika Genius Anak-anak Muslim ~ AULAD JANNAH ini amat tiny hargai dan semoga rahmat Allah sentiasa bersama-Mu kak.. amen.
(hihihi… buat ayat skema skit memalam buta nih.. kuikuikui).
Makbonda > Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh MakBonda…
Yea yea.. dh dapat naik darjah 1.. (tapi, takut masuk kelas peralihan plak, takpun masuk tadika balik, sebab ada unsur2 menjawab dan membalas nih!.. huhuhuhuhu).
Betul makbonda… setuju.. komentar sebegini amat bagus untuk buat ujian ESQ (Emotional and Spritual Quotient..) kan kan kan… hihihi
Terima kasih makbonda, kerana memberi kepercayaan dan perhatian yang mulus. Sungguh-sungguh dan sangat-sangat menghargainya… SUNGGUH!.
iina > tu diaaa… bila si lecturer memberi buah fikirnya… (tu, baru komentarnya.. kalau syarahannya… mau baca tesis kita di sessi komentar nih!..) kehkehkeh
Benar kata para Hukama:
“Andai inginkan sokongan tentang kebaikanmu, tanyalah sabahat… andai inginkan kebenaran tentang keburukanmu, tanyalah musuh… kenyataan mereka itu jujur tanpa dusta…”..
… dan ko tidak pernah ‘miss’ daripada “bersama” aku ketika aku memerlukan sahabat… terima kasih dear..
… you make me smile dear.. like always… thanks.. luv U sooo much…
(maaf ye anon… maaf jika ada unsur mengumpat kamu di sini… maafkan kami…)
Salam Tiny,
Sebenarnya memang ada baiknya bila kita terima pelbagai reaksi dari pembaca, tak kiralah samada yang positif atau negatif.
Ia membuatkan kita berfikir lebih dalam dan mendewasakan kita (yang dah cukup dewasa, hehe..).
Apa-apa pun, semuanya untuk kebaikan bersama. Anon tu komen kerana entri Tiny tu menarik perhatiannya.. haha... bagus tu. Bukannya senang nak buat silent readers ni tinggalkan komen.
Teruskan berkarya. Sangat seronok berkongsi rasa bersama Tiny celoteh ni... Kak tie suka!
Kak Tie > As Salam.. jujurnya kaktie, tiny suka terima komen yg benar-benar jujur 'against' pandangan tiny, sebab di situ baru kita kenal sudut diri serta boleh mengambil iktibar daripadanya.. kalau tanya sahabat, mereka tidak pandai berlaku jujur utk komen 'mengutuk' sbb banyak beralas dan berlapik dan ada hati yg dijaga.. (that's the beauty of sahabat!)..
bila terima komen terbuka daripada 'antagonis' @ 'anynomous'.. baru minda kita lebih bekerja keras dan akal kita menaksir dgn lebih mendalam.. serta di situ kita boleh menilai tahap iman, akal dan amal diri sendiri... hehehehe...
that's why, I REALLY APPRECIATE THE ANON's COMMENT... by giving a complimentary entry for the ANON.. kuikuikui...
... dan, sudah pasti tiny akan terus berkarya kak... seperti yang tiny nyatakan duluuu di entry lalu:-
http://kaktiny.blogspot.com/2011/01/kenapa-aku-berblog-buleh-skip-baca-sbb.html
So kak.. tiny celoteh (waaahh.. akak dh bagi satu title kat tiny la... kihkihkih)... ini akan terus berceloteh... dengan kekuatan 5 tujuan 'penyampaian' itu..
... tq kak.. tq so much.. hihihi.
okay pertama sekali, ni pertama saya baca blog kaktiny, saya tak pernah pun sesekali memasuki blog kaktiny ni. dengan tak langsung, saya bukan peminat mesteri pada blog kak. dari situ kak boleh salah faham kan? dari pertama, kak ingat saya mengikuti perkembangan blog ini, padahal tak. ini bukan dikatakan tuduhan secara tak langsung? walaupun sedikit, tetapi sama je. kak pun cakap pasal kebebasan bersuara, tak semestinya kena bagi tahu nama? dan memang lah saya lagi takut Tuhan yang maha berkuasa yang tak terhingga jika dibanding dengan kaktiny ini yang hanya seorang manusia? dari situ pun kak cakap "adakah ‘anon’ TAKUT kepada kaktiny melebihi TAKUT PADA ILLAHI??" kak tak rasa ke tu soalan yang bodoh? kak mempersoalkan keimanan seseorang? kak boleh berbuat begitu? kak fikirkan lah. tambahan, saya tak cakap blog ni punca mengumpat atau salah faham, saya cakap blog ni 'boleh jadi'. jangan salah faham. okay kak, kak cakap saya penakut or "coward". terima kasih, saya memang penakut di pandangan Allah, bukan pada kaktiny, seorang manusia sama seperti saya. kak tak faham apa saya cuba sampaikan. kak sendiri cakap tak suka mengumpat dan selain lainnya, dengan post ni pun orang dah boleh mengumpat pasal saya kan? kak je tak tahu? banyak orang baca blog kak tapi tak comment, kak tahu ke diorang tu fikir apa? kak fikir kan lah. jangan kak nak "hehehehehe" dan gelak ketawa, kak tak tahu ke buat demikian boleh buat orang macam saya rasa tak senang hati? macam kak memperendahkan diri saya. saya buat anonymous ni pun sebab saya taktahu macam mana nak comment sebagai google account, open id dan selainnya kerana saya tidak ada accounts tersebut. kalau kak tak suka pada anonymous bersuara tanpa nama, kenapa bagi anonymous bersuara? kak boleh limitkan? saya harap kak faham lah apa saya cuba cakap, jangan ambil ni sebagai bahan ketawa, saya boleh terasa teraniaya. salam.
dan kepada iina, saya memang bodoh. terima kasih, tapi iina tak boleh berkata begitu, iina pandai sangat sampai boleh bercakap begitu? saya tahu saya punya tulisan tidak secanggih mana, tapi jangan lah menilai dari situ. nilainya dari maksud tersirat. selain itu, saya hanya bercadang untuk menutup blog ini, saya tak pun benci, saya hanya takut apa yang boleh jadi. iina cuba fikir secara meluas, segala kejahatan boleh wujud di mana mana pun, di kebaikan pun boleh. salam.
Anon > terima aksih anon di atas komen anda..
... sebenarnya, kita dh sama2 menyumbang kepada umpatan sekalian pembaca kan dik!..
..kita sama-sama pulangkanlah segala rasa itu kembali kepada Allah ye dik.. kerana Allah jualah yg berhak menentukan sebarang hukum..
kaktiny juga ada kekhilafan sebagai makhluk-Nya..
tujuan akhir kita hanya Allah yg tahu kan..
SALAM UNTUKMU JUGA...
terima kasih.
:)
anon > owh ya dik.. kaktiny ada link email utk dihubungi.. jika ada teguran, sila gunakan saluran email.. kerana ia terus ONE TO ONE.. dan rasanya, itu jalan paling 'selamat' dan 'sesuai' utk dik 'anon' nasihatkan kaktiny yg masih kurang ilmu ini...
jika berterusan komen di sini, bimbang menzalimi diri sendiri dgn membuka aib masing2 kepada pembaca yg lalu lalang..
(maaf, kaktiny tak tahu cara utk berhubung dgn anda kerana anda ANYNOMOUS dan tiada link yg sesuai utk kaktiny jawab 'kecelaruan pemikiran dan pandangan anda' terhadap penulisan kaktiny...)
justeru itu, jika masih ada 'beban sisa terasa dan parah di jiwa', sila emailkan kepada kaktiny.. atau.. kita berhenti sahaja setakat di sini ya dik.. utk tidak lebih 'menurut hasutan syaitan yg meniup melalui serombong nafsu amarah, lawamah mahupun mulhammah' di sebalik tujuan kononnya atas nama Allah.. kerana ikhlas itu ADALAH RAHSIA MUTLAK ALLAH DAN TIDAK AKAN TERBUKA HIJABNYA MESKIPUN ANTARA KITA DENGAN ALLAH, kerana hati kita sentiasa terkeliru di sebalik iman dan nafsu..
..kasihan kpd diri kita sendiri serta kepada mereka yang datang membaca dan memeperkatakan tentang kita..
...
:) :) :)
.
Tiny.. aku malas nak berbahas lagi sebab tak guna berkata jika orang itu tidak faham dengan apa yang dikatakan.. mahu senyum2 sahaja.. U and me know.. cukup.. smile always..
To Anon..
Sorry to say akak tak kata U bodoh.. cuma akak terfikir adakah U merasakan diri u bodoh?? Sila baca semula kenyataan itu.. jangan juga mudah membuat andaian.. sedangkan anda juga melakukan perkara yang sama..
Siapalah akak nak kata U bodoh pun.. akak tak kenal pun ko.. takde orang yang bodoh pun kat dunia.. melainkan dia sendiri yang meletakkan kebodohan itu pada dirinya sendiri..
(sorry tiny.. aku kena komen bab nie..)
iina > U KNOW ME AND I KNOW U..
"you were there to light me with the shine..
you are here to support me with your strenght..
like always..
you create smile to my lips..
you confort me in the name of friendship.."
...
<3 <3 <3
.
Post a Comment